Followers

Thursday, May 30, 2013

My Dear, Mr. Dimple 9




“Yang awak suka-suka bohong mama dengan abang long saya tu, kenapa?” marah Sofea. Tapi nada suaranya masih ditahan-tahan supaya perlahan. Biar ngan-ngam untuk dia dan Umar saja yang mendengarnya.  Sesekali senyuman dilempar pada ahli keluarganya yang setia menanti berhampiran keretanya.

“Bohong? Saya tak bohong,” balas Umar, tayang muka tak bersalah.

“Tak bohong ye? Habis, tadi tu..apa? Ya, saya. Saya Umar Faliq. Ehhh, Umar.  Saya kenal awak pun tidak ye. Baru hari ni saya tahu nama awak.  Setakat jumpa kat café beberapa kali, tak bermakna awak boleh suka-suki claim saya ni bakal tunang awak tau! ”.

“ Bukan awak yang mengaku tadi saya ni tunang awak ke?” tiba-tiba nada suara Umar jadi tegas
.
Gulppp! Sofea hilang ayat. Sesekali dia tayang sengih pada mama Dhuha sambil angkat tangan pada Abang long. 

“Tadi tu…kan. Saya pinjam awak sekejap je. Bukan selama-lamanya. Bohong sunat!” balas Sofea sambil buat gaya-gaya berbisik.

“Mana ada istilah bohong sunat. “

“Ya..ya..whatever. Sekarang ni, saya nak awak jelaskan semula pada abang long…pada Mama Dhuha hal yang sebenar. Iaitu, iaitu …awak bukanlah bakal tunang saya. Faham Encik Umar? Saya tak nak hal ni jadi berpanjangan. Hidup kita ni Umar, bukan macam cerita dalam novel. Boleh pura-pura jadi tunang. Pastu bila dah kahwin, pura-pura gembira padahal sorang tidur sofa, sorang tidur atas katil. Saya tak nak macam tu. Saya nak kahwin dengan lelaki yang saya sayang. Taka da istilah kahwin paksa dalam kamus hidup saya”.

“Maaf, saya tak baca novel macam tu.”

“Haaa..iyelah tu. Awak baca novel islamik ye tak?” perli Sofea dengan senyum sumbing. Tangan ditarik lalu disilangkan sambil mata tajam merenung lelaki yang setia tunduk itu dari atas sampai ke bawah berkali-kali. Hail ah Pia, macam mana kau boleh terjebak dengan mamat cashier café ni?

“ Fine. Tak kisahlah awak baca ke tak, tapi saya yang membacanya ni tak mahu hidup saya jadi macam yang tertulis dalam novel tu. Faham?”.

Diam. Kali ini Umar tidak membalas. Hanya diam membisu, tanpa kata. Tapi dah cukup nak jadi alasan untuk Sofea jadi tambah angin.

“ Macam nil ah Umar, alang-alang awak dah tolong saya kat dalam tadi kan..apa kata awak tolong saya sekarang. Tolong jelaskan hal yang sebenar pada keluarga saya.”

“Tak nak” balas Umar sambil matanya tanpa jemu ditundukkan kea rah jalan tar. Sesekali kakinya yang disarung Lacoste itu menguis perlahan daun-daun kering disekeliling mereka.

Mata Sofea dah membesar 1 cm dari asal. Eh dia ni, degil amat la pulak! Cepuk karang!

“ Baik. Kalau awak tak nak, biar saya sendiri jelaskan.”

Sofea dah siap-siap nak tinggalkan perbincangan yang tak ada kesudahan itu  sebelum beg  tangannya ditarik dari belakang. Langsung tersekat langkahnya.

“Sofea…..”.

Mak aihh. 

Tiba-tiba rasa lembik pula lutut .Menggeletar satu badan macam baru lepas kena renjatan letrik bila suara selembut dan se…emm, tak tahu nak jelaskan macam mana.

Tapi.

 Errr…boleh tak, nada suara tu kasi kasar sikit ustaz? Biar ada unsur-unsur menyakitkan hati ke. Menyampah ke. Apa-apa jelah, tapi bukan buat suara ala-ala Adi putra waktu lakonkan watak Zainal tu. Sangatlah…. 

