bro jamil, seller di amcorp mall dalam sinar harian 08 sept 2011.
kumpul coca cola malaysia - This site is an unofficial Coca-Cola site. This site is not sponsored by, supported by or affiliated with any Coca-Cola Company.
Friday, September 30, 2011
Wednesday, September 28, 2011
kesah malaysia ke world cup dan sepeti siri 2
En mat ingat lagi brader nie, masa kelayakan piala dunia, malaysia lawan singapura en mat himpit brader nie, sebelum masuk stadium... en mat sound kat brader ni... boleh bayar tepi ke? Dia buat muka serius, apalagi ...belahh....
Fitri tak payah bayar tepi, masuk terus jalan dalam stadium...FOC... entah apa ilmu alam dia pakai. Dengor FAM sedang cari orang masuk stadium free....
kat brader ni lagi best, en mat belum tanya apa apa dah surrender..
ehhh ...kau pun ada gak masa kelayakan tu?
aku tak tau pun kau ada...kau datang sebijik je ke atau berteman? dengor tudung jenis cam gini susah la ni nak dapat, korek mana, kat top 5 hunting spot ke?
walaubagaimana pun aku minta maaf, aku ada sepeti tudung bola siri 2, pun datang secara pakej, apalagi sapu bersih 2.0 la...
crate pun datang dgn pakej, jimat jimat
Monday, September 26, 2011
raya mood dan sepeti siri 1
Hari raya selama sebulan membantutkan mood utk membuat posting, bukan takde bahan tetapi kepenatan, minggu pertama beraya kat kangar dan jln gasing pj. Minggu kedua open house kat klang valley dan beraya rumah saudara yg jauh sikit macam kat tg karang & k.selangor .., minggu ketiga open house kat klang valley dan minggu terakhir pun banyak juga open house hinggakan dua hari terakhir syawal pun ada jemputan makan..
gambar bawah:
ANAK EN MAT DAN SEPUPU di rumah mak alang, sawah sempadan , tg karang, arghh bestnya dunia tanpa sempadan di kampung, bebas..... Berbanding di bandar ...semuanya bagai terkurung.
gambar bawah:
yang bawah ni gambar tengah panggang burung puyuh semasa raya ketiga di kangar
MAKAN, MAKAN, MAKAN...
en mat boleh bayangkan di masa akan datang bila open house makin banyak pada hari biasa pun orang akan buat open house.
contoh semalam di ofis sahaja jam 09.00 pagi dah layan Laksam, jam 10.00 layan nasi impit jemputan dari unit transport dan jam 11.00 makan lontong jemputan dari business mail fuhhh layan.... meeting jam 02.00 pun ada makan mihun sup dan nak balik jam 05.00 pun ada jemputan makan beriani kambing. Kekenyangan beb..
jangan ada berani, lepas makan banyak, layan coke pasti pastu burb, burb, burb la korang sendawa..
tapi yg coke di bawah sepeti ini tak boleh minum dah , expired, dapat dari pekan lama di sebuah negeri di selangor' restoran dah tutup lama dah , kata member en mat nih'. Kebas la kata en mat , mana nak dapat dah.
SEPETI SIRI 1
tudung merah biasa
bukit belimbing
Monday, September 12, 2011
si budak kenny
Gambar budak kenny pegang air coke sambil sandang beg ini popular kepada pengumpul coke malaysia semasa olimpik musim panas tahun 2000, Coke M pun ada mengeluarkan commemorative tin sempena sukan olimpik sydney 2000 ini.
tapi yg ini adalah poster mempromosi dan peluang utk mendapatkan beg , tapi kena beli 1 x 6 pack atau 2 x 1.5 liter coke dan dapat beg dgn mengeluarkan cuma RM 22.90 sahaja.
Saiz lebih kurang 3 kaki x 2.5 kaki
sydney 2000
Dapat mana? pakej tiga dalam satu harga, iklan chup, iklan F & N kongsi raya dan yg ini: dapat dari bro botol soda semasa beliau kemas rumah utk sambut raya ramadhon lalu.
Tuesday, September 6, 2011
chup, pek mega nilai
Sunday, September 4, 2011
ceriakan kemeriahan musim raya
besar poster ni lebih kurang 3 kaki x 3 kaki.
Ini iklan sebelah coca cola, segar sentiasa ceria bersama
ini iklan sebelah F & N, ceriakan kemeriahan musim raya.
Dapat kat mana???
Dapat dari seorang ahli botologi di bukit jelutong, bulan ramadhon yg lepas, katanya dah simpan sejak awal tahun 2000 yg lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)