click! click! click!

Friday, July 31, 2009

~ Sakit perut ~

Sejak semalam lagi aku sakit perut.. Bukan nak membuang tapi rasa tegang je. Cam ala-ala cramp gitu. Huhu.. Nak batuk, gelak pun sakit.. Semalam sampai mengalir air mata aku sebab Ahnaf terduduk atas perut aku. Tadi aku tanya la orang pasal apa jd camni. K.ina cakap sebab perut masuk angin. Huhu... Maybe sebab akunyer jadual makan tak tentu kot. Semalam memang aku makan breakfirst je.. Mee goreng, tapi lepas makan tue, aku asyik g melawat umah kecik tue je. Huhu.. Tengah hari aku tak kuar makan, coz aku rasa perut tak selesa lagi, just makan limau sunqist sebijik. Start lepas tu la aku rasa perut aku cramp. Sampai hari ni tak hilang-hilang lagi. Padahal aku dah makan. Tak selesanyer...


Thursday, July 30, 2009

~ Kebebasan ~

Salam all.. Petang semalam, kitaorg g JJ Kepong coz aku nk renew J Card aku yang bakal expired esok. So, balik keje tu, aku naik amik Ahnaf and terus g sana. Hubby tunggu kat bawah je. Sengaja kitaorg pergi terus coz klu dah naik, memang berat la nak turun lagi. Lagipun nak kena beli susu Ahnaf sekali. Nasib baik jalan tak jem and parking senang. Kalau tak mesti hangin gak hubby ku itu.. Tujuan utama mmg nak renew card jela. Takde nak soping2 dah. Aku kena lawan nafsu soping ku sekarang coz banyak benda nak kena settle la. Huhu, so, cuci2 mata jela. Sambil2 tue, leh la jugak bawak Ahnaf jalan-jalan. Kesian dia, asyik duk kat atas je. Sesekali biar dia lepas bebas menerokai alam ok gak kan.

So, sampai2 je sana, aku terus g counter J Card. Org pun tak de, so tak yah la amik no, terus je dia proses. Siap JCard, perut kami yang sedia berkeroncong makin rancak lak. Hubby aku tak berapa sihat, so, aku pun ajakla makan Steamboat kat Johnny's. Alasan aku, org tak sihat elok makan sup2 ni.. Hihihi.. Padahal aku yang dah lama teringin. Yelah, dah lama tak makan steamboat. Sementara tunggu pesanan sampai, Ahnaf ni punya la aktif petang semalam. Dalam kedai tu, dengan mulut dia je berbunyi. Dengan tangan pegang senduk sambil ketuk2 meja. Aduh la sayang ibu ni... Waiter2 tu lak lalu je usik2 pipi Ahnaf. Ish, nak marah kang cakap sombong lak. Last2 aku tukar seat Ahnaf, bagi dia duk bahagian dalam lak. So, x de la org nk usik2 pipi anak ibu kan? Bukan apa, yela, dorang kan bawak makanan la, kutip pinggan kotor la, kit atak pasti kebersihan tangan dorang kan. Lagipun sek ni memang nak kena jaga-jaga kan?

Siap je makan, hubby ku ajak solat dulu coz klu balik takut tak sempat. So, bergilir-gilir la kitaorg. Sementara tunggu hubby ku solat tue, Ahnaf apa lagi. Melawat kawasan la. Semua kedai dia nak masuk. Ish ish.. puas aku tarik. Dia leh lak sengih. Last2 aku biar dia teroka je sambil tengok dari jauh. Sampai ada pokok yg dia letak antara kusi2 tu gondol Ahnaf kerjakan. Yela, mana tak gondolnya, satu2 daun pokok tu dia tarik. Huhu.. Nasib baik tak kena marah.. Tukang sapu tu sengih je. Maap la ye.. Anak saya tengah nak belaja.. Balik je umah, sambung main lagi.. Aku dah siap mandi sume, terus sambung wt assignment. Ahnaf pun ayah dia tdokan. Huhu.. sem ni memang amat2 mencabar buat aku. Dengan anak yang semakin lasak, dengan subject2 yang dikenali sebagai Killer Subject. Huhu.. Akan ku usahakan naikkan balik pointer aku. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menjalankan semua tanggungjawab aku.. Amin...





Tuesday, July 28, 2009

~ Parcel ~

Semalam, aku terima satu parcel.. hehehe.. Sukernyer hati sebab aku tau apa yang aku terima tue.. Hihihi.. Budak2 opis dah cakap aku ni sek glamer la, asyik terima parcel je.. Hihihi.. Yela, dalam bulan ni je, aku dah terima 4 parcel. Ekeke.. see da leg la.. Ala, bukan apa sangat, yang mula2 hari from k.ina, pastu makcik aku, last week dari AmBank hantar roada tax and hari ni dari..... jeng jeng jeng...
Agak2 apa yer? Aku sangat teruja tunggu parcel kali ni tau. Tapi tak sangka la plak, cepat bebeno.. Bagus2.. servis yang tepat n bagus... mesti sume duk tertanya-tanya kan apa yang aku terima.. Jom kita lihat.. Upppsss.. sebelum tue, cuba tgk dl bungkusan dia.. Agak2 leh teka tak ???



Begitu teruja aku terima ni. Sampaikan aku tolak tepi kerja2 aku.. HEhehe... Apakah isi kandungan nyer? Jeng jeng jeng....


'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
TADAAAA!!!!!!!!!




Fisrt CD AHNAF... hihi..

Act, dah lama aku teringin nk beli satu tuk Ahnaf. Tapi ekonomi tak mengizinkan lagi. Tapi hari tue, aku dapat je link dr K.Ejja, aku trs text abg, mintak izin la dulu, dia cakap OK.. Ha? Aku pun cam tak percaya.. Cam dalam mimpi.. Yelah, selama ni dia cakap boleh ke aku wat? Yela, kiranya kerja membasuh bertambah la.. Agaknya sebab kali ni aku cakap nk beli satu je untuk try. hihi.. Selama ni aku cakap nk beli terus yang 6 set.. Wakakaka.. Terus aku order and make peyment. Tapi yang sedihnya, aku nk blue color tp dah hbs la plak. Merah pun okla.. Janji bukan pink. Ishh... x sabar la nk pakaikan tuk Ahnaf.. Semalam dah basuh sekali. Kena basuh lagi sekali baru leh pakai. Nanti bila Ahnaf dah pakai, aku snap muntot dia lak.. Eh, snap Ahnaf nk his CD la.. Sukernyerrrrrrrrr.........


~ Weekend yang meriangkan! ~

Salam all.. hari ni aku nk cite bab weekend lak.. Hari ni dah terubat lara sebab yahoo dah ok! Sukenyer... Hmm... Suka la sebab keje x banyak. Ada tenet, x dela cam tunggul kayu je kat sini.. ekekekeke.. cam semalam, aku sampai baca paper lama untuk hilangkan boring.. Parah ke tak camtue... Hahahha...

Uppsss.. kata nak cite bab weekend kan? Firstly, hari sabtu tue.. Seperti yang aku janjikan ngan abg, lepas solat subuh, aku tak sambung tdo dah. Sepatutnya kan, abg kena g Kuala Selangor tanam pokok bakau. Tu program bank dia la. Tapi dia cakap cam malas la. Better rest kat umah. Aku lagi sukak! Leh la aku wat keje umah. Aku lipat kain sambil layan filem Selamat Pagi Cinta yang aku donlod kat You Tube. Erm.. cite tu okla, tp x de la besh sgt pun.. Untuk hilangkan boring je.. Pas dah siap 2 bakul kain lipat, aku kemas terus masuk dalam almari. Klu tak kemas, mmg sampai ke mgg ni la plak baru masukkan dalm almari. Hihihi.. Nasib baik Ahnaf tdo lagi. So, leh la aku wat keje dengan aman. Kalau tak, berebut ngan dia jela kain tue. Anakku itu sangat rajin tau.. Actually, memang sepjg minggu lepas, aku dah janji ngan abg bila dia complaint sal umah berselerak. Hari sabtu tu memang aku pulun habis-habis la. Ubah kedudukan kusi, rak tv, vacuum, mop, bersih dapo.. Nak patah pinggang aku rasanya. Ahnaf lak sporting betul la. Kul 11 baru dorang bukak mata. Masing2 bukak mata dengan perut lapo. Hahahaa.. Aku dah la tak masak apa2. Nasib baik abg cakap, as a reward, dia belanja makan nasi beriani. Tapi kitaorg bungkus jela. Sanggup g kl tau nk beli nasi tue. On da way balik, abg cakap nk beli air lak kat tesco. Tapi aku ngan Ahnaf duk dalm keta jela... Nak tau satu rahsia tak? Sebenarnya aku g KL ngan x mandi lagi taw.. ekekeke.. Sssssyyyhh... sebab tu aku malas nk turun g tesco. Bila dah balik, rest jap sambil layan hindustan. Act, cite tu dah tgk pun sbnrnya.. Tapi layan gak la. Petang tu plak, abg ajak g pasar malam gombak sekl ngan g umah nenek dia coz malam tu nenek dia suh dtg umh.

