RSS

Kisah Potty Training Iman #1

Bismillahirahmanirahim

Potty Training atau dalam bahasa mudahnya mengajar anak menggunakan tandas membuang hajat besar atau kecil. Sewaktu saya buat keputusan nak latih Iman ke tandas ni, banyak saya fikirkan dan saya membuat homework melalui bacaan di internet.

Minggu pertama puasa saya mula latih Iman. Subhanallah.. ini bukan kerja yang senang. Ia memerlukan kesabaran yang AMAT TINGGI.

Hari Pertama :

Saya pakaikan Iman training pant. Langsung tak jalan. Saya bawa Iman setiap 1/2 jam ke tandas melatih dia untuk kencing di tandas. Tapi duduk je di toilet seat dan main flush. Bila keluar dari tandas baru lahhhhh dia kencing. EE sabar ajala. Entah dah banyak mana saya terpaksa basuh carpet. Satu masalah rumah kami FULLY CARPET. Hanya bilik air dan dapur sahaja tak bercarpet. Ada juga niat di hati tak nak latih lagi tapi sampai bila saya nak biar Iman pakai pampers? Dia dah masuk 3 tahun dah. Kalau anak mat saleh ni umur 2 tahun/ setahun lebih dah pandai guna tandas.

Sampai ke petang Iman masih tak bagitahu saya dia nak kencing/berak. Waktu malam, saya kembali pakaikan diaper.

Hari pertama : saya FAILED.

Hari kedua :

Kali ini saya gunakan teknik 3 hari dah boleh berjaya. Saya bogelkan Iman dari pinggang hingga ke kaki (tak pakai seluar/kain). Tapi Iman tak selesa, dia minta pakaikan pampers/seluar. Tapi saya buat teknik ini sekejap sebab saya rasa tak elok ajar dia bogel.

Tapi keputusan macam hari pertama : Saya FAILED

Hari ketiga :

Hari ni emosi saya sangat tak stabil. Saya menerima panggilan dari klinik menyatakan bil mengandung saya sewaktu Muizz masih belum dibuat. Pelik... macam mana insuran buat kerja? Bil tu bukan sedikit ye, banyak.. mencecah 'fifteen hundred dolar' : $1500. Bil dari awal mengandung. Bukan bil bersalin. Bil bersalin berbeza. Bil check up.

Entah kenapa Iman pulak buat hal, tak bagitahu nak ke tandas, alih-alih basah carpet,  saya hari tu menangis. Menangis dan menangis. Saya memang ratu air mata, benda kecik pun boleh menangis.

Muizz pulak asyik melalak bila saya bawa Iman ke tandas. kalau bawa dia masuk sekali, dia main air. Jadi hari itu keadaan tak terkawal, dengan Muizz asyik melalak, dengan Iman asyik grumpy sebab selalu saya tanya nak ke tandas ke tak, semua tak kena.

Hari ketiga : saya FAILED.

Saya email Megan..... MEgan minta saya hentikan dulu train Iman. Biar 2-3 hari, kalau-kalau Iman bagitahu nak kencing/ berak di tandas...

Saya banyak tanya kepada superb mommy : Kak raudhah, Kak Yatie, Kak Jaja. Tapi mungkin saya tak pandai lagi jadi.. saya gagal.


Hadoii... ini baru 3 hari.. Tapi saya mesti kuatkan tekad.. nak bagi Iman gunakan tandas dan tak memakai diapers.

TO be continued.....

p.s : saya amat menyesal tak train Iman sewaktu dia suka bogel dulu. Mungkin itulah waktu terbaik saya train dia. Menyesal.. menyesal *ketuk kepala kat dinding*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masa yang suntuk

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah sedar tak sedar dah lebih seminggu kita menjalani ibadah puasa. Cepat betul masa berlalu. Saya sendiri tak sedar.

Entah pada ketika ini saya merindui saat saya masih di bangku sekolah di tingkatan 4,5. Waktu itu Ramadhan jatuh pada cuti sekolah. Yang seronoknya pada musim tengkujuh. Waktu cuti, duk rumah, tak banyak aktiviti yang saya lakukan melainka mendengar radio IKIM, mendengar tarbiah di TV bersama mama, dan ke masjid menunaikan solat tarawih. Sementelah cuti sekolah, saya ambil peluang khatam quran. Alhamdulilah, saya sempat khatam Quran 30 juzuk pada Ramadhan di tingkatan 4. Nikmatnya hanya Allah yang tahu.

