Salam jumaat buat semua teman2 ku yang membaca blog ini......Hari ini genaplah 9 hari pemergian ibu tersayang....Allahyarhamah Rosni Binti Mat Kassim....Ibuku merupakan seorang suri rumah dan mempunyai 5 orang cahaya mata terdiri daripada 4 perempuan dan 1 lelaki....Ntah selepas melahirrkan adik ku yang bongsu..ibuku jadi serik untuk menerima rawatan di hospital kerana sikap segelintir doktor dan jururawat yang agak kasar dan menyakitkan hati...Tarikh 19 January merupakan tarikh di mana aku berjaya memujuk arwah mak untuk menerima rawatan di hospital kerana tidak sihat...Ya Allah..sungguh tidak ku duga selama ini arwah mak ku mengalami masalah kegagalan buah pinggang..namun arwah mak tak menunjukkan gejala penyakit itu...setelah Doktor mengatakan untuk memasukkan arwah mak ke wad, aku telah mengirim sms kepada adik2 ku yang berada di melaka dan kelantan agar ambil cuti balik tuk melawat arwah mak...takut kalau apa2 berlaku menyesal...alhamdulillah adik2 ku balik juga....20 january 2010 tepat jam 445petang mak menghembuskan nafas yangt terakhir kerana mengalami sawan ketika menjalani prosedur IJC...di mana cathether di letakkan untuk melakukan dialisis.....Ya Allah..ketika itu tangan ku bertaut dengan tangan arwah mak....namun apakan daya aku..kerana ketika itu aku seorang diri berada di hospital...suami dan adik lelaki ku beru saja pulang sebentar....Doctor melakukan CPR untuk meneylamatkan arwah mak...dan ketika itu aku terasa jantungku seperti hendak berhenti....namun aku tidak membenarkan para doktor melakukan intubation untuk hantar arwah mak ke ICU...ketika itulah aku teringat pesan arwah mak bahawa dia kalau sakit n Tuhan an amik nyawa...dia tak nak kena tebuk sana sini...maka aku menelefon adik2 ku yang amsih dalam perjalanan meredhakan pemergian arwah mak...
Jenazah arwah mak selamat di bawa pulang jam 7 petang...bertapa terharu dan sedihnyer kami lima beradik diatas pemergian mak...Kami bersyukur kerana ada 4 adik beradik perempuan di mana kami semua memandikan arwah mak...dan syukur pada Ilahi kerana seorang adik lelaki menyambut jenazah arwah mak ketika di dalam kubur...Kami bersyukur kerana perhubungan kami adik beradik dan ipar duai mesra dan terasa sangat bila arwah mak pergi meninggalkan kami semua...Kesian kat abah..kerana abah tak boleh tanpa arwah mak..namun kami semua yakin...lama kelamaan abah akan biasa dengan keadaan ini...syukur alhamdulillah....majlis tahlil berjalan dengan lancar dan hari ke 100 kami semua akan pulang ke rumah arwah mak untuk tahlil dan naik nisa...walaupun arwah mak dah takder depan kami atau sambut kami setiap kali kami pulang ke akmapung..namun arwah mak sentiasa di hati kami...."Ya Allah, aku bermohon kepadamu, kau ampunkanlah dosa arwah ibu ku, tempatkanlah arwah ibuku di kalangan orang2 yang ebriman dan kau cucurkanlah setinggi-tinggi rahmatMu ke atas roh ibuku....terimalah segala amal ibadat yang arwah ibu lakukan sepnajang hayatnya di dunia..amin...Al Fatihah...."