Tuesday, June 30, 2009

oops! the link seems to be broken

Tau kapasiti tak cukup
Buat apa buat secara online
Pastu link jadi broken
Sebab tak dapat nak tampung
Pastu aku nak ubah tak boleh
Nanti aku tak dapat apa yang patut aku dapat camne?
Tu tak masuk lagi orang2 yang belum sampai giliran diorang lagi
Ish la
Kalau tak ready takyah buat
Ni nak gak buat
Bengang tul la aku
Tak pasal2 aku dapat dosa free
Sebab tak dapat tahan sabar
Pastu bebel sorang2 kat blog

How To Save A Life

Salam

Tadi dalam kereta masa balik dari beli dinner, ntah sebab ape Fly FM pasang lagu How To Save A Life-The Fray. Sampai kat chorus, terus teringat kat sorang kawan time matriks dulu. Aku pun tak pasti apa kaitan lagu ni dengan member tu tapi yang aku tau memang ada kaitan dengan member tu. Maybe sebab lagu ni adalah lagu yang tengah play masa aku tengah lepak kat cube dia. Aku selalu lepak kat cube dia dulu, bercerita all sorts of things. Aku rasa lagu ni tengah play masa kitorang tengah borak pasal benda yang ada kaitan dengan lagu ni. Maybe sebab tu aku ingat kot.

Neway, aku citer ni sebab aku baru sedar yang banyak lagu yang berkait rapat dengan stages dalam hidup aku. Kadang2, lagu tu akan mengingatkan aku kat kenangan yang best dan kadang2 pulak lagu tu akan buat aku ingat kat something yang aku prefer untuk lupakan. Contohnya, lagu No One-Alicia Keys tu best dan asalnya aku suka tapi bila lagu tu buatkan aku ingat kat manusia yang tak layak dapat privillege untuk diingati oleh aku, maka aku macam tak berapa nak selesa kalau lagu tu dimainkan kat mana2. Lagu Kiss Me Through The Phone-Soulja Boy pulak buat aku ingat kat sorang, erm member gak r, tapi sebab bila ingat pasal dia mesti ingat satu, err revelation kot, pasal dia yang aku susah nak terima so aku kalau boleh taknak dengar lagu ni.

Ada gak la lagu2 yang buat aku teringat kenangan yang manis, lucu dan sebagainya (dan orang2 yang wujud dalam kenangan tu). Macam lagu Pelangi Petang-Sudirman. Bila lagu ni je aku mesti ingat kat cik cerimanis sebab ada skali tu aku dengan dia nyanyi lagu ni sama2. Aku tak ingat katne dan kenapa tapi seingat aku kitorang siap discuss lagi pasal lagu ni. Salah satu lagu Jesse McCartney (aku tak ingat yang mana satu, Leavin' @ How Do You Sleep?) plak ingatkan aku kat kapten sofbol kesayangan aku sebab lagu ni kat radio masa dia buatkan air coklat untuk aku. Masa tu kitorang rehat jap dari friendly dengan Uni2 lain. Time tu lunch break tapi aku dengan dia makan biskut dengan air coklat je sebab dining hall tak bukak lagi. Lagu Hatin' On The Club-Rihanna plak ingatkan aku kat dua coursemate aku yang kene teman aku cari boots. Sorang tu bukan setakat teman, dia jadi macam driver plak sebab aku tumpang kereta dia. Dia siap bawak aku dengan yang lagi sorang balik rumah untuk lunch. Dah la hari tu, hari ade klas. Nasib baik member tu baik. Lagu ni play kat radio masa kitorang on the way dari rumah dia ke The Curve.

Banyak lagi lagu yang ingatkan aku kat sejarah lampau aku (cheh,sejarah sangat la kan) tapi takkan aku nak citer sume kat sini. Point aku sebenarnya simple je; muzik dan lagu berkait rapat dengan hidup kita. Aku percaya sume orang pun ade lagu2 yang ada kenangan, buruk atau manis, dalam hidup diorang. Korang yang baca post ni pun macam tu gak.

p/s:aku saje je letak tajuk tu camtu (sebenarnya taktau nak letak tajuk ape)

Sunday, June 28, 2009

...

