Sofea ketap bibirnya buat kesekian kalinya.Kotak baldu warna
merah itu dibuka berkali-kali dalam kesamaran. Tangannya kemudian memain
peranan. Garu kepala yang memang sah-sah tak gatal.
Ahhh..tertekannya dia! Dulu-dulu waktu tengok dalam drama,bila
sampai babak macam ini heroinnya okey sahaja bila terima cincin lamaran. Gembira,
ada yang siap buat lompat bintang tingi-tinggi lagi. Tapi dia? Sebaliknya.
Pelik. Orang ajak kahwin pun boleh buat susah hati ke Pia oii?
Sesekali, cuping telinganya menangkap alunan lagu nyanyian
Marc Antony yang memang sengaja di set khas, untuk orang jauh yang memang sejak
dulu lagi di tunggu. Kira punya kira, sepanjang dia balik dari kerja tadi
hampir berpuluh kali lagu itu berkumandang. Itu belum campur sepanjang dia
berada di pejabat.
“Saya naik dulu!”.
“Eh…nantilah dulu. Saya belum dapat jawapan, awak dah nak
lari?”.
“Nanti-nantilah saya jawab ye!”
“Awak!”.
Sofea mengeluh panjang bila terkenang semula hal siang tadi.
Hal lamaran Naim yang secara tiba-tiba. Naim pun satu hal juga. kot iya pun nak
melamar tengoklah dulu keadaan dan tempat. Ini tidak, waktu dia lepas jumpa si
penjajah baru. Dalam kereta pula tu!
Alasan.
Bagilah 1001 alasan pun Sofia. Mudahnya, kenapa tak jawab
saja….Naim, saya belum bersedia?
“Pia! Pia!”
Sofia tersentak. Dari celah-celah ruang yang ada, tombol
pintu biliknya nampak seperti dipulas berkali-kali diiringi deringan telefonnya
yang sengaja ditinggal di atas katil. Dia mula berkira-kira sendiri. Hendak
keluar atau tidak ni? Ah, malas!
“Pia! Oooo pia! Isyhh budak ni. Pengsan agaknya. Sheha,
cepatlah ambil kunci tu!” laung Alia,
nyaring.
“Aku tak jumpa la kunci spare tu. Aku rasa, orang DMU pinjam
masa nak baiki paip haritu tak pulangkan semula la,” suara Sheha pula menyahut.
“Pulak dah? Yang kau pergi bagi segugus kat dioarang tu
kenapanya?”.
“Sorry la beb…”
“Takpe. Biar saya cuba.”
Eh? Sofia garu kepala. Dari mana pula datang suara lelaki?
Orang-orang DMU? Tak kan kut!
Bunyi tombol pintu dipulas kasar berterusan diiringi bunyi
ketukan bertalu-talu. Sofia mengeluh panjang.
Yang budak-budak ni pun beria-ia
benar nak buka bilik, kenapanya? Macam lah mereka tak biasa dengan fi il nya
yang kadang-kadang lebih suka mengunci bilik lebih-lebih lagi bila tengah
kusyuk melayan novel.
Dummmmm!
Cepat-cepat Sofia tekup mulutnya dari terjerit kecil. Dari
ruang-ruang yang ada dia cuba memerhati gerangan yang buat serang hendap ke
atas biliknya. Poyo betul sampai nak pecah-pecah bilik ni.
“Taka da pun dia!” suara Harlina tiba-tiba turut ada sama.
“Peliknya! Kami taka da pun nampak dia keluar. Makan malam
pun tidak,” sahut Sheha.
“Ha’ah lah Lin. Kami balik tadi, kereta dia dah ada. Taka da
pula nampak dia keluar dari bilik ni.”
Sofia menahan tawa sendiri. Satu-satu wajah rakan serumah
dan teman baiknya di tatap dari ruang yang ada. Tapi wajah lelaki yang bersuara
tadi, tak jelas pula dek kerana terlindung dengan tubuh Sheha yang agak gempal.
Siapa dia agaknya? Suami Lin?
Tubuhnya digerakkan sedikit mencari ruang yang cantik untuk
diteropong suara sang adam antara hawa yang ada. Jari telunjuk dan ibu jari
tangannya dibulatan kedua-duanya, ala-ala meneropong. Ala, nampak siku je! Siku
siapa tu agaknya?
“Pia?”
Perlahan-lahan teropong tangannya ditarik ke sisi sambil
sengihan ditayang pada mata-mata yang membulat merenung ke arahnya.
“Pia! Awak buat apa duduk dalam almari ni?”
Dan kali ini, mata Sofia pula yang membulat sambil mulut
terkumat-kamit memikir untuk menjawap.
“Na…Naim?”.
************
Tawa Naim masih bersisa. Boleh pula dia bersatu padu dengan
Sheha dan Alia menggelakannya. Harlina pula sejak tadi tak henti-henti memohon
maaf tapi dibiarkan saja pujukannya tidak bersambut.
“ Lin, macam mana kau boleh terfikir nak cari budak ni dalam
almari baju ye?”
“Sebab…” kata-kata Harlina terhenti di situ. Renungan mata
Sofia buat dia jadi gerun. Langsung tak jadi hendak menjawab.
“Kau menyorok dari siapa sebenarnya Pia?” soal Sheha lagi
diiringi tawa yang masih bersisa.
“Taka da siapa-siapa,” balas Sofia, acuh tak acuh.
“ Kau memang ada tabiat suka meyorok walau tak dicari ye
Pia? Kelakar la kau ni,” soal Alia pula.
“Taka da lah,” balas Sofia lemah. Pandangannya ditundukkan.
Mata berkelip-kelip tanpa arah. Susuk tubuh Naim yang sedang tersengih-sengih
ke arahnya dibiar, sedikit tidak dihiraukan. Melihatkan reaksi itu, aju sahaja
Harlina di sisinya menoleh sebelum isyarat mata berbaur amaran di beri pada Sheha
dan Alia tapi sayangnya, isyarat langsung tidak difahami.
“ Kalau macam tu mesti masa kecik-kecik dulu kau suka
menyorok dalam alamari bila ada buat salh kan? Jenuh lah mak kau mencari merata
rumah.”
“Sheha….”.
Suasana ruang tamu tiba-tiba sahaja jadi senyap sunyi. Hanya
bunyi kipas syiling yang berputar kuat sahaja yang kedengaran. Semua mata sudah
tertumpu pada Sofia yang masih setia tunduk, berdiam diri sebelum
perlahan-lahan wajahnya diangkat lalu pandangan kosong diberi pada Sheha.
“Sheha, aku tak pernah jumpa mak aku sejak kecil lagi jadi
aku tak perlu nak menyorok bila aku ada buat salah. Dan awak Im, awak baliklah
dulu ye. Bila saya dah bersedia nak jumpa awak, saya akan call. Selamat malam!”
balas Sofia sebelum atur langkah perlahan kea rah biliknya.
***********
“Itu memang tebiat dia dari kecil. Bila dia susah hati, dia
akan berkurung di tempat yang dia rasa hanya dia seorang sahaja manusia yang
ada dalam dunia ni pada waktu itu,” komen Harlina sambil menyedut perlahan Milo
O aisnya yang baru tiba.
“ Macam mana awak boleh tahu pasal tu?” soal Naim, inginkan
kepastian. Harlina tarik sengih. Kedua belah tangannya diseluk ke kocek
sweaternya, menahan kesejukan malam.
“Naim, saya kenal dia dari kecil. Dari sama-sama kami belum
kenal huruf lagi.”
“Maksud awak? Awak dengan dia bersaudara?”
Harlina geleng kepala sebelum menyedut minumannya sekali
lagi.
“Berapa lama awak kenal Sofia?” Kali ini Harlina pula yang
menyoal biarpun soalan yang diaju tidah dijawab.
“Hampir 5 tahun. Tapi hanya setahun yang pertama saja kami
sempat jumpa, sebelum saya lanjut pelajaran.”
“Dan dalam masa 5 tahun tu, tak pernah terdetik dalam hati
awak bertanyakan tentang parents dia? Adik beradik dia?”.
Naim terdiam. Wajah polos milik Harlina ditenung seakan cuba
membaca maksud yang tersirat di sebalik soalannya.
“ Ada, tapi dia selalu saja mengelak bila soal ni saya
ajukan.”
“ Dia ada sebab yang sendiri…”.
“Tapi sebab apa? Sebab dia tak yakin yang saya serius dengan
hubungan kami berdua? Macam tu? Kalau saya tak serius, saya tak kan balik ke
Malaysia dan terus lamar dia,” balas Naim. Sedikit berang.
“ Bukan sebab dia tak yakin tapi sebab dia taka da jawapan
untuk semua soalan awak tu.”
