Assalammmualaikum.. diam tak diam dah lapan hari kita beraya.., dan inilah entry tertunggak sekut ni dihasilkan 2 hari sebelum raya manakala hari mantai tu dah sibuk mengemas untuk pulang ke kampung yang dirindui.., mujurlah aku dan keluarga dapat balik sebab kedua adik2 beraya rumah mertua tahun ni.., dan alhamdulillah dapat jumpa mereka semua walaupun dalam masa yang begitu singkat...!!
jarak jarakkan masa membakar sebab biskut ni sedikit kembang semasa menjalani proses di masak..., aku ambil resepi ni dari chef kak Hanieliza memang maveles sedap..!! siap ada yang nak order lagi.. tapi sorilah saya tak larat buat tuk makan sendiri bolehlah..
inipun tangan dak along yang sangat rajin menolonng aku kalau buat kuih raya.., dia pesan suruh tunggu dia balik cuti baru buat kuih dia nak tolong..., tapi ada few kuih raya yang aku dah buat tanpanya...
BISKUT COKLAT CIPS RANGUP
Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum
Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
NOTA : boleh juga gunakan tepunng gandum..
don wori sebab ada ahli forum cari.com.my dah buat gunakan tepung gandum dan hasilnya memuaskan hati..
http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1070041
memang rangup dan sedap cuma akunyer nih terlebih nestum terkurang kacang tetapi rasanya sangat mesra sebab ada give n take kwang kwang... suka - suka ko jerr ek aeinio sekut pon leh tolak ansur.. tapi sedap wooo lagi pulak aku guna butter scs yang mahal tuh.. terasa nikmatnya...