:: LaguKu UntukMu ::

Tuesday, December 1, 2009

UiTM Perlis From 2 until 5 Dec

Petang ini saya akan bertolak ke Perlis. Saya menjadi pemerhati untuk Konvensyen Kebangsaan KIK UiTM yang diadakan di UiTM Perlis. First time menjejakkan kaki ke UiTM Perlis. Kalau ke Perlis tu dah banyak kali sebab my youngest sister dulu belajar kat MRSM Beseri. Menjadi pemerhati KIK, saya sendiri tak tahu ape nak buat tapi yang pastinya meninjau projek-projek yang dibuat oleh pasukan lain dan bagaimana mereka melakukannya. Yang complicatednya KIK ini adalah dokumentasinya. So saya nak tengok cam mana diorang buat mengikut kriteria2 yang ditetapkan. Bagaimana mereka mengunakan tool2 yang ada dalam KIK ini. Hopefully bley dapat input yang berguna untuk kumpulan KIK saya. Doakan saya (cam nak gi bertanding plak padahal nak gi memerhati jer, hehehe..). Yang pastinya saya akan menjadi penyokong kuat untuk Kumpulan KIK INFO10 yang bertanding mewakili UiTM JOHOR. Chayok..Chayok.. INFO10.
*ingat nak "pau" kawan saya yang mengajar kat sana, tapi tulah niat tak baikkan, dia bercuti menyiapkan thesis masternye..so lain kali la aku "pau" ko yeak..

Akhirnya Twilight: New Moon

Akhirnya saya tengok Twilight New Moon. Cite 2012 dah sold out. Yang tinggal malam jer. Nasib baik Twilight tak sold out lagi. Ramai yang tengok cite ni sebab nak tengok Edward. Tapi untuk sekuel kali ini Edward tak banyak slot pun. Cite dia more to kisah Jakob. Well Jakob pun ok ape? tapi saya lagi suka dia berambut panjang. Watak Bella pun menarik. Saya suka gak. Aksi dia terjun tebing tinggi dengan slumber memang berani (kalau betul dia terjun sendirila which i don't think so). Kalau saya nak terjun tu tak tahula terjun ker tak! Tinggi tu. Overall kalau nak kata best sangat tu takdela sangat. Dari 5 bintang saya bgi 3 jer..Tak banyak action compare to the first sekuel. Apapun tak sabar nak tunggu next sekuel..nak tengok Bella betul2 jadi vampire ker tak?Sanggup ke Edward membuat kekasihnya jadi sepertinya? Well, kalau tak sabar kena baca novel la ni.. Anyone have it?Bley pinjam tak?
2012 wait for me...saya tetap akan tengok gak...

Thursday, November 26, 2009

Twilight New Moon @ 2012

Rasanya last saya tengok wayang adalah cite TRANSFORMER 2. Weekend ni bercadang untuk menonton wayang.Ada dua pilihan sama ada 2012 atau Twilight New Moon. Last week dah plan nak tgk 2012 tapi tak jadi. Minggu ni dah jadi 2 movie plak untuk ditonton. Tapi rasanya saya akan tengok salah satu jer, mungkin akan tengok 2012. Twilight baru hari ini start ditayangkan. so ada masa lagi. Itu akan jadi cite untuk ditonton next-next week.

Sunday, November 22, 2009

Kawan Baru..

Sejak dah bekerja ni saya memang merasakan agak sukar untuk mendapat kawan baru. Masa kat universiti memang masa yang saya rasa saya banyak berjumpa dengan kawan baru. Satu lagi medium untuk saya mencari kawan baru adalah dengan berchatting. Dua ke tiga tahun lepas saya memang agak selalu masuk ke chat room. Namun aktiviti itu telah lama saya tinggalkan.
Mencari kawan baru melalui chatting memang banyak risikonya. Terutamanya kita tak tahu kejujuran kawan baru kita tu.Bagi saya chatting hanya setakat di situ sahaja. Namun ada jugak rakan chatting yang masih berchatting dengan saya sampai ke hari ni. Cuma mereka ni on dan off jer. Baru-baru ni saya telah berjumpa dengan seorang rakan chatting saya. Alhamdulillah rakan saya itu baik.Kami dah berchatting hampir 2 tahun kot (tak berapa nak igt). Akhirnya saya berjumpa dengan sorang lagi kawan baru...

Thursday, October 29, 2009

Nonverbal Communication

Saya tengah study untuk final exam master this coming weekend. Topic yang saya tgh study adalah communication in International Business. Communication can be verbally and non verbally. Every one should know that nonverbal communication can be facial expression, hand gestures and so on. What i want to highlight here is the facial expression. Yes..this expresion can give a lot of interpretations. Myself is wondering with this young lady show up with his facial expression to me and i interpret it as she does not like me..what did i do wrong to her yeak?still wondering....dia tak bley senyum kot...haha....What ever it is senyum tu kan sedekah. Kite dah tegur balasla baik2. Takyahla tunjuk muka yang tak cantik tu...So frens out there...indahkan hari anda dengan senyuman supaya orang tak salah interpret kita. tak kuar duit pun nak senyum...okla nak sambung study.wish me luck in my final exam...(huh takutnya...)

Monday, October 19, 2009

Menatap Matamu

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

** Ini satu lagu lagi yang saya suka dengar sekarang.lagu dari ARIL AF7..hope you all like it too..

Sunday, October 18, 2009

Ku Percaya Ada Cinta

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
(*)Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
(Korus)
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui
Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
(Ulang *)
(Ulang Korus)
(Ulang *)
Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi
**Ini adalah lagu terbaru SITI NURHALIZA. Suka lirik dan rentak lagunya.

Thursday, October 15, 2009

Transformasi

Sebut transformasi, teringat pada akademi fantasia 7 yang bertemakan transformasi. Masa tu sibukla semua orang menggunakan perkataan "transformasi". So saya dah ketinggalan la yeak kalau nak cite pasal transformasi ni. takpela...tapi sebenarnya transformasi boleh terjadi pada bila-bila masa je..
Saya juga boleh dikatakan sedang dalam proses transformasi. Transformasi dari segi kehidupan dan diri sendiri. Hope that this transformation will make me to become a better person ( part of diri sendiri). About life, soon i will finish up my master class and no more traveling Segamat-Shah Alam - Segamat over the weekend but change the journey to Segamat - Gombak - Segamat. Still travelling but no need to stay at Shah Alam. I also have more time to spent with family and hang up ngan my friends yang dah lama tak jumpa. Nak ajak diorang kuar pun takla pening nak adjust time. Time diorang free selalu kena time saya ada kelas. Lepas ni insyallah takde masalah.
Transformasi ni baru skit je.Mungkin ada transformasi yang lebih besar. So kita sama-sama tunggu.............
NOTE *saya sendiri tak tahu lagi hehe..

Monday, September 28, 2009

Ayam Panggang

Raya ke 6 nak ubah selera, so me and my bro decide nak buat ayam panggang. Kebetulan ada pinjam buku Jamie Oliver from my Pak Ngah, so dalam tu ada resepi "Roast Chicken With Lemon and Rosemary Roast Potatoes" kitorng pun nak try ikut resepi ni. Dan ini adalah hasilnya:







Panggang untuk first round.....

Sebelum nak panggang for second round kita letak ayam tadi kat dalam tray, kentang dan bawang putih

Panggang kali kedua...


Dah siap...

Nyum..Nyumm.. dah tak sabar nak rasa...
Kalau tengok pada gambar dengan hasilnya yang kitorang dapat tak berapa nak sama sebab kitorang dah buat kulit ayam. Rasa rempah memang meresap kat dalam isi ayam. Kentang pun best dan bawang putih yang dah diroaster tu pun sangat sedap..lepas ni boley buat lagi. since abah dah beli oven baru , so along amik oven yang lama tu bawa gi Segamat yeak! Nanti nak buat kat Segamat plak...

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri

Bersempena bulan Syawal yang bakal tiba nanti, semua mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon kemaafan andai kata menguris hati , andai laku menyentuh perasaan. Saya hanya insan insan biasa yang tak bisa lari dari kesilapan. Moga ikatan persaudaraan akan diperkukuhkan dunia dan akhirat. Maaf Zahir dan Batin. Jemputla datang ke rumah saya....

Friday, September 11, 2009

Baju Raya

Akhirnya pagi tadi saya berjaya mendapatkan sehelai baju baru untuk raya tahun ni. Raya tahun ni memang takde perasaan langsung. Itu pun cari gak sebab my beloved housemate suruh gak cari baju. Last week ada la gak gi round2 kat PKNS shah alam (balik dari kelas sggh jap). Ada yang berkenan tapi takde saiz plak. Baju tadi pun sebenarnya takde saiz mengikut warna yang saya nak so terpaksala cari warna yang lain tapi design yang sama.Sehelai jer dah la yeak.. so skrg ni nak fikir tudung plak tapi saya rasa ada tudung saya yang sesuai ngan baju tu, so tak yah belila kot...

Perasaan II

My last post mention about this topic. Just would to express my feeling now. Baru saje tgk a few pic berbuka puasa my frens and of course i do not know about this berbuka puasa event. Nape diorang tak inform saya? Mungkin kerana saya jauh, yup i'm in Segamat and diorang kat KL, but for me that's not a reason. Dah sah-sah you all know where i am, why did do the event during the weekdays. Saya tak berkecil hati pun sekiranya mereka just bagi tau walaupun saya tak dapat dtg. For example my uni "klik" , they do msg me about the berbuka event and but the day they plan i've presentation for my master class the next day. At least I feel appreciated by inviting me....
Memang nampak macam kelakar jer kan?We have been frens for such a long time and wants it to be forever. But since i'm at Segamat(ye ke since i kat Segamat, cam rasa dah lama jer), if i'm not calling you all then we will not contacted at all. I just feel that, you know me and i know you and that's it. I don't want more just "Tanda Ingatan Mesra" jer. Sometime i just rasa, mesti tak seronok kawan ngan saya kan?that's why la kot diorang tak pernah ingat..
Kalau nak terasa hati tu, memang dah banyak kali terasa tapi buat tak tahu jer. And this time jer luahkan. itupun kat blog ni.dioang tahu ker?kalau diorang baca la....
well minta maaf zahir dan batin.....just expressing my feeling today...

Wednesday, September 9, 2009

Perasaan

Bagi saya, perasaan seseorang itu adalah sesuatu yang subjektif. Hanya diri sendiri sahaja yang mengerti apa yang dirasakan. Kadangkala perasaan boleh mendorong kita untuk memikirkan kepada sesuatu perkara. Perasaan boleh menjadikan kita gembira, sedih, sensitif dan pelbagai perasaan lagi yang kadangkala sukar ditafsirkan.Saya sendiri mengalami suatu perasaan yang kurang enak dan memikirkan suatu perkara yang tidak elok akan berlaku. Akhirnya apa yang saya fikirkan melalui apa yang saya rasakan menjadi kenyataan dan kenyataan itu adalah amat pahit untuk diterima lebih-lebih lagi ianya melibatkan orang yang kita sayang

Note ** Saya amat sensitif terhadap perlakuan seseorang itu terhadap saya, orang di sekeliling saya dan persekitaran saya. Ia menimbulkan satu perasaan di hati saya....

Sunday, September 6, 2009

Apa Kata Mereka?

Emran & Luqman

Ini adalah dua orang anak saudara saya yang sangatla comel. Sentiasa menjadi perhatian semua ahli keluarga dengan telatah-telatah mereka. Tengok sajala gambar di atas entah apa yang mereka perkatakan? ada sesapa nak teka? hehehe....

Majlis Berbuka Puasa

Memang menjadi kebiasaan keluarga saya akan berbuka puasa beramai-ramai. Bukanlah berbuka puasa di luar tapi berbuka samada di rumah Pak Long , Pak Ngah, Pak Usu ataupun di rumah Pak Lang yang merangkap Abah saya. Semalam bersamaan 15 Ramadhan, kami semua telah berbuka puasa di rumah Pak Ngah kami di Wangsa Maju.
Abah saya mempunyai 4 orang adik-beradik dan kesemuanya tinggal berdekatan. yang paling jauh pun Pak Ngahla. Saya sekeluarga tinggal di rumah atuk bersama atuk, Pak Long dan Pak Usu tinggal berdekatan rumah kami.
Makanan yang dihidangkan tak banyak. Kami berbuka dengan kurma dan samosa. Kemudian sembahyang berjemaah. Selepas itu barulah makan. Lauk yang ada masak lemak yang ada ikan baung ngan ikan kaloi, kentang goreng cili bersama ngan tempe dan ikan bilis, kerabu mangga(speciality Pak Ngah saya), masak taucu dan juga pegedil. Ikan baung tu Pak Ngah saya dapat semasa pergi memancing di Teluk Intan pada mingu lepas.
Minggu depan kami semua akan berbuka di rumah saya pada hari Sabtu dan pada hari Ahad pula di rumah Pak Usu saya. So tengah dok fikirla ni nak masak ape yeak??? Dah ada perancangan tapi tunggula yeak??
Keluarga Besar Saya:
Pak Long : Pak Long, Mak Long , Along Amy+Isni, Angah Aie+Ida+Eisya, Kak Ana+Abg Pajei+Luqman, Haziq
Pak Ngah : Pak Ngah, Mak Ngah, Along Nani+Abg Ja+Emran, Nina, Mira, Qilah
Pak Lang : Abah, Mama, Along Ina (Saya), Abang, Abul, Dekya
Pak Usu : Pak Usu, Mak Usu, Along Wani, Angah Syira, Fiqah, Syida, Sya
Lastly mestila ada ATUK....

Friday, September 4, 2009

Pensyarah Baru = ATA 17 jam sahaja.

