RSS

Muka buku oh muka buku

Bismillahirahmanirahim

'Abg tak suka la dah masuk 2012..' keluh abgfiz tadi. Tak suka tu banyak maksud ; kena cepat-cepat buat kerja makmal (labwork), kena cepat-cepat siapkan thesis, cepat-cepat hantar, viva, semuanya kena cepat-cepat. Tahun ni kami dah nak kena balik dah~ bunyi macam sedih kan? Tapi tula... memang sedih pun, sejujurnya saya cakap, saya tenang berada disini. Memang awal-awal asyik nak balik je, tapi bila dah sibuk dengan anak-anak ni., saya langsung tak fikir nak balik. Kos sara hidup kat Lincoln ni pun murah, 5 kg gandum baru berapa dolar, kalau tengah sale, boleh dapat dalam 88sen je. Sama juga dengan gula. Garam takat ni saya beli 55 sen je sebungkus, sebotol (?) ~ 26 oz~1 lb 10 oz ~ 737 g. Selalu je saya dengar luahan mama, harga barang tu naik bla bla bla, pilitik pun tak stabil, bla bla bla, perangai manusia bla bla bla... Rasa sayang sangat nak tinggalkan Lincoln ni. Walaupun kg, tapi saya suka, tenang. Entah bila laaa nak datang sini balik. Kecuali Iman dan Muizz besar, datang belajar sini. Muekek~~

Apa-apapun selamat tahun baru. Saya tak dela 'excited' sambut tahun baru, lebih kepada mengeluh, umur bertambah, dosa makin banyak, kubur dah panggil, persediaan ke kubur tu tak banyak, tak meningkat. *sigh*

Tahun ni juga kemalasan saya ber'facebook' aka muka buku tu bertambah. Kalau tak ada 'notification' khas untuk saya, jangan haraplah saya nak buka. Atau kalau ada arahan abgfiz, suruh balas 'message' , memang saya tak buka... sebabnya~~

~ mengumpat : banyak sungguh benda mengumpat di facebook, entah kenapa saya tak suka bacaluahan perassan manusia di facebook. macam tak ada tempat lain nak luah. sudahla kadang-kadang buka aib sendiri, aib suami juga anak-anak. buatkan saya banyak buruk sangka dan fikir bukan-bukan.

~ gambar : tayangan gambar yang entah apa-apa.. pun buatkan saya buruk sangka. kadang-kadang gambar yang saya rasa tak perlu tayang kat semua orang, sebab dengan satu gambar manusia boleh fikir macam-macam.

~ tag : tag mengtag gambar. kalau tak komen, orang terasa, kalau komen salah faham, benda-benda macam ni banyak huru harakan hubungan sesama manusia.

~ kutuk-mengutuk : haaaaa... ni yang saya nak highlightkan. saya sangat tak suka baca kutuk mengutuk status di facebook. bila saya baca, automatik saya pun akan kutuk juga, buat saya buruk sangka lebih-lebih. kalau ada masalah tak perlu kot duk buka status di facebook yang semua orang boleh baca. bukan orang yang dikutuk yang saya buruk sangka, orang mengutuk tu pun sama. *sigh*. dah tu ada pulak komen-komen yang menjadi batu api, nak semarak kan lagi pergaduhan. ish tak faham saya. manusia sungguh~! kadang-kadang juga, tulisan tu boleh berikan 1001 makna. hati--hati keada sang penulis. 

yang buruknya...\

saya tak tahu apa cerita dunia, muekekeke... mana taknya di facebookla orang update hal itu, hal ini. drama saya yang dah di'sub' pun update di facebook. tapi biarla saya duk dalam gua pun, daripada saya duk buruk sangka, mengutuk orang lebih-lebih (walhal saya sendiri tak tahu cite sebenar).

Kesimpulannyaaa.... ekekek.. untuk siapa yang nak contact saya, sila email. Saya jarang berfacebook =))

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I love you, you love me..?

Bismillahirahmanirahim

Asyik cerita anak-anak je, ekeke.. saya suka cerita hal anak-anak. Untuk tatapan atuk tokwan di Malaysia =). Cerita diri saya? Menarik sangat, nanti ramai pulak ternanti-nanti cerita saya..! Eheee...



 Tika saya di dapur, anak-anak turut sama berada di dapur. Kalau tak main, makanya mereka bergantung pada kaki sayala.. Gambar : kakak yang suka bilang, kakak bilang botol, adiknya sepahkan botol. Maka, mengamukla kakak..





Bersama babies, kalau rajin nak mengasuh, semua baby diasuhnya ..=) ; penyayang namanya =))






pada awalnya, main masak-masak... lama-lama duk kemas 'cookies' nya..

 Ya, ini masakan saya hari ini ye puan puan ~!


oh ya.. minggu lepas : 24 dec, saje kami buat makan-makan. Lama tak buat. Potluck je sebenarnya...


Saya masak nasi hujan panas, kuzi ayam dan salad je... Selebihnya.. adik-adik yang bawa. Cik Fizah bawa tempe goreng sambal (besssstttt sangat), alif seperti biasa popia yang sedap itu, ain dengan asam pedas ayam, sumardi dengan kuewteow goreng dan ayam masak blackpepper dan elfha dengan kuzi daging. sebenarnya elfha buat kek coklat untuk saya *eceeee..sya yang request* tapi malangnya jatuh dan tak dapat diselamatkan... tak pe, next time...






Aktiviti ensem saya, Muizz...





 
Suka sangat masuk dalam bilik study ayah, bila masuk laju je pi sentuh wayar-wayar.. Ghajin bebenor, sibuk sentiasa..
 
Aktiviti yang biasa,... merenung sesuatu...

  tenung-tenung, terus ngap masuk mulut. Bahaya sungguhla Muizz ni, semua, SEMUA benda nak masuk mulut.... kertas, besi, kain, semua dia jumpa.. Jumpa tu mulut nganga dulu, baru tangan menyentuh benda.

  Kakak? kakak suka jadi ustazah sekarang ni, setiap pagi dan setiap masa nak pakai baju kurung. Baju kurungnya boleh kira berapa helai. Tak baju kurung kain pun boleh. Memang ustazah la....


 Baju lain, kain kurung pun lain.. tak kisahla asalkan kain...


 adik pula suka sangat usik kakak. Kakak main baby, dia kacau, kakak main masak, dia sepah-sepah.. mengamuk si kakak. Dah usik mainan kakak, boleh pula tarik rambut, ketuk-ketuk.. si kakak pula nangis minta tolong jela. Tak pula melawan... Hish mentang-mentang lelaki, suka je buli kakak.


 Kan dah cakap, semua masuk mulut. SEMUA, SEMUA....






Kakak membilang~~

Muizz dengan keretanya


kakak ; alif ba ta

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dia sedang bermain

Bismillahirahmanirahim





Salji pertama pada musim sejuk tahun ini >.<









Iman~ sangat gembira bila menyentuh salji. 


 saya rimas bila memakai penutup kepala. =)




 sangat suka menggigit dan makan semua yang sempat masuk ke dalam mulut. Benda tu Azrina yang bagi, masukan buah/sayuran dalam tu, bagi Muizz gigit sambil hisap. Biasanya saya letak apple. Sampai separuh, dia tak nak dah~~



 Ini hasil kerja pembinaan bagunan dek Iman.



  Sambil ditemani oleh babiess. (punya banyak baby dalam ghumah ni)


 Tekun je baby teman Iman..


 Ayah jadi pembantu..


Tadaaaaa~~~ hasil kerja Iman dibantu ayah =))









Muizz's beloved blanket . Tak sah kalau tak ada!








Comot tapi masih hensem ~!


kami saling menyayangi~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan