Monday, April 8, 2013

Kisah Akad Nikah

Salam,

Tadi masa tengah browsing internet, tetiba tergerak hati nak tengok blog ni yang lama di-abandon
Oleh sebab dah bukak blog, dapat la tengok blog kawan-kawan yang lain
Salah satu dari yang banyak-banyak tu, ternampak dan terbukak la blog Cik Asma' Noor (or rather, NazlanAsma' now)
Latest post dia adalah tentang pernikahan dan persandingan dia yang berlangsung 2-3 bulan lepas.
Cik Asma', kalau anda baca post ni, Tahniah!
Jodoh kau datang lagi cepat dari aku.

Cakap pasal jodoh ni, lain orang lain la waktu jodohnya datang.
Jodoh Asma' dan beberapa orang kawan-kawan aku datang agak awal
Buat masa ni, ada beberapa rakan-rakan (sebaya dan bukan) samada dah tunang, kahwin, atau mengandung.
Umur aku takla tua tapi dalam komuniti Melayu, umur aku dianggap umur yang sesuai untuk kahwin
(Western cultures usually considers my age as quite young to start a family. Just an observation, not a fact.)
Aku pasti, kalau aku balik Malaysia dan ada family reunion atau event, soalan pasal perkahwinan yang akan paling kerap ditanya
Sekali dua, boleh la jawab dengan senyuman.
10 kali ditanya? *rolls eyes*
Memang mereka yang bertanya tak berniat nak sakitkan hati atau letak pressure, tapi benda tu menjadi agak tiring and annoying pada satu tahap.
Hakikatnya, tak kisah la seseorang itu belum berkahwin atas sebab pilihan sendiri atau jodoh belum sampai, atau sebab-sebab yang lain, soalan-soalan tu tak perlu la ditanya
Aku faham keperluan keluarga untuk catch up dengan kehidupan seseorang, tapi kalau sampai buat orang tu tak selesa? Not cool. Not cool at all
Bila orang tu tak selesa setiap kali menghadiri family reunion, silap haribulan oleh sebab dia malas nak jawab soalan-soalan tu, terus dia taknak menghadiri acara tersebut
Lama-lama boleh terputus hubungan sebab dia dah malas dan penat nak catch-up dengan family
Konsep jodoh bukanlah applicable kepada orang yang dah berkahwin je.

Anyhoo, I digressed.
The actual thing that I wanted to talk about was the 'akad nikah'
Kita biasa dengar di Malaysia, bahawa untuk akad nikah itu sah, si pengantin lelaki mestilah melafazkan akad terima nikah itu dalam satu nafas tanpa berhenti mahupun teragak-agak, bukan begitu?
Ni aku nak cerita something pasal akad nikah.
Aku berpeluang menghadiri majlis pernikahan seseorang di sini (Australia) tahun lepas.
Pengantin lelaki bukanlah seseorang yang boleh bercakap Melayu maka upacara pernikahan dijalankan dalam campuran Bahasa Inggeris (BI) dan sedikit bahasa Arab.
Nak tau macam mana upacara tu dijalankan?
Sambil menyalam tangan Pengantin Lelaki, Si Imam mengucapkan akad nikah dalam BI.
Akad tu sikit lebih kurang la macam yang kat Malaysia.
Yang berbeza adalah cara penerimaan akad nikah.
Si Pengantin Lelaki hanya mengucapkan satu perkataan Arab (maaf, tak ingat perkataan tu) yang kalau tak silap membawa maksud "Saya Terima".
Tak payah panjang-panjang ayat "Aku terima nikahnya etc..." atau dalam BI "I hereby accept etc...".
Dan nikahnya sah je pun.

Aku bukanlah pakar dalam bab-bab agama ni, dan aku faham yang pihak berkuasa agama adalah berbeza-beza antara tempat, tapi perlukah syarat - yang aku rasa menyusahkan - di-impose sedangkan cara yang lebih mudah ada dan mengikut Syarak?
Mungkin akan ada yang tak setuju dan mengatakan, "Memang la boleh buat macam tu...pengantin lelaki tu tak boleh cakap Arab dan tak berapa nak reti sebut nama Melayu so kena lah buat macam tu."
See my point of argument above. Why can't we just make it easier for all those poor Muslim guys in Malaysia?
Ya, aku faham mungkin di Malaysia perlu buat begitu untuk reinforce nama pengantin, kot-kot la ada orang tersalah pengantin.
But come on! Is that plausible enough? Will there be a bride-swap or something during the ceremony?
Tukang Nikah dah sebut pun nama pengantin lelaki dan nama pengantin perempuan masa dia jabat tangan pengantin lelaki, jadi kalau tetiba ade swap pun, masa tu dah boleh betulkan.
(on a sidenote, what even is a 'nama Melayu?' If you ask me, there is no such thing as nama Melayu, Arab, Omputih etc. Names are only names. If it has a good meaning, it is a good name and it doesn't matter in what language it comes from.)

So yeah, that's about it.
Kalau ada cara yang mudah dan mengikut Syarak mahupun mana-mana undang-undang, kenapa tak pilih je yang tu?