“Sofea….”.

Kali ini Sofea berpaling. Risau, kalau lagi sekali namanya diseru dengan suara macam tu..sah-sah dia akan mencair dekat situ juga. Pulak tu dengan lelaki yang dia baru tahu nama tak sampai beberapa jam. Haih Pia, sadisnya kau! Senangnya hati berubah.

“Sofea…. Saya rasa, ini bukan waktu yang sesuai untuk awak jelaskan hal sebenar pada keluarga awak.  Awak, diri awak sendiri pun masih lagi belum boleh terima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Secara logiknya, kalau  awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Kasihan pada mereka, yang jauh-jauh datang malam-malam macam ni  tapi akhirnya berita tak berapa baik yang dikhabarkan. Jadi… Alang-alang saya dah tolong awak tadi…apa kata, awak bagi saya teruskan?” tutur Umar dengan wajah yakin, konfiden dan yang sewaktu dengannya.

Cuma Sofea yang masih ternganga macam nampak Fahrin Ahmad tengah lambai-lambai tangan sambil tersenyum. Waahhhh..hensemnya dia! Smart.

Pia. Stop it! Back to your sense! Pipinya ditepuk berkali-kali dengan mata tak jemu merenung Umar yang dah mula mahu angkat muka.

Jap. Teruskan? Apa maksud dia?

“Umar.. Zarin, ada apa-apa masalah ke ni?” suara Abang Long tiba-tiba datang menyapa.

“ Err…maaf. Tak da apa-apa bang. Kami Cuma berbincang  kalau kita boleh pergi makan dan berbincang dekat tempat lain. Dekat dalam tu, crowded sikit sebab ada event. Abang okey ke?  
.
Zafril  sempat menoleh kea rah Sofea yang nampak tercengang-cengang sebelum dia sendiri angguk kepala, bersetuju.

“Abang okey je. Tapi, parents umar…kat mana ye ? Mereka tunggu kat dalam ke?”

Sofea langsung ketap bibir bila soal parents umar pula yang abang long ajukan.  Macam mana ni? Sudahlah Umar ni tunang express, mana pula nak cari parents express? Itulah Pia, orang dulu-dulu dah kata…siakap, senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong, lepas tu kena berbohong lagi!

“Oo..emm..sebenarnya bang. Saya ni, anak yatim piatu,”.

Laju saja Sofea mengerling. Ini betul-betul ke tipu ni? Dia..anak yatim piatu? Macam aku?

“ Dan…ahli keluarga saya yang terdekat, tiba-tiba tak dapat datang. Ada hal. Jadi, saya seorang saja malam ni,” sambung Umar lagi dengan senyum nipis.

Sofea cebik bibir. Ye..ye..oo je dia ni kan? Tiba-tiba tak dapat datang kunun! Padahal.

“ Tak apa. Yang mana ada, kita dahulukan. Dengan Umar pun, kami belum kenal lagi. InsyaAllah, akan datang kita berkenalan dengan keluarga Umar yang lain. So, kita nak ke mana sekarang ni? Zaim dengan Zafran tu dah bising-bising perut lapar.” Balas Zafril sambil curi-curi pandang pada Sofea yang tanpa jemu menelek wajah pemuda dihadapannya. Memang betul lah agaknya Sofea sayangkan lelaki ini. Tapi…ada sesuatu tentang lelaki ini yang memusykilkan hatinya.

“Apa kata kita ke Papa Rich? Tak jauh dari sini,” cadang umar.

Sofea tarik nafas lega. Nasib baik dia tak cadangkan ke Café Al-Faliq. Buat malu je dengan orang-orang kat situ nanti. Pengujung setia café, dating dengan bekas pekerja mereka.Haih. Tak sedap langsung bunyinya. Kalau dating dengan owner café, okey juga.

“Boleh. So, Umar..drive ke?”.

“Tak. Saya taka da kereta. Ada motor je bang.”

