Friday, December 30, 2011

Rainbow cake untuk Aina & Arisya..ode dari Ina

Alhamdulillah siapkan malam tadi n selamat dihantar kepada member lamaku Ina yang ode untuk anak-2 sedara kesayangannya. Semoga mereka mengingati kasih Ina ke akhir hayat. Tq Ina.
 


23/12/11-Kek Angry Bird untuk Ainul Mardhiah

Advance birthday cake untuk Ainul yg besdaynya harini 30/12/2011...selamat hari lahir yang ke setahun. Masak kek di Meru n malam tu sampai Melaka siapkan hiasannya....



23/12/11-Kek karamel pelangi..ode dari kakakku

Harini ni 30/12/2011, kalau sempat dia suruh adiknya ini buatkan lagi...

23/12/11-Ode dari Puan Zaryna

Ode dari Puan Zaryna, untuk makan-2 katanya...Tq Za.
Sori kualiti gambar kurang bagus.

23/12/11-Ode dari member Puan Nurul IzzaT

Tq kepada Izza n kawannya itu...

Friday, December 16, 2011

Cikgu Mahfuzah ode lagi

Alhamdulillah, dapat ode lagi dari Cikgu Mahfuzah aka Uja. Tq ye, dulu Uja ode RV, kalini dia teringin nak cuba choc moist cake.

Tqvvm, harap menyukainya..kek ini beratnya hampir 1.5 kg tidak termasuk choc cair.


Kek besday Muhammad Hazim Hakimi..ode kedua dari Puan Noor Haiza

Ode kedua dari Puan Noor Haiza, isteri member seofisku. Tq Izah untuk besday anak ketiganya. Semoga berpuashati dan kepada besday boy, semoga membesar sebagai anak yang sihat dan cemerlang.

Thursday, December 15, 2011

Kek coklat moist..ode dari iparku, Mazian

Assalamualaikum semua. Semoga sihat dan sentiasa diberi keberkatan di dalam hidup kita ini. Amin.

Sepatutnya n3 ni buat masa hari Ahad lepas, lupa nak ambil gambar. Kek yang sama ku buat atas permintaan adik ipar sebelah suamiku, Mazian, yang dok kat Taman Tasik Kesuma, Semenyih. Menghantar odenya semasa mengambil kedua-2 anakandanya untuk ikut kami sekeluarga balik ke Melaka. Thanks Yan. Harga..? Harga adik beradik.

Sunday, December 11, 2011

Rainbow cake untuk tunang tersayang..


Ode dari Nur Zakiah khas untuk tunang tersayang. Tq Zakiah sudi ode n pepagi dah sampai dari Subang.

Tq juga sudi mms gambar kek selepas dipotong...

Ode dari iparku, Suhaila


Ode dari iparku Suhaila yang kini ada kat Melaka. Teringin nak hiburkan hati anak-2nya yang baru baik dari demam yang melanda semua orang kat rumah emakku. Nanti kak ngah bawa balik ye..

Kek karot ode dari Puan Nik Nadimah

Tq Cikgu Nik, Nik ode kek karot 1/2 adunan. Tq ye, harap memuaskan hati.

Ode dari Puan Nurul Izza..


Tq Izza selalu support biz kecil akak. Izza ode 50 bj cream puff n 50 bj baby fruit tart.

Kek Ben 10 untuk AQIL..ode dari Mama Lin


Alhamdulillah dapat siapkan ode dari Lin untuk besday anakandanya Aqil. Tq Lin, rakan sebangunanku. Aqil..semoga jadi anak yang cemerlang dunia & akhirat n selamat makan ngan kengkawan kat sekolah ye..

Friday, December 2, 2011

Kek coklat moist..ode dari Cikgu Yana

Ode mengejut dari Puan Yana masa tengah melepak-2 fesbuk. Ini merupakan ode keduanya. Alhamdulillah siap dan telah diambil pada jam 9.50 malam yang baru berlalu. Yana n keluarga nak balik ke kampung keluarga suaminya..semoga selamat sampai. Tq ode ngan akak lagi, harap memuaskan hati..

Thursday, December 1, 2011

Kek cawan coklat lembap..ode dari Norizah




Alhamdulillah telah selamat menyiapkan 200 bj moist choc cuppies untuk doorgift pernikahan. Harap Izah berpuashati.

Selamat dihantar pagi tadi ke Seksyen 7, Shah Alam. Tq Izah, selamat pengantin baru..Izah akan bernikah di masjid Negeri Malam ini.

Tahniah dan semoga kekal bahagia bersama selamanya.

Wednesday, November 30, 2011

Choc moist cake..ode dari Puan Noor Haiza


Ode dari isteri tercinta n buat kejutan kat ofis dengan bantuan rakan-2 sekerja. Tq Iza. Iza siap masak laksa n jamu kami kat ofis..

Monday, November 28, 2011

Ode dari Puan Izza lagi...



Alhamdulillah baru sebentar diambil oleh suami Puan Izza. Tq Izza selalu ode ngan akak..bg harga istimewa sikit. Harap puashati.

Saturday, November 26, 2011

Kek karamel pelangi n kek coklat lembap..ode dari iparku, Anis


Masih ada dalam freezer lagi. Ode dari adik iparku, Anis untuk makan-2 sempena majlis pertunangan adiknya esok di Raub, Pahang. Tq Anis..

Kek Red Velvet untuk Cikgu Liza lagi...

Tq Liza, sudi ode lagi ngan akak. Liza minta buatkan rumput tapi tak jadi sebab adunan cream cheese terlalu lembut. Selamat dihantar malam tadi.

Friday, November 25, 2011

RV untuk birthday girl, Puan Nor


Tq Puan Nor sudi ode dengan akak. Selamat diambil tengahari tadi.

Angry bird untuk Irhan..ode dari Puan Fariza


Tq Fariza ex ofsmet sudi ode ngan akak..ini aje yang termampu dibuat. Asalnya nak buat macam rumput, rumputnya tak mahu tegak..aduss. Ini sahaja yang dapat disempurnakan untuk birthday adik Irhan, Little Caliph, Platinum. Harap anak-2 suka. Irha satu tadika ngan puteriku.

RV dan cuppies...ode dari Puan Norlida




Alhamdulillah selamat disiapkan sebelum jam 6 petang 23/11/2011 yang lalu. Ode RV 3kg n 200 cuppies untuk majlis makan malam Kelab Penolong Pendaftar UiTM. Tq atas kepercayaan yang telah diberikan.

Sudahnya kelam kabut terlupa nak ambil gambar kek untuk Puan Kintan..maaf ye kak, harap puashati. Kek Red Velvet dengan gambar edible Princess.

Red velvet untuk Cikgu Mahfuzah


Tq Cikgu Mahfuzah a.k.a Uja sudi ode ngan akak.

Sunday, November 20, 2011

Red velvet cake untuk Aidah


Ode dari Aidah, Seksyen 7 Shah Alam...tq Aidah.

Saturday, November 19, 2011

Blueberry cheese tart untuk doorgift/cenderahati..ode dari iparku, Mazian




Alhamdulillah ode 100 bj blueberry cheese tart untuk majlis cukur jambul anakanda barunya, Muhammad Zikry dan majlis khatam Al Quran anak sulungnya, Muhammad Zaem, 10 tahun. Tq Yan..terlupa rupanya disekalikan dengan majlis perkahwinan adik iparnya. Maka kenyang sudah perut kami ketika ini, dijamu makan selepas solat maghrib.

Wednesday, November 16, 2011

RV untuk Cikgu Juhaida SMKRP

Cikgu Juhaida nak cheesenya banyak, kuadunkan cheesenya hampir 500g. Berat kek mencapai1.7kg ++. Harap memuaskan hati beliau yang nak makan-2 dengan kengkawan.

Monday, November 14, 2011

Apam dot-2..ode dari Cikgu Suhaila



Ode dari Cikgu Suhaila untuk makan-2 di sekolah anaknya. Seawal 6.50 pagi suami bawa sekali bersama anak-2 ke sekolah n hantar ode darinya. Tq Su...

Friday, November 11, 2011

RV untuk Dr Zahrah..dari BAM





Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik untuk menyiapkan ode dari BAM ini. Khas untuk besday boss mereka Dr Zahrah.

Kek ini seberat 3kg bersaiz 14" x 10". Alhamdulillah muat juga papan kek ni masuk dlm freezer.

Alhamdulillah juga selamat menghantar kek pagi td sebelum majlis bermula. Semoga puashati dengan rasa dan hasil kerja akk ini. n tq kerana sudi ode lagi.