RSS

Ramadhan..



Tak terasa bila dia datang,
Tapi sedih apabila dia pergi
Mencarinya dengan hati yang suci
Lebih indah dari memiliki tapi tidak menghargai
Dia datang tanpa seruan, Dia pergi tanpa alasan
Kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan
Kerana hadirnya anugerah yang tiada bandingan


Ramadhan berlalu meninggalkan kita, terasa sayu di hati ini. Walaupun Syawal menjelma namun sedih dihati tidak berganti. Bersamanya, kita menjadi tenang setenang air di muara, banyaknya barakah turun, pintu maghfirah terbuka dengan luasnya. Ukhwah yang terjalin semakin rapat. Alangkah indahnya andai setiap hari adalah Ramadhan. Tahun hadapan entah sempat atau tidak untuk merasainya kembali. Maut yang datang tidak beramaran. Alangkah sayunya ditinggal Ramadhan. Para syaitan tidak sabar untuk bersorak gembira kerana terlepas dari rantaian. Para ahli barzakh kesedihan ditinggal Ramadhan. Namun, itu adalah adat masa, ada pergi dan ada kembali.. Semoga Ramadhan kali ini memberikan sejuta erti, erti sebenar ramadhan. Bersyukur kerana dianugerahkan ramadhan. Moga tahun hadapan bertemu kembali. Kami pasti merinduimu Ramadhan..Semoga dipanjangkan umur untuk bertemu bulan yang penuh barakah ini..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Parcel from Malaysia!!

Waa..teruja apabila loceng berbunyi pada waktu tengahari Sept 18. Biasanya loceng berbunyi pada waktu itu menandakan kedatangan para posmen ke rumah (ceehhh..macam banyak je posmen datang). Sememangnya sudah lama kami menanti parcel dari Malaysia. Lama bebenor kami nunggunye..

Bungkusan ini diterbangkan khas dari Kelantan. Ianya berupa 2 helai sejadah, 1 bungkus rempah kuzi, 1 biji songkok untuk abg fiz (penjodoh bilangan songkok sebiji ke?? hentam sajalah..) dan 2 pasang baju kurung serta 2 helai tudung.. Alahai susah payah lah pulak mama n papa hantar parcel ke sini (padahal gumbira tak terkata..).

Terima kasih tidak terhingga kepada mama dan papa ya.. Terima kasih daun keladi, tahun depan harap ada banyak lagi..kihkihkih.. Kepada adik bongsu Sakinah Farhana, alahai dik..timo kasihla dik ek..sebab pilih baju untuk kak Ja..tahun depan bagi baju raya adik yang cantik itu ek..hahaha..

p/s : Jelesla semua boleh jumpa..waaa rinduuuuuuuuu nak balik Kelantan.........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Aidilfitri buat semua dari Afizza



Selamat hari raya aidilfitri diucapkan untuk semua. Khas buat ;

Keluarga di Penang :

Mak dan Ayah (Safiah dan Ab Majid) : makan ketupat jangan lupa Hafiz dan Izza di sini. Rindu masakan mak
Adik-adik : Fizah dan Miq, Lina, Hakim dan Adik Nor : makan rendang jangan lupa makan untuk abg satu pinggan..abg fiz rindu adik-adik..

Atuk Yah dan keluarga di Johor : doakan kejayaan Hafiz di sini.

Embah Widod dan Embah Lanang dan keluarga di Tanjung Karang : doakan kesejahteraan Hafiz di sini


Buat keluarga di Kelantan :
Mama dan Papa (Hanuzah dan Abdul Aziz) : Ma, rindu sungguh roti jala ma. Pa, doakan kesejahteraan kami disini. 4 tahun lagi insyaAllah kita beraya bersama.

Along Izzah : balik awal long.. Tolong ma masak.. Hihi..kerana dirimu telah menjadi pensyarah yang disayangi pelajarnya, belikan adikmu ini baju raya. Banyak pasang pun tak pa.. Along, miss u so much..=(

Adik-adik : Ain-jangan terlalu ghairah menonton tv,sebaliknya mahirkan diri dengan kerja dapur. Ejat, Ejo, Adin : makan jangan lupa abg dan kak Ja di sini. Kinah : Study elok-elok untuk Spm. Jangan asyik main jek.

Atuk Mat dan keluarga di Kota Bharu : doakan Hafiz dan Ja di sini.

Mek dan keluarga di Pasir Puteh : Ah rindu sungguh nasi dagang dan ketupat Mek. Doakan kami di sini.

Buat sahabat seperjuangan:

Ahmad Suhaizi Mat Su : Zie, maaf segala salah dan silap. Jemput datang rumah makan lontong.

Nik Mohd Izham Nik Mohd Nor di Kansas, Zarul Zahrin Hashim di Mississippi, Nurul Ain Elias di Texas, Mohd Fadhli di Florida, dan Rauhan Hussin di Scotland : maaf zahir batin. Terima kasih atas segala pertolongan selama ini. Jemput datang ke rumah.

Tak lupa pada pengunjung blog (dari Izza) :

Mohd Faiz di UK, Noor Naziha di Tennesse : Maaf zahir batin. Nor, Mehla Ne..Jauhla Vandy tuh.
Sesacun : Salam aidilfitri dan maaf zahir batin.
Mariam Izza @ Kak Eja : terima kasih kerana setia melawat kami.
Para post graduate PPTI USM : maaf segala salah dan silap Izza ya.. Moga-moga sabar dengan segala research dan tekanan.

Serta sahabat seperjuangan di Malaysia, guru-guru yang telah mendidik dan mengajar, para pensyarah di KMM, Para pensyarah Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, Prof Abu Hasan dan Isteri, warga USM Penang,Para ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di seluruh Malaysia, warga USM dan KPT, warga Bayer Co. Malaysia, abg Tam dan keluarga serta yang mengenali diri ini..

Salam aidilfitri dari kami, maaf zahir dan batin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuaca oh cuaca

Hari ini entah kenapa, angin tak ada, ribut pon tak ada..Selsema lah pulak.. Time selsema memang tak suka. Semua kerja tak jalan.. Padahal hari ini cuaca ok je. Tak de lah sejuk bebenor pon. Tekak pun dah mula sakit.. Orang kata memang nak start demam tuh..Haih minta jauhlah.. Kalu demam susah, sape nak masak nanti..huhuhu

Blog ni dah jadi blog izza lah pulak..owner dia buzy memanjang. Dah disuruh tulis dan update, memang update je kerja. Orang yang nak tau si owner pun tertahu isteri owner nih. Maaf ya abg.. Nanti ada masa owner update lah pulak ya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aidilfitri

Cuaca hari ni mengikut ramalan - hujan, malam tadi duk risau baju dan kain tak kering. Tapi lepas subuh tadi alhamdulillah, sang mentari mula menampakkan wajahnya. Senyum pula tu. Seronok betul. Kain pun insyaAllah akan kering. Tapi hari ini, berangin betul. Kain-kain pun berterbangan ditiup angin. Jenuh keluar masuk nak betulkan kain. Tapi suka sangat cuaca begini. Nice weather..=)

Tiba-tiba hari ini terkenang kampung halaman. Setiap kali raya mesti mama beli baju yang sama je untuk semua anak-anak perempuan. Iyalah, kalau tak sama, ada je nak bergaduh. Masing-masing teringin baju lawa. Dah umur pon beza setahun je. Yang pelik adik-adik lelaki tak pulak bergaduh. Kakak-kakaknya ni aja yang suka bikin ribut. Terutama aku dan Ain. Suka sangat bergaduh. Teringat kami bergaduh pasal apa entah, lupa... Bising betul, kami sudah diberi amaran supaya berhenti. Tapi ada je mulut nak menjawab. Lastly, kena simbah dengan sebaldi air. Hah, padan muka.. Masa tu kita umur berapa ek Ain.. Lupala...=) Sebenarnya aku lupa, ain yang tolong ingatkan. Tapi sekarang masing-masing sedang membina kerjaya. Kenangan seronok kan In? Tapi memang masa tu, mama kita sungguh --"fiercemom"..kan ain?? =)

Apa mama masak pagi raya ek.. Jika diputarkan memori pada raya lepas-lepas, malam raya mesti tidur lambat.. Mama menyiapkan juadah lebaran untuk esoknya. Aku pula semestinya tukang masak kek. Dahla banyak, penat betul. Mana taknya sebiji untuk ke rumah atuk, sebiji untuk ke rumah mek, selebihnya untuk santapan di rumah. Si Ain pulak, sama ada menolong kami yang ada di dapur atau setia melayan Salam Aidilfitri yang ke udara secara langsung sama ada di TV3 atau Tv1.(tv lain ade ke ain..lupala..). Tidur pon sama ada pukul 3 atau pukul 4. Tapi seronok, sebab ada si Ain yang suka berjaga malam. Esoknya, kami yang perempuan ni mesti mandi paling lambat..huhuhu.. Haih rindu betul suasana raya yang lepas-lepas. Tahun ini mesti semua balik kan, tapi Along mesti balik paling lambat.. Seperti biasa Along, malam raya bertolak, pagi raya sampai. Sebaik sampai je, dah boleh makan, Along ek..Untung benor.. Tapi jeles betul, semua boleh jumpa..huhuhu.

Kalau raya tahun lepas, beraya di rumah embah di Tanjung Karang. Sepatutnya tahun ini raya di Kelantan. Tapi jauh benor kami melangkah.. beribu-ribu batu pulak tu. Namun, demi perjuangan suami aku gagahi jua..(jiwang lah pulak). Pertama kali raya di rumah embah, seronok juga. Tahun ini mak sekeluarga raya di Johor ya mak? Semoga raya tahun ini lebih bermakna untuk kami berdua..

p/s: Dek kerana tidak menahan rindu pada keluarga, aku sisipkan gambar raya tahun 1990 tak silap. Along, yeke 1990? Lupala..=). Tapi..rindu sungguh..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kueh Raya oh Kueh Raya


Sedang daku melayari TV9 menonton kegemaran kanak-kanak, terhidu oleh hidungku ini bau kek sedang dibakar, tak pun cookies, tak pun kueh. Haih, siapalah yang masak ni. Ini yang memang aku tak suka nih. Bau ini mengajak perutku menyanyi menari dan lantas saraf neuronku tiba di bahagian memori lantas tiba di Malaysia--> aka kampung halamanku.

Agak-agaknya mama buat ke tak kueh raya tahun ni, atau sekadar kueh tunjuk ditepi jalan atau kueh tunjuk katalog. Oh tanganku ini amatlah malas untuk menyentuh perkakas-perkakas dapur. Almaklumlah raya di perantauan.. Mood nak raya pun tak ada.

p/s: entah kan sempat atau tidak beraya tahun ini..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cream Puff

Pastri :
1/2 cawan air
3 sudu butter - room temperature
4 sudu tepung gandum
1 biji telur

Cara :
Preheat oven 200degree C. Telur dipukul di dalam mangkuk. Air + butter dimasukkan ke dalam periuk, masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Tutup api. Terus tambah tepung gandum dan kacau cepat-cepat. Panaskan semula adunan tadi dengan api sederhana sehingga terbentuk kepingan nipis. Api dipadamkan. + telur dan kacau cepat-cepat. Kacau sehingga sebati. Masukan adunan ke dalam piping bag dan pipe kan ke atas loyang. Bakar dalam 15 minit kemudian turunkan suhu ke 180 degree C. Kemudian bakar lagi seama 25 minit. Sejukkan sebelum masukkan kastad krim.


Kastad Krim
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu butter

Cara:
Tepung kastad + tepung jagung + gula - masukan ke dlam mangkuk. Kemudian masukan 1/2 susu sedikit demi sedikit sambil kacau. Masukan pula telur - kacau. Masukan pula 1/2 lagi lebihan susu sedikit demi sedikit. Kacau sebati. Panaskan dalam microwave dengan aluminium foil tertutup di atas mangkuk dan dengan suhu yang paling tinggi. Masak sehingga pekat. Dah siap, masukan ke dalam pastri puff.

p/s : source : Myresipi.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kad Raya untuk Semua



Kepada semua blog, ambillah sekeping kad raya ni. Sempena aidilfitri yang bakal menjelang, kutujukan kad ini kepada semua yang sudi menyinggah blog ini. Jemput-jemputlah datang rumah =)


Ni arahan nya…
Copy gambar kat atas tu and post kat blog masing-masing

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ingatan pada diri



ANDA PALING BERTUAH DALAM SETIAP KEADAAN

Katakanlah pada diri anda bahawa apabila anda ditimpa kesedihan dan kedukaan, ketahuilah bahawa itu adalah penghapus dosa (kaffarah).

Begitu juga jika anda ditimpa musibah berupa penyakit maka sedarilah bahawa itu adalah pahala di sini Allah. Semua itu untukmu dan terjaga di sisi Yang Maha Esa. Rasa lapar itu akan dibalas dengan pahalaNya, rasa sakit akan dibalas dengan habuanNya, pun kemiskinan akan dibalas pahala dari Allah. Tidak akan ada hilang di sini Yang Maha Esa kerana ia sentiasa menjaga dan memeliharanya.. Wallahua'lam

->Wanita paling bahagia, Dr 'Aidh Abdullah Al Qarni <-

p/s: pesanan untuk diri sendiri

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Beriani Kashmir vs Ayam percik

Menu bersahur pagi tadi. Asalnya untuk makan berbuka semalam, memandangkan kami ke masjid, menu ini menjadi santapan sahur pagi ini. Ayam ni ambil dari dapur MYR. Nasi cuba resepi dari dapur ummizaihadi. Tapi nasi ini mengikut sukatan kami yang berdua ini, hanya 2 cawan je. Ummi, tq so much.. hontoni oishiii..doumo arigatou nee..