Sofea buat muka tak percaya.  Oooo…mamat motor rupanya ustaz ni. Ye lah kan, setakat kerja dekat café jadi cashier..cukup ke duit nak beli kereta?

“ Kalau macam tu, Rin naik dengan abang boleh kan? Abang tak biasa jalan dekat bangi ni.”

“Okey.”

“Saya gerak dulu ye. Jumpa kat sana nanti. Assalamualaikum….”.
“Waalaikumussalam.”

Dan mata Sofea terus menyorot pada kelibat Umar yang kemudian hilang dari pandangan mata mereka.

“Jom bang long. Rin pun lapar ni.”
“Rin, nanti dulu.”

Sofea terkedu bila lengannya ditarik Abang Long tiba-tiba.
“ Ada apa ye abang long?”
“Hmmmm…”.

Abang Long dah tayang wajah ala-ala Mac Taylor CSI New York. Tangan sebelah di pinggang. Sebelah lagi dekat dagu. Muka penuh dengan kemusykilan.

“ Umar ni, siapa ye sebenarnya Rin? Bukan hari tu…Rin beritahu abang nama bakal tunang Rin, Naim ke?”.

Ha? Naim? Aku pernah sebut ke nama Naim sebelum ni ye? Alamak, waktu dekat beranda belakang rumah malam tu. Ahhh...kantoi.

“Ehhh..ye ke? Abang Long silap dengar kut! Nama dia Umar la,” balas Sofea sambil tergelak-gelak sendiri. Come on Pia, act natural! Don’t get caught!

“Abang dengar Naim….”.

“Naim? Siapa Naim tu ? Rin tak kenal pun.”

“Rin…Rin jangan bohong abang. Cara Rin pandang Umar tadi, nampak macam Rin baru sangat kenal dia. Tiap kali dia bercakap, Rin nampak teruja…nampak macam tercengang pun ada. Betul ni, Umar..lelaki yang Rin maksudkan tu ? Bukan orang lain?”

Ye ke? Obvious sangat ke tadi? Ah, kau lupa ke Pia? Abang long ni kan jenis lelaki observer alias protecter! Kerja dia pulak apa? Inspektor! Adoyai Pia! Camane ni?

“Errr…macam nil ah abang long. Biar Rin terus-terang ye. Sebenarnya, Rin dengan Umar memang jarangbe rjumpa. Umar, dia tak berapa gemar keluar berdua-duan dengan Rin. Jadi, kebanyakan masa kami hanya berhubung melalui phone atau online saja. Umar tu, ala-ala ustaz sikit abang long. Tapi, dia bukan ustaz ” jelas Sofea, gaya macam dah bertahun kenal. Hentam sajalah Pia!

“ Ooo…patutlah abang tengok  bila Rin nampak Umar tadi, muka Rin macam nak makan dia? Sebab itu lah ye?”. Abang Long dah mula gelak besar.

Ha? Muka macam nak makan mamat lesung batu tu? Biar betul? Tak kan lah seteruk itu kut? Pipinya diusap berkali-kali. Muka comel macam ni ada gaya muka nak makan orang ke?

“Mengarutlah abang long ni, mana ada macam nak makan dia.”

“ Mata abang ni, belum rabun lagi Rin. Hisyhh…Rin ni, buat malu abang je tau! Ada pulak perempuan yang beria-ia telek muka lelaki. Yang Umar pula, elok je jaga pandangan.”

“Heheheheh….”.

“Rin ni..macam-macam!” balas Abang Long, turut sama tertawa. Tangannya kemudian tepuk perlahan bahu Sofea yang langsung terhenti tawanya.

“Kalau lelaki macam umar, yang jadi pilihan Rin…abang redha. Abang doakan, Rin bahagia dengan Umar,” sambung abg Long tiba-tiba.

“Tapi…”.

Sofea sengih tayang gigi biarpun dalam hati rasa seriau amat bila abang long dah ‘konar’ masuk topik soal hati .  kalau soal hati dia dengan perempuan lain, dia okey saja. Tapi masalahnya perempuan itu, dia.

