Assalamualaikum & Salam Mesra,
Diam tak diam rupa-rupanya dah hampir 3 minggu novel BCH ada di pasaran, namun AH masih belum sempat untuk memperkenalkan BCH kepada semua pembaca kat luar sana. So, dikesempatan yg agak sempit ini AH luangkan sedikit masa tidur AH utk memperkenalkan Novel Sulung AH secara rasminya.
Mempersembahkan...
Biarkan Cinta Hadir
Ada cinta dihati, mungkinkah dia mengerti?
Memperkenalkan Teraju Utama...
Sayang Camalia
Dia ni anak yatim piatu, sejak kecil dah tinggal dgn mak usu dan abang2 sepupunya di kampung. Mungkin kerana dia rapat dengan abang2 sepupunya (depa main bola dia joint, dorang panjat pokok dia ikut serta, kalau semua pakat pergi memancing dia pun follow sama) menjadikan dia lupa bahawa dia seorang perempuan. Pendek kata dia sudah cukup layak untuk bergelar TOMBOY melihatkan serba serbinya yang tak serupa perempuan. Tapi dia ni punyalah penakut, hahah! pelik tapi benar! Akhirnya ada satu perkara yang menyebabkan dia mula sedar bahawa dia ialah hawa, iaitu setelah hatinya dicuri oleh seseorang....syyyyy!!! Cinta dihatinya hanya untuk Syukur Razlan walaupun dia cuba menafikan pada awalnya. Namun dia juga manusia biasa yang tidak mampu membohongi hati dan perasaannya sendiri. Meletakkan dirinya sebagai insan serba kekurangan, menjadikan dia hanya mampu untuk tunduk menyembunyikan cintanya.
Syukur Razlan
Namanya saja sudah cukup memperlihatkan kemachoan dirinya. Itu cuma kata orang2 yang tak pernah bersua dengannya. Tapi bagi yang mengenali, gelaran pelajar lembut lentik cukup sebati dengan dirinya. Di universiti kawannya hanya seorang, mungkin kerana yang lain malu untuk mengisytiharkan dirinya sebagai sahabat. Ramai yang cuba memperlekeh dirinya, ada juga yang dengan tega memanggilnya perempuan! Namun dia tak pernah peduli kerana kebahagian telah dia temui dan kawan baik yang sentiasa ada di sisi. Tanpa dia sedar, bunga-bunga cinta mula kembang mekar dihati, itupun hanya untuk teman baiknya sehingga dia sudah tidak betah untuk memangkah naluri aslinya. Namun tatkala itu juga dia mula sedar, adakah layak baginya untuk meraih cinta sejati? atau dia harus berubah untuk berjaya memiliki pilihan hatinya Sayang Camalia? Satu perkara yang perlu diberi perhatian, dia cukup pandai berahsia.
Mohd Ariff Iskandar
Lelaki yang cukup digilai ramai gadis2 di universiti.
Gentleman, Jaguh bola sepak, segak, penuh dengan gaya, mutu & keunggulan. Dia mempunