itu keputusan aku. aku harap, mereka dapat memaafkan aku. ya. mungkin menyusahkan orang. tapi serius, aku dah bagi tahu, aku takkan naik dengan kaum itu. heh. aku pun, ada rasa serik jugak.
aku salah seorang perancang. aku salah seorang yang melaksanakan. aku tahu matlamat itu.
tapi, aku tak nak lagi digigit rasa itu. rasa bersalah. rasa berdosa. malu dengan alam jagat. heh. mungkin aku nampak ekstrim dengan pemikiran ini, tapi, aku rasa lebih baik aku mencegah. bukan rasa, tapi pasti. benda yang was-was jarang bawa kepada keuntungan!
aku tak mahu menambahkan lagi 'musuh-musuh' aku yang sedang mengejar dari belakang. sehingga kini.
aku pun serba salah juga. aku pun terkilan juga. tapi, itu bukan satu pelepasan untuk aku.
tidak. tidak. dan tidak.
pengalaman pasal kereta ini, aku dihantui kisah itu. hah. masa itu, aku dengan dua orang! itupun dah nak gila! ini, apatah lagi aku seorang!
aku tak salahkan sesiapa. ini pun sebahagian kesilapan aku.
perancangan kena terperinci. tak boleh kelam kabut.
aku, ada identiti diri. aku punya keluarga.
maafkan aku teman-teman sekalian. harap dapat memahami.
semoga jumpa lagi. p/s:aku nak cuba interview ayah pasal ini. sama seperti aku dah buat tiga tahun lalu! ya, ayah!
gambar ini ditangkap pada hari merentas desa di kg. binjai. penghargaan untuk kamera Nasyid. luasnya langit kan? ;) kerdilnya kita. hu.
ehhem. ziarah.
hari sabtu lepas, beria-ia nak gi balik kampung atuk sebelah ummi. tambahan pulak menghantar encik Ahmad Ibrahim itu.
tiga orang yang telah diziarah, Mak Ngah (isteri arwah Pak Ngah, adik ummi), Do Che Piah dan atuk. :D
ketiga-tiga orang tersebut, aku hanya paling arif (boleh la) pasal atuk je. huhu.
pengajaran ziarah hari itu,
1 - jaga kesihatan. jangan zalimi diri. terutamanya pasal makanan. hurnm. aku kena jaga marah. haha. orang yang marah adalah orang gila [dalam buku dr. aidh al-qarni] . orang yang marah adalah orang yang tewas! [memandangkan orang paling kuat orang yang menahanmarah kan? ;)] penyakit marah boleh mendatangkan darah tinggi. bila dah kena darah tinggi, kena makan ubat. bila kena makan ubat selalu, nanti terkesan pada buah pinggang! oh. consequence yang sangat berantai! maka, mencegah lebih baik daripada mengubat! an apple a day, keeps away the doctor. haha.
2 - masa muda dan tua. ho. ho. ingatkan hati, wal 'asr ya! tak nak jadi sisa dunia ya!
urm. saya juga telah mendapat tawaran temuduga perguruan. tarikh temujanji [anggap dating supaya tak berdebar! hee..] ialah 19 Mei 2009. alhamdulillah. urm. ayah tawarkan CUCMS. ayah juga tawarkan interview training untuk IPG itu. zaman sekarang memang maju. interview pun ada training ha!
mu'allimah Dayang ajak teman ke Kedah. esok! insya Allah. ayah ok. ummi ok. then, aku ok! hihi.
keputusan UPU/BPKP Jumaat ini. 1 Mei 2009. ^-^
till then. p/s:boleh marathon buku masa travel nanti. ^^
maka, dengan ini, rumah ini penuh! petang ini, ayah balik~ FULLHOUSE.
yummy dan momo bawak balik buku bergunung-gunung. aku, buku yang dah sedia ada pun belum habis. heee... pulak tu tak sedar diri nak berebut dengan diorang [kakak-kakak aku] baca buku yang baru.
buku-buku yang aku sedang mula baca, - odisi bulan biru - 1001 things every teen should know before they leave home (or else they'll come back)
itu lah buku baru yang aku sudah mula baca. dan buku yang sudah aku habis baca semalam, alhamdulillah, tajuk dia Antara Hari Ini dan Semalam(baina al-yaum wa al-ams). buku ni dah lama nak ikutkan. tapi aku baru nak baca + momo bawak balik semula.
ada je lagi buku yang dari bulan satu yang belum aku baca. Letters to Jerusalem! belum habis-habis lagi.
pastu buku yang agak slow perjalanannya ada dua lagi. ha. banyaknya~
jadi, SALAH untuk AKU, katakan BOSAN! aku banyak kerja lagi nak kena buat.
banyak lagi aktiviti aku kena buat!
kerja-kerja homemaker, alhamdulillah, kembali normal minggu ini. alhamdulillah.
buku-buku jugak banyak sangat menunggu untuk dibaca. satu almari! --" hati, wal 'asr... wal 'asr...
semalam, ziarah Tok Wan lagi. aku bawak Muhammad. budak tu tengah krisis dengan Ali masa tu.
kali ni, jalan kaki. hehe. Tok Wan ada tetamu ; saudara kami jugak. tapi pertalian yang bagaimana aku tak jelas. hehe. tapi, bila nampak aku dengan Muhammad,
mak cik itu bertanya, "ini maryam ke fatimah?"
aku, --"
dua orang tu je saudara-mara kami yang veteran kenal! --"
baru duduk sekejap, Muhammad pun, "jom balik." 0_o bertuah punya cicit!
sesungguhnya, nikmat yang selalu kita lupa, nikmat sihat dan masa lapang!
diriku mahu beransur dulu.
oh ya, terima kasih bagi mereka yang telah aku tag yang telah menjawab tag tersebut. cik asilah, k.nadiah, asma', mitsui, muna 'adilah. mcdah dan doc ummu, belum buat rasanya. ^-^ tak paksa pun. aku tak berapa suka gak nak sambung tag-tag kat orang. bergantung kepada jenis soalan. he. he. he. tapi, aku suka orang tag aku! hee..
okay.
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. [96 : 1-5]
pstt.. masa nak buat tag ni, aku tak tahu nak buat kat blog mana. hehe. konon banyak blog ar. ^-^
1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
weird0 iN typicaL waY : saya suka perkataan "weirdo".
2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://agrowinguporchid.blogspot.com/ blog pertama saya di blogdrive saya guna orchid jugak. saya nak tunjukkan yang saya ini seorang yang sedang membesar. he. he. he. ^-^
3)Apakah method penulisan dalam blog anda?
erm. perbincangan dan pendapat kut. hehe. boleh jugak nak kata pasal emosi pun. heee...
4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
he. banyak kali. biasanya bila saya rasa ini, saya tak update blog untuk masa yang panjang! ha3.
5)Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang TAG anda ini?
dia muntahkan apa yang dia tak dapat muntahkan secara realiti. he. he. he.
ini gambar orang tua, cilok daripada pok cik mersik romoyu.
dua hari lepas, berbasikal keliling kampung. singgah di rumah satu-satunya moyang lelaki yang masih diberi peluang untuk bernafas ; sebelah datuk sebelah ayah.
beliau duduk di anjung rumahnya.
aku berbual dengan beliau.
aku cuba untuk memahami butir bicaranya yang kurang jelas lantaran gigi yang sudah tiada. kadang-kadang aku buat macam dengar walaupun tak dengar. aku 'tembus' bila perhatikan beliau berbicara.
aku perhatikan susuk tubuhnya. aku pegang lengannya ketika bertanya khabar. agak lama la jugak aku tak bertemu dengannya. sejak balik johor kut. sebulan jugak la. rasa bersalah jugak. rumah dekat je. jalan kaki sampai. hak itu. hak kepada beliau bukan sekadar kerabat bahkan muslim dan jiran!
beliau sudah semakin kurus. aku sayu melihat matanya yang sentiasa berair. beliau sudah tidak sesihat dulu-dulu. dah tak boleh naik basikal lagi. beliau lelah. untuk berjalan dalam terataknya sendiri pun tak larat.
bercakap dengan beliau, teringat perbualanku dengan si Ahmad Ibrahim. Ahmad suka cakap dengan Tok Wan. sekali gus mengorek sejarah keluarga kami. Ahmad nasihatkan aku supaya selalu jugak berbual dengan Tok Wan. kekurusan beliau terlalu nampak sehinggakan kulit di bahagian tulang... scapula, dekat-dekat dengan tengkuk dan bahu tu tenggelam. dah tak ada isi.
atuk sebelah ummi pun kurang sihat. hari aku meronda dan singgah di rumah Tok Wan, ummi balik kampung. aku tak ikut atas halangan yang melintang. belum tiba waktuku.
atuk pun selalu sakit-sakit.
mereka sudah tua. mereka sudah berumur. aku masih belia.
dan maut itu tidak mengenal usia.
ummi dan ayah juga sudah berumur!
aku lupa kata-kata apa, tapi dia suruh kita selalu bercakap dengan orang yang berumur dan kanak-kanak. dan aku mempunyai banyak peluang untuk bergaul dengan golongan-golongan ini!
blog. aku mula belajar buat blog pada tahun 2005. masa tu e-novel sedang dimasak. maksudku mula dikenali ramai. bagaimana aku dapat pengaruh blog? setakat yang aku senaraikan ;
- e-novel. teringin nak buat cerita sendiri la kononnya. aku memang tulis satu cerita mengenai diari seorang budak sekolah. cuma tak ada sambutan. haha.
- kakak aku. tiba-tiba aku baru tahu kakak sulung aku ada blog.
- diari rahsia. konon nak buat satu diari rahsia yang orang tak tahu la cerita hidup siapa itu.
- penulis e-novel dan kawan-kawannya ; k.eita, hlovate, k.aisyah (itikquack), k.rubyhazri, gengsko, along rufaidah. merekalah pengaruh utama masa tu. maksud aku yang mencetuskan aku nak buat blog. he3.
blog pertama adalah pada laman friendster. tak lama lepas tu, aku delete. kemudian aku create lagi sekali. sampai sekarang blog itu masih ada. blog friendster ni memang fleksibel sikit. boleh kata segala benda aku letak kat situ.
kemudian buat blogdrive. tak minat dengan blogger masa tu. haha. sebab leceh kena banyak guna HTML code untuk skin la apa lah. blogdrive masa tu rasa senang la. lagipun aku berguru dengan owner blogdrive ; k.eita. ^-^
masa tu memang active dua blog itu aje. 2005-2006. akhir tahun 2006, tiba-tiba yahoo! adakan yahoo! 360. aku, apa lagi. taram je join. segala benda nak join. masa tu jugak hi5 adakan journal. yahoo! 360 tu ada blog jugak. aku isi jugak la sikit kat situ. setakat ni entri kat situ english dan emo. tak sampai 20 pun lagi entri kat situ.
2007, tambah satu blog dekat blogdrive, khas untuk karya-penulisan aku. pastu tiba-tiba aku rasa nak privatekan blog itu. he. buat blogspot kat blogger. isi entri cerita Mujahidah ; A good girl prays to Allah. cerita ini la cerita yang aku frust menonggeng tu. [klik]
erm. ada jugak dekat multiply rasanya satu blog. heh. memang.
2008, cari bahan. masuk ke satu laman wordpress. tapi tak boleh masuk. sebab private. pastu dia keluar la arahan jika anda ingin membaca bla3 tu. aku pun join la. tapi tak create lagi la blog kat situ.
akhirnya, 2008, setelah aku koreksi entri-entri aku pada blogdrive active ku itu, aku rasa... urm. cam, bermanfaat ke blog aku ini? heh. rasa nak delete. rasa m.a.l.u gak ar dengan entri-entri aku kat situ.
namun, aku fikir, tak jadi masalah sebenarnya. itu la risiko blog. satu dunia tahu. satu dunia baca.
2007, aku mula aktif program 'budak-budak baik'. blog pun hangat diperkatakan sebagai medium mengajak orang ke arah kebaikan. masa tu tak berbekas pun. katalah apa pun. heh.
biasanya, orang buat blog ni nak curahkan isi hatinya secara rahsia. tak nak orang tahu. as aku pernah mengalami ini. kemudian, adik-beradik dapat korek URL. maka tinggal habuk je ar. hahaha. susah buat blog tak nak bagi orang tahu, tambahan lagi pulak guna satu komputer yang sama. tiada rahsia lagi. ha3. we share everything. ha3.
aku jadi macam terfikir, hipokrit ... aku tak suka guna perkataan hipokrit sebenarnya. perkataan itu menyakitkan. dan ciri-ciri hipokrit itu sama lah dengan ciri-ciri munafik. na'udzubillahi mindzalik!
aku terfikir, aku ada banyak blog. dan dalam blog-blog tersebut lain la cara aku. haha. macam dalam blog ini (yang sedang anda baca) nampak cam 'baik' gitu. dalam blog friendster lain ar. entahnya. personality disorder? ye la kut.
main point aku, TUJUAN blog.
tak kisah la kita nak isi apa dengan blog kita tu.
tak kisah la kita nak tulis bahasa apa dalam blog kita tu.
tak kisah la kita nak buat apa-apa dengan blog kita tu.
tak ada orang kisah. tapi as a muslim, kita kena ada setting yang betul. buat benda tanpa niat adalah sia-sia.
teringat aku tengok cerita Dari Mata Arisa kat tv2 (dah lama tak tengok. haha.) Arisa tu kantoi dengan heronya, nama Akif. Akif tanya apa entah. aku lupa ayat tanya dia. Arisa jawab,
"saya tak berniat encik Akif." Akif kata,
"oh, jadi semua benda awak buat tak ada niat. awak tak fikir dulu bla3.." lebih kurang la.
hurnm. dah la tak berniat, pulak kena ayat tak fikir tu. huhu. TAK FIKIR. hurnm.
kelebihan niat sangat la banyak. kelebihan niat yang baik la. niat yang jahat kurang kelebihannya dan membawa kepada kebinasaan.
hadith pertama Imam An-Nawawi pun pasal niat. Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية) �� باب قوله ) hadis nombor 1908).
bila baca Riyadhus Solihin, bab pertama pasal niat. banyak lagi hadith pasal niat sebenarnya. kelebihannya sangatlah mendorong kita untuk buat lagi banyak kebaikan! sungguh. berkobar-berkobar.
sama-sama kita make-up balik tujuan asal kita. huuuu...
You're a total free spirit, go with the flow girl - pray for me. You can't be restricted by shoes for very long - he. And unsurprisingly, the same goes for men - ? Your match is out there - and he's as carefree as you are - so sudden?
benda yang berselirat dalam kepalaku kebelakangan ini dunia. oh. dunia penjara bagi mu'min.
benda dunia paling aku alah sekarang adalah besi-besi buruk yang terhasil dari teknologi.
apa yang aku nak cakap, aku mula rasa diriku gundah kerana dunia ini. waaaaargh!!
aku mohon perlindungan dari Allah yang Maha Sempurna Maha Melindungi lagi Maha Mengetahui!
selama ini, besi-besi buruk yang ada di rumah keluargaku ini yang aku boleh guna sewenangnya ialah telefon rumah, televisyen, komputer ; desktop dan radio. januari tahun ini, bertambah satu besi buruk, sebuah handphone ; telefon bimbit Nokia berharga kurang dari RM 100. model yang fungsi utamanya hanyalah SMS dan memanggil sahaja. ayah membelinya ketika itu kerana si Junaidi itu dihospital dan bertujuan kemudahan mengambil tahu hal2 budak kecil tentera kecil itu semasa tiada ahli keluarga menunggunya.
kemudian, setelah Junaidi itu sihat wal afiat, besi buruk tersebut banyak bersamaku. ia telah diberikan nama besi buruk kongsi. nombornya masih kepunyaan nama ayah. antara dialog berkaitan ;
orang tanya aku, "siapa punya?" aku, "kongsi dengan adik2."
bila aku beramai2 dengan adik-adikku, adik-adik aku, "piyah."
aku, "kongsi lah!"
ada masa-masa tertentu aku nak buat jadi hak milik aku, diorang akan dan telah berkata, "handphone kongsikan?"
hampagas.
dan aku memang sangat benci tak suka sebenarnya besi buruk bernama handphone ini. banyak sebabnya. opss... aku taip benci ya? tak suka lah! he3. benci = tak suka berlebih-lebihan.
memang sangat anti dengan besi buruk tersebut. lama-lama pegang besi buruk itu, perasaan tak suka tu macam nak bertukar kepada cinta pulak. aku harap, aku dapat hakiskan rasa itu.
bila benda kongsi ni, banyak la cabaran dia. he. aku ni pulak memang tak suka berkongsi. dan memang pun telah dicop sebagai one of penjual ikan ; selfish. teringat tengok rancangan Usrah kat tv9 hari tu. selfish tu sikap Yahudi. he. selfish tu memang sikap mazmumah! ye. karat. karat.
aku takut juga, bila dah nak bertukar kepada cinta ni, boleh jadi ciri-ciri wahan dah tu. hu. sadis.
didik lah hati.
dan kerana besi buruk tersebut jugalah, aku sudah celaru hari ini.
berita baru, desktop dah sembuh. semalam bawa balik. aku sedang gunakannya la ni sekarang.
aku dah berjaya hari tu hidup tanpa internet, aku harap dapat diteruskan lagi! yeah~ yeah~
besi buruk henpon tu, memang agak memenjarakan aku. buatkan aku selalu bimbang untuk berbelanja. yalah. prepaid kan. lepas tu, nak hubungi orang yang tak satu apa, tak satu Celcom jadi cam berat-berat hati sebab charge lebih. itu dah nak jadi KEDEKUT.
huuuuuuuuuuuuuuu. sangat lah banyak keburukan besi buruk henpon itu pada mata aku yang pada masa sama aku sedang menyintainya. heh. dunia. dunia. cintaku kepada komputer internet pula sangat la kelebihannya berbanding henpon itu. internet free ; ayah bayar. he. penggunaan dekstop free ; ayah beli dan baiki. henpon itu, prepaid pun boleh aje mintak dengan ayah. he. apekah rasionalnya? sudah.
apa yang aku nak highlight, CINTA DUNIA itu. jom, kita sama-sama koreksi diri!
dunia hanyalah mainan. dunia ini tempat tipu daya. dunia tempat bercucuk tanam, hasilnya di akhirat!
hurnm. dalil LOVE LETTER? next time, insya Allah. ^-^
Forum: Persimpangan Cinta dan Cita-Cita | Ayuh Kenal Yuk! | Latihan Dinamika Kumpulan |Presentasi: Eksplorasi Menara Ilmu |
Ceritera Sukses: Resipi Kejayaan Mahasiswa Muslim | Tafakur Alam Rimba! |
Cergas Cetus Cerdas | Malam Nurani Intepretasi Seni | R&R Kerjaya dan IPT |
Forum: Langkah Menuju Jaya |
Ceritera Sukses: Misi Agung Mahasiswa Muslim |dan banyak lagi!
Tarikh: 24 April -- 26 April 2009 (Jumaat -- Ahad) Lokasi: Sekitar Lembah Kelang (akan dimaklumkan kemudian) Anjuran: Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) dan Jawatankuasa IPT Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Yuran: RM 20 sahaja!
Siapa yang perlu hadir? Remaja lepasan SPM yang ingin meneroka kehidupan di IPT! Nantikan maklumat yang selanjutnya!
Untuk keterangan dan pertanyaan, sila hubungi Pengarah Program; Dhany Sarip | dhanysarip@gmail.com
dari penulis blog ini; maaf tak dapat nak respon komen2 sekalian serta bla3 di shout box. jangan bimbang, saya baca! komputer;desktop rumah di klinik sekarang. sabarlah diri. huhu. blog hopping pun tak sempat dan tak rasa nak buat pun. akhirnya, i can live my life without internet!!! yeah. satu pencapaian yang bagus. next target, less the tv. (tapi, makin byk pulak cerita best2. he...) okeh. ibrahim nak guna. ma'assalamah.
Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda : "islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama islam di waktu ia dagang" - riwayat Muslim.
2015.
i only ask for Allah, for 2015.
2013.
may 2013 have better unknown promises for us;that will make us turning back to it at the end of the yearsmiling =)
MY IMPORTANT DATES
the uncertainty - to be placed in school
once knew the state for my posting - update FB status with the state ;)