Sunday, February 28, 2010

Berhati-hati guna 'Insya Allah' - Anwar

PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim menemplak kerajaan tidak berjaya menanam sifat asas ajaran Islam yang menimbulkan perasaan benci penganut agama Islam kepada penganut agama lain.

Anwar mendakwa berbeza dengan keluarganya, beliau dan Wan Azizah berjaya menerapkan ajaran Islam yang sebenar yang berbeza dengan cara hidup keluarga Melayu lain.

"Saya tidak pernah mengajar anak saya untuk membenci orang yang makan babi dan minum arak, kerana itu adalah budaya mereka.Perkara ini sangat penting kerana UMNO tidak pernah menanam perkara asas dalam Islam di negara ini", kata Anwar di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina (PKR) di Bandar Utama, Damansara, semalam.

"Saya adalah muslim, kerana awak hormati agama saya, awak tidak sediakan makanan babi di sini, (tetapi jika) awak mahu makan, awak boleh makan, (dan jika) awak mahu adakan majlis minum arak (yamseng) malam ini, awak boleh minum", kata Anwar lagi.

Anwar turut mendakwa Malaysia bukannya tanah untuk satu kaum (Melayu), tetapi tanah untuk semua kaum, sama ada Cia, India dan bangsa-bangsa lain. Sebab itu tegas Anwar, menjadi tanggungjawab PKR untuk menyelamatkan negara ini daripada penyalahgunaan kuasa atas nama bangsa dan agama.

"Aaaa berhati-hati, saya guna perkataan 'Insya Allah', saya beritahu Lim Boon Chai, kalau dia di Selangor, (boleh guna)'Insya Allah', tetapi kalau dia di Kuala Lumpur, (guna) 'Insya Tuhan'. Awak tengok, mereka lakukan ejekan terhadap agama" kata Anwar.

Anwar juga turut menyentuh sokongan antarabangsa yang diterimanya berkaitan dengan dakwaan liwat yang sedang dihadapinya sekarang.

“Sebab Australia cakap, mereka buat demonstrasi. Tapi Amerika juga buat kenyataan, jadi saya cadang buat tunjuk perasaan. Kemudian Turki berkawan dengan kita, kena buat demonstrasi lawan Turki pula", kata Anwar.

“Semalam, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin tulis surat terbuka, maka kena tunjuk perasaan Kanada. Hari ini ramai wakil duta dari Filipina, Singapura datang sokong kita, jadi mereka kena buat demonstrasi", kata Anwar dengan nada sinis.

Baca selanjutnya..

Saturday, February 27, 2010

Anwar ramal ekonomi Malaysia bakal berkecai

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan ekonomi Malaysia bakal berkecai kerana beliau mendakwa pertumbuhan ekonomi Malaysia paling lembab jika dibandingkan dengan negara-negara serantau pada tahun ini.

"Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak," katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.


Reaksi Anwar kepada media ini ekoran pengumuman Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan Rabu lalu yang meyatakan pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lalu disifatkan sebagai pencapaian di luar jangkaan, hasil permintaan dalam dan luar negara yang lebih kukuh.

Menurut Anwar, pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 oleh Perdana Menteri itu merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana ia merupakan hasil suntikan ransangan ekonomi yang dibuat sebelum ini.

"Masih terlalu awal untuk menilai kesan daripada pakej ransangan ekonomi itu. Pertumbuhan itu hanyalah reaksi sementara dan tidak dapat dilakukan secara berterusan", kata Anwar.

"Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba,"katanya lagi.

Menurutnya lagi, ramalan kemerosotan ekonomi ini dibuat berasaskan anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009.

Dalam masa yang sama Anwar turut memuji prestasi dirinya sebagai Menteri Kewangan terbaik dari tahun 1991 hingga 1997 kerana dapat menguruskan ekonomi yang baik dan mendakwa kerana pemecatannya sebagai Menteri Kewangan maka ekonomi Malaysia semakin merudum.

Kata Anwar "Kalau sebelumnya di antara tahun 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2 peratus, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1 peratus secara purata sejak 11 tahun lepas"

Menurut Tun Dr Mahathir seperti yang dilaporkan didalam blognya(chetdet.co.cc), "ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 8.5% dari 1987 dan bukannya 10% dari 1991. Mula merosot pada tahun 1997 di waktu Anwar sebagai Menteri Kewangan melaksana "ubat" IMF tanpa IMF. Memang Anwar ditangkap semasa krisis hampir berakhir. Kerana kegagalannya MTEN ditubuh untuk ambil alih tugas memulih semula kewangan dan ekonomi Negara, jauh sebelum dia ditangkap"

Menurut sejarah, Anwar dilantik menteri kewangan pada tahun 1991 untuk menggantikan Tun Daim Zainuddin.

Pada tahun 1993, Bank Negara dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM9,300 juta akibat urusniaga pertukaran matawang asing. Ketika itu Lim Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen menyelar Anwar sebagai Menteri Kewangan yang tidak pandai menguruskan ekonomi hingga bank negara mengalami kerugian besar.

Krisis ekonomi yang paling teruk yang gagal ditangani oleh Anwar adalah pada tahun 1997, ketika Malaysia dilanda krisis ekonomi akibat serangan spekulator matawang. Ekonomi Malaysia mengalami defisit matawang lebih dari 6 persen dari GDP.

Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri menamakan George Soros sebagai 'penyangak matawang' yang merudumkan ekonomi Malaysia.

Seperti yang diperkatakan oleh Dr Mahathir sebab utama kemelesetan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 kerana kegagalan Anwar sebagai Menteri Kewangan yang melaksanakan resipi IMF yang bertema "IMF tanpa IMF".

Anwar telah dilantik sebagai "Chairman of the Development Committee of the IMF-World Bank" semasa mesyuarat tahunan IMF-World Bank yang diadakan di Hong Kong pada 23-25 September 1997. Klik di sini

Anwar dilantik oleh kawan baiknya, Michel Camdessus yang merupakan Pengarah Urusan dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah IMF.

Menurut Dr Mahathir kaedah Anwar mengikut telunjuk IMF untuk mengatasi kemelestan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 bakal merosakkan negara. Ekoran daripada itu Dr Mahathir melantik semula bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri yang ``dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas berhubung perkara-perkara pembangunan ekonomi''.

Pelantikan Tun Daim sebagai Menteri Tugas-tugas Khas yang menguruskan ekonomi Malaysia pada 24 Jun 1998 sebagai mengambilalih kegagalan Anwar sebagai Menteri Kewangan.

Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) dalam artikelnya bertajuk "Malaysia's Anwar Ibrahim: Wolfowitz's Knife in Asia's Back" mendedahkan serangan spekulator, George Soros yang merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 adalah konspirasi di antara Soros dengan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.

"Pada mulanya, Dr. Mahathir membenarkan Anwar sebagai Menteri Kewangan untuk melaksanakan kaedah peribadinya yang dikenali sebagai 'Polisi-polisi IMF tanpa IMF' ", kata Billington.

"Kemudian, pada 1 September 1998, Dr. Mahathir mengejutkan dunia, melanggar kesemua arahan IMF yang ortodoks itu, dengan mengenakan kawalan ke atas matawang terpilih, menamatkan spekulasi ke atas mawatang Malaysia dengan mengikat nilai ringgit kepada dolar dan memecat Anwar Ibrahim", katanya lagi.

Michel Camdessus, Pengarah Urusan IMF menyelar langkah Malaysia yang dianggar mundur terkebelakang kerana menolak bantuan IMF dan memperkenalkan langkah mengikat ringgit dengan dolar Amerika pada kadar RM3.80.

Namun setelah Camdessus digugurkan dari IMF dengan diganti oleh Pengarah Urusan baru, Dr. Horst Koehler, beliau memuji langkah yang pernah diperkenalkan Malaysia dalam menangani krisis ekonomi 1997.

Koehler yang datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2000 berkata: ``Mahathir betul... prestasi ekonomi sejak krisis itu menunjukkan dia betul.''
Baca selanjutnya..

Misteri Putera Alwaleed Talal & Rupert Murdoch

AIDCNews
aidcnews@gmail.com

Penggabungan syarikat media bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal dengan taikun media keturunan Yahudi, Amerika Syarikat, Rupert Murdock akan mendedahkan lagi misteri yang tersembunyi selama ini.

Dua hari lepas, Putera Alwaleed mengumumkan syarikat hiburannya di Asia Barat, Rotana Group akan menjual sembilan peratus saham kepada Syarikat Murdock, media global Murdoch, News Corp.

News Corp atau New Corporation merupakan syarikat Murdock yang ditubuhkan di Amerika Syarikat adalah syarikat induk kepada syarikat News Limited (Australia) dan News International(United Kingdom) yang pernah ditubuhkan sebelum ini.

Antara media di bawah kawalan Murdock adalah New York Post, The Wall Street Journal, Far Eastern Economic Review, Financial News. Di Australia, Murdock memiliki s Limited
The Daily Telegraph, The Sunday Telegraph, The Australian, The Weekend Australian, Sunday Mail,The Sunday Times (Perth), Herald Sun (Melbourne) dan Australian Associated Press.

Di United Kingdom, Murdock memiliki The Sun, News of the World, The Times dan Sunday Times.

Dalam bidang hiburan, Murdock miliki antaranya, 20th Century Fox, Twentieth Century Fox Television, 20th Century Fox Television, 20th Television, Fox Television Stations, Fox Television Studios, MyNetworkTV, STAR TV,Fox Business Network, Fox College Sports, Fox Movie Channel, Fox News Channel, Fox Soccer Channel, Fox Sports Enterprises, FX Networks, Fox Reality, Speed Channel, SportSouth dan lain-lain

Dengan penggabungan Putera Alwaleed Talal melalui syarikatnya, Kingdom Holding Company, putera itu memiliki saham kedua terbesar dalam News Corp iaitu kepentingan tujuh peratus.

Syarikat Rotana Group milik Putera Alwaleed telah menjual sahamnya sebanyak sembilan peratus kepada Murdock yang membolehkan program-program hiburan dari Fox Entertainment disiarkan di Asia Barat.

Ada yang berpendapat adalah ganjil seorang anggota kerabat diraja Arab Saudi, yang selalu dilabelkan sebagai 'anti-Israel' bergabung dengan Rupert Murdoch yang sudah diketahui umum sangat pro-Israel.

Tetapi persoalan yang lebih besar, benarkah Putera Alwaleed seorang yang 'anti-Israel' sepertimana yang digambarkan sebelum ini.

Putera Al-Waleed bin Talal bin Abdul Aziz Al Saud adalah salah seorang keluarga diraja Arab Saudi. Mendapat pendidikan di Barat, bachelor of science degree di Menlo College, Amerika Syarikat, master di Maxwell School of Citizenship and Public Affairs of Syracuse University, Amerika Syarikat dan PhD di University of Exeter., United Kingdom.

Beliau memulakan perniagaan selepas tamat pembelajaran di Menlo College dengan membeli saham di Citicorp, syarikat perbankan milik Yahudi terbesar di Amerika Syarikat. Dengan pelaburan sebanyak $550 million, beliau membeli saham Citibank (anak syarikat Citicorp)dan berjaya menjadi salah seorang pemegang amanah dalam Citigroup.

Pada tahun 1980, putera itu berjaya membuka sebuah syarikat gergasi di Arab Saudi yang dinamakan Kingdom Holding Company dan Kingdom Centre.

Putera itu terlibat aktif dalam membina persefahaman Timur dan Barat dengan menaja pusat-pusat pengajian dan penyelidikan Amerika Syarikat di Timur Tengah serta menaja pengajian Islam di Amerika Syarikat.

Pada tahun 2005, Putera Alwaleed menderma $20 million kepada Georgetown University untuk memperbesarkan Pusat Persefahaman Muslim dan Kristian (CMCU), milik John Esposito, salah satu pusat pengajian di bawah Edmund A. Walsh School of Foreign Service, Georgetown. Dengan derma itu CMCU ditukar nama kepada The Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding.

CMCU mengkhususkan pengajian kepada Islam dan kehidupan moden dimana tumpuan diberikan kepada empat bidang iaitu Dialog ketamadunan, Status wanita dalam Islam, Islam dan Modenisasi serta hubungan Islam, Kristian dan Yahudi.

Derma Putera Alwaleed kepada CMCU disalurkan melalui Prince Alwaleed Bin Talal Foundation, salah satu syarikat Kingdom Holding Company yang berpengkalan di United Kingdom. Penggerak utama Prince Alwaleed Bin Talal Foundation adalah Dr Jamal Barzinji (Pengasas IIIT), Dr. Anas al-Shaikh-Ali (IIIT United Kingdom), Muna Abu Sulaiman dan Omer Totonji. Muna adalah anak Abu Hamid Sulaiman, manakala Omer pula anak kepada Dr Ahmad Totonji yang kedua-dua adalah pengasas IIIT.

IIIT atau The International Institute of Islamic Thought adalah sebuah badan pemikir Islam antarabangsa yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 1981. Pengasas utama IIIT adalah Dr Ismail Faruqi, Dr Jamal Barzinji, Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji dan Anwar Ibrahim.

IIIT merupakan projek rahsia CIA yang bermula pada tahun 1962 hasil kerjasama CIA dengan keluarga diraja Arab Saudi. Kerajaan Arab Saudi menggunakan tenaga-tenaga inteletual dari universiti terutamanya King Saud dan King Abdul Aziz, manakala CIA pula bersembunyi identiti di sebalik syarikat petroleum US-Arab bernama ARAMCO.

Pada mulanya CIA dan keluarga Arab Saudi menaja World Muslim Leage (WML) di Arab Saudi pada tahun 1962, diikuti dengan penubuhan WAMY (1972), dan IIIT (1981).



Baca selanjutnya..

Thursday, February 25, 2010

Meskipun didakwa meliwat, Anwar tak akan lepaskan Ketua Pembangkang

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan tidak akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen, meskipun beliau sekarang sedang menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Beliau membayangkan perkara tersebut ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di sini, kelmarin.

Anwar juga turut menemplak Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang mempersoalkan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen berikutan kes liwat yang dihadapinya.

“Tugas Rais bukan tentukan jawatan politik individu lain, tetapi tugasnya jaga RTM milik Kerajaan Pusat", kata Anwar.

Menurutnya, semua pertimbangan bagi jawatan itu hanya boleh diputuskan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya Rais mahupun mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN).

Ketika dalam ucapannya, Anwar berharap perbicaraan kes liwat keduanya di mahkamah tidak 'mengganggu' tugasnya sebagai penasihat ekonomi Selangor untuk memberikan lebih perhatian terhadap negeri itu.

“Kalau saya tak diganggu di mahkamah, saya dapat lebih banyak tumpukan perhatian di Selangor kerana sekarang ini masih banyak fitnah dan khianat dilemparkan terhadap saya,” katanya.




Baca selanjutnya..

NED adalah CIA

Kata Allen Weinstein, penggubal udang-undang penubuhan NED (National Endowment for Democracy)"Apa yang telah dilakukan oleh NED hari ini adalah perkara sama yang pernah dilakukan oleh CIA, 25 tahun dahulu", lapor Washington Post, 22 September 1991.

Menurut William Blum (January 2000), "Sebenarnya CIA banyak melaburkan wang kepada NED". NED ditubuhkan pada tahun 1983, di bawah Presiden Ronald Reagan setelah banyak operasi CIA terbongkar dan CIA menerima imej yang sangat buruk" Klik di sini

Presiden Ronald Reagan semasa berucap di Britain's Westminster Palace, 1982, berkata tujuan penubuhan NED adalah untuk meransang pembangunan demokrasi, termasuk kebebasan media, persatuan, parti-parti politik dan universiti yang kemudiannya dikenali sebagai "The Democracy Program".

Peruntukan NED diluluskan oleh kerajaan Amerika Syarikat yang disalurkan melalui USAID (United States Agency for International Development)

NED mula dikenali di seluruh dunia sekarang ini, kerana penglibatan aktif untuk campur tangan dalam sistem politik di sesebuah negara tersebut. NED akan menyokong individu, organisasi atau parti-parti politik yang dianggap proksi Amerika Syarikat.

Selepas itu, NED akan memberi dana, kemahiran teknikal, latihan, bahan-bahan pelajaran, komputer, mesin faks, mesin fotokopi, dan kereta kepada kumpulan politik organisasi masyarakat, kesatuan, puak penentang, kumpulan pelajar, penerbit dan akhbar dan sebagainya yang terpilih.

Di Panama, NED menyokong dan menaja Nicolás Ardito Barletta Vallarino memenangi pemilihan Presiden dalam pilihanraya umum Panama pada tahun 1984. Sebenarnya kemenangan Nicolas Ardito Berletta sudah diduga, kerana beliau telah direkrut oleh CIA sejak dari awal lagi. Pada tahun 1970-an, CIA meletakkan tokoh ini menjadi pensyarah di Universiti Chicago, Amerika Syarikat dan pekerja di Bank Dunia.

Sebaik sahaja berjaya memenangi jawatan Presiden Panama, langkah pertama yang dijalankan adalah meminjam dana IMF sebanyak US$603-million yang telah membebankan rakyat.

Di Haiti, NED membelanjakan $36 juta untuk menajaMarc Bazin, bekas pegawai bank dalam pilihanraya 1990. Walaupun beliau pada mulanya beliau tewas di tangan Jean-Bertrand, tetapi setahun lepas itu, beliau berjaya menjadi Perdana Menteri Haiti, setelah Jean-Bertrand digulingkan melalui rampasan tentera yang dibiayai oleh CIA, NED dan USAID.

Di Nicaragua, NED menaja Arturo Cruz dan pilihanraya 1984. Namun tokoh itu gagal memenangi jawatan Presiden. Akibat kegagalan itu, CIA terus membiayai Arturo Cruz dengan gaji bulanan sebanyak $6000. Seterusnya CIA membawa tokoh itu berhijrah ke Amerika Syarikat dan ditempatkan di SAIS, Johns Hopkins University dan menjadi fellow di Hudson Institute.

Tom Engelhardt berkata hari ini, NED menaja projek demokrasi melalui 'projek warna'. "the Rose Revolution" di Georgia, "the Orange Revolution" di Ukraine, dan "the Tulip Revolution" dan Kyrgyzstan.

Ahli Lembaga Pengarah NED adalah bekas-bekas pentadbir kerajaan Amerika. Antaranya, Henry Kissinger dan Madeline Albright. Kedua-dua bekas Setiausaha Negara; Zbigniew Brzezinski, bekas Pengerusi Majlis Keselamatan Negara; Paul Wolfowitz, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan dan Pengerusi Bank Dunia. Kesemua mereka ini adalah berbangsa Yahudi.

Secara umumnya, NED mempunyai empat cabang iaitu pertama; IRI(International Republican Institute), kedua NDI (National Democratic Institute for International Affairs), ketiga, CIPE (Chamber of Commerce's Center for Private Enterprise) dan keempat AFL-CIO (American Center for International Labor Solidarity)







Baca selanjutnya..

Wednesday, February 24, 2010

Anwar nafi dibayar CIA

KUALA LUMPUR - "Saya tahu saya tidak berada dalam senarai gaji CIA", kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diwawancara oleh FP (Foreign Policy), April 2008. Petikan wawancara adalah seperti berikut. Klik di sini

FP: You got into trouble in the late 1990s once you began to criticize Mahathir, your former political mentor. Did you underestimate him as a political opponent?
[FP: Anda terlibat dalam masalah dalam lewat 1990 apabila anda mula kritik Mahathir, bekas mentor politik anda. Adakah anda memandang rendah beliau sebagai lawan politik?]

AI: No, I didn’t. But at that time I had strong views. He resented the idea of my rapport and contact with the West, particularly the United States. And I said, I know I am not on the CIA payroll. I have strong views on Iraq. I have very independent views. What is the harm of my treating America as a friend? He expects everyone else to be so anti-American to the point of being irrational.
[AI: Tidak, saya tidak pernah. Tetapi pada masa itu saya ada pendapat yang kuat. Dia marah idea dan hubungan baik saya dengan barat, terutama Amerika Syarikat. Saya berkata, saya tahu saya tidak berada dalam senarai gaji CIA. Saya ada pandangan kuat terhadap isu Iraq. Saya ada pendapat tersendiri. Apa masalah saya melayan Amerika sebagai kawan? Beliau jangka semua orang lain menjadi anti-Amerika kepada perkara-perkara tidak betul]

Walaupun soalan asal FP bukan bertanya benarkah anda menerima gaji CIA, tetapi Anwar mengambil kesempatan untuk menafikan bahawa beliau terlibat dalam senarai gaji CIA.

Menurut Anwar, Dr Mahathir marah kepadanya kerana sikapnya menjalinkan hubungan baik dengan barat khususnya, Amerika Syarikat.

"Apa masalahnya saya menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat ?", soal Anwar.

Walaupun Anwar mengakui pro-Amerika Syarikat, tetapi beliau menafikan bayaran gaji daripada CIA dan berhak mengeluarkan pendapatnya sendiri.

CIA (The Central Intelligence Agency) merupakan badan perisikan Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1947. Badan perisikan ini terlibat secara tersembunyi dalam perisikan dan penajaan individu, organisasi atau parti tertentu di negara-negara luar untuk memastikan semua negara akur dengan polisi Amerika Syarikat.

Pada akhir tahun 70-an modus operandi jahat CIA terbongkar, apabila Oliver Laurence North, seorang pegawai CIA mengakui terlibat dalam operasi di Iran dan Nicaragua yang dikenali sebagai "Iran-Contra Affair".

Di Iran, CIA terlibat dalam penjualan senjata haram kepada Iran untuk menggalakkan peperangan dengan Iraq. Manakala di Nicaragua, CIA memberi bantuan kewangan kepada kumpulan penentang (Contra)untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh Anastasio Somoza Debayle.

Kesemua operasi CIA ini berselindung di sebalik nama "Projek Demokrasi".

Oleh kerana aktiviti gelap CIA ini terbongkar di Amerika Syarikat, Presiden Reagan pada tahun 1982 telah menubuhkan satu badan baru yang dinamakan NED (National Endowment for Democracy) bagi menggantikan peranan yang pernah dimainkan oleh CIA.

Agen-agen CIA yang pernah dilatih sebelum ini, kemudiannya diserapkan di bawah operasi NED.




Baca selanjutnya..

Tuesday, February 23, 2010

Anwar semakin gelisah , atur strategi baru dengan blogger

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kian resah dengan pembongkaran beberapa laman web dan blog-blog yang membabitkan dirinya di internet. Difahamkan serangan-serangan yang berterusan itu menyebabkan beliau mengarahkan Anwar Ibrahim Club (AIC) agar mengambil tindakan yang lebih agresif dan bertindakbalas menangkis serangan-serangan tersebut.

Pada 20 Februari lalu bertempat di Ibu Pejabat AIC dilaporkan satu pertemuan blogger pro Anwar telah diadakan yang melibatkan 30 orang blogger diketuai oleh Timbalan Presiden AIC CLUB, Hidayat Saifudin.

Antara topik yang dibincangkan di dalam perjumpaan itu merangkumi gerak-kerja untuk melawan kembali serangan yang boleh menjejaskan kedudukkan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. Selain itu mereka turut berbincang strategi paling berkesan untuk memperkemaskan dan memastikan penguasaan blogger pro Anwar di internet berterusan.

Mesyuarat ini juga diadakan sebagai respon ketidakhadiran ramai penyokong Anwar di Mahkamah membabitkan kes liwatnya dengan Saiful Bukhari Azlan. Turut dibincangkan berkenaan dengan arus gerakan reformasi yang tidak mendapat sambutan.

Mesyuarat juga memutuskan untuk terus mempertingkatkan lagi serangan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri agar memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.



Baca selanjutnya..

Anwar guna kuasa veto lantik penguam IFC ketuai Jawatankuasa Disiplin PR

KUALA LUMPUR - Dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat PKR, Seksyen 16, Petaling Jaya yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim petang semalam, beliau mengumumkan satu Jawatankuasa Disiplin untuk mengatasi masalah disiplin di kalangan kepimpinan PAS, PKR dan DAP.

Anwar juga turut menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi PR dan Ketua Pembangkang melantik Sivarasa Rasiah sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut.

Jawatankuasa tersebut, menurut Anwar, akan dianggotai oleh wakil dari ketiga-tiga parti, PAS, PKR dan DAP untuk membolehkan Pakatan Rakyat menyelesaikan isu-isu berkaitan tatatertib yang melibatkan kepemimpinan ketiga-tiga parti tersebut.

Difahamkan tiada perbincangan mengenai siapakah calon yang paling layak untuk mengetuai Pengerusi Jawatan Disiplin PR itu dan pelantikan Sivaeasa Rasiah itu dibuat sendiri oleh Anwar sebagai Pengerusi PR.

Cadangan pembentukan jawatankuasa itu dibuat oleh Anwar, mesyuarat diadakan di pejabat PKR atas undangan Anwar, maka beliau berhak mencadangkan Naib Presiden PKR itu untuk mengetuai jawatankuasa tersebut.

"Anwar Ibrahim terlalu berprasangka terhadap orang Islam/Melayu di dalam Pakatan Rakyat. Berapa ramai pemimpin PAS yang disegani dan dihormati di dalam Pakatan Rakyat yang boleh diambil untuk dijadikan sebagai ketua Jawatankuasa Disiplin Pakatan Rakyat. Bahkan kalau dinilai dari sudut disiplin, ahli-ahli PAS jauh lebih berdisiplin daripada ahli-ahli di dalam PKR mahupun DAP", tulis depa kata di blognya. Klik di sini

Blog itu juga mepertikaikan kelayakan Sivarasa Rasiah yang dikaitkan sebagai peguam dan pendokong Interfaith Council (IFC) yang berusaha menyamaratakan agama di Malaysia.

"Umum mengetahui, IFC sangat menyokong hak orang Islam yang ingin murtad, manakala orang yang ingin memeluk agama Islam pula perlu disaring dan perlu juga mendapat keizinan daripada ibu bapa. Antara perjuangan Interfaith Council termasuklah memansuhkan azan dan hanya membenarkan azan dikumandangkan di dalam bangunan masjid", tulis blog itu lagi.

Sivarasa Rasiah adalah Naib Presiden PKR yang pernah disenaraikan sebagai salah seorang barisan peguam bela kes liwat Anwar.

Pada tahun 2008, Sivarasa Rasiah dan isterinya Anne James terkenal sebagai pendokong IFC apabila mereka menjadi tokoh utama yang menyokong Forum Peluk Islam anjuran Bar Council.

Sebelum itu isterinya, Anne James pertikai keputusan Mahkamah Syariah berhubung kes murtad S Shamala, Lina Joy, M Moorthy dan R Subashini. Menurut Anne, keputusan Mahkamah Syariah itu tidak adil dan berat sebelah dan tidak sepatutnya mereka yang murtad itu dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Sivarasa Rasiah yang bersetuju dengan pendapat isterinya telah melobi Bar Council untuk menilai semula kes-kes murtad di Malaysia yang dikenali sebagai Forum Peluk Islam. Usaha Sivarasa ini telah ditentang oleh salah seorang aktivis PKR yang beragama Islam iaitu Zulkifli Nordin.

Pertentangan pendapat di antara Sivarasa Rasiah dan Zulkifli Nordin berlarutan hingga ke hari ini. Anehnya pendapat Zulkifli Nordin tidak diraikan dalam PKR, beliau diberi amaran dan dikenakan tindakan disiplin, manakala Sivarasa Rasiah menjadi hero dan dinaikkan pangkat lagi dengan dilantik pula menjadi Pengerusi Disiplin PR.

Menurut blog depa kata, andaian yang mengatakan Anwar Ibrahim terlibat dan menjadi tangan ghaib di sebalik IFC di Malaysia nampaknya semakin jelas kebenarannya setelah terlantiknya Sivarasa Rasiah sebagai 'ketua polis moral' untuk mengawal PAS dan DAP.



Baca selanjutnya..

Monday, February 22, 2010

Kes liwat, Anwar sendiri yakin akan kalah

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah membayangkan beliau bakal kembali ke penjara Sungai Buloh selepas pembicaraan dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keraguan Anwar itu disuarakannya semasa bercakap dengan hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, semalam.

Malaysiakini melaporkan, Anwar memberitahu rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang - tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.

Penggunaan ayat 'sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak' membayangkan ketidakyakinan Anwar memenangi kes liwat yang sedang dihadapi di mahkamah sekarang ini.

Kenyataan ini berbeza dengan kenyataan Anwar sebelum ini yang lebih nampak yakin memperolehi kemenangan dengan mendakwa beliau mempunyai alibi dan bukti kukuh. Tetapi di dalam hujah untuk menggugurkan kes, Anwar gagal mengemukakan hujah alibi dan bukti kukuh menyebabkan pemohonan mengugurkan kes ditolak.

Laman Malaysia-Instinct.com turut bersetuju dengan perkara ini.Klik di sini

"Perkataan sama ada beliau MERENGKOK ATAU TIDAK di penjara itu bagaikan memberikan kita 'signal' seolah-olah Anwar sudah boleh merasakan atau dapat bau akan kekalahannya dalam kes liwat tersebut", tulis laman itu.

"Sebab itu para peguam belanya akan cari apa saja lubang atau sebab musabab asalkan mereka dapat melewat-lewatkan kes ini daripada terus didengar", tulisnya lagi.




Baca selanjutnya..

Wan Azizah terima dana asing ?

KUALA LUMPUR - Isu penerimaan dana asing mula diperkatakan semula apabila Raja Petra Kamaruddin membangkitkan soal dana dari Soros yang dikaitkan dengan Ezam Dan Anuar Shaari dalam artikel terbarunya The Corridors of Power, di laman web Malaysia-Today.net. Klik di sini

Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar menafikan terima wang dari George Soros, seperti yang didakwa oleh ketua editor Malaysia-today tersebut.

"Saya tidak pernah berjumpa dengan Soros. Tidak mungkin Soros beri wang kepada saya. Wan Azizah, Azmin dan Khalid Jaffar perlu tampil beri jawapan berkenaan isu ini", kata Anuar dalam emailnya yang dihantar kepada AIDCNews.

AIDCNews juga turut menerima email penafian daripada Ezam Mohd Nor, seorang lagi individu yang dituduh oleh Raja Petra.

"Tuduhan itu tidak benar. Saya tidak pernah berjumpa dengan Soros sepanjang hidup saya ataupun wakil Soros ataupun organisasi Soros Open Society.Kalau saya berbohong walaupun satu perkataan pun dari kenyataan di atas maka haram setiap amal baik saya didunia ini dan halal api neraka ke atas saya", kata Ezam.

Ezam menyangkal dakwaan Raja Petra itu dengan menafikan berjumpa Soros, sebaliknya berjumpa dengan wakil-wakil senat Amerika Syarikat di Capitol Hill atas undangan Ambasador Roland , duta Cambodia di New York.

Menurut Ezam lagi, bukan beliau dan Anuar Shaari sahaja yang hadir dalam pertemuan dengan wakil-wakil senat Amerika Syarikat itu, tetapi dua orang bekas pegawai kanan Anwar juga turut hadir. Mereka adalah Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit Anwar dan Adlin Murtadza, bekas Setiausaha Akhbar Anwar.

"Setahu saya trip jumpa Soros adalah trip lain yang diketuai oleh Wan Azizah bersama dengan Azmin Ali dan Khalid Jaffar. Trip itu diatur oleh Elizabeth Wong yang memang diketahui dalam parti sebagai penghubung Soros dengan PKR", kata Ezam lagi.

Dakwaan berlakunya pertemuan wakil PKR dengan Soros berlaku pada tahun 2003. Mereka yang didakwa bertemu dengan Soros adalah orang-orang kepercayaan Anwar, iaitu isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, bekas Setiausaha Sulitnya, Azmin Ali dan bekas Setiausaha Akhbarnya, Khalid Jaafar yang kini merupakan Pengarah Institut Kajian Dasar, badan pemikir milik Anwar.

Menurut Ezam individu yang mengatur pertemuan itu adalah Elizaberth Wong, yang ketika itu aktif dalam NGO yang dikenali sebagai SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan HAKAM (Hak Asasi Manusia).

Satu sumber lain pula menyebut pertemuan itu diatur oleh Tian Chua dan Elizaberth Wong yang sama-sama aktif dalam SUARAM dan HAKAM.

"Apabila Ezam menyebut Elizaberth Wong, bermakna ia berkait dengan Tian Chua, kerana Eliz dan Tian merupakan dua individu yang sering bergerak dalam satu pasukan. Hubungan Eliz-Tian dengan Soros memang sudah diketahui umum", dakwa sumber tersebut.

"Dari segi logik, Soros atau mana-mana penaja Anwar akan lebih percaya kepada Wan Azizah atau anaknya, Nurul Izzah, berbanding dengan bekas-bekas pegawai Anwar. Dari segi hieraki, selepas Wan Azizah dan Nurul Izzah barulah Azmin Ali atau Khalid Jaafar", dakwa sumber itu lagi.

Perkara yang sama pernah diperkatakan oleh Ezam dan Anuar Shaari sebelum ini, bahawa Wan Azizah di atas kapasiti isteri Anwar dan Presiden PKR merupakan individu yang paling layak berurusan dengan penaja seperti Soros.

Satu sumber lain menyebut selain dana dari Soros, Anwar juga menerima dana daripada sebuah yayasan Amerika Syarikat, Foundation For The Future yang pernah dipengerusikan oleh Anwar sendiri.

Dana Foundation for the Future yang bertujuan untuk mengembangkan demokrasi di Timur Tengah turut disalurkan kepada Yayasan Aman Malaysia, sebuah yayasan milik Anwar di Malaysia.

Yayasan Aman beribu pejabat di Unit G801, Block G, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, Jalan 16/11 Off Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya Selangor. Di pejabat ini juga terletaknya pejabat Bendahari PKR.

Selain di Petaling Jaya, Yayasan Aman juga turut mempunyai cawangan di Kubang Semang, Pulau Pinang dalam parlimen yang diwakili oleh Anwar sendiri.

Pada 13 Julai 2007, ketika Anwar masih menjadi Pengerusi dan Presiden Foundation for the Future, Setiausahanya bernama Nathaniel Tan telah ditahan oleh polis di pejabat Yayasan Aman, Phileo Damansara, Petaling Jaya.

Nathaniel Tan merupakan Setiausaha Anwar untuk Foundation for the Future.

Sebab itu, ketika Wan Azizah mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding pada Julai 2008, Wan Azizah mengekalkan jawatannya sebagai Presiden PKR dan Pengerusi Yayasan Aman Malaysia.Klik di sini

Sudah tentu jawatan Presiden PKR dan Pengerusi Yayasan Aman Malaysia mempunyai nilai yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan ahli Parlimen Permatang Pauh. Wan Azizah bersedia melepaskan jawatan ahli parlimen tetapi tidak bersedia melepaskan jawatan Presiden PKR dan Pengerusi Yayasan Aman.



Baca selanjutnya..

Sunday, February 21, 2010

Kalau bukan Ezam, siapa yang jumpa Soros ?

KUALA LUMPUR - Mohamad Ezam Mohd Nor, bekas Ketua Angkatan Muda PKR menafikan pernah berjumpa George Soros, seperti yang didakwa oleh Raja Petra Kamaruddin dalam lamannya Malaysia-Today sebelum ini.

Dalam kolumnya, The Corridors of Power, Raja Petra mendakwa Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari, serta dua orang lain pada tahun 2003, telah pergi ke Amerika Syarikat menemui Soros untuk mengutip wang atas nama Free Anwar Campaign (FAC).

Raja Petra mendakwa beliau dihubungi oleh seorang pegawai dari Amerika Syarikat bertanyakan kepadanya benarkah PKR kekurangan wang, dan jika wang disalurkan PKR berpeluang besar memenangi Pilihan Raya Umum 2004. Raja Petra mengiakan dan pegawai dari Amerika Syarikat itu berjanji akan menyalurkan sepuluh hingga dua puluh juta kepada PKR bagi membantu PKR memenangi pilihan raya umum tersebut.

Raja Petra mendakwa lagi, dana pilihan raya sebanyak puluhan juta itu telah disalurkan ke Hong Kong untuk disalurkan ke Malaysia, tetapi hingga sekarang dana itu lesap tanpa diketahui siapakah yang mengambilnya.

Ezam Mohd Nor dalam emailnya kepada AIDC hari ini menafikan dakwaan Raja Petra itu.

"Saya sebenarnya tidak mahu melayan dakwaan karut Raja Petra ini, sebab dakwaan itu hanya rekaan dari seorang pengecut yang cabut lari keluar negara", jawab Ezam dalam emailnya.

"Tetapi kerana dakwaan itu melampau, saya terpaksa memberi penjelasan. Tuduhan itu tidak benar. Saya tidak pernah berjumpa dengan Soros sepanjang hidup saya ataupun wakil Soros ataupun organisasi Soros Open Society.Kalau saya berbohong walaupun satu perkataan pun dari kenyataan di atas maka haram setiap amal baik saya didunia ini dan halal api neraka ke atas saya", tegas Ezam lagi.

Menurut Ezam, Raja Petra sebenarnya keliru dengan dua penerbangan ke Amerika Syarikat. Penerbangan pertama diikuti oleh empat individu iaitu Ezam, Anuar Shaari, Azmin Ali dan Adlin (bekas Setiausaha Akhbar Anwar), mereka berjumpa wakil-wakil senat Amerika Syarikat di Capitol Hill atas undangan Ambasador Roland , duta Cambodia di New York.

Menurut Ezam lagi penerabangan mereka ke Amerika Syarikat tiada kena mengena dengan Soros, tetapi penerbangan lain yang tidak diikutinya sebenarnya berkaitan dengan Soros.

Menurut Ezam, penerbangan kedua yang diketuai oleh Wan Azizah Wan Ismail, bersama Azmin Ali dan Khalid Jaafar telah menemui Soros di Amerika Syarikat untuk meminta dana pilihan raya PKR. Pertemuan aktivis PKR itu dengan Soros telah diatur oleh Elizaberth Wong, seorang aktivis NGO yang mempunyai rangkaian dengan penyangak mata wang antarabangsa itu.

Sebenarnya jawapan Ezam konsisten dengan pendedahan yang dilakukan oleh Lokman Noor Adam sekitar Februari 2004.

Lokman, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan telah mengadakan bersumpah di Masjid Negara sambil menjunjung Al Quran menegaskan bahawa PKR menerima dana dari Yahudi iaitu George Soros.

Menurut pendedahan Lokman, beliau mendakwa Tian Chua dan wakilnya Elizaberth Wong yang mengatur pertemuan Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Wan Azizah dengan Soros.

"Pertemuan ini tidak dilaporkan kepada mesyuarat Majlis Tertinggi Keadilan, tetapi kita tahu kemudian apabila berlaku kekecohan di antara wakil Tian Chua (Elizaberth Wong) dengan Azmin Ali", kata Lokman.

" Azmin tak bagi wakil Tian Chua masuk jumpa Soros, kerana Azmin nak minta duit lebih dan tidak mahu saksi (Elizabeth Wong) nampak. Kes ini kecoh dan disampaikan kepada inner circle Pemuda Keadilan. Itu yang diberitahu oleh Ezam kepada saya, Hamdan Taha dan Zahidd Mat Arip", kata Lokman lagi.

Isu PKR menerima dana dari Soros ini menjadi topik hangat dalam pilihanraya 2004 dan sehingga ke hari ini PKR tidak pernah menafikan isu tersebut.

Isu ini kembali hangat bulan lepas, apabila Raja Petra menuduh pula Ezam dan Anuar Shaari pula menerima dana Soros dan dinafikan oleh Ezam hari ini dengan mendakwa individu yang terbabit dengan penerimaan dana Soros itu adalah Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar.





Baca selanjutnya..

Thursday, February 18, 2010

Karpal Singh mahu merayu lagi keputusan Mahkamah Rayuan

KUALA LUMPUR - Karpal Singh memberitahu mahkamah beliau tidak bersedia untuk menyoal balas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana berhasrat untuk merayu lagi ke Mahkamah Persekutuan berkenaan keputusan Mahkamah Rayuan semalam.

Semalam, Mahkamah Rayuan memutuskan sebulat suara daripada tiga panel hakim diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin, yang bersidang bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan kes liwat.



Mahkamah Rayuan mendapati pertuduhan itu adalah lengkap, tidak berniat jahat dan bukan penyalahgunaan proses mahkamah.

Mahkamah Rayuan juga turut menolak permohonan lisan Anwar untuk penangguhan perbicaraan sementara menunggu penyelesaian rayuan keputusan di Mahkamah Persekutuan. Mahkamah memutuskan peguam Anwar sepatutnya membuat permohonan rasmi dan bukannya permohonan lisan.

