Wednesday, March 31, 2010

Dr Zambry dedah ditawar jadi MB jika sertai PKR

IPOH 31 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini mendedahkan bahawa beliau merupakan salah yang ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika beliau bersetuju menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

PKR ketika itu tiada calon yang sesuai untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar, sebab itu mereka berusaha memujuk Dr Zambry dari UMNO yang mempunyai pengalaman dan kelayakan.

Namun hasrat PKR itu tidak kesampaian, apabila Dr Zambry menolak pelawaan tersebut. Tetapi Dr Zambry kemudiannya dipilih menjadi Menteri Besar Perak yang baru mewakili Barisan Nasional setelah kerajaan Pakatan pimpinan Datuk Seri Nizar telah kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri.

Dr Zambry mendedahkan perkara tersebut ketika menggulung perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini.

Baca selanjutnya..

Anwar guna pelobi Yahudi

Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan beberapa pelobi Yahudi yang berpengkalan di Amerika Syarikat untuk mengangkat imejnya di luar negara. Antara badan-badan pemikir tersebut adalah Institut Brookings

Institut Brookings adalah sebuah badan pemikir Amerika yang dipengerusikan oleh seorang Yahudi bernama Strobe Talbott. Beliau merupakan bekas Timbalan Setiausaha Negara semasa pemerintahan Presiden Bill Clinton.


Penaja utama institut ini adalah beberapa yayasan kewangan Yahudi yang terkemuka di Amerika iaitu John M. Olin Foundation, F. M. Kirby Foundation,Walton Family Foundation dan Smith Richardson Foundation.

Pada tahun 2002, satu unit penyelidikan Institut Brookings ditubuhkan khusus untuk Timur Tengah yang dinamakan “Saban Center for Middle East Policy". Penubuhan unit ini hasil derma daripada seorang korporat Yahudi terkemuka bernama Haim Saban yang menyuntik dana sebanyak $13 million kepada institut tersebut.

Untuk memperkukuhkan penguasaan Yahudi di Timur Tengah, seorang tokoh AIPAC (American Israel Public Affairs Committee) dibawa masuk untuk menerajui institut tersebut. Beliau adalah Martin Indyk, bekas Duta Besar Amerika Syarikat ke Israel yang dilantik sebagai Naib Pengerusi Foreign Policy, Institut Brookings dan Pengarah Saban Center for Middle East Policy.

Salah satu program tahunan Institut Brookings dan Saban Center for Middle East Policy untuk menguasai Timur Tengah adalah "US-Muslim Wold Forum" yang sering diadakan di Doha, Qatar.

Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam Institut Brookings ini. Beliau dilantik sebagai Penasihat Antarabangsa Institut Brookings. Klik di sini

Brookings Institution mempunyai kaitan secara langsung dengan Anwar Ibrahim kerana beliau telah dilantik sebagai salah seorang Kumpulan Penasihat Antarabangsa institut itu.

Pelantikan Anwar di institut itu dipercayai dicadangkan oleh James Wolfensohn, seorang Yahudi yang berpengaruh sebagai Ahli Pemegang Amanah Institut Brookings.

James Wolfensohns juga merupakan korporat Yahudi yang ternama di Amerika Syarikat. Beliau merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Citybank, Ahli Pemegang Amanah The Rockefeller Foundation ahli CFR (the Council on Foreign Relations).

Beliau juga pernah menjadi Presiden Bank Dunia pada 1995-2005, dan semasa kekuasaannya di bank itu, beliau telah melantik Anwar (ketika itu Menteri Kewangan) sebagai 'Chairman of the bank's development committee, World Bank/IMF.

Di Institut Brookings, Anwar aktif dalam memberikan sumbangannya mendemokrasikan Timur Tengah, antaranya sebagai ahli panel dalam Persidangan US-Dunia Muslim (US-Muslim World Forum) yang setiap tahun diadakan di Doha, Qatar.


Baca selanjutnya..

Thursday, March 25, 2010

Ahli PKR Hulu Selangor meninggal dunia


Aidc News

Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, 71 tahun telah meninggal dunia dirumahnya di batu 9 1/2, Jalan Cheras Kajang jam 9.30 malam tadi.


Beliau memenangi kerusi parlimen Hulu Selangor setelah menewaskan Datuk G. Palanivel dari MIC pada pilihanraya yang lalu.
Baca selanjutnya..

Hakim Mahkamah Tinggi tetapkan tarikh baru sebutan kes

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd pagi ini menetapkan tarikh baru sebutan kes iaitu pada 10 hingga 14 Mei, 31 Mei hingga 4 jun, 14 hingga 23 Julai dan 2 hingga 30 ogos.

Hakim membuat keputusan tersebut setelah pihak pendakwa dan peguambela gagal memberi tarikh yang sesuai untuk sebutan kes berkenaan.

Sebelum itu Karpal Singh mengingatkan mahkamah pada bulan Jun, tidak sesuai perbicaraan diadakan kerana Anwar sibuk dengan komitmennya dengan Dewan Rakyat.





Baca selanjutnya..

Perbicaraan kes liwat Anwar akan bermula hari ini ?

KUALA LUMPUR 25 Mac - Hari ini adalah hari yang ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk sebutan kes liwat selepas lebih sebulan tertangguh, ekoran dari pertikaian Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai status hakim berkenaan.

Pada 18 Februari lalu, Mohamad Zabidin memberi tempoh lebih sebulan untuk peguam Anwar menyelesaikan ketidakpuasan hati mereka.

Pada 11 Mac, Anwar memfailkan petisyen rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan menerusi firma guaman Tetuan S.N.Nair and Partners. Mahkamah Rayuan telah telah menetapkan 19 Mac untuk mendengar rayuan itu.

Permohonan meminta hakim itu menarik diri telah difailkan oleh Anwar kerana alasan Mohamad Zabidin bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonan peguam utama Anwar, Karpal Singh, untuk mengenakan tindakan menghina terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.

Namun begitu selepas 5 hari memfailkan rayuan, Anwar kemudiannya menarik balik rayuan itu pada 16 Mac lalu, tiga hari sebelum ia dijadualkan didengar di Mahkamah Rayuan tersebut.

Dalam memberi alasan mengapa rayuan tersebut ditarik balik, Anwar memberi alasan untuk tidak mahu menangguhkan lagi kes tersebut, walaupun sebelum ini pihak Anwar sendiri memohon penangguhan tersebut dengan pelbagai alasan.

Sama ada kes itu akan terus dibicarakan hari ini atau satu tarikh lain ditetapkan bagi perbicaraan, akan ditentukan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Jika diteruskan, kes berprofil tinggi itu sudah tentu mengundang perhatian ramai kerana tiba giliran peguam bela Anwar yang diketuai Karpal Singh menyoal balas Mohd. Saiful Bukhari sebagai saksi pendakwa pertama.


Pada 8 Februari lalu, Anwar memohon supaya hakim itu menarik diri kerana bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonannya untuk mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.

Mohamad Zabidin menolak permohonan tersebut. Anwar, 63, menghadapi tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mohd. Saiful Bukhari telah selesai memberi keterangan pada peringkat pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan selama tiga hari mulai 3 Februari lalu, selepas kes itu tertangguh sejak 1 Julai tahun lalu.

Dalam keterangannya, anak sulung daripada dua beradik itu mendakwa, sebagai pembantu peribadi Anwar, dia pernah menerima elaun AS$1,000 (RM3,400) dan 10,000 dolar Hong Kong (RM4,300) semasa mengikuti kunjungan Ketua Pembangkang itu ke Singapura dan Hong Kong.

Selain itu, dia yang pernah melakukan sumpah laknat atau mubahalah pada 15 Ogos 2008 berkata, semasa di tempat kejadian, Anwar ada bertanyakan "Can I f***k you today?" kepadanya dan memeluknya dalam keadaan mereka hanya memakai tuala mandi.

Pemuda itu juga memaklumkan, Anwar pernah menawarkan untuk membiayai pengajiannya di mana-mana universiti dan pada masa sama memperoleh gaji penuh serta elaun sewaktu dia meluahkan hasrat berhenti kerja.

Baca selanjutnya..

Friday, March 19, 2010

Anwar sengaja lari untuk jumpa Al Gore di London

KUALA LUMPUR - Ekoran pendedahan berani YB Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkenaan dengan pembohongan Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dewan dan terus ke rumahnya untuk persiapan ke London menemui sahabat baiknya, Al Gore.

Sebenarnya rancangan Anwar ke london sudah diatur dengan rapi sebelum ini dalam siri kempen melobi tokoh-tokoh politik Amerika Syarikat dalam menghadapi kes liwat terbarunya, dan dengan pendedahan YB Zahrain itu menjadi alasan terbaik seolah-olah Anwar melarikan diri.

Menurut anwaribrahimblog,[klik di sini] Anwar menyampaikan kuliah “Religious Pluralism in a Divided World” di LSE (London School of Economics and Political Science) pada 18 Mac 2010 jam 5 pm waktu London.

Tetapi pada sebelah pagi, beliau dijadualkan bermesyuarat bersama mantan Naib Presiden Amerika, Al Gore dan Mary Robinson, mantan Presiden Republik Ireland yang sekarang ini menjawat jawatan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Anwar dan Mary Robinson merupakan rangkaian sahabat Al Gore yang dilantik dalam organisasi Generation Investment Management Group dan AccountAbility (Institute of Social and Ethical AccountAbility). Kedua-dua organisasi itu adalah milik Al Gore.

Dalam Generation Investment Management Group yang berpengkalan di London dan Washington, Al Gore melantik Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa,[klik sini] manakala dalam AccountAbility, Anwar dilantik sebagai Presiden Kehormat AccountAbility [klik sini]

Sebenarnya hubungan Anwar dan Al Gore, sudah dibina sejak lama lagi ketika Anwar masih berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Al Gore menjadi Naib Presiden Amerika Syarikat.

Ketika Anwar dipecat daripada UMNO pada tahun 1998 dan dituduh melakukan perbuatan meliwat, Al Gore merupakan satu-satu tokoh berketurunan Yahudi yang lantang membela Anwar.

Al Gore, pada 16 November 1998, semasa Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur telah mengambil peluang mengecam kerajaan Malaysia kerana memecat Anwar Ibrahim dan menyokong perjuangan REFORMASI.

Kata Al Gore : "We continue to hear calls for democracy, calls for reform in many languages - people's power, doi moi, reformasi. We hear them today, right here, right now, among the brave people of Malaysia."

Di Amerika Syarikat, selain Al Gore dikenali sebagai mantan Naib Presiden Amerika Syarikat, beliau juga turut dikenali sebagai pejuang perkahwinan sejenis yang dikenali sebagai Freedom to Marry.