“Tapi…kalau Umar buat hal sebelum Rin dan dia ada ikatan sah, abang tak teragak-agak untuk terus pinang Rin.”

Dan kata-kata akhir abang long tadi tu benar-benar buat dia berfikir panjang sama ada untuk terus menerima pertolongan Umar, atau sebaliknya.

 ********

Sesi suai kenal antara Mama Dhuha dan adik beradik yang lain dengan tunang  expressnya, berakhir juga setelah hampir  2 jam berlangsung. Elok-elok plan nak bawa Naim jumpa mereka, terjumpa pula orang lain. Sungguhlah bagai dikata. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya. 

Zaim dengan Zafran tanpa segan silu order makanan yang bukan-bukan. Fish N chip la. Lamb chop la. Gaya macam tak pernah makan je sebelum ni. Lepas tu, aci pulak dengan muka tak malu budak berdua tu ‘pau’ mee kari yang Umar pesan. Memang dasar mesra alam terlebih budak-budak tu.  Mujur dalam dompet Sofea waktu tu ada dekat 5 helai not seratus ringgit.Kalau tidak, mahu merah juga muka kena pergi cucuk duit dekat ATM dulu. 

Tapi baru saja dia nak buka dompet, Umar melarang. Tak berkerdip mata Sofea pandang kad kredit yang mamat tu hulur pada pelayan restoren tu. Yang buat dia tambah tak percaya bila kad tu bukan biasa-biasa macam yang dia nampak dalam dompet Harlina. Serius lain. 

Langsung buat hati Sofea tambah tertanya-tanya. Kerja apa agaknya Umar ni selain dari kerja café sampai boleh ada kad se eksklusif itu? Kalau setakat gaji kerja café, atau mungkin mengajar mengaji dari rumah ke rumah…tak kan mampu rasanya. 

“Jadinya, bila Umar rancang nak adakan majlis tunang dengan Rin ni?”

Hilang terus angan pasal kad kredit bila tiba-tiba Mama Dhuha bagi soalan cepu emas. Macam kilat, wajah Mama Dhuha Sofea renung. Isyarat mata dah diberi, tapi boleh pula Mama Dhuha buat derk, gaya tak nampak.

“Emmm..insyaAllah, tak lama lagi.”

Tak lama lagi? Kali ini wajah Umar yang sedikit pun tak memandangnya direnung dengan bibir diketap geram. Ini sudah lebih ni. Langsung tak masuk dalam perancangan aturcara mereka tadi.

“ Tak apalah. Mama pun tak nak desak kamu berdua. Jadi nanti Umar dengan Rin, bincang dulu baik-baik ye. Mama, tak ada masalah. Siapa pun pilihan Rin, insyaAllah kalau orangnya baik macam Umar ni…memang Mama terima tanpa was-was. Senang-senang, Umar datang la ke Sungai Buloh ye.”

Mama? Sungguhlah Mama Dhuha ni terlebih kata. Belum apa-apa, dah bahasakan diri mama.

“InsyaAllah, ada kelapangan nanti saya akan sampai ke sana. Emmm…saya, kena pergi dulu. Maaf, tak boleh lama sebab esok…saya ada kerja awal pagi. Kita jumpa lagi nanti ye. Abang Long.”

Abang Long hanya angguk, tanpa suara. Sepanjang waktu makan tadi pun, dia masih dengan sikap dan perwatakan inspektor dia. Dok diam tenung, telek je muka Sofea yang nampak tersipu-sipu bila kena duduk makan betul-betul depan Umar. Bersilih ganti dengan renungan dia pada Umar.

Lepas bersalaman, Umar minta diri. Sempat juga Sofea memerhati ke mana langkah si mamat lesung batu tu. Sengaja dia nak tengok, motor jenis apa yang mamat tu bawa. Ini kalau bukan motor Kriss entah-entah setakat motor LC atau Lagenda kan?

Tapi…rahang Sofea tiba-tiba rasa nak terjatuh bila Umar dengan bersahaja sambar helmet Arai warna hitam yang ada pada sebuah motor antara motor yang berbaris di tempat letak kenderaan berhampiran restoren itu.

Ducati Monster? Biar betik mamat ni?Itu kalau tak ada 60k…memang confirm tak dapat.Hehh…entah-entah, motor pinjam je tak?

Tapi kan Pia, motor boleh lah nak pinjam-pinjam. Tapi kad redit kaler gold tu?


Dan entah kenapa, rasa untuk terus mengenali si mamat lesung batu tu makin bertambah-tambah. Makin mengebu dalam diri Sofea.  Serius, lelaki yang bernama Umar Faliq ini penuh dengan misteri dia yang tersendiri.

p/s: Thank you for reading. Do appreciate ur comment girls :-) 


Pesan AIFA pada PIA ,

and most probably...it's Naim ;-)


Wednesday, May 29, 2013

My Dear Mr Dimple 8





“ Jemput makan.” 

Sofea hanya merenung kosong kea rah pinggan yang berisi dim sum yang tersusun elok 3 biji. Lambat-lambat dia menoleh ke sisi sebelum dia tergamam seketika.  Macam kenal. Tapi....eh, Mamat ni? Macam mana pula dia boleh ada kat sini?

“Maaf, saya tak tahu cik suka makan apa. Jadi, saya ambilkan ini,”

“Terima kasih.” Balas Sofea pendek. 

Dengan rasa tertanya-tanya yang masih ada , garfu dicapai perlahan sebelum dim sum yang masih berasap itu dibelahnya dua sambil mata yang masih berkaca dibiarkan merenung ke arah pinggan.Entah kenapa akalnya masih sukar nak di’centre’ kan bila dapat kejutan seperti tadi. 

Malam ini majlis pertunangan Naim, tapi bukan dengan dia? Gila lah! Bukan baru minggu lepas ke dia melamar aku dalam kereta? Jadi, cincin yang dia bagi tu, untuk apa? Buat tukun? Atau jual je dekat pajak bila dah sengkek sangat?

“ Cik, okey?” soalnya lagi. Nada suara dah macam orang berbisik betul-betul dekat sebelah telinga Sofea.

“ Kenapa pula tak okey?” balas Sofea, sedikit berang sambil matanya menjeling kea rah lelaki disebelahnya itu.

“Aaa…kalau macam tu, cik makan dulu lah ye.”

Langsung bibirnya dijuih ke hadapan. Menyampah! Tiba-tiba pula jadi mesra alam ustaz lesung batu ni. Masa dekat café sebelum ni, bukan main pemalu. Bila jumpa kat sini, dah berubah karakter pula. Kopiah pun tak ada di kepala. Nak kata dia kerja kat sini, tak pula dia pakai cheongsam macam pelayan yang lain.

“Assalamualaikum…cik ni, siapa ye? Kita pernah jumpa di mana-mana ke?”

Sofea langsung berpaling bila bahunya ditepuk perlahan. Si cantik jelita yang tadinya anggun di pentas kecil tengah bilik VVIP itu sudah elok saja berdiri di antara kerusi dia dengan ustaz lesung batu dengan senyum simpul. Laju saja mata Sofea memandang kea rah sekelilingnya, mencari kelibat seseorang. Tak pula Naim mengikut sama datang menegur, takut lah tu! Takut kena amuk macam dalam cerita Madu 3 tu sebab kahwin tanpa izin kut.

Heh, silap besar la! Ini Pia! One go, hundred come!

Tapi, apa pula alasan yang kukuh lagi munasabah nak bagi pada dia ni? Nak mengaku sebagai bakal tunang Naim yang direject last minute oleh mak mentua tak jadi? Gile ke apa? Sah-sah kena usir keluar dari bilik ni nanti. Fikir Pia, fikir!

“Wa..waalaikumussalam. Saya…saya datang dengan dia. Dia tunang saya! Kan awak?” balas Sofea sambil tangannya laju menepuk mesra bahu mamat lesung batu. Maaf ustaz, saya pinjam awak sekejap ye!