Ish, tercabar betul aku
Raja Azmi nak buat filem
Filem tu nnti tajuknya Dot dot dot Dalam Botol (... Dalam Botol)
Filem dah la pasal maknyah dengan gay
Macam la takde tajuk lain yang boleh guna
haish.........

Thursday, June 25, 2009

Owh, saya suke!

Ini adalah petikan2 daripada presentation IP pagi tadi yang aku ingat.

petikan pertama:
lecturer: do i have a partner?
student: (dengan nada yang konfiden) yes, you do.
lecturer:oh,really?
student:yeah, bla bla bla (x ingat apa dia cakap sebab time ni aku tengah struggle nak tahan gelak sebab lecturer tu sepatutnya jadi client tapi dia boleh tanya soklan camtu)

petikan kedua:
lecturer: this seems too good too be true

petikan ketiga:
lecturer: how can u compare your site with the other two site?......they are not of the same class..........it is very obvious from the picture that it can't be compared........
student:.......................

petikan keempat:
student:.........Klang and Sepeng.......(sepeng tu sebenarnya sepang tapi sebab Klang kan bunyinya 'kleng' kalau disebut dalam BI maka student ni tersasul Sepang jadi 'sepeng')

petikan kelima:
lecturer: how can i know that it is more profitable to invest in this project than just leave that same amount of money in the bank (fixed deposit)? what's the yield?
student:.....................

petikan keenam:
student: it looks luxury, it seems luxury, but it's not luxury......................it's affordable

petikan ketujuh:
1st student:bla bla bla (until her part is done)
lecturer: *grins*
2nd student: blablabla (until her part is done too)
leturer: *still grinning*
(the situation continues until all members of that group finishes their part....how psycho is that?a lecturer that just grins throughout your presentation?)


Alhamdulillah, tamatlah sudah semester khas aku dengan tamatnya presentation siang tadi. Lega sebab lecturer2 tak psycho sangat dengan group kitorang (but this doesn't mean that they're satisfied with our presentation, rite?). Aku dah cuak tahap petala kelapan masa sebelum present, especially aku ni managing director *ehem,ehem*. Cuak kalau aku dipersalahkan kalau jadi apa2 (*******, nak kene cubit ni...*grins*). Dah la giliran last skali (ironi, sebab group aku adalah Group 1). Tapi nasib baik presentation berjalan dengan lancar walaupun aku macam tergagap-gagap (aku jenis darah gemuruh, kadang2 rasa nak muntah sebab nervous sangat). Groupmates aku pun dah buat sebaik yang mereka boleh. No complains now but we'll see after the grades are out.

Tuesday, June 23, 2009

Kamu Yang Empunya Diri Tahu Siapa Yang Saya Maksudkan

Salam



A few months back, i wrote an entry about my blog followers. Pastu, dalam salah satu komen, ada sorang kawan aku yang mengaku dia gak follower aku, tapi secara private. Bila follow secara private, aku tak dapat nak tau dia adalah follower aku so aku tak tulis la pasal dia. Oleh sebab dia adalah seorang yang istimewa bagi aku (tolong jangan salah faham ye), maka aku sort of janji nak tulis satu entry khas untuk dia. Maka, ini adalah post yang aku janji kat dia. Maybe dia takkan baca pun entry ni sebab sekarang ni dia macam sangat bizi tapi macam biasa la, apa aku kisah kan. So, here it goes.



Aku kenal dia masa matriks. Kalau nak suruh citer camne aku dengan dia boleh jadi kawan, aku memang tak boleh citer sebab aku pun taktau camne. Things just happens. Tapi yang aku ingat, aku mula rapat dengan dia lepas kitorang sama2 join sukoma. Dia main netball, aku main basketball. Aku tak sama kelas mau pun sama dorm dengan dia tapi sama2 sains fizikal. To me, she's my first true best friend.