Peguam Anwar, Karpal Singh, berkata notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan secara rasmi untuk permohonan penangguhan kes hari ini.

Karpal juga memberitahu mahkamah, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin yang menolak permohonan Anwar untuk menarik diri daripada menghakimi kes hari ini juga akan dibuat rayuan.

Peguam Anwar itu juga turut membangkitkan dua unsur campur tangan dalam kes ini, termasuk yang melibatkan pemimpin tertinggi kerajaan.

Dakwanya terdapat elemen kurang sihat yang berlaku dan boleh memberikan imej buruk terhadap perjalanan kes ini terutamanya demonstrasi di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur oleh sekumpulan penyokong BN dan UMNO semalam.

Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan kepada 25 Mac untuk memberi peluang kepada Anwar membuat rayuan tersebut.


Baca selanjutnya..

Hakim Datuk Mohd Zabidin putuskan tidak undur diri

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin sekejap tadi membuat keputusan menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya beliau menarik diri daripada menghakimi kes tersebut.

Beliau membuat keputusan tersebut setelah meneliti kedua-dua hujah daripada pendakwa dan peguam bela Anwar.

Menurutnya, tiada ada sebab untuk beliau menarik diri kerana jika beliau berbuat demikian bermakna beliau telah lari daripada tanggungjawab dan sumpahnya sebagai seorang hakim.

Sehubungan itu beliau memutuskan menolak permohonan Anwar agar beliau menarik diri daripada menghakimi kes liwat tersebut.

Anwar melalui pasukan pembelaannya memohon agar Mohamad Zabidin menarik diri kerana didakwa berat sebelah ekoran tidak mahu mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung satu laporan perbicaraan kes liwat Anwar.

Bagaimanapun Mohamad Zabidin mempertahankan keputusannya kerana laporan Utusan Malaysia tersebut tidak ada kena mengena dengan prosedur perbicaraan.

Manakala pihak pendakwaraya dalam hujahnya menolak permohonan Anwar untuk meminta Mohamad Zabidin menarik diri pula berkata, laporan Utusan Malaysia tidak menghina mahkamah kerana perkara yang dilaporkan ada disebut dalam perbicaraan mahkamah dan ia dicatat dalam rekod perbicaraan.|

Dengan keputusan Mohamad Zabidin tersebut, Anwar terus gagal dalam usahannya untuk menangguhkan perbicaraan setelah Mahkamah Rayuan menolak permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan liwat.

Prosiding perbicaraan kes liwat Anwar dijangka akan disambung dengan sambungan pemeriksaan ke atas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Baca selanjutnya..

Hasil lobi di Doha, John Kerry sokong Anwar

KUALA LUMPUR - Sekembalinya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Doha, Qatar, beliau membawa mesej sokongan John Kerry, Pengerusi Senate Foreign Relations Committee, Amerika Syarikat.

Sebenarnya, sokongan John Kerry itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Anwar sendiri berjumpa dan meminta pertolongan daripada senator Amerika Syarikat itu ketika mereka sama-sama menjadi penceramah dan peserta dalam forum US-Muslim World, di Doha, Qatar baru-baru ini.

Perjumpaan Anwar dan John Kerry telah disiarkan dalam flickr Anwar Ibrahim dan anwaribrahimblog.

Bermakna kehadiran Anwar dalam program anjuran Brookings Institution dan The Saban Centre, dua badan pemikir Amerika Syarikat, di Doha, bukan semata-mata sebagai penceramah dan peserta tetapi juga untuk melobi pihak asing untuk campur tangan kes liwat yang sedang dihadapinya itu.

Difahamkan Anwar telah mengambil masa berbincang secara peribadi dengan John Kerry di Doha untuk meminta simpati Amerika Syarikat, memandangkan senator itu merupakan Pengerusi Komiti Senat Hubungan Luar yang berpengaruh dalam polisi hubungan luar Amerika Syarikat.

John Kerry juga merupakan ahli Council on Foreign (CFR), sebuah organisasi yang didalangi Yahudi yang berpengaruh dalam dasar-dasar luar Amerika, di mana Anwar juga salah seorang ahlinya yang dilantik sebagai diplomat jemputan CFR. Klik di sini dan di sini

Selain CFR, John Kerry juga terlibat dalam Skull and Bones dan Illuminati, organisasi-organisasi tajaan Yahudi untuk menjadi Amerika Syarikat sebagai kuasa tunggal bagi negara-negara lain.Klik di sini

John Kerry berketurunan bangsa Yahudi itu merupakan penyokong kuat Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat yang merupakan salah seorang mentor Anwar dan pernah menyokong 'reformasi' Anwar pada tahun 1988.Klik di sini



Baca selanjutnya..

Monday, February 15, 2010

Siapa lelaki misteri yang pernah diperkatakan Ezam ?

KUALA LUMPUR - Satu dokumentasi paling menarik yang pernah dilakukan oleh penulis politik tersohor, SH Alattas adalah merakamkan interbiu ekslusif dengan bekas Setiausaha Politik, Datuk Seri Anwar, Ezam Mohd Nor.

Interbiu itu dicatatkan dalam bab keenam buku terbaru SH Alattas bertajuk "Malaysia Without Malays", JB News Media Network, 2009.

Pendedahan ekslusif yang bertajuk " What Wan Azizah Told Ezam ..?" turut dijadikan fokus buku itu apabila penulisnya membuat sedutan petikan interbiu Ezam itu di muka belakang buku berkenaan.


Al Attas : "ada seseorang beritahu saya yang Wan Azizah pernah telefon anda dari Washington DC untuk pergi 'siasat' Anwar. Masa tu ada seorang lelaki dalam rumahnya, see if Anwar is up to something, adakah itu benar..?'

Ezam : "Jawapan saya kepada soalan ini nanti boleh membuka aib seseorang. Saya tak akan berbuat begitu melainkan saya dicabar sehingga menggugat maruah saya dan sudah tentu saya akan pertahankan maruah saya ini. Apabila tiba waktu saya memberikan keterangan bersumpah dalam mahkamah, saya akan jawab semua soalan termasuklah soalan anda tadi.."

Menurut penulis itu, selepas mendengar jawapan Ezam, satu persoalan yang bermain di fikirannya, kenapa Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sentiasa curiga dengan aktiviti luar suaminya (Anwar)itu terutama apabila ketiadaannya dan berusaha untuk melindunginya terutamanya melalui orang-orang terdekat seperti Ezam.

Apa yang dirisaukan oleh Wan Azizah dan apakah isteri Anwar itu sudah mengetahui sesuatu mengenai aktiviti tidak sihat Anwar. Itulah persoalan yang ditimbulkan oleh penulis buku politik yang lebih dikenali sebagai Pak Habib itu.

Ezam Mohd Nor sebelum ini merupakan salah seorang orang kepercayaan Anwar dan Azizah yang pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional dan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat.

Tetapi dalam wawancara tersebut tidak menyebut secara spesifik siapakah lelaki yang dimaksudkan oleh Wan Azizah.

Blogger Cyber1Trooper pernah mendedahkan perkara ini di blognya pada awal tahun ini. Blogger itu menulis secara terperinci mengenai nama lelaki itu dan kejadian secara terperinci yang menjadi fokus buku Pak Habib itu. Klik di sini

"Sekitar awal tahun 2006, berlaku 'pertembungan' penerbangan antara Anwar dan Azizah. Azizah berangkat ke Amerika Syarikat untuk melawat anak-anaknya, manakala Anwar bertolak dari Amerika Syarikat ke Malaysia untuk menghadiri program-program parti", tulis blogger itu.

"Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam Mohd Nor yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malamnya, Ezam bersama dengan exco-exco Angkatan Muda PKR telah hadir ke rumah Anwar untuk bermesyuarat berkenaan perkembangan parti. Semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan sesuatu berkenaan aktiviti Anwar.", tulis blogger itu lagi.

Blogger itu turut mendedahkan Ezam menerima SMS daripada Wan Azizah yang tidak membenarkan mana-mana lelaki bermalam di rumahnya semasa ketiadaanya.

Blogger itu turut mendedahkan nama lelaki yang dimaksudkan Wan Azizah adalah "Rashid" yang muncul sebagai "pembancuh kopi" semasa Ezam bermesyuarat dengan Anwar.

Difahamkan Rashid merupakan tukang urut peribadi Anwar semenjak Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh. Sebaik sahaja Anwar dan Rashid dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar telah mengambil Rashid bekerja dengannya sebagai tukang urut peribadi dan merangkap orang gaji.

Rashid telah diberi penginapan percuma di rumah Anwar sepertimana yang pernah dilakukan kepada adik angkat Anwar bernama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja suatu ketika dahulu.

Menurut sumber, Rashid telah dihalau dari rumah Wan Azizah apabila ketiadaan Anwar yang ketika itu menetap di Amerika Syarikat. Apabila Anwar kembali semula ke Malaysia, Anwar telah mengambil semula Rashid sebagai pembantu peribadinya dan ditempatkan di pejabat Seksyen 16, Petaling Jaya.



Baca selanjutnya..

Sunday, February 14, 2010

Anwar hina mahkamah - Ibrahim Ali

Tindakan Anwar Ibrahim yang membawa kes liwat yang dihadapinya dengan Saiful Bukhari Azlan kepada pihak umum melalui roadshow dianggap perbuatan yang menghina Mahkamah dan perlembagaan, kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Dato Ibrahim Ali juga mempersoalkan bagaimana seorang tertuduh di Mahkamah boleh membawa butiran kes yang dihadapinya kepada pengetahuan pihak umum dan mempersoalkan maknai proses perbicaraan jika ada pihak yang tidak menghormati Mahkamah.

“Saya berpandangan tindakan Anwar ini menghina Mahkamah, dan mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ” Katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas pelancaran sayap wira, wirawati dan wiranita Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerjaraya Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kenyataan sama beliau turut memberi amaran kepada Ahli Parlimen Australia supaya jangan mencampuri urusan dalaman Malaysia. Tindakan ahli Parlimen Australia itu lebih kepada tindakan memburukan kerajaan Malaysia dan mendapat makluman yang salah berkaitan isu liwat tersebut.





Baca selanjutnya..

Saturday, February 13, 2010

Karpal Singh pernah dakwa Anwar sebagai peliwat ?

KUALA LUMPUR - Peguam terkenal, Karpal Singh menggesa berulang kali agar Datuk Seri Anwar Ibrahim membersihkan dirinya daripada dakwaan meliwat bekas pemandu pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar sebelum menjadi pengganti Perdana Menteri Malaysia.

Perkara ini dinyatakan oleh Karpal Singh di Dewan Rakyat ketika berhujah bersama Anwar Ibrahim pada 22 Oktober 1997.

" Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh kedua-dua ini serius.. bad warning khasnya kepada Yang Ahmad Berhormat, Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) yang bakal menjadi Perdana Menteri bagi negara ini. Oleh itu tiada pilihan lain kecuali membersihkan namanya", kata Karpal.

" Kedua-dua (mereka) ada berjumpa saya dalam bulan Ogos (1997), berjumpa kerana nyawa (mereka) dalam bahaya..Mereka ada menyatakan apa yang terjadi dan (memberitahu) apa isi kandungan dalam dua surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri", kata Karpal lagi.

Semasa kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998, Azizan Abu Bakar mengakui bahawa beliau bersama Ummi Hafilda Ali telah menemui peguam Karpal Singh untuk mendapatkan nasihat undang-undang kerana mereka sentiasa diekori selepas surat perihal salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim dihantar kepada Perdana Menteri. Klik di sini

Tetapi sebelum kes ini dibicarakan di mahkamah, Karpal Singh merupakan peguam yang paling lantang membangkitkan persoalan ini serta meminta pihak Anwar menggunakan saluran mahkamah untuk membersihkan namanya.

"Saya ada bertanya satu soalan baru-baru ini, pada 6 Oktober 1997, soalan No 29..mengenai satu laporan yang dibuat oleh pegawai Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ke atas tuduhan yang dibuat ke atasnya dan adakah apa-apa tindakan diambil oleh polis?", soal Karpal di Dewan Rakyat, 22 Oktober 1997.

"Jika seseorang membuat fitnah yang serius, itu menjadi kesalahan..yang boleh didakwa dalam mahkamah, disabitkan dan dipenjarakan..Saya merayu kepada Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri untuk berbuat demikian. Buat satu Civil Case terhadap defamation atas kedua-dua ini. Kedua-dua (mereka) ini boleh diberi peluang untuk mempertahankan diri sendiri di mahkamah", kata Karpal lagi.

Anwar Ibrahim yang ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bangun menjawab kenyataan Karpal.

" Saya hendak jelaskan pegawai saya membuat laporan atas arahan saya..saya menjadi mangsa, saya buat laporan, laporan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara dan saya mendapat maklumat daripada orang yang disabitkan tuduhan sama ada diperalatkan atau dipergunakan, saya tidak tahu, tetapi yang bersumpah menafikan, statutory declaration..", kata Anwar.

Kata Karpal : " Sehingga hari ini Peguam Negara tidak mengumumkan apa tindakan yang akan diambil ke atas dua orang ini termasuk dua orang pegawai polis, siapa pegawai polis ini, boleh saya tahu ?"

"Yang ditangkap bukan pegawai polis...saya tidak mahu campur lagi dalam hal ini sebab kes ini di tangan Peguam Negara. Saya beri maklumat setakat itu sahaja", balas Anwar.

Karpal Singh sekali lagi membangkitkan lagi perkara yang sama di Dewan Rakyat pada 18 Disember 1997.

