Inilah official result selepas seminggu berlalu :)
Tadaaaaaaaaaaaaaaa :D
Alhamdulillah.... Lagi seminggu in Kick Start Phase, then boleh masuk phase ke dua. Jom diet beramai2 hihihi...
XOXO
ifah
Tuesday, December 31, 2013
Saturday, December 28, 2013
Menggerakkan azam tahun lepas
Assalamualaikum...
Lama tak duduk depan laptop dan mengarang kat blog ni. menjenguknya selalu, mengarangnya tak sempat...
Sekarang tengah study week, jadi adalah sikit masa untuk berjimba-jimba hihihi.. Berjimbalah sangat... minggu depan ada dua paper exam... pening kepala dah tua-tua nak masuk exam lagi.... Terasa tuanya bila masuk kelas tak boleh dah nak catch up dengan dua jam kelas.... Cepat masa berlalu...dah 30 tahun... 3 bulan lagi dah 31... aowwwh....
Kita tinggalkan pasal tu... Tahun baru 2014 bakal menjelma. Dah ada azam kawan-kawan??? hihihi... Azam tahun lepas saya pun tak tertunai.... Bukan tak menggerakkan, tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya daripada azam... Azam tahun lepas nak turunkan berat badan.. try produk tu produk ni, cara itu, cara ini... tapi tak menjadi.... Lastly bukan beratnya turun, tapi naik disebabkan oleh kesan stop makanan tambahan untuk menurunkan berat badan.... Tapi masih tak berputus asa...hahaha... Insya Allah, harap-harap masalah berat badan boleh la bergerak turun guna cara ni... Cara yang saya maksudkan adalah Atkins Diet.
Mungkin dah ramai kat luar sana dah tahu pasal Atkins Diet, bagi saya benda ni baru bagi saya. Saya baru tau adanya cara diet begini. Semua orang cakap tak payah makan nasi nanti boleh turun berat badan. Jangan makan manis, jangan makan berminyak, jangan itu jangan ini....tapi tak boleh nak stick dengan cara tu bila semua tak boleh makan huhuhu... Atkins Diet ni pun lebih kurang sebenarnya, tapi bagi saya tidaklah terlalu membebankan sebab boleh makan goreng-goreng juga hehehe...
Saya start Atkins Diet ni last Tuesday... So masuk hari ni dah 6 hari. Hari selasa depan lah baru cukup seminggu dan official berat turun akan di timbang.... Unofficially.... taaddaaaaaaaaaaaaaaa....
Alhamdulillah...cari ni berkesan.... Dan saya tak la rasa terbeban sangat nak diet cara ni...diet ni adalah diet low carb, high protein... Untuk info bolehlah google... banyak aja info kat google...
Ada 4 fasa dalam diet ni...
Fasa 1 : Kick Start
Fasa 2 : Balancing
Fasa 3 : Fine Tuning
Fasa 4 : Life Time Maintenance
untuk lebih maklumat bolehlah rujuk disini:
Sebenarnya bagi saya Atkins Diet ni bukanlah diet ketat. Dietnya adalah untuk mengatur balik cara makan kita kearah pemakanan yang sihat... Diet biasa mungkin tak makan nasi dan terseksa bertahun tahun dan menyebabkan kita cepat putus asa... Selepas dah buat research sikit pasal Atkins Diet ni, rasanya dia lebih untuk cari the most suitable amount of carb yang badan kita boleh terima dan amount tu kalau kita makan secara berterusan tidak akan menaikkan berat badan. Selain tu kalau kita terlebih ambil carb maybe pada musim perayaan, kita dah tahu banyak mana karbohidrat yang perlu kita kurangkan dalam satu tempoh untuk menurunkan berat badan kita...
Hehe panjang lebarkan entri kali ni... Harap-harap Azam yang tak tertunai tahun ni akan dapat digerakkan pada depan yang bakal menjelang ni... Doakan kejayaan saya... Pada yang nak mencuba, saya nak share link-link berguna untuk resepi. Boleh check kat bahagian kanan blog ni, saya dah tambah pasal Atkins Diet punya link.
Mungkinlah lebih kepada western, tapi boleh kita olah menjadi macam kita punya makanan kerana all herbs are allowd in this diet... hihi...
Setakat ini dulu untuk hari ni dan entri kali ni.... Moga menjadi manfaat bersama.
Wassalamualaikum warah matullahi wabarokatuh :)
XOXO
Ifah
Monday, December 02, 2013
Prof Muhaya - Celik Minda: Reset Minda Suami
Assalamualaikum....
Currently listening to this... Semoga dapat menjadi perkongsian yang bermakna buat semua...
Currently listening to this... Semoga dapat menjadi perkongsian yang bermakna buat semua...
Friday, November 29, 2013
Doa Rasullah kepada cucu-cucunya
Assalamualaikum ...
Kali ni saya nak kongsi doa yang Rasulullah sentiasa bacakan buat cucu-cucunya... Semoga perkongsian ini memberi manfaat bersama.
Maksudnya:
Kali ni saya nak kongsi doa yang Rasulullah sentiasa bacakan buat cucu-cucunya... Semoga perkongsian ini memberi manfaat bersama.
Maksudnya:
"Ya Allah, lindungi mereka dengan kalimahmu yang sempurna, daripada syaitan dan binatang buas, dan juga daripada bahaya hasad"
Wednesday, November 27, 2013
Friday, November 08, 2013
Anis 2nd Birthday & Our 3rd Anniversary...
Assalamualaikum…
Sekejap masa berlalu… dalam kesibukan melayari hari dengan
study dan kerja, pejam celik-pejam celik, dah tiga tahun kami mendirikan rumah
tangga… Anis Safia pun dah masuk 2 tahun 14 September lepas.
Oleh kerana keburuan waktu, tak sempat lagi saya nak tulis
panjang2 nak update blog… dah banyak yang ketinggalan yang tak diupdate.
Entri ni rangkuman celebration yang kami sambut in September
& November. September kami sambut birthday Anis Safia yang ke-2. Dua kali
anis sambut birthday. Kali pertama di rumah my mum bersama-sama sepupu-sepupu
dia. Dalam bulan September ada tiga orang yang sambut birthday, abang saya yang
sambut birthday yang ke 32, kakak (Fudzla Alia) anak perempuan kakak sulung
saya dan Anis Safia. Jadi keknya pun gabungan 3 nama.
Birthday cake Anis, kakak dan Pak Njang |
Anis & Kakak potong kek |
Kali kedua Anis celebrate di nursery dengan kawan-kawan tapi
tak ambil lagi gambar dari cikgu huhu…so yang ada hanya gambar keknye je
Birthday Cake untuk celebration di nursery |
Alhamdulillah… dah besar anak Ummi. Semoga Anis Safia binti
Mohd. Suhaili akan menjadi anak solehah dan muslih… menjadi insan berguna
kepada agama, bangsa dan negara.
Celebration kedua adalah 3rd Anniversary kami
pada 6th November yang lepas…
This year celebration lebih teratur dan sweet hehe sebab
kami dah duduk asing dari mertua, so lebih privacy dan boleh aturkan kejutan
untuk each other.
First kejutan hubby kepada saya. Saya dah baring nak tido, tetiba dia masuk bilik bawa sejambak bunga... 3 roses with lily... Simbolik betul :)
The bouquet |
Hmm... dalam hati pun kembang mekar macam bunga ros ni.. merah menyala hihi |
Pagi esoknya turn saya plak buat surprise (surprise la sangat.. hehe)... Biasa ja.. saya letak kan hadiah pertama kat depan muka pintu.. pastu buat2 sibuk kat dapur hehe... So husband keluar nak hidupkan moto terus nampak hadiah tu... pastu kotak berisi hadiah kedua saya letakkan dalam raga moto dan dicover dengan jaket yang husband biasa pakai masa naik moto...
Hadiah pertama baju hujan GIVI yang husband dok bernyanyi nak beli dah beberapa bulan... tapi tiap kali nak beli ada aja halangan, emergency lah, bateri kereta konglah... mcm-mcm jadi sampai terbantut. So saya belikan untuk dia ...walaupun bukanlah hadiah yang romantik-romantik, tapi sekurang-kurangnya hubby boleh pakai... sekarang pun musim hujan.... Hadiah kedua, kotak biru yang berisi kad ucapan dan sarung tangan untuk menunggang motosikal... Kembang hati bila tengok husband pakai pegi keje :D
Ingatkan dah habis dah surprise daripada hubby. Saya dah ke USM, Anis pun dah dihantar ke nursery, tetiba husband call, dia ajak date :D... Kami pergi tengok wayang after 3 years tak tengok wayang huhu... Hubby belanja makan dan jalan-jalan. Hadiah paling saya nak... mungkin dia pun nampak saya stress lately dengan urusan rumah dan study...
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas nikmat cinta dan kasih sayang yang kau berikan kepada kami....
Malam tu, saya pulak treat husband dengan our version of candlelight dinner... together with Anis Safia. Saya masakkan nasi hujan panas, ayam percik favourite hubby dgn beberapa sidedish... Dan highlightnya adalah Devil Food Chocolate Cake yang first time saya buat khas untuk celebrate anniversary kami :)
Devil Food Choc Cake |
Amatur buat kek... Rujukan dari blog kak azlita... huhu sememeh je coklat... tapi ni lah kek yang paling cantik yang saya pernah buat :) Insya Allah akan ditingkatkan usaha :) |
Our Candle light Dinner.. haha malu je .. tapi ini saja yang sempat disedikan dalam masa singkat... |
Sekian saja cerita kali ini.. Kita jumpa lain kalilah hehe... daa... nak tido ditemani mimpi indah...
Nite semua :D (masa habis tulis ni jam dah 1.29 a.m ..)
XOXO
Ifah
Friday, October 18, 2013
Perubahan Hari Pasar Kemboja (Isnin,Jumaat dan Sabtu)
Assalamualaikum semua....
Maaf lama tak update blog (hehe macam la ramai peminat blog ni...). Kesempitan masa nak update blog sekarang. Rasa bersalah juga nak update blog tetapi paper jurnal belum siap bertulis :D...
Ini sedikit update untuk peminat Pasar Kemboja. Mungkin agak terlewat sikit saya update. Bermula 2 minggu lepas, Pasar Kemboja dah di buka pada hari Sabtu. Bermakna Pasar kemboja dibuka 3 hari iaitu Isnin dan Jumaat seperti biasa di tambah Sabtu pula :D. Ini berita buat setakat ini lah... Nanti kalau ada pertukaran lagi saya akan inform di blog ni.
Kisahnya Majlis Perbandaran Kerian tak izinkan Pasar Kemboja dibuka pada hari Isnin dan Jumaat. Jadinya pada hari Isnin dan Jumaat, penjual2 disebelah jalan Perak terpaksa berpindah ke jalan sebelah pulau pinang. Seperti semua maklum, Pasar Kemboja ni berada disempadan 2 negeri, Perak dan Pulau Pinang.
Baca berita di link ini: http://www.peraknews.com/berita-negeri/10278-kekecohan-pasar-kemboja-di-parit-buntar
Jumaat yang lepas saya ada pegi kejap, nampaknya tak berapa ramai sangat penjual yang berpindah ke jalan sebelah. Mungkin belum betul2 dapat beroperasi kerana masalah tempat. Yang pastinya, jalan disebelah Perak memang kosong. Hanya hari Sabtu diaorang buka kedai di jalan sebelah Perak. Jadi ini berita baik buat sesiapa yang tak dapat pegi Pasar Kemboja sebelum ni...
Ok, Selamat Bershopping, saya nak kena sambung tulis paper jurnal huhu...
See ya in next entry :)
Maaf lama tak update blog (hehe macam la ramai peminat blog ni...). Kesempitan masa nak update blog sekarang. Rasa bersalah juga nak update blog tetapi paper jurnal belum siap bertulis :D...
Ini sedikit update untuk peminat Pasar Kemboja. Mungkin agak terlewat sikit saya update. Bermula 2 minggu lepas, Pasar Kemboja dah di buka pada hari Sabtu. Bermakna Pasar kemboja dibuka 3 hari iaitu Isnin dan Jumaat seperti biasa di tambah Sabtu pula :D. Ini berita buat setakat ini lah... Nanti kalau ada pertukaran lagi saya akan inform di blog ni.
Kisahnya Majlis Perbandaran Kerian tak izinkan Pasar Kemboja dibuka pada hari Isnin dan Jumaat. Jadinya pada hari Isnin dan Jumaat, penjual2 disebelah jalan Perak terpaksa berpindah ke jalan sebelah pulau pinang. Seperti semua maklum, Pasar Kemboja ni berada disempadan 2 negeri, Perak dan Pulau Pinang.
Baca berita di link ini: http://www.peraknews.com/berita-negeri/10278-kekecohan-pasar-kemboja-di-parit-buntar
Jumaat yang lepas saya ada pegi kejap, nampaknya tak berapa ramai sangat penjual yang berpindah ke jalan sebelah. Mungkin belum betul2 dapat beroperasi kerana masalah tempat. Yang pastinya, jalan disebelah Perak memang kosong. Hanya hari Sabtu diaorang buka kedai di jalan sebelah Perak. Jadi ini berita baik buat sesiapa yang tak dapat pegi Pasar Kemboja sebelum ni...
Ok, Selamat Bershopping, saya nak kena sambung tulis paper jurnal huhu...
See ya in next entry :)
Wednesday, September 18, 2013
Usah mengeluh bila sakit dan putus rezeki...
Sambil go through Facebook saya terbaca post yang dishare oleh member... Sangat bagus sebagai reminder kepada kita semua. Sharing is Caring :)
Four things that make your body sick;
1) Excessive talking.
2) Excessive sleeping.
3) Excessive eating.
4) Excessive meeting other people.
Four things that increases the wetness of face and happiness;
1) Piety.
2) Loyalty.
3) Generosity.
4) Being helpful to others without being asked.
Four things that stop Rizq (sustenance);
1) Sleeping in the morning (between Fajr and sunrise.)
2) Being irregular in prayers (Tariqu salah)
3) Laziness/idleness.
4) Treachery/dishonesty.
Four things that increase Rizq (sustenance);
1) Staying awake in the night for prayers.
2) Excessive repentance.
3) Regular charity.
4) Zikr (Remembrance of ALLAH)
Four things that make your body sick;
1) Excessive talking.
2) Excessive sleeping.
3) Excessive eating.
4) Excessive meeting other people.
Four things that increases the wetness of face and happiness;
1) Piety.
2) Loyalty.
3) Generosity.
4) Being helpful to others without being asked.
Four things that stop Rizq (sustenance);
1) Sleeping in the morning (between Fajr and sunrise.)
2) Being irregular in prayers (Tariqu salah)
3) Laziness/idleness.
4) Treachery/dishonesty.
Four things that increase Rizq (sustenance);
1) Staying awake in the night for prayers.
2) Excessive repentance.
3) Regular charity.
4) Zikr (Remembrance of ALLAH)
Wednesday, September 04, 2013
New Scholarship for International Student (Master and PhD)
May this entry benefits somebody out there.
Baca selanjutnya: http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/08/malaysia-international-scholarship.html#ixzz2duN0EsU0
Malaysia International Scholarship (Master and Ph.D) 2014
Baca selanjutnya: http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/08/malaysia-international-scholarship.html#ixzz2duN0EsU0
Tuesday, August 20, 2013
Lama Tak Bersiaran
Assalamualaikum....
Lama saya tak berblog... Sibuk dan tak sihat... Anis juga tak berapa sihat... ;(
Semalam baru saja bawa Anis ke hospital... Alhamdulillah dah ok Anis... terpaksa saya dan hubby bergilir-gilir cuti... Hari ni turn hubby dirumah, jadi adalah masa sikit untuk siapkan kerja di USM...
Sedang sedih dan tak sihat macam ni, saya suka layan lagu ini untuk ingatkan diri...
Lama tak share lagu disini. Semoga anda juga sukakan lagu ini....
Muhasabah Cinta
By : EdCoustic
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah....selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah....selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah....selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah....selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah....selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
P/s: Doakan saya dan si manis Anis Safia sihat secepat mungkin... Rindu pipi chubby Anis yang dah cengkung ;(
Thursday, July 18, 2013
Lokasi dan Map ke Pasar Kemboja Parit Buntar
Assalamualaikum....
Lama saya tak update blog ni. Aktiviti harian dah semakin pack sekarang. Super bizi sekarang sebab saya dah start masuk lab dan start research. Supervisor saya pulak seorang yang sangat strict dalam soal research, so tak boleh nak main-main sangat dah macam masa research masters dulu.. Pening dah kepala.
Opss... sebelum saya melalut. Kali ni saya nak masukkan lokasi Pasar Kemboja Parit Buntar. Saya minta maaf sangat pada adik-adik yang call tanya direction hari tu. Saya bagi Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat sebagai point untuk cari di google map. Rupanya bila saya cari dalam map, Sekolah tu tak pula ditunjukkan. So saya bagi 3 direction nak pegi ke Pasar Kemboja guna google map. 3 direction tu adalah seperti berikut:
1. Dari Pekan Nibong Tebal ke Pasar Kemboja.
2. Dari USM Nibong Tebal ke Pasar Kemboja
3. Dari arah Taiping ke Pasar Kemboja.
1. Dari Pekan Nibong Tebal ke Pasar Kemboja.
Link ke Google Map : http://goo.gl/maps/tqvNB
2. Dari USM Nibong Tebal ke Pasar Kemboja
Link ke Google Map: http://goo.gl/maps/KvSlN
View Larger Map
Link ke Google Map: http://goo.gl/maps/FpeVM
Kalau anda boleh rujuk dalam google map, Pasar Kemboja tersebut berada di sepanjang Jalan Padang.
Koordinate untuk buat rujukan adalah seperti berikut:
5.130996,100.477319
Harap-harap link ni dapat membantu untuk mencari Pasar Kemboja ye.
So, dah dapat direction. Boleh la pegi shopping raya hihi..
Anything, boleh contact saya ye.
P/S: Selamat Berpuasa... :D
XOXO
Afifah
Labels:
pasar kemboja parit buntar
Location:
Parit Buntar, Perak, Malaysia
Thursday, May 02, 2013
Cerita Motivate Diri
Bila membeli buku-buku kali ni,
saya terkenang balik zaman stress masa mula kerja dulu...
Salah satu buku yang saya beli
dalam entri yang lepas banyak memberi motivasi dan keberanian untuk saya sedar
apa yang saya mahu dalam hidup dan apa yang saya nak capai dalam hidup.
Kenapa beli buku ni? Hehe... ada
ceritanya...
Saya dapat kerja pertama lepas
sebulan saya graduate... Happy gila masa tu... ramai lagi kawan-kawan yang
belum dapat kerja, tapi saya dah dapat kerja...
Tapi kegembiraan saya berakhir
hanya dalam tempoh tak sampai 6 bulan... I have to work under a very very very stressful management. Walau sekuat mana saya bekerja dan berusaha,
saya rasa “lemas” setiap hari bila ditempat kerja. So, masa nilah saya start
mula baca buku-buku motivasi hehe ( dah terdesak baru cari ye hihi)... Masa
nilah saya jumpa buku ni:
“How to Get from Where You Are to
Where You Want to Be” ~ Jack Canfield.
Antara isi kandungannya adalah 25
Principles of Success:
1. Take 100% Responsibility Of Your Life
2. Be Clear Why You Are Here
3. Decide What You Want
4. Believe It’s Possible
5. Believe In Yourself
6. Become An Inverse Paranoid
7. Unleash The Power Of Goal-Setting
8. Chunk It Down
9. Success Leaves Clues
10. Release The Brakes
11. See What You Want, Get What You See
12. Act As If
13. Take Action
14. Experience Your Fear And Take Action Anyway
15. Ask! Ask! Ask!
16. Reject Rejection
17. Use Feedback To Advantage
18. Commit To Constant And Never-Ending Improvement
19. Practice Persistence
20. Practice The Rule Of Five
21. Surround Yourself With Succssful People
22. Clean Up Your Messes And Your Incompletes
23. Develop Four New Success Habit A Year
24. Stay Focused On Your Core Genius
25. Start Now!...Just Do It!
Berbekalkan motivasi dari buku ni
lah saya memulakan langkah saya. It took
a year for me to take action!hehe.. Saya ulang baca buku ni 5 kali dan 3 kali
istikharah sebelum saya ambil keputusan drastik yang mengejutkan semua orang
... SAYA RESIGN!... tanpa apa-apa clue, saya terus hantar resignation letter.
Management counter-offer saya dengan gaji RM3,000 dan saya terus persistent
dengan keputusan yang saya buat. Saya cakap dekat manager saya nak resign,
titik!.. hahaha berani gila la time tu... saya berhenti tanpa plan yang kukuh
pun time tu... Saya hanya bertawakkal kepada Allah kerana Allah dah gerakkan
hati, insya Allah dia akan lorongkan saya ke jalan yang betul...
Saya berhenti kerja dengan alasan
sambung belajar. Tapi masa tu saya belum pun apply untuk sambung belajar dan
tiada biasiswa pun lagi yang saya dapat... Berbekalkan hanya RM3,000 bonus pada
tahun tu, saya register belajar dan sara diri dengan gaji bulanan RM1,200 hasil
kerja sebagai tutor dan part time lecturer. Selepas Semester ke 3 masters
barulah saya dapat biasiswa... Alhamdulillah.... sekarang saya gembira dengan tindakan
yang saya ambil. Ini yang saya mahu dan ini yang saya tahu...
Masa saya berhenti kerja ada one of
my collegues tanya macamana saya boleh
seberani itu untuk resign. Terus ja saya bagi buku yang saya baca tu kepada
dia. Dia juga mengalami masalah yang sama dengan saya. Tapi bila saya habis
tempoh sebulan notis berhenti, dia belum habis baca buku tu, jadi saya
hadiahkan kepada dia sebagai dorongan untuk dia. Moga buku tu memberi manfaat
kepada dia... Saya dengar dia berhenti kerja juga selepas 5 bulan saya resign.
Lepas tu saya tak dengar lagi berita dari dia... Mungkin dia juga sedang buat
apa yang dia suka dan bekerja dalam bidang yang dia suka sekarang :D
Kenapa saya beli buku ni sekali
lagi?... Bukan kerana saya kena cari direction semula, tapi sebagai pemberi
semangat dan ingatan kepada saya dari masa ke semasa... biasalah.. manusia
mudah lupa J
... Walaupun saya belum sampai ke tempat yang saya inginkan... saya sedang
memanjat anak-anak tangga menuju ke tempat itu... Insya Allah... kita tengok
dalam masa 3 tahun lagi :D... Masih ada 1 level lagi untuk saya completekan dan
selepas ni kena set up advance level pulak!
So kawan-kawan... adakah anda
dalam kemelut macam saya dulu? Struggling in your life? Work? Family Matters?..
TAKE ACTION!... “YOU CAN’T HIRE SOMEONE ELSE TO DO YOUR PUSH UPS FOR YOU”.
Mungkin first step to do is get a motivation book for yourself. I have found
mine... find yours!
Saya sedang buat apa yang saya
suka.. Anda bagaimana??? Tepuk dada, tanya hati!
Till next entry!
XOXO
Ifah
p/s: entry ni bukan untuk saya
menunjuk-nunjuk, tapi untuk berkongsi bagaimana saya motivate diri saya untuk
keluar dari kemelut hidup saya. Semoga menjadi manfaat bersama.
Wednesday, May 01, 2013
Hasil Belian Pasar Kemboja
Assalamualaikum :)
Jumaat lepas saya berkesempatan ke Pasar Kemboja. Ini hasil belian kali ini :D
10 pasang kain digital printed dengan batu...10 pasang ni bukanlah untuk saya semua. saya punya 4 pasang saje. 4 pasang lagi my eldest sister dan 2 pasang kami beli untuk my mom. Borong baju baru nak buat pakai ke Terengganu dan Kulim for brothers' wedding on 25 May 2013 dan 1 Jun 2013 hihi.. melaram baju baru lah kenduri nanti :D
Sorry for poor quality of the picture...sebenarnya colour baju ni terang-terang... mungkin sebab saya ambil gambar malam, colour baju nampak dull...
Rasa2 kalau saya nakjual baju online ada tak sape2 nak beli hihi... :D.. Kalau ada, boleh comment... Jual murah2 ja.. Kat USM budak-budak jual RM95 sepasang untuk kain yang ada batu...Saya ingat jual RM60 termasuk harga pos pun dah ok dah ni. Sape2 nak???
Subscribe to:
Posts (Atom)