Tapi itu dulu, sewaktu masih bujang dn adik- adik sudah meningkat remaja. Sekarang saya bersama anak-anak, suntuk sangat waktu untuk membaca Quran. Kadang terkejar-kejar solat maghrib disebabkan waktu tidur anak-anak pun hampir ke waktu berbuka. Mana nak berbuka, mana nak tidurkan anak-anak, mana nak kejar solat maghrib. Pabila selesai semua, tengok jam dah hampir ke jam 12. Wktu jam 11-12 itu adalah waktu tidur saya. Itupun dh lewat sebab biasanya saya tidur jam 10. Namun saya cuma boleh berharap setiap hari ada peluang untuk saya merebut ganjaran ramadhan ini.

Dlm kalut-kalut sempat saya siapkan kek caramel rainbow cake ni. Ini kali ketiga saya buat. Kali ini alhamdulillah dipujin oleh abgfiz dan tetamu kami. Resepi saya share kemudian.

Ps: ambillah peluang di bulan ramadhan untuk bersedekah. Ingatkan pada manusia yang masih kelek anak mencari sesuap nasi. Nauzubillah.. Saya bersyukur dengan setiap kurniaan dn nikmat dari Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan kali ini

Bismillahirahmanirahim

Entah kenapa tahun ni, saya rasakan Ramadhan ini dan Syawal yang akan datang berbeza dengan yang sebelumnya. Kami TERlalu, TERlalu, rindukan Malaysia. Setiap hari abgfiz duk cakap hal Malaysia, bazar Ramadhan, makanan di bazar Ramadhan. Rasanya dia dah tak tahan sangat dah, rindukan Malaysia. Masuk kali ini , kali ke5 kami berpuasa di US.

Puasa tahun ni jatuh pada pertengahan musim panas. Sabarlah wahai adik-adik yang ambil kelas, ada kelas, pergi kelas. Dahaga jangan ditanya, lapar tak perlu kita tahu. Itu sememangnya. InsyaAllah ada hikmah Allah nak bagi tu. Pahala insyaAllah banyak.

Kehadiran Ramadhan di Malaysia dan di Lincoln sangat beza. Di Malaysia, rata-rata di media ataupun di surau, masjid-masjid, ada je program yang melibatkan pengisian rohani. Secara tak langsung, roh Ramadhan tu sudah tersemat di jiwa. Nak ibadat atau tak aja, nak pergi atau tak aja, nak dengar atau tak aja. Di sini, usahkan pengisian rohani, mula ramadhan pun perlu buka website. Kalau tak dibuka dan tak ke masjid, memang langsung tak tahu entah boleh puasa atau tidak, entah hari puasa atau besok.

Apa-apapun, saya masih bersyukur diberi peluang berada di sini, berpuasa di sini, beraya di sini. Semuanya ada hikmah.

p.s: Boleh tak nak jadi Doraemon sekejap, nak pinjam pintu /mesin masa tu? Nak balik beraya sat kat Malaysia. ^^

p.s: My dear Hasanah, selamat hari lahir. semoga Allah melimpahkan rahmat dan berkat kepadamu, semoga Iman dan taqwa meningkat seiring dengan usia. Semoga doa untuk arwah ummi tak putus, semoga doa untuk adik-adiik dan keluarga tak pernah dilupakan. Semoga menjadi insan , hari ini lebih baik dr semalam. Semoga *ehem* impian untuk menjdi isteri solehah dimakbulkan. Usaha ke arah itu. Hwaiting!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan Kareem

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, kami di sini mula berpuasa hari ini (Jumaat : Julai 20, 2012).

Semoga sama-sama kita baiki diri dari segala segi, rohani dan jasmani. Moga kita sama-sama mendapat kerahmatan , keampunan dan dijauhkan diri dari neraka.

P/s: terlalu merindui saat ini bersama ahli keluarga. Semoga dipanjangkan umur, bertemu ramadhan akan datang bersama ahli keluarga di Malaysia. Amenn


SALAM RAMADHAN KAREEM

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kebakaran di Ames, Iowa

Bismillahirahmanirahim

Tengahari semalam sedang saya melayari twitter, terkejut dengan berita Hanisah dan Syafiqah dari Iowa City, Iowa duk bercerita pasal kebakaran.




Saya yang sememangnya dah tinggalkan facebook memang langsung tak tahu menahu jika tak baca twitter dari adik-adik ni. Tapi alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Terkejut dan saya terfikir jika saya dan keluarga ditimpa kemalangan sedemikian rupa. Entah macam mana kami nanti. Kata Hanisah lagi, ada antara kawan mereka sempat selamatkan handphone dan dompet je. Saya sini kalau nk fikir, kena selamatkan anak-anak, beg duit, dan komputer. Komputer tu penting sebab segala bahan-bahan belajar dan bahan research abgfiz ada simpan di situ.

Berita selanjutnya di sini.

Petang semalam saya melayari instagram, Imran Hanafi juga adik undrgrad di Ames postkan gambar sumbangan derma. Tak dapat saya bayangkan perasaan adik-adik yang menjadi mangsa.



                                                         sumbangan derma   : MISG

p.s : semoga Allah merahmati usaha kita. Rezeki yang kita dapat dan bahagikan untuk yang lebih memerlukan, insyaAllah Allah tambahkan lagi rezeki kita.

p.s : semoga adikadik tabah menerima ujian, tambah-tambah tinggal 2-3 hari sebelum tibanya Ramadhan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seharian Kami

Bismillahirahmanirahim

Memandangkan dah lama sangat abgfiz berkurung di lab dan ofis menyiapkan research dan thesis/manuskrip, Sabtu lepas abgfiz mengajak kami keluar. Cadangannya nak ke Omaha Zoo, tapi saya malas nak gi jalan jauh-jauh. Kami ke Mahoney Park je. Ini kali kedua kami ke sana. Kami pertama tika tahun pertama kami disini, pergi bersama Suhaizi.

Oktober 2008, Fall break.

Waktu tu, kami sempat bermalam dan berBBQ di kabin. Kali ni, semuanya penuh. Kalau nak booked, tunggu lepas raya baru kosong. Tapi disebabkan saya dah ke sana, jadi saya langsung tak ada rasa nak bermalam. Ekekek...

Kami sebenarnya nak kayuh bot di tasik je pun. Tapi tak sangka cuaca waktu tu sangat panas walaupun baru pukul 10 pagi. Panas dan langsung tak ada angin. Panas di Nebraska ni tak macam panas di Malaysia. Malaysia walaupun panas tapi lembap dan ada angin. Anginnya sejuk. Nebraska ni, angin dia pun panas. Memang kena pasang air-cond 24 jam. Kesian anak-anak panas. Iman sendiri kalau waktu nap time, bangun tu mesti bantal tu basah lencun. Pukul 8 pgi panasnya seakan pukul 12 tgh!



Kayuh tak sampai 5 minit, anak-anak dah menangis. Panas sangat! Tak tahan saya. Akhirnya kami buat keputusan sampai takat tu je. Terus masuk kereta hidupkan air-cond.

Dah sekejap sangat, kami pusing pula ke Wildlife Safari, dekat je dari Mahoney Park ni. 5 minit driving. Yang menariknya, wildlife ni tak boleh keluar dari kereta. Itu yang seronok. Bolehla berada dalam keadaan nyaman. ^^ Tiketnya $6.50 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah 3tahun. Iman pun percuma, saya duk ingatkan Iman kena bayar tapi dia cakap walaupun hari lahir Iman bulan depan je tapi masih bawah 3 tahun.

Peta yang harus kami ikuti...

Antara binatang yang terdapat di sini :



American Elk : spesis terbesar kumpulan rusa. Ini pertama kali saya dengar ELk, biasanya Moose. Tapi saya bali rumah stadi sikit, dua binatang ni spesis yang sama tapi family berbeza. Elk ni bukan kecil ye, besar. Saiz dia macam lembu/kerbau. Kami memang dilarang keluar dari kereta. Jadi nak gi dekat tu langsung tak boleh la kan. Kalau boleh pun tak berani saya,..