“Tunang? Umar tak pernah beritahu kami pun yang dia dah ada tunang? Umar?” Kali ini soalan beralih pula pada ‘tunang express’ nya. 

Sofea dah tersipu-sipu segan sendiri. Umar? Nama dia Umar? Minah ni kenal dia?

Oh mai.

 Masa tu juga rasa macam dim sum dalam mulut nak terhambur keluar.

“ Tunang je kut. Kenapa nak kecoh-kecoh. Kalau nak nikah nanti, aku beritahulah. Jangan risau,” balas Umar bersahaja. Dengan langsung tak kalih mata,  selamba je dia cicah dim sum dengan sos sebelum suap dalam mulut. Gila cool! Tak berkerdip mata Sofea merenungnya. Lain sungguh karakter ustaz ni bila diluar rupanya.

“ Tapi..bukan ke kalau bertunang, kita nak kena adakan majlis ? Macam sekarang ni? Perlu ada ahli keluarga…”.

“ Lelaki tak perlu minta izin ayah dengan mak untuk berkahwin. Tak kan itu pun kau tak tahu?”

Kali ini mata Sofea sudah berkalih pada perempuan di sisinya. Muka nampak tak puas hati je dengan jawapan ustaz Umar ni. 

Sofea sudah naik kompius di situ.

Siapa perempuan ni pada ustaz umar ni ? Kekasih lama ke? Haaa..eloklah tu. Aku datang tengok Naim bertunang dengan perempuan ni, dan si umar ni pula datang untuk tengok ex awek dia bertunang dengan Naim. Senasib rupanya kami! Dah lah pakai baju pun sama warna. Macam berjanji!

“ Kalau betul dah bertunang, mana cincinnya?”lagi soalan berbentuk provokasi merangkap tak puas hati.

Erkk! Cincin? Jari jemarinya yang kosong ditelek dengan hujung mata.Hancus!! Kantoi abad macam ni! Apa aku nak jawab?

“ Mayra, mama panggil. Photo session. Sekarang,” tiba-tiba saja suara yang hampir dua minggu lebih tak kedengaran, datang mencelah.

 Tajam mata Sofea merenung wajah lelaki yang segak berkemeja sedondon dengan Mayra.  Anak  matanya jelas nampak takut-takut bila mata mereka bertembung secara tak sengaja. Entah pada siapa yang dia takut, Sofea tak pasti. Takut kena amuk dengan dia atau dengan mama dia tu? Hampeh punya Naim! Memang dasar pengecut! Anak mama! 

tara guna punya Naim! Anak mak! huhh

Mata Sofea kembali berkaca. Bila teringatkan suasana majlis bertukar cincin sebentar tadi, hatinya jadi sentap semula. Tekak rasa kering, nak menelan air liur pun rasa payah. Tambah sentap bila Naim pura-pura tak kenal dengan dia. Dok tunjuk muka ‘selenga’ dia pada Mayra. Sampai hati dia! Sampai hati!

“ Umar, jom!”.

Umar, Jom? Sofea kalih kea rah Umar yang hanya geleng kepala tanpa memandang. Dijeling pula sekilas ke arah Mayra yang nampak muka beria-ia mengajak. Langsung buat tak heran dengan Naim disebelahnya.

 Ni ape kes ajak ex-pakwe ambil gambar sekali? Dah mamun ke dia ni? Udah tu, kenapa pula Naim tak ajak dia sekali? 

Eh, kalau terasa nak kena penggal kepala dengan si angry bird tu pergilah Pia! Dah cukup pelik kau ada kat sini tanpa diundang. Nak tambah pelik, gambar bersama ala-ala satu keluarga bahagia? Hentikan!

“ Sorry, not interested!”.

Sekali lagi wajah tenang Umar dipandang. Serius, mamat lesung batu ni…something. Penuh dengan misteri yang tersendiri.

“Mayra, I pergi dulu lah macam tu.”

Nah, si pengecut dah nak lari. Panas le tu, duduk dekat-dekat dengan aku. Ini baru panas di dunia la mommy’s boy. Panas di akhirat sebab menipu aku hidup-hidup belum tentu kau dapat lari!

