Thursday, June 28, 2012

SIFAT LUPA DIRI




Sifat berbahaya yang boleh memudaratkan manusia dalam kehidupannya. Hakikat ini diperkuatkan dengan firman Allah: 
1- kisah penderhakaan iblis kepada Allah kerana sifat lupa diri menguasai dirinya sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis, dia berasal daripada golongan jin dan menderhaka terhadap perintah Tuhannya.” – (Surah al-Kahfi, ayat 50)
 2- Begitu juga kisah Firaun bersama pengikutnya yang menentang seruan dibawa Nabi Musa adalah kerana lupa diri sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Masuklah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tiada cacat; dan kepitlah tanganmu di celah ketiakmu ketika berasa takut (nescaya hilanglah takutmu). Yang demikian itu adalah dua bukti daripada Tuhanmu (untuk kamu menunjukkan) kepada Firaun dan kaumnya. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik-derhaka.” – (Surah al-Qasas, ayat 32) 
3- Syeikh Raghib al-Asfahani mendefinisikan fasik(lupa diri) sebagai keluar daripada landasan syariat atau agama, mereka menolak untuk mentaatinya dan seterusnya mengingkari sama ada sebahagian mahupun keseluruhan hukum itu. Oleh itu, Allah memberi peringatan kepada orang Islam agar jangan sekali-kali lupa diri di mana Allah menyifatkan mereka sebagai orang fasik iaitu orang yang suka berbuat dosa dan kejahatan serta durhaka kepada Allah. Dalam hal ini, Allah berfirman dalam surah al-Hasyr, ayat 19 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang yang fasik lagi derhaka.” 
 Contoh jadual muhasabah diri : 
 * BACA AL-QURAN
 * SEDEKAH 
 * ZIARAH ORAG TUA 
 * ZIARAH KAWAN 
 * ZIARAH ORANG SAKIT
 * HADIRI KELAS AGAMA 
 * BACA BUKU HAL2 AGAMA
 * TUTUP AURAT 
 * BERTANYA TENTANG AGAMA 
 * BERFIKIR TENTANG DIRI & AGAMA 

 Jadual di atas sebagai contoh untuk mengukur kita dengan aktiviti-aktiviti ibadah adakah ia dilaksanakan dengan betul atau tidak? Persoalan-persoalan diri : - Siapakah saya ? - Tiap-tiap hari makan dan minum, siapa bagi? - Tiap-tiap saat saya bernafas, siapa yang buatkan? - Rezeki yang saya dapat , adakah saya bersyukur? - Kalau ALLAH ada, siapa saya sebenarnya? - Gaji tiap-tiap bulan, saya belanja dengan baik atau tidak? Sekiranya kita selalu mempesoalkan apa yang kita dapat, tentu manusia menjadi hamba yang taat dan patuh kepada segala arahan dan larangan ALLAH.

Saturday, July 17, 2010

Hukum MLM

HUKUM MLM : JAKIM MENJAWAB
Nama :mohd jamli (mohdjamli@tv3.com.my)
Assalamualaikum

Saya ingin bertanya berkenaan trend skim cepat kaya internet seperti em-pay, swiss cash dan lain-lain.Apakah hukumnya dari segi syariah?
Kenapa tidak diwar-warkan di media massa oleh pihak JAKIM sekiranya perkara itu adalah haram bagi umat islam menyertainya.

Terima kasih.
Secara umum Multi Level Marketing adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah Upline (tingkat atas) dan downline (tingkat bawah), orang akan disebut Upline jika mempunyai Downline.

Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat vertikal atas bawah mahupun horizontal kiri kanan ataupun gabungan antara keduanya.

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian.

Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah brokerage sebagaimana didakwa.

Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai.

Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya.

Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan.

Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

1. Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

2. Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

3. Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka..

Thursday, April 22, 2010

Perkara-perkara Menjelang Kiamat

1- Penaklukan Baitulmuqaddis.
2- Zina bermaharajalela.
3- Bermaharajalela alat muzik.
4- Menghias masjid dan membanggakannya.
5- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan
tetangga tidak baik.
6- Ramai orang soleh meninggal dunia.
7- Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
8- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja.
9- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
10- Bulan sabit kelihatan besar.
11- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
12- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
13- Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

Saturday, April 3, 2010

Kelas Muhammad Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki


Isnin, 2010 Mac 29
Jadual Penuh Tafaqquh Fiddin Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. - Rabi'ulakhir 1431/April 2010
عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر



Jadual Program Tafaqquh Fiddin Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki - April 2010M/Rabi'ulakhir 1431H

Tarikh: 24 Rabi'ulakhir 1431/9 April 2010 (Jum'at)
Masa: Pagi - Malam
Lokasi: Segamat, Johor (tempat akan diberitahu apabila al-Fagir mendapat kepastian)


Tarikh: 25 Rabi'ulakhir 1431/10 April 2010 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - Asar
Lokasi: Surau ash-Shobirin, Taman Tunku Jaafar, N9
Kitab: Minhaj ath-Tholibin

Masa: Maghrib
Lokasi: Surau al-Amin, Taman Cempaka Fasa 2, Senawang, N9

Tarikh: 26 Rabi'ulakhir 1431/11 April 2010 (Ahad)
Masa:9.30 pagi
Lokasi: Pondok Baitul Qurra, Sungai Udang, Melaka

Masa: Maghrib
Lokasi: Masjid Sendeng, Ampangan

Tarikh: 27 Rabi'ulakhir 1431/12 April 2010 (Isnin) - 29 Rabi'ulakhir 1431/14 April 2010 (Rabu)
Lokasi: Kuantan, Pahang

Pada 28 Rabi'ulakhir 1431/13 April (Selasa) dan 29 Rabi'ulakhir 1431/14 April 2010 (Rabu) - sila program sepertimana disini

Tarikh: 29 Rabi'ulakhir 1431/14 April 2010 (Rabu)
Masa:Maghrib
Lokasi: Surau al-Anshar, Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor. (Sebarang kemusykilan sila hubungi :Sdr. Khairul 019-2859786 atau Sdr. Abuhajar 016-6471744)

* Jadual ini akan di update sekiranya terdapat sebarang perubahan. Terimakasih. - al-Fagir Abu Zahrah





Dicatat oleh al-fagir abu zahrah di 18:20
Label: Syaikh Nuruddin

Saturday, March 20, 2010

Amalan umat akhir zaman

15 Perkara Penyebab BALA :

1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)

5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah

12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)

Sunday, February 28, 2010

Kejahilan yang tidak disedari

Orang Melayu terkenal dengan anutan agama Islam, secara rengkas sekiranya kaum lain seperti kaum India atau Cina hendak memeluk Isam kena tukar nama Melayu.Kalu difikirkan kaum Melayu masyhur dengan pegangan agama mereka akan tetapi sekarang...cuba lihat mengapa kaum yang paling jahil dengan agama adalah kaum melayu?
Mungkin : 1- Pendidikan Islam tidak dititikberatkan dari setiap bidang kehidupan spt agama dipelajari oleh golongan yang berpendidikan agama sahaja sedangkan tanggungjawab(taklif) adalah fardhu setiap mukmin.
2- Agama tidak dipelajari secara global hanya dipelajari untuk asas-asas terpilih mengikut acuan pemerintahan.
3- kehidupan keduniaan sudah menguasai dalam kehidupan mukmin sehingga agama digunakan sebagai bau loncatan untuk mencari kemewahan dan kemasyhuran yang sementara.
4- Peribadi dan akhlak sama ada zahir dan batin tidak diamalkan.
5- Tidak takut lagi ancaman-ancaman ALLAH kerana malas belajar dan malas beramal.
6- Amalan sunnah Rasulullah S.A.W ditinggalkan dan diangap perkara remeh.