NASI BERIANI
Bahan;

1 kg Beras Basmati (guna beras biasa je)
100 gm minyak sapi Ghee (za guna mentega je)
2 sudu besar tomato puree (terlupa nak letak,..adei..)
1450 ml air
100 ml susu cair
100 ml dadih (plain yogurt)
garam kismis (tak letak sebab stok dah habis)
daun bawang (pun tak letak)

Bahan rempah campur :
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu teh garam masala (sejenis rempah) (za tak letak ni sebab tak de)
4 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
4 cili hijau
3 biji buah pelaga (tak ada stok, jadi tak letak pun)

Cara:
Minyak sapi dipanaskan. Tumis rempah campur sehingga wangi. Kemudian masukan tomato puree + bahan kisar - kacau. Masukkan beras dan gaul sebati. Masukkan air + susu cair + garam masala + garam - masak dengan api perlahan dan tutup periuk. (Terlalu ringkas lah pulak..)


AYAM PERCIK
Bahan;

1 biji bawang besar
1" halia
1" lengkuas
3 biji bawang putih
1 batang serai
gula (ikut citarasa, za tak masuk gula pun)
stok ayam (boleh ganti dengan pati ayam kiub)
cili kisar
cili sos ( za letak tomato sos)
sedikit santan (tak letak, lupa/...)

Cara :
Blend kesemua bahan tadi, perap bersama ayam dalam 2 jam. Lagi lama lagi rasa rempah. (za perap semalaman sebab menu semalam kan). Masak kesemua bahan sekali sehingga mendidih dan ayam empuk sedikit, bakar dalam 200 degree C selama 20 minit, agak-agak ayam masak..


SALAD

Anggur hijau
Epal merah
Baby spinach
Salad
biji bunga matahari
Saleri


Dressing :
2 Sudu plain yogurt
2 sudu mayonise
sedikit gula (sebab campuran yogurt + mayonise = masam)
serbuk lada hitam

Kombinasi epal + anggur = manis, dressing = masam == oishii --> masam manis..hihi..


p/s: salad tu suka hati campak menghabiskan stok yogurt dan anggur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan 1993

Awal pagi aku telah dikejutkan dengan bunyi bising dan bau masakan dari dapur, bersama suara mama, aku terus bangkit dari tidur walaupun pada masa itu, mataku ini, kalau disorongkan bantal memang lena. Dek kerana takut pada mama terus aku bangun. Tengok jam baru pukul 4 pg. Haih awal betul mama bangun, mama tak pukul 330 pukul 4 tu memang kena bangun, membaca dan menyiapkan kerja sekolah yang tertangguh. Kata mama, waktu sebelum subuh elok untuk menghafal dan mengulangkaji.
Terus aku ke tandas untuk basuh muka (rumah atuk) yang memang tandas itu tidak mempunyai atap. Dahla tak ada atap, lampu pun tak ada. Terus aku membuka pili paip..tiba-tiba, ade sesuatu melompat menerjah ke muka ku yang 'comey' ini. WAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!! Katak yang lembik tu...menjerit aku sungguh tak terkata. Terkejut mama terus ke tandas melihat aku, aku dengan tanpa membuang masa, terus mencapai katak yang telah bertempek di muka ku dan aku baling ke dinding. Yerk...tak suka!!!!
Marah betul mama, katanya ingatkan ape tadi. Rupanya katak, dah aku ni jenis ikut genetik papa. Genetik yang tak berapa berani dengan spesies haiwan amphibia, reptilia dan yang seerti dengannya. Mama marah betul, disebabkan suara aku yang kuat lantas semua bangun dari tidur, mek, tok ayah semuala..Bagus juga, tak perlu aku mengejutkan semua. Mama memang seorang yang berani, aku ni tak payah cerita la.. Sejak peristiwa ini, aku sememangnya akan berhati-hati dengan spesies yang sebegini. Nasib baik 'dia' tidak kencing atau yang seerti dengannya di muka ku ini..Ish dah lama pun susah untuk aku lupa.

Kenangan ini membawa aku kepada memori form 4 tak silap. Pada masa itu kami semua sedang menonton Majalah 3. Majalah 3 waktu itu sedang menayangkan kegiatan masyarakat Cina yang sedang menangkap katak untuk dibuat lauk.. Yerk.. dahla katak besar-besar, ish minta dijauhkan. Aku sememangnya penakut dengan spesies ini memang dah lama tutup muka. Dalam tak sedar papa juga begitu..Hahaha.. Lawak betul papa, barulah aku mengerti kenapa aku, dan spearuh adik beradikku takut dengan makhluk bernama katak nih..Rupanya papa pun begitu, Menurut papa, atukku juga begitu. Lawak betul. Kalau katak ade dalam rumah, memang mama yang tolong buang, takpun izzul adikku. Aku, izzat, papa?? Jangan harap, tengok pun bulu roma dah naik. Dan aku cukup ngeri bila katak bermastautin di dalam kasut sekolah ku. Maunya aku campak jauh-jauh..

Teringat pula balik Kelantan sebelum datang sini. Pagi itu kami cadang ke bandar KB untuk membeli sedikit barang. Suamiku ini, mencampak katak yang berada di dalam kasutnya ke arah aku. Ada ke patut, apalagi hah menjerit sakan lah aku. Terus dengar suara mama, marah kerana menjerit. Dah suamiku baling binatang yang sememangnya aku tak suka. Ish..marah betul aku pada dia. Nasib baik dia cepat-cepat minta maaf, itupun ada lagi rasa marah.

Namun, menurut kawanku yang mempunyai kacukan darah Melayu-Cina ini, katanya masyarakat Cina mempercayai bahawa kaki katak boleh melicinkan kulit muka jika diamalkan (makan). Tapi bukan sebarang katak, hanya katak yang dipelihara yang gemuk-gemuk (owh aku tidak mengenali spesies katak ini, jadi aku tidak mengetahui apakah nama katak yang disebutkan ini)Yerk...geli tali usus aku mendengarnya..

Sepanjang berada di US ini, tak pernah aku berjumpa atau terjjumpa spesies ini. Harap sangat spesies begini tiada di sini.

p/s: papa, ejat,ejo, mama dan abg, maaf tertulis namamu disini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tomyam putih



Menu untuk berbuka semalam. Resepi dari dapur ummizaihadi (ubah suai), sesekali makan tomyam putih enak juga rasa. Pernah tengok CikDah dr Thailand buat tapi tengok jela, tak belajar pun..=)

Bahan;
1 biji bawang besar- belah 8
3 ulas bawang putih - dititik
2 batang serai - dititik
2" lengkuas - dihiris dan dititik
Ayam - potong kecil
1 biji tomato
Saleri
Carrot
Cauliflower
Cili padi - ikut suka
Cili hijau - ikut suka
Jus limau nipis
Daun limau purut
Garam

Cara:
Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan ayam (petua untuk hilangkan bau hanyir ayam), masak sehingga air ayam kering. Masukkan air dan carrot, masak sehingga mendidih. Setelah mendidih masukkan semua bahan lain kecuali jus limau dan daun limau purut. Tambahkan garam secukup rasa, setelah mendidih, masukkan jus limau dan limau purut..
p/s: Bahasa suka hati, campur bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahniah


Tahniah kepada adik ipar a.k.a adik abgfiz Nor Hafizah kerana telah selamat melahirkan seorang serikandi. Moga-moga serikandi ini akan berjalan ke medan pejuangan Islam, dunia dan akhirat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dendang perantau....

Pagi semalam aku mendegar radio dari sebuah radio tempatan melalui internet “Hot Fm” sambil menyiapkan tugasan aku. Tiba-tiba radio stesen radio tersebut memutarkan sebuah lagu raya.Dendang perantau..Tersentap hati aku apabila mendengarnya. Teringat pulak Malaysia, kampung halaman, mak ayah, adik-adik ku dan sanak saudara.Sedih pulak rasa dihati kerana akan beraya jauh di perantauan bersama isteri.

Pada malam berikutnya, aku teringat aku ada menyimpan satu folder lagu raya di laptop aku.Habis aku layan lagu raya.Kerja tak siap-siap lagi. Sedihnya.. Moga ayah bonda sentiasa merestui kami di mana kami berada. Makan ketupat rending ingatlah kami di bumi US ini. Anaknda sedang berjihad disini. Semoga ayah bonda dipanjangkan umur dan dimurahkan rezek. Kami mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkan makan minum anaknda ini dari kecil sampai dah besar panjag dan dah kahwin pun..JAUH DIMATA DEKAT DIHATI.

Lagu dibawah..”Ku Pohon Restu Ayah Bonda” aku tujukan buat ayah bonda ku di Pulau Pinang dan mertuaku di Kelantan .


“SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR & BATIN”
daripada kami (hafiz & izza) di perantaun. Lincoln,US..

( ...Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata... )
Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu
Kesalahan diri ku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita, Duduknya DISAMPING, Bukan DI ATAS, atau DI BAWAH

Wanita, dengan kekuatan perasaan, kehalusan budi boleh membuat banyak kerja dalam satu masa. Sambil memasak, boleh basuh pinggan, masuk kain dalam mesin basuh, siap boleh tonton tv rancangan masakan sambil mencatat resepi. Itulah seninya seorang wanita. Sikap kerja mengambil itu dan ini memudahkan wanita menyiapkan kerja yang banyak dalam satu masa. Hebatnya wanita, semua perkara perlu difikirkan. Teringat ceramah Ustazah Sharifah Nor Hayati dalam tajuk wanita Islam, katanya wanita ni berfikiran complicated. Semua dia nak fikir. Sebagai contoh, dalam beg tangan wanita, apa barang yang tiada?? Semua ada, beg duit, kad segala jenis kad, buku kesihatan yang lama dan baru.. Iyalah mana tau ianya diperlukan satu masa nanti.

Teringat mama kat kampung, masa tu adikku Izzat (dah besar panjang dah, umur 21 tahun) akan pulang ke kolej pembantu perubatan di teluk Intan..mama yang berada di sekolah telefon rumah, bertanya adakah pakaiannya telah aku sumbat dalam beg, adakah dia telah bersarapan, adakah keprluan dia cukup segala segi, adakah selimut dan tuala telah aku masukkan ke dalam beg si izzat nih..terfikir masa tu, mama ni macamlah izzat ni umur 10 tahun. Si Izzat pon satu, suka sangat buat kerja last minute. Mama di sekolah tak tenang jadinya.. Nak mengajar pun teringat anaknya di rumah..

Sabarnya wanita lebih daripada lelaki. Bayangkan jika lelaki dijadikan untuk mengandung dan melahirkan anak. Adakah ianya sesabar wanita yang membawa perut seolah membawa 4 kg gula? Pula tu, bawa perut dalam masa yang agak lama, 9 bulan 10 hari, adakah lelaki sesabar itu untuk mengharungi?? Adakah lelaki sabar untuk bertarung nyawa menghadapi saat melahirkan anak??

Inilah kelebihan wanita yang tiada pada lelaki. Berbeza dengan lelaki. Pandangan lelaki jauh melaut bagaikan berdiri di sebuah bukit nampak banyak perkara nun di kejauhan. Fokusnya meluas kepada dunia luar Lambat perasaaan dengan dunia bawah yang hampir dengannya.
Itulah hakikat dan perbezaan. Bukan saling melemahkan antara satu sama lain. Sebaliknya mencari kehebatan masing-masing yang saling lengkap melengkapi.

Bayangkan kalau suami atau adik beradik lelaki terlalu detail hal-hal dalam rumah,masak tak sedap sikit kena tegur, sidai kain senget kena komen, lipat baju kedut sikit tak kena alamatnya perempuan dalam rumah akan kerimasan. Tak tahan dengar bebelan lelaki. Tapi hebatnya Allah, menciptakan lelaki yang tahan dengar bebelan wanita. Dah biasa.

Cuba pula bayangkan perempuan balik rumah macam lelaki, kain dihumbannya sana sini, dapur tunggang langgang, kain bertimbun tidak berbasuh dan lebih teruk lagi kain yang direndam berhari-hari boleh tumbuh segala jenis micro organisma. Perempuan jenis apakah ini?? Kerana fitrah wanita yang dikehendaki adalah meneliti kerja-kerja seni. Kain berendam berhari-hari bagi lelaki adalah biasa, tapi bagi perempuan ianya memualkan. Hebatnya Pencipta menciptakan lelaki dan wanita saling melengkapi.

Wanita, tulang rusuk yang bengkok, dicipta daripada tulang rusuk Adam a.s. Tulang ini perlu dilentur oleh lelaki beriman, pemimpin utama. Jika dibengkokkan, akan apatah dan jika dibiarkan akan bertambah bengkoknya. Wallahua'lam..

Sumber : Anis, April 2008

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Shoufle Cheese Cake (Untuk Mariam Izza Mohd Najib)

Kak Eja, ni resepi cheese cake za ambil dari myresipi.com. Dah lupa sape yang post. Za dah buat, ni memang fav abgfiz..hihi. Kejap je habis walaupun berdua =)..

Bahan:
200 g cream cheese (room temperature)
50 ml susu segar (1/4 cawan)
3 biji telur - diasingkan putih dan kuning
100 g gula castor
30 g tepung jagung
2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil cream tartar ( boleh ganti dengan jus lemon, 1 tsp = 2 tsp lemon jus)

Lemon cheese frosting:
125 g cream cheese
30 g gula castor
50 g fresh cream
2 sudu besar jus lemon

Cara:
Preheat oven 175 degree C. Pukul cream cheese + susu - pukul dengan sederhana laju. Masukkan 50 g gula + kuning telur (sebiji demi sebiji) + tepung jagung + jus lemon + cream tartar - pukul sehingga sebati. Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur diiringi 1/2 gula tadi sehingga adunan betul-betul kembang (meringue). Adunan putih telur di masukkan ke dalam adunan cream cheese tadi sedikit demi sedikit dan kacau sebati menggunakan spatula. Bakar dalam 45 minit. Untuk lemon frosting, campur kesemua bahan-bahan dan pukul sehingga gebu. Sapukan ke atas kek.

p/s: Kak eja, kek ni sgtlah sedap bg penggemar cheesecake macam za ni..bila masuk mulut seolah2 kek melting je..ish..sodap bebenor..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayam percik (Kelantan version)

Resepi dari mama - ayam percik versi Kelate. Gambar tak sempat nak snap, ayam dah kena ngap!! Asal memang tak tahu menahu resepi ayam percik putih ni. Tapi oleh kerana arwah atuk teringin sangat nak makan, jadi belajarlah daripada mama. Yuk, hayati bahan-bahan dan cara membuat..