 Nampak tak white tale deer tu? Yang ni saya pun duk tenung-tenung baru nampak. 





Ini wetland : Pelican. Teringat saya movie Find nemo. burung ni la yang bawa ayah Nemo ke klinik gigi tu. Ekekekke..


Haaa.. ini Bison. Bessssaaaaar sgt. Kata mat saleh sini, daging dia sedap dan lebih banyak vitamin dan sangat bagus untuk kesihatan berbanding dengan lembu. Sejauh mana kebenarannya, saya tak pasti. Tapi teringin jugak nak merasa daging nya.

Kami tak berhenti dan melihat bear dan wolf. Saya malas. Abgfiz pun malaas. Anak-sanak kesian berpanas. Balik, kami singgah untuk makan tengahari dan beli barang dapur. Dalam jam 2 ptg sampai rumah. Saya ni memang jenis tak suka jalan lama-lama. Kalau outing saya akan keluar lepas zohor dan balik sebelum asar. Saya cepat nak pitam.

p.s: menghitung bulan untuk pulang ke tanahair. hoyeh~~ hoyeh~~ hitung bulan ye bukan hari. uhuk!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rindu

Bismillahirrahmanirrahim

Perbualan antara saya dan Iman, apabila saya perasan dia asyik termenung.

Iman : Mom, where's ayah?

Ummi : Ayah in his office.

Iman : Diam.

Tiba- tiba air mata mengalir di pipi tanpa menangis.

Syahdu.

Sedih.

Terharu.

Itulah perasaan saya. Rindu Iman pada ayah. Entah kenapa dua hari ini Iman asyik termenung, tak aktif macam biasa. Sentiasa berair mata. Risau hati saya.

Dua hari ini juga: kerana kesedihannya segala aktiviti saya ajak Iman bersama. Dua hari ini juga, Iman solat penuh sebelah saya setiap waktu kecuali subuh dan isyak. Subuh, Iman tak bangun lagi, Isyak pula Iman dah tidur pukul 830-9. (isyak jam 1037)

P/s: kanak- kanak seperti kita ada perasaan. Layani dia, hargai kesedihan dan kegembiraan dia.


[blogger via ipod]


P/s: semoga Allah meminpin saya mendidik anak-anak menuju redhaNya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan : Iman

Bismillahirahmanirahim

Sewaktu saya ber'youtube' untuk mencari kek marble, tiba-tiba Iman minta saya pasangkan nasyid melalui youtube. Lagu khas buat kita semua, macam tahu je nak menjelang Ramadhan.




 p.s: tak sabar menanti.
[update] : baru perasan video hilang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Kastad Marble Rose

Bismillahirahmanirahim

Resepi ni saya reka dan adik saya minta saya masukkan ke dalam blog. Katanya cakap di telipon tak sefaham membaca di blog.

2 cawan air
5 gm strip agar-agar (saya main agak je)
4 sudu besar tepung kastad
1 1/2 cawan susu
1/2 cawan gula (tertakluk kepada lidah masing-masing. Saya suka kurang manis. Kalau suka manis, boleh tambah)

Cara-cara

Air , agar-agar dan gula di masak sehingga agar-agar larut. (Agar-agar mestilah larut.) . Tepung kastad harus lah dilarutkan bersama susu (tepung kastad mestilah larut) . Kemudian masukkan larutan tepung kastad ke dalam air agar-agar tadi. Perlahankan api, kacau sentiasa sehingga adunan menjadi pekat. Dengan menggunakan penapis, tapiskan puding ke dalam bekas dan sejukkan.






Notakaki puding : Along, warna pink ni.. keluarkan sikit (1/8 cawan) dari adunan tu, masukkan sikit perasa ros. Kacau biar sekata. Untuk buat marble, buh satu sudu dan buat swirl sikit-sikit. Jangan sampai puding campur sepenuhnya.

Along, ain video kat bawah ni tunjuk macam mana nak swirl. Selamat lah mencuba utk kali ke dua. Jangan sampai hangit lagi des..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kesan baby walker

Bismillahirahmanirahim


Pagi tadi sempat saya sembang dengan adik saya. Katanya pagi semalam dia ke fisioterapi di HUSM, ada kerja. Kebetulan waktu tu, ada kanak-kanak (linkungan 1 tahun ++) sedang menjalani fisioterapi untuk berjalan. Waktu tu, pelik adik saya tengok kaki kanak-kanak tu, dia jalan jongket (??) kalau loghat kelantan nya 'jinjing'.

Setelah adik saya membuat siasatan, fahamlah asbab kanak-kanak berjalan sebegitu.... Dia gunakan 'baby walker' tu untuk berjalan. Budak kan, suka nak 'explore' jadi, pada pendapat saya la... mungkin bayi pada awal bertatih di 'baby walker' mahu kakinya mencapai lantai. Kalau setiap hari dah amal macam tu, lama kelamaan kakinya tak boleh rapat di lantai.

Sebelum mereka ke fisioterapi untuk rawatan lanjutan. mereka pernah ke bomoh (??) -rawatan tradisional sebenarnya. Kata perawat tersebut, urat saraf di belakang kaki kanak-kanak tersebut dah tegang (teghik loghat kelantannya), tak ada ruang untuk urat tu memanjang dan fleksibel lagi.

Teringat pula saya ketika membaca artikel di DrMuna website oleh Ummusaif, rupanya 'baby walker' banyak keburukkan nya. Selanjutnya boleh kita sama-sama menilai dari artikel drmuna.

Berbanding dengan cara hidup membesarkan bayi di Malaysia, kedua-dua anak saya TIDAK mempunyai

1 - bantal bayi
2 - buaian bayi
3 - baby walker
4 - bedak bayi


Itu je kot, saya pun tak pasti sebab tak pernah bersalin dan tak pernah 'survey' barang bayi kat Malaysia ^^.
Dengan falsafah, 'guna jela apa yang ada' tu, kami besar anak-anak kami hingga kini >.< Tapi alhamdulillah saya bersyukur menimba pengalaman mengandung, bersalin dan besarkan anak di negara matsaleh ni. Banyak yang saya pelajari.

p.s: jangan mudah terpengaruh dengan alat-alat untuk bayi. Buat 'homework' sebelum membeli dan memakai..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ais kacang di Lincoln

Bismillahirahmanirahim

Alkisah, kami ke rumah Chong (malaysian chinese) yang dah lama tinggal disini. Agaknya dah jadi warganegara kot. Kami dijemput 'gathering' hanya untuk keluarga je. Jamuan ni potluck, memandangkan kami berapa kerat je keluarga disini, sikit jela makanan. Saya bawa roti jala dan kuzi ayam. Pencuci mulut saya bawa puding kastad ros.

Hanya kami sekeluarga dan Roz sekeluarga. Roz bawakan mihun goreng, menu Chong pula nasi puteh dan kari ikan halibut, ayam bercili, dan totilas berinti ayam. Saya makan mihun goreng Roz, nasi dan kari ikan je. Tak berani makan ayam, pastilah tak halal.

Untuk pencuci mulut, tiba-tiba Chong bawa keluar 'ice shaver'... Rupanya dia nak buat ais kacang. Wahhhhhh lamaaa saya tak makan. Berbanding ais krim kat sini, saya lebih suka ais kacang. Ais krim kat sini kalau di dairy store tu kadang ada ais krim 'maple bacon'. Iya, memang tak makan yang tu tapi scope dia guna tu sama. Kalau tak sama pun masih dia letak scope dalam bekas yang sama dengan scope dia gunakan untuk ais krim tu. Tambah pula sangsi saya dengan bahan kandungan ais krim. Memang dah lama sangat saya tak makan ais krim. Kali ni memang saya tak lepas peluang la...


Nikmatnyaaa dapat merasa ais kacang. Inti nya (inti???) agar-agar hitam, peanut, jagung, red bean, susu pekat dan sirap merah. Waaaaa memang best!!!!


P/s: saya guna kan ipod je. Image tu saya safari je. Huhu.. Saya tak edit pun. Tapi ice shaver tu seakan Chong punya!

