Saturday, August 29, 2015

Reunion MPK @ Walimah anak YDP Azman

Tahniah buat Cikgu Azman; mantan Yang Dipertua (dulu kami panggil beliau YDPong) Maktab Perguruan Kuantan 1982 - 1984 yang telah menerima menantu di Ayer Keroh d'Village, Melaka. Ramai teman-teman lama semasa belajar di MPK telah hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak beliau. Sungguh meriah pertemuan tersebut. Seronok dapat jumpa member kamceng saya; Rosila Mokri yang lebih 30 tahun tak jumpa.

Bersama Alias dan Shida
 
Shida, Bajuri, Rosselan, Alias dan Noi serta suami / isteri
 
Rindu Ros
 
Hisham dan Ton pun ada
 
Muhaimin, Dollah dan Dr. Ramlan
 
Bersama Pouziah (teman UPSI); isteri Dollah
 
Milah tak berubah - comel macam dulu
 
Bersama bapa pengantin; Man - tahniah!

Wednesday, August 26, 2015

On air - Tanyalah Ustaz TV9

Setelah lama menunggu akhirnya saya bersama Muslimat Surau Al Hijrah Kota Warisan telah ke udara di TV 9 dalam slot Tanyalah Ustaz episod "Janji Seorang Mukmin" Bahagian 1. Glamorlah kejap....

Orang pertama bertanya soalan
Soalannya : Apa itu janji?
 
Kak Sabariah
 
Kak Nab

Kak Noraishah

Aamiin..

Semoga Regina cepat sembuh

Saya bersama Pn. Azizah dan Pn. Malisha telah berkesempatan melawat anak murid Tahun 1; Regina yang cedera di kaki akibat terkena kuah sup panas yang tumpah akibat dilanggar oleh murid lain semasa Rehat di kantin minggu lepas. Melihat kami, Regina sangat gembira. Terima kasih atas layanan baik ibu dan bapa Regina. Semoga Regina segera sembuh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...