Bahan:
1/2 kg ayam (dibersihkan dan dipotong)


Bahan perap:
3" halia
5 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 belah bawang besar (onion)
sedikit garam


Kuah:
1" halia
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 cawan santan pekat
1 batang serai- dititik



Cara-cara :

Bahan perap di blend bersama sedikit garam. Perapkan bahan blend bersama ayam. Lagi lama,lagi enak. Untuk kuah, bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk sehingga lumat. Bahan tumbuk tadi ditambah ke dalam santan pekat. Dengan api yang perlahan, masak santan perkat bersama bahan tadi sehingga pekat. Kacau sentiasa. Ayam yang diperap tadi dicampurkan dengan sedikit kuah percik tadi dan rebus sehingga ayam empuk. Bakar ayam sehingga masak sambil percikkan kuah tadi.

** Iza guna oven, jadi ayam terus masuk oven tanpa rebus.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

For you my beloved husband


In that sudden moment, when your eyes connected
Your heart was beating with excitement, you remember, right?

Like the feel you feel in love during the pusted colored season
I want you continue shining like that day,

Don't give up, just a little more
Keep running until the end
No matter how far apart we are
My heart always by your side
So keep chasing after that distant dream

When something was wrong, you wold make a funny face
Jokingly showing that everything will be alright
Please don't forget
I love that about you

Don't give up, look over there
Your goal is getting closer
No matter how far apart we are, my heart is always by your side
I will always be watching over you

Don't give up, just a little more,
Keep running untill the end
No matter how far apart we are, my heart is always by your side
So keep chasing after the distant dream.
-makenaide,ZARD-
p/s: sabar, abg sentiasa dlm doa iza..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khas Untukmu Mama..


Kutitipkan madah pujangga
Sebagai pengganti kerinduan ini
Untukmu yang tersayang
Semoga dikau berbahagia selalu
Kutitipkan sejuta kerinduan
Buatmu yang jauh di mata
Agar kasih sayang ini
Bersemadi dijiwa
Kutitipkan sekalung doa
Untukmu yang sentiasa berkorban
Semoga bahagia menanti
Semoga sakinah dan farhana menjadi milikmu
Kutitipkan madah pujangga
Sebagai pengganti kerinduan ini
Semoga perasaan ini abadi selamanya..
Buatmu duhai ibuku tercinta..
-Ja, USA-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peach Cheese Cake


Huhu..baru je berazam nak kurangkan makan cheese. Tak pa, habiskan stok dalam peti ais (pujuk diri sendiri..=)) Balik dari kelas hari ini, Abgfiz tiba-tiba teringin nak makan cheesecake. Lepas asar tadi terus turun buat. Ni resepi main campak je. Tak sempat nak study resepi. Bila dah makan semua rasa ada..Manis, masam semua ada.. So bolehlah nak bagi tajuk kek sepuluh rasa..
Bahan :
Bahan A ;
100 gm cream cheese
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3/4 cawan nonsalt butter
1/4 cawan tepung jagung
1 sudu baking soda

Bahan B ;
2 biji egg yolk
1 tin peach - asingkan buah dan jus

Bahan C :
2 biji putih telur
1/2 cawan gula

Cara -cara ;
Preheat oven 160 degree C atau 350 degree F. Campurkan semua bahan A dan gaul dengan menggunakan tangan sehingga rata. Setelah rata gunakan handmixer supaya adunan sebati. Bahan C dipukul sehingga kembang. Kembang sehingga bila terbalikkan mangkuk, adunan telur tak jatuh ( meringue) Bahan B , jus peach dan telur dipukul dan di campur ke dalam mangkuk bahan A. Pukul sebati. Bahan c kemudian dimasukan ke dalam ( no 2 ). Gaul dengan menggunakan spatula. Masukan dalam acuan pembakar kek dan taburkan buah peach ke atas adunan kek. Bakar selama 40-45 minit. Sehingga kek masak.

Bahan topping :
4 sudu besar plain yogurt
3 sudu besar gula
Buah-buahan dalam tin - fruit cocktail. (iza guna buah nectarine dan orange yang diiced dan sedikit buah fruit cocktail)

Yogurt dipukul bersama gula. Buah-buahan digaul bersama bancuhan yogurt. Kombinasi yogurt = masam dan gula = manis, masam manis..

p/s: hah, berapa banyak gula yang terkandung dalam sebiji kek...ish..ish...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cloudy..

Hish..seminggu nih cuaca tak elok. Asyik hujan, berangin..suhu dah mula turun..Kain yang aku basuh semua tak kering..Cuaca begini menyebabkan aku malas nak buat kerja, sejuk memanjang. Mood pun tak berapa ok juga. Nak masak pun dah mula malas, Abgfiz dah makin kurang berselera nak makan. Agaknya lepas ni, kembalilah badan suamiku masa 1st year dulu. Mak kata 1st year Abgfiz kurus, tak boleh nak bayangkan macam mana kurusnya suamiku. Jumpa dengan dia masa dia 3 rd year dan badan dah macam sekarang.

Daun pun dah mula kuning.. dan ada yang dah gugur. Masa ini mulalah teringat kat Malaysia, seronoknya bila dok Malaysia. Bila dok Malaysia, nak pulak datang sini. Hish...manusia tak pernah bersyukur dengan nikmat kurniaanNya..

Cakap pasal mood ini, teringat pulak Dr Affandy dalam kuliah Abnormal Psycology. Katanya di US terlalu ramai manusia berpenyakit psikologi (seasonal Affective disorder). Faktor utama, cuaca. Cuaca yang sejuk menyebabkan timbul depression, stress, Schizophrenia, Mood [affective] disorders, Disorders of psychological development dan banyak penyakit psiko. Sebab tu ada bilik khas merawat yang merawat penyakit. Ia berupa bilik yang dipenuhi lampu-lampu kuning. Fungsinya kembali meransangkan segala sistem tubuh badan (seingat akulah). Bila fikir, ish betul jugak. Cuaca sejuk ni rasa mood nak buat kerja pun terbantut.

Cakap pasal penyakit psiko nih, teringat aku kepada roomate masa final year, school of science pharmacy yang sekarang dah bekerja di Hospital Taiping, bahagian Farmasi. Masa tu dia ada lawatan ke hospital sakit jiwa. Ceritanya, macam-macam boleh tengok. Ada yang nangis sorang-sorang, ada yang gelak tak ingat dunia, ada tu yang kena ikat satu badan. Mana taknya, asyik nak buang baju je.. Ada tu yang baru umur belasan tahun, depression. Tak pernah bercakap. Kesian..muda-muda dah kena penyakit. Agaknya ada sejarah hitam..Hish minta dijauhkan..

p/s: waa..rasa nak tidor je memanjang..kepada x-roomateku, akak, semoga tabah hadapi kerenah doktor dan pesakit..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

You Are What You Eat - BBC America




Ahad aku suka sangat tengok Channel BBC, You Are What You Eat kendalian Dr Gillian Mc Keith - International Acclaimed Holistic Nutritionist (sebenarnya ade banyak siaran tapi iyelah kat sini mane nak tau bila sebab semuanya ulangan).


"Is your fridge stocked full of fresh fruits, vegetables and lean meats OR is it full of fat-filled, overly salted processed convenience foods and abandoned take-out containers?If we truly are what we eat, what do your eating habits say about you?
Holistic nutritionist Gillian McKeith works with unhealthy eaters to break a lifetime of bad habits in just eight short weeks." - bbcamerica.com

Ia merupakan rancangan mengenai gejala pemakanan american menyebabkan kegemukan melampau. Melalui rancangan ini, Dr Gil akan menerangkan nutrisi yang diambil yang menyebabkan kegemukan, gejala insomnia, penat, masalah pembuangan dan sebagainya. Ternyata pengambilan lebihan lemak dan gula akan mengganggu kesihatan. Dr Gil akan mencadangkan pengambilan makanan yang semuanya daripada tanah ( sayuran dan ulam ) serta daging yang berwarna putih (ikan dan ayam) serta senaman. Ternyata dalam masa 8 minggu, berat semakin menurun dan kesihatan semakin baik. Tidur berkualiti, kurang rasa letih, pening dan sebagainya.

Dr Gil akan mencadangkan dan merekakan resepi agar makanan lebih menarik. Kadang-kadang lucu, mana taknya, tak pernah makan sayur tiba-tiba kena makan. Ada yang termuntah, yang tak tahan dengan bau sayur dan sebagainya. Kadang aku rasa sangat bersyukur dibesarkan di dalam keluarga kampung yang amalkan pemakanan berupa ulam-ulaman dan ikan.

Pada awal datang sini, aku terkejut ramai yang gemuk dan obesiti sehingga terdapat kederaan khas untuk bershopping. Setelah menonton You Are What You Eat barulah faham kenapa ramai yang gemuk dan obesiti. Antara siri yang menarik minat, remaja yang berumur 12 tahun mengalami kegemukan melampau. Mane taknya, breakfast sahaja 1 glass of soda, 2 fry eggs, and bread with cheese. Itu baru breakfast belum lagi lunch dan dinner. Seminggu sahaja lemak dan gula berkumpul dengan banyaknya di dalam badan. Badan pun nampak sangat terlebih berat. Ditambah pula kurang bersenam, bertambahlah lemak dalam badan. Berbeza sangat dengan cara pemakanan masyarakat Malaysia yang banyak mengamalkan sayur dan ulam, dan berbeza dengan cara pemakanan masyarakat Arab yang banyak mengamalkan masakan berupa rempah ratus.


Aku teringat Dr Affendy dalam kelas Health Psycology..katanya dia tak pernah percaya akan penyakit keturunan..Betul ke?? Tapi hujahnya disambung.. sebenarnya penyakit datang dari lifestyle. Contohnya pasangan kembar, sorang berada di Jepun, sorang berada di US. Keduanya berasal dari US dari mak dan ayah yang sama. Dan keturunannya ade penyakit kencing manis dan darah tinggi. Yang dok US nih makannya daging, cheese, dairy product dan yang duk Jepun nya makan makanan yang semuanya masakan stim, rebus dan yang seerti dengannya.. Katanya lagi, kembar yang dok US akan dapat penyakit seperti mak dan ayahnya, yang dok Jepun sihat walafiat. Jika difikirkan logikla jugak..orang Jepun kan makanan mane ade lemak, semuanya rebus, stim je. Tengokla masyarakat Jepun ade ke yang gemok-gemok?? Setahu aku tak pernah pulak nampak orang Jepun ni gemuk (selalu sangat tengok cite Jepun dek nak belajar bahasa Nihon ni..penangan Morning Musume). Tapi gemuk tak beerti banyak kolestrol dan kurus tak beerti tak dek kolestrol.. Macam sorang kawan kat USM, kurus keringlah dia ni tapi bila buat medical check up, tinggi betul kolestrol nye. Katanya dia suke makan minyak yang dari sambal tumis dan yang seerti dengannya. Ish..bahaya jugak..Tapi betul jugak kata Dr Affendy tuh.. Ish aku teringat pula kat Dr. Suka sangat dengar ceramah dia, suka sangat ke kelas dia. Tak pernah mengantuk plak tu..

Tapi dalam Islam, kita di ajar makan makanan yang sepatutnya. Iyalah makanan itu akan menjadi darah daging kan. Rasulullah sendiri tengokla apa yang di makan.. kurma dan yang seerti dengannya lah..

Ternyata makanan yang berasal dari tanah merupakan makanan yang baik untuk kita. Iyalah, kita pun sebenarnya berasal dari tanah.


p/s : kena kurangkan makan cheese ni..duk US ni suka sangat makan cheese..huhuhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Belajar Merupakan Satu Jihad..


Belajar adalah satu pendakian,
Memenatkan dan meletihkan,
Belajar adalah satu jihad,
Menuntut pengorbanan dan ketahanan.
Awas! Jangan linglung dan keliru,
Genggam bara api,
Mandi sampai basah,
Berdayung biar sampai ke tepian.

Semalam telah berlalu,
Esok belum tentu,
Hari ini, manfaatkan sepenuhnya.
Untuk kehormatan dan maruah,
Untuk hari esok,Untuk diri sendiri,
Untuk orang yang disayangi
-petikan dr Pengarah Urusan MAGP-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Experience The Power Of Bug.from http://entomology.unl.edu/expofb.htm

Tidak lama lagi department aku akan buat "open day" yangg dikenali dengan tema "Experience The Power Of Bug".Pada hari tersebut aku akan bertugas menjaga perlumbaan lipas.Hehe..kelakar bunyi "cockroaches race".Nak tau.. JOM beramai-ramai ke "Department Of Entomology" UNL pada 21 September ini.


The Department of Entomology will hold its annual open house - Experience the Power of Bugs - on Sunday, September 21, from 1:00 pm - 4:00 pm in Entomology Hall (formerly the Plant Industry Building), located on East Campus in Lincoln.
This year's program will feature a variety of fun and informative sessions, enabling participants to sample some of the different areas of insect science: diagnose insect-borne diseases with Dr. Bug (medical/veterinary entomology), check out native Nebraska insects (insect classification), use forensic entomology techniques to determine Who Done It? (forensic entomology), and see a collection of live aquatic insects.
Current research posters by faculty and students will be on display throughout the building, along with demonstrations in our insect genetics, toxicology, and plant-interaction labs.
Just for fun, visit the insect zoo and have the opportunity to meet and hold some very large insects. Check out the honeybee observation hive. Show your knowledge of bug trivia in Insect Jeopardy! Feeling hungry? Stop by the Hard Roach Café for an insect snack. See fly-tying in action, and root for your favorite roach in the cockroach races.
No pre-registration is necessary, admission and parking on the north side of the building are free, and all participants will have the opportunity to register for door prizes and drawings for a Canon A-470 PowerShot digital camera and an I-Home portable system for your iPod.
We hope that you will be able to join us. If you have any questions, please feel free to contact Lisa Silberman at (402) 472-3416 or via email at mailto:insectscience@unl.edu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Al Fathihah untuk Atuk Mat Johor

Adik beradik mak bersama arwah atuk Mat dan atuk Yah(Album kahwin)



Semalam, aku menerima email dari adik iparku, Lina yang berada di UIA. Email yang berbunyi
" kak izza, lina dah ade kat Kuantan, Atuk Mat dah meninggal..".
Betapa aku terkejut menerima berita tersebut. Kuhidupkan handphone Malaysia, dan lantas menerima sms dari mak. Sayunya rasa hati. Terkenang atuk ketika susah payah datang ke Kelantan untuk meraikan majlis pertunangan kami juga perkahwinan kami. Walhal atuk, samada atuk Mat atau atuk Yah pada masa itu agak uzur untuk berjalan jauh. Terkenang saat terakhir kami berhubung dengan atuk bulan lepas melalui Yahoo Messanger. Tidak disangka itulah saat terakhir bertemu muka dengan atuk walaupun melalui webcam. Seingatku, atuk Mat tak sakit teruk. Ada diabetis dan high blood pressure, tetapi atuk Mat meninggal kerana low blood pressure. Agaknya itu sekadar menjadi penyebab, sudah sampai ajalnya... Teringat cerita mak, sebelum meninggal atuk asyik bertanya tentang kami disini..Sayunya..
Moga-moga roh atuk Mat ducucuri rahmat. Sekalung al fatihah buatnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gulai Kambing Pakistan


Resepi ini olahan dari Gulai Pakistan- umi_e@myresepi.com. Umi-e guna plum tomato dan ayam. Tapi cari plum tomato kat Walmart tak jumpa. Pakai sahaja apa yang ada.

Bahan :

1/2 kg daging kambing
1 tin tomato sauce
1 labu bawang besar - dihiris nipis
5 biji cili hijau
50 gm daun ketumbar
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk ketumbar
Minyak untuk menumis
Garam
Cara :
1. Cili hijau di blend bersama daun ketumbar
2. Tumis bawang besar sehingga layu dan naik bau, masukan bahan blend
3. Masukan juga tomato sauce, serbuk jintan dan serbuk ketumbar. Kacau dan perlahan api.
4. Masukan daging kambing. Biarkan sehingga empuk.
Enak dimakan bersama nasi minyak. To Ros, cubala resepi ni. Abg fiz cakap sedap.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayam Bakar (Khas Untuk Rosnah Muhd Yusuff )

Ros, tak buat lagi resepi ni. Tapi resepi ni dari Padang,Indonesia. Dari majalah Anis bulan Februari 2008. Meh kita try buat sama-sama.

Bahan-bahan :

1 ekor ayam kampung (ayam biasa pun ok kot) -
-direbus bersama bawang putih yang di blend bersama kunyit. Masak sampai ayam empuk.

Bahan perap :
4 sudu sos cili
4 sudu cili kisar
4 biji bawang putih
4 biji bawang merah
2 inci halia
2 inci kunyit
2 sudu kicap manis
Garam dan serbuk perasa

Semua bahan perap diblend dan di perap pada ayam yang telah direbus. Kemudian ayam dibakar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

USM BERJAYA DIPILIH SERTAI PROGRAM APEX..from www.usm.my


USM berjaya dipilih sertai program ApexPUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berjaya dipilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau Apex dengan mengetepikan tiga lagi universiti, termasuk Universiti Malaya (UM). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pemilihan USM adalah berdasarkan kepada pelan tranformasi dan kesediaannya untuk berubah seperti yang terkandung dalam kertas cadangnnya, memenuhi kriteria pemilihan yang diperlukan. “Pemilihan bagi program Apex tidak hanya melihat kepada pencapaian dan kecemerangan lepas tetapi lebih kepada perancangan masa depan serta sama ada universiti itu dapat mencapai status bertaraf dunia dalam tempoh yang diberikan iaitu lima tahun,” katanya semasa mengumumkan pemilihan USM di sini hari ini. Katanya, dalam tempoh itu, USM mesti berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan berada di dalam senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020. “Kita lihat dulu bagaimana kejayaan USM selepas itu barulah keputusan dibuat sama ada akan terdapat satu lagi universiti dipilih untuk program Apex,” katanya. Ditanya mengapa UM sebagai universiti tertua negara tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata: “Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain akan dipinggirkan sebaliknya diharapkan ia akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia.” Sebanyak sembilan universiti seluruh negara telah menghantar permohonan dan hanya empat universiti iaitu USM, UM, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disenarai pendek. Kertas cadangan USM bertemakan “Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow”. Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi daripada segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian. — Bernama[dipetik dari versi online Berita Harian - 3 September 2008]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mushroom Soup



Jom makan mushroom soup bersama garlic bread ni.. Resepi di ambil dari myrecipe.com. Resepi dari minami133.

Mushroom Soup

Bahan-bahan :

1 keping dada ayam

600 ml air

250 ml susu segar

sedikit kiub ayam

cendawan butang

garam

1 cawan tepung gandum

Cara :

Ayam dipotong kecil-kecil dan direbus bersama air. Setelah mendidih masukan susu dan kiub ayam. Perlahankan api. Masukan pula mushroom. Masukan tepung gandum yang telah dibancuh dengan air. Agak-agak pekat, tutup api. Enak dimakan bersama garlic bread.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nebraska State Fair, Experience it! Celebrating 139 years


Fuh, lama sungguh aku nak mengarang Nebraska State Fair nih. Susah betul nak mengarang. Sungguh tiada idea untuk aku mengarang. Pagi Sabtu yang damai, suamiku tiba-tiba mengajak ke pesta. Katanya nak berjalan merehatkan fikiran setelah berhari-hari mengadap kerja yang sememangnya tidak pernah habis. Agaknya dia kesian pada kebosanan aku berada di rumah. Thank you so much.


Bersama suamiku dan Suhaizi, kami bertolak pada 23 Ogos, jam 4 petang dan tiba di NSF kira-kira dalam 15 minit perjalanan. Setibanya kami di sana, aku lihat begitu banyak kereta maklumlah hari itu hari kedua pembukaan NSF. Dalam fikiranku tertanya-tanya apakah sebenarnya NSF ini.. Rupa-rupanya ianya seperti Pesta Pulau Pinang tetapi lebih kepada pameran dan produk dari Nebraska. Tiket berharga 8 USD per person. Ku kira agak mahal namun, kami tidak melepaskan peluang yang ada. Sememangnya ramai yang datang, mungkin kerana hari itu kebetulan hujung minggu. Oleh itu, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk beriadah bersama keluarga. Terdapat banyak permainan berbentuk roller coster dan permainan yang sejenis dengannya. Semuanya membuatkan aku pening.




