Saturday, October 30, 2010

Zaid Ibrahim Timbalan Presiden, mesej besar ahli PKR kepada Anwar ?

Ramalan yang mengatakan Azmin Ali, anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menang mudah Timbalan Presiden PKR ternyata meleset, apabila pengiraan undi pada hari pertama dan kedua pemilihan PKR memperlihatkan Zaid Ibrahim mendahului dua pesaing lain, iaitu Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub.

Meskipun sebelum ini, Azmin disokong penuh oleh Penasihat Umum, Anwar Ibrahim dan Zaid sering dikambinghitamkan dan dilabel pengkhianat kepada perjuangan 'reformasi Anwar', namun bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus menerus disokong oleh ahli-ahli PKR.

Menurut Malaysiakini, berdasarkan keputusan tiga cabang - Indera Mahkota, Teluk Kemang, Arau - yang diperoleh setakat jam 7.00 petang ini, Zaid berjaya menambah 129 undi menjadikan keseluruhan undi yang diterimanya sejak semalam adalah sebanyak 706.

Manakala pesaingnya, Azmin ali mendapat tambahan 105 (keseluruhan 477) dan Mustaffa Kamil Ayub, keseluruhannya 67 undi.

"Nampaknya apa yang dikehendaki oleh ahli-ahli PKR, tidak sama dengan apa yang dikehendaki oleh penasihat PKR", kata sumber dalaman PKR.

"Jika trend ini berterusan sehingga ke hari akhir pengundian dan Zaid dinobatkan sebagai Timbalan Presiden yang baru, Anwar perlu menilai semula strateginya ke atas PKR selama ini. Mesej amat besar kepada Anwar, bukannya kepada Azmin", kata sumber itu lagi.

Sebelum ini AIDCNews pernah mendedahkan blog pro PAS yang sebelum ini dilihat pro Anwar Ibrahim mengubah sokongannya kepada Zaid Ibrahim. Blog yang dimaksudkan itu adalah Blog Kelab Greenboc (GB), salah satu daripada rangkaian web TKO (Tranung Kite Online), yang mengkritik Anwar Ibrahim dalam postingnya bertajuk " Azmin dan Saifuddin, Mengata Dulang Paku Serpih". Klik di sini

Blog itu menemplak Azmin dan Saifuddin Nasution yang mengkritik Zaid yang didakwa membawa bahasa UMNO ketika menyerang Anwar Ibrahim.

Ketika menemplak Azmin itu, blog itu melakukan serangan keras ke atas Anwar Ibrahim.

"dan mastermind pemilihan adalah Penasihat PKR (itu) sendiri yang dulunya sengsara di penjara kemudian, Allah melepaskan, kemudian melakukan hal yang tak senonoh lagi..", tulis blog itu.

Menurut blog GB, salah satu budaya tidak senonoh yang dilakukan Anwar 'berjoget tarian India bersama Dato Nalla' semasa pilihanraya kecil Ijok yang menimbulkan fitnah besar terhadap Islam dan hubungan kerjasama antara PAS dan PKR.

"Ada banyak lagi yang sebenarnya boleh GB dedahkan di sini, namun ini bukan ruang yang sesuai untuk membalas segala serangan Azmin, Sivarasa, Saifuddin dan sekalian komrad Anwar. GB serahkan kepada Allah sendiri untuk mendedahkannya yang GB tahu apabila Dia mendedahkannya sendiri, tentu lebih parah lagi nanti", tulisnya lagi.

Menurut tinjauan rambang AIDCNews terhadap blog-blog pro PAS yang berpengaruh di internet, trend yang ditulis oleh Blog Kelab Greenboc ini hampir menyeluruh tidak kira blog itu dilabel pro Erdogan atau pro ulama selama ini.

Trend terbaru, blog pro Erdogan dan Ulama, kedua-duanya pro Zaid Ibrahim berbanding dengan Azmin Ali yang dilihat sebagai proksi kepada Anwar Ibrahim.

Baca selanjutnya..

Wednesday, October 27, 2010

Taktik Karpal pancing dokumen lengkap hospital gagal

Kehadiran Peguam Utama Karpal Singh petang tadi untuk mendapatkan dokumen lengkap laporan tiga doktor yang memeriksa saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008 menemui kegagalan apabila mahkamah memutuskan dokumen-dokumen tersebut tidak perlu dibekalkan kepada pihak pembela.

Pada 25 Oktober lalu, semasa Karpal menyoal balas Dr. Razali Ibrahim, pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur (HKL), Karpal bertanya sebelum ketiga-tiga doktor membuat laporan rumusan, ada atau tidak laporan yang lebih terperinci yang telah dibuat sebelum ini.

Dr Razali menjawab ya. Menurutnya laporan rumusan hasil gabungan daripada ketiga-tiga doktor dibuat pada 13 Julai 2008, manakala laporan yang lebih terperinci yang dibuat secara berasingan adalah pada 28 Jun 2008.

Justeru itu, Karpal memohon laporan doktor bertarikh 28 Jun kepada Dr Razali dikemukakan kepada mahkamah. Pakar bedah am HKL itu berkata beliau tidak membawa bersama dengannya kerana laporan rumusan yang dibuat pada 13 Julai 2008 telah pun diserahkan ke mahkamah.

Dalam prosiding petang tadi, sekali lagi Karpal membangkitkan persoalan laporan terperinci 28 Jun kepada Dr Razali.

Menyedari taktik Karpal untuk memancing dokumen itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah permohonan Karpal.

Hakim Zabidin meminta Karpal terus menyoalsiasat Dr Razali berhubung perkara lain yang tidak berkaitan dengan nota perbuatan itu.

Bagaimanapun, Karpal berkata, beliau tidak boleh meneruskan soal-siasat itu tanpa nota-nota berkenaan.

Kedua belah pihak berhujah mengenai perkara itu.

Selepas mendengar hujah Karpal dan Yusof, Hakim Zabidin akhirnya membuat keputusan beliau hanya membenarkan pemberian laporan perubatan yang bertarikh 10 Julai 2008.

Baca selanjutnya..

Batu Sapi : Tidak puas hati pemilihan calon PKR, bertumbuk di lapangan terbang

Kerana tidak puas hati dengan pemilihan calon PKR pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim, di parlimen Batu Sapi, penyokong-penyokong Ahmad Tamrin Jaini (Pengerusi PKR Sabah) bertumbuk dengan penyokong-penyokong Ansari Abdullah di lapangan terbang Sandakan Sabah.

Malaysiaaktif.com melaporkan sebaiak sahaja Anwar mengumumkan nama Ansari sebagai calon PKR, ramai penyokong-penyokong Ahmad Tamrin bertindak keluar Dewan Komunity Persatuan Hakka Sandakan, sebagai memprotes pemilihan calon itu, walaupun ketika itu Anwar masih berada di dalam dewan tersebut.


Anwar yang menyedari protes tersebut kemudiannya terus bergegas ke Lapangan Terbang Sandakan untuk segera kembali ke Semenanjung, namun kedua-dua penyokong kumpulan itu telah bertumbuk di lapangan terbang dengan disaksikan oleh Anwar sendiri.

Panggungopera.blogspot.com melaporkan Ahmad Tamrin sendiri tersungkur dipukul oleh orang-orang Ansari.

Yong Teck Lee, calon SAPP di Parlimen Batu Sapi pula berkata, "walaupun SAPP sudi berkawan dengan PKR dan BN, ia tidak bersedia untuk "berkahwin" dengan PKR.

"Kita boleh menjadi kawan tapi macam mana kita nak "berkahwin" dengan PKR sedangkan keluarga mereka sentiasa bergaduh.

Bolehkah kita berkahwin dengan keluarga yang selalu bergaduh?

"Lihat apa yang terjadi di lapangan terbang dua hari lalu apabila mereka bertumbuk sesama sendiri kerana merebut pencalonan," kata Yong.

"Adakah anda fikir Anwar Ibrahim akan menghormati orang-orang Sabah apabila mereka berkelakuan seperti ini?

"Adakah anda fikir Anwar akan menghormati kita pada masa depan apabila kita bergaduh sesama sendiri, hanya untuk mendapatkan pengesahan daripadanya?" soal Yong lagi seperti yang dilaporkan FMT.

Agendadaily.com pula mendedahkan terdapat strategi halus Anwar mencalonkan Ansari yang telah berkali-kali tewas dalam pilihanraya di Sabah, sedangkan Anwar mempunyai pilihan mencalonkan Tamrin yang lebih berpotensi untuk menang.

Rumus Agendadaily strategi halus Anwar itu adalah untuk memastikan kemenangan Yong Teck Lee dengan mengorbankan Ansari Abdullah yang dikenali sebagai muka bengis, keras kepala dan disukai oleh penduduk setempat.

"Hati-hati dengan pencaturan halus antara Anwar dengan Yong Teck Lee", tulis Agendadaily.
Baca selanjutnya..

Semalam Karpal disyaki denggi, hari ini cirit birit pula

Jika semalam, anak Karpal Singh, Ram Karpal memberitahu mahkamah ayahnya disyaki demam denggi, hari ini Sankara Nair memberitahu mahkamah Karpal cirit birit untuk mendapatkan penangguhan prosiding ke jam 2.00 petang ini.

Dengan alasan 'demam denggi' semalam, hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membenarkan penangguhan hingga ke hari ini dan dan sekiranya Karpal tidak dapat datang hari ini, hakim memerintahkan pasukan pembelaan supaya melantik peguam lain menggantikannya untuk sesi soal balas.

Pagi ini, sebaik sahaja prosiding mahu dimulakan, Sankara Nair memohon penanguhan hingga ke petang ini, kerana Karpal mahu hadir sendiri dalam sesi soal balas, meskipun masih lemah dan cirit birit.

Sankara juga turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa Karpal tidak mengalami demam denggi setelah mendapat keputusan ujian daripada pihak hospital. Bermakna Karpal hanya demam biasa dan boleh meneruskan tugasnya sebagai Ketua Peguam Bela Anwar.

Katanya, meskipun Karpal masih lemah dan dilanda cirit-birit pula, beliau akan datang ke mahkamah pada jam dua petang ini.

Sankara juga memberi jaminan jika Karpal tidak hadir petang ini, peguam lain akan menggantikannya untuk soal balas ke atas saksi-saksi tersebut.

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau tidak ada bantahan berhubung penangguhan itu tetapi berharap ia diteruskan pada waktu yang dijanjikan itu.

Hakim Zabidin kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga jam 2 petang ini.

Baca selanjutnya..

Tuesday, October 26, 2010

YB Zahrain persoal berapa kos Anwar bawa Saiful ke luar negara ?

KUALA LUMPUR - YB Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru membangkitkan di palimen semalam tentang berapakah kos perbelanjaan yang dilaburkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa Mohd Saiful Bukhari Azlan keluar negara.

"Saya ingin tahu siapa yang membiayai dan berapakah kos perjalanan ke luar negara Saudara Saiful Bukhari Azlan, seorang bekas pembancuh kopi YB Ketua Pembangkang yang sering mengiringi beliau ke luar negara?", katanya.

Yb Zahrain dimaklumkan Saiful pernah memberitahu mahkamah bahawa dia telah dibawa oleh Anwar ke Bangkok, Hong Kong dan Singapura. Semasa di luar negara, Saiful diberi layanan menginap di hotel lima bintang iaitu Dusit Tani Hotel (Bangkok), Royal Executive Suite, Kowloon (Hong Kong) dan Hotel Hilton (Singapura).

"Kenapa pembancuh kopi pun dipaksa mengiringi Ketua Pembangkang ke luar Negara? Mustahil tidak ada kopi atau pembancuh di Bangkok, Hong Kong dan Singapura"

"Kita nak tahu juga jika Ketua Pembangkang juga turut diiringi tukang kebun, tukang masak dan pembuat karipap, dan apakah jumlah kos sebenar perjalanan mereka ke luar negara", katanya lagi.

Dalam sidang parlimen itu juga Zahrain membangkitkan soal pembaziran yang dilakukan oleh Anwar dalam menghantar pasukan pemujuk kerajaan 16 September yang ternyata tidak membuahkan apa-apa hasil.

Pada 12 September 2008, Anwar telah menghantar 4 orang pemimpinnya sebagai pasukan pemujuk untuk mengekori ahli parlimen BN yang sedang mengadakan lawatan sambil kerja di Taiwan. 4 orang pemimpin PKR yang dihantar itu adalah Tian Chua, Elizaberth Wong, Saifuddin Nasution dan Fauziah Salleh.

"Saya masih tertanya-tanya duit siapa yang sebenarnya dibazir untuk menampung kos perjalanan agen-agen Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ini?

"Tujuan mereka ke Taiwan dan Hong Kong bukan untuk menarik pelaburan asing ke Negara kita atau mempermudahkan pelaburan kita di sana (tetapi) tujuan agen-agen tidak bermaruah ini ke Taiwan dan Hongkong ketika dibuai mimpi September 16 adalah dengan niat khianat untuk memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk berpaling tadah?







Baca selanjutnya..

Karpal Sakit, Prosiding ditangguhkan esok

Prosiding yang sepatutnya disambung hari ini terpaksa ditangguh sehingga esok kerana ketua peguam bela Anwar, Karpal Singh didakwa tidak sihat.

Perkara itu dinyatakan oleh salah seorang peguam bela Anwar, Ram Karpal pagi tadi di mahkamah. Ram Karpal adalah anak kepada Karpal Singh.

Ram Karpal memberitahu mahkamah, ayahnya tidak sihat dan disyaki mengidap deman denggi.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan penangguhan itu dan sekiranya Karpal tidak dapat datang esok, hakim memerintahkan pasukan pembelaan supaya melantik peguam lain menggantikannya untuk sesi soal balas.

Semalam prosiding ditangguhkan, sehingga hari ini bagi membolehkan pihak pendakwaan mengesan satu laporan perubatan awal yang didakwa telah dbuat di antara 28 Jun dan 13 Julai 2008.

Baca selanjutnya..

Monday, October 25, 2010

Batu Sapi : Protes berterusan kepada Anwar Ibrahim


Bantahan penyokong PR terhadap keputusan PKR bertanding di Batu Sapi menjadi isu utama, apabila mereka yang tidak berpuas hati mula menyerang twitter Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saufi3848 menempelak Anwar dengan soalan, "Kenapa tak kasi laluan kepada SAPP sahaja! 3 penjuru lebih berpihak kepada BN". Selepas itu pengunjung bernama azizanshaari pula menyoal dengan soalan hampir sama "kenapa pkr letak calon juga? Yong teck lee bkn sekutu pr ?".


hooikokhoe pula memarahi Anwar kenapa mempertaruhkan nasib PKR dengan melawan BN di Batu Sapi dengan bertanyakan soalan "DS, for the sake of winning in Bt Sapi against BN, pls support Datuk Yong fight BN.".


Pengunjung bernama hidayat_nurslan pula memberi pendapat "mngkin jgk pndngn mengenai SAPP ad benarnya. Mngkin jugak tidak?".


Bantahan ini dapat difahami apabila ramai daripada ahli PKR merasakan parti itu sendiri mengkhianati rakan sekutu mereka, SAPP di bawah pimpinan Yong Teck Lee.

Parti SAPP Sabah dikatakan antara parti yang mahu berkerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Kerajaan 16 September, Anwar Ibrahim pada 2008. Anwar pula memberi alasan SAPP sebenarnya bebas dan bukan sebahagian dari Pakatan Rakyat, malah menurut Anwar lagi, SAPP mahu kembali semula ke pangkuan BN.


Menurut laporan Sabahkini, bukan PKR sebaliknya calon PAS yang sepatutnya mewakili PR di Parlimen Batu Sapi. Hal ini berdasarkan persetujuan bersama sebelum PRU Ke-12 lalu.

Menurut sumber, Anwar menggunakan alasan PAS bertanding di Galas, jadi sewajarnya PKR mendapat hak bertanding di Batu Sapi. Klik sini.

Baca selanjutnya..

Soal balas Karpal terhadap Dr Razali ditangguh esok

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Perbicaraan kes liwat yang disambung semula hari ini, bermula dengan peguam Karpal Singh menyoal balas pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Razali Ibrahim.

Dr Razali juga mengesahkan bahawa doktor-doktor pakar yang memeriksa Saiful antara 28 Jun sehingga 13 Julai 2008 menyediakan laporan awal mengenai hasil pemeriksaan itu.

Ketika disoal balas oleh peguam utama Anwar Karpal Singh, doktor itu berkata, terdapat laporan awal yang memperincikan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful yang dibuat antara 28 Jun dan 13 Julai 2008.

Pada 13 Julai, Razali dan dua rakannya dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) - Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Siew Sheue Feng — telah menyatukan nota-nota pemeriksaan mereka ke atas Saiful — yang telah pun diketengahkan di mahkamah sebagai bukti kes.

Bagaimanapun Razali berkata beliau tiada laporan itu dengannya buat masa sekarang.

Prosiding ditangguhkan sehingga esok bagi membolehkan pihak pendakwaan mengesan satu laporan perubatan awal yang didakwa telah dbuat di antara 28 Jun dan 13 Julai 2008.
Baca selanjutnya..

Friday, October 22, 2010

Blogger pro PAS kritik Anwar Ibrahim

Blog Kelab Greenboc (GB), salah satu daripada rangkaian web TKO (Tranung Kite Online), semalam mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam postingnya bertajuk " Azmin dan Saifuddin, Mengata Dulang Paku Serpih" ekoran daripada serangan kedua tokoh PKR itu mengkritik Datuk Zaid Ibrahim yang didakwanya membawa bahasa UMNO apabila calon Timbalan Presiden itu menasihati PKR jangan semata-mata berjuang isu Anwar Ibrahim.

Zaid dalam blognya www.zaiduntukrakyat.com baru-baru ini menulis PKR jangan semata-mata memperjuangkan isu Anwar Ibrahim, sehingga tidak dapat membezakan antara perjuangan peribadi dengan kepentingan rakyat.

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu juga percaya Anwar sudah membariskan pasukan peguam yang terbaik untuk membelanya, jadi tidak perlu lagi, pihak-pihak lain yang beriya-iya menjadi pendokong utama.

Nasihat Zaid itu telah dikritik hebat oleh dua pemimpin kanan PKR, Azmin Ali, Naib Presiden dan Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung.

“Saya nak bertanya Zaid, mengapa beliau bercakap menggunakan bahasa Umno?” kata Azmin.

“Ini adalah kedudukan yang diambil Umno sejak hari pertama (Anwar dipecat pada) 1998, mengatakan bahawa Keadilan adalah parti yang hanya berpusatkan (kepentingan) Anwar,” katanya lagi yang mendapat pencalonan tertinggi bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Pendapat Azmin disokong oleh Saifuddin Nasution.

Ahli Parlimen Machang itu berkata partinya berdiri teguh bersama Anwar Ibrahim kerana pendiriannya tegas memperjuangkan keadilan sebagai simbolik terhadap matlamat yang lebih besar.

Mengulas kenyataan Azmin itu, blog kelab GB menulis kritikan Azmin seumpama mengata dulang paku serpih.Blog itu mendakwa budaya kempen dan taktik menyerang musuh politik secara habis-habisan yang dilakukan oleh Azmin saling tidak tumpah meniru budaya UMNO.Klik di sini

"dan mastermind pemilihan adalah Penasihat PKR (itu) sendiri yang dulunya sengsara di penjara kemudian, Allah melepaskan, kemudian melakukan hal yang tak senonoh lagi..", tulis blog itu.Klik di sini

Menurut blog GB, salah satu budaya tidak senonoh yang dilakukan Anwar 'berjoget tarian India bersama Dato Nalla' semasa pilihanraya kecil Ijok yang menimbulkan fitnah besar terhadap Islam dan hubungan kerjasama antara PAS dan PKR.

"Ada banyak lagi yang sebenarnya boleh GB dedahkan di sini, namun ini bukan ruang yang sesuai untuk membalas segala serangan Azmin, Sivarasa, Saifuddin dan sekalian komrad Anwar. GB serahkan kepada Allah sendiri untuk mendedahkannya yang GB tahu apabila Dia mendedahkannya sendiri, tentu lebih parah lagi nanti", tulisnya lagi.

Blog itu juga turut meletakkan foto tiga wajah, Azmin, Anwar dan Saifuddin yang disave sebagai '3beruk'. Foto itu juga membawa maksud tersendiri apabila menggambarkan Anwar Ibrahim berada di belakang Azmin Ali, dengan tangan Anwar yang sedang menarik atau menghulur fail yang dipegang oleh Azmin.

Manakala foto Saifuddin diletakkan berasingan daripada foto Azmin dan Anwar.

Sebagai menutup kritikan, blog itu memetik hadis dari Rasulullah SAW bersabda :

“Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…” -HR. Ahmad, dll.

Baca selanjutnya..

Thursday, October 21, 2010

Hantar laporan ke IPU : Mark Trowell sabotaj mahkamah Malaysia ?

Walaupun prosiding perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum sampai ke penghujungnya, tetapi pelbagai percubaan telah dilakukan oleh pihak yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Ketua Umum PKR untuk mensabotaj kes itu daripada diteruskan.

Di peringkat peguam bela Anwar, Karpal Singh berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan prosiding tersebut ditangguhkan selewat mungkin mengakibatkan kes yang bermula sejak 1 Julai 2009, tetapi sehingga ke hari ini, pihak pendakwa hanya mampu mengemukakan hanya 4 orang saksi. Daripada 4 saksi itu, Karpal hanya menyoal balas seorang saksi utama sahaja, manakala 3 saksi lain ditangguhkan lagi.

Manakala di peringkat antarabangsa pula, pelbagai desakan untuk menggugurkan kes dilakukan dari pihak yang berkaitan dengan Anwar, antaranya dari Paul Wolfowitz, Al Gore dan Richard Branson.

Hari ini Malaysiakini melaporkan; "Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dalam resolusi yang diluluskan pada mesyuarat lembaga badan itu 6 Oktober lalu mengecam perbicaraan liwat yang membabitkan Anwar.

"Resolusi itu adalah berdasarkan laporan daripada peguambela British - Mark Trowell yang memantau kes berkenaan dan mengemukakan laporan 24 muka surat kepada IPU. IPU mahu kes dihentikan", lapor Malaysiakini. Klik di sini

Kenyataan Mark Trowell dan IPU itu telah disangkal oleh Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar yang merumuskan kenyataan kedua-dua pihak itu mempunyai agenda tertentu yang disifatkan berusaha untuk campur tangan dalam urusan mahkamah Malaysia.

"Semakin jelas Mark Trowell bukan sekadar peguam pemerhati, tetapi menjadi propagandis di atas ketelusan mahkamah Malaysia membenarkannya menjadi peguam pemerhati. Siapa taja kedatangannya ke Malaysia. Kenapa terus buat laporan sedangkan prosiding masih belum tamat", soal Anuar ketika dihubungi AIDCNews.

"Ini bukan perkara baru campur tangan pihak luar menggangu sistem mahkamah Malaysia. Mark Trowell dan IPU sudah mengeluarkan kenyataan yang sama ketika Anwar dibicarakan pada tahun 1998", katanya.

Menurut bekas Setiausaha Sulit Anwar itu lagi, kenyataan Mark Trowell dan IPU itu membuktikan Anwar cukup terdesak dalam menghadapi kes liwatnya, sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak luar.

"Barangkali, inilah natijah daripada Sodomy Tour Anwar ke Eropah baru-baru ini", katanya lagi.

Pada 26 September lalu, Anwar telah melakukan siri penjelajahan ke luar negara melobi kuasa asing membantunya menggugurkan kes liwatnya.

Siri penjelajahan yang dikenali sebagai 'Sodomy Tour' itu bermula dari Jakarta (bersempena dengan Festival Filem Gay Jakarta); Brussel, menemui Kesatuan Parlimen Eropah; Berlin, menemui Majlis Hubungan Luar Jerman; London, menemui Amnesty International; New York, menemui Al Gore dan berakhir di Jakarta menemui kelompok Islam Liberal pada 11 Oktober lalu.

Semalam, AIDCReveal mempersoalkan motif kedatangan kedua-dua peguam pemerhati antarabangsa dalam kes liwat Anwar. Klik di sini

Lapor AIDCReveal : Kehadiran dua orang peguam pemerhati dari luar negara mengikuti perbicaraan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Malaysia menimbulkan satu persoalan menarik, siapakah mereka dan kenapakah mereka berminat untuk mengikuti perbicaraan tersebut ?

Mark Trowell merupakan peguam dari Queen Council for the Law Asia yang juga merupakan wakil Commonwealth Lawyer's Association (CLA) dan International Court of Justice (ICJ).

CLA dan ICJ bernaung di bawah PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) yang mendapat sponsor dari OSI (Open Society Institute) milik George Soros. Klik di sini dan di sini

Sebab itu tidak hairan Human Rights Watch(HRW), Amnesty International(AI), dan the International Commission of Jurists(ICJ) sentiasa menyokong kes liwat Anwar kerana organisasi-organisasi tersebut berpunca dari penajaan yang sama, George Soros. Klik di sini

Anwar Ibrahim pula dianggap 'Golden Boy' (Anak Emas) Soros dalam ICG (International Crisis Group) yang menyokong tokoh homoseksual menjadi tokoh penting negara. Klik di sini dan di sini

Seorang lagi peguam pemerhati adalah Jennifer Robinson daripada International Bar Association Human Rights Institute(IBAHRI) yang organisasi badan peguam untuk Hak Asasi yang ditaja oleh Soros. Klik di sini

Robinson juga merupakan peguam Pro Bono (Solicitors Pro Bono Group) dari Finers Stephens Innocent (FSI) yang merupakan satu firma undang-undang berkebajikan berpengkalan di London. FSI ini juga mempunyai kaitan rapat dengan Soros. Klik di sini

Dan selepas ini setelah berpenat lelah mengikuti prosiding yang tertangguh-tangguh, Mark Trowell dan Jennifer Robinson lapor kepada siapa ? , soal AIDCReveal.

Apa itu IPU ?

IPU atau Inter-Parliamentary Union yang ditubuhkan pada tahun 1889 merupakan organisasi yang terletak di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Berpengkalan di Geneva, Switzerland, IPU menggabungkan kumpulan demokratik dan Liberal International Kesatuan Eropah untuk memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia.Klik di sini

Selain memperjuangkan kes Anwar yang dituduh melakukan aktiviti homoseksual di Malaysia, IPU juga memperjuangkan kes Makvan Mouloodzadeh, seorang pemuda yang dihukum mati kerana melakukan aktiviti homoseksual di Iran.Klik di sini

"Di Iran, kami tidak membenarkan aktiviti homoseksual seperti di negara anda", kata Mahmoud Ahmadinejab, Presiden Iran menjawab kritikan-kritikan pihak luar negara.

IPU juga turut dikaitkan dengan George Soros apabila Yayasan Soros, Open Society Institute (OSI) sering berkerjasama dengan badan itu dalam memperjuangkan isu golongan penghidap AIDS dan LGBT(lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Klik sini dan sini.

Baca selanjutnya..

Saturday, October 16, 2010

AMK serah memorandum TAUBAT, desak Anwar letak jawatan

PULAU PINANG - AMK Pulau Pinang dan Perak hari ini telah menyerahkan Memorandum TAUBAT kepada Rauf Imran Ketua Jawatankuasa Pemilih PKR di sini untuk diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR.

Nur IImi Ismail, dari Cabang PKR Bayan Baru yang menjadi ketua kumpulan AMK yang menyerahkan memorandum hari ini berkata Anwar telah menjadi liabili kepada parti kerana kes liwatnya yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Memorandum TAUBAT merujuk kepada kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar di Mahkamah Tinggi. Liwat merupakan satu aktiviti seks luar tabie antara lelaki dengan lelaki yang bercanggah dengan Islam dan undang-undang di negara ini.

"Bertaubatlah dengan segera demi menjaga martabat perjuangan parti. Namun sekiranya Anwar enggan bertaubat setelah pendedahan demi pendedahan dibongkarkan, beliau perlu meletak jawatan dengan kadar segera" kata Nur IImi membacakan kandungan meorandum itu.

"PKR memerlukan pemimpin yang dapat dapat memberi perhatian penuh terhadap perjuangan parti bagi meneruskan kesinambungan PKR untuk menghadapi PRU 13", katanya lagi.

Memorandum itu mendesak Anwar meletak jawatan kerana beliau tidak mampu menguruskan parti disebabkan kesibukannya dengan urusan peribadi di mahkamah.

"PKR tidak mahu pemimpin yang sibuk dengan masalah peribadi yang berselindung di sebalik parti untuk mengelak tindakan undang-undang", katanya.

Nur Ilmi hadir bersama 60 orang ahli PKR menyerahkan memorandum 2 muka surat, jam 11.30 pagi tadi.

Baca selanjutnya..

Friday, October 15, 2010

Saiful diliwat Anwar sebanyak 8 kali

KUALA LUMPUR - Dr Siew Sheue Feng, Ahli patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) saksi ketiga pendakwa memberitahu Mahkamah Tinggi semalam bahawa semasa merekodkan sejarah perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008, mangsa itu memberitahunya bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak 8 kali sejak dua bulan dari tarikh tersebut dan kali terakhir pada 26 Jun 2008, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang.

Menurut keterangan Saiful sebelum ini, dia berkerja dengan Anwar bermula pada Mac 2008 dan menghantar notis pemberhentian kerja melalui email pada 27 Jun 2008.

"Selepas Mohd Saiful memberitahu dia diliwat sebanyak lapan kali dan kejadian terakhir pada 26 Jun 2008, saya bertanya kepadanya sama ada kondom telah digunakan, Mohd Saiful menjawab tidak, tapi katanya bahan pelincir telah digunakan,saya tanya sama ada berlaku sebarang penetrasi(kemasukan) dan dia jawab ya. Saya tanya sama ada berlaku ejakulasi(pancutan air mani) dan dia jawab ya. Saya tanya sama ada sebarang paksaan digunakan dan dia jawab tiada" kata Dr Siew.

Pada peringkat ini, Karpal Singh, ketua peguambela Anwar mencelah meminta mahkamah membuang perkataan "8 kali".

Datuk Nordin Hassan, Timbalan Pendakwa Raya, yang bertanggungjawab menyoal saksi ketiga itu memberitahu bukan niat pihak pendakwa mahu menambahkan bukti, tetapi untuk bersikap telus memberitahu semua maklumat yang disebut oleh Mohd Saiful semasa Dr Siew memeriksa sejarah perubatan mangsa itu

Karpal berhujah lagi, dalam permohonannya terdahulu mahkamah telah membenarkan pengguguran perkataan 'kali terakhir' dalam laporan polis Mohd Saiful.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju dengan Karpal untuk mengeluarkan perkataan "8 kali" daripada nota prosiding.

Pada 13 Mei lalu, Mohd Saiful ketika disoal balas Karpal memberitahu mahkamah bahawa dia turut diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.Klik di sini

Ketika itu Karpal tidak membantah keterangan saksi utama itu.

Baca selanjutnya..

Thursday, October 14, 2010

Anwar liwat Saiful guna pelincir tanpa pakai kondom

KUALA LUMPUR: Ahli patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa semasa merekodkan sejarah perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun, 2008, mangsa itu memberitahu bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dua bulan sebelum tarikh itu, tanpa menggunakan kondom.

Dr Siew berkata Mohd Saiful memaklumkan kepadanya bahawa Anwar tidak menggunakan kekerasan terhadapnya dan menggunakan bahan pelincir (KY Jelly) semasa proses meliwat itu.

"Selepas Mohd Saiful memberitahu dia diliwat, saya bertanya kepadanya sama ada kondom telah digunakan, Mohd Saiful menjawab tidak, tapi katanya bahan pelincir telah digunakan," kata Dr Siew

Doktor itu berkata beliau membuat keputusan secara konklusif berdasarkan keputusan empat sapuan yang diambil dari bahagian dubur Mohd Saiful semasa pemeriksaan perubatan pada 28 Jun, 2008, beliau mengesahkan bahawa telah berlaku penetrasi alat kelamin lelaki.

"Berdasarkan laporan itu dan mengetahui lokasi tempat sampel itu diambil, sekarang saya boleh mengesahkan bahawa telah berlaku penetrasi alat kelamin lelaki," kata Dr Siew, 40, saksi ketiga, pakar forensik yang berpengalaman mengendalikan antara 200 dan 300 kes forensik dan menyelia 20 kes liwat.

Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, sama ada liwat boleh berlaku tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan pada kawasan dubur mangsa, Dr Siew berkata perkara itu boleh berlaku sekiranya bahan pelincir digunakan atau kejadian itu lewat dilaporkan kepada doktor.

"Ini berkemungkinan terjadi apabila perbuatan itu tidak melibatkan kekerasan atau sanggahan," kata Dr Siew.

Seterusnya, saksi keempat pendakwa, Dr Khairul Nizam Hassan, pakar penjagaan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), turut memberi keterangan di mahkamah hari ini.

Dr Khairul Nizam berkata penetrasi (proses kemasukan) alat kelamin lelaki telah berlaku berikutan penemuan air mani lelaki pada bahagian 'periannal, low rectal dan highrectal' Mohd Saiful.

Dalam keterangannya, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau telah membuat pemeriksaan fizikal terhadap Mohd Saiful, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar menangguhkan pemeriksaan balasnya terhadap tiga doktor itu kepada 25 Oktober.

Sebelum ini, Karpal juga turut menangguhkan pemeriksaan balas Dr Mohd Razali Ibrahim, pakar bedah HKL.

Pada 3 Jun lalu, Dr Razali merumuskan walaupun ketiadaan koyakan, tetapi kewujudan air mani di dubur mangsa (Mohd Saiful) sudah memadai untuk merumuskan wujudnya penetrasi (tembusan).

Prosiding hari ini sepatutnya diteruskan dengan pemeriksaan balas Karpal terhadap Dr Razali, namun setelah perbincangan di Kamar Hakim di antara pihak pendakwa dan pihak penguambela, akhirnya kedua-dua pihak bersetuju pemeriksaan balas ke atas Dr Razali ditangguhkan lagi tetapi disambung dengan keterangan saksi ketiga, Dr Siew Sheue Feng dan saksi keempat,Dr Khairul Nizam Hassan.

Sebelum, Dr Siew memberi keterangan, Karpal berusaha mengalihkan topik dengan memberitahu mahkamah bahawa beliau akan mengusulkan prosiding menghina terhadap individu tertentu (Rahimi) berhubung kenyataan yang dibuat kepada media.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah meluluskan permohonan Karpal untuk memfailkan permohonan rasmi bagi mendapatkan prosiding menghina mahkamah.



Baca selanjutnya..

Wednesday, October 13, 2010

Rasid Rosdi, bekas pembantu Anwar buat laporan polis

SHAH ALAM - Rasid Rosdi, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim tengahari tadi muncul membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Shah Alam kerana mendakwa dirinya dipaksa menandatangani satu akuan bersumpah palsu sama seperti yang pernah dilakukan kepada Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Ketua Umum PKR.

Pada 6 Oktober lalu, Rahimi telah membuat laporan polis di IPD Klang mendakwa dirinya telah dipaksa oleh dua peguam Anwar bernama Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli menandatangani Akuan bersumpah palsu berkaitan dengan kes liwat Ketua Umum PKR itu. Klik di sini

Selepas Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar, membuat laporan pada 28 Jun 2008, Rahimi dan Rasid dihubungi untuk datang berjumpa Anwar di Quality Hotel. Selepas berjumpa dengan Ketua Umum PKR itu, kedua-dua mereka turut ditahan selama 5 hari, 4 malam di hotel itu.

"Di situ saya ditahan beberapa hari dan dikawal 24 jam, saya dipaksa menandatangani akuan bersumpah yang walaupun saya tidak bersetuju dengan kandungannya", beritahu Rasid dalam emailnya kepada AIDCNews.

Dalam laporan polis yang dibuat tengahari tadi, Rasid mengaku telah dieskpoitasi oleh peguam Anwar bernama Latheefa Koya, menandatangani akuan itu setelah mengetahui status dirinya sebagai bekas banduan dan tidak berpelajaran tinggi.

"Selama 3 tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan Akuan Bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut", kata Rasid

"Apabila melihat rakan saya, Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut", katanya lagi.

Dalam laporan polis itu juga Rasid mengakui mengenali Anwar sejak sama-sama berada di dalam penjara Sungai Buloh, kemudian setelah dibebaskan, diambil bekerja sebagai Pembantu Am di kediaman peribadi Ketua Umum PKR dan seterusnya dipindahkan ke Pejabat Seksyen 16, Petaling Jaya.

Kenyataan penuh Rasid Rosdi

Saya Rasid Rosdi hari ini telah membuat satu laporan polis pada jam 12.30pm (13 Oktober 2010) di Balai Polis IPD Shah Alam.

Laporan ini berhubung dengan satu akuan bersumpah yang pernah saya tandatangani secara paksa dan dibawah tekanan pada tahun 2008. Akuan bersumpah yang saya tandatangani tersebut saya percaya adalah terbabit dengan kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2008.

Saya telah mengenali DSAI semenjak berada di dalam penjara lagi dan kemudian bekerja dengannya sebagai Pembantu Am di kediaman dan kemudiannya di Pejabat DSAI.

Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah bekas Setiausaha kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman.

Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya menurunkan tandatangan ke atas satu Akuan Bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat Akuan Bersumpah tersebut.

Saya juga TIDAK BERSETUJU dengan apa kandungan Akuan Bersumpah tersebut. Latheefa tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai Akuan Bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus.

Malah, saya sendiri tidak pernah melantik Latheefa sebagai peguam saya.

Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya menceritakan kepada saya apa sebenarnya Akuan Bersumpah itu, tetapi apabila dia tidak berbuat demikian, saya juga turut rasa ditipu.

Sebagai seorang peguam, Latheefa tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia.

Saya menurunkan tandatangan ke atas Akuan Bersumpah itu kerana risaukan keselamatan diri saya dan keluarga saya. Melihat bahawa saya telah ditahan di Quality Hotel dan dikawal rapi 24 jam. Serta beberapa insiden buruk berlaku di Quality Hotel, saya terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka.

Selama hampir 3 tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan Akuan Bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.

Akhirnya apabila melihat rakan saya Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut.

Saya juga telah membuat satu Akuan Bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar. Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ianya boleh menggangu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah.

Saya amat kecewa dengan tindakan ini. Beberapa peguam DSAI yang cuba melindungi kebenaran. Mereka sanggup mengadai masa depan dan maruah saya untuk kepentingan mereka sendiri.

Baca selanjutnya..

Tuesday, October 12, 2010

Apa mesyuarat sulit Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di Indonesia ?


Semalam , 11 Oktober Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali berada di Jakarta untuk memberi ucapan bertajuk "Kebebasan Dan Musuh-Musuhnya" di Galeri Salihara, Jakarta yang dimiliki oleh Komunitas Salihara.

Lawatannya selepas kembali dari 'Sodomy Tour' di Eropah kali ini turut diiringi oleh Azmin Ali, salah seorang calon Timbalan Presiden dan Yusmadi Yusof, Pengarah Pemantau Pemilihan PKR, Yusmasi Yusof. Klik sini.

Dalam ucapannya yang bertemakan "Kebebasan" itu, Anwar menekankan kebebasan individu adalah prasyarat utama sebuah negara Demokrasi.

Setiap individu itu mesti dijamin untuk menjalankan hak-haknya, misalnya kebebasan berpendapat (freedom of expression ) dan beragama (freedom of religion/conscience), tanpa perlu disekat pemerintah dan individu lain. Sekatan terhadap kebebasan individu merupakan ancaman terhadap demokrasi.

Menurut twitter kominiti salihara, ucapan Anwar menyentuh mengenai kebebasan, pluralis dan minoriti.Klik di sini

Menurut Anwar kebebasan adalaha sesuatu yangg tidak boleh dikompromi, termasuklah kebebasan beragama, keyakinan dan ekspresi.

Dalam kes Kartika Sari Dewi Sukarno, model sambilan yang dihukum rotan akibat meminum arak secara terbuka oleh Mahkamah Syariah, Anwar menegaskan, beliau menentang sekeras-kerasnya hukuman tersebut.

"Islam yang mengekang kebebasan adalah Islam yang usang dan jumud, saya tidak sokong" kata Anwar.

Anwar juga turut mengaku membaca novel-novel Salman Rushdie(penulis Satanic Verses) yang menghina Nabi Muhamad SAW, dan beliau menegaskan menolak hukuman mati yang difatwakan ke atasnya oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, pemimpin agung Iran.

Menurut Anwar lagi
Kebebasan adalah fitrah, setiap manusia dilahirkan untuk mengecapi kebebasan,dan ia merupakan hak asasi manusia.

Komunitas Salihara adalah nama lain kepada Komunitas Utan Kayu yang ditubuhkan oleh Goenawan Mohamad, pengasas majalah Tempo dengan kerjasama Institut Studi Arus Informasi (ISAI), Galeri Lontar, Teater Utan Kayu (TUK), Kantor Berita Radio 68H, dan Jaringan Islam Liberal(JIL).Klik di sini




Kehadiran Anwar ke Indonesia dianjurkan oleh rakan baik Anwar yang juga tokoh Islam Liberal Indonesia, Goenawan Mohamad. Majalah itu sering mempromosi imej positif Anwar di Indonesia. Komunitas Utan Kayu atau Komunitas Salihara tempat Anwar memberi ucapan semalam itu turut dimiliki olehnya.





Komunitas Salihara atau Komunitas Utan Kayu



Tenaga penggerak Komunitas Salihara terdiri daripada Goenawan Mohamad, Ayu Utami, Eko Endarmoko, Hasif Amini, Mohamad Guntur Romli, Tony Prabowo daln lain lain. Klik di sini

Ayu Utami adalah aktivis penulis LGBT (Lesbian, Gay, Biskesual dan Transgender) Indonesia, manakala Mohamad Guntur Romli merupakan aktivis penulis Islam Liberal Indonesia.Klik di sini


Bermakna prinsip kebebasan yang diperjuangkan oleh Komunitas Salihara merangkumi kebebasan beragama (freedom of religion/conscience) seperti yang diperjuangkan oleh Jaringan Islam Liberal (JIL) yang mengeksploitasi ayat Al Quran untuk menghalalkan aktiviti homoseksual dan LGBT.

Komunitas Salihara juga merupakan pusat pembelaan LGBT Indonesia, di mana di tempat itu diadakan diskusi-diskusi LGBT untuk memahamkan rakyat Indonesia menerima pelakuan seksual songsang golongan minoriti itu. Klik di sini

Pada tahun lepas, Komunitas Salihara pernah menjadi tuan rumah kepada Festival Filem Q (Festival Filem Queer atau Festival Filem Gay Indonesia) yang dibantah keras organisi Islam Indonesia pada tahun ini.Klik di sini


Ening Nurjanah



Ening Nurjanah salah seorang Pengurus Komunitas Salihara merupakan tulang belakang penganjuran Festival Filem Q yang dilantik sebagai Anggota Dewan Qmunity daripada tahun 2007 sehingga kini.Klik di sini

Selain itu Komunitas Salihara turut mengadakan diskusi tentang masa depan Gay Indonesia serta melancarkan buku bertajuk "Gay Archipelago: Seksualitas dan Bangsa di Indonesia". Klik di sini

Dalam buku ini, Tom Boellstorff (Penulis buku) menyorot sejarah homoseksual di Indonesia yang berkaitan dengan cinta, hasrat,dan dan pernikahan serta menyarankan peranan media masa, kerajaan dalam mengiktiraf komuniti gay dan lesbian.

Diskusi ini turut dihadiri oleh tokoh-tokoh homoseksual Indonesia iaitu Dédé Oetomo, (aktivis Gay,pengasas organisasi Gay terbesar di Indonesia, GAYa NUSANTARA),Ayu Rai Laksmini (Bonnie), (publisiti dan pengasas Indonesian Lesbian Forum), Heru W Susanto (PhD dari National University of Singapore dan aktivis HAM (Hak Asasi Manusia)dan John Badalu (pengasas Qmunity, penyelenggara Q Film Festival). Klik sini.

Komunitas Salihara juga turut tersenarai dalam SOROS CENTRE FOR CONTEMPORARY ART dengan kerjasama Hivos, organisasi Pembangunan yang menaja gerakan-gerakan homoseksual di seluruh Asia.Klik di sini, di sini, sini.

Disebabkan lambakan fakta ini apakah tidak menghairankan jika tersebar berita Anwar menghadiri Festival Filem Gay Indonesia minggu lalu kerana terang-terangan ia dianjurkan oleh rakan baiknya di Indonesia?



Baca selanjutnya..

Thursday, October 7, 2010

Lobi Liwat Antarabngsa : Anwar Minta Bantuan Amnesty International



Pada 3 Oktober lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Amnesty International, (AI) sebuah organisasi hak asasi antarabangsa yang ditubuhkan di London dan mempunyai cawangan di seluruh dunia.

Pertemuan tertutup itu dipercayai untuk membincangkan strategi yang perlu dimainkan oleh organisasi hak asasi antarabangsa itu khususnya membantu dalam melobi kuasa-kuasa antarabangsa mendesak Malaysia mengugurkan kes liwat Anwar.

Peranan yang selalu dimainkan oleh AI adalah menyediakan laporan-laporan dari sudut hak asasi manusia kepada media-media dan tokoh-tokoh strategik antarabangsa.

Pada AI, mendiskriminasi atau menghukum golongan homoseksual adalah bercanggah dengan dengan hak asasi manusia. Oleh sebab itu menjadi tanggungjawab AI untuk melindungi golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) untuk menikmati kehidupan peribadi seksual mereka. Klik di sini

Baru-baru ini, Syed Salah Kamall Ahli Parlimen Muslim Liberal Britain telah menggesa Kesatuan Parlimen Eropah untuk campur tangan dalam kes liwat Anwar di Malaysia. Hujah Syed Salah Kamal berdasarkan laporan dari AI. Klik di sini

"Pihak berkuasa Malaysia telah menjalankan muslihat kotor yang sama dalam percubaan untuk membuang ketua pembangkang (Anwar) daripada politik. Badan kehakiman Malaysia sepatutnya membuang caj-caj ini.” kata Sam Zarifi, pengarah Asia Pasifik, AI.

Menurut laporan AI : Pertuduhan jenayah liwat terhadap Anwar, di bawah Section 377B Kanun Jenayah, adalah bersalahan dengan piawaian hak-hak asasi manusia antarabangsa. Undang-undang zaman penjajah British ini menyebabkan penjara dan sebat, merupakan satu hukuman yang melanggar larangan undang-undang antarabangsa terhadap penganiayaan . Tambahan pula, peraturan UN Human Rights Commission (1997) mengesahkan undang-undang terhadap liwat adalah melanggar privasi hak asasi.

Pada 29 September lalu, Anwar dibawa oleh penajanya, yayasan Kristian Jerman, Friedrich Naumann Foundation (FNF) untuk melobi tokoh-tokoh politik di European Parliament, Brussel .

agl_anwar_ibrahim
Dari kiri : Jürgen D. Wickert (Pengarah Dailog Politik Antarabangsa, Yayasan Kristian Jerman, Friedrich Naumann Foundation); Hans Van Baalen (President Liberal International); Anwar Ibrahim dan Alexander Graf Lambsdorff (Presiden European Liberal Forum)


Dengan dibantu oleh Dr. Jürgen D. Wickert dan Moritz Kleine Brockhof dari FNF, Anwar telah berjaya melobi Hans van Baalen, President Liberal International, Alexander Graf Lambsdorff, Presiden European Liberal Forum dan Jerzy Buzek, Presiden European Parliament. Klik di sini dan di sini

Anwar juga diberi peluang berucap di persidangan Pemimpin -Pemimpin Liberal Eropah bertajuk "Nilai Liberal Dalam Dunia Islam : Mengapa Islam Dan Demokrasi Ditakdirkan Bertepatan"

Jerzy Buzek, Presiden European Parliament, turut mengadakan pertemuan dengan Salil Shetty, Setiausaha Agung AI untuk memberi sokongan supaya organisasi antarabangsa itu terus membantu Anwar.Klik di sini

Di Jerman,
Anwar melobi tokoh-tokoh Yahudi dalam CFR (Council on Foreign Relations), manakala di Itali, Anwar meminta pertolongan kumpulan Jesuits. Klik di sini

Siapa di belakang AI ?

Menurut laporan Discover The Networks, AI termasuk dalam salah satu daripada NGO yang dibiayai oleh 'Open Society Institute' (OSI), sebuah yayasan yang dimiliki oleh George Soros.

Selain AI, OSI juga turut menaja Human Rights Watch(HRW), sebuah organisasi hak asasi yang menyokong kes liwat Anwar [klik di sini] dan International Crisis Group (ICG), sebuah organisasi penyelidikan antarabangsa ala CIA.

Dalam ICG, Anwar telah dilantik menjadi salah seorang ahli jawatankuasanya oleh Christopher Patten (kroni Soros) yang menjadi Pengerusi ICG dan juga Pengerusi Universiti Oxford, United Kingdom. Klik di sini

Selain itu, OSI turut menaja badan-badan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti menyokong homoseksual, antaranya 'the Gay Straight Alliance Network', 'the International Gay and Lesbian Human Rights Commission', dan 'the National Gay and Lesbian Task Force'. Klik di sini

Menurut Calvina Fay dari Yayasan Bebas Dari Dadah, sebuah organisasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat; "George Soros, adalah manusia paling jahat di dunia kerana menjadi dalang kepada gerakan homoseksual". Klik di sini

"Sebahagian dari kekayaan Soros, yang dianggarkan berjumlah $7 bilion, telah disalurkan kepada kumpulan pejuang hak gay (homoseksual), pengguguran bayi, penyalahgunaan dadah secara haram dan hak untuk pelacur", lapor laman web aim.org. Klik di sini

Amnesty International Malaysia

Di Malaysia, AI juga mempunyai cawangannya yang dikenali sebagai Amnesty International Malaysia (AIM).

AIM yang ditubuhkan pada 1999 diketuai oleh Nora Murat sering berkerjasama dengan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang diasaskan oleh Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR dan juga bekas salah seorang peguam kes liwat Anwar.

Aktivis-aktivis AIM dan SUARAM sering menyuarakan pendapat mereka dalam portal Malaysiakini yang juga ditaja Soros. Klik di sini

Rangkaian kumpulan di atas lebih cenderung menyokong isu-isu yang berkaitan dengan kumpulan LGBT Malaysia khususnya membabitkan Anwar Ibrahim.

Ketika Anwar didakwa melakukan perbuatan liwat II, Susan Loone, bekas wartawan Malaysiakini yang kini menjadi Programme Coordinator: Information and Publications, Forum Asia (Asian Forum for Human Rights and Development), blogger yang mula-mula berkempen membela Anwar.

Susan Loone menyiarkan artikel kempen
mendapatkan tanda tangan sokong Anwar yang diusahakan oleh dua aktivis bernama Alina Rastam dan Shanon Shah bin Mohd. Sidik.

Alina Rastam adalah aktivis pembela LGBT yang bergiat aktif dalam AWAM (the All Women's Action Society), manakala Shanon Shah Mohd Sidik pula adalah Pengarah Eksekutif, AIM. Klik di sini

"Kami, menandatangani, sokongan ini, tidak mempedulikan sama ada Anwar, atau mana-mana ahli politik, dalam amalan seksualannya. Setiap individu, amalan-amalan seksual dan orientasinya adalah bersifat peribadi. Tambahan pula, privasi setiap individu mestilah dihormati", tulis kempen sokongan terhadap Anwar itu.

"Apa yang lebih mengganggu adalah Seksyen 377a dan 377b Kanun Jenayah telah digunakan oleh kerajaan untuk mendiamkan pemberontakan politik, atas tafsiran 'persetubuhan luar tabie menentang alam semula jadi'. Pada dasarnya, hukum-hukum ini , dan penguatkuasaan kerajaan mendiskriminasi keseluruhan sektor masyarakatlesbian, homoseksual, biseksual dan transeksual (LGBT). Mereka mewujudkan satu persekitaran yang menggalakkan, diskriminasi dan keganasan menentang LGBT", tulis kempen itu lagi. Klik di sini
Baca selanjutnya..

Lamanya Anwar bercuti..bila balik ?


Seorang pengunjung Twitter Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanya kepadanya : Lamanya bercuti..bila balik ? Anwar menjawab, "Jika dapat memang nak cuti : Di sini tugas : mesyuarat alGore, Marry Robinson, MitchKapor.

Semalam dilaporkan Anwar telah bermesyuarat dengan sahabat-sahabatnya, Marry Robinson, Mitch Kapor, James Wolfensohn dalam firma pelaburan Generation Investment Management (GIM), kepunyaan Al Gore, di New York.

Anwar merupakan salah seorang Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa GIM yang dilantik Al Gore sejak dari tahun 2005. Klik di sini


GIM merupakan projek usahasama di antara Al Gore dan David Blood yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan mempunyai dua pejabat, di London dan New York.

Menurut Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR), kewujudan GIM di London sebagai 'pelarian aset' Al Gore setelah parti Demokrat pimpinan Clinton-Al Gore tewas kepada Parti Republikan pimpinan Bush-Dick Cheney. Klik di sini

Baru-baru ini, seorang lagi rakan sepernigaan Al Gore, Richard Branson menggemparkan rakyat Malaysia apabila beliau secara jelas menyokong kes liwat Anwar.Klik di sini

Sebenarnya sokongan Branson tidak mengejutkan kerana beliau juga merupakan seorang gay yang memiliki sebuah kelab malam gay yang lebih dikenali sebagai 'Heaven', di London. Klik di sini

Virgin Green Fund milik Branson juga turut melabur sebanyak $40 million kepada GreenRoad, manakala Al Gore dan GIM melabur $10 million kepada Syarikat GreenRoad, yang mempunyai pusat kajian Yehuda, Israel di Beit Dagan Israel dan dua ofis di Amerika Syarikat (Redwood Shores, California) serta London(1 Eversholt Street London). Klik di sini dan Klik di sini

Dana Al Gore sebanyak $10 million itu akan digunakan untuk menubuhkan cawangan GreenRoad Technologies, sebuah syarikat Israel yang akan beroperasi di seluruh dunia. GreenRoad Technologies, dibangunkan pada tahun 2002, mempunyai pekerja seramai 90 orang dan berpusat di Pusat R & D Yehuda, Israel.Klik di sini

Jadi pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Ahli Lembaga Penasihat GIM menimbulkan banyak persoalan kerana latar belakang pemilik syarikat (Al Gore) yang beketurunan Yahudi, dan sumber pelaburannya ke Israel yang menjadi musuh negara Islam.

Dalam GIM, hanya Anwar Ibrahim sahaja beragama Islam, manakala yang lain berketurunan Yahudi dan beragama Kristian.

Marry Robinson dan James Wolfensohn merupakan dua individu yang menyokong kes liwat Anwar sejak dari tahun 1998. Klik di sini dan di sini

Malah, Al Gore sendiri yang pernah menyokong kes liwat Anwar sejak tahun 1998, kini juga dikenali sebagai seorang Gay, apabila Majalah Globe, majalah terunggul di Amerika Syarikat membongkarkan punca sebenar perceraian Al Gore dan Tipper kerana isterinya berjaya merakamkan bukti hubungan seks suaminya dengan Gay. Klik di sini

Sebelum itu, pada tahun 2008, Al Gore menggemparkan dunia, apabila Gore, membuat ucapan satu minit di video menyokong perkahwinan homoseksual.

Kata Al Gore : "I think it's wrong for the government to discriminate against people because of that person's sexual orientation," he says. "I think gay men and women ought to have the same rights as heterosexual men and women -- to make contracts, to have hospital visiting rights, to join together in marriage, and I don't understand why it is considered by some people to be a threat to heterosexual marriage."Klik di sini



Baca selanjutnya..

Tuesday, October 5, 2010

Anwar Ibrahim Minta Sokongan Persidangan Gereja Itali


Semalam (4 Oktober), Datuk Seri Anwar Ibrahim melaporkan di twiternya, beliau telah menghadiri International Meetings of Prayer for Peace" (Persidangan Antarabangsa Solat Untuk Keamanan) yang dianjurkan oleh gereja termuka di Rom, Itali, Church of Sant'Egidio. Persidangan tahunan ini berlangsung di Barcelona yang mengumpulkan semua pemimpin agama di dunia.

Anwar Ibrahim yang juga disebut 30 Pemimpin Islam "Muslim Imam" turut dijemput untuk menghadiri majlis berkenaan sekitar jam 4.00 petang (waktu Sepanyol), yang dihadiri Perwakilan Muslim dan Yahudi dari 16 buah negara.


Topik yang dimesyuaratkan semalam adalah perdamaian di 'Jerusalem' (Israel), dengan tema "Hidup bersama dalam waktu krisis. Keluarga manusia, keluarga Tuhan".

Pendirian Anwar tentang Jerusalem telah diketahui umum sebelum ini, iaitu beliau menyokong konsep 'Two State Solution". Klik di sini, di sini dan di sini

Konsep "Two State Solution" bermaksud penyelesaian konflik Israel/Palestin dengan Mengiktiraf Dua Negara, Israel dan Palestin Menjadi Sebuah Negara Yang Sah.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Bishop Ambrogio Spreafico itu, turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim (ketua Pembangkang Parlimen Malaysia); Abdelkebir Alaoui M'daghri (Director General of “Bayt Mal Al Qods Acharif” Agency-Committee Al Qods, Morocco); Gregorios III Laham (Patriarch of the Church of Antioch, Greek); Mordechay Lewy (Duta Israel ke the Holy See, Vatican, Itali); Archbishop Joan Enric Vives I Sicìlia (Bishop of Urgell, a Roman Catholic diocese); Oded Wiener (Director General of the Grand Rabbinate, Israel) dan lain-lain.






Selepas ke Itali, Anwar dijangka ke New York untuk meneruskan misi mendapat sokongan antarabangsa dalam menghadapi kes liwatnya.



Baca selanjutnya..

Friday, October 1, 2010

Anwar beritahu Eropah PKR bermaksud Parti Keadilan Rakyat Liberal

Jika di Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjustifikasikan PKR sebagai Parti Keadilan Rakyat, selaras dengan 'Keadilan' Islam sama seperti yang diperjuangkan oleh Parti Islam Malaysia (PAS), tetapi berbeza dengan takrif 'Keadilan' yang dipamerkan Anwar ketika bertemu dengan tokoh-tokoh Yahudi Eropah.

Makna sebenar 'Keadilan' adalah 'Liberal', beritahu Anwar kepada Alexander Graf Lambsdorff,Presiden European Liberal Forum dan Hans van Baalen, President Liberal International.

Dengan persamaan makna Keadilan/Liberal itu, maka Anwar dan PKR telah diterima sebagai wakil Organisasi Liberal International.

Atas premis itu, semalam (30 September), Anwar diberi penghormatan memberi ucap utama bertajuk "Politik Kebebasan dan Demokrasi Liberal di Dunia Islam" di Council on Foreign Relations, Jerman (DGAP).

Ketika menyampaikan pidato, Anwar berkata cita-citanya membawa Malaysia sama seperti negara Indonesia dan Turki yang memperjuangkan kebebasan dan demokrasi liberal.

Alexander Graf Lambsdorff turut mengulas makna Keadilan dan Liberal yang diperjuangkan Anwar di lamannya, www.lambsdorffdirekt.de. Klik di sini

Menurut Lambsdorff dalam tulisannya bertajuk " Pertemuan dengan Anwar Ibrahim", Anwar adalah Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Liberal yang memperjuangkan 'demokrasi' di Malaysia.

Lambsdorff juga memberitahu ketika pertemuan tertutup Anwar bersama tokoh-tokoh politik Eropah di Brussel, Anwar berkata penghakiman yang dikenakan ke atasnya berkaitan dengan kes liwat adalah bermotif politik untuk menghalang meneruskan cita-cita perjuangan liberalnya.

Lambsdorff merupakan anak saudara kepada Dr. Otto Graf Lambsdorff , bekas Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kristian, Jerman, Friedrich Naumann Foundation (FNF), yang menjadi penaja utama Projek Lobi Anwar ke Eropah.

Semasa Anwar dirawat di Munich, selepas pembebasannya dari penjara Sungai Buloh, Dr. Otto Graf Lambsdorff merupakan salah seorang tetamu istimewa yang melawat Anwar.

Menurut sumber, semua perbelanjaan Anwar di Munich, termasuk kos rawatan, kos penerbangan, penginapan dan makan minum untuk semua staff pengiring Anwar ditanggung sepenuhnya oleh FNF.

FNF dan sebuah lagi yayasan Kristian Jerman yang dinamakan KAF (Konrad Adenauer Foundation) merupakan penaja utama Anwar dan partinya di Malaysia, sejak dari tahun 80-an sehingga sekarang.

KAF menyalurkan kewangan kepada badan pemikir Anwar, IKD (Institut Kajian Dasar), manakala FNF menyalurkan kewangan untuk gerakan merekrut sokongan golongan muda dalam AnwarIbrahimClub(AIC).

Menurut rekod, penubuhan FNF dan KAF adalah sebagai 'hukuman tebus dosa' kerajaan Jerman kepada Israel selepas peristiwa 'Holocaust', di mana kumpulan Yahudi terutamanya dari kelompok homoseksual telah dibunuh beramai-ramai semasa pemerintahan Nazi.

Selepas perang dunia kedua, kerajaan Jerman yang tewas dalam peperangan tersebut telah dipaksa oleh Israel untuk menubuhkan yayasan-yayasan amal bagi membersihkan membela kaum Yahudi di seluruh dunia. Dalam masa yang sama yayasan-yayasan itu diminta membawa agenda liberal ke seluruh dunia supaya semua negara akan tunduk kepada ketuanan Israel. Baca selanjutnya..

Thursday, September 30, 2010

Bukti konspirasi Azmin jatuhkan Khalid dibongkar

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR, Ng Lum Yong, hari ini mendedahkan beliau mempunyai bukti perbualan 'konspirasi politik', Azmin Ali dalam usaha menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"Sepuluh hari lepas, saya menerima satu CD yang dipos dari seorang pengirim tanpa nama", katanya kepada Free Malaysia Today.

CD yang berdurasi 10 minit itu mengandungi satu rakaman perbualan telefon antara dua orang lelaki.

"Dalam perbualan itu, Ramlan Abu Bakar, Presiden Reformis yang memimpin 'skuad bogel' di hadapan pejabat Selangor Menteri Besar, telah berkata yang dia telah ditugaskan oleh Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid," kata Ng, yang mengenali suara Ramlan tetapi tidak mengenali suara lelaki yang seorang lagi.

"Ramlan mengaku yang dia telah dijanjikan satu tawaran yang banyak dari Azmin", kata Ng lagi.

"Ramlan juga turut mengaku, dia juga dibekalkan dengan dokumen-dokumen rasuah Khalid bertujuan untuk menjatuhkan menteri besar itu".

Kata Ng : "Saya ingin bertanya Azmin, apa tujuan beliau menggunakan Ramlan untuk melancarkan satu kempen menentang Khalid yang juga ahli PKR dan Selangor Menteri Besar?"

Ng berkata bahawa dia tidak mempunyai niat jahat, untuk mendedahkan rakaman tersebut kepada orang awam tetapi untuk membersihkan imej parti serta individu-individu yang dikaitkan termasuk Azmin dan Khalid.

"Semalam, Syed Husin Ali telah SMS saya dan menasihati saya agar menghentikan sidang akhbar ini. Tetapi saya rasa yang saya kena teruskan. Saya tidak menuduh sesiapa dan saya hanya mahu parti menyiasat hingga ke akar umbi", kata Ng.

Selain Syed Husin, difahamkan, Ng juga turut menerima panggilan telefon daripada Lee Boon Chye, Naib Presiden PKR dan Tian Chua, Pengarah Strategik.

"Ini bukan parti keluarga. Ini parti kita. Saya mahu menyoal Anwar Ibrahim, siapakah yang dimaksudkannya sebagai 'trojan horses' dalam parti ini ? Sila dedahkan kepada kami"


Baca selanjutnya..

Anwar Sedang Lobi Eropah Campur Tangan Desak Gugur Kes Liwat



AIDCNews semalam [klik di sini] melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di European Parliament, Brussel untuk menghadiri persidangan bersama-sama pemimpin Liberal Eropah dan menyampaikan ucapan bertajuk "Liberal Value In The Muslim World : Why Islam And Democracy Are Destined to Coincide", Klik sini.

Dalam ucapannya, Anwar memuji negara Turki dan Indonesia yang menurutnya semakin terbuka daripada aspek demokrasi walaupun mempunyai penduduk majoriti Islam. Salah satu keterbukaan negara-negara itu adalah memberi kebebasan kepada kegiatan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

Difahamkan, Presiden European Parliament, Jerzy Buzek telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung, Amnesty International, Salil Shetty kelmarin untuk mengetahui status kes liwat Anwar di Malaysia.

Pertemuan Presiden European Parliament dengan Amnesty International mengesahkan kunjungan Anwar Ibrahim ke European Parliament bertujuan untuk melobi pemimpin Eropah untuk membantunya dengan mengadakan tekanan antarabangsa supaya kesnya itu digugurkan.

Malam ini, Anwar sekali lagi melobi tokoh-tokoh dalam CFR (Council on Foreign Relations), Jerman iaitu satu organisasi yang didalangi tokoh-tokoh Yahudi berpengaruh di Jerman. Klik sini.

Anwar juga telah melakukan pertemuan-pertemuan dengan beberapa NGO di Brussel dan Berlin untuk meminta simpati mereka memberi tekanan supaya mengugurkan kes kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal menghadiri Persidangan Kemuncak ASEAN-EROPAH, di Brussel pada 4-5 Oktober ini. Klik sini.





Anwar juga telah menemui paderi-paderi berpengaruh semasa di Gereja Katolik, Cologne Cathedral di Cologne dalam perjalanan ke Berlin semalam.

Anwar dijangka akan berada di Belgium dan Jerman sehingga esok (1 Oktober 2010).

Selepas itu, Anwar dijangka akan meneruskan proses lobinya di London dengan menemui tokoh-tokoh tertentu di sana. Baca selanjutnya..

Wednesday, September 29, 2010

Anwar Ibrahim kini berada di luar negara, lobi sokongan antarabangsa ?


Mulai hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Brussel, untuk menghadiri persidangan antarabangsa dari kelompok kumpulan liberal, anjuran sebuah Yayasan Kristian Jerman, Friedrich Naumann Foundation (FNF), yang merupakan salah satu penaja utamanya di Malaysia.

Selain Malaysia, FNF yang diketuai oleh Moritz Kleine Brockhof, yayasan Kristian Jerman itu juga turut mempunyai cawangan di Brussel.

Ketibaan Anwar disambut oleh Hans van Baalen, President Liberal International, Alexander Graf Lambsdorff, Presiden European Liberal Forum dan Dr. Jürgen D. Wickert serta Moritz Kleine Brockhof daripada FNF.

Pada 8 April lalu, Hans van Baalen telah mengadakan perjumpaan dengan Anwar di Kulala Lumpur, semasa menghadiri persidangan anjuran FNF.

Hans Van Baalen dan Yayasan Kristian FNF merupakan penyokong kuat Yahudi dan Israel di Jerman sehingga Hans digelar 'Hero Pembela Holocaust'. Hans secara terbuka mengkritik sesiapa sahaja yang berani mempertikaikan kesahihan peristiwa 'holocaust' iaitu merujuk kepada satu peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang-orang Yahudi semasa pemerintahan Nazi. Klik sini.


Dari segi sejarah, penubuhan FNF dan sebuah lagi Yayasan Kristian Jerman yang dinamakan Konrad Adenauer Foundation (KAF) adalah 'hukuman tebus dosa' kerajaan Jerman kepada Israel selepas peristiwa 'Holocaust' tersebut.

Dalam perjanjian damai itu, kerajaan Jerman bersetuju menubuhkan yayasan-yayasan Kristian yang mempunyai cawangan di seluruh negara untuk membela kaum Yahudi dan dalam masa yang sama untuk membawa agenda liberal di negara-negara tersebut supaya tunduk kepada ketuanan Israel.

Di Malaysia, kedua-dua yayasan itu menjadi penaja utama Anwar Ibrahim sejak dari tahun 80-an hingga sekarang. KAF menyalurkan kewangan kepada badan pemikir Anwar yang dikenali sebagai Institut Kajian Dasar, manakala FNF menyalurkan kewangan untuk gerakan merekrut golongan muda supaya menyokong Anwar yang dikenali sebagai AnwarIbrahimClub(AIC).

Ceramah di Council on Foreign Relations, Jerman

Anwar dijadualkan menyampaikan kuliah The German Council on Foreign Relations (DGAP) pada keesokan harinya, 30 September 2010, jam 7 hingga 8.30 malam. Klik sini.

Kedatangan Anwar ke DGAP diatur oleh Alexander Graf Lambsdorff , Presiden European Liberal Forum yang merupakan anak saudara kepada Dr. Otto Graf Lambsdorff , bekas Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kristian, FNF, Jerman.

Majlis Friends Pakatan Rakyat di London

Pada 2 Oktober 2010 pula Anwar akan menghadiri 2 majlis anjuran Friends Pakatan Rakyat., di London. Pertama, Forum bersama Anwar Ibrahim, Tian Chua dan Raja Petra di University College London Gower Street serta Majlis Makan Malam Amal untuk memungut dana pilihanraya Pakatan Rakyat di Bays Water.

Menurut maklumat dalaman, siri-siri lawatan Anwar ke luar negara ini bertujuan untuk mendapatkan sokongan antarabangsa dalam menghadapai kes liwatnya yang sedang dijalankan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.
Baca selanjutnya..

Monday, September 27, 2010

Richard Branson rakan kongsi Al Gore desak gugurkan kes liwat Anwar

Laporan the malaysian insider hari ini [klik di sini] menyebut Richard Branson, pengasas Virgin Group mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak agar 'campurtangan' dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai 'duri' kepada reputasi baik Malaysia.

Branson ketika berucap dalam persidangan 'Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia' yang dianjurkan oleh Malaysian Investment Develpoment Authority (MIDA)berkata, seandainya Najib seorang Perdana Menteri yang berani, beliau seharusnya menghindarkan isu ini daripada merosakkan reputasi negara.

Siapakah Richard Branson dan kenapakah beliau berminat dengan kes liwat Anwar Ibrahim ?

Branson adalah rakan kongsi kepada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore dalam syarikat yang melabur di Israel, GreenRoad.

Beliau merupakan peniaga dari Britain yang mengadakan usahasama dengan Al Gore melalui Generation Investment Management Group yang juga berpengkalan di United Kingdom.

Virgin Green Fund milik Branson telah melabur sebanyak $40 million kepada GreenRoad, manakala syarikat Al Gore, Generation Inverstment pula melabur sebanyak $10 million kepada syarikat tersebut.Klik di sini

Anwar Ibrahim pula dilantik oleh Al Gore menjadi salah seorang Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa Generation Investment itu. Klik di sini

Selain itu, Branson dan Al Gore juga merupakan rakan kongsi dalam The Climate Project. Klik di sini

Baru-baru ini, Al Gore dan Al Gore dan Paul Wolfowitz turut menulis di The Wall Street Jounal menggesa kerajaan Amerika Syarikat campur tangan dalam kes liwat Anwar Ibrahim. Klik di sini

Di Amerika Syarikat, Al Gore sendiri dikenali sebagai pejuang hak asasi kaum Gay. Malah bukan setakat memperjuangkan hak-hak untuk melakukan aktiviti homoseksual, malah dia juga turut menyokong perjuangan perkahwinan sejenis yang lebih dikenali sebagai 'Freedom to Marry'.

Evan Wolfson, Pengarah Eksekutif Freedom to Marry mengesahkan Al Gore pernah berucap dan disebarkan oleh Current TV pada tahun 2008 yang mengandungi gesaan Al Gore agar perkahwinan homoseksual dibenarkan di Amerika Syarikat.Klik di sini

Malah lebih mengejutkan, Majalah Globe, majalah terunggul di Amerika Syarikat membongkarkan punca sebenar perceraian Al Gore dan Tipper kerana isterinya berjaya merakamkan bukti hubungan seks suaminya dengan Gay. Klik di sini

Manakala Richard Branson pula menaja The Elders sebuah pertubuhan yang menentang homophobia (melawan kebencian kepada homoseksual. The Elders dianggotai oleh Jimmy Carter, Mabdela, Kofi Annan, Marry Robinson dan diketuai oleh Desmond Tutu. Klik di sini

Sebaik sahaja, Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, tokoh yang pertama ditemuinya adalah Desmond Tutu di Afrika Selatan. Desmond Tutu lebih dikenali sebagai pembela kaum homoseksual sehingga beliau dianugerahkan 'The Presidential Medal of Freedom' pada tahun 2009.Klik di sini

International Gay & Lesbian Human Rights Commission (IGLHRC) turut memberi penghargaan kepada Desmond Tutu diatas sumbangannya memperjuangkan kaum minoriti itu. Klik di sini

Malah lebih mengejutkan, Branson juga disebut-sebut sebagai seorang gay kerana wikipedianya menyebut syarikatnya, Virgin pernah menaja 'the gay nightclub Heaven'. Klik di sini

Baca selanjutnya..

Tuesday, September 21, 2010

Prosiding kes liwat Anwar ditangguh 14 Oktober

KUALA LUMPUR - Prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya disambung hari ini ditangguh lagi pada pertengahan bulan Oktober depan. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh-tarikh seperti berikut sebagai menyambung prosiding kes iaitu 14, 15, 25-29 Oktober, 22-26 November dan 6-10 Disember.

Keputusan hakim dibuar di dalam kamar, di Mahkamah Tinggi pagi ini setelah perbincangan di antara pihak pendakwa dan peguam bela Anwar.

Prosiding yang sepatutnya disambung semalam (20 September), terpaksa ditunda ke hari ini untuk memberi laluan kepada Mahkamah Rayuan mendengar permohonan Anwar untuk menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya, berdasarkan dakwaannya bahawa DPP Farah Azlina Latif mempunyai hubungan intim dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Semalam, Mahkamah sebulat suara menolak rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwat tersebut kerana Mahkamah Rayuan tidak ada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan perkara berkenaan.

Hakim Datuk Ahmad Maarop yang mengetuai tiga anggota panel yang terdiri daripada Hakim Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma'ah menyatakan peruntukan Peruntukan Seksyen 3 CJA menyebut Mahkamah Rayuan tidak ada bidang kuasa untuk melayan rayuan mengenai perkara interlokutori yang diputuskan semasa perbicaraan sedang dijalankan kerana keputusan itu dianggap bukan satu perintah terakhir dan tidak menafikan hak sepenuhnya pihak berkaitan.

Hakim Ahmad ketika membacakan alasan penghakiman awalnya menyatakan, keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 Ogos lalu tidak boleh dirayu kerana ia bukan keputusan muktamad.

Menurutnya, mahkamah berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi kerana perintah yang dibuat dalam satu perbicaraan yang sedang berlangsung dan kesannya tidak melupuskan hak mana-mana pihak.

Pada 16 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin, terpaksa menangguhkan prosiding kes liwat dengan sesi soal balas, Karpal Singh terhadap saksi kedua pihak pendakwa doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Razali Ibrahim kerana ketua penguam bela Anwar itu memohon penangguhan dengan alasan anak guamnya ingin membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk menggugurkan kes tersebut.

Hakim Mohd Zabidin dalam keputusan menolak permohonan Anwar itu memutuskan bahawa integriti pihak pendakwaan tidak terjejas kerana Farah Azlina tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan dan beliau juga tidak mempunyai pengetahuan (privy) kepada perjalanan pendakwaan dalam kes itu.

Beliau berkata seperti yang dinyatakan dalam afidavit pihak pendakwaan peranan Farah Azlina hanya mencatat nota keterangan di mahkamah dan beliau bukannya Timbalan Pendakwa Raya yang menentukan perjalanan kes itu, maka hubungan itu tidak mempengaruhi keterangan Saiful dalam kes tersebut.



Baca selanjutnya..

Monday, September 20, 2010

Mahkamah Rayuan tolak permohonan Anwar gugurkan kes liwat

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya, berdasarkan dakwaannya bahawa DPP Farah Azlina Latif mempunyai hubungan intim dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Ahmad Maarop. Dua lagi hakim ialah Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Ma'ah Azhar.

Hakim Ahmad bersetuju dengan pihak pendakwa yang berhujah bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut kerana perbicaraan sedang berjalan.

Katanya, bidang kuasa mahkamah ditentukan oleh Seksyen 50 (1) Akta Mahkamah Kehakiman, sama ada ia boleh mendengar dan menentukan sebarang rayuan ketika perbicaraan sedang berjalan.

Pada 17 September lalu, Mahkamah Rayuan yang sepatutnya mendengar rayuan Anwar untuk menggugurkan kes terpaksa ditangguhkan ke hari ini berikutan bantahan Karpal Singh yang mendakwa tidak bersedia menyediakan hujah untuk membalas bantahan awal daripada pihak pendakwa.

Pada 16 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah, menangguhkan hingga prosiding kes liwat pada 20 September, apabila Karpal Singh memohon penangguhan untuk membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Anwar agar kes ini digugurkan kerana hubungan romantis Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif.

Zabidin dalam menolak permohonan Anwar itu memutuskan bahawa integriti pihak pendakwaan tidak terjejas kerana Farah Azlina tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan dan beliau juga tidak mempunyai pengetahuan (privy) kepada perjalanan pendakwaan dalam kes itu.

Beliau berkata seperti yang dinyatakan dalam afidavit pihak pendakwaan peranan Farah Azlina hanya mencatat nota keterangan di mahkamah dan beliau bukannya Timbalan Pendakwa Raya yang menentukan perjalanan kes itu, maka hubungan itu tidak mempengaruhi keterangan Saiful dalam kes tersebut.

Karpal Singh, Ketua Peguam bela Anwar yang bercakap kepada sidang media selepas keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, berkata pihaknya akan memfailkan notis rayuan ke peringkat yang lebih tinggi di Mahkamah Persekutuan esok.


Baca selanjutnya..