



Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda
”Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.
Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak”
(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)
SENARAI JADUAL KULIAH-KULIAH :
Bagi kawan-kawan di sekitar Kuantan ,
Masa :
Malam Jumaat (Kitab Mutlain Badrain dan Kitab SiirasuSalikin)
Malam Ahad ( Kitab Muhimmah dan Hikam Ibnu Atho)
2.Tempat : Masjid Al-Fattah,Kuantan..Kuliah Dhuha Ust Mokhtar Senik (Tafsir dan Kitab Bahrul Mazi)
Masa : 9:00 pg Setiap Ahad
Bagi yang berada berada disekitar Sepang,Selangor dan Nilai N.Sembilan.
1. Setiap malam Rabu ( kecuali hujung bulan) : Kuliah Tafsir oleh Ustaz Abdurrahman
Tempat : Masjid Sultan Hisamuddin - Bandar Baru Salak Tinggi Sepang.
2. Tempat ; Surau Taman Seroja.BBST,Sepang.
Kuliah diadakan setiap malam(tertakluk kepada jadual kuliah surau)
3. Pondok Al-Jenderami,Dengkil,Selangor.
Kitab Mutlain Badrain…( Setiap pagi Ahad dan Sabtu)
Tunjangi Perjuangan Dengan ILMU.
Firman Allah s.w.t :
“ Wahai orang-orang yang beriman , diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu , agar kamu bertaqwa .” Surah Al-Baqarah ayat 183.
Muslimin dan muslimat ,
· Kekalkan solat fardhu berjemaah disurau ?
· Selalu membaca Al-Quran ?
· Ternanti –nanti laungan azan maghrib ?
· Banyak bersedekah ?
· Rindukan suasana solat berjemaah ?
Jika semuanya YA , Alhamdulillah kita telah mendapat keberkatan dari bulan Ramadhan .
Jika tidak , berusahalah , berdoalah kepada Allah , jadikan Ramadhan ini sebagai bulan untuk kita mendidik jiwa , nafsu dan diri kita agar dapat menjadi hamba Allah yang benar-benar melakukan semua suruhanNYA dan meninggalkan semua laranganNYA.
Mudah-mudahan kita akan selamat didunia dan juga akhirat .
“ IBADAH DIPERBANYAKKAN
RAMADHAN DIMULIAKAN “
Perniagaan yang bersistemkan MLM menjadi trend, syarikat-syarikat atau jenama-jenama baru , tumbuh terlalu banyak dan cepat.
Kebanyakkan ahli-ahlinya adalah orang-orang melayu Islam….
Tentang apa hukumnya itu,aku tidak mahu komen kerana aku bukan ahlinya.
Apa yang terdetik dihati,selepas mendengar beberapa cerita tentang pengalaman-pengalaman dari beberapa orang jemaah surau yang berbincang hal itu selepas solat terawih beberapa hari yang lalu ialah…
Beratnya dugaan dan ujian yang akan ditempuhi sebagai seorang suami dan bapa, kerana untuk memenuhi kehendak keluarga,terpaksalah mencari sumber pendapatan kedua…itu salah satu punca MLM menjadi pilihan.
Begitu ramai yang percaya dan yakin malahan sanggup melabur ratusan ribu ringgit, untuk mendapat pulangan berlipat kali ganda,dalam satu-satu perniagaan MLM yang disertainya tanpa memikirkan halal dan haram.
Mengapa orang Islam lebih mempercayai janji-janji manusia daripada janji-janji Allah,yang menjanjikan perniagaan yang PASTI akan untung,untung dengan pahala.
Seperti sedekah pada jalan Allah,menderma untuk pembinaan masjid,sekolah-sekolah tahfiz,pondok-pondok ,memberi makan anak yatim dan pelbagai lagi sumber untuk kita mencari PAHALA sebagai bekalan di AKHIRAT nanti.
Moral of the story….
Persiapkan diri masing-masing dengan iman dan akidah yang betul dan teguh,dan ilmu-ilmu ,untuk menempuhi hidup sebagai suami dan bapa supaya dapat mewujudkan keluarga yang bersyukur,cukup dengan apa yang ada,redha dengan apa yang tiada.
Tuntutlah ilmu-ilmu agama dan amalkannya supaya dapat menjadi pengawal kita dan mejadikan kita hidup sebagai seorang mu`min.
Kongsilah dan sampaikan ilmu agama yang kita ada kepada masyarakat dengan cara yang berhemah,agar mereka kembali hidup bertuhankan ALLAH dan menyakininya.
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” Surah `Ali-Imran ayat 14.
Setiap tahun,seluruh negara akan bercakap dan memberi perhatian kepada keputusan SPM setiap kali selepas ianya diumumkan.
Kepada yang berjaya mendapat banyak ‘A’,pelbagai pihak mengucapkan tahniah , ditemubual untuk ditanyakan petua – petua dan tips –tips belajar, diberikan tawaran melanjutkan pengajian samaada didalam atau diluar negara .
Segalanya indah bagi mereka , seumpama telah berjaya untuk selamanya.
Jika ada yang berjaya sudah pasti ada juga yang kurang berjaya…
Bagi mereka yang berjaya apa yang ditunggu – tunggu , ialah melangkahkan kaki ke menara gading , dan semua pihak bersatu memberikan bantuan samaada keewangan , motivasi , dan sebagainya.
Ironinya disini , kita perhatikan berapa banyakkah pihak yang membantu golongan yang kurang berjaya tadi ?
Andai kata mereka ingin teruskan pelajaran disekolah , terus tinggal dikampung halaman , apakah yang dapat disumbangkan pada mereka dan apa yang mereka dapat sumbangkan pada masyarakat disekitar kampung halaman ? Terutama pada para pelajar sekolah agama . dengan ilmu yang ada di dada selama 5 tahun menuntut ilmu , banyak yang dapat disampaikan kepada masyarakat dikampung – kampung .
Dan cara untuk menyampaikan ilmu –ilmu ini , tidak dapat lari dari memerlukan tempat sebagai medium sebagai penghubung antara pelajar dengan masyarakat . Maka surau dan masjidlah tempat yang paling sesuai .
Disinilah perlunya kerjasama antara pihak sekolah , dan organisasi surau dan masjid , dalam meyediakan tugas kepada para pelajar berkhidmat kepada masyarakat . Seperti :
Pihak sekolah dan juga surau juga boleh mendapatkan kerjasama daripada ustaz – ustaz daripada pusat pendidikan islam seperti pondok – pondok , untuk bertindak sebagai mentor kepada para pelajar , membimbing dan mengajar mereka .
Dengan adanya pengisian seperti ini , para pelajar lebih berilmu kerana , mereka dapat mengamalkan dan menyampaikan terus apa yang mereka pelajari dan menjadikan mereka aset yang penting kepada masyarakat islam .
“Syeikh pernah menjadi menjadi Guru Besar di Rambur India dengan gaji yang sangat kecil diberi oleh Amir Islam setempat berjumlah tidak melebihi 10 rupee”
Penguasa Inggeris diwilayah itu Mr Haknes menawarkan kepada Syeikh Abd Rahim satu jawatan tinggi di Fakulti Berly dengan gaji 250 000 rupee dengan janji akan ditambah dalam waktu yang singkat . Tetapi Syeikh Abd Rahim menolak ,kerana gajinya yang sepuluh rupee akan hilang apabila pindah jabatan . Penguasa Inggeris hairan dan berkata ; aku tak pernah melihat seperti aku lihat yang ini . Aku menawarkan gaji berkali ganda ,tetapi kamu menolaknya dan merasa senang dengan gaji kecil.
Tetapi Syeikh Abd Rahim mengemukakan bahawa diperkarangan rumahnya ada pohon sidr .Ia suka memakan buahnya ,ia takut tak dapat menikmatinya lagi kalu berpindah ke Berly. Mr Haknes masih belum mengerti maksud Syeikh Abd Rahim,lalu menjawab ;Saya menjamin bahawa buah sidr itu akan sampai kepadamu dari Rambur ke Berly .
Untuk kali ketiga Syeikh Abd Rahim berdalih ,bahawa dia tidak sampai hati untuk meninggalkan murid-muridnya.Kalau dia berpindah negeri tentu terhentilah pelajaran mereka . Mendengar keterangan ini penguasa itu sanggup untuk memindahkan murid-murid itu ke Berly,membantu penghidupan mereka seperlunya ,agar dapat meneruskan pengajian disana.Dalam keadaan seperti ini Syeikh Abd Rahim dengan pantas berkata kepada penguasa; Bagaimana jawapanku kepada Tuhanku apabila aku ditanya “kenapa kamu menerima upah dalam mengajar ilmu?”.
Mendengar keterangan ini ,tercenganglah penguasa Inggeris itu,dan fahamlah jiwa seorang ulama` muslim yang hakiki.