Selasa, 23 Februari 2010
ZAMBRY BOHONG!!! INI BUKTINYA...!!!
Rabu, 17 Februari 2010
SIAPA KATA KAUM CINA TAKUT DENGAN PAS???
Sebelum berangkat pulang diadakan pula sesi bergambar antara ADUN PR dengan pemuda dari kaum Cina.
Sabtu, 13 Februari 2010
Majlis AKAD NIKAH
Semalam bertarikh 12hb Februari 2010,sepasang bakal pengantin telah selamat diijabqabulkan oleh YB sendiri merangkap Naib Kadi Kawasan Pondok Tanjung.Nazirah Bt Kamarudin dengan pasangannya Mohd Al Israa B Saiful Bahari dinikahkan di Masjid Jamek Mat Din,Pondok Tanjung dengan mas kahwin sebanyak RM777 dan wang hantaran berjumlah RM7000.YB telah menjadi Naib Kadi sebelum bergelar wakil rakyat lagi.Bagi negeri Perak upah nikah adalah sebanyak RM115 yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Perak bahagian Undang-undang Keluarga.
Seperti biasa sebelum acara pernikahan,terlebih dahulu diadakan acara "Wakallah" yang bermaksud pengantin perempuan memohon izin dari bapanya@wali untuk dinikahkan dengan pasangannya.Setelah si bapa@wali mengizinkan pernikahan tersebut,kemudiannya si bapa@wali mewakilkan kepada naib kadi untuk menikahkan anaknya.Tetapi dibolehkan juga sekiranya si bapa@wali ingin menikahkan sendiri pasangan tersebut tetapi atas persetujuan naib kadi.Cara ini lebih afdal.
Perkara kedua adalah naib kadi perlu membacakan "Khutbah Nikah" kepada pengantin lelaki.Antara isi kandungan khutbah yang dibacakan adalah menurut firman Allah SWT,pernikahan digalakkan di dalam Islam bagi mengelakkan perbuatan zina.Selain itu,sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud pernikahan adalah sunnahku,sekiranya tidak melakukan pernikahan secara sah ia bukan dari umatku.
Kemudian,tibalah saat-saat yang paling mencemaskan dan mendebarkan bagi pengantin lelaki iaitu acara "Ijab" yang bermaksud lafaz yang disebut oleh naib kadi dan "Qabul" bermaksud lafaz terima yang disebut oleh pengantin lelaki.Ini merupakan acara kemuncak kerana di acara inilah bermacam kerenah pengantin lelaki yang dapat kita lihat.Ada yang tersasul,ada yang tergagap,ada yang berpeluh dan kadangkala ada mengucapkan "Qabul" sehingga berbelas kali.....
Dan Alhamdulillah,dengan sekali lafaz pengantin ini telah sah bergelar suami isteri.Dan doa terus dibacakan sebagai penutup untuk majlis pernikahan ini.
Sebelum berangkat pulang pengantin lelaki perlu membaca "Taklik" iaitu perjanjian antara si suami dengan si isteri.Selepas itu pengantin lelaki perlu menandatangani borang taklik serta sijil nikah sementara.Sijil nikah yang asli boleh diambil di Pejabat Agama dalam tempoh 2 minggu.Setelah semuanya selesai,YB mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai ini.
Khamis, 11 Februari 2010
PROGRAM GOTONG-ROYONG
TOLONG KAMI...
Rabu, 10 Februari 2010
MELAWAT DAN SAMPAIKAN SUMBANGAN
Isnin, 8 Februari 2010
PESANAN PENTING DS NIZAR KEPADA RAKYAT PERAK
Asalamualaikum dan salam sejahtera
Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak.
Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.
Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.
Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.
Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya.
Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!
Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.
Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)! Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak.
Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.
Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.
Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.
Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!
Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.
Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)! Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
Ahad, 7 Februari 2010
DOAKAN KEMENANGAN UNTUK DS NIZAR
.
Pada sebelah pagi semalam telah berlangsung satu aktiviti konvoi yang melibatkan YB-YB Pakatan Rakyat Perak,AJK dari parti PAS,DAP dan PKR serta para penyokong Pakatan Rakyat.Tujuan konvoi ini adalah untuk bertemu dengan rakyat Perak dan secara tidak langsung akan meneruskan desakan supaya DUN Perak dibubarkan.Sebuah bas menghala ke selatan Perak yang diketuai oleh saudara Amran Harun dan sebuah lagi ke utara Perak diketuai oleh YB Khalil Idham.Pelbagai tempat telah dirancang untuk para pemimpin PR ini bertemu dengan rakyat dan program kemuncak adalah ceramah kelompok.Turut sama dalam aktiviti konvoi ini adalah YB Ramli Tusin.Beliau turut menyampaikan ceramah di kawasan Kedai 4,di bawah Dun Titi Serong bersama-sama dengan YB Tai Sing Ng(Kuala
Sepetang).Kedua-dua YB ini membangkitkan kembali kisah rampasan kuasa yang dilakukan oleh Umno/BN.Bubar DUN patut dilaksanakan supaya kerajaan yang sah dapat ditubuhkan.Rampasan kuasa oleh Umno/BN itu adalah satu
kezaliman kerana mereka menggunakan pelbagai taktik kotor untuk merampas Perak dari Pakatan Rakyat.Sehubungan dengan itu,seluruh rakyat Perak doakanlah kemenangan akan berpihak kepada DS Nizar.Jika hal ini menjadi kenyataan,DS Nizar tidak akan teragak-agak untuk menghadap sultan untuk memohon pembubaran DUN.Apa pun DS Nizar perlu menang pada 9hb Februari ini.Ayuh rakyat Perak semua kita tentang kezaliman yang telah dilakukan oleh Umno/BN ini!!!!!Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar!!!!
Sabtu, 6 Februari 2010
HISHAMUDIN PATUT AMBIL TINDAKAN...!!!!
Khamis, 4 Februari 2010
LAGI MASALAH JALAN ROSAK....
SIAPA PUNYA KERJA NI...???
Selasa, 2 Februari 2010
JALAN SEMPIT AKIBAT PASAR PAGI
Setiap pagi Selasa akan ada satu pasar pagi di sekitar kawasan Masjid Al Rahmaniah,Semanggol.Kalau dah namanya pasar pagi,maka ramailah orang yang datang termasuk YB
sendiri membeli bahan-bahan kelengkapan dapur.Akan tetapi terdapat satu permasalahan yang sudah lama disebut-sebut oleh penduduk di sini kepada YB,iaitu mengenai keselamatan peniaga dan pembeli di pasar
ini.Oleh kerana terlalu banyak gerai maka makin sempitlah tapak pasar ini hingga gerai-gerai peniaga menghampiri garisan putih di tepi jalan besar.Menurut Mohd Yusof B Musa@Pak Teh Leman,70,keadaan ini sangat berbahaya apatah lagi bila kenderaan seperti lori dan bas melalui di kawasan
pasar ini.Jalan yang besar ini menjadi sempit apabila kenderaan ini saling berselisih.Risiko ini paling terdedah kepada pembeli yang leka membeli barang di gerai tepi jalan.Selain daripada itu,faktor lain yang menyebabkan jalan semakin sempit adalah disebabkan oleh kenderaan pembeli yang diletakkan dengan sewenangnya di tepi jalan ini.
Di sini ingin YB perjelaskan satu perkara mengenai tapak pasar pagi ini.Ketika di era Perak masih lagi diperintah Pakatan Rakyat dan ketika itu juga YB adalah salah seorang AJK Tindakan Dan Tanah Daerah,hal ini ada YB suarakan di dalam mesyuarat di hadapan Tuan Pegawai Daerah Kerian,En Ismail B Hassan.YB ada memberi cadangan supaya rumah lama penghulu(yang memang sudah usang),balai penghulu lama dan kawasan semak di sekitarnya dibersihkan dan diratakan supaya tapak pasar tersebut boleh diubah kesitu.Ini adalah kerana sudah ada tempat baru untuk dijadikan Pejabat Penghulu,rumah Penghulu dan dewan orang ramai.Jadi apa salahnya jika dilaksanakan idea YB
tersebut.Lokasi cadangan YB telah diserahkan oleh Tuan Pegawai Daerah kepada pihak JKR untuk diselidik dan dibuat penilaian.Akan tetapi sejak berlakunya rampasan kuasa yang zalim hinggalah ke hari ini,masih tiada jawapan dari pihak yang berkaitan.Diterima atau tidak YB tidak tahu,Pusat Khidmat juga tidak menerima apa-apa respon.Jadi YB sangat-sangat berharap pihak yang terlibat tidak kiralah dari jabatan apa sekalipun sama-sama menangani masalah ini kerana ia melibatkan nyawa penduduk.Jangan disebut tiada peruntukan kerana bajet 2010 sudah diluluskan,jadi tiada masalah dari kewangan.Jangan diturap jalan yang masih elok sudahlah...Utamakan rakyat!!!
Di sini ingin YB perjelaskan satu perkara mengenai tapak pasar pagi ini.Ketika di era Perak masih lagi diperintah Pakatan Rakyat dan ketika itu juga YB adalah salah seorang AJK Tindakan Dan Tanah Daerah,hal ini ada YB suarakan di dalam mesyuarat di hadapan Tuan Pegawai Daerah Kerian,En Ismail B Hassan.YB ada memberi cadangan supaya rumah lama penghulu(yang memang sudah usang),balai penghulu lama dan kawasan semak di sekitarnya dibersihkan dan diratakan supaya tapak pasar tersebut boleh diubah kesitu.Ini adalah kerana sudah ada tempat baru untuk dijadikan Pejabat Penghulu,rumah Penghulu dan dewan orang ramai.Jadi apa salahnya jika dilaksanakan idea YB
Langgan:
Catatan (Atom)