Hari Ahad lak, hari yang paling mengembirakan... jeng jeng jeng.. Apakah aktiviti kitaorg? Pagi2 lagi, abg ajak g mandi laut kat MORIB.. Mak oi.. aku sungguh teruja coz leh aku borong kerepek kat Banting.. Dah lama tak makan kerepek. Cet! Macam la kt cni x de kan? Hahahaa.. Tapi bila fikir2... Jauh la.. Act, sebelum tu abg ajak g PD.. lg jauh.. Klu bermalam, nak la aku sebab sambil2 g bercuti, leh aku terjah umah K.liza n K.Muni.. ekekeke... Disebabkan kitaorg x de plan nak g mana2.. Tiba2 terlintas dalam kepala aku ULU YAM. Aku tak pernah sampai tau. Yang tak disangka-sangka, husband aku terus setuju. YAHOOOOO!!!! Leh mandi sungai.. On da spot, kitaorg siap2 n bertolak. Yang haru birunyer kan, dah la salah jalan, kat bulatan batu caves tu, abg g amik simpang Selayang. Tapi ada hikmahnyer jugak, coz barula teringat yang road tax dah tamat 25/7. Abg decide patah balik sebab dia cakp kat ulu yam tu selalu ada polis. So, patah balik la amik road tax n tukar yg baru. Bila dah sampai ulu yam, betul2 ada road block dekat simpang masuk tue.. Nasib baik la.. Ya Allah, cantiknyer pemandangan kat sini. Kitaorg pilih la tempat yang tak ramai sangat. Yela, kalau ramai, x besh la nak mandi manda.. Sampai2 je, aku tukarkan ankku dengan swimming suit dia. Mula2 letak dia dalam air, merengek gak. Memang sejuk giler la air dia, padahal dah tengah hari waktu tue.. Kitaorg ni pun menggigil.. Bila dah lama2 tu, seronok la plak dia.. Walaupun bibir dah terketar-ketar, tapi tetap nak main air.. Adala dalam sejam kitaorg berendam... Sebab perut dah lapo. Yela, plan yang mengejut, mana nak prepare makanan.. Hihi.. Next time kita datang lagi ye sayng.. Ahnaf lak bila naik tue.. Muka sedih je.. kejap2 panggil ayah dia.. "Aaayyyyaaaaahhhhhhhh......" konon2 nak turun dalam air lagi la tue.. On da way balik, terus cari makanan, perut dah lapo giler.. Klu g ramai2 lagi syok rasanya.. So, gang! Sapa mau join???

p/s: Sebenarnyer kan, Ahnaf sebelum tu dah selsema.. Tapi ibu n ayah ni bawak gak dia berendam.. Kejamkah kami? Hihihi








Monday, July 27, 2009

~ Yahoo Problem ~

Huhuhu.. asal Yahoo problem ek? Tensionnyer.. Dah la semua page bookmark aku hilang..
Dah satu kerja nak cari balik website n blog yang aku dah save as bookmark.. Yg geramnyer ada website tuk aku wat reference for my assignment pun hilang. Huhu.. Ingat nk la pujuk hati yang lara ni, try bukak mail, facebook even friendster pun xleh. Mula2 tue cuak gak.. tertanya-tanya dalam kepala otak aku ni, adakah aku telah diblok dr melayari website2 tersebut.. Adakah kecurangan ku telah dapat dikesan. Oh, tidak!!!!! Tapi bila dgr opismate aku pun bising pasal problem ni. Aku suka balik.. hihi.. tapi tula, boring nyer.. napa ek? tp website malaysia leh lak bukak..
adoi la.. aku lah boring tahap gaban sek ni..