P/s: aaaaaaa nikmatnyaaa ;)))))






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

It's me

Bismillahirahmanirahim



Iya, sayalah itu  ^.^
Abgfiz yang tunjuk gambar ni pada saya dan cakap.. "iza, kan??" lepas tu dia sengih sendiri. Ekekek...
Tau je isteri dia macam mana :p Depan orang lain bolehla saya buat biasa tapi depan suami saya, susah. Cepat je dia tangkap emosi saya. Nak sorok pun tak boleh. >.<



p.s: seminggu dua ni saya banyak berfikir, emosi tak stabil. Air mata asyik jatuh je  :(( Nak meluah tak mampu. Diam, memendam pulak . Tapi Itulah terbaik.  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Super baby

Bismillahirahmanirahim


Ummi : Ke bilik air ambil wuduk. Masuk bilik terkejut baby bear pakai pampers, Muizz pun pakai pampers kat luar.

Ayah : Look ummi, Muizz is super baby.
Iman : Mom, see baby bear?

Seketika selepas itu, pampers di Muizz ayah buang. Waktu ummi sedang doa, datang Muizz bawa pampers letak atas tangan ummi dan terus baring. Ummi letak balik di dalam kotak. Muizz ambil balik dan bagi pampers serta baring.

Ummi : Nak pakai lagi ke?
Muizz : Na, na...

Macam-macam.... gelagat mencuit hati. *gembira. bahagia*

p/s: Semoga Allah panjangkan usia kami untuk menyambut Ramadhan lebih kurang 2 minggu lagi. Allahu ya amin.

Ummi ImanMuizz
Lincoln, Ne

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akan dikenang

Bismillahirahmanirahim

Pejam celik pejam celik dah hampir 5 tahun kami berada di kampung aman, Lincoln. Sedih apabila memikirkan kami akan pulang ke Malaysia dan mungkin tak akan datang lagi....

Ingat lagi pada waktu itu, kata abgfiz dia akan lanjutkan pengajian di peringkat PhD di Nebraska. Waktu itu saya fikir..

'ada ke tempat nama nebaraska (waktu tu saya tak tengok dan stadi peta US,main sebut je neBAraska)?'

Waktu mula sampai.... saya seronok sangat , seronok sehingga saya tak dapat lelapkan mata walau sekelip. Lain yang saya bayangkan.. Saya membayangkan bandar Lincoln penuh dengan bangunan, tapi sebaliknya... Lincoln ni penuh dengan ladang-ladang, penuh dengan pokok. Bangunan paling tinggi pun berapa tingkat je. Itu pun di downtown.

Hari ke 6, 7 saya berbasikal bersama abgfiz dan SUhaizi sekitar Lincoln. Suhaizi kenalkan kedai Thailand (oriental) dan kedai vietnam (little saigon) dan kedai India. Waktu tu musim panas, tapi saya dan abgfiz masih memakai baju 3 helai. Penduduk Lincoln waktu itu hanya memakai pakaian sukan versi US (seluar dalam dan baju dalam) tika berbasikal dan ber'jogging'. Semua memandang kami berdua dengan penuh pelik.

Sepanjang saya berbasikal, saya rasa tenang.. Jumpa arnab liar, jumpa tupai jinak, rumah-rumah yang sangat bersih, taman-taman permainan atau taman rekriasi yang sanagt bersih, satu sampah pun tak jumpa. 'Traffic light' pun langsung tak sesak seperti di Malaysia. Damai. Aman. Saya gembira.

Lalui kehidupan di Lincoln, pengalaman paling saya tak dapat lupakan. Kalau nak tulsi di blog ni, maunya 3 hari 3 malam tak habis. Yang pasti saya sangat bersyukur kami menimba pengalaman di sini.


Ini tempat yang saya sentiasa bawa anak-anak dan tika saya tension . Saya akan kenang sampai bila-bila.

p.s : terasa sedih amat apabila teringatkan nak pulang. Meang kalau kira 6 bulan lagi tapi masa cepat sanagt berlalu sekarang ni..

p.s: Yatie chomeyl , entry baru tu memang sangat betul. Oghe suko sangat baco. tapi gak bakpola jjadi ko malah nok komen. wakakakak. ;p


NURUL IZZA
68503, LINCOLN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan