RSS

Muka buku oh muka buku

Bismillahirahmanirahim

'Abg tak suka la dah masuk 2012..' keluh abgfiz tadi. Tak suka tu banyak maksud ; kena cepat-cepat buat kerja makmal (labwork), kena cepat-cepat siapkan thesis, cepat-cepat hantar, viva, semuanya kena cepat-cepat. Tahun ni kami dah nak kena balik dah~ bunyi macam sedih kan? Tapi tula... memang sedih pun, sejujurnya saya cakap, saya tenang berada disini. Memang awal-awal asyik nak balik je, tapi bila dah sibuk dengan anak-anak ni., saya langsung tak fikir nak balik. Kos sara hidup kat Lincoln ni pun murah, 5 kg gandum baru berapa dolar, kalau tengah sale, boleh dapat dalam 88sen je. Sama juga dengan gula. Garam takat ni saya beli 55 sen je sebungkus, sebotol (?) ~ 26 oz~1 lb 10 oz ~ 737 g. Selalu je saya dengar luahan mama, harga barang tu naik bla bla bla, pilitik pun tak stabil, bla bla bla, perangai manusia bla bla bla... Rasa sayang sangat nak tinggalkan Lincoln ni. Walaupun kg, tapi saya suka, tenang. Entah bila laaa nak datang sini balik. Kecuali Iman dan Muizz besar, datang belajar sini. Muekek~~

Apa-apapun selamat tahun baru. Saya tak dela 'excited' sambut tahun baru, lebih kepada mengeluh, umur bertambah, dosa makin banyak, kubur dah panggil, persediaan ke kubur tu tak banyak, tak meningkat. *sigh*

Tahun ni juga kemalasan saya ber'facebook' aka muka buku tu bertambah. Kalau tak ada 'notification' khas untuk saya, jangan haraplah saya nak buka. Atau kalau ada arahan abgfiz, suruh balas 'message' , memang saya tak buka... sebabnya~~

~ mengumpat : banyak sungguh benda mengumpat di facebook, entah kenapa saya tak suka bacaluahan perassan manusia di facebook. macam tak ada tempat lain nak luah. sudahla kadang-kadang buka aib sendiri, aib suami juga anak-anak. buatkan saya banyak buruk sangka dan fikir bukan-bukan.

~ gambar : tayangan gambar yang entah apa-apa.. pun buatkan saya buruk sangka. kadang-kadang gambar yang saya rasa tak perlu tayang kat semua orang, sebab dengan satu gambar manusia boleh fikir macam-macam.

~ tag : tag mengtag gambar. kalau tak komen, orang terasa, kalau komen salah faham, benda-benda macam ni banyak huru harakan hubungan sesama manusia.

~ kutuk-mengutuk : haaaaa... ni yang saya nak highlightkan. saya sangat tak suka baca kutuk mengutuk status di facebook. bila saya baca, automatik saya pun akan kutuk juga, buat saya buruk sangka lebih-lebih. kalau ada masalah tak perlu kot duk buka status di facebook yang semua orang boleh baca. bukan orang yang dikutuk yang saya buruk sangka, orang mengutuk tu pun sama. *sigh*. dah tu ada pulak komen-komen yang menjadi batu api, nak semarak kan lagi pergaduhan. ish tak faham saya. manusia sungguh~! kadang-kadang juga, tulisan tu boleh berikan 1001 makna. hati--hati keada sang penulis. 

yang buruknya...\

saya tak tahu apa cerita dunia, muekekeke... mana taknya di facebookla orang update hal itu, hal ini. drama saya yang dah di'sub' pun update di facebook. tapi biarla saya duk dalam gua pun, daripada saya duk buruk sangka, mengutuk orang lebih-lebih (walhal saya sendiri tak tahu cite sebenar).

Kesimpulannyaaa.... ekekek.. untuk siapa yang nak contact saya, sila email. Saya jarang berfacebook =))

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

syazana salleh.. said...

setuju dgn izza..sy pn dah deactivate fb..bosan dah..hehe

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan