Hari jadi saya tahun ini betul-betul Hari Ini Dalam Sejarah. Selain disambut oleh ahli keluarga seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini agak berbeza dan lebih bermakna. Ini disebabkan kali pertama hari lahir saya disambut oleh guru-guru dan warga sekolah. Selalu tu tarikh hari kelahiran saya jatuh pada musim cuti sekolah hujung tahun. Jadi sambutan hanya di peringkat pejabat sekolah saja.
Alhamdulillah rezeki dapat juga merasai kemeriahan Sambutan Hari Lahir bersama anak-anak buah. Macam-macam kejutan yang mereka lakukan.. Walaupun saya dah bersedia untuk di'surprise' tapi terkejutlah juga dengan pelbagai situasi yang tak diduga. Terima kasih banyak buat guru-guru dan staf semua. Kalian memberi hiburan & keceriaan yang teramat indah buat saya di hari ulangtahun kelahiran yang ke-58 tahun ini (tua dah..)
Terima kasih atas semua ucapan, ingatan dan doa yang dititipkan. Semoga kita semua sentiasa dilimpahi kerahmatan Allah, murah rezeki & sihat sentiasa. Terima kasih atas bingkisan hadiah dan juadah yang disediakan. Terasa istimewa diri ini.
Terima kasih banyak juga buat suami, anak-anak dan cucu-cucu yang sentiasa berada di sisi. Al Fatihah buat arwah ayah Mohd. Ali serta ibu Rahmah dan Ariyah yang telah melahir dan membesarkan diri ini. Semoga kalian ditempatkan bersama golongan mereka yang beriman. Aamiin..
Memori bersama keluarga tersayang..