Alhamdulillah..minggu ni masuk lagi 2 orang pensyarah baru untuk FSKM. Seorang pensyarah matematik dan seorang pensyarah statistik. Workload mengajar saya berkurangan kerana pensyarah baru telah mengambil satu kelas dari saya. Kelas D3B1 akan mendapat pensyarah baru pada minggu hadapan. Saya harap mereka akan lebih bersemangat lagi. Dengan itu ATA saya menjadi 17 jam sahaja. Walaupun dah tak dapat claim tapi mungkin rahmat bulan puasa maka saya dapatlah menyelesaikan kerja-kerja yang masih tertangguh terutama kerja master saya. Semester ini saya agak malas. Housemate saya pun kata begitu. Tidak seperti Zarin semester-semester yang lepas yang mampu bertahan membuat kerja-kerja sehingga 12 tgh mlm setiap hari. Saya berharap mulai minggu depan Zarin akan jadi rajin semula.

Thursday, August 20, 2009

KIK

Mungkin ramai yang tak tahu apa dia KIK. KIK ialah kumpulan inovatif & kreatif. Di UiTM Johor, sudah 2 tahun diadakan mini konvensyen KIK di mana setiap unit dan fakulti perlu menyelesaikan satu projek yang menjadi masalah di dalam unit dan fakulti. Apa yang dirasakan susah bila buat KIK ini, ialah dokumentasinya. Siapa yang buat KIK pasti tahu apa yang saya maksudkan. Alhamdulillah kumpulan KIK fakulti saya iaitu LUMINOUS telah berjaya mendapat tempat ketiga dan anugerah khas dokumentasi terbaik. Kami sebenarnya target nak menang persembahan terbaik tapi menang yang lain plak. Itulah dinamakan rezeki. Apapun TAHNIAH dan SYABAS buat ahli kumpulan LUMINOUS. Girls power!!! Next year kita kena "create" masalah yang lagi gempak ye..hehe...

Thursday, July 23, 2009

Hinakah menjadi seorang surirumah?

Pertanyaan ini di utarakan oleh seorang sahabat saya. Beliau seorang surirumah sebaik sahaja mendirikan rumahtangga. Berhenti kerja di atas kehendak suami. Persoalan ini timbul apabila kawan kepada sahabat saya ini mengadu padanya yang dia tak nak di pandang serong sebagai seorang surirumah (note : kawan kepada sahabat saya juga surirumah). Saya katakan padanya, kenapa perlu rasa terhina sedangkan dia juga bekerja. Kerjanya menjaga kebajikan suami dan anaknya. Ianya adalah adalah satu pekerjaan yang mulia dan saya pasti ianya mendapat ganjaran besar daripada Allah. Bezanya ialah dia tak mendapat pendapatan tetapi kepuasan. Kepuasan yang pastinya akan membawa kepada kebahagian dunia dan akhirat.

Kawan sahabat saya ini juga merasakan dirinya tidak dapat membalas jasa ibubapanya yang mana saya rasakan pastinya dari segi kewangan. Membalas jasa ibubapa kita tak semestinya menghulurkan duit pada tiap2 bulan. Apa yang lebih penting adalah kasih sayang kita kepada mereka yang perlu di utamakan. Semakin meningkat usia kita, semakin banyak kasih sayang yang kita perlukan. Saya pasti anda sendiri boleh merasakannya. Pada saya kalau bagi duit jer tapi tak menjenguk atau menelefon ibubapa kita, ianya tak membalas jasa jugak. Lebih baik kalau kita rajin menjenguk mereka dan membantu sedaya upaya kita sekiranya mereka memerlukan bantuan. Ianya pasti lebih bermakna. Senyuman mereka adalah kebahagian kita. Ibubapa kita tak mengharapkan duit kita tapi kasih sayang dan perhatian yang mereka dambakan daripada kita. Menghulurkan duit itu adalah satu bonus untuk ibubapa kita.

Saya juga katakan pada sahabat saya, andai ditakdirkan saya berkahwin ngan seseorang yang mampu menyara kehidupan kami, saya juga akan menjadi surirumah. Saya mahukan yang terbaik untuk anak2 saya dan juga suami saya dan ianya memerlukan pengorbanan. Saya tidak mahu pengasuh menjadi ibu kedua mereka. Biarlah saya sahaja yang menjadi ibu mereka. Ada yang kata "rugilah belajar tinggi tapi jadi surirumah" Sebenarnya mereka silap. Apa yang saya pelajari masih boleh dipraktik dalam kehidupan berkeluarga. Lagipun masa belajar dulu kita bukan sahaja mempelajari mengenai pelajaran sahaja tetapi banyak lagi ilmu yang saya dapat sepanjang saya berada di universiti. Ianya pasti berguna satu hari nanti.

Kepada sahabat saya; JANGAN pernah rasa terhina menjadi suriumah. Cuba kita buat perbandingan dulu dan sekarang. Dulu pasti ramai wanita menjadi surirumah dan anak2 mereka berjaya menjadi manusia yang berguna. Situasi sekarang amat berbeza. Memang ramai juga anak2 yang berjaya tapi lagi ramai yang melepak kat shopping complex. Mana ibubapa mereka? Menjadi surirumah pastinya dapat memastikan aktiviti anak2. Saya tak kata semua tetapi kebanyakkannya itulah yang terjadi. Fikirlah untuk masa depan anak2 yang pastinya kita mahukan yang terbaik untuk mereka dan yang terbaik itu pasti akan diperolehi dari ibubapa mereka terutama ibu yang menjadi surirumah.

* just my 2 cent opinion

Friday, July 10, 2009

Pulau Sibu III - Saya & Rakan-rakan












Kepenatan bekerja memang hilang saat menikmati keindahan pulau dan bergembira bersama-sama rakan2 saya, yang sememang amat jarang untuk kami berjumpa dan bertukar2 cerita. Kesempatan ini memang digunakan sepenuhnya oleh kami. Bergambar dengan banyak sekali dan terima kasih pada Kak Ida yang menjadi photographer kami (nasib baik Kak Ida amat suka ambil gambar dan kurang bergambar). Semua gambar ini saya ambil darinya. Thank a lot Kak!

Sesapa yang nak privacy bersama keluarga, saya rasa tempat ini amat sesuai. Kawasan Villa tak terlalu besar. Hanya boleh menampung dalam 80 orang sahaja. Masa malam terakhir kami di Villa, hanya ada 20 orang sahaja (3 Kumpulan). Aktivit yang kami buat sebelah malam adalah berkaraoke. Tu je yang ada. Selain itu menikmati angin laut di waktu malam...

Percutian yang puas hati. Tak kuar banyak duit sebab bayaran dah termasuk 2 breakfast, 2 lunch dan 2 dinner. Kat sana pun tak bley shopping sebab takde kedai. Kat belakang hutan, kat depan laut. hehehe...

More pic at my facebook link :
http://www.facebook.com/photo.php?pid=2048521&l=95ac694825&id=768807421

Pulau Sibu II - Makanan

Dinner 2nd day
Lunch 2nd day

Breakfast 2nd day


Dinner 1 st day


Lunch 1st day

Saya dan rakan2 amat berpuas hati dengan makanan yang disediakan pihak Villa. Memang sedap, especially tomyam. Di sana tiada gerai, memang makan apa yang disediakan sahaja. Masa makan juga mengikut masa kita. Hanya akan dihidangkan bila kita nak makan. Ianya bukan buffet. Kalau nak makan lewat, akan tetap sediakan.

Thursday, July 9, 2009

Pulau Sibu















Saya berkesempatan untuk bercuti - cuti Malaysia pada minggu terakhir sebelum semester baru bermula. Bersama dengan 4 orang lagi rakan saya, kami menuju ke Pulau Sibu yang terletak di Mersing, Johor. Perjalanan selama lebih 5 jam, hilang penatnya bila dapat menikmati pandangan yang cantik. Inilah antara pemandangan cantik yang sempat diabadikan untuk kenangan. Gambar ini adalah di sekitar Pulau Kukus yang mana kami di bawa ke sana untuk mandi-manda. Perjalanan lebih kurang 10 minit menaiki bot dari Villa yang kami menginap.

Friday, June 26, 2009

Cuti

Next memang dah rancang nak cuti seminggu. Pagi ni bila saya check cuti untuk tengok samaada diluluskan atau tidak, jawapannya adalah TIDAK DILULUSKAN. waaaaaa...nape tak lulus? Ini semua kerana 2 Julai. Semalam baru dapat email dari penolong pendaftar HEA yang memaklumkan semua staff akademik WAJIB menghadiri mesyuarat akademik yang akan diadakan pada 2 Julai. Disebabkan mesyuarat tersebut, semua staff akademik yang mengambill cuti pada hari itu tidak diluluskan. Apa saya nak buat? terpaksa menghadiri mesyuarat tersebut. Cuti plak cam mana? Saya apply kembali cuti saya cuma 2 Julai saya terpaksala balik. Bercadang untuk balik hari jer pada hari tersebut. Saya tetap akan cuti dan 2 Julai saya tetap akan hadir. Nasib baik gak saya hanya plan untuk bercuti di rumah. Macam sorang kawan saya, dia akan bercuti di Sarawak dan dah pun membeli tiket penerbangan. Saya hanya bagitau dia mungkin perlu buat surat kepada TPHEA, memandangkan mesyuarat tersebut dimaklumkan pada saat akhir.

Tuesday, June 23, 2009

Jadual Waktu

Semalam saya mengakses student portal untuk melihat jadual waktu master saya. Selama 3 semester, kelas saya hanya akan berakhir pada jam 6 ptg hari Sabtu. Saya amat berharap agar kelas saya pada semester ni akan berakhir lebih awal. Saya tinggal lagi dua subjek dan satu project. Semester ini saya akan ambil 2 subjek tersebut. Dengan hanya tinggal dua subjek, saya harap kelas akan diadakan pada jumaat petang dan sabtu pagi. Namun harapan hanya tinggal harapan kerana kedua-dua kelas saya akan diadakan pada hari Sabtu dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 3 petang. Memangla awal dari 3 semester lepas tapi saya nak lagi awal. Nampaknya nasib tak menyebelahi saya. Memang terasa sedih gak..gara -gara budak applied stat nak amik subjek input-ouput yang juga diajar oleh pensyarah yang akan mengajar saya subjek project analysis maka terpaksa bagi diorg jumaat malam. Walau apapun saya akan tetap mengharunginya untuk semester ini seperti semester yang lepas2. To Norzarina, GOOD LUCK in International Business & Project Analysis.

Minggu Terakhir

Minggu terakhir? Apa sebenarnya? Minggu depan adalah minggu terakhir sebelum bermulanya semester baru dan minggu yang ditunggu oleh saya. Selama setengah tahun bekerja, insyallah saya akan bercuti panjang. Hope sangat perancangan cuti saya tak terganggu seperti mana housemate saya yang juga akan bercuti panjang tapi terpaksa membatalkan dua hari cuti atas ususan rasmi yang tak dapat dielakkan. Apa saya nak buat masa cuti? Permulaan cuti saya akan ke Pulau Sibu bersama rakan2 sekolah saya. Then saya akan mula mengemas barang2 saya di rumah parents di KL sebab kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru. Insyallah dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Julai. The soon the better. Tak sabar rasanya...

Tuesday, June 9, 2009

Wedding Hafni & Hawa at KK

Naim, Zarin & Fizzone....Pengantin tak duduk lagi, kitorg dah duduk dah.. Hehe..Sorry Hafni
Pelamin kat umah Hafni.. simple but elegan..saya suka..hafni kata dia buat sendiri..almaklumlah budak archi, mesti terror..
Saya tak bawa kamera sebab tahu akan ada member saya yang akan bawa. Selalunya amik dari diorg jer. Gambar ni amik dari Fizzone..


Monday, June 8, 2009

KD - KK - IPOH - SA- KD - SEGAMAT

Melihat kepada tajuk di atas, itulah yang telah saya lalui semalam. 7 June 2009, ada dua "wedding invitation" from seratasian. Satu kat Kuala Kangsar (KK), Hafni & Hawa dan satu lagi kat Shah Alam (SA), Hairil a.k.a Abeng & Erma. Perjalanan kami (saya, Fizzone, Naim, Zaim & Izi) bermula dari Kota Damansara (KD). Berkumpul & park kete kat umah Naim. Menaiki kete Fizzone dan dipandu oleh Zaim. 2 jam je kami dah sampai ke rumah Hafni di KK. Maksima kelajuan yg dibawa adalah 160 km/h. mmg laju sbb kami mmg mengejar masa tapi tak sangka sampai selaju itu Zaim bawa. Apapun surat saman akan diforwardkan ke rumah Zaim nanti kata puan punya kete. Kehadiran kami seawal 11 pagi mmg la sgt awal sbb katering pun tak siap hidang lagi. Terpaksa la tunggu untuk menjamu selera. Dah datang sejauh ni takkan tak jumpa pengantin kan? So kami tggu gak pengantin dtg (pengantin make up kat ipoh) tapi tak jumpa kat umahla sebaliknya jumpa kat balai raya yang merangkap pejabat penghulu. Kami tergelak sbb bapa pengantin ni dulu semasa kami masih bersekolah adalah penghulu mukim tempat kami belajar.. tak sangka plak nak jumpa pengantin semalam jumpa depan pejabat penghulu..hehe kebetulan. sebaik je sesi bergambar kami meneruskan perjalanan ke Ipoh sbb Zaim telah diamanahkan oleh Mak dia untuk sggh di satu lagi kenduri. Mak Zaim tak dapat hadir so Zaim jadi wakil. Kami tak makan hanya Zaim yang makan. Sementara tggu Zaim kami yang lain solat dulu. Kebetulan plak kenduri tu kat Sek Men Teknik yang mana makcik saya dulu adalah warden di sekolah itu. So tak susahla nak cari tempat. Kami hanya bergerak kuar dari Ipoh pada pukul 2.15 ptg dan seperti mana pegi, sebegitu jugakla balik, Zaim memecut dengan lajunya. Kami sggh di Ulu Bernam nak isi minyak yang hanya tggl dua bar jer. Tapi disbbkan byk kete, Zaim kata tak payah isi dan dia rasa cukup jer untuk sampai ke SA. Unfortunately, sebaik jer bergerak kuar dari R&R, dua bar tadi menjadi satu dan terus berkelip2. Semua orang panik..aaa''aaahhh masing2 taknak tolak kete kalau minyak habis. Kitorg kuar on the next exit kat BUKIT TAGAR dan tanya pada "tol gate girl" the nearest petrol station. Adik tu cakap "kata sini takde petrol station abang". Kat Bukit Tagar tu yg kami nampak hanyala lori sampah yang banyak. hahahaa.....kami kuar balik dan akhirnya dapat isi minyak kat exit seterunya Bukit Beruntung. Meneruskan perjalanan dan hanya sampai ke kenduri Abeng di SA pada pukul 4. Sesampai jer kat situ kami terus berjumpa dengan pengantin and suddenly saya ternampak satu keluarga yang saya kenali...ehh''Kak Yah, En Mail and family"Kak Yah adalah Timbalan Bendahari di UiTM Segamat dan En Mail adalah pensyarah. Rupa-rupanya Kak Yah adalah makcik saudara abeng. Ayah Abeng adalah abang Kak Yah (kalau tak salah dgr). Kenapa sebelum ni saya tak tau, sbb abeng masih igtkan saya di UiTM Jengka. dia lupa yang saya dah tukar ke UiTM Segamat. so dia tak citela. Tulah kadang2 datang ke kenduri ni ada baiknya. Semasa kami sampai ke rumah Abeng, sedia menanti kami adalah Meor, Loped, Jamie, Azmi dan Chemor. Journey saya dan juga Zaim tidak tamat di situ, kami masih meneruskan perjalanan ke Segamat kerana kami berdua bekerja di Segamat. Dia kat Petronas and saya di UiTM. Kali ini naik kete masing2. saya terus balik tapi Zaim balik ke rumah dia dulu di SA. Saya selamat sampai di rumah saya kat Batu Anam tepat pada pukul 7.50 malam. Walaupun perjalanan yang jauh namun ia tetap menjadi kenangan yang terindah buat kami semua. Ianya pasti di kenang terutama peristiwa mencari petrol station. Having a nice day wif all of you.. Love u all so much...can't wait for the next trip...

Wednesday, June 3, 2009

Ganti Kelas

Hari ni dah masuk hari ketiga menggantikan kelas che da. che da bercuti-cuti luar Malaysia selama seminggu. Disebabkan awal minggu intersesi, dia dah pun menggantikan kelas saya selama seminggu (saya terlibat ngan karnival sukan), kini giliran saya plak balas budi. Minggu depan gak saya akan menggantikan kelas saya sendiri kerana akan bercuti-cuti dalam Malaysia pada minggu seterusnya. So to my student, next week kita jumpa dua kali sehari selama tiga hari but then you all can "bercuti gak". Next week gak saya jangkakan silibus untuk subjek saya akan habis. Maknanya saya boleh bercuti dengan tenang skit.

Tuesday, June 2, 2009

Sekitar Karnival Staff

Hehe..Jangan percaya pada gambar. semata2 bergambar

Semasa perasmian
Disebabkan saya tak bawa kamera, so gambar2 tak dapat nak upload byk2. still waiting for other picture. especially gambar team saya..


Wednesday, May 27, 2009

Karnival Sukan Staff UiTM


Sepanjang minggu lepas (18 - 22 May) berlangsungnya karnival sukan staff UiTM di UiTM Terengganu. Saya main ape yeak? adalah..anyway memang seronok walau pun my team tak menang. It's ok. next karnival kite try lagi yeak. ape yang penting sepanjang karnival saya dapat mengenali lebih rapat lagi staff UiTM Johor especially non-academic staff yang sebelum ni memang jarang berjumpa. It's nice to know all of you. For those yang dapat medal tu , congratulation.



UiTM Terengganu agak luas jika dibandingkan ngan UiTM Johor. Yang best kat UiTM T'ganu kita akan nampak budaya naik basikal. boleh dikatakan setiap kolej kite akan nampak begitu byk basikal. student kat sana menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama mereka.

Wednesday, May 13, 2009

Selesai dan Bermula

Selesai sudah segala tugasan untuk semester ini. Dari start berkenalan, bagi silibus, mengajar ,bagi quiz, bagi test dan akhirnya final exam. Pagi tadi setelah menghantar analisis untuk subjek yang diajar maka tugasan telah siap sepenuhnya. alhamdulillah segala berjalan dengan lancar walaupun bukan sahaja mengajar tapi juga tugasan sebagai pelajar juga siap sepenuhnya. Tinggal nak tunggu result jer lagi.

Bermula minggu depan akan bermula plak intersesi, yang mana aku turut mengajar satu subjek. Untuk minggu pertama kelas aku akan diambil alih oleh che da sbb aku terlibat dengan karnival sukan staff di UiTM Terengganu. Insyallah minggu ke dua akan mula mengajar. Hope fully everything will be easy and smooth for this intersesi.

Monday, May 11, 2009

My first tag

Got my first tag from my cousin..

4 names that friends call U:
- Zarin (got this name when i'm in SERATAS. Since that, i prefer my frenz to call me with this name)
- ina (frenz before i went to SERATAS)
- hehe..rasanye takde yg ketiga dan keempat.

4 most important dates in your life:
- 21/04 (besday abah)
- 16/08 (besday mama)
- 02/04 (my besday)
-25 every month (gaji masuk hehe...)

4 things you've done in the last 30 minutes:
- Jumpa Kak Nosi (anta rowscore)
- Jumpa Nurul (amik beg)
- Update my teaching file, teaching portfolio and others file )
- main game (sbb dah ngantuk)

4 ways to be happy:
- gi jalan-jalan
- shopping
- be with my family
- tgk tv or movies

4 gifts you would like to receive:
- books ( i love to read)
- PS 3
- rasa cam nak tukar laptop jer..
- kamera cam cheda

4 of your favourite hobbies:
- reading of course ( i hav a collection of stories books)
- play PS 2 ( balik gombak jer dapat buat coz don't hav my own)
- blogging
- kumpul resepi and try it (tapi tak selalu sgt buat)

4 places you want to go for vacation:
- gold coast, australia
- disneyland
- eiffel tower
- dubai

4 things always found in your bag:
- handphone
- purse
- keys (car key & office key)
- perfume

Top 4 u love so much:
- mama
- abah
- mu siblings
- my frenz who alwiz support me and around me (u know who u are)

Top 4 things 'special' for you:
- my car
- my handphone
- my laptop
- gifts that i receive from my frenz and family.. i really appreciate it. thanks guys

Top 4 who you would like to answer this survey:
- dekya
- kak maz
- che da
- kak zura

tengkiu2 :-D hehehe

Tuesday, April 21, 2009

Selamat satu paper...

Hari ini telah berjaya menjawab soalan peperiksaan untuk subjek yang pertama. bermakna jugak beban yang terasa untuk sem ni tamat pada pukul 12 tgh hari. kenapa aku kata beban? sebab subjek inilah yang aku rasa menyeksakan jiwa raga. almaklumlah subjek membaca. untuk final jer ada 8 chapter untuk di baca + 6 journal. Dengan tawakalnye aku cuma baca satu jer journal yang berkesudahan journal tu tak kuar pun soalannya..nasib boleh pilih. dan alhamdulillah semua soalan yg aku spot kuar..hehe..Kepada Dato' yang mengajar MGT790 terima kasih walaupun tak berapa nak suka tapi inilah subjek yang banyak sangat effort diperlukan..hope Dato' boley bagi saya A..boley ker?

Keje masa meeting


Inilah hasil kerja time meeting akademik ari tu. memang suka sgt menconteng nama sendiri. sambil dengar pengarah berucap kat depan kite mencontengla kat minit mesyuarat yang diedarkan...

Wednesday, April 15, 2009

Final Exam

Minggu depan bermula final exam untuk UiTM seluruh Malaysia. Myself pun akan menghadapinya. My first paper is on 21 April follow by 24 & 25 April. First paper adalah yang paling susah . Susah in term of reading. This subject need me to read a lot. Text book and 6 journal (journal tu kuar satu jer sob..sob..). wish me luck ....

Tuesday, April 14, 2009

10 Years Gathering Seratasian 95-99










Akhirnya pada 11 April yang lalu bertempat di Bangi Golf Resort telah mengukir satu lagi memori indah. Selama lebih 10 tahun meninggalkan alam persekolahan, akhirnya kami batch 95 -99 Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) bertemu semula. Perancangan hampir sebulan akhirnya menjadi kenyataan. Kegembiraan bertemu semula rakan-rakan memang jelas terpancar di wajah masing-masing. Suasana riang apabila semua bertukar cerita masing-masing. Guys and girls i really miss our sweet memories at school. Hope to see u all in the next event.
*credit to Zai & Ayai for the Picture

Monday, February 16, 2009

Mengapa blog?

Hari ini adalah hari pertama saya menulis blog. Perasaan untuk adanya blog sendiri itu lahir apabila saya membaca blog dari kalangan teman-teman dan sepupu saya. Mereka inilah yang telah mencetuskan minat untuk saya turut menulis blog. Boleh dikatakan hampir setiap hari (walaupun sibuk ngan keje2) saya akan membaca blog teman-teman saya dan juga sepupu saya.