rasa sangat sayu bila orang yang tidak pernah mengucap kata rindu secara nyata, tiba-tiba minta ana tengok wallpaper handphonenya.. wallpaper yang selama ini hanya paparan standard sahaja..
jelas ianya gambar dia bersama mak satu detik dahulu.. detik yang pasti paling kurang, telah setahun 3 bulan berlalu..
dalam gelap itu, menitik juga airmata ana.. nyata baba juga sangat rindukan mak.. T_T
dan hari ini, seorang lagi insan yang ana kenal sedari kecil, dan juga pernah menjadi bos mak satu ketika dahulu telah kembali ke rahmah ALLAH.. kembali menemui Penciptanya..Pencipta kita...
Boleh dikatakan semua rakan-rakan mak, ana rasakan sangat dekat di hati ana.. mana taknya, dari kecil merekalah yang rajin melayan kerenah kanak-kanak ana tiap kali ana ikut mak ke pejabat.. dan apabila mak pergi, melihat rakan-rakan mak, membuatkan sebahagian besar memori ana pada mak kembali bermain di minda..
pagi-pagi hari ini, airmata ana menitis juga kerana satu memori itu telah pergi juga...
Al-Fatihah buat mcik Wan Hazimah Wan Hariri.. di doakan mcik selamat sepanjang perjalanan pulang, bertemankan para solehin, diampunkan dosa-dosa, di redhai ALLAH selama hidup di dunia, di ambil kira segala amal kebajikan yang dikerjakan, di jauhkan dari azab kubur dan neraka.. Moga segala yang terbaik dikurniakan buat mcik di sana.. Juga buat bonda yang sangat ana kasihi dan rindui.. Amin.