Suasana yang berlaku pada malam tersebut seakan-akan suatu yang ‘luar biasa’. Walaupun Markas Tarbiyyah PAS kawasan Bagan Serai sering melaksanakan aktiviti taklimat penerangan dan ceramah khususnya dengan menjemput beberapa nama besar pimpinan politik Pusat, akan tetapi ‘aura Nizar’ telah menyelubungi markas tersebut bila mana kehadiran ahli-ahli, penyokong-penyokong PAS dan rakyat dari serata pelusuk kampung dan tebuk (istilah penempatan yang sinonim di daerah Kerian)adalah di luar dugaan. Bagi petugas-petugas Unit Amal Bagan Serai dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) seperti tidak menang tangan untuk mengawal pergerakan lalulintas kerana kenderaan yang diletakkan di bahu-bahu jalan bersusun (di kiri dan kanan jalan) sejauh satu kilometer.

Beberapa pekara yang menarik dalam penerangan beliau ialah berkenaan tindakan Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah yang menyembunyikan diri di sebuah pulau di negeri Perak dengan tidak mencukur jambang dan misai sebagai tanda protes perlantikan Ghazali Jawi sebagai MB perak pada masa itu. Beliau juga menerangkan kepada hadirin pada ketika bertemu paduka Seri Sultan Azlan Shah beliau meminta paduka Seri Tuanku merujuk kata-kata tuanku dalam buku “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” dalam mewujudkan sebuah kerajaan yang efektif. (Rujuk:http://perakdaily.com/index.php?s=catatan+nizar)
Satu lagi penjelasan yang diberikan ialah tindakan rombongan Dr.Zambry KUDETA untuk mendapatkan khidmat Queen Council (peguam Diraja Institusi Diraja England) dalam mencari jalan bagaimanakah cara memenangi krisis perlembagaan di negeri Perak. Sama ada benar atau tidak proses untuk mendapatkan peguam dari ini dilakukan, KUDETA telah lupa atau sengaja melupakan siapakah yang membawa masuk Yahudi ke bumi Palestin. Atau mungkin kerana mereka tidak yakin dengan kemampuan peguam melayu yang ada dibelakang mereka (tidak termasuk hakim) untuk

Pun begitu bagi penduduk Bagan Serai amat pahit untuk ditelan keadaan ini kerana individu yang melalak menyuruh para wartawan keluar semasa sidang akhbar dan menimbulkan permasalahan pada saat-saat getir, berasal dari Telok Medan Bagan Serai. (lebih kurang 500 meter dari Markas PAS kawasan Bagan Serai). Malu bukan kepalang bila anak tempatan membuat onar.
Banyak lagi perkara yang dijelaskan seperti siapakah yang menghapuskan tulisan jawi?siapakah yang menafikan hak 22 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri Perak dan banyak lagi. Masa seakan begitu singkat untuk mendengar penerangan beliau. Akan tetapi kepada penduduk Bagan Serai penjelasan isu ‘Durhaka’ sudah cukup menenangkan hati. Sudah terjawab punca angkara dan gerangan siapakah yang mengeksploitasi keadaan dan kemelut yang terjadi di Perak selama ini.
Jadi jawapan kepada ketiga-tiga persoalan siapakah itu tadi semuanya berpunca daripada UMNO.