RSS

Kenapa dan mengapakah??

Baru-baru ini ke Gateway Mall bersama Ifa dan Amira, dengan berpakaian sweater walaupun cuaca sudah panas mentarinya, masih diselimuti sweater dek kerana dinginnya angin pada waktu itu. Terus memasuki mall, hanya berjalan melihat-lihat kedai dan menemani Amira bermain keseorangan. Lantas, jam menunjukkan hampir jam 5, kami bersepakatan pulang.

Setelah melintasi sebuah kedai baju kanak-kanak, terus aku memasuki. Ifa ternyata mau melihat baju-baju untuk Amira. Aku pula sibuk melihat barangan bayi. Apalagi selain baju-baju kerana ingin membandingkan harga dengan kedai yang lain (walaupun aku jarang sangat ke kedai pakaian bayi..). Dalam sedar tak sedar itu, aku berasa tak enak badan.. tapi ku tahan dengan harapan sempat memasuki kereta. Dalam tak sedar itu, pandanganku gelap, bibirku seakan kering kontang, tubuhku terasa ringan dan alhamdulillah, aku disambut oleh Ifa sebelum pitam. Terus jurujual itu bertanya..

' What happened to you? Are you ok?"


" Should I call 911? Or you want me to call somebody that close to you like your husband??"


Terus diambilnya kerusi disuruh aku duduk, dibuangnya sweaterku, alhamdulillah Ifa disisi, terus dicapai botol air dalam begku, disuruh rehat sebentar..


" She's pregnant..almost 5 month.." Ifa menjelaskan. Terus dia menanya..

" Should I call your husband?? " Terus aku menjawab.. "No its ok.."


Alhamdulillah, Ifa memahami keadaanku, dan nasib baik juga Ifa adalah doktor perubatan. Jadi mudah untuk dia handle situasi begini.

Sepanjang berada di Lincoln ini, layanan American terhadap kami amat baik. Terutama setelah aku mengandung, situasi yang sama berlaku di Malaysia di sebuah mall di ibu kota, cuma bezanya aku tak mengandung dan waktu itu aku anemia.

Tetapi situasi berbeza kerana, diriku tidak diendah, hanya jelingan mata sahaja menyinggah di tempatku di kala saaat aku kesakitan. Juga situasi di dalam bas, terjatuh ketika menaiki tangga. Kenapa di tanah lahirku, saat terjatuh hanya dijeling atau setidak-tidaknya tersenyum tergelak. Kenapa disini semua akan menghulurkan tangan menolong?? Persoalannya, kenapa semudah itu American mengambil berat kepada orang kurang upaya?? Kenapa penghuni negaraku yang rata-rata Islam tidak sebegitu?

Begitu juga halnya dengan keselamatan barang.. kenapa di tanah airku, ke mana-mana kita harus berwaspada dengan keadaan sekeliling? Kenapa harus memegang erat handbag ketika berjalan ditepi jalan walhal wangnya hanya berjumlah RM10? Kenapa di hostel, bilik harus dikunci sepanjang masa walaupun mau ke tandas? Sedangkan disini, dompet tertinggal di perpustakaan selama 2-3 minggu masih berada dalam keadaan elok tanpa kehilangan sebarang dokumen, pendrive tertinggal di komputer awam masih di tempat yang sama? Kenapa rumah tak berkunci ketika keluar membeli belah masih terjaga dengan elok tanpa sebarang barangan hilang?
Kenapa layanan nurse dan midwife serta doktor disini sangatla baik dan mengambil berat sedangkan mereka itu berlainan rumpun bangsa dan agama? Dan mengapakah di tanah air yang rata-rata doktor dan nursenya adalah Islam melayani pesakit dengan wajah yang masam dan tindakan yang kasar? Kenapakah dan mengapakah??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bunga




Pokok bunga ni baru-baru je tumbuh depan rumah. Rasanya pokok ini paling lambat rumbuh, tak tahu pasal apa. Setiap hari bising burung-burung duk bercicipan atas dahan pokok ni. Ingatkan pokok ceri.. tapi tadi masa ke laundry, tengok dari jarak yang dekat..rupa-rupanya bunga.. merah sangat. Cantik.. tapi kekurangan daun.. tapi cantikla. Setiap pagi dan petang burung-burung duk lepak kat pokok ni..









NI pula, gambaran sebelah laundry..HIhihi.. nak jugak ambil gambar. Seminggu dua ni, cuaca sangat elok, panas dingin gitu.. pemandangan pun cantik. Sebab dah jarang jumpa tanah..semua hijau je..Sejuk mata memandang. Waktu awal datang Mei tahun lepas, suhu masih sejuk lagi, bawah 20 degree C. Tapi tahun ni, belum masuk Mei dah panas..suhu mencecah 28 C. Agaknya winter pendek kot..





Ni pula..daun kesum kesayangan yang baru nak tumbuh. Gara-gara kak hani, aku tanamla daun kesum, niat di hati nak juga tanam kunyit tapi tak jumpa pula kunyit hidup kat asian market tuh.. JAdi, hantam sajala labu.. Harap-harap hidupla daun kesum ni.. nanti nak buat asam pedas.. amik je.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Graduate study in U.S..