Kami kembali berjalan-jalan..kemudian ternampak bangunan yang tertera 'Small Animal Pavilion'. Kami masuk dan melihat pelbagai jenis ayam, itik, burung dan angsa. Sebetulnya ianya adalah pameran dan pertandingan (pertandingan apa tak pasti). Seronok melihat ayam dan itik yang tak pernah aku melihat sebelum ini. Suhaizi kulihat asyik mengambil gambar ayam dan itik. Masa tu terfikir, 'agaknya si Suhaizi ni suka ayam kot'..lagaknya seperti tak pernah melihat ayam itik sebelum ini.. (maaf ya Suhaizi, jangan mare..).



Bersebelahan dengan Small animal Pavilion, kami memasuki bangunan mempamerkan produk daripada Nebraska. Semuanya berbentuk makanan seperti sos spageti, madu, produk daripada jagung, t-shirt dan sebagainya. Suhaizi ku lihat membeli sos BBQ yang spicy. Aku teringin membeli madu namun, kami kekurangan cash. Maklumlah US ni mengamalkan sistem debit card. Jadi, cash dalam tangan less than 10 dolar. Nak ke ATM mesin malas pulak nak datang balik. Akhirnya tengok sahaja, tak beli apa pun. Bersebelahan bangunan, terdapat kandang lembu. FUH! lembu semuanya besar-besar dan tanduknya masyaAllah besar. Ish, takut aku melihat. Kang disodoknya aku nanti. Ish, gerun bila memikirkannya. Padahal lembu itu biasa je. Aku aja yang lebih-lebih..


Kami kemudiannya memasuki bangunan Animal Barn, betapa terkejutnya aku tak pernah melihat binatang seakan unta tapi badan seolah-olah kambing. Ke aku aja yang tak pernah lihat? Suamiku memberitahu ianya adalah Lelama, dalam fikiranku mungkin kacukan binatang kerana mukanya seolah unta tapi kakinya macam kambing. Namun, ianya halal untuk kami sentuh dan makan. Aku melihat binatang ini garang dan rasa takut menerjah dalam diri walaupun sebenarnya ia tak ganas. Sesungguhnya, aku seronok ke tempat ini. Tak sia-sia kami ke sini. Menerjah ke bangunan sebelah, terdapat pameran sayuran dan buahan. Masya Allah, hebatnya kuasa Allah, aku lihat pelbagai jenis lada, cucumber, squash, zuchini, parsly, tomato, labu, dan tanaman lain. Yang menjadi kemusykilan, "apa bezanya squash, zuchini, cucumber?" Pada mataku semuanya seperti cucumber. Lada dan tomato pulak bermacam jenis. Penat juga membaca label-label yang sememangnya aku tidak tahu.

Keluarnya dari bangunan tersebut, kami berjalan merentasi pameran yang terdapat di jalanan. terdapat banyak pameran kereta dan jentera askar. Ah, semuanya itu bukan duniaku. Namun ku lihat suamiku dan Suhaizi bersungguh-sungguh melihat kereta dan jentera yang sememangnya dunia lelaki. Kami teruskan berjalan dan melihat ramai orang seolah-olah sedang menantikan sesuatu. Rupa-rupanya terdapat perarakan street show. Perarakan itu berupa jentera yang digunakan untuk pertanian (maklumlah Nebraska is agriculture state) dan yang menariknya jentera - jentera tersebut telah berumur separuh abad dan mungkin ada yang berumur lebih 100 tahun! Tiba-tiba suatu yang mencuri tumpuanku, sekumpulan itik sedang berarak diselangi dengan suara tuannya. Aduh..comel sgt itik-itik yang telah dipakaikan baju masing-masing. Lenggok gayanya mempesonakan. Sungguh seronok..


Niat dihati nak menyambung lagi perjalanan ke ladang lembu, namun kami terpaksa melangkah pulang untuk ke Walmart- membeli barangan dapur. Tambahan pula, asar sudah ke penghujung. Kami bertuah kerana ini adalah kali terakhir Nabraska State Fair berlangsung. Ku dengar, pihak Universiti akan mengambil alih kembali tanah yang digunakan. Sungguh tidak rugi 24 USd melayang (8 dolar X 3 ). Pengalaman ini ku kira tidak mungkin ku lupa. Ya, pengalaman adalah sesuatu yang amat berharga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lasagna (resepi dari kak Izati-tq)


Lapisan 1 : Mince Filling:
2 biji bawang putih - chopping
3 biji bawang merah - chopping
carrot
mushroom
tomato - potong dadu
beberapa potongan dada ayam
2 sudu tomato puri
1 sudu kecik black pepper
Cara membuat:
Tumis bawang putih + bawang merah. Masukkan potongan dada ayam, masak sehingga empuk. Tambah carrot, mushroom, tomato, tomato puri, black pepper, masak sehingga empuk dan perasakan masin dan manis.
Lapisan 2 : Lasagna - rebus
Lapisan 3 : White Sauce;
Panaskan satu gelas susu segar yang telah dibancuh bersama 3 sudu tepung gandum. Masak hingga pekat.
Lapisan 4 : Shredded cheese
Cara :
Letakkan lapisan demi lapisan ke dalam mangkuk, pastikan lapisan paling atas adalah shredded cheese. Bakar dalam 180 degree C dalam 10 minit..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Pertama Buka Puasa


Memandangkan semalam adalah hari pertama buka puasa di negara 4 musim ini, aku masak special sikit. Special sehingga lupa nak keluarkan buah kurma dari peti ais.

Menu semalam nasi minyak, gulai daging kambing (daging dari sahabat seperjuangan suamiku Bro Ahmad dari Yaman), salad buah + sayuran, kentang ball. Semuanya menjadi kesukaan suamiku..

Moga-moga puasa semalam mendapat keberkatan dari Yang Esa. Amin..amin..amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Ramadhan Untuk Semua

Salam Ramadhan untuk semua di dunia.. Semoga Ramadhan kali ini memberikan kita 1001 erti dalam hidup.

Selamat beribadah.. rebutlah peluang yang mungkin TERAKHIR bagi kita.. Moga-moga semuanya di berkati.

'"Ramadhan is a blessed month.
Blessing and special month.
Rewards are doubled, prayers are fulfilled.
It is a special month of Lailatul Qadar.
Fill that month, increase good works.
Devotion at night, fast at daytime.Increase the alms, do not be stingy.
Hope it becomes redemption of sins.
Do not forget to read Al-Quran.
It is better to followed by Zikr(Zikrullah) and Tasbih.
Excite the Ramadhan in various ways.
So that Ramadhan will not be useless.#
Avoid sins on each limbIncluding the sins of heart
Because the sins will damage the rewards
So that we not waste the Ramadhan
Fill the Ramadhan as good as possible
Because it comes only once a year
It is not sure we will meet the next Ramadhan
Because we will die at any time "

Nasyid - Hijjaz

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan