Tuesday, December 20, 2011

special thanx utk sume~

Hye..
Just nk update n wish thanx to all..Y??


sempena besday yg ke-24 ni i dapat macam2 ucapan dri family n friends dri segenap alam..dapat kain dari mak..dapat moviehollic ticket dri pakcik mat..dapat kad n kek dri Mr.Shahrul Nazmi..dapat nyayian besday dri Mr.Azim..yg penting..dapat Public Holiday pade 14 dec..hahaha.


ade sesape lgi nk bagi adiah kt i...jgn segan silu..bagiii2..~


Thanks n love u alllll~


ni taun lepas punye~

Saturday, November 5, 2011

Published with Blogger-droid v1.7.4

konvo

just share sket pic konvo yg de lam phone..
Published with Blogger-droid v1.7.4

?

Published with Blogger-droid v1.7.4

none..

malam...
ku tidur tak lena
teringatkan dirimu
terimbas kembali kenangan lalu
alangkah indahnya bersamamu

mengalir air mataku
menemani malam sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya ku untuk melupakanmu

dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti
jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu 

tak ku sangka
tak ku duga
perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba
pertahankan
namun dirimu pergi jua

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila malam menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg

kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti
jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu

tak ku sangka
tak ku duga
perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba
pertahankan
namun dirimu pergi jua 

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila mlm menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg

kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

mengalir air mataku
menemani malam sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya untukku melupakanmu






Saturday, August 20, 2011

Konvokesyen-konvokesyen saya~

Salam...




dari zaman tadika lagi dah konvo monvo...bergambar sakan...siap berkerut2 kening sebab panas..haihhh.....2nd pic konvo adalah time degree..dan masih cuba bersabar untuk dapatkan gambar konvo yang ke-3 iaitu master punya...konvo pon 20hb oktober..so gambar akan terupdate di sini selepas dari tarikhh tu la..bersabar.....Mungkinkah ada gambar konvo untuk kali ke-4???erm..erm...erm.....


end

Saturday, August 13, 2011

Perpustakaan +attitude

Salam...
Selamat hari sabtu..salam 13 Ramadhan buat pembaca sekalian (formalllll je)
Dalam entri2 sebelum ni telah sy nyatakan yg diri ini adalah seorang pustakawan di sebuah academy di Kuala Lumpur..Academy yg menawarkan kos yang lebih kepada melahirkan designers di Malaysia.. :D

Kenapa entri ni bertitlekan "Perpustakaan +attitude"??

Mengimbau balik kenangan zaman sy belajar di IPTA dulu..perpustakaan bukanlah 1 tempat yg wajib dikunjungi setiap hari..bukan tempat yg menjadi tumpuan dan tidak terlalu obsess untuk meminjam buku walupun pelajar di benarkan meminjam buku sehingga lebih dari 10 buah buku untuk sekali pinjam..Sy juga salah seorang pelajar yg tidak begitu gemar untuk ke perpustakaan walaupun sy tahu dunia sy adalah bersama perpustakaan bila mana sy merupakan graduan dalam bidang sains perpustakaan. Apa saja maklumat yang diperlukan hanya berkehendakkan sy duduk di depan PC dan melayari, mencari maklumat di Mr.Google...Suasana di perpustakaan hanya akan dipenuhi pelajar apabila tibanya musim peperiksaan atau atas permintaan pensyarah yg meminta mereka mencari maklumat yg terdapat di perpustakaan. Adakah itu attitude pelajar-pelajar bumiputera especially Melayu??(saya tak buat research tentang ni lagi~)

Hari pertama sy bekerja di Academy ni, apa yang terdetik di hati hanya "rajinnya budak-budak ni dtg lebri..rajinnya pinjam buku.." Sungguh berbeza dengan apa yg sy alami ketika zaman belajar yg mana sangat la tak rajin nak pergi perpustakaan dan pinjam buku. Sampaikan sy terfikir, adakah sebab mereka berbangsa Cina, makanya attitude mereka berbeza dengan Melayu..Boleh dikatakan setiap hari perpustakaan akan penuh dengan kehadiran pelajar..menyiapkan kerja dan mengisi masa lapang mereka. Purata buku yang dipinjam dalam sehari dalam 20-30 buah..Mungkin orang lain akan rasa jumlah tu kecil saja, tapi disebabkan pelajar hanya dibenarkan meminjam sebuah buku sahaja untuk sekali pinjam kerana jumlah buku yang tidak terlalu mencukupi dan kebanyakan buku yang nilainya tinggi tidak dibenarkan untuk pinjam maka kadar pinjaman tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pelajar2 di sini yang semuanya adalah Cina sangat menggunakan sepenuhnya rujukan yang terdapat di perpustakaan dan di sebabkan itulah, sebagai pustakawan, sy rasa tidak rugi melabur membeli rujukan untuk kegunaan mereka. Musim cuti semester juga perpustakaan akan dipenuhi dengan pelajar2..ada yang datang untuk mengulangkaji, menajamkan skill lukisan mereka, memenuhi masa dengan baca komik dan membuat rujukan. Mereka sangat bergantung dengan perpustakaan dan sy berasa betapa pentingnya perpustakaan di sesebuah pusat pengajian. 

Banyaknya merapu..Makanya untuk PHD nanti terasa nak buat research tentang attitude pelajar melayu dan pelajar cina di IPTA mahupun IPTS dalam menggunakan perpustakaan..

*Tiap kali dtg keje student da tunggu depan lebri sebab nk masuk lebri..walopon time tuh ada lagi 20 menet untuk lebri bukak...

Sekian~


Friday, August 12, 2011

marilah countdown ngan sayeeeee...~


Assalamualaikum..
Marilah menghitung hari untuk ku pulang ke kampung halaman....hari ni baru 12 August 2011..Balik ke kampung halamannya adalah pada 29 August 2011..Maknanya ada lagi 17 harii...sabar..sabar..

Buat pertama kalinya balik kampung untuk beraya pada hari terakhir Ramadhan..flight pulak pukul 6.15pm..sampai dalam pukul 7.10pm..semoga sempat berbuka puasa di rumah..alaaaa..bukan jauh sangat pun kg.kota dengan airport tuu..huhuhu...

Raya tahun ni tak berkesempatan untuk menolong nendaku membalut ketupat daun palas...nolong umi masak2 kat dapur..haihh..next year ku akan pastikan ku akan pulang awal untuk beraya....

to do list sebelum balik raya:
1) Shopping for Raya
2) Packing barang untuk post ngan myvi puteh yang akan dahulu tiba di kampung halaman.
3) Renew lesen kete (buang status "P")
4) Banyak sangat sampai malas nak menaip da..

raya tahun ni buat pertama kalinya ku bergelar pekerja..
raya tahun ni juga akan meriah dengan majlis+kenduri menerima orang baru dalam family..

After raya mesti mood excited untuk konvo with 2 stripes berleluasa...ngeeeeee...family..bf..kawan2...please save da date okeh..20 October 2011..hahahhaaa...

sudaaaaah..masih tinggal 95 menet untukku pulang...~



Tuesday, August 9, 2011

testing...

saje gedik nk test update blog ngn my phone..owh..thnks umi for diz s2..hihk
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, July 21, 2011

DIET vs BOLA = CHelsea vs Malaysia

hye2..
hari ni tergerak hati nak mengupdate blog lagi..sebabnya i dah tersengguk2 buat proposal...hehehee.
Entry ni bertujuan untuk cerita tentang progress diet i..hari tu i dah bagitahu yang i follow atkins diet..tapi rasanya 1 week je i betul2 follow.nampak la kesan..then bila dah rasa berat turun sampai 67kg i tak buat induction..kire tempoh induction i seminggu je...
sekarang ni boleh kata setiap hari harus makan nasi..hehehee...mintak nasi separuh, i makan separuh dari tu..kira suku jela..control makan je sekarang ni..tak de la makan ikut kepuasan nafsu..berat i still maitain 67kg..kalau rajin i start induction balik.. (entah bile)..

Kalau weekend memang tak diet langsung..makan sesuka hati..rugi diet time weekend..dah makan puas-puas baru la sedar diri lepas tu nyesal...ngeee :D

Update tentang diet dah settle..Maka marilah sambung buat proposal..

Malam ni spend masa kat Stadium bukit Jalil plak..Chelsea vs Malaysia..dapat tiket RM108..tapi dapat free je la.. hope malam ni goal keeper Malaysia adalah bukan APEK..sebab dah HOT & SPICY dengan dia..tolong berpijak pada bumi yang nyata laaa...~peace~ 


bye~


Sunday, July 17, 2011

result...resulttt...resultttttttt

Salam..
post kali ni ringkas dan padat je..just nak tempek result exam i macam sebelum ni..tak pernah lupa untuk berkongsi kejayaan maupun kegagalan dengan followers...
Click pic untuk tengok besar2

Tuh dia keputusan yang diperolehi..dan untuk pengetahuan semua tu mungkin keputusan peperiksaan terakhir i di UiTM...belum masa untuk sambung PHD lagi..heehehe...tuh-tuh tengok yang dalam kotak merah..word COMPLETE tu menunjukkan i sudah berjaya menamatkan master degree dalam tempoh 3 sem (1 setengah tahun)..struggle untuk berikan yang terbaik untuk family, dan diri sendiri..

terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu i dalam menyiapkan assignment, project2 dan seangkatan dengannya..tak lupa pada shazana..my bestroomate and teammate.. gaduh dengan dia time buat assignment policy..walaupun kami sama-sama buta policy tapi akhirnya dapatla juga A-...

Sedikit kecewa dengan independent study sebab dapat B+..sebab kecarelessan i juga..macam mana boleh tak termasuk 10 pages time submit final draft untuk ambil markah..memng i ingat i print semua pages..mungkin tercicir time binding atau ntahhhh laaa.....tapi bersyukur dan berterima kasih sangat dengan supervisor yang banyak bagi dorongan dan tunjuk ajar..PM fuziah, lecturer favorite dan i sentiasa suka kalau time class dia..suka cara dia dan suka semua2 la..hehehheee...

untuk subject business, tak dapat dinafikan rasanya semua yang ambil subject ni akan dapat A kot sebab final project yang uhhhhh....sampai I hantuk kepala kat dinding sebab geram sangat...tapi kesakitan tu terubat dengan A yang diberikan PM Norma....

Subject yang every week ada individual presentation...kadang-kadang sampai tak ada masa untuk buat kerja lain sebab kena prepare untuk subject entrepreneurship..stress tak payah cakap la...but cara pengajaran dan topic yang Prof Sza bagi memang best...dari i yang tak kenal siapa founder ebay pon akhirnya dah dapat tau...Tak sia2 dapat juga A- untuk subject ni...:)

Rasanya post ni dah tak jadi ringkas..da berjela pulee...harapan semoga i terus success...Tak sabar untuk konvo dengan 2 stripes dan bertemu Yang Dipertuan Agong amik scroll.. weeeee :)

special thanks: 
  • abah, umi dan adik yang tak jemu-jemu bagi sokongan dan dorongan tiap-tiap masa..abah, along penuhi apa yang abah nak..grad dengan 3.6 above...ngaaahaha...thanks abah x pernah miss elaun bulanan...thanks umi untuk elaun tambahan..terima kasih untuk segala-gala..<3 umi, abah n adik sangat2...
  • family..yang banyak tolong dari pelbagai aspek..heeeee
  • lecturers...terima kasih untuk ilmu dan tunjuk ajar selama ni  
  • boyfie..yang slalu tolong time buat assignment sampaikan kerja group kami pon di tolongnya..tahan kena amuk bila stress buat assignment.. 
  • friends...yang selalu sama-sama tidur lewat, bersengkang mata, kebulur tengah malam untuk settlekan final projects.. 
  • tidak dilupakan juga..penaja i belajar Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia...kerana telah menjelaskan semua yuran pengajian selama 3 sem sebanyak RM6348.00..... 
  • thanks a lot kepada semua yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam menyokong i sehingga ke tahap ini...

bye~




Tuesday, June 21, 2011

[update diet 1] dietku mula menunjukkan hasil

Salam..hoooyooo...

tengok2 title entry ni suma..."dietku mula menunjukkan hasil"..tak sia-sia ikut diet cara Dr. Atkins ni...i tak de la berlapar..makan je sesuka hati cume elakkan dari ambil makanan bercarbs tinggi..

Sehingga ke hari ni (21/6/2011), dah masuk hari ke-5 i diet dengan cara ni..i start berdiet pade (17/6/2011)..kira time tu belajar2 nak diet..last sunday time dekat carefour, da makan kenyang2 gatai pegi timbang berat..wohooo..69.9kg..sebelum ni berat i 70kg..dan ada juga yang 70++..da lama rasanya berat tak mencecah angka 6..asek angka 7 je..tahun ni rasanya memang dok stick dengan angka 7..sedikit gembira...

petangnya pergi jumpa member2 sekolah, baiti, jeli, takie, jafni, kat midvalley..Maka bersaksikan Mr.N i pergi timbang berat di 1 mesin timbang ni..haih...berat 71kg..agak terkejut...before2 ni pernah timbang situ juga dan menunjukkan berat 73kg..means dah turun..tapi tak puas hati..sebab jenis penimbang tu tak sama dengan penimbang di carefour...Tetibe ternampak 1 lgik mesin timbang yang ala2 dekat carefour..dengan suspennya i memanjat mesin timbang tu..dan menunjukkan 69kg...weeeeeeeeeeeeeee.....time tu lepas makan sikit curik2 ikan dalam pinggan Mr.N...

Teruja...2 hari diet berat dah turun 69kg...Maka i terus berdiet..sehingga ke saat ini..Time lunch tadi pergi carefour..niat semata nak timbang berat..maka dengan suspennya i panjat mesin timbang tu (padahal malu nak timbang)..dan angka yang di tunjukkan adalah...




67.9kg



ini menunjukkan perubahan yang baik..suka2...terus lagi bersemangat nak turunkan berat..target untuk sekarang ni hanya 65kg..tapi kalau boleh nak 60kg.. kalau boleh lagi nak 51 kg macam 2005 dulu.. (Impossible).


Maka pembaca blog ni yang rasa badan die perlu di repair or modified tuh jom la join diet dengan saya..diet bukan untuk orang lain..tapi untuk diri sendiri...Nak cari baju pun senang..Cari seluar pon tak susah...heheheee.
WIsh me luck untuk terus turunkan berat :)

Monday, June 20, 2011

[CONTEST] Contest Photo Couple: We Are Not Perfect


Salam..Jom join contest lagi.. (Haish..tak de keje sungguh budak ni)..Sape yang rasa nak join, click banner kt bawah, boleh le pegi usha blog tuan tanah yang anjurkan contest ni..Memula i tengok contest yang dia buat ni memang tergelak habis la..lucu tajuk dia..but interesting...




Syarat2 penyertaan adalah seperti tersenarai di atas...untuk syarat PERTAMA i da penuhi..kira dah follow la blog tuan tanah :D

So Now..lets proceed to the main requirement..kena create entry dan cerita secara ringkas saat pertemuan pertama i dengan Mr.Boyfie..hahahhaaa..gelak dulu...

Pejam celik..pejam celik...da 2 tahun lebih i berpacaran dengan Mr.Boyfie..atau dikenali sebagai Mr.N..Macam mana kami berkenalan???padahal time kenal tu dia ade dok kat Perak..sedangkan i kat Shah Alam..Peristiwa berlaku lebih kurang 3 tahun lepas..

Ceritanya bermula bila i sangat aktif berforum dalam 1 forum ni...Mr.N juga ada join forum tu..dengan perwatakan ganasnya memang mengerikan..kalau YM pun mesti nak letak gambar pocong sebagai pic..Sebelum i dengan dia i dah ada Boyfie lain..Tapi selalu makan hati..makanya Mr.N la yang selalu menghiburkan dengan lawak bodo dan lagu2 yang kadang2 membingtikan..lama2 kami macam lost contact..bukan lost cuma masing2 ada life sendiri..dia juga ada pacar lain..1st time i call dia adalah sebagai seorang kawan..i mampu gelak sebab bila dengar suara dia yang tak seganas perwatakannya...

Untuk ringkaskan lagi..Tanggal 31 Dec 2008, i mesej2 ngan My Boyfie yang selalu buat i makan hati..just nk wish new year..time tu i di Kelantan n my boyfie di KL..i mesej sampai berapa banyak pun tak tahu tapi haram 1 mesej tak terbalas sebab da kusyuk duk melangut sambut new year di KLCC..so i wish je la new year kt kawan2 lain termasuk Mr.N...tanpa di duga dia rep my mesej..before this dia macam liat sangat nk rep..alasan sebab i dah ada BF...

Start 1 Jan 2009 kami bermesej sampai i tertido..dan siangnya sambung lagi mesej..dari saat itu kami semakin rapat..walaupun tidak pernah bersua namun i tekad untuk bersama dia dari terus makan hati..dia mampu terima kekurangan diri i..

Setelah 4 bulan kami berpacaran barulah dapat bersua..itu pun kerana dia datang KL (Xtion Park Bukit Jalil) untuk men tembak2(paintball) dengan mak ngahnya..tapi time tu i tak berani lagi nk g jumpa makngah..huhuhu...Jumpa tak lama pun dok malu2, segan...dia la yang cam tu..i x pun..1st time jumpa tanpa segan silu i g timbang berat..hahhaaaa..time tu tak de lah seberat sekarang..haishh..Jumpa pun sekadar melepak di Carefour Endah..yeah..time tu i dapat le coklat 1 tin, key (da hilang tercicir time belon panas).hoh..

Perangai kami lebih kurang juga la..panas baran..hahhaaa..tapi sekarang i cuba untuk berubah..setelah umi sendiri tegur perangai baran i ni...Mr.N pon nampaknya da makin berubah juga...

Kalau orang tanya apa yang istimewa sangat Mr.N??
1- Dia mampu buat i happy bila i jauh dari family..
2- Setakat ni belum ada rekod yang membuktikan dia curang... kira rekod bersih
3- Pandai masak okeh ..time i kena Kayap dulu tetiap hari juga dia masakkan untuk i..sebab i belum sempat masuk kelas memasak..
4- Sayang i..- Bak kata orang..pilih orang yang sayangkan kita bukan pilih orang yang kita je sayang..maka..biarlah i pon menyayangi dia seadanya sebab i tahu dia pun sayang i...(mana geli tuh sila jangan baca)..
5- Sabar..walau dia tahu ada yang tak dapat menerima kehadiran dia tapi still cuba untuk teruskan hubungan ni.. (tak paham..apa yang tak boleh terima sangat..)
6- Dia sentiasa ada bila i perlukan seseorang...dan dia akan tolong i selagi termampu..

Walaupun tempoh perkenalan kami tidak la dikira lama..dah baru 2 tahun lebih kan..tetapi family dia dapat menerima i seadanya..layanan yang diberikan tak pernah kurang seperti anak seniri..Boleh dikatakan dah ramai juga kaum keluarga dia yang i da jumpa..semuanya menerima baik kehadiran i dalam keluarga tu..terima kasih..
Semoga kehadiran dia dalam family i juga akan diterima dan dilayan baik sebagaima  yang i dapat dari family dia..~

Tiada apa yang mampu i ucapkan..hanya berharap agar hubungan ni berkekalan sampai bila2..Kita hanya merancang..tapi Tuhan yang menentukan..~

Pic wallpaper phone dia tuh adalah pic 1st time kami jumpa 2 tahun lepas..~
Ni pic di cameron Highland..ditaja khas oleh family dia..luangkan masa dengan Mr.N sekeluarga dan juga Keluarga Maksu dia..(1st time i pegi cameron!!)
Snow Walk kat I-City..di sponsor oleh Mak ngan Ayah..hahahaa..pokai wehh masuk sini..yang best main luncur2..pakat2 la pegi sana..~





Maka tamatlah sudah coretan i tentang couple maple ni...semoga i de peluang untuk dapatkan RM100 tuh..hahahaaa..

Thanks coz sudi baca entry yang agak panjang...~

[Contest] Anda Bagi Gambar, Prince Bagi Rm50 !!!

Salam..Hye..Hoi..ngeeeeee

Di sebabkan kebosanan melampau hari ni..ditambah pula sesaja nak memeriahkan contest yang di anjurkan oleh Prince..Makanya..saya pon turut serta join contest yang ada 4 kategori ni..

Kategori2 yang tersenarai dalam carta adalah:

1) Gambar Kenangan Terindah Bersama Keluarga (Pic dengan family la niii eh??))
2) Gambar Sewaktu Zaman Persekolahan (ni sah vintage punya zaman)..
3) Gambar Ketika Melancong (penah ke g melancon??erm..erm..)
4) Gambar Bersama Kawan Baik/Bf/Gf (tuuu dia..)

Maka untuk contest ni..saya nak pilih kategori yang no 1 dulu: Gambar Kenangan Terindah Bersama Keluarga..
Yang lain2 nanti saya akan post. InsyaAllah..

Sebelum menunjukkan Gambar bersama kelurga, saya akan letak gambar saya dulu bagi mengelakkan dikaitkan dengan isu copy paste gambar orang lain..hahhahaa.


Gambar Kenangan Terindah Bersama Keluarga

Macam belajar di zaman sekolah dulu..keluarga ni ada 2 jenis, Keluarga Besar & Keluarga Asas..Keluarga Besar saya memang besar..tak terkira jumlahnya, tapi kalau Keluarga Asas, hakhak,,4 orang je..Abah, Umi, Saya dan Adik..Meh saya tunjukkan siapa yang ada di sebalik Keluarga Asas saya:





Gambar terlalu lama..kepudaran jelas dan nyata..

Wohoooo.ni pic zaman kecomelan terlampau dulu..MEMANG INDAH bersama umi dan abah..time ni sah2 la adik saya tak wujud lagi..Gap antara kami selama 10 tahun..saya dah besar gedabak, adik baru keluar nangis2 huaaaaaa..huaaaaaa...ishk..Kehidupan time ni da ibarat di tatang bagai minyak yang penuh la..nampak tuuu..penuh minyak sebab jadi tunggal 10 tahun...Sehinggakan tumbesaran betol2 membesar..
Konvokesyen saya time degree-2009
Ni pula gambar bersama keluarga asas saya yang boleh di katakan baru juga la..sebab adik saya pun dah besar..kalau dulu kami hanya bertiga, sekarang kami sudah berempat. adik hadir memeriahkan lagik Keluarga Asas kami..SANGAT INDAH bila kami dapat berkumpul dan bergambar bersama...Adik sekarang sudah 14 tahun (form 2)..Maka jangan lah kira berapa umur saya... :D




Bersama Abah - Raya 2009
Gambar saya dan abah membongkar betapa hubungan kami sangat rapat..perangai kami hampir sama..sehinggakan kadang kala kami sama-sama mempertahankan ego..abah ke kanan saya ke kiri..namun, bila kami mula berdamai, senyuman terukir, yeaaa.. BETAPA INDAH saat itu...




Bersama Umi - Raya 2010
Ni pula gambar saya dengan umi, orang yg mengandungkan saya 9 bulan 10 hari, melahirkan dan membesarkan saya bersama abah..Zaman kanak-kanak saya lebih banyak di habiskan dengan abah..mungkin kerana perangai kami sama..tapi apabila meningkat remaja, tanpa di sedari, rupa-rupanya saya lebih rapat dengan umi. segala rahsia, masalah akan di kongsi bersama. Sehingga sekarang walaupun jarak telah memisahkan kami, tetapi dengan kecanggihan teknologi, kami dapat berhubung saban hari meluahkan permasalahan, bercerita walau hanya tentang perkara remeh..KEINDAHAN itu hanya dapat di rasai bila bersama umi..



Da only one sista -Raya 2009
 Ni gambar saya dengan adik..satu-satunya adik saya di dunia dan akhirat..dulu terlalu sukar untuk saya terima kehadiran adik..maklum la..da jadi tunggal 10 tahun..walaupun sukar menerima tapi saya tetap sayang adik saya..sebab saya tahu selain umi dengan abah adik saja yang paling rapat dengan saya..yang akan bersama saya susah dan senang..Dulu kami selalu bertelagah..dia terlalu manja sehinggakan perkara kecil menjadi besar..bila menigkat usia, dia semakin matang, dan kami semakin rapat..saya mula merasai kehadiran adik menambahkan lagi kebahagiaan dan menjadikan hidup TERLALU INDAH untuk dimengertikan..
..................................xxxxxx................................

Itu berkisar Keluarga Asas saya..jom share cerita di sebalik Keluarga Besar saya..

Keluarga Besar saya memang sangat besar..Keluarga Besar sebelah abah sangat ramai..sehinggakan saya sudah berpangkat makcik..Tapi kalau sebelah umi, tak terlalu besar lagi..mungkin kerana faktor umur yang masih muda dan belum bekeluarga..
 
 
 
 
 
 
 Gambar bersama keluarga besar sebelah abah tak pernah di snap beramai2 or semua ahli kelurga ada dalam 1 gambar..kalo nak bergambar rasanya kena ada 1 ruang yang luas..tapi kat sini saya letak juga gambar bersama mereka..ahhh... INDAH bersama mereka kerana ada di kalangan mereka yang sama2 menjaga dan melihat saya membesar..

................................................xxxxxxxxxxx............................................
Ni pula gambar bersama keluarga besar di sebelah umi..kami ibarat seusia walaupun pangkat berbeza..ank saudara dan mak saudara..perbezaan umur yg tidak jauh menjadikan kami rapat, berkongsi cerita, gosip2 dan sering menghabiskan masa bersama..KEINDAHAN semakin mekar bila kami berkumpul dan bergelak ketawa...
 
 

 
 
 
 

Itulah INDAHNYA BERSAMA KELUARGA.. Gambar di snap sebagai bukti keindahan itu dan mengharapkan Keindahan itu berkekalan abadi selamanya..

Jom blogger sekalian join contest ni juga,..nak tahu detailz click SINI .

Semoga terhibur dengan nukilan ni...Bye ~