Banyak persoalan ditanya bila study kat US ni. Persoalan sama dan sentiasa ditanya pada diriku..best ke study dan dok US?? Kenapa tak start research lagi?? Dah banyak tempat ke jalan??..lamanya duk kat US.. kenapa sampai 4-5 tahun nak buat Phd di US?? Tak boleh ke wat proposal terus buat research??...dan banyak lagi..

Persoalan ini kadang- kadang malas aku nak layan..kenapa? Entahla..

Bagi meraka yang hendak tahu bagaimana system pendidikan “POST-GRADUATE” di US terutama bagi Phd . Di sini mengamalkan sistem “coursework” dan “research”.. Tak sama seperti system Phd di Malaysia (a.k.a British system). Di Malaysia, yang penting “research proposal” telah direstui oleh supervisor. Setelah direstui, boleh la terus buat kerja-kerja penyelidikan. Berdasarkan pengalaman semasa master dulu, tidak semua kerja penyelidikan berjalan dgn baik berdasarkan “research proposal” yang kita buat. Kadang-kadang kena la ubah suai juga. Apa yang penting, kita disiplinkan diri buat “research”. Kalau malas..jawabnyer..lambat la siap.

Berbalik pada “graduate” studies di US. Di peringkat dua tahun pertama disini, kena pergi kelas (courses)..sama seperti “undergraduate student”.Pergi kelas, balik kelas, ulangkaji , quiz, assignment, exam dll..Tapi apa yang bezanya untuk “ graduate student” semua “courses” kena dapat B dan ke atas..Tak boleh kurang . Di UNL ini rata2 “B” adalah 83%. Kalau dapat B-, jawabnya tak perolehi kredit untuk subjek tersebut dan perlu ambil semula subjek tersebut.

Pada semester pertama, akan dibentuk satu “JAWATANKUASA” yang di panggil “GRADUATE COMITEE”. Graduate comitee akan menetapkan “courses” yang perlu di ambil. Seperti saya disini, harus menghabiskan 54 daripada 90 ‘credit hours’, courses sahaje. Yang baki adalah "research" kompenen seperti thesis, seminar, dll. Sebab tu selepas 2-3 tahun baru habis semua “courses”.. Setelah itu, baru ada masa nak fokus betul2 ‘reseach’.. Berbalik pada “courses” tadi, courses yang perlu diambil bergantung pada research kita nak buat. Jadi, courses banyak membantu untuk kita memahami sesuatu perkara kita nak buat dlm ‘research’ kita nanti. Katakan kita nak buat berkaitan ‘insect molecular genetic’. Jadi kebanyakan “courses” kita berkaitan genetic..e.g (subjek gene expression, biochemistry.molecular dll..)

Biasanya di tahun kedua akan diadakan “second graduate comitee meeting”. Semasa ‘meeting” tersebut, prestasi kita akan dinilai dan waktu ini “research proposal” kita akan di review oleh “graduate comitee”. Kalau mereka O.K, Alhamdulillah tapi jika tak kena tukar atau edit dan sebagainya. Kalau mereka setuju, jadi boleh la mulakan kerja2 penyelidikan disamping pergi ke kelas.

Selepas, semua ‘courses” telah berjaya kita habiskan dengan cemerlang (Grade B dan ke atas). Biasanya dalam tahun ke-3. Kita harus mengambil satu exam sangat penting yang di panggil “COMPREHENSIVE EXAM” . Sesetengah tempat panggil “QUALIFYING EXAM”. Exam ini sangat penting untuk lulus. Exam ini merangkumi “oral exam” dan “written exam”. Untuk oral exam kita akan ditanya secara lisan berkaitan “courses” kita. Soalan2 berdasarkan “courses” yang kita telah ambil. Written exam pun sama. Jadi sangat penting kita memahami dan mengingati betul2 semua ilmu (courses) yang telah kita pelajari sebelum ini. Semua ini akan ditanya semasa “comprehensive exam”. Kalau gagal, rasaya dibuang kalau tidak silap.
Selepas berjaya menduduki “comprehensive exam” kita kan naik pangkat dari ..Phd student ke Phd candidate (calon Phd).. Phew..penat juga tu nak sampai ke situ.. Jadi selepas hbs comprehensive exam boleh la nak rilek2 sikit..Tp..research kena la jalan seperti biasa..Akhir sekali baru la “Final Defense” atau orang panggil “viva" selepas tamat segala research dan berjaya memperolehi data2 yang dikehendaki dan dimasukan dalam thesis.

Berbalik kepada yang bertanya dah habis ke jalan-jalan US? Kami disini, memang tak sempat nak berjalan, apatah lagi nak bershopingan. Setiap semester hanya menumpukan kepada exam, quiz, assignment, take home exam dan sebagainya. Hanya spring break, summer, fall break dan winter break sahaja kalau sempat untuk berjalan-jalan. Memang disini betul- betul tumpukan kepada “courses”. Di sini, masa begitu berharga.


Harap entry ini dapat menjawab soalan2 yang diajukan dr teman2, sanak saudara di Malaysia, dan sesiapa yang bertanya. Ramai yang merungut..”susahnyer belajar disini”..hmm..memang susah sebenarnya..Tp ilmu itu yang penting.. Kena belajar dgn konsistan..InsyaAllah semuanya dipermudahkan..Ada kalanya rasa penat sangat..tension..stress..itu la adat belajar..Ya Allah kuatkan semangat aku untuk teruskan belajar..amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makanan.. lagi.

Makanan lagi.. hari tu ke supersavers, tengok je harga cantelope $1.89 each. murah tu.. tapi rasanya summer nanti lagi murah kot. Sebelum tu, beli honeydew $2.89 each. Agak mahal tapi murahla berbanding dengan harga biasa. Honeydew ni sangatla manis dan sedap. Nasib baik abgfiz tak makan sangat.. yela kalau dia suka memang cepat habis. Tapi sampai sekarang masih ada dalam peti ais. Itula keburukan kalau abgfiz tak berapa nak suka makan.. Ump..rasa kedua-dua buah ni sama je cuma honeydew lebih rangup sedikit berbanding dengan cantelope.





Cantelope warna oren manakala honeydew.. hijau.


Semalam, kawan abgfiz Amel bagi butter cake yang dia buat sendirik.. Sedap sangat.. lemak manis dan lembut je. Dia bagi semasa depa bertiga ( Amel, abgfiz, suhaizi) main tenis. Hah, bercakap main tenis ni.. jadi hobi aka isi masa petang bujang bertiga nih.. Eeh, abgfiz tak bujang eh.. Setiap petang ke gelanggang tenis main. Sebenarnya bagus sangat.. sebab nak bagi abgfiz keluar peluh dalam erti kata lain... 'fit kan badan' dia.






Oh ya cerita pasal kek tadi, dek kerana kek nya yang gebus itu, jadi aku rajin-rajinla dok dapur buat kek coklat. Untuk makan time rasa lapar.. Tengahari tadi pula, abgfiz minta buatkan murtabak atau karipap. Jadi dengan semangat wajanya aku nih, buatla karipap pusing tuh.. Ya Allah..naik jenuh duk uli-menguli karipap pusing tuh. Rupanya tak dela senang pon. Lama betul menguli.. Lepas tu pula, bila goreng tuh, aduhai...berderaila pula.. kenapakah...sedih je.. Tapi abgfiz cakap sedap.. Saje nak amik hati akula kot.. Memang tak pandai.. Nanti balik Malaysia kena belajar dengan mak. Resepi karipap pusing tuh amik dari sini. Malu je sebab tak jadi. Tapi pengalaman kan berharga.. terfikir oleh minda aku tadi.. agaknya sebab nila mahal karipap pusing kat Malaysia. Terfikir juga,.. rajin sungguh orang yang buat karipap pusing tuh.. Rasa-rasanya entah bilala pula nak membuatnye..




Buruk benor karipap pusingku.. buruk-buruk pon kenyang je bila masuk perut..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teringin

Sejak dua menjak ni, paras hb makin menurun. Tu pon sebab Dr Kenny yang tel, tanya aku ni ok ke tak. Dia pon dok cite paras hb rendah...bla..bla..bla.. Patutla duk berdiri lama skit dah nak pitam. Kadang setiap hari macam tu, nasib baik dan syukur dapat suami yang gagah perkasa..wakaka.... Yela..nak jatuh je dah disambut..auewwww..

Sejak dua menjak ni juga perut asyik nak makan je. Masalahnya nak makan benda yang memang tak dek kat sini.. kalau ada pon kena buat sendiri. Malas punya pasal memang tak buat. Hari ni nak makan karipap pusing.. duk belek-belek internet malas pula nak memusing karipap tuh. Pastu kena buat inti lagi. Satu hal malas. Tapi sungguhla..nak makan sangat. Ada sesiapa yang boleh poskan??

Dek kerana paras hb rendah.. kami belila kerang di asian market tuh. Kerang tuh dah dimasak dan di frozen. Masa makan tu masyaAllah..rasa nak muntah sangat. Sebab berbau.. dan tak rasa kerang punya rasa. Yela..duk Kelantan dulu..nak makan beli je yang ada cengkerang tuh. Pastu rendam dengan serai + garam + cili supaya lendir-lendir dia keluar. Pastu rebus.. Aduh..sedapnye.. Tapi semalam buat mee kari, bolehla telan. Yang banyak makan biasala.. abgfiz juara!!!.. Bagus sebab dia habiskan. Yang tak bagus.. Banyakla zat-zat dia makan.

Semalam pon duk cari-cari hati untuk dimakan. Gi kedai arab tuh, jumpa hati ayam dan hati biri-biri. Hati ayam tu aku tak suka sangat. Pahit semacam. Jadi belila hati biri-biri tuh. Rasa macam hati lembu tapi tak tahu kenapa tak juga nak berselera makan. Seksa batin..

Tepung pelita, karipap, roti jala, putu mayam berkuah, silalah menjejakkan kaki ke bumi Lincoln ni.. teringin sangat nak ketemu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan