Coca Cola Bottle MalaysiaBotol coca cola 285 ml dan 290 ml di Malaysia terdapat beberapa versi, ada collector yang kumpul sehingga 16 botol untuk melengkapkan set dan ada yang mengumpul 12 sahaja sebagai satu set. Bagi set 12 biji , botol no 1 dan no 2 adalah yang paling susah utk didapati dan botol no 1 boleh dikatakan paling paling susah kerana setakat ini yang ada di tangan collector cuma hanya ada lebih kurang 15 biji sahaja di seluruh Malaysia .
Bagi yang bernasib baik mungkin boleh mengumpul set yang mempunyai silver cap sebagai set mereka dan jika anda adalah pengumpul baru, cukuplah sekadar belajar kumpul botol yang mempunyai air dan ada red cap atau kumpul botol kosong dahulu bagi melengkapkan set kerana di tahun 2009 cukup sukar untuk mendapatkan botol yang mempunyai air.
Bagi set 16 botol agak sukar untuk mencarinya kerana dibuat dalam kuantiti yang terhad dan dikeluarkan selama satu tahun sahaja. Antara siri yang sukar dicari adalah botol :-
i) Botol siri no 3 - Coca Cola (depan belakang) Trade Mark Regd (tiada 285 atau 290ml) - aku pun takde botol nie....susah gila aku cari... dah korek dari perlis sampai johor.... belum cari kat sabah je.... he he he
ii) Botol siri no 4 - Coca Cola (depan belakang) Trade Mark Registered (tiada 285 atau 290ml) - ni pun satu gak , lama mencari masih belum berjumpa...
iii) Botol siri no 5 - Coca Cola (depan belakang) Trade Mark Registered 290 ml (tiada perkataan cont ) ditulis pada badan botol. - Ini aku ada tapi sebijik je....
iv) Botol siri no 6 - Coca Cola (depan) Belakang tulisan cina (common- panjang) (rare - pendek)
- ha, yang nie aku ada 2 bijik...
Untuk makluman korang , ini adalah beberapa siri botol yang ada dalam tangan aku- so minta maaf banyak-banyak gambar tak berapa terang... kamera 3 megapixel je...
Botol coca cola1. Trade Mark Registered
(embossed) Hobbleskirt
2. Trade Mark Registered ( Embossed) Flat
3. Trade Mark Registered Cont 290 ml
4. Trade Mark Registered Cont 285ml
5. Bottle And Trade Mark Registered (Isi 285 ml)
6. Tanda Perniagaan Berdaftar (Isi 285 ml)
7. Tanda Perniagaan Berdaftar (Isi 285ml)
8. COKE - Bottle and trade Mark Registered (Isi 285ml)
This three bottle down here (red cap-bottling in Bukit Belimbing , Shah Alam) is most common malaysia bottle, you can buy it at any 'mamak's stall' in Malaysia from RM 1.50 ( USD 0.40 cent) only. BUT>>>>>> if it 's hard to find the one with silver cap, which bottled in Jalan Foss,Kuala Lumpur and very rare. (ps ... mine is considered rare coz punch with silver cap..
9 a) Tanda Perniagaan Berdaftar - Isi 285ML
10 b) Tanda Perniagaan Berdaftar -Untuk Minuman Sahaja - Isi 285 ML
11 c) Tanda Perniagaan Berdaftar - Untuk Minuman Sahaja
Aku nak bagitau korang, kalau rasa nak menciplak gambor botoiii aku nie, apapun mintak la permisi aku dulu ya.... jangan main tempek je kat blog korang....