"Ini adalah satu perkara yang saya bangkitkan dalam dewan yang mulia ini pada 22 Oktober..mengenai dua surat yang dibuat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri..Pengakuan bersumpah oleh seorang (bernama) Azizan Abu Bakar..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih, saya Azizan bin Abu Bakar dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni homoseksual dengan Anwar bin Ibrahim yang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri, perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya. Ianya kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya. Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya Datin Seri Wan Azizah..", kata Karpal

Ketika mempertahankan dakwaannya benar, Karpal telah menawarkan diri untuk membawa saksi tersebut untuk hadir ke Dewan Rakyat bagi memberi keterangannya.

"Saya boleh panggil orang ini, Azizan Abu Bakar ke Dewan ini..", kata Karpal lagi.

Pada 14 April 1999, Hakim Datuk S. Augustine Paul menjatuhi hukuman penjara enam tahun ke atas Anwar setelah didapati bersalah atas empat tuduhan pindaan rasuah kerana menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970. Antara lain, Anwar telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk mengarahkan pihak polis menangkap dan menukar pengakuan bersumpah Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar tanpa kerelaan mereka. Klik di sini

Begitu juga dalam kes homoseksual, ketika bermula sebutan kes pada 27 April 1999, perbicaraan yang mengambil masa selama satu tahun empat bulan akhirnya Anwar dihukum bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar dibicarakan bersama-sama dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, yang dituduh bersubahat dengannya melakukan persetubuhan di luar tabii ke atas Azizan Abu Bakar di unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.

Pada 8 Ogos 2000, Hakim Datuk Ariffin Jaka, hakim dari Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, telah menjatuhi hukuman bersalah ke atas Anwar dan Sukma. Anwar dihukum dihukum penjara sembilan tahun manakala Sukma pula penjara enam tahun dan empat kali sebatan. Klik di sini



Transkrit Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat, 22 Oktober 1997, Jilid III. Bil. 53 (Rabu)


Karpal Sigh [Jelutong] : Baru-baru ini ke atas Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri pun ada beberapa tuduhan khasnya oleh dua orang yang ada melemparkan ke atasnya, seorang adalah pemandu kereta Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, kalau saya tidak silap, dan seorang lagi adik kepada political secretary beliau.
Kedua-dua ada berjumpa saya dalam bulan Ogos (1997), berjumpa kerana nyawa dia ada dalam membahaya.

Mereka ada jumpa saya menyatakan apa yang terjadi dan apa yang ada dilafazkan oleh kedua-dua ini adalah jadi isi kandungan dalam dua surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.

Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh kedua-dua ini adalah, serius seperti yang saya nyatakan tadi bagi maruah seorang pemimpin dalam negara ini, bad warning, khasnya kerana yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri adalah bakal Perdana Menteri bagi negara ini. Oleh itu tidak ada pilihan lain kecuali ada satu pilihan salah iaitu adakah untuk membersihkan namanya.

Saya ada bertanya satu soalan baru-baru ini pada 6 Oktober 1997, soalan No 29, ringkasnya soalan itu mengenai satu laporan yang ada dibuat oleh pegawai daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ke atas tuduhan yang ada dibuat ke atasnya dan adakah apa-apa tindakan diambil oleh polis?

Jawapannya adalah ini: “Adalah disahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat dan siasatan dijalankan. Kertas siasatan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.” Tidak boleh ada kelewatan dalam perkara ini. Saya merayu kepada Peguam Negara, jika tidak berasas tuduhan itu untuk membersihkan nama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kerana itu satu keperluan khasnya dalam keadaan sekarang.

Saya bukan nyatakan di sini apa yang ada jadi isi kandungan dua surat ini benar tetapi apa yang ada dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan ini adalah satu kenyataan akhbar, dalam awal bulan September jika saya tidak silap. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyatakan tidak ada apa berasas dalam tuduhan yang dilemparkan ke atas Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Beliau ada menyatakan di antara seorang yang ada membuat satu, jika saya tidak silap, statutory declaration di mana tuduhan itu ada dibuat. Ada ,mengaku bahawa apa yang ada dibuat tidak ada berasas, tidak benar, dia ada menarik balik tuduhan itu.

Selain daripada itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyatakan ada dua pegawai polis yang ditangkap, di antara orang lain, tetapi apa yang dinyatakan oleh beliau dan apa yang ditegaskan oleh dia untuk membersihkan nama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri adalah tidak berasas, tidak benar tuduhan itu.

Jika itu kerana ini bukan surat layang, biasanya perkara-perkara seperti ini tertimbul jadi isi kandungan surat layang. Tetapi dalam hal ini, kedua-dua surat ini ada ditandatangani oleh orang-orang tertentu, orang-orang yang ada diberkas oleh polis.

Jika tidak ada apa-apa asas, dan apa yang dibuat tidak ada benar dalam pertuduhan ini, ada peruntukan dalam undang-undang khasnya Kanun Keseksaan Seksyen 500-Defamation.

Jika seorang membuat fitnah yang serius dan ini adalah serius, itu menjadi kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu boleh didakwa dalam mahkamah, disabitkan dan dipenjarakan.

Kenapa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri memilih cara itu. Beliau membuat satu laporan polis, apa yang hendak dibuat baru-baru ini adalah satu laporan polis daripada pejabat Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kenapa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri tidak membuat apa-apa laporan polis. Apa yang ada dinyatakan oleh beliau dalam suratkhabar adalah ini:

Tak mahu cakap lebih daripada apa yang ada disuarakan oleh Perdana Menteri. Dengan hormatnya saya memetik isi surat yang tersebut. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri adalah orang Pulau Pinang. Adalah kewajipan saya mempertahankan maruah dia. Apa yang saya nyatakan tadi adalah dia adalah bakal Perdana Menteri. Saya merayu kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk membuat demikian. Boleh buat satu Civil Case terhadap defamation atas kedua-dua ini. Kedua-dua ini boleh diberi satu peluang untuk mempertahankan diri sendiri di mahkamah. Ini dia tidak boleh mengenepikan legislative, tidak boleh

Datuk Seri Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri): Saya sukalah kerana belanjawan ini digunakan tetapi saya hendak jelaskan pegawai saya membuat laporan atas arahan saya, atas permintaan saya dan saya telah diminta supaya diambil apa juga tindakan yang perlu untuk membersihkan nama saya daripada angkara fitnah tersebut. Sejak itu orang yang dikaitkan bersabit dengan membuat tuduhan itu telah membuat kenyataan bersumpah menafikan dan mengaitkan orang-orang lain dalam kes tersebut.

Saya mengikut bidang kuasa dan keupayaan saya mengambil tindakan yang saya rasa menghormati prinsip undang-undang dan membuat laporan polis dan sekarang polis telah mengemukakan laporan siasatan kepada Jabatan Peguam Negara. Jadi untuk bangkitkan dan meminta saya buat lebih daripada itu saya fikir tidak adil. Saya menjadi mangsa, saya buat laporan, laporan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara dan saya mendapat maklumat daripada orang yang disabitkan tuduhan sama ada diperalatkan atau dipergunakan, saya tidak tahu, tetapi yang bersumpah menafikan, statutory declaration, bukan bersumpah dengan nama Allah menafikan.

Jadi saya setakat itu, saya tidak bersedia untuk komen lebih daripada itu kerana ini di tangan Peguam Negara.

Karpal Singh: Jika kedua-dua ini ada diperalatkan oleh pihak yang ketiga, lebih serius untuk mendapat tahu siapa pihak ketiga ini. Adakah orang ini orang politik, Menteri barangkali puak-puak dalam UMNO yang hendak menjatuhkan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ?

Jika ada orang atas yang terlibat, lebih serius untuk menangkap orang-orang ini, tak payah orang yang ada diperalatkan tuduhan ini dibuat dalam bulan Ogos. sekarang kita adalah dalam bulan Oktober. Sehingga hari ini Peguam Negara tidak mengumumkan apa tindakan yang akan diambil atas kedua-dua orang ini termasuk dua orang pegawai polis. Siapa pegawai polis ini, bolehkan saya dapat tahu?

Datuk Seri Anwar Ibrahim: Yang Dipertua, yang disebut ‘yang mengaku diri mereka sebagai pegawai polis’. Yang ditangkap bukan dua pegawai polis yang ditangkap. Saya tidak mahu campur lagi dalam hal ini sebab kes ini di tangan Peguam Negara. Saya beri maklumat setakat itu sahaja.

Transkrit Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat, 18 Disember 1997,Jilid III, Bil. 85

Karpal Singh: Terima kasih Tuan Speaker.....
Selain daripada itu, pendakwaraya sendiri meneliti kes-kes yang serius untuk menentukan ada pendakwaan.

Khasnya Tuan Speaker, ini adalah satu perkara yang saya bangkitkan dalam dewan yang mulia ini pada 22 Oktober tahun ini. Ini adalah mengenai dua surat yang ada tulis dua aduan yang dibuat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Satu adalah ini, Tuan Speaker, jika saya boleh baca, ‘Pengakuan Bersumpah oleh seorang, Azizan Bin Abu Bakar.’ Pada 22 Oktober, saya tidak memberi.....

Karpal Singh: Bolehkan Peguam Negara mengambil tindakan dalam perkara ini. Pertama, mendakwa orang yang menulis surat ini jika ada yang ada dalam surat ini tidak benar. Bolehkan seorang Timbalan Perdana Menteri biarkan apa yang serius seperti ini dalam satu surat bersumpah, boleh?

Karpal Singh: Kenapa saya membangkitkan Tuan Speaker. Adalah berekoran apa yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri bahawa perkara ini ada dalam tangan Peguam Negara dan beliau menunggu keputusan itu....

Butir-butir surat sumpah ini dan saya ada merayu kepada Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil tindakan. Apa yang beliau ada menjawab ialah bahawa perkara ini ada dalam tangan Peguam Negara.

Oleh itu, beliau tidak terjejas dengan apa yang ada dibuat oleh Peguam Negara dan menunggu keputusan Peguam Negara.

Tuan Speaker, hari ini adalah hari terakhir persidangan dewan ini. Sampai sekarang tidak ada mendapat apa-apa daripada Peguam Negara mengenai perkara ini. Tohmahan yang ada dibuat ke atas Timbalan Perdana Menteri adalah serius, saya baca bukan semua bahagian, tetapi apa yang penting di sini:

‘Pengakuan Bersumpah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih. Saya Azizan bin Abu Bakar dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni homoseksual dengan Anwar bin Ibrahim yang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri, perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya. Ianya kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya. Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya Datin Seri Wan Azizah...

Apa yang saya bangkitkan hari ini, sampai hari ini tidak ada keputusan daripada Peguam Negara. Kenapa? Itu sahaja.

Karpal Singh: Buktikan saya boleh panggil orang ini, Azizan Abu Bakar ke dewan ini....


PENGAKUAN BERSUMPAH AZIZAN ABU BAKAR

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, saya AZIZAN BIN ABU BAKAR, I/C 5980324 dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni (homoseksual) dengan Anwar Bin Ibrahim yang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya. Ianya kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya.

Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya iaitu Datin Seri Wan Azizah.

Sepanjang bekerja di bawah naungan beliau, Anwar, saya sering dipanggil untuk melakukan perkara terkutuk itu walaupun untuk beberapa kali saya cuba menolaknya. Sifat rakusnya membayangkan beliau seorang yang boleh dikategorikan sebagai ‘kronik’ sehingga membuatkan jiwa dan mental saya begitu tertekan.

Perasaan bersalah akhirnya menguasai diri saya apabila setiap kali terpandang wajah Datin Seri Wan Azizah yang begitu tinggi akhlaknya.

Akhirnya saya telah membuat keputusan untuk berhenti dari terus menjadi hamba homoseksual Anwar Bin Ibrahim.

Sekali lagi nama Allah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya, saya bersumpah membuat pengakuan ini tanpa mempunyai niat atau motif tertentu sama ada secara peribadi mahupun politik untuk menjatuhkannya.

Pengakuan ini dibuat berdasarkan kesedaran dan keinginan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan insan-insan teraniaya seperti saya.

Saya tidak keberatan untuk dipanggil bagi menjelaskan kedudukan dengan lebih terperinci.

Akhir sekali saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil kira pandangan ini secara serius supaya pemimpin ini diberikan hukuman yang setimpal demi kebaikan dan pengajaran kepada pemimpin lain.

Dengan nama Allah, sekali lagi saya Azizan Bin Abu Bakar bersumpah bahawa segala lapuran di atas dibuat dengan kerelaan hati saya tanpa desakan, tuntutan dan tekanan dari pihak-pihak tertentu. Segala-galanya adalah benar demi menyelamatkan bangsa dan negara.

Amin.

Pengakuan bersumpah :-
Tandatangan Azizan
5980324
54, Jln bersatu 1
Taman Bersatu 48000 Rawang
5hb. Aug, 1997







Baca selanjutnya..

Keputusan Rayuan Anwar Batal Tuduhan Liwat Diketahui 17 Februari

PUTRAJAYA, 12 Feb - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan Rabu depan (17 Feb) bagi memutuskan sama ada mengekal atau menggugurkan tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan itu dibuat ekoran daripada rayuan dari pihak Anwar yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan pertuduhan meliwat terhadapnya hanya berdasarkan laporan perubatan yang menyatakan ketiadaan penetrasi.

Pada 1 Disember tahun lalu, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar itu, dengan menyatakan laporan perubatan tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasa untuk membatalkan pertuduhan kerana laporan-laporan tersebut terhad kepada pemerhatian dan pemeriksaan fizikal dan tidak konklusif sedangkan kes pendakwaan lebih berlandaskan kepada keterangan lisan, keterangan forensik dan keterangan lain. Klik di sini

Mahkamah Rayuan yang bersidang hari ini mengambil keputusan menangguh keputusan sama ada membenarkan rayuan Anwar itu atau mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi kerana memerlukan masa untuk mempertimbangkan hujahan yang dikemukakan oleh peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Panel Hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang hari ini diketuai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah

Pada prosiding selama dua jam hari ini, Karpal mengemukakan bahawa tuduhan meliwat itu harus digugurkan berdasarkan laporan perubatan oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur Saiful.

Katanya bukti penetrasi merupakan elemen penting untuk pihak pendakwaan membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah dan namum tidak ada bukti kukuh.

"Laporan perubatan itu merupakan bukti. Eksibit dalam afidavit juga merupakan bukti. Ianya laporan penuh. Ia merupakan kesimpulan yang dibuat oleh tiga doktor bahawa tiada penetrasi. Mahkamah ini harus membenarkan rayuan ini," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusof berhujah permohonan Anwar itu tidak boleh dipertahankan kerana laporan perubatan tidak boleh dijadikan satu-satunya bahan untuk dijadikan pegangan.

"Laporan perubatan tidak lengkap sehingga doktor dan ahli kimia memberi keterangan dalam perbicaraan. Laporan perubatan bukan keterangan substantif. Ia hanya sokongan kepada doktor untuk menjelaskan di mahkamah," katanya.

''Anwar mahupun peguamnya tidak berhak mempertikaikan sama ada wujud kemasukan atau tidak kerana ia akan dijelaskan dengan lebih terperinci oleh pakar yang menyediakan laporan itu,'' ujar beliau.

Dengan itu, Mohd. Yusof menghujahkan tiada berlaku penyalahgunaan proses mahkamah dan memohon agar pertuduhan terhadap Anwar dikekalkan manakala perbicaraan diteruskan.

Anwar, 63, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada Khamis depan sama ada beliau akan menarik diri daripada terus mendengar kes liwat itu.




Baca selanjutnya..

Misteri lelaki bernama Sukma Darmawan (2)

Sukma Darmawan Sasmitaat Madja pernah menjadi lelaki istimewa dalam kehidupan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berasal dari Indonesia dan berhijrah ke Malaysia ketika berusia 16 tahun.

Pernah menuntut di Yayasan Anda(sekolah swasta kepunyaan Anwar) pada tahun 1977 dan berhenti persekolahannya pada tahun 1980-1983, walau bagaimanapun berjaya mendapat Sijil Tinggi Persekolahan (ketika itu dikenali sebagai Higher School of Certificate) pada tahun 1990, ketika Anwar menjadi Menteri Pendidikan Malaysia.

Sukma menjadi adik angkat Anwar sejak tahun 1977 ketika menuntut di Yayasan Anda dan menetap sebilik dengan Anwar di rumah Datuk Ibrahim Abdul Rahman (ayah Anwar) di No. 27, Jalan SS1/43, Petaling Jaya.Pada ketika itu, Anwar masih belum berkahwin, aktif sebagai Pengetua Yayasan Anda Akademik dan Presiden ABIM.

Persoalan yang sering berlegar, apakah benar Sukma menjadi anak angkat Pak Ibrahim kerana Sukma tidak terus menetap bersama bapa Anwar, sebaliknya sentiasa mengikuti jejak langkah Anwar, walaupun abang angkatnya itu telah berkahwin.

Menurut pengakuan bersumpah Sukma yang dibuat pada 17 September 1998, di hadapan Abdul Karim Abd. Jalil, Majistret, Jalan Raja, Kuala Lumpur, dia mengakui mengikuti Anwar sejak Anwar berpindah ke Seksyen 14, Petaling Jaya dan seterusnya ke rumah peribadi di No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Di rumah peribadi Anwar itu, Sukma telah disediakan bilik khas. Sukma juga turut mengikuti Anwar, apabila Anwar berpindah ke rumah kediaman rasmi kerajaan di 47, Jalan Damansara, Damansara, Kuala Lumpur.

Sukma hanya memiliki rumah sendiri sekitar tahun 1992, dengan membeli kondo peribadi di 10-7-2, Tivoli Villa, Bangsar, Kuala Lumpur, dengan harga lebih kurang RM400,000.

Ketika itu, Anwar merupakan Menteri Kewangan dan Tivoli Villa itu juga berkaitan dengan Anwar Ibrahim. Sukma mengakui Anwar telah menderma sebanyak RM100,000 kepadanya untuk mengubah suai kondo kediaman peribadinya itu.

Projek pembinaan Tivoli Villa itu pula diusahakan oleh kawan rapat Anwar, iaitu Datuk Lim Thian Kiat (T.K.Lim), Pengarah Multi Purpose Holding Berhad (MPHB). Datuk T. K. Lim juga merupakan pemilik syarikat judi Magnum Corporation, tempat Dato Nalla menjadi Pengarah Eksekutifnya.

Dato Nalla dikenali amat rapat dengan Anwar dan pelantikan Nalla sebagai Pengarah Eksekutif Magnum sebagai jambatan penghubung di antara Datuk TK Lim dengan Menteri Kewangan. Sebab itu, Datuk T.K.Lim turut memberi dua unit Tivoli Villa percuma kepada Dato Nalla untuk kegunaan melayan tetamu VVIP. Dua unit tersebut adalah di 2-5-13 dan 2-5-14, di Tingkat 5, Blok 2 Tivoli Villa.

Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur telah diberitahu bahawa di Tivola Vila ini lah juga, merupakan tempat Anwar dan Shamsida Taharin sering dilihat berdua-duaan. Klik di sini

Unit kondo Tivoli Villa kepunyaan Sukma berbeza dengan kondo VVP milik Nalla kerana Sukma berada di 10-7-2, manakala milik Nalla di 2-5-13 dan 2-5-14, tetapi ketiga-tiga unit kondo itu berada dalam satu tempat sama di Tivoli Villa di bawah penguasaan Datuk TK Lim, kroni Anwar.

Sekitar tahun 1993, Sukma mengakui pernah menjemput Anwar dari rumah kediaman rasminya ke rumah peribadinya di Tivoli Villa. Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi Wan Azizah juga turut dijemput hadir ke rumah Sukma.

"Saya janji dengan Azizan agar datang ke Tivoli Villa pada pukul 7.30 petang. Pada pukul 7.00 petang saya menjemput Anwar dari rumah rasmi beliau. Setelah kami bertiga bersama, Anwar dan Azizan membuka baju masing-masing untuk mengadakan hubungan sejenis. Saya ada melihat hubungan mereka berdua. Selepas Azizan mengajak saya untuk melakukan liwat terhadapnya", kata Sukma.

Azizan memulakan kariernya sebagai pemandu peribadi Wan Azizah (isteri Anwar) sekitar pertengahan tahun 80-an. Azizan memberitahu mahkamah kerana tidak tahan diliwat lebih daripada 10 kali sekitar tahun 1992. Klik di sini Kerana Azizan merupakan 'salah seorang ahli keluarga Anwar', sebagai pemandu peribadi Wan Azizah, maka tidak hairan Sukma mengenali Azizan dan mula berkenalan rapat.

Sekitar pertengahan tahun 1990-an, Azizan berpindah kerja menjadi pemandu peribadi Shamshida Taharin (isteri Azmin Ali) pula. Azizan Abu Bakar merupakan kunci kotak pandora kepada skandal seks Anwar-Shamshida dan kegiatan seks luar tabiee(homoseksual) Anwar.

Menurut Azizan, sekitar tahun 1997, dia sendiri menjadi saksi yang memandu dan menurunkan Shamshida di Cafe Guana di Bangsar Shopping Complex pada setiap kali pertemuan dengan Anwar. Kemudian sebuah kereta mewah, Daimler WBV 37, akan menjemput Shamshida. Kereta Daimler WBV 37 itu adalah kepunyaan Dato Nallakarupan(Eksekutif Director Magnum Corporation) akan membawa Shamshida ke kondominium mewah di Tivoli Villa, Bangsar untuk bertemu dengan Anwar.

Di sinilah bermula pecah tembelang Anwar apabila pada 30 Jun 1997, sekitar jam 5.00 petang, Azizan telah menelefon Ummi Hafilda memberitahu skandal curang antara Anwar dan kakak iparnya. Ummi bersama keluarganya (termasuk abangnya, Mohd Azman Ali) telah mengikuti kereta Shamshida dari Bangsar Shopping Complex hingga ke Tivoli Villa.

Beberapa keping foto diambil oleh Ummi berkenaan pertemuan Shamshida-Anwar itu dan bukti-bukti foto itu telah diserahkan kepada pihak polis.

Ummi hanya mahu menjejaki bukti kecurangan kakak iparnya (Shamshida) dengan Anwar, tetapi dari penjejakan itu terbongkar pula skandal lain iaitu hubungan homoseks Anwar dengan Azizan dan Sukma Darmawan.

Persoalannya, untuk apa Datuk Ibrahim mengambil Sukma sebagai anak angkat sedangkan beliau sendiri mempunyai sembilan anak dari dua orang isteri. Isteri pertamanya, 8 orang anak termasuk Anwar. Manakala isteri kedua, seorang anak perempuan

Mohamad Sabu ketika diwawancara oleh Ahmad Lutfi untuk majalah Tamadun pada 14 Jun 1998 (dua bulan sebelum pemecatan Anwar daripada UMNO), mempertikaikan kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh adik beradik Anwar ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan.

Kata Mohamad Sabu : "Rani Ibrahim, Marzuki Ibrahim dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan ?". Klik di sini

Begitu juga dengan Farizon Ibrahim (adik tiri Anwar) antara tokoh yang paling kaya di kalangan adik beradik Anwar. Klik di sini

Tetapi tidak semua anak-anak Dato Ibrahim kaya raya. Terdapat juga anak-anaknya yang hidup susah seperti Idrus dan Raihan. Anaknya Mokhtar meninggal dunia akibat ketagihan dadah.

Jadi atas alasan apa Dato Ibrahim mengambil seorang lagi anak angkat bernama Sukma dari Indonesia ? Sukma tidak berminat tinggal di rumah Dato Ibrahim atau mana-mana anak-anaknya kecuali bersama dengan Anwar Ibrahim, kenapa ?

Dan lebih pelik lagi, Sukma lebih kaya raya berbanding dengan adik beradik kandung Anwar sendiri. Memiliki lebih daripada 10 syarikat sendiri, pada tahun 1991, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan. Antara syarikatnya; Megareka Trading Sdn Bhd, Megareka Technology Sdn Bhd,Megareka Construction Sdn Bhd, Megareka Busana Sdn Bhd, Megareka Busana Sdn Bhd, Megareka Holdings Sdn Bhd, Megareka Furniture Sdn Bhd, Megareka Trading Sdn Bhd, Megareka Food & Beverage Sdn Bhd, Mega Carpet Industries Sdn Bhd, Kumpulan Mega Markas Sdn Bhd dan Mega Carpet Sdn Bhd. Klik di sini

Selepas Anwar dan Sukma dibebaskan dari penjara kerana bersubahat meliwat Azizan Abu Bakar, Sukma mengambil keputusan kembali semula ke Indonesia dan membuka perniagaan karpet bersama adik beradik kandungnya di Jakarta.

Artikel lain berkaitan :

1. Misteri lelaki bernama Sukma Darmawan

2. Precedent Case : Anwar pernah dihukum bersalah bersubahat dengan Sukma meliwat Azizan Abu Bakar

3. Sebalik tabir Azizan Abu Bakar, mangsa liwat Anwar Ibrahim

Baca selanjutnya..

Thursday, February 11, 2010

Misteri lelaki bernama Sukma Darmawan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki misteri Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, pernah mengemparkan Malaysia pada tahun 1999, apabila lelaki ini dibicarakan bersama-sama bersubahat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pemandu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bernama Azizan Abu Bakar.

Tiada rekod lengkap mengenai latar belakang lelaki misteri ini yang lebih dikenali sebagai 'adik angkat' Anwar Ibrahim, walaupun lelaki yang berasal dari Indonesia itu telah berhijrah ke Malaysia sejak tahun 1970-an lagi.

Menurut keterangan Sukma ketika didakwa kes liwat di Mahkamah Tinggi pada Julai 1999, berkata dia dilahirkan pada 25 Jun 1961 di Jakarta, Indonesia, dan merupakan anak yang ke-11 daripada 12 orang adik-beradik.

Menurutnya lagi dia dihantar oleh bapanya berhijrah ke negara ini pada bulan Februari 1977 dan memulakan persekolahannya di Yayasan Anda di Kampung Baru, Kuala Lumpur, sebuah sekolah swasta kepunyaan Anwar Ibrahim.

Berdasarkan tarikh lahir itu, Sukma berhijrah ke Malaysia ketika berusia 16 tahun yang sepatutnya berada di tingkatan empat jika mengikut sistem pendidikan di Malaysia.

Ketika menjawab soalan pihak pendakwa, Abdul Ghani Patail, Sukma mengakui dia hanya bersekolah di Yayasan Anda pada tahun 1977 dan berhenti persekolahannya pada tahun 1980-1983, tetapi turut mengakui mendapat Sijil Tinggi Persekolahan (ketika itu dikenali sebagai Higher School of Certificate) pada tahun 1990.

Pada tahun 1990, Anwar merupakan Menteri Pendidikan Malaysia.

Menurut Sukma lagi, sejak berhijrah ke Malaysia dia telah menetap di rumah bapa angkatnya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, iaitu bapa Anwar di Petaling Jaya. Klik di sini

Menurut pengakuan bersumpah Sukma yang dibuat pada 17 September 1998, di hadapan Abdul Karim Abd. Jalil, Majistret, Jalan Raja, Kuala Lumpur, Sukma yang mempunyai kad pengenalan bernombor 8315878 mengakui menetap di rumah bapa Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Petaling Jaya bermula dari tahun 1977.

Hubungan homoseks bermula antara Sukma dan Anwar bermula sejak dari tahun 1977, kerana mereka ditempatkan dalam bilik yang sama. Sukma ketika itu berusia 16 tahun, manakala Anwar pula berusia 30 tahun. Menurut pengakuan Sukma lagi, hubungan luar tabiee antaranya dengan Anwar berlaku dalam kadar kekerapan seminggu sekali.

Pada tahun 1977, Anwar masih belum berkahwin dan menjadi Pengetua Yayasan Anda Akademik dan Presiden ABIM.

"Selepas setahun, hubungan kami semakin intim dan bermulalah hubungan oral seks saya terhadap dia (Anwar). Selepas setahun kemudian dia ada melakukan liwat terhadap saya dengan menggunakan baby cream. Dia berlaku berselang seli di antara onani, liwat dan oral", kata Sukma dalam pengakuan bersumpahnya.

"Setelah Anwar berkahwin beliau berpindah ke rumah sewa di Seksyen 17. Saya sekali sekala datang ke rumahnya. Di rumah ini dalam jangka 3 atau 6 bulan saya tidak mempunyai apa-apa dengan dia. Tapi selepas itu, kami menjalinkan hubungan berselang seli di antara liwat, oral atau onani dan kurang lebih sebulan sekali", kata Sukma lagi.

Menurut pengakuan bersumpah itu lagi Sukma mengikuti Anwar ketika Anwar berpindah ke Seksyen 14, Petaling Jaya dan seterusnya membeli rumah peribadi di No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Di rumah peribadi Anwar itu, Sukma telah disediakan bilik khas sebagai penginapannya. Sukma juga turut mengikuti Anwar, apabila Anwar berpindah ke rumah kediaman rasmi kerajaan di 47, Jalan Damansara, Damansara, Kuala Lumpur.

Sekitar tahun 1992, ketika Anwar menjawat Menteri Kewangan, Sukma membeli rumah peribadinya di 10-7-2, Tivoli Villa, Bangsar, Kuala Lumpur, dengan harga lebih kurang RM400,000.

Sukma juga turut mengakui di mahkamah, Anwar telah menderma sebanyak RM100,000 kepadanya untuk mengubah suai rumah kediaman peribadinya itu.

Projek pembinaan Tivoli Villa diusahakan oleh kawan rapat Anwar, iaitu Datuk Lim Thian Kiat (T.K.Lim), Pengarah Multi Purpose Holding Berhad (MPHB). Datuk T. K. Lim juga merupakan pemilik syarikat judi Magnum Corporation, tempat Dato Nalla menjadi Director Eksekutifnya.

Kata Sukma, dia mula menceburkan diri secara serius dalam urusan perniagaan pada tahun 1991, dengan membuka sebuah syarikatnya sendiri. Ketika itu Anwar baru sahaja dilantik Menteri Kewangan Malaysia.

Sukma juga turut mengaku hasil urusan perniagaannya, dia memiliki tiga buah kereta mewah - sebuah jenis BMW 523i dan dua Mercedes Benz model C280 dan 300S. Kereta BMW miliknya itu didaftarkan dengan nombor pendaftaran WGG 23 manakala dua buah Mercedes itu bernombor WDS 25 dan WDN 2.

Sekitar tahun 1993, Sukma mengaku menjemput Anwar dan Azizan Abu Bakar, pemandu isteri Anwar ke rumahnya di Tivoli Villa.

"Saya janji dengan Azizan agar datang ke Tivoli Villa pada pukul 7.30 petang. Pada pukul 7.00 petang saya menjemput Anwar dari rumah rasmi beliau. Setelah kami bertiga bersama, Anwar dan Azizan membuka baju masing-masing untuk mengadakan hubungan sejenis. Saya ada melihat hubungan mereka berdua. Selepas Azizan mengajak saya untuk melakukan liwat terhadapnya", kata Sukma.

Ketika kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Anwar dihukum dihukum penjara sembilan tahun dan Sukma Darmawan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.

Bermula dari sebutan kes pada 27 April 1999, perbicaraan itu telah mengambil masa selama satu tahun empat bulan sehingga diputuskan hukuman bersalah pada 8 Ogos 2000 oleh Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Artikel lain berkaitan :

1. Dari mana wang Sukma Darmawan miliki asset mewah di Bukit Bintang ?

2. Precedent Case : Anwar pernah dihukum bersalah bersubahat dengan Sukma meliwat Azizan Abu Bakar



Baca selanjutnya..

Kes rasuah Anwar yang belum dibicarakan

KUALA LUMPUR - Satu kes rasuah melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih belum dibicarakan hingga ke hari ini adalah tuduhan merasuah bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Shafee Yahya untuk melindungi bekas Setiausaha sulitnya, Mohamad Azmin Ali daripada disiasat lanjut berkaitan dengan isu menerima suapan rasuah.

Kes ini pernah dikemukakan oleh Datuk Abdul Gani Patail ketika itu berjawatan Timbalan Pendakwa Raya di Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur pada 29 September 1998. Abdul Ghani juga mengemukakan perakuan Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah mengikut Seksyen 418A (1) Kanun Prosedur Jenayah supaya perbicaraan terhadap Anwar dijalankan di Mahkamah Tinggi.

Kes ini dibuat serentak dengan tuduhan rasuah kedua yang telah dilakukan oleh Anwar antara 12 dan 18 Ogos 1997 dan juga pada 27 Ogos 1997.

Dalam tuduhan kedua ini, Anwar didakwa mengarahkan pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd. Said Awang dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis, Amir Junus memperolehi pengakuan bertulis daripada bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukannya dengan tujuan melindungi dirinya daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah.

Dan akibatnya, Azizan dan Ummi Hafilda telah memberi pengakuan bertulis masing-masing pada 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri sepertimana yang diarahkan.

Anwar juga dituduh mengarahkan kedua-dua pegawai kanan polis itu supaya menggesa Azizan dan Ummi Hafilda memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan perbuatan yang sama.Klik di sini

Selepas 77 hari mendengar keterangan para saksi dan hujah pendakwaraya dan penguam bela untuk kes tuduhan rasuah kedua itu, Hakim Datuk S. Augustine pada 14 April 1999 telah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Anwar dan dihukum penjara enam tahun.

Namun untuk kes rasuah pertama masih menjadi misteri hingga ke hari ini, adakah masih dalam proses mahkamah atau telah digugurkan.

Dalam tuduahan rasuah pertama, Anwar didakwa telah menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan merasuah Datuk Shafee Yahya di pejabat Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 5.30 petang, pada 24 Mei 1995.

Tuduhan itu berbunyi :

Bahawa kamu pada 24 Mei 1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Mohd Azmin Ali, yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah:

a) campur tangan dalam siasatan itu, dan

b) mempengaruhi Datuk Shafee Yahya, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes itu bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegah Rasuah tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya;

Ekoran perbuatan Anwar, Azmin dikatakan telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah.

Maksudnya, Anwar telah didakwa menggunakan kuasanya sebagai anggota kerajaan menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mempengaruhi Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafee Yahya untuk memberhentikan siasatan lanjut ke atas setiausaha sulitnya, Azmin Ali daripada disiasat lanjut tuduhan yang mengatakan beliau menerima rasuah sehingga mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya.

Mengikut Seksyen 2 (1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

Datuk Shafee Yahya disebut-sebut sebagai kroni Anwar yang dilantik sebagai Ketua Pengarah BPR menggunakan kuasa Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Manakala Azmin Ali pula merupakan bekas Setiausaha Sulit Anwar semasa Anwar menjawat jawata TPM dan Menteri Kewangan.

Baru-baru ini, isu rasuah Azmin Ali sekali lagi dibangkitkan apabila SA Vigneswaran, Pengerusi Yayasan Belia India Malaysia pada November 2009 mengemukakan dokumen-dokumen pemilikan saham dan wang Azmi Ali bersama isterinya, Shamshida Taharin yang didakwa bernilai RM8 juta.Klik di sini

Seminggu kemudian, bekas setiausaha Anwar, Anuar Shaari telah menyerahkan kesemua dokumen berkaitan dengan pemerolehan wang dan saham Azmi Ali dan Shamshida Taharin kepada pihak polis dan SPRM.

Anuar juga menamakan beberapa individu yang didakwa terlibat dalam pemilikan saham itu termasuk Anwar, kerana dokumen-dokumen bertarikh 1992 hingga 1994 tersebut berlaku ketika Ketua Pembangkang itu memegang portfolio Menteri Kewangan.

Kes ini masih dalam siasatan SPRM dan belum diketahui status hingga ke hari ini.



Baca selanjutnya..

Anak Raja Petra, Malaysia-today telan pisau cukur

KUALA LUMPUR: Raja Azman Raja Petra, anak lelaki kepada Editor Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, yang baru-baru ini dipenjarakan kerana mencuri, dimasukkan ke hospital selepas dipercayai menelan sebilah pisau cukur.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, Raja Azman, 34, dijumpai dalam keadaan lemah dalam sel penjaranya, mempunyai kesan kelar di pergelangan tangan, dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Raja Azman, anak kedua Raja Petra, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tahun lepas terhadap empat tuduhan mencuri dan memiliki harta curi.

Dia dituduh mencuri sebuah telefon bimbit Nokia, sebuah jam tangan Seiko, dan sejambak kunci motosikal, kesemuanya bernilai kira-kira RM3,850, kepunyaan seorang pelajar, Saipul Adli Mohamad Yunus, 21, di No 16, Jalan Sastera, U2/1K, Seksyen U2, Shah Alam, kira-kira pukul 10 pagi pada 24 April.

Dia juga dituduh mencuri sebuah motosikal Yamaha 135 LC bernilai kira-kira RM6,000 daripada seorang pelajar, Ahmad Firdaus Jalaludin, 23, di tempat dan masa yang sama.


Raja Petra Kamaruddin, penulis blog terkenal Malaysia-today berkata anaknya Raja Azman telah dihalau dari rumah kira-kira 20 tahun yang lalu dan hidup bersendirian sejak dibuang daripada keluarga.

Raja Azman, kini 34 tahun, meninggalkan keluarga sejak di sekolah menengah dan sejak itu, "sering dirundung masalah akibat hidup bergelendangan di lorong-lorong belakang Kuala Lumpur.," kata Raja Petra.

"Tidak dapat dielakkan lagi, hidup merempat di jalanan seperti budak nakal menjadikannya seperti sekarang," katanya lagi.

"Anak kami telah diberikan amaran, jika dia terjerumus dalam masalah, itu terserah pada dirinya sendiri. Dia tidak boleh mengharapkan keluarga yang ditinggalkannya membela nasibnya."

Raja Azman - ditangkap pada 6 Mei - mengaku bersalah memecah masuk ke dalam rumah, mencuri wang, telefon bimbit, jam tangan dan sebuah motosikal antara 20 Mac hingga 5 Mei dua tahun lalu.

Beliau dilaporkan dibenarkan ikat jamin RM10,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan tersebut - tetapi tiada siapa datang menjaminnya.

Kata Raja Petra, lebih baik mempertahankan prinsipnya seperti disuarakan dalam artikel-artikelnya di Malaysia Today daripada merasuah polis untuk membebaskan Raja Azman.

"Sebagai seorang bapa, itulah keputusan paling berat yang saya terpaksa ambil. Ia lebih sukar bagi Marina (Chin Abdullah), ibu yang melahirkannya.

"Kami saling berpegangan tangan dan menatap mata satu sama lain tanpa sepatah kata. Kata-kata tidak diperlukan lagi. Dalam kebisuan itu, hanya hati-hati kami yang berbicara," coretnya dalam artikel terbaru 'My most sincere apology to the nation' di Malaysia-today sebaik sahaja terbongkar kisah anaknya ditahan polis.


Baca selanjutnya..

Wednesday, February 10, 2010

Dari mana wang Sukma Darmawan miliki asset mewah di Bukit Bintang ?

KUALA LUMPUR - Setelah Sukma Darmawan Sasmitaatmadja dibebaskan secara teknikal oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004 atas tuduhan bersubahat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat Azizan Abu Bakar, nama itu mula dilupakan.

Sebenarnya nama Sukma Darmawan tidak menonjol sebelum ini, walaupun dia telah menjadi adik angkat Anwar Ibrahim sejak dari tahun 1970-an lagi. Nama Sukma mula disebut pada tahun 1993, apabila Tun Mohd Haniff Omar, ketika itu Ketua Polis Negara memberi taklimat secara tertutup kepada Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, mengenai kebimbangannya akan wujud elemen asing ke atas bakal PM, Anwar Ibrahim.

Dalam taklimat yang diadakan pada 9 Oktober 1993, Haniff memberitahu Dr Mahathir tentang kebimbangannya andainya Anwar yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kewangan terdedah kepada tindakan peras ugut kerana berhubungan dengan dua orang warganegara asing.

Kedua-dua penama itu adalah Sukma Darmawan dari Indonesia dan Munawar Annes, warganegara Pakistan yang mendapat status kenegaraan Amerika Syarikat.

Kedua-dua nama ini mula terkenal di Malaysia pada tahun 1998, apabila Sukma ditahan polis pada 6 September, manakala Munawar Annes pula ditahan pada 15 September untuk membantu siasatan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM. Klik di sini

Pada 19 September 1998, Sukma dan Munawar mengejutkan seluruh rakyat Malaysia apabila mereka berdua tampil membuat pengakuan bersalah di mahkamah seksyen, Kuala Lumpur membenarkan diri mereka diliwat oleh Anwar. Kedua-dua mereka dihukum penjara enam bulan setiap seorang. Klik di sini

Selepas dibebaskan dari penjara Munawar telah kembali di Amerika Syarikat, manakala Sukma pula tidak diketahui statusnya sama ada masih menetap di Malaysia atau telah kembali ke Indonesia.

Namun pendedahan blogger GAP pada tahun 2008 mengesahkan Sukma masih lagi berada di Malaysia. GAP mendedahkan foto-foto ekslusif sebuah restoran mewah milik Sukma di Pavillion, Jalan Bukit Bintang.

Kes ini mula terbongkar apabila cakap-cakap berlegar di kalangan ahli perniagaan mengatakan Anwar memiliki sebuah restoran Turki mewah di Bukit Bintang.

Apabila disiasat, restoran itu bukan kepunyaan Anwar tetapi kepunyaan adik angkat Anwar, Sukma Darmawan yang bekerjasama dengan seorang lelaki muda Turki yang selalu dipanggil 'Jihan'

Restoran mewah itu terletak di Tingkat 6, gedung membeli belah mewah di Pavillion, kelihatan lengang tanpa pengunjung, tetapi dapat beroperasi seperti biasa.

GAP mendakwa kos sewa bulanan restoran itu mencecah 35 ribu sebulan dengan hiasan dalaman serba mewah yang diimport dari luar negara. Klik di sini

Spekulasi mula bertiup, dari mana Sukma memiliki kekayaan untuk menampung kos membiaya restoran mewah itu sedangkan restoran itu sendiri kekurangan pelanggan ? Apakah benar kos itu ditampung oleh Anwar seperti yang dicakap-cakap oleh ahli-ahli perniagaan yang pernah mengunjungi restoran mewah itu ?

Baca selanjutnya..

Monday, February 8, 2010

Precedent Case : Anwar pernah dihukum bersalah bersubahat dengan Sukma meliwat Azizan Abu Bakar

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dihukum bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail oleh Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2000.

Bermula dari sebutan kes pada 27 April 1999, perbicaraan itu telah mengambil masa selama satu tahun empat bulan sehingga diputuskan hukuman bersalah oleh Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Anwar dihukum dihukum penjara sembilan tahun dan Sukma Darmawan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan. Klik di sini

Pada 7 Jun 1999, Anwar dibicarakan bersama-sama dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, yang dituduh bersubahat dengannya melakukan persetubuhan di luar tabii ke atas Azizan Abu Bakar di unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.

Anwar yang disenaraikan sebagai tertuduh pertama manakala Sukma pula adalah tertuduh kedua.

Pihak pendakwa terdiri dari tujuh orang diketui oleh Tan Sri Tan Sri Mokhtar Abdullah (Peguam Negara), Datuk Abdul Gani Patail,(Timbalan Kanan Pendakwa Raya), Azahar Mohamed (Timbalan Kanan Pendakwaraya), Mohd Yusof Zainal Abiden (Timbalan Kanan Pendakwaraya), Stanley Augustin (Timbalan Pendakwaraya), Nordin Hassan (Timbalan Pendakwaraya) dan Shamsul Sulaiman (Timbalan Pendakwaraya)

Anwar pula menggunakan sembilan orang penguam bela diketuai oleh Christopher Fernando, Raja Aziz Addruse, Gurbachan Singh, Pawancheek Merican, Sulaiman Abdullah, S.N. Nair, Zainur Zakaria, Zulkifli Nordin dan Robin Choy

Manakala Sukma pula menggunakan tiga orang peguam mewakili dirinya, diketuai oleh Karpal Singh, dan dua orang anaknya, Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo.

Pada 21 Jun 1999, Karpal Singh menyertai pasukan peguam bela Anwar, manakala dua orang anak Karpal kekal menjadi peguam Sukma.Klik di sini

Ketika itu, Datuk S. Nallakaruppan menyokong Anwar dan Sukma yang diwakili oleh peguamnya Manjeet Singh Dhillon.

Dalam membuktikan kesalahan Anwar dan Sukma pihak pendakwa mengemukakan sembilan orang saksi iaitu Azizan Abu Bakar, Dr Mohd Fadzil Man, Tun Mohd Haniff Omar, Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Andrew Leong, Dr Abel W K Arumugam, SAC 1 Musa Hassan, dan P Kathirvelayudham.

Saksi pertama pendakwa adalah Kathirelayudham a/l Palaniappan atau dikenali P. Kathir, 52 yang merupakan Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret, Kuala Lumpur. Beliau dipanggil untuk mengemukakan semua fail rekod prosiding berhubung nota prosiding kes pendakwa lwn Sukma yang bernombor 62-135-98.

Nota prosiding itu mengandungi kertas pertuduhan, nota keterangan, fakta kes dan lampiran pengakuan salah Sukma.Klik di sini

Abdul Karim Abdul Jalil, 40, seorang Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pula memberitahu pengakuan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang dibuat di hadapannya pada 3.50 petang, 17 September 1998 adalah secara sukarela tanpa ugutan, paksaan, pujukan atau janji.Klik di sini

Dr. Mohd. Fadzil, 48, seorang ahli psikiatri, memberitahu bahawa adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja pernah mendapatkan rawatan di kliniknya, Pakatan Medik, Lot 354, Tingkat 2, di Pusat Membeli-Belah Ampang Park, Jalan Ampang pada 10 November 1994.

Dr. Mohd. Fadzil berkata, daripada pengamatan dan pemeriksaannya, beliau mendapati Sukma menderita penyakit 'depression'. Ketika ditanya lanjut Karpal yang mewakili peguam Sukma meminta kebenaran mahkamah mendengar perbicaraan secara tertutup. Para wartawan yang meliputi kes itu dan orang awam termasuk ahli keluarga Anwar dan Sukma diarahkan keluar dari mahkamah.Klik di sini

Seorang lagi doktor, Dr. Abel W.K. Arumugam, pakar bedah di Pusat Perubatan Subang Jaya pula mendedahkan Sukma pernah datang menemuinya sebagai pesakit pada bulan Jun 1997.

Dr. Abel berkata, beliau telah memeriksa Sukma dan menasihatkannya supaya menjalani pembedahan kerana mengalami koyak (fissure) dan pendarahan (haemorrhage) di bahagian duburnya. Menurutnya Sukma dibedah pada 21 Jun 1997.Klik di sini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd. Haniff Omar memberitahu Mahkamah Tinggi, Anwar menjalin hubungan intim 'berunsur seks' dengan dua orang warga negara asing pada tahun 1993.

Seorang daripadanya, Munawar Annes, rakyat dari Pakistan dan mempunyai taraf penduduk tetap (PR) Amerika Syarikat.

Menurut Haniff, beliau juga memberitahu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 9 Oktober 1993 tentang kebimbangannya andainya Anwar yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kewangan terdedah kepada tindakan peras ugut.

Bagaimanapun, menurut Haniff, Perdana Menteri (PM) tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap maklumat yang disampaikan kepadanya.

Ekoran pendedahan maklumat itu, Anwar telah menghantar wakilnya Datuk Andrew Leong untuk menyampaikan pesan kepada Tun Haniff bahawa beliau ingin berjumpa dengan bekas Ketua Polis Negara itu di kediamannya, pada waktu Subuh keesokannya.

Haniff memberitahu, selepas itu beliau pergi ke rumah Anwar di No. 8 Jalan Setiamurni, Bukit Damansara sebagaimana yang diminta dan Leong yang membuka pintu dan mempelawanya masuk. Klik di sini

Semasa bertemu dengan Anwar, Haniff berkata, Anwar bertanya sama ada sudah ramai pegawai yang mengetahui perkara yang disampaikan kepada PM. Dalam perbulana itu Anwar bertanya kepada Haniff adakah maklumat itu bertujuan untuk memblack mail dirinya. Haniff berkata bukan soal black mail, tetapi sepatutnya Anwar menghentikan perbuatan terkutuk itu. Klik di sini

Senior Asistan Komisioner 1 Musa Hassan mendedahkan dalam afidavitnya di mahkamah berkenaan pengakuan Datuk S. Nallakaruppan bahawa dia memperkenalkan tiga orang wanita bernama Ann, Syarifah dan Norlela kepada Anwar.

Norlela ialah pekerja di butik milik Sukma Darmawan Sasmitaat Madja di Hotel Hilton, manakala Ann dan Sharifah diperkenalkan oleh Nallakaruppan. Anwar bertemu ketiga-tiga wanita itu di apartmen di Tivoli Villa,di mana Anwar mempunyai kunci apartmen tersebut yang diberi oleh seorang yang bernama T.K Lim dan Nallakaruppan secara peribadi.Klik di sini

Dalam afidavit itu juga Nalla mengakui Anwar mempunyai hubungan dengan Shamshida Taharin. Kata Nallakaruppan, pada hari sepatutnya mereka menjemput Shamsida, Anwar lazimnya menghubungi wanita itu melalui telefon terlebih dahulu. Shamsida akan menunggu di kompleks membeli belah Bangsar, Nalla akan mengambilnya dan meninggalkan pasangan itu di coffee house Tivoli Villa, dan datang semula selepas 45 minit kemudian. Klik di sini

Saksi utama pendakwa, Azizan Abu Bakar,38 memberitahu Mahkamah Tinggi tentang beliau diliwat oleh Anwar adalah suatu kebenaran. Beliau yang merupakan bekas pemandu peribadi isteri Anwar telah menceritakan secara terperinci kejadian liwat itu dalam perbicaraan tertutup.

Azizan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar sebanyak 10 hingga 15 kali sejak tahun 1992, di Hotel Holiday Villa dan Hyatt Saujana Subang, serta di sebuah bilik tetamu di kediaman rasmi bekas Timbalan Perdana Menteri.

Beliau juga membuat pendedahan bahawa Anwar meliwatnya buat kali pertama di sebuah banglo di Port Dickson, Negeri Sembilan. Semua kejadian itu berlaku sebelum beliau diliwat di apartmen mewah Tivoli Villa, Bangsar.Klik di sini

Mahkamah juga turut diberitahu tentang sejarah hubungan 'keluarga angkat' di antara Anwar dan Sukma. Sukma berkata, dia dilahirkan pada 25 Jun 1961 di Jakarta, Indonesia, dan merupakan anak yang ke-11 daripada 12 orang adik-beradik.

Menurut Sukma, dia dihantar oleh bapanya berhijrah ke Malaysia pada bulan Februari 1977 dan memulakan persekolahannya di Yayasan Anda di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Sukma menyatakan, dia memperoleh Sijil Tinggi Persekolahan (ketika itu dikenali sebagai Higher School of Certificate) pada 1990. Walau bagaimanapun dia mengaku bahawa di antara tahun 1980 hingga 1983, dia tidak bersekolah.

Sukma memberitahu, dia menetap di rumah bapa angkatnya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, iaitu bapa Anwar, di Petaling Jaya sejak berhijrah ke negara ini.

Menurut Sukma lagi, segala perbelanjaan persekolahannya ditanggung oleh bapa Anwar.

Menurut Sukma lagi, dia mula menceburkan diri secara serius dalam urusan perniagaan dengan membuka sebuah syarikat pada pertengahan 1991.

Sukma turut mengakui bahawa dia mempunyai tiga buah kereta mewah - sebuah jenis BMW 523i dan dua Mercedes Benz model C280 dan 300S. Kereta BMW miliknya itu didaftarkan dengan nombor pendaftaran WGG 23 manakala dua buah Mercedes itu bernombor WDS 25 dan WDN 2.

Selain itu, Sukma menyatakan dia memiliki sebuah pangsapuri bernombor 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar yang dibelinya dengan harga lebih kurang RM400,000 pada penghujung tahun 1992. Dia juga turut mengakui menerima sumbangan wang daripada Anwar sebanyak RM100,000 untuk mengubahsuai pangsapurinya itu. Klik di sini dan Klik di sini

Dalam laporan keputusan bertulis Hakim Datuk Ariffin Jaka, yang dikeluarkan pada 30 April 2001, setebal 206 halaman itu, beliau memberikan 10 sebab beliau menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Anwar dan enam tahun ke atas Sukma.

Antara sebab mereka didapati bersalah ialah kerana;

1. Pembelaan alibi kedua-dua tertuduh tidak meliputi keseluruhan Januari hingga Mac 1993 seperti yang dicatatkan dalam tuduhan. Pembelaan alibi mereka hanya meliputi dari 4 Februari hingga 31 Mac 1993 dan oleh itu, ia gagal.

2. Pembelaan kedua-dua tertuduh bahawa mereka tidak pernah ke Tivoli Villas pada jam 7.45 malam di antara Januari dan Mac 1993 juga gagal berdasarkan keterangan Azizan yang diterima mahkamah sebagai benar dan boleh dipercayai.

3. Pembelaan konspirasi untuk mengada-adakan bukti gagal dibuktikan dengan keterangan yang boleh diterima pakai dan meyakinkan.

4. Pengakuan Sukma Darmawan dibuat secara sukarela.

5. Kebenaran pengakuan itu (Sukma) berjaya dibuktikan terhadap kedua-dua tertuduh.

6. Terdapat sokongan keterangan Azizan.

7. Kewibawaan Azizan diterima mahkamah.

8. Sukma Darmawan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes bersubahat dengan Anwar. Terdapat cukup bukti dia bersubahat dengan Anwar melakukan perbuatan liwat ke atas Azizan.

9. Keputusan mahkamah bahawa keterangan pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan kes pendakwaan.

10. Mahkamah juga mendapati pendakwa berjaya membuktikan kesnya mengatasi keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh..

Ariffin berkata, Anwar dan Sukma Darmawan disabitkan kesalahan meliwat Azizan kerana mereka gagal membuktikan pembelaan alibi yang mereka kemukakan kepada mahkamah. Klik di sini



Baca selanjutnya..