Aku selalu lepak kat dorm, atau nak lebih exact lagi, cube dia. Aku dan dia mempunyai satu perasaan yang sama terhadap kolej matriks tu iaitu tak suka dan tak sabar nak blah dari kolej tu. Topik feveret kitorang adalah mengutuk kolej dan manusia2 didalamnya (ok aku tipu, bukan topik feveret tapi kitorang memang selalu kutuk kolej tu). Kitorang adalah antara manusia yang susah nak fit in kat tempat tu. There was some sort of stereotyping and typicalisation by the majority population of the college and we were few of the 'victims'. Memang sume member rapat aku kat matriks adalah manusia2 yang mempunyai masalah yang sama.


Aku dan dia gak suka borak pasal fakta2 dan juga hakikat hidup ni. How life's funny, how it is full of irony and so on. Dia la tempat aku whine,rant, and curse kalau ada something yang buat aku tak puas hati. Dia jadi tempat aku lepas geram kalau aku tengah bengang dengan manusia lain. Dia akan korbankan tangan dia untuk aku. Aku akan squezee tangan dia sekuat2nya sampai aku lega. Dia la orang yang aku cari masa aku tengah stress tahap petala kelapan. Kat dia gak la aku menangis bila aku dah tak tahan dengan stress tu (mind you,aku jarang nangis ok).

Aku dengan dia boleh click so well sebab kitorang mempunyai cara berfikir yang sama. Apa yang kitorang rasa amusing, orang lain akan rasa biasa. Apa yang kitorang faham, orang lain susah nak faham. Tapi aku belajar banyak benda dari dia. Aku belajar dari dia nilai satu persahabatan, dan bagaimana nak jadi seorang sahabat yang layak untuk dihargai. Dia sangat menghargai sahabat2nya (if orang tu tak cari pasal dengan dia la). Dari dia gak la aku belajar supaya tak tengok things from one perspective only.

Satu benda aku suka pasal dia adalah dia tak pernah discriminate atau judge orang lain easily. Bila orang tu dah cari pasal dengan dia baru dia betul2 jadi orang-yang-tak-best-untuk-dibuat-kawan. Kadang2, aku dan dia tak perlu spoken words untuk faham something. Kami adalah dua orang yang faham bahawa itu adalah ITU dan tak perlu kata2 untuk gambarkannya. Aku tak jumpa lagi orang yang camtu lepas abes matriks.

Apa yang pasti, aku sangat sayang (sayang as in hard to let go, not sayang as in love) dia sebab dia la salah sorang kawan yang betul2 aku boleh panggil sahabat. Walaupun kitorang jarang jumpa atau contact sebab masing2 bizi, tapi bila aku perlukan dia, dia ada.

Sebenarnya, banyak je lagi aku boleh citer pasal dia tapi aku taknak tulis panjang2. Maka, sampai sini je la aku citer pasal dia. Kepada tuan empunya diri yang aku tengah citer, aku rindu kau la...bila bley kita g berfoya-foya?


Sunday, June 21, 2009

Satu Hari Yang Indah (not!)

Tadi gi jalan2 kat alamanda dengan adik beradik aku
Pegi alamanda pun saje ikut kakak aku jumpa member dia
Pastu masuk la kedai al-ikhsan (time ni adik dengan abang je yang ada dengan aku)
Masa tengah ukur perimeter kedai tu, aku ternampak satu boot bola nike yang macam boot aku
Owh,aku ada boot sebab aku main sofbol (tu pun baru2 ni je aku main pakai boot);nak cari cleats sofbol kat malaysia ni macam musahil
Aku pegi la nak tengok berapa harga boot tu tapi tak sempat nak tengok, adik aku dah tarik aku
Ada sesuatu terjadi masa ni (owh,ianya tak dramatik...sorry 2 disappoint you)
Situasinya adalah seperti di bawah (ayat skema giler):

Aku: awak nak ape?

Adik aku: **** (panggilan aku dalam family) tengok apa tu? jom pegi sana la

Aku: jap la, orang nak tengok harga boot ni (masa ni adik aku dah start nak tarik aku blah dari section tu)....ari tu orang beli boot harga dia lain (btw,harga yang aku beli lagi murah)

Couple lelaki (watak baru):.............(dia cakap something kat awek dia, tapi aku tak dengar sebab dia macam berbisik)

Couple perempuan (awek watak baru diatas): dia beli untuk boyfriend la tu (dalam nada yang slow)

Aku (dalam hati):pehal?tak boleh ke aku beli boot untuk diri aku?ingat lelaki je ke pakai boot? (masa ni adik aku dah berjaya bawak aku pegi section lain)



Walaupun aku tak dengar apa yang lelaki tu cakap apa tapi aku assume dia cakap "awak/yang/bee/hunny/etc, budak ni beli boot la". Aku macam nak angin je time tu. Pelik ke pompuan beli boot? Pompuan pun main sports kot. Bukan aku sorang je kot pompuan yang beli boot. Aku tak boleh terima la orang fikir macam tu. Ye la, memang la tak ramai pompuan yang beli boot sebab diorang sendiri nak pakai tapi tak boleh ke lelaki tadi berfikiran terbuka sikit? Nak je aku cakap kat couple tu "hey, i beli boot tu untuk i sebab i main sports yang perlukan i pakai boot dan u ingat lelaki je ke boleh pakai boot?". Awek die pun satu, tak boleh ke jawab macam "dia main bola kot", tak pun "biar la, dia ada main sports la tu". At least kalau dia jawab camtu, aku akan kurang la rasa nak sound diorang. Ni la contoh manusia yang suka stereotype-kan manusia lain. There are reasons fo everything and never ever consider on just one reason. Nasib baik pastu mood aku baik sebab dapat cuci mata tengok kasut best plus dapat beli popiah yang sedap.





p/s: ntah nape aku emo giler pasal benda ni....huhu

im average

Tag 5 people after you're done!

I have. . . (a point for each one)

1. smoked.
2. consumed alcohol.
3. slept in the same bed with someone of the opposite sex.
4. slept in the same bed with someone of the same sex.
5. kissed someone of the same sex.
6. had sex.
7. had someone in your room other than family.
8. watched porn.
9. bought porn.
10. tried drugs.
~ TOTAL: 5

1. taken painkillers.
2. taken someone else's prescription medicine.
3. lied to your parents.
4. lied to a friend.
5. snuck out of the house.
6. done something illegal.
7. felt hurt.
8. hurt someone.
9. wished someone to die.
10. seen someone die.
~ TOTAL: 6

1. missed curfew.
2. stayed out all night.
3. eaten a carton of ice cream by yourself.
4. been to a therapist.
5. received a ticket.
6. been to rehab
7. dyed your hair.
8. been in an accident.
9. been to a club.
10. been to a bar
~ TOTAL: 1

1. been to a wild party.
2. been to a Mardi Gras parade.
3. drank more than three alcoholic beverages in a night.
4. had a spring break in Florida.
5. sniffed anything
6. wore black nail polish
7. wore arm bands.
8. wore t-shirts with band names.
9. listened to rap.
10. owned a 50 Cent CD.
~ TOTAL: 2

1. dressed gothic
2. dressed girly.
3. dressed punk.
4. dressed grunge.
5. stole something.
6. been too drunk to remember anything.
7. blacked out.
8. fainted.
9. had a crush on a neighbor.
~ TOTAL: 2

1. had a crush on a friend.
2. been to a concert.
3. dry-humped someone.
4. been called a slut.
5. called someone a slut.
6. installed speakers in your car.
7. broken a mirror.
8. showered at someone of the opposites sex's house
9. brushed your teeth with someone else's toothbrush.
~ TOTAL: 4

1. consider/considered Ludacris your favorite rapper.
2. seen an R-rated movie in theater.
3. cruised the mall.
4. skipped school.
5. had surgery.
6. had an injury.
7. gone to court.
8. walked out of a restaurant without paying/tipping.
9. caught something on fire.
10. lied about your age.
~ TOTAL: 4

1. owned/rented an apartment/house.
2. broke the law in the police's presence.
3. made out with someone who had a gf/bf
4. got in trouble with the police.
5. talked to a stranger.
6. hugged a stranger.
7. kissed a stranger.
8. rode in the car with a stranger.
9. been harassed.
10.been verbally harassed.
~ TOTAL: 2

1. met face-to-face with someone you met online.
2. stayed online for 5+ hours straight.
3. talked on the phone for more than 4 hours straight.
4. watched TV for 5 hours straight.
5. been to a fair.
6. been called a bad influence.
7. drink and drive.
8. prank-called someone.
9. laid on a couch with someone of the opposite sex.
10. cheated on a test.
~ TOTAL: 4

Grand Total: 37

If You Have Less Than 10.. write [im a Goody Goody]
If You Have More Than 10.. write [im still a goody goody]
If You Have more Than 20..write [im average]
If You Have More Than 30..write [im a bad kid]
If You have more than 40..write [im a very bad influence]
If You Have more than 50..write [im a horrible person]
If You Have more than 60..write [i should be in jail]'
If You Have more than 70..Write [i should be dead]

taknak tag sesape...sape nak wat,wat....


p/s:saya budak baek....heeee

Saturday, June 20, 2009

Menulis Entry Sambil Memikirkan Masa Depan Yang Tak Pasti Dan Pada Masa Yang Sama Melayan Perasaan

Aku sangat stress sekarang ni dan sebab aku stress adalah sebab yang sama budak2 QS 2.5yr lain stress. Serabut + penat + bersalah + keliru + cuak = stress tahap petala kelapan. But I can't complain much, can I? Everyone goes through it and, well, I'm a grown-up person already. Umur dah nak 21, takkan setiap kali stress je nak g ganggu hidup orang lain dengan kisah hidup aku kan? So, kena la aku handle stress aku sendiri.

Maka aku tulis la entry ni. Sekadar nak kurangkan keserabutan dalam kepala dan kepenatan badan. Aku takkan complain macam2 kat sini. Aku hanya akan tulis apa yang ada dalam kepala otak aku sekarang ni. Aku sebenarnya nak tulis banyak entry tapi sume topik yang ada dalam otak aku sume separuh je. Kalau aku tulis campur2, nanti orang yang baca tak faham pulak.

Banyak je perkara yang menarik dan amusing yang berlaku dan dilakukan oleh orang2 sekeliling aku tapi macam takde mood nak tulis. Entah kenapa sekarang ni aku fikir panjang setiap kali nak tulis something padahal benda tu takde ape pun. Bila dah fikir lama sangat, last2 hilang mood nak tulis pasal benda tu. There are amusing, unfortunate, funny, ironic, happy and many other things happened but I just don't write about it, for one reason or other. Pastu takde orang yang nak di-share cerita2 ini sume sebab sume pun sibuk, maka cerita2 ni pun stay la dalam kepala otak aku ni. Pastu mula la serabut sebab banyak benda masuk dan perlu kluar tapi tak dapat kluar.

Sekarang ni pun, masa tengah tulis benda ni, banyak benda yang macam nak-taknak kluar. Yang nak kluar tu, ada la kat atas ni (tak banyak pun). Yang taknak tu, tinggal tunggu masa je nak kluar atau hilang camtu je. Tapi yang pasti, ni je la cara yang aku tau nak kurangkan serabut; keluarkan sebab keserabutan itu. Tapi sejak aku tau yang ramai dah tau ini adalah blog aku, aku rasa macam ada some sort of constraint bagi aku. Aku tau tak sepatutnya aku rasa camtu tapi ntah la. Mungkin sebab ade sesuatu yang pernah terjadi dalam real life aku yang berkaitan dengan blog ni, aku lebih berhati-hati bila nak post entry. Mungkin juga sebab antara orang2 yang dah tau ini adalah blog aku adalah adik-beradik aku, maka aku kene fikir 4-5 kali sebelum nak post entry. Kalau sebelum ni aku boleh je tulis ape aku rasa (jiwang ke, suka kat orang ke, benci kat orang ke,stress sebab something ke), sekarang aku kene contemplate dulu. Kalau sebelum ni aku boleh je tulis pasal family aku, sekarang macam susah sikit. Ntah la.
Ape2 pun, walau camne pun, blog ni adalah tempat aku zahirkan apa yang aku tak boleh nak zahirkan kat real life. Maybe lepas ni entry aku jadi boring, maybe jugak semakin berabuk. Tapi yang pasti aku akan tetap buat entry, cuma entry yang di-publish mungkin semakin kurang.
p/s: ntah ape2 la yang aku melalut kat atas tu.......

Tuesday, June 16, 2009

Adoi la tag ni......

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 100 Truths about you. At the end, choose 5 people to be tagged.(To do this, copy and paste this note, erase my answers and enter your own, tag people then click publish post.)

-cik hannah sayang saya lebih maka dia suruh saya buat tag ini.....adoi la....

WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage: air gatorade kaler ungu...sgt sedap

2. Last phone call: my mom

3. Last text message: my little sis

4. Last song you listened to: right now - akon...dengar kat blog cik marina

5. Last time you cried: can't remember


HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice: nope

7. Been cheated on: by lover, no...by friends etc, yes

8. Kissed someone & regretted it: nope

9. Lost someone special: maybe...dunno

10. Been depressed: lots of time kot

11. Been drunk and threw up: i don't drink


LIST THREE FAVORITE COLORS:
12. black.
13. brown
14. white.

THIS YEAR HAVE YOU: (2009)
15. Made a new friend: yup,lots of them...hee

16. Fallen out of love: maybe

17. Laughed until you cried: definitely...check dis post

18. Met someone who changed you: depends on definition of changed...but in a way, ya ada

19. Found out who your true friends were: yup...somehow, something happened somewhere

20. Found out someone was talking about you: yes...

21. Kissed anyone on your friend's list: what friend's list? (pinjam jawapan cik hannah)

22. How many people on your friends list do you know in real life: again, friend's list mana? (juga pinjam jawapan cik hannah)

23. How many kids do you want?: dunno...anak tanggungjawab yg besar, tak mampu nak fikir skrg (takut nk fikir psl benda2 cmni)

24. Do you have any pets: nope

25. Do you want to change your name: no, i like my name as it is

26. What did you do for your last birthday: involved in a college's project until i was ill

27. What time did you wake up today: 7 sumthing...bloody IP punye pasal

28. What were you doing at midnight: tido sebab dah penat dengan IP (tp x lena sebab kena curse dengan cik nurul dn cik hanim =P)

29. Name something/someone you CANNOT wait for: currently, i cannot wait for IP to end....

30. Last time you saw your Mother: dia kat depan mata sekarang

31. What is one thing you wish you could change about your life: for my life to be more organised

32. What are you listening to right now: iklan aiskrim wall's kat tv + suara baby cinta dalam video kt handphone

33. Have you ever talked to a person named Tom: nope

34. What's getting on your nerves right now: INTEGRATED PROJEECT

35. Most visited webpage: here, i think

36. Whats your real name:

37. Nicknames:

38. Relationship Status: single and emotionally not available...

39. Zodiac sign: virgo

40. Male or female?: female.

41. Primary school: skss

42. Secondary school: smk*****.

43. High school/college/university? : um

44. Hair color: black kot

45. Long or short: short

46. Height: 16-sumthing cm

47. Do you have a crush on someone?: no

48: What do you like about yourself?: the fact that i'm a genius?ehehe (perasan giler)

49. Piercings: yup

51. Righty or lefty: righty.


FIRSTS :
52. First surgery: takdak

53. First piercing: on earlobes, when i was about 5 or 6...first and last

54. First best friend: dunno but i considered a certain someone i met during matrix as my first true best friend

55. First sport you joined: can't remember

56. First vacation: can't remember.

58. First pair of trainers: can't remember
- tolong jangan tanya berkenaan yang 'firsts' sebab aku memang tak ingat


RIGHT NOW
59. Eating: nothing but planning to eat rice + chicken curry + sambal belacan later

60. Drinking: nothing but plannig to drink fruit juice later...or maybe gatorade kaler ungu

61. I'm about to: eat and drink

62. Listening to: dialogues from Men In Black (the television is 50 cm right beside me)

63. Waiting : to finish this to eat my rice + chicken curry + sambal belacan


YOUR FUTURE
64. What kids?: if i do have kids, it doesn't matter, as long as they are healthy and grew up to be great kids.....

65. Get Married?: dunno...dun ask why

66. Career?: a great swindler..ahahaha


WHICH IS BETTER :
67. Lips or eyes: lips...no,eyes...no,lips...no, eyes...errr, both?

68. Hugs or kisses: hugs.

69. Shorter or taller: taller...tapi kalau shorter murah rezeki.ehehe

70. Older or Younger: no preference.

71. Romantic or spontaneous: a spontaneous romantic?!

72. Nice stomach or nice arms: nak dua2...hee

73. Sensitive or loud: in the middle

74. Hook-up or relationship: definitely relationship.

75. Trouble maker or hesitant: neither


HAVE YOU EVER :
76. Kissed a stranger: nope

77. Drank hard liquor: again, i don't drink

78. Lost glasses/contacts: lost, never but glasses broken, a lot of times

79. Sex on first date: apakah?! tak la

80. Broken someone's heart: dunno la....

82. Been arrested: no

83. Turned someone down: no, i guess....

84. Cried when someone died: yes....but it's been a long time that i cried because someone died

85. Fallen for a friend?: yup


DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself: not really

87. Miracles: yes, but only after it happened

88. Love at first sight: nope n i dun believe in love either

89. Heaven: yes.

90. Santa Claus: definitely no

91. Kiss on the first date: tak kot

92. Angels: if angels here means malaikat, then yes


ANSWER TRUTHFULLY:
94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time: a boyfriend pun xde, ni plak more than
1....memang tak la....tapi macam best je ade lebih dari sorang boyfriend..ehehe...tapi macam penat gak...huhu

95. Did you sing today?: yes...mase tengah stress buat IP kat fac td

96. Ever being cheated by somebody?: generally, yes

97. If you could go back in time, how far would you go?: in the womb?

98. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be?: hurmm, a day from
366 days? (last year (2008) was a leap year)...i can't decide because a lot has happened and alot of things i want to relive, whether a good or bad day...

99. Are you afraid of falling in love?: not really but hey, dis is the words of someone who does not believe in love in the first place

100. Posting this as 100 truths?: oh tidak...saya letak 'adoi la tag ni......' sebab tag ni sangat panjang



1. cik marina (lagi)
2. en. asrul
3. cik mastura
4. cik asma'
5. cik sri & cik yen

Saturday, June 13, 2009

Sila Jawab

If you are given two choices, and each choice comes with a great sacrifice, and you cannot choose both, and you also cannot not make a choice, how and what would you choose?
Soalan di atas adalah satu soalan hypothetical. Cuba bayangkan kat satu tahap dalam hidup kita, kita kena buat keputusan macam tu. Sanggupkah kita buat pengorbanan yang diperlukan? Sanggupkah kita hidup dengan keputusan yang dipilih kalau keputusan itu adalah keputusan yang salah? Is there right and wrong in the decision because the decision is yours, so it should be right, right?

Kalau aku tetiba kena hadapi benda ni, jujur aku kata memang aku taktau apa nak dibuat. Probably aku akan tepon sorang kawan aku yang sangat faham sifat aku dan rants kat dia. Pastu dia akan dengar dengan setia dan bagi pendapat dia. Maybe, after that I can make my decision. Kalau tak, aku akan cari sorang lagi kawan aku. Kalau pastu aku tak dapat keputusan lagi, aku akan cari lagi sorang kawan aku. Tapi yang pasti, aku memang tak boleh buat keputusan tanpa dengar pendapat orang walaupun benda tu pasal hidup aku.

Sesape yang rajin baca blog aku ni, kalau korang di tanya soalan kat atas, apa yang korang akan jawab? Sila jawab di ruangan komen ye....(dituju juga kepada encik silent reader hanzo)

Friday, June 12, 2009

Siapakah Pembunuhnya?

Salam

Fuhh, dah lama aku tak rants dalam blog. Dua bulan kot aku tak buat entry yang betul2 entry. Setakat buat tag tu adalah tapi itu pun dah seminggu lebih. Aku tau ada beberapa (tak ramai pun) kawan aku yang tengah tunggu aku citer pasal apa yang aku buat selama 3 minggu lebih 'menghilangkan' diri. Kepada kawan2 aku yang menunggu tu, maafkan aku sebab aku takkan tulis pasal tu. Memang pengalaman aku selama 3 minggu lebih tu sangat best dan seronok tapi aku tak tau kenapa aku tak boleh nak tulis pasal benda tu. 3-4 kali aku cuba nak buat entry pasal tu tapi tak boleh nak buat gak. Last2, aku decide tak nak buat entry pasal tu. Sape nak tau, jumpa aku je la, nanti aku citer sampai korang nak muntah dengar..hehe (poyo jek).

3 ari pas balik dari lokasi aku 'menghilangkan' diri, aku terus kene masuk mood sem khas (tapi tak berjaya...seminggu lebih baru berjaya). Sekarang baru aku faham kenapa sorang grupmate aku sanggup tepon aku 2 kali dalam masa kurang 24 jam masa aku 'hilang' ari tu. Dan aku juga dah faham kenapa bila masuk studio je, coursemate2 aku berpakat untuk terjun bangunan sesama (walaupun aku tau diorang takkan buat camtu). Mereka sume (dan juga aku sejak 2-3 ari lepas) jadi macam tu adalah disebabkan oleh IP. Secara rasminya IP adalah akronim untuk Integrated Project tapi anda sume boleh buat tafsiran sendiri; sebagai contoh Cik Henna gune Ini Psycho dan aku amek keputusan untuk gune Ini Pembunuh.

Ya, subjek course juga boleh jadi pembunuh. Ia membunuh keseronokan, ia membunuh mood, ia membunuh kesabaran, ia membunuh akaun, ia membunuh perasaan dan akhirnya ia mampu membunuh jiwa. Ok, yang last tu aku hyperbola je. Tapi IP ini memang mampu membunuh. Ini kata2 aku yang baru sekejap masuk mood IP, belum lagi kata2 mereka yang dah sebulan lebih dalam mood IP. Each of my groupmates has their own (bloody) story. Cik Hanim dan 'Abg' JAS-nye, Cik Nurul dan 'Abg' Musa-nya, mereka yang lain dengan citer masing2.

Sekarang ni, aku pun dah start bengong. Sekarang ni aku rasa aku lagi sanggup extend tempoh aku menghilangkan diri dari kene buat IP ni. Serius stress, especially bila kene dengar ayat2 stok camni "owh, benda ni kitorang tak boleh nak tolong". Lagi stress bila dah penat pegi tempat tu tapi tak dapat apa2. Owh, stress gak bila lecturer kata benda tu boleh dapat tapi kami tak boleh nak dapat. Juga stress bila fikir lecturer nak macam2 padahal masa singkat. Ingat kitorang ni hape? (Gila emo ayat).

Ok, baik aku stop menaip sekarang sebelum benda2 tak sepatutnya aku tulis, aku tulis. Tak pasal2 kang bertambah dosa. Baik aku pegi masak megi, at least aku kenyang nanti. Masak megi dengan telur, sedap dowh. Ok, aku kene stop. Sekarang.

p/s: korang decide sendiri la sape pembunuhnya.......