Saturday, February 7, 2009

ANDAI BANGSAKU TERLUPA...


melihatkan keadaan rusuhan di kuala kangsar yang telah dipaparkan oleh semua rangkaian berita di televisyen semalam menimbulkan satu perasaan yang amat sedih dan sebak di sanubari ku.

aku sedih melihatkan bangsaku melangkah penuh amarah ketika bersua dengan raja.

ini bukan pasal sokongan politik... aku tidak kisah dengan agenda politik yang sedang berlaku di sana. biarlah ia diselesaikan oleh mereka yang hak.

namun aku sedih dengan tindakan bangsaku berlaku dengan begitu biadap sekali terhadap raja melayu yang aku pasti, sejak dari dahulu, menjadikan agenda kemajuan dan kesejahteraan orang melayu sebagai perkara utama dalam pemerintahannya.

aku juga sedih dengan kelantangan bangsaku sendiri secara terang mengutuk sistem raja-raja melayu sehinggakan ada yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat, dan berikrar untuk menjatuhkan raja.

aku gila memikirkan niat sebenar jemaah jumaat yang melangkah ke masjid untuk bersembahyang bersama raja.

apakah di dalam hati mereka tersemat satu niat lain ketika hendak menunaikan solat jumaat itu....

dan sejauh manakah keikhlasan mereka menyembah Allah pada hari itu....

khusyukkah mereka...

sedangkan terbit sahaja angin politik yang menghuru-harakan sanubari mereka, mereka telah mengatur niat untuk merusuh sultan selepas solat?

tidakkah bangsaku sedar siapa di sekeliling mereka pada waktu itu. ...

dah nama pun solat jumaat, yang pastinya, semua yang berada di situ adalah sebangsa dan seagama...

tiada sekelibat pun bangsa yang berugama lain yang pada firasatku sedang mentertawa dan menepuk tangan dengan drama yang dilakonkan oleh bangsa ku sendiri

ya... kata-kata kesat seperti sultan makan duit rakyat... sultan tak tahu penderitaan rakyatdan bermacam-macam lagi, kini dengan lebih lantang disuarakan....
kejam sungguhkah raja itu?

apakah rakyat terlalu tertindas selama ini sehingga tidak dapat mencari rezeki, mempunyai mata pencarian, .... ?

kebuluran kah mereka selama ini... ?

tertindas bebenor ke kita yop?

aku keliru mendengar laungan kalimah Allah ketika mereka mengerumuni kenderaan tuanku...
tambah keliru lagi apabila bendera palestin dikibarkan bersama....

apa ertinya?

aku amat takut apabila terang-terang rakyat sudah tidak mendukung prinsip rukunegara...

1. kepercayaan kepada Tuhan

2. kesetiaan kepada raja dan negara

3. keluhuran perlembagaan

4. kedaulatan undang-undang

5. kesopanan dan kesusilaan

kalau melayu sendiri tidak mengangkat sistem raja melayu, siapa lagi?

anasir bangsat memang sudah lama menunggu peluang keemasan ini untuk bangsaku bangkit menjatuhkan raja mereka sendiri...

tetapi...


andai kita terlupa....
siapakah insan yang telah berjuang untuk meraih kemerdekaan negara?

yang berkali-kali terbang ke london untuk berbincang semasak-masaknya untuk memerdekakan bangsanya dari jajahan british,

bukan itu sahaja, beliau juga telah berbincang dengan bijaksana tentang masa hadapan bangsanya agar bangsanya terbela...
yang pasti pada waktu itu nyawanya juga terancam dek perjuangannya....

lupakah kita akan insan itu?

bapa kemerdekaan kita itu....

dia juga adalah raja..... dah lupa?