Naim mendengus perlahan. Kopi ais dihadapannya disedut kasar sebelum dia membuang pandangan kea rah
pengunjung lain di restoren itu.
“ Saya tak fahamlah. Selalunya, lelaki yang suka buat liat
bila datang soal kahwin tapi kes saya dengan Sofia lain pula. Dia pula yang
suka lari-lari.”
“ Mungkin, dia belum bersedia.”
“Sampai bila pun tak kan bersedia kalau tak mencuba.”
“ Dan awak dah cuba untuk fahami Pia? Awak biasa jumpa dia
waktu dia dengan perangai gila-gila dia kan? Pernah awak nampak dia sedih,
muram macam tadi? ”
Naim tarik muka sebelum tersenyum sinis.
“ Awak sendiri tahu Sofia macam mana kan Lin? Dia selalu
saja sibuk dengan projek akhirlah, assigmentlah. Tas sebab musabab macam tulah dulu yang menyebabkan kami jarang berjumpa. Jumpa
dalam facebook tu, selalulah.Kalau dah begitu keadannya, macam mana saya nak tahu bila dia sedih?”.
“ Dari tulisan pun, kadang-kadang kita boleh tahu lah Naim.”
“Maaflah, tapi saya bukan jenis lelaki yg boleh agak hati
orang berdasarkan ayat dalam message. Tak pun, macam nil ah Lin. pendekkan
sahaja cerita. Apa hubungan awak dengan Sofia sebenarnya. Saudara? Sepupu? Awak
kenal mak ayah dia? Beritahu saya di mana mereka duduk. Biar saya pinang dia
dengan cara yang betul kalau itu yang Sofia mahukan,” jells Naim dengan wajah
bersungguh-sungguh.
Harlina tarik senyum sinis. Tangannya juga ditarik ke sisi,
berpeluk tubuh sambil geleng kepala melihat gelagat Naim yang kelihatan
terburu-buru membuat keputusan.
“Awak kenal Pia, tapi awak tak faham dia.”
“ Kami dah berkawan 5 tahun Lin. Itu pun pada awak, saya
masih tak kenal dia, faham dia? Awak ni peliklah.”
“ Kenal lalu berkawan tak bermakna awak faham dia Naim.”
“Tapi Saya sayangkan Sofia dn sudah tentu-tentu juga saya fahami dia”.
“Tapi sayang dan fahami dia tu dua perkara yang berbeza
Naim.”
“Whatever Lin. Jawab je soalan saya. Itu saja yang saya
minta. Adress or name?” balas Naim sambil mengeluarkan Ipad Mini dari beg
sandangnya. Jarinya sudah siap sedia hendak menaip.
“Lelaki…sama saja kan? Tak sensitive,” ulas Harlina. Masih
dengan provokasi.
“Sensitif atau tidak, tak penting. Yang penting, saya
sayangkan Sofia dan saya ikhlas nak kahwin dengan dia.
Titik.”
“ Sensitiviti itu kadang-kadang penting Encik Naim Idham,
untuk orang-orang macam saya…macam Pia. Orang-orang yang dibesarkan di Asrama
Damai.”
Asrama Damai? Kening Naim bertaut. Belakang telinganya
digaru sambil akal ligat memutar butir-butir perbualan waktu di rumah staff
yang diduduki Sofia tadi. Ada ke soal Asrama Damai disebut? Asrama Damai tu
tempat apa ya?
“Maksud awak?”.
“Pia tak pernah menyorokkan diri bila dia ada buat salah
sebab dia sendiri tak pernah kenal siapa ibunya…itupun awak tak faham juga?”.
Naim melongo.Kaitan menyorok dengan kenal ibu?
“ Kalau masih tak faham juga, sebaiknya awak tunda dulu
hasrat awak hendak meminang Pia. Jelasnya, sebab awak belum cukup kenal dengan
dia. Saya balik dulu.Selamat malam. Assalamualaikum.”
Harlina beredar usai salam diberi, meninggalkan Naim
terpinga-pinga sendirian. Tanpa dirancang, jarinya laju menekan Ipad menaip
sesuatu dan akhirnya dia tersandar ke belakang usai cariannya berhasil.
“Jadi betullah kata Lin. Aku kenal dia..tapi aku tak faham
dia,” lirih Naim perlahan beserta keluhan panjang.
p/s: okey ke? tak okey bagitahu tau!huhuhu