“Okey, you pergi dulu ye Am. Umar…jomlah.”

“ Just go, Mayra! Tak cacat gambar tu nanti kalau aku tak ada sekali. Awak, jom kita ambil angin dekat luar.”

Sekali lagi Sofea terkedu tanpa kata . Serius lain karakter dia ni. Pandai juga dia marah rupanya ye. Tapi… Awak tu, merujuk pada siapa ye? aku ke? Sofea?

“Awak…”.

“Aaaa…okey. Jom! Jom!” balas Sofea sambil terkocoh-kocoh mengambil beg tangan di atas lantai. Dan mereka melangkah keluar dari bilik itu, tanpa sedikit pun berpaling. 

********

“Nah….”.

Sofea kerling sekilas ke sisinya sebelum geleng kepala dan alih pandangan semula ke hadapan. Lututnya kemudian di tarik rapat ke dada dengan susah payah. Menyesal besar dia pakai baju kebaya tadi. Nak duduk bersila pun payah.

"Saya tak nangislah. Simpan je lah sapu tangan awak tu." balas Sofea dengan mata mencerun ke arah jalan tar dihadapannya.

Umar yang segak berkemeja itu hanya tersenyum nipis. Sapu tangan yang tidak bersambut hanya di letakkan di atas pehanya usai sama-sama duduk bersila di tepi pembahagi jalan itu.

“ Sebenarnya, saya tak tahu sejauh mana hubungan cik dengan tunang Mayra . Tapi,reaksi cik masa mula-mula tadi macam ada sesuatu antara cik dengan dia ”.
Sofea angguk perlahan, seakan mengiyakan.

“ Dia..lelaki tu. Lelaki yang pernah meminang saya.” Tutur Sofea, lambat-lambat. Wajah langsung tak beriak. Plain.

“ Tapi…apa yang berlaku tadi, berpunca dari saya. Pinangan dia, saya ambil sambil lewa. Saya lari-lari. Jadi, bukan salah dia..kalau dia ada orang lain,” tambah Sofea lagi sambil tahan air mata yang gigih nak melompat keluar sejak tadi. Bertahan Pia, bertahan! Pia kuat! Pia hebat! Apa barang menangis sebab lelaki?

“Ooo…”.

“Oooo je?” Tiba-tiba Sofea naik syeh. Bukan nak cakap sabarlah, tak apalah. Tapi...ooo?

“Aaaaaa…”.

“Aaaaa..pulak? Awak ni memang berat mulut kan? Saya rasa, sepanjang saya kenal awak..tadi tu lah ayat paling panjang awak pernah cakap dengan saya kan? Ada apa dalam mulut awak tu? Emas?”

Umar langsung tergamam. Tapi…nama nak pandang muka dia yang tengah naik syeh ni memang tidaklah. Tunduk je pandang ke bawah. Tangan pula dok kuis-kuis sapu tangan yang dah sedondon dengan warna kemeja yang dipakai. Unggu muda. 

“ Aaa…lupa. Awak ni kan ustaz. Awak hanya cakap, bila ada benda yang penting saja kan? Macam tu?”.

“Saya bukan ustaz.”

“ Memanglah dah bukan ustaz, sebab awak dah berhenti dari kerja dekat Café Al-Faliq tu kan? Awak buat salah apa ye? Curi-curi makan waktu kerja ye?”.

Lelaki disebelahnya itu langsung angkat wajah. Gaya macam nak cakap sesuatu, tapi boleh pula dia tunduk semula. Diamkan diri. Sangat berbeza sikap dia waktu sekarang dengan waktu di dalam restoren itu tadi. Tadi waktu depan Mayra nampak serius, garang. Tapi sekarang?

Sofea dah mula rasa tak betah untuk duduk. Langsung dia berdiri sambil cekak pinggang. Hilang mood kecewa, marah pada Naim beralih pula pada si mamat lesung batu yang dah gaya macam burung kasawari ni. Cakap sikit nak tunduk kepala.

“ Awak dengan Mayra tu, ada hubungan ye? Ex-girlfriend awak, barangkali? Umar, awak kan pernah nampak saya dengan Naim minum dekat café tu. Awak pun tahu, saya selalu ke sana. Kenapa awak tak bagi amaran awal-awal pada saya kalau awak dah tahu yang Naim tu bakal dijodohkan dengan Mayra? Ha? ”

“ Saya tak kenal cik, jadi rasanya tak wajar untuk saya masuk campur hal peribadi cik.”

“Cik…cik. Saya ada nama lah! Nama saya Sofea. Zarin Sofea.”

“Saya Umar. Umar Faliq.”

Umar Faliq? Sofea langsung terdiam. Matanya ligat digerakkan ke kiri, ke kanan. Umar Faliq, café al-Faliq. Eh, tak kan lah dia ni owner café tu kut! Tak mungkin!

“ Kalau betul, lelaki tu pernah lamar awak…awak patut bersyukur yang hal seperti ini berlaku sebelum awak terima lamaran dia.”

Syukur? Wajah tenang Umar di kerling sekilas sebelum perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan semula di sisi lelaki itu. Diam seketika, cari kekuatan nak membidas ustaz tak jadi disebelahnya ini.

“ Kalau hal seperti ni berlaku bila awak dah kahwin dengan dia, saya rasa mungkin awak tak berkedaan macam sekarang. Mungkin…awak dah amuk satu bilik tu tadi,” tambahnya lagi dengan senyum pendek dihujung bibir.

Ceh! Kurang asam terlebih garam betul dia ni. Perli aku le tu!

“Eleh,  gaya cakap macam ada pengalaman je! Mayra tu siapa sebenarnya pada awak? Ha?Awak pun macam saya kan, kena tinggal dengan dia.” Bidas Sofea. Penuh rasa yakin. 

“Mayra tu bukan sesiapa pada saya. Ex- bukan. Tunang, jauh sekali.”

Akhirnya, Sofea tertawa kecil. Tak sangka mamat  yang dia kenal dek kerana suka tunduk, curi-curi pandang  je sebelum ni pandai juga buat lawak.

“Habis, yang dekatnya apa, siapa?”.

“Awaklah. Awak kan tunang saya” balasnya sambil terus buang pandangan kea rah dataran parkir kereta.

“Tunang?” soal Sofea separuh menjerit.

“Zarin Sofea, kenapa tunggu diluar? Kata tadi nak jumpa dekat lobi hotel kan?”.

Sofea sudah kaku di situ bila melihat wajah Abang Long yang nampak terkejut, wajah Mama Dhuha yang tersenyum dan juga wajah dua orang adik lelakinya yang tersengih mengejek.Cepat-cepat dia bangun sambil membuang daun-daun kering yang melekat di bajunya.

“Errr…abang long…mama…Rin sebenarnya. Macam ni…”

“Jadi, ini bakal tunang Zarin tu?” soal Mama Dhuha tiba-tiba. Wajah Sofea terasa panas. Segan-segan nak pandang pada Umar. Ini sudah kes berat ni. Kalau tadi dia mengaku yang Umar sebagai tunangan, tak apa lagi. Bohong sunat untuk menyelamatkan keadaan. Tapi sekarang, tak kan dengan keluarga sendiri nak berbohong? Dan...macam mana pula mama boleh anggap mamat ni….

“Iye makcik. Saya. Saya Umar Faliq.”

Dan waktu itu juga, nafas Sofea sudah rasa tersekat dikerongkong.  Rasa nak rebah pun ada bila tengok reaksi bersahaja Umar yang mesra bersalaman dengan abang long, Zaim dan Zafran.
Ya Allah, apa dah jadi ni? Mintak nyawa! Mintak nyawa!

Mama Dhuha pula dah angkat  ibu jari tangan tinggi-tinggi tanda setuju. Habislah kau Pia! 


p/s: tq for reading. do appreciate ur comment kawan2. maaf kalau typo. unedited version ;-) ohhh....by the way..inilah umar faliq ;-)

ini le kununnya umar faliq@ si mamat lesung batu

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon