Saturday, February 28, 2009

Maslenitsa Den = Butter Day




Well..well... butter day?! hmm..pelik tapi benar!! If you guys nak tau, kat Rusia ni diorng memang sambut perayaan yang pelik2 sikit. Contohnyer, ader Man's Day, Woman's Day (ni maybe biasa kut..tp siap ader cuti tau!!) n yang saye baru pergi ni adalah Butter Day, lebih kurang camtuh la translationnyer. So, pe kebendanyer nih? Hah, sbenarnyer Maslenitsa Den aka Butter Day ni disambut untuk menyambut musim spring yang hampir nak tiba (tp kalu nk tgk suhu skang mcm lmbat lg jer...) So butter or mentega ni dijadikan sebagai simbol matahari, hot, warm dan sekutu2nyer..


Yang best plak, perayaan ni disambut bersama dengan blini - pancake. FYI, kat Rusia ni blini mmg famous..Walaupun makanan popular diorng tak la sehebat dan se"amazing" makanan negara kita, tp harga dia mmg x boley blah la.. 1 keping yg kecik yang boleh buat taik gigi tu harga nak smpai 50-100 Ru = RM5-10.. ngarut kn?! so, sori la saya nak beli, ye la kedekut ckit!! hehe... baik beli sharma.lg kenyang. k back to story, kitorng pergi kat Kolomenskaya (Red Square pun ader gak), wat muka tebal ckit tnyer direction, kitorng pun sampai la ke destinasi yang dituju. hmm, at first terasa mcam agak hampeh, tp melihat muka2 org Rusia yg happy2 tuh(which they are very rarely be found), kitorng pun enjoying ourself. kt sana ader tmn tema, fun fair, gerai blini, nyanyian n hmm, pe lg ye..tu jer kut..


okla, malas nk tulis lg..tgk la gmbar2 ni ek.. -out-














































Posted by Picasa

Friday, February 20, 2009

Its all about egypt Pt.4

Hari-5 hari terakhir di Kaherah. Kami melawat ke piramid Giza... Ader 3 piramid yang utama, dan 1 piramid Sphinx (yg ader muka tu) Kami x berkesempatan utk masuk ke dlm piramid sebab kesuntukan masa dan mahal plak tuh..hehe...kena consider!! x sempurna rasanye kalu pergi ke Mesir tanpa naik unta..so kami pun tungganglah unta tu b'gilir..kesian tgk unta tuh, naik turun naik turun...sampai dia pun mengamuk da..




Perhentian seterusnya, makan tgh hari di Embassy Malaysia, (wuuhoo akhirnya dapat makan ikan goreng sambal!!) dan ke Masjid Al Azhar. Berdekatan dengan masjid ni terdapat bazaar yang dinamakn Bazaar Husein. Kat sinilah kami borong souvenirs utk org2 kampung!! Tapi masa singkat sgt, bak kata org NS "berkecapuih" kami mencari buah tangan..Agak hampa sebab niat nak beli jubah tapi x sempat..huhu.. Anyway, kami ke International Book Fair plak..Adela beli ckit buku2 ilmiyah utk santapan rohani ;P





Nak dipendekkan ceritakan, malam tu jugak kami terus packing2 utk pulang semula ke Hurghada...


Ma'a salamah Mesir, privyet Russia..



Thursday, February 19, 2009

sesayu salju yg layu



Hari ni, akhirnya sang suria menjejakkan dirinya di bumi Moscow sambil mencurahkan cahaya dengan gilang-gemilang. Hari ni cuma 2 degree jer..tp still sejuk jugak sebab "dis is Russia man!!" Rasa-rasanya, winter da nak abis kut.. salji2 yang menjadi teman karib selama 3 bln ni nampaknyer terpaksa berpisah buat sementara waktu.. terlihat ais2 yang mencair tu... tetiba teringatkan tentang kesedihan dan kesayuan..hmm.. Entahla.. sejak menjejakkan kaki ke bumi dingin ni, macam-macam sgt sungguh amat banyak yang ter (cukupla tuh..) dugaan yang ak lalui.. nak listkan rasa malas la plak.. Bila satu bende da OK, satu bende yg KO plak dtg. Lpas 1..1... (nada mengeluh ckit) hai.. penat, memang penat..
Tapi kan, nak cerita pasal aku n Dia. Aku ni cepat lupa..bila susah selalu ingat kat Dia. Tp bila da senang, fuh..terus x ingt dunia.. Balasan nyer..haha.. padan ngn muka s'dirila (yg agak comel tuh) .. Hari tu, laptop ak yg tetiba plak rosak tu da selamat sampai kat tgn aku ni. Da dpt jer laptop mula la, mengadapnyer 24 jam.. tp alhamdullilah solat x tinggal.. cumanyer aku dan Dia boleh "feel" something wrong somewhere.. Yela, sembhyg x khusyuk, ..doa pun x berkat, belajar pun x fokus.. kirenyer cam x ikhlas la hadiah yang ak kasi kt Dia. And so sekarang Dia pun nak tunjukkan kat aku, biar aku sedar ckit.. Iaitu 1 lg coobaaannn. Kad bank plak wat hal.. Arghh tension!! Skang ni duk kire2.. cukup x duit ak nk tampung selama 4 bln lg kat sini..hmm.. Aimi...Aimi.. tula. Sape sruh cepat sgt lalai..kan da kena.. Tapi pape pun, ak tetap redha.. sesungguhnya Allah lebih mengetahui!! betul x kawan2..
Posted by Picasa

Saturday, February 7, 2009

Its all about egypt Pt.2

Hari-3 Hari ni kami ke Foyuum pulak. Basically Foyuum ni macam kawasan kampung. Masyarakat sana memang x terdedah lagi dgan perkembangan teknologi kini. Dan yang menarik nyer, masyarakat di sini, terutamanya wanita semuanya memakai tudung labuh seperti yang ustazah2 kita pakai dan ramai orang di sana masih menunggang keldai utk memudahkan pekerjaan mereka. Di Foyuum, kami singgah sebentar di Tasik Qarun. Diceritakan bahawa Istana Raja Qarun ditenggelamkan di dlm tu kemudian terhasil la tasik.. Tasik ni mmg agak besarla..
Next stop kitorng ke Temple of Qaroun, dan kemudian ke suatu tmpat yang ader kincir air .. Kami bertolak kembali ke Kaherah dan singgah di Asfour, iaitu sebuah kilang yang menjual kristal. Dikatakan bahawa kristal Asfour ini adalah kristal yang paling berkualiti di dunia. Kepada ibuku dan kakak2 iparku, rasanyer anda semua pasti akan mengukirkan senyuman apabila saya pulang nanti.hehe..










Ahli bilik 707 di padang pasir!!





Mangsa paksaan beli bakul..haha






pemodenan vs peradaban


Perut da berbunyi. menandakan waktu untuk makan. Kami singgah di sebuah pusat beli-belah ala2 JJ atau Mid. Disebabkn skang boikot memboikot ni giat dilakukan, kami pun mematikan hasrat kami utk mkan di Mc D or KFC. Tapi sebagai ganti kami melantak ayam goreng al-Baik. Rasanyer sama macam KFC gak..ok la tuh., kat Rusia x dpt mkan ayam goreng KFC.hehe..

nikmatnyerrrrrr

Its all about egypt Pt.3

Hari ke-4, hari yang paling best sepanjang menjejakkan kaki di bumi anbiya ni. Hari ni tempat target kitorng ialah gunung Sinnai atau Tur Sina.. Perjalanan nak ke sana memang menarik.. Sebab kami lalu Terusan Suez dan bekas kubu Israel.. OK, berbalik kepada nama Tur Sina tadi, mesti mcm familiar kan nama ni.. FYI dlm Al-Quran byk diceritakan kisah-kisah yang berkaitan dengan gunung ni. Antara peristiwa yang agak popular ialah Jabal Musa, iaitu tempat nabi Musa bersendiri dan peristiwa lembu samiri.

Apabila da selamat sampai, kami bergerak ke Wadi Arbain. Wadi aka lembah ni la terdapatnyer bekas mata air Nabi Musa.(bkn air mata nabi Musa tau!!) Nabi Musa mendapat wahyu utk mengetuk sebuah batu dengan tongkat nya lalu keluarla 12 mata air dari batu tu. Subhanallah!! Ekspedisi kami yg utama blum lagi bermula sebenarnya. Kami makan malam dahulu (kofta-sejenis makanan daging yang dicincang bersama bawang dan cili dan hasilnyer--wallawei!!), dan tepat pukul 2 pagi, kami mulakan pendakian kami!!







Hah, sepanjang pendakian kami , banyak perkara yang menggelikan hati kami. Antaranya, ramai pendaki2 yang lain merupakan orang2 Russia jugak!! Mmg pelik.. Kemudian, terdapat pak2 Arab yang m'offerkan unta2 utk ditunggang naik ke atas dan ader yang offerkan bantuan, tp kena byr la. bunyi nyer macam ni, " Camel!!, You wanna Camel?!", dan yang paling famous skali "Wanna hellp?!" dengan nada yang tertentu..hehe


Lupa nak bgtau, perjalanan utk sampai ke puncak m'ambil masa 3 jam.. Dengan penat lelah mendaki dalam gelap tu, naik tangga yang seperti tiada p'hujung, Alhamdullilah kami b'jaya jugak sampai ke puncak. Di atas puncak gunung ni terdapat masjid dan juga gereja. Setelah sembahyang subuh, kami pun keluar dan menikmati matahari terbit. Subhanallah, cantik sgt!! Bila da siang baru la kami nmpak keadaan sebenar gunung tu. Dalam hati mmg x sangka saya mampu naik setinggi ni.( First time naik gunung!! wa cakap sama lu..hehe)









K, bile da naik mesti la kena turun plak kan..rasanyer turun gunung lagi seram dari naik gunung walaupun dlam gelap2 tuh.. Kami ikut laluan lain untuk turun, dan laluan ni jauh lebih curam dan menakutkan.. Tapi sempat jer kami posing sana, posing sini.. biasala tuh..






Cuba tgk btul2 gmbar ni, ader bentuk lembu kan..

Aduh, sakit lutut!! pulak dah... on da way balik, kami singgah di Hamam Firaun (Hamam b'maksud tmpat mandi) Ni bukan tmpat mandi biasa, tapi mandi wap atau org skang kata sauna. Tempat mandi nyer dalam gua. tp x masuk la, panas sgt..


Air tu panas tau, jgn main2!


























LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

About Me..ek?!

My photo
moscow, Russia
Pelajar perubatan tahun 5, 1st Moscow State Medical University (MSMU), Rusia. Anak jati Negeri Sembilan. Masih lagi belajar dan belajar dan belajar dari kehidupan ni.