Freedom to Marry adalah satu perjuangan Kebebasan kepada kaum homoseks dan tidak homoseks untuk berkongsi persamaan perkahwinan. Dilancarkan pada 2003, diketuai oleh Evan Wolfson.

Menurut Al Gore sesiapa yang memperjuangka 'demokrasi' bermakna seseorang itu memperjuangkan kebebasan seksual termasuk kebebasan mengamalkan homoseksual.




Baca selanjutnya..

Wednesday, March 17, 2010

John Sidel samakan Anwar Ibrahim seperti Nurcholish Madjid

KUALA LUMPUR - Seorang penulis, Michael Vatikiotis dalam kertas kerjanya 'De-demonizing Southeast Asian Islam' memetik tulisan John Sidel, seorang saintis politik United Kingdom yang mengatakan peranan Anwar Ibrahim adalah sama dengan Nurcholish Madjid, pengasas Islam Liberal Indonesia.

"Pada pertengahan 1990-an di Indonesia dan Malaysia, para pemikir Islam seperti Anwar Ibrahim dan Nurcholish Madjid yang menawarkan suatu janji politik Islam modenis yang mencampurkan teknologi moden dan demokrasi dengan ajaran-ajaran moral kepercayaan", kata John Sidel.

"Idea-idea liberal mereka merupakan satu ancaman kepada kumpulan fundamentalis di negara-negara itu", katanya lagi.

Nurcholish Madjid yang lebih dikenali sebagai Cak Nur merupakan pengasas ideologi Islam Liberal di Indonesia. Beliau memulakan idea sekularisasi dan pluralisme agama di Indonesia sepertimana yang digagaskan oleh Anwar di Malaysia.

"Tokoh-tokoh yang membawa sekular-liberal ini adalah warisan pemikiran Mustafa Kamal Attaturk, dari Turki", tulis Adian Husaini dalam artikelnya bertajuk 'Pengikut setia Nurcholish Madjid ‘mengamuk’

Pengikut-pengikut Nurcholish lebih dikenali sebagai 'kumpulan Pak Natsir Muda' di Indonesia. Pak Natsir merupakan tokoh idola Anwar Ibrahim.

Di Indonesia, Nurcholish Madjid menubuhkan yayasannya yang dinamakan Paramadina Foundation untuk mengembangkan ideanya, manakala di Malaysia Anwar menggunakan badan pemikirnya, Isntitut Kajian Dasar(IKD).

Dipercayai penajaan dana di sebalik kedua-dua badan pemikir ini ditaja oleh CIA yang bertopeng yayasan kebajikan.

Esok, 18 Mac, Anwar Ibrahim akan meninggalkan sidang parlimen untuk memenuhi agenda peribadi, bersama John Sidel dalam program "Religion and Pluralism in a Divided World" (Agama dan Plurisma dalam Dua Dunia)di LCE (The London School of Economics and Political Science), United Kingdom.

Menurut maklumat, John Sidel merupakan agen CIA yang bertopeng intelektual yang merupakan perancang utama liberalisme agama di Malaysia dan Indonsia.



Baca selanjutnya..

Kerajaan Malaysia hantar wakil jumpa Dr Yusof Al Qaradawi

KUALA LUMPUR - Ekoran pendedahan AIDCThinker hari ini berkenaan dengan Dr Yusof Al Qaradawi telah menghantar surat kepada kerajaan Malaysia memohon maaf ucapannya di Doha telah dimanipulasi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kepentingan dirinya bagi menghadapi kes liwat, kerajaan Malaysia sedang merancang untuk bertemu dengan ulama tersohor itu untuk mendapatkan pengesahan berkenaan ucapan beliau itu.

Difahamkan, kerajaan Malaysia akan menghantar wakil-wakil agama dari Malaysia untuk bertemu sendiri dengan Dr Yusof Al Qaradawi itu kerana terdapat banyak keraguan berkenaan dengan isu kandungan CD tersebut.

Dalam CD tersebut Anwar mendakwa Dr Yusof Al Qaradawi telah menyokongnya berkenaan isu liwat, tetapi apabila melihat keseluruhan rakaman tersebut tiada sokongan jelas difatwakan oleh ulama tersohor itu, kecuali penyataan umum yang berkaitan dengan fitnah.

Terdapat sumber dalaman mengatakan ulama itu telah diperalatkan dengan menanyakan soalan umum berkenaan 'fitnah' dan dimanipulasi oleh Anwar dan para penyokongnya dengan mengaitkan dengan pendakwaan liwat yang sedang dijalankan di mahkamah Malaysia.

Sebelum ini, Anwar ketika melancarkan CD berkenaan mendakwa beliau tidak berkepentingan terhadap penerbitan CD berkenaan.Klik di sini

"Ada orang kata saya ada kepentingan (dengan CD itu), (tapi) saya rasa tidak tergugat (dengan pertuduhan itu) kerana tidak ada kes, (dan) laporan doktor menyebelahi kita," katanya seperti yang dilaporkan Malaysiakini.

Tetapi ada pihak mempertikaikan kenyataan Anwar ini kerana terdapat usaha pengedaran dilakukan besar-besar yang dilakukan oleh jentera PKR selepas Anwar sendiri melancarkan CD tersebut awal Mac lalu.

"Apatah lagi CD itu diterbitkan dan diedarkan secara percuma oleh WIRDA, itu sudah menunjukkan kepentingan Anwar", kata sumber tersebut.

WIRDA atau Women's Institute of Research Development dan Advancement adalah sayap NGO wanita PKR yang dipimpin oleh Zuraida Kamaruddin, ketua Wanita PKR.

"Anwar hanya berpegang kepada kepada laporan 3 doktor, sedangkan doktor berkenaan belum lagi memberi keterangan mereka di mahkamah. Bagaimana pula dengan laporan doktor, pakar forensik dan pakar DNA yang mengatakan terdapat air mani Anwar dalam dubur mangsa", kata sumber itu lagi.




Baca selanjutnya..

Sekali lagi Anwar keluar negara tinggalkan sidang parlimen

KUALA LUMPUR -Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi meninggalkan sidang parlimen yang sedang berlangsung sekarang untuk memenuhi agenda peribadi, sebagai penceramah dalam program "Religion and Pluralism in a Divided World" (Agama dan Plurisma dalam Dua Dunia)di LCE (The London School of Economics and Political Science), United Kingdom.

Anwar dijangka memberikan ucapan dalam program pluralisme itu esok (18 Mac 2010) yang dipengerusikan oleh Professor John Sidel, seorang penyelidik yang banyak menumpukan kajiannya ke atas isu-isu politik Asia Tengara.

John Sidel juga merupakan aktivis East-West Center, satu organisasi yang dipercayai sering melatih tokoh-tokoh pembangkang Malaysia, khususnya dari PKR.

Semasa di United Kingdom nanti, Anwar dijangka akan mengadakan pertemuan berasingan dengan beberapa organisasi dan individu untuk menyokong kes liwatnya itu. Mereka yang bakal ditemui Anwar adalah AIC UK, Raja Petra Raja Kamaruddin dan beberapa tokoh aktivis Kristian dan politik dari UK dan Amerika Syarikat.

Pada 2009 lalu Anwar tidak menghadiri pembukaan sidang parlimen oleh Yang Dipertua Agong semata-mata untuk menghadiri Forum U.S.-Islamic World di Doha, Qatar.

Dalam forum itu Anwar mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Madeline Albright, Martin Indyk dan beberapa tokoh barat lain untuk meminta simpati kepada mereka. Sebagai balasannya, dalam ucapan di forum itu, Anwar memuji Presiden Obama dan menyokong Israel.

Baca selanjutnya..

Tuesday, March 16, 2010

Kes liwat: Anwar tarik balik rayuan mohon hakim tarik diri

KUALA LUMPUR 16 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik rayuan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Zabidin Mohd. Diah menolak permohonannya agar menarik diri daripada mendengar kes liwatnya.

Mahkamah Rayuan menetapkan rayuan itu didengar pada 19 Mac ini.

Pada 19 Februari lalu, Anwar memfailkan notis rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mohamad Zabidin sehari sebelum itu yang menolak permohonannya supaya menarik diri daripada terus mendengar kes liwat tersebut.

Notis rayuan itu difailkan menerusi firma peguam Tetuan S.N. Nair & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan salinan notis itu turut dihantar ke Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Sebelum itu, ketika menolak permohonan Ketua Pembangkang itu, Hakim Mohamad Zabidin memutuskan tidak ada sebab kenapa beliau perlu menarik diri daripada mendengar kes itu dan jika beliau berbuat demikian, bermakna beliau lari daripada tanggungjawabnya sebagai seorang hakim.

Katanya, seseorang hakim yang telah mengangkat sumpah jawatan sudah semestinya tidak boleh mengelak diri daripada menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya.

Sementara itu, Mohamed Yusof dalam afidavit jawapan terhadap permohonan Anwar berkata, pihaknya membantah permohonan ketua pembangkang itu atas alasan ia perkara remeh.

"Permohonan itu tidak mempunyai merit, justifikasi, remeh serta satu penyalahgunaan proses mahkamah," kata beliau.

Menurut beliau, pihak pendakwaan turut menafikan dakwaan Anwar bahawa keputusan hakim membawa kepada elemen berat sebelah serta lari daripada keadilan undang-undang.

Hakim tersebut, kata Mohamed Yusof, telah membuat keputusan dengan bebas bersandarkan fakta.

Hakim Mohamad Zabidin menangguhkan sehingga 25 Mac sementara menunggu keputusan rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.




Baca selanjutnya..

Sunday, March 14, 2010

Dr. Kamal Hasan, Dr. Syed Naquib Al-Attas dan Datuk Syed Prof. Shad Faruqi sanggah pandangan Anwar

Kuala Lumpur - Zulkifli Nordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu yang baru-baru ini dipecat keanggotaan dari PKR menegaskan dalam isu kalimah Allah, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim telah membuat keputusan peribadi tanpa merujuk pihak yang lebih berautoriti.

“Sebenarnya dalam isu kalimah Allah ini, pendirian yang dibuat parti adalah pendirian Anwar sendiri setelah dia berbincang dengan seorang kawan. Tetapi apabila jadi kecoh baru dia panggil ulama. Pada malam perbincangan itu jelas ramai yang tidak setuju dengan Anwar. Yang setuju hanya ustaz-ustaz politik sahaja, ulama non partisan semua tidak setuju.” Kata Zulkifli dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar yang tersiar hari ini.

Menurut bekas peguam Anwar itu juga pada malam perbicangan dilakukan, Anwar tidakmampu membuat sebarang kenyataan media kerana tidak menjangka tindakannya dalam isu kalimah Allah tidak mendapat sokongan sebahagian besarpemimpin agama yang hadir.

“.Malah seorang ulama menegur beliau kerana kenapa membuat kenyataan terlalu awal. Harun Din misalnya lagi keras sehingga mengkafirkan sesiapa sahaja yang setuju. Ulama-ulama seperti Dr. Kamal Hasan, Dr. Syed Naquib Al-Attas dan Datuk Syed Prof. Shad Faruqi semuanya tidak bersetuju. “ Kata Zulkifli Nordin apabila ditanya pendiriannya dalam isu Kalimah Allah pada wawancara yang disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia tersebut.

Anwar sebelum ini dipetik berkata bahawa tindakannya yang menyokong bukan islam mengunakan kalimah Allah mendapat sokongan ulama dan pemimpin agama tempatan.



Baca selanjutnya..

Wednesday, March 10, 2010

Anwar kalah tuduhan GAY, merayu ke Mahkamah Persekutuan

KUALA LUMPUR - Meskipun Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah menolak fail saman Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan dengan tuduhan GAY, namun Anwar masih membuat proses rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata kes rayuan itu akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 14 April ini.

Anwar memfailkan saman RM100 juta kepada Dr Mahathir kerana menyebut perkataan 'gay tidak sesuai jadi PM' pada Persidangan Hak Asasi Manusia pada 9 September 2005.

Pada 5 Januari 2007, peguam Dr Mahathir, VK Lingam & Co menghantar petisen balas menjustitifikasikan kebenaran kata-kata Dr Mahathir (bahawa Anwar adalah homoseks) dengan menyertakan afidavit-afidavit yang menyokong hujah-hujahnya.

Hujah Dr Mahathir, Anwar memang seorang homoseksual berdasarkan;

Pertama : Pengakuan dan hukuman mahkamah yang telah dikenakan ke atas Munawar Ahmad Anes dan Sukma Darmawan Saasmitaat Madja yang telah merelakan diri mereka diliwat oleh Anwar. Keputusan ke atas kedua-dua kes ini telah menjadi rekod mahkamah dan kedua-dua telah dipenjarakan atas kes berkenaan.

1. Seorang rakyat Pakistan, Dr Munawar A. Anees hari ini dihukum penjara enam bulan setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya.Munawar, yang mempunyai taraf pemastautin tetap di Malaysia dan Amerika Syarikat, mengaku bersalah terhadap tuduhan berikut:

''Bahawa kamu dalam bulan Mac 1993 pada sebelah malam di No. 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, telah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan zakarnya ke dalam jubur kamu dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.'' Klik di sini

2. Sukma Darmawan Sasmitaat Madja membuat pengakuan bersalah melakukan perbuatan meliwat dengan abang angkatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah menyedari kesilapan yang dia lakukan pada masa lepas. 'Bahawa kamu, pada bulan April 1998 pada sebelah malam di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No. 47, Jalan Damansara di sini telah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan zakarnya ke dalam dubur kamu.'Sukma Darmawan mengaku bersalah dan dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur. Klik di sini dan di sini

Kedua : Anwar didapati bersalah meliwat Azizan Abu Bakar yang diputuskan oleh Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar. Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang menghadapi dua tuduhan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.

Ketiga : Walaupun Anwar berjaya dalam proses rayuannya di Mahkamah Persekutuan dan mempertikaikan tarikh sebenar kejadian liwat serta dibebaskan pada 2 September 2004, namun ketiga-tiga hakim yang mendengar rayuan bersepakat menyetujui berlakunya aktiviti liwat antara Anwar, Azizan dan Sukma.

Mahkamah Persekutuan menyebut seperti berikut ;

"... we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."

Berdasarkan hujah-hujah konkrit yang dinyatakan di atas, Dr Mahathir mengemukakan tuntutan agar saman fitnah Anwar tersebut dibatalkan oleh pihak mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Tengku Maimun Tuan Mat pada 4 Julai 2007, membuat keputusan mengenepikan saman fitnah tersebut kerana mendapati alasan dari peguam Anwar tidak kukuh.

Kemudian pada 20 Oktober 2009, Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan bersidang yang diketuai oleh Hakim Abdul Malik bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu serta memerintahkan agar Anwar membayar kos kepada Dr. Mahathir.



Baca selanjutnya..

VCD itu fitnah, kata Anwar

KUALA LUMPUR - Sudah menjadi satu sindrom, apa sahaja bukti walaupun berbentuk video yang menunjukkan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menafikan dan menganggap itu adalah fitnah, tetapi dalam masa yang sama Anwar juga turut menggunakan rakaman video yang merakamkan ucapan individu lain yang memuji dirinya, itu dianggap benar.

Baru-baru ini, Anwar melancarkan video rakaman ucapan Dr Yusof Al Qaradawi yang kononnya berucap menyokong dirinya, walaupun tokoh ulama itu tidak menyatakan secara jelas sokongan yang dimaksudkan oleh Anwar itu.

Walaupun Dr Yusof Al Qaradawi tidak menyentuh khusus berkenaan pertuduhan liwat, tetapi Anwar telah menambahkan penafsiran itu dengan mengaitkan pertuduhan liwat ke atas dirinya dan dalam masa sama Anwar mendakwa laporan doktor menyebelahinya, walaupun kes itu masih belum dibicarakan sepenuhnya.

Sehingga ke hari ini, para doktor dan pakar forensik belum memberi keterangan di mahkamah, tetapi Anwar sudah membuat keputusan sendiri seolah-olah kesemua pakar doktor dan forensik itu telah selesai memberi keterangan.

"Ada orang kata saya ada kepentingan (dengan CD itu), (tapi) saya rasa tidak tergugat (dengan pertuduhan itu) kerana tidak ada kes, (dan) laporan doktor menyebelahi kita," katanya.

Dalam perkembangan lain, seorang peniaga Mohd Arshad Ishak telah tampil membuat laporan polis di Bangi kelmarin meminta polis menyiasat satu video berbentuk VCD yang menunjukkan rakaman semasa Anwar menjalani hukumannya di penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001.

Video itu berjudul 'Sandiwara Anwar sebab-sebab MP PKR keluar parti, tengok sampai habis'.

Mohd Arshad, 26 yang juga mewakli Gerakan Anti Liwat atau GELI, mendakwa dia mendapat salinan VCD itu diletakkan di peti surat di rumahnya di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Anwar Ibrahim dalam responnya kepada Malaysiakini hari ini mendakwa rakaman VCD itu berbentuk fitnah, walaupun jawapannya tidak begitu menyakinkan.

"Semasa saya di mahkamah (1998) saya boleh jalan, saya boleh bangun. Di mahkamah saya tidak pernah pakai kerusi roda.

"Saya pakai kerusi roda bila jalannya jauh. Doktor melarang saya berjalan lebih daripada sepuluh tapak. Saya boleh berdiri, saya boleh berjalan. Maksimum sepuluh tapak.

"Jadi orang Umno nak buat fitnah, siapa suruh. Ada pembedahan dilakukan, cukuplah," katanya selepas menghadiri prosiding kes qazaf di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pagi ini.





Baca selanjutnya..

Tuesday, March 9, 2010

Zulkifli Noordin tahu peta perjalanan Anwar ke Sungai Buloh ?

KUALA LUMPUR - Ekoran dicabar oleh Datin Seri Wan Azizah Wan Azizah supaya kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mencabar kembali Wan Azizah suapaya meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR kerana kegagalannya memimpin secara berkesan parti tersebut.

"Bukan saya yang meninggalkan PKR. Sebaliknya saya dipecat walaupun sehingga saat terakhir saya masih lagi berpegang kepada prinsip supaya saya diberi peluang membela diri dihadapan panel Lembaga Disiplin yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH. Tetapi DSWA enggan memberikan saya peluang membela diri berdasarkan prinsip keadilan sejagat dan hak asasi kemanusiaan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR" kata Zulkifli, dalam tulisan terbaru di blognya bertajuk "Cukuplah Kak Zah".

Zulkifli turut percaya jika Wan Azizah berterusan menjadi pemimpin boneka, yang sentiasa diperalatkan oleh firaun-firaun kecil PKR, bukan sahaja cita-cita suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya akan musnah, malah peta perjalanannya akan berubah ke Sungai Buloh pula.

Kata-kata sinis Zulkifli ini mempunyai makna yang mendalam kerana Anwar Ibrahim ketika ini sedang menghadapi perbicaraan liwat di Mahkamah Tinggi kerana didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Zulkifli yang sebelas tahun dahulu merupakan salah seorang peguam liwat Anwar, dikatakan enggan menjadi peguam Anwar apabila ketua umum PKR itu sekali lagi didakwa melakukan seks luar tabie itu.

Tetapi Zulkifli bersedia menjadi peguam Anwar bagi kes qazaf yang dibicarakan di Mahkamah Syariah. Namun, sehingga ke hari ini, status kelayakan beliau dipertikaikan oleh pihak defendan.

Dalam masa yang sama Zulkifli turut mengingatkan Wan Azizah bahawa Islam tidak hanya terletak kepada pemakaian dan aspek luaran, tetapi mencakupi semua aspek terutamanya niat dan tindakan.

"Islam tidak terletak pada sarung tangan sutera ala Michael Jackson yang dipakainya. Saya menghormati pendirian Datin Seri Wan Azizah tidak mahu bersentuhan tangan dengan lelaki bukan muhrimnya, tetapi Islam itu lebih daripada sekadar sarung tangan sutera ala Michael Jackson tersebut", kata Zulkifli.

Dua hari lepas semasa Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam, Wan Azizah mencabar mencabar ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu meletakkan jawatan kerana "mengambil kerusi yang bukan miliknya".

Mengulas lanjut isu ahli parlimen parti itu yang meninggalkan parti seorang demi seorang, Wan Azizah menyatakan kekecewaannya ekoran tindakan itu, lebih-lebih lagi apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menghadapi tuduhan liwat di mahkamah.

"Pada (menjelang) 16 September (tahun lepas) semua datang. Tetapi apabila saudara Anwar difitnah sekali lagi, siapa yang tinggalkan kita?

"Siapa yang tinggal (bersama kita). Biarkan mereka, biarkan luncai dengan labu-labunya," katanya.




Baca selanjutnya..

Monday, March 8, 2010

Walaupun hilang majoriti, Anwar tetap mahukan Ketua Pembangkang

SHAH ALAM - Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui partinya, PKR telah kehilangan majoriti di parlimen, tetapi beliau masih keberatan untuk menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang kepada DAP.

"Oleh kerana jumlah kerusi PKR sekarang kurang, saya pelawa Lim Kit Siang (Penasihat DAP)yang lebih banyak pengalaman. Saya tidak akan pertahankan.

“Saya lebih pengalaman sebagai menteri, tetapi Lim awal-awal lagi berkata, perkara itu bukan isu dan beliau awal-awal lagi telah berikan kenyataan bahawa DAP tetap menyokong Anwar,” katanya ketika menghadiri Konvensyen PR Selangor semalam.

Setelah empat Ahli Parlimen PKR keluar parti, PKR kini memiliki 27 kerusi berbanding DAP sebanyak 28. Pas pula mempunyai 23 wakil dalam Dewan Rakyat.

Ramai pemerhati politik berpendapat nada percakapan Anwar yang menunjukkan beliau 'berpengalaman sebagai menteri' membayangkan hanya diri beliau sahaja yang paling layak menjadi ketua pembangkang. Apatah lagi, Anwar turut mewar-warkan kenyataan DAP yang memberikan jawatan tersebut kepada beliau meskipun bilangan majoriti PKR di parlimen semakin berkurangan.

Sementara itu di blog Lim Kit Siang, beliau menyiarkan tulisan Neville Spykerman dari Malaysian Insider yang mengatakan Pakatan akan menang besar jika Anwar dipenjarakan.Klik di sini dan di sini

Penulis Malaysian Insider memetik kata-kata Lim Kit Siang yang mengatakan “If he (Anwar) is jailed, our motto will be free Anwar, vote PR!”

Kata-kata Lim Kit Siang ini membayangkan bahawa beliau sendiri yakin Anwar Ibrahim bakal dipenjarakan, dan sekiranya perkara itu berlaku, DAP akan mendapat keuntungan besar serta masalah Ketua Pembangkang secara automatik akan menjadi milik DAP.


Baca selanjutnya..

Pemecatan Anwar daripada Kabinet sah - Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA 8 Mac - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengisytiharkan bahawa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan dalam Kabinet 11 tahun lalu sah disisi undang-undang setelah rayuannya ditolak.

Pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dibuat oleh kerajaan pada 2 September 1998 adalah sah.

Keputusan itu dicapai sebulat suara oleh tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong

Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff berkata Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, mempunyai kuasa mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk memecat anggota kabinetnya.

Katanya Yang di-Pertuan Agong selaku raja berperlembagaan, dikehendaki bertindak selaras dengan nasihat Perdana Menteri.

Pada 25 April 2007 lalu, Mahkamah Rayuan juga turut menolak permohonan peguam Anwar, Karpal Singh yang memohon mahkamah mengistiharkan pemecatan Anwar adalah tidak sah.

Keputusan dicapai sebulat suara daripada tiga hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Mohamed Raus Sharif dan Datuk Heliliah Mohamed Yusof.

Raus, dalam penghakiman 19-muka, berkata surat pemansuhan pelantikan Anwar sebagai menteri kabinet, dikeluarkan Dr Mahathir pada 2 Sept 1998, mematuhi Artikel 43 (5) Perlembagaan Persekutuan oleh kerana itu merupakan bukti lebih dari cukup untuk menunjukkan formaliti menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pemansuhan telah dilakukan oleh bekas perdana menteri.

"Di bawah skim Perlembagaan Persekutuan kita, Yang di-Pertuan Agong adalah raja berperlembagaan yang bertindak mengikut nasihat menteri dan bukan atas initiatifnya sendiri. Kuasa memecat menteri sebenarnya berada pada Perdana Menteri. Beliau boleh pada sebarang masa menasihatkan Yang di-Pertuan Agong memecat mana-mana menteri dan Seri Paduka bertanggungjawab untuk bertindak atas nasihat Perdana Menteri.

"Ringkasnya, tidak ada menteri boleh kekal dalam kabinet, jika Perdana Menteri memutuskan beliau harus dipecat," kata beliau.

Anwar memohon membantah keputusan mahkamah tinggi, dibuat sembilan tahun lepas, yang menolak permohonannya bagi perintah untuk mengisytiharkan keputusan Dr Mahathir untuk memecat beliau dari jawatan kabinet adalah tidak mengikut undang-undang, tidak sah dan batal.

Beliau berhujah bahawa pemansuhan jawatannya mestilah dikuatkuasakan oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat perdana menteri dan bahawa pemansuhan itu tidak boleh dikuatkuasakan oleh perdana menteri tanpa terlebih dulu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Raus berkata beliau tidak dapat melihat bagaimana kes Anwar boleh dipertahankan oleh kerana relif yang beliau pohon, iaitu, untuk mengisytiharkan yang beliau masih seorang menteri kabinet, adalah bersifat akademik oleh kerana beliau tidak lagi anggota salah satu dewan Parlimen dan Parlimen, dalam mana beliau dipilih sebagai anggota Dewan Rakyat, telah dibubarkan. Beliau juga berkata tidak ada isu yang boleh dibicarakan.

Oleh itu, untuk menerima hujah pembelaan agar kes itu dibawa semula ke Mahkamah Tinggi untuk ulang bicara merupakan langkah sia-sia, kata beliau.

Zulkefli berpendapat tidak ada salahnya bagi Dr Mahathir, sebagai perdana menteri ketika itu, menyatakan dalam surat pemansuhan bahawa dengan rasa dukacita beliau terpaksa memecat Anwar dari memegang jawatan dalam kerajaan.

Beliau berkata tidak ada peruntukan dalam undang-undang mengenai bagaimana pemansuhan jawatan seorang menteri kabinet harus dikuatkuasakan atau pemansuhan jawatan Anwar sebagai menteri kabinet harus disampaikan kepada Anwar secara peribadi oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Surat pemansuhan pelantikan Anwar, yang diserahkan kepada Anwar, menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah diberitahu. Pada pendapat saya kenyataan ini dari responden pertama (Dr Mahathir), adalah adil untuk membuat kesimpulan bahawa sebenarnya pada atau sebelum 2 Sept 1998, keputusan dan nasihat Dr Mahathir telahpun disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong dan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah menerima keputusan dan nasihat itu.

Heliliah memutuskan bahawa saman oleh Anwar adalah tidak berasas, boleh membawa kepada salahguna proses mahkamah dan tidak dapat dipertahankan oleh kerana Anwar tidak diambil berkhidmat di bawah kontrak swasta ataupun oleh pihak berkuasa berkanun. Sebaliknya sumber pelantikannya berada dalam bidang kuasa undang-undang awam, iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Anwar yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu telah memohon kesnya didengar di Mahkamah Persekutuan dan keputusannya tetap sama seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini




Baca selanjutnya..

Wednesday, March 3, 2010

Ahli Parlimen Bagan Serai pula umum keluar PKR

KUALA LUMPUR, sepertimana ramalan Salehuddin Hashim, hari ini seorang lagi Ahli parliman PKR, Bagan Serai, Mohsin Samsuri mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mohsin, 65, merupakan ahli parlimen ketiga dari PKR yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Mereka ialah Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).

Kelmarin, bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.





Baca selanjutnya..

Bubarkan PRM : Anwar beri ganjaran RM500k kepada Dr Syed Husin Ali ?

KUALA LUMPUR - Blog GAP (gerakan-anti-pkr.blogspot.com) semalam mendedahkan Datuk Seri Anwar telah mengarahkan kroninya Datuk Nazri Abdullah untuk memberi RM500,000 kepada Dr Syed Husin Ali, sebagai saguhati untuk membubarkan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Pada tahun 2004, sejurus selepas Parti Keadilan Nasional (PKN) dan PRM tewas dalam pilihanraya umum 12, Dr Syed Husin Ali sebagai Presiden PRM telah menyatakan kesetujuannya untuk membubarkan partinya dan bergabung dengan PKN bagi membentuk parti baru yang dinamakan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut GAP dengan pembubaran PRM, warisan sosioalis komunis ini telah membolehkan Sivarasa Rasiah, Latifah Koya, Tian Chua, Irene Fernandez, Johnson Chong, Tian Chua dan lain-lain menyertai PKR. Dr Syed Husin sendiri dilantik sebagai Timbalan Presiden PKR bagi memenuhi janji pengabungan.


Beberapa tahun dulu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Muryidul Am PAS mendakwa PRM 'adik sikit kepada komunis' sebagai membantah tindakan PKR mencalonkan Dr Syed Husin bertanding di Parlimen Kota Bharu, Kelantan.

Tulisan GAP itu sebagai respon pendedahan Dr Syed Husin Ali yang mendakwa Salehuddin Hashim meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR setelah kecewa setelah
tidak dilantik mengetuai Kumpulan Peransang Selangor Berhad (KPS) dengan permintaan gaji sebanyak RM50,000 sebulan.

Bekas Presiden PRM itu yang kini menjadi Timbalan Presiden PKR juga turut mendakwa Salehuddin Hashim juga kecewa Anwar hanya membayar elaun bulanan kepadanya sebanyak RM9,000 sedangkan permintaan asalnya RM10,149 sebulan.

Dalam jawapan balas Sallehuddin kepada Dr Syed Husin, beliau mendakwa gaji RM9,000 sebulan sebagai Setiausaha Agung PKR, adalah kecil berbanding masa yang dicurahkan dan gaji terakhirnya sebelum bersara.

Jelasnya lagi, jumlah itu juga adalah lebih rendah daripada bayaran yang dibuat PKR kepada pelbagai individu di dalam dan luar parti untuk 'menggembira dan mendiamkan' mereka tanpa perlu berbuat apa-apa.

Salehuddin juga menjelaskan bahawa Anwar sendiri yang mempelawa beliau untuk mengetuai Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS), bukan atas permintaannya.

Sehubungan itu Salehuddin mengingatkan Syed Husin supaya membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan yang melalut kerana beliau mempunyai rekod penghantaran e-mel sulit kepada Anwar berhubung isu jawatan tersebut.




Baca selanjutnya..

Monday, March 1, 2010

MP Nibong Tebal keluar PKR ; kecewa dengan Anwar yang lebih teruja ingin jadi PM.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng secara rasmi mengumumkan dirinya keluar parti dan menyatakan hilang kepercayaan kepada pubuk pimpinan PKR. Tan mengumumkan tindakannya itu pada sidang media yang dilakukan di Larson Place Hotel, Ampang Hilir 11 pagi tadi.

Antara punca utama yang menyebabkan beliau mengambil tindakan tersebut adalah konflik dalaman yang semakin teruk membabitkan PKR Pulau Pinang, serta tindakan Lim Guan Eng yang secara berterusan cuba membunuh karekter peribadi beliau.

Selain itu dalam sidang media sama Tan turut meluahkan kekecewaan beliau terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebih teruja ingin menjadi PM berbanding menyelesaikan konflik dalaman PKR.

Baca selanjutnya..