~ PAGI YANG GELAP ~

Pagi ni aku g opis dengan perasaan yang bercampur baur.. Ada geram, sedih, marah dan macam2 la. Pagi tadi, before aku mandi, aku siapkan bubur Ahnaf. Dah janji ngan abang, mgg ni nak kuar umah awal ckit. Sebab last week, boleh katakan every day, kitaorg kuar lambat, kul 8.20 baru kuar. Aku okla coz sampai opis ngam2 8.30. Cuma, abgla yang lambat ckit masuk. Time dia masuk opis sepatutnya 8.45, kadang2 dia cakap sampai opis dah kul 9 la. Sebab tu minggu ni kitaorg ingt nk kuar awal2. Semalam pun, aku dah siap gosok baju tuk seminggu nyer. So, pagi2 takdela kelam kabut. Pagi tadi, dalam kul 8, abg dah siap2. Aku ni walaupun dah siap sume, sedikit kelam kabut la, coz nk siapkan Ahnaf lagi. Mana nk mandikan dia, nk siapkan dia. Dah la susah sangat nk pakaikan dia pampers n baju sek ni. Bila dah siap2 dalam kul 8, kitaorg kuar r umah, konon2 nk hantar Ahnaf kat umah babysitter dia. Last2 tgk, akak tu tak balik lagi dari hantar anak dia g tadika. Huhu. Abang dah lain, aku cakapla, tunggu la kejap. Aku malas sebenarnya nk drive g opis. Dahla bekalan syiling dah habis tuk parking, sehari parking dah RM 5. Tunggu punya tunggu, akak tu tak balik2 lagi. Abang dah pakai helmet n sweater dah. Dia cakap aku g keje naik keta. Aku cakap la, tunggu la jap je lagi. Dia tak nak gak dengar, terus dia turun tangga. Yang Ahnaf ni lak melalak dia nak ngikut ayah dia. Aku ajak masuk umah pun tak nak. Yang aku sedih bukan apa, pagi ni masing2 g opis ngan muka masam. Tanpa salam, tanpa ucapan " I Love You". Dah la dalam keta tadi dgr lagu sedih.

Tapi kan, mood aku dah ok balik... Sebabnyer..

1) Aku baca kat blog k.eyna, yang dia preggy.. Beshnyer dengar orang dah preggy balik. Lepas ni Ticha dah jadi kak long. Buat K.EYNA & FAMILY, tahniah coz bakal dapat ahli keluarga yang baru. Jaga diri baik2 tau..

2) Baru je dapat mesej dari abang. Dia mintak maaf pasal pagi tadi. Dia cakap bukan sengaja, tapi dia terpaksa. Yelah, sek ni kan, zaman buang pekerja. Dia kenala berjaga-jaga.. I'm sorry abang... Dia siap tanya aku pukul Ahnaf ke sebab sampai bawah dengar dia nangis.. Huih.. x dela aku nk pukul anak manja tue. Tapi dia nangis, memang cam org kena pukul. Kadang-kadang air mata pun x dak. Tapi pagi ni meleleh air mata sebb sedih kena tinggal. Td pun time aku hantar dia, nangis gak. aduh, lagi lemah semangat aku, tinggal anak dlm keadaan nangis. Sampai tak nak jalan sendiri tadi. Biasanya, dia jalan sendiri je g umah bbsttr tue.. Adoila, anakku...

upppsss... cite pasal weekend, aku hold dulu coz ada sedikit technical problem..
yang pasti aku punyai weekend yg besh walaupun ada la sumthing yang aku tak suka buat tapi terpaksa buat..

sekian..

Thursday, July 23, 2009

~ Pagi Yang Kelam Kabut! ~

Pagi ni aku kelam kabut giler.. Nak wat camne, dah terlajak tdo.. huhu.. Nasib baik aku uzur, abg jela, subuh gajah.. adoi la.. Ntah camne, leh x sedar lak alarm bunyi..
Ahnaf lak biasanya before kul 7 dah bangun, pagi ni lena la plak. Maybe sebb hujan kot.. tu yang sedap tdo.. Bila hubby ku kejutkan je, terus g mandi. Dgn baju tak gosok lagi, adoh yai.. cam lipas kudung aku. Semalam aku tdo agak lewat, siapkan assignment. Sebab tu x smpt nk gosok baju, Biasanya baju2 keje aku gosok sekl semgg. tapi kan weekend hari tue, aku tdo umh maktok abg n ahad lak, aku ada kelas. Tak de stok baju la. Dengan Ahnaf lagi, last2 aku suh ayah dia mandikan sekali Ahnaf. Kesian dia, tak de bekal tuk hari ni.. Maafkan ibu sayang, ibu tak sempat masak bubur tuk Ahnaf la hari ni. Dah la masa hantar dia tadi menangis-nangis dia.. Sedih giler agaknya.. Sampaikan tak leh aku nak cium, coz dia sibuk nak tutup grill umah akak tue.. huhu... Majuk la tu kononnyer..

Sampai2 opis lak, tak sempat nak breakfirst lg, bos dah panggil. Ingat apa, dia tak jumpa CN yang aku dah print. Satu hal plak, cr dalam file yang aku biasa letak x de.. Udah, kena print la plak, yg aku geram tue, siap je print, leh lak ada. Siap kata dia salah letak dalam file lain. Tak ke hangin? Huhu... Baru start nak makan jap.. kejap2 bos panggil, tanya camne nk clearkan 0.80 balance. Aku cakapla, yg tu dah terlebih bayar, so, nanti minus je la 0.80 tue. Bos aku ni jenis yg suka fkr dlm2 tau. Benda yg simple dia wat lg terbelit-belit. Sampai otak aku pun dah terbelit-belit ha.. Kul 10 lbh, barula aku sempat breakfirst, nasib baik ada opismate aku belikan kuih.

Sebagai pengajaran, jangan bangun lambat2 lagi.

Sekian...

Tuesday, July 21, 2009

~ So Tired ~

Tidak ada perkataan dapat ku gambarkan... AKU LETIH YANG TERAMAT!!!!!! huhu... rasa badan lemah giler2.. Mata aku lak dah cam sumthing je. Semalam, aku dah gtau abg, aku nk g check mata la. Selama ni aku tak nak check, sebab aku takut terima kenyataan, aku kena pakai spek.. Boleh ke ek camtue? ekekeke.. Tapi, kl ni, klu kena pakai, pakai jela. Yelah, dari pagi sampai petang duk ngadap comp, balik umah lak, duk ngadap buku. Ceh.. cam best studennt lak ye.. Idok le gitu, cuma sem ni mmg x leh nk tangguh2 dah wat rivision, byk bebeno nk kena hafalnyer.. huhu..

Oh ya, aku rasa aku letih sgt sebb aku tak cukup rest.. Huhu.. last weekend, hari sabtu tu bgn pagi2.. Nasib baik aku uzur, so, x yah la awl2 subuh tu aku bgn. Cuma, hr tu kul 8 aku dh bgn. Adoi yai.. Selalunyer waktu tu aku membuta lg, biasala, qada tdo seminggu..hihihi.. Boleh gitu ???( pssst: k.faridah, pjm ayat.. ) Bangun2 je tdo, kemas umah, vacuum, mop lantai bagai. Nasib baik pinggan mangkuk dah settle sume basuh. Pas siap sume2 tu prepare BRUNCH lak n bubur si kecik ku itew.. Biasala, klu cuti, mmg x de maknanyer BREAKFAST.. Baru je nak mkan, org datang nk ukur tuk wat kitchen cabinet. Bla bla bla... Lepas dia balik dalam kul 1 lbh tue, konon2 nak maknla.. tgh goreng tlo, ada lak yg ketuk pintu umh, bl abg g bukak, dia ckp nk check tong gas. rupa2nya dia tu salesman, dia jual kepala n tiub gas keselamatan. Ala, tiub yg sambung dari dapo masak ke tong gas tu la. Habis sume dia bukak n siap demo lagi. Mak oi, brla ku tahu betapa tingginyer risiko tiap kl masak.. huhu.. Dia jual tu satu set 4++. Manala kitaorg ada cash on da spot. So, hubby decide amik tiub tu je bagi gantikan tiub lama. Kepala tu nanti la dulu. Melayang la RM60 hari tue.. Bila dia dh blah, barula blh makan, nasib baik Ahnaf dah tertdo. Siap makan, kemas dapo sume, dah nk gerak g umah nenek abg lak kat Sri Gombak. Aduh, mmg x de can la aku nk rilex2 jap.

Dah namanyer g umah org kan, x kan kita nak baring2 lak. Terpaksa la tahan jela, padahal belakang aku sakit giler.. Dah PIL pun ada dtg gak.. Malam tu baru dorang balik, kitaorg lak mmg tdo situ coz ahad tu aku ada kelas kat shah alam. Ikutkn hati, aku nk je balik, sebab lagi dekat dr umh aku ke shah alam tu.. tapi nak wat camne, dah nenek abg suh abg n ahnaf duk sana time aku g kls. Malam tu lak, kul 12 br tdo, dh la asyik terkejut sebb nyamuk. Bimbang Ahnaf lg, takut jd mangsa. Pagi esok mmg aku kena siap awl2 la, sebb jauh nk g shah alam. Biasanya dr umh aku, kuar kul 7.40 pun sempat lg kls 8.30. Hr Ahad tu, aku kuar kul 7.15 dr umah. Pagi tu nk bangun mmg liat giler. Dah la sehari suntuk ada kelas. Bisa2 badan makin terasa. Ahad malam br balik umah kitaorg. Huhu.. Mmg weekend ni x de rest lgsg la. Sampai la saat ni, aku masih belum leh rehat betul2.. HELP ME!!!!!!!! I NEED SOME REST!!


sekian..

Friday, July 17, 2009

~ Mata Panda ~

Huhuhu.. hari ni aku mengantuk giler kat opis. Dah la pagi tadi suasana yg sejuk giler, makin la aku liat nak bangun. Adoila, setan ni kuat betul godaannyer. Tapi akhirnya, aku berjaya gak lawan walaupun sedikit lambat.. hihi.. Macam mn tak lambat, semalam tdo kat kul 2. Udahnyer.. mata ku dah macam mata Panda.. huhu

Act, petang semalam aku n Ahnaf, konon2 nk ikut la hubby ku g main badminton kt Stadium Juara. Cousin hubby ku ada 2 org nk ikut sekali. So, balik dr opis tu, aku siap2 kan brg2 budak kecik tue. Tunggu punya tunggu, dekat kul 6.30 br leh gerak g stadium coz nunggu cousin hubby form UIA. Sampai2 je sana, dah cuak, coz keta banyak semacam. Kitaorg dalam keta ni mula la tertanya...

Hubby : Yang, dalam berita semalam cakap dah habis kan?
Aku : Aah. Tapi cam ada tournament je lg
Cousin abg : Takpela, kita g tgk dulu..

So, kitaorg pun park la kat tempat biasa. Dari dalam keta dah nampak ada pemain pakai baju Bangkok la, Japan la, Malaysia pun ada. Rupanya-rupanya untuk under age lum habis lagi. Lor, wat penat je siap2. Dah alang2 sampai tue, kitaorg pun jenguk la sekl. Syok gak tengok live. Hihihi. Si kecik tu lg syok, siap meronda lagi kat luar stadium tue, aku ni la yang termengah-mengah duk ngejar dia. Habis semua org dia sengih, tak kira la dr negara mana pun, aduhai Ahnaf. Peramah ye? Sampaikan ada sorang pemain dr India tu hulur tangan, dia boleh lak nk berdukung ngan org tue. Tapi agaknya bila dia dgr bahasa x sama, trs dia meronta nak turun. Hahaha, amik, peramah la sangat. Dah la ngan kasut cot cet, kesana kemari. Yang lawaknyer plak, kitaorg dengan selamba g main ikut pegawai nyer pintu. Patutla masa kitaorg duk berdiri kat situ, pegawai2 tu tgk semacam je. hahaha.. Dah kuar baru la perasan. Halal je la pak yer..

Dah puas duk tercongok kat stadium tue, kitaorg blah g makan la plak. Yela, perut lapa giler. Macam biasa la, tempat makan lepas main badminton, UPTOWN DAMANSARA. Padahal semlm bkn main pun.. hahaha.. Dalam kul 8 lbh, cousin hubby ku ajak hubby g main squash lak kat UIA n aku & Ahnaf lepak umah nenek hubby kat sri gombak. Hubby yg dah lama tak pegang racket squash pe lg, setuju la. Selama ni nak main tak de gang. Lepak la aku umh nenek, nasib baik ada cousin hubby lg sorang stay kat situ gak, ada la gang coz maktok n tok abah tak de lak semalam. Dekat kul 12 pagi dorang sampai sri gombak balik. Huhu.. aku pun dah hampir-hampir nak terlelap. Ahnaf dah tdo, bangun n tdo blk. Sampai2 umah dekat kul 1, hubby ku lak x sabo2 nk tgk dvd transformer. Yelah, kitaorg ni mn la tgk lg, nk tgk kat wayang, x sangup den nk bwk si kecik tue.. hihi.. Sempat la layan dalam 40 minit, aku dah surrender. Ngantuk giler dah weh. Ntah kul bapa hubby ku masuk tdo aku tak tau. Tanya pagi td, dia pun tak hbs gak. hahaha.. So, mlm ni br la nak layan betul2 sampai projek lipat kain weh.. Aku rasa dah dekat semgg tak berlipat, basuhnyer hari2.. Basuh rajin la sebab machine. Tak de ke mesin lipat kain ek? hihihi

sekian..

Thursday, July 16, 2009

~ Demam + MC + Jalan2 Cr Makan ~

Semalam aku MC, sebabnyer aku dah tak larat sangat2 + ada bintik2 merah kat tangan aku. Hubby aku dah cuak, yela, tu mcm tanda2 demam denggi kan, dah la malam tu badan aku makin panas. Hubby ku paksa gak aku g klinik, dia pun amik cuti. Mula2 ingat nak hantar Ahnaf g umah bbster dia, tp x jd la, kesian lak, lgpun leh wat check up dia sekl. Selsema dia pun tak berapa nak hilang lagi. So, lps siap2 semua, ktorg pun g klini, nasib baik x ramai org, dah jumpa doc n amik ubat. Nasib baik doc ckp rashes biasa je.. huhu.. Hilang cuak aku. Sampai je umah, lapa giler, nasib baik ada sup ayam, so, aku bedalla sup ayam, dah makan, aku telan ubat2 n terus zzzzz atas sofa kat depan. Lunch pun hubby ku yg masak, thanx cayang... Klu dah membuta tu mmg x sedar la kul bp, sedar2 dah kul 5 lbh.. huhu, punya la lama aku tdo, tengok2 Ahnaf n hubby ku pun turut sama menyertaiku membutakan diri.. hahaha... Biasala, klu dah tdo lama, perut pun mesti la berdondang sayang kan? Nasib baik time aku dah bangun, hubby ku pun sama bangun.. SI kecik tu tetap terlena. Aku pun dengan muka sedih.."Yang, lapa la." "Nak makan apa? JCO nak?" Wah! JCO, dah lama ku tak makan, aku dengan muka excitednyer bersetuju.. hihi. Apalagi, mandi, solat n then kejutkan si kecik, mandikan dia lg. Kuar je umah, tgk jalan hala ke Sg.Buloh jem giler.. Huhu, so, terpaksala ikut LDP, nsb baik dalm Kota Damansara tak jem.

Yang si kecik ni lak, mentang2 dah dapat kaki, nak jalan sendiri. Cot cet cot cet bunyi selipar dia. Dari satu kedai ke satu kedai dia masuk, macam la nk beli, last2 aku angkat masukkan dia dalm troli. Ha, kan dah x leh nak jalan2.. hihi.. Suka2, ibu suka tgk muka Ahnaf protes.. wakakkaa... Bila dah siap soping serba sikit brg2 umh, act, brg2 makan sebnrnya.. hihi.. Niat hati x de nak soping pun, konon nk g JCo je, tp hubby lak ckp minyak rambut dah hbs, bl dah msk dlm tue, fhm2 jela.. tgn ni gatal jela nk menarik satu dua barang2 lain.. hihihi.. sory yang, sapa suh masuk cni..
Masa nak balik tu, hubby ku terpesona lak ngan satu kereta ni, ( gambo x amik, sebb ms tgh fokus tu, salesman tu tgk semcm je.. huhu ) keta ni buatan jepun tapi design dia unik, tp bg aku, cam oven pun ada gak.. hahahaha.. Hubby lak tiba2 teringin nk try Wendy's. Selama ni duk lalu je depan tu, tak tergerak pun hati. Tapi semlm, nk try la konon, aku mmg tak layan dah, sebb nk bedal donut je.. Bagi aku tak de la besh sgt ( sebb aku bedal burger hubby ku ).. besh lg KFC @ McD @ Burger King.. Sampai umah, aku bedal lak nasi + habiskan lauk yg hubby ku masak ( klu x makn, kecik hati lak.. hihihi ).



Tuesday, July 14, 2009

~ Demam, Sakit Tekak, Selsema.. Gggrrrrrr ~

Salam.. hr ni aku tak sihat.. Mood nak wat keje pun tak de. Act, sejak semalam lagi aku rasa tak sedap badan. Semuanya bermula dari anakku, Ahnaf. Hari sabtu n ahad lepas, dia demam + selsema. Kesian giler tengok dia tak sihat, tapi dalam tak sihat tue, nak jugak main, walaupun muka dia nampak letih and tak sihat.. Ahnaf.. Ahnaf.. Petang semalam, waktu pegi amik dia kat umh bbsitter, tengok dia dah ok, tapi aku lak yang melepet.. huhu.. Badan kejap sejuk, kejap panas. Tapi gagahkan diri gakla masak tuk dinner. Masa nk basuh pinggan mangkuk tue, tahan jela sejuknya. Nasib baik malam tadi Ahnaf cam tau2 je aku tak sihat, manja giler ngan ayah dia.. Lepas je solat Isyak, aku dah tak sedar apa2 dah. Sedar-sedar kul 2 lebih, tengok Ahnaf tdo dalam dakapan hubby ku. Huhu, kesian dia, selama ni tiap2 malam, dia tdo atas tangan aku. Maafkan ibu sayang...

Bangun pagi tadi pun, still meleleh balik air hidung ni, ikutkan hati nak je aku MC. Hubby ku pun dah larang aku g keje. Tapi klu tak g keje, bising lak Cina2 ni. Nantikan ada je yg diaorg nk bising.. Keje banyak la, apa la, itula.. Yang diaorg ni leh lak, suka2 hati kuar time opis. Kalau kuar atas urusan keje ok la jugak, ni kuar sebab g minum2 ngan membe2.. sapa tak sakit hati?! Pastu lambak keje kat aku, klu salah wat, marah kan aku lak. Hello! Keje ko wat la sendiri, aku pun ada keje sendiri la! Dah bukan bidang aku, mana la aku nk expert! Ingat aku ni robot ke?! Leh wat banyak2 keje dalam satu masa. Pigidah! Dasar mata duitan semua. Apa yang penting bagi dorang bukan kerjasama! Tapi PROFIT! asyik2 PROFIT. Team sales lg la haru, tiap2 hari kena force suh wat sales byk2.. tak ke cam siot tue? Yang plg aku geram, leh lak dia cakap, hari2 org sakit pun, sales tetap x naik banyak. Siot kan, kita punya la nak org sihat, dia lagi nak org sakit.. Aduh! naik balik temperature badan aku ni.. Dari dia berasap, better aku stop dulu..

Tuesday, July 7, 2009

~ Teristimewa Buat Puteraku ~

Bukan harta benda yang ibu hadiahkan buat Ahnaf sempena besday dia.. Ibu hadiahkan restu dan doa untuk mengiringi perjalananmu anakku. Walau kau masih kecil untuk memahami erti kasih sayang, tapi ibu harap kau dapat merasa kasih sayang yang ibu dan ayah hadiahkan buatmu puteraku, Ahnaf. Sempena besday mu, tidak ada kek yang terhias cantik, berharga berpuluh ringgit, hanya kek yang simple dapat ibu hadiahkan buat meraikan dirimu...





Monday, July 6, 2009

~ Hepi bufday Ahnaf! ~

Semalam, genap la umur anak kesayanganku setahun. Kejapnyer masa berlalu.. Dah setahun anak ibu.. Yang paling best, target kitaorg nk tgk dia leh jalan before setahun dah tercapai! suka ayah dia. Hilang segala penat lelah melatih anak teruna tue.. hihi.. Sempena besday Ahnaf, aku wat la majlis kecil-kecilan.. Hari sabtu tue, buat majlis baca yassin & doa selamat. Majlis tu family jela.. Esoknye ( 5/7 ) barula wat majlis besday Ahnaf. Yang ni baru la ajak membe2 forum.. Dah macam nursery umahku itew.. Riuh rendah.. hihi.. tapi syok giler.. yelah, bukan senang nk jumpa membe2 forum ni.. masing2 bz.. Terima kasihla buat semua... Untuk Ahnaf, ibu dan ayah sentiasa doakan agar dirimu dirahmati & dilindungi oleh Allah sayangku.. Semoga anak ibu menjadi anak yang baik, soleh, dan tabah hadapi apa jua dugaan hidup ini.. We luv u...
< Membe2 forum yg hadir >


< Gelagat Besday Boy >



< Da Babies >




~ TAG from k.faridah ~

TAG - DARI K.FARIDAH
Sory kak.. ain br perasan ada keje umh...


1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
= Sorang.. Boy


2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
= Insya Allah, next year kot.. @ tunggu Ahnaf mintak adik.. hihi

3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
= AHNAF - yang berpegang teguh pada ajaran Islam

4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
= My hubby

5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
= Dalam list nama2 Islam buku amalam ibu hamil


6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
= erm.. x tau lg la.. yg pastinya ringkas dan pendek..


7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza = umur anak anda?
= tak terlibat kot yg ni


8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnyer?
= kalau boleh nak girl la plak.. jeles le tgk baju2 comey n aksesori tuk girl..
lgpun leh la sepasang...


9. Ape ciri2 persamaan anda & anak anda?
= erm.. maybe kening je kot..sebab Ahnaf photostat muka ayah la.. huhu


10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.





11. Tag seberapa ramai yang boleh untuk jawab tag ni.

alamak.. dlm list ain ckit jela follower, aci tak tag org yg dah kena.. hihi

1) k.eyna
2) k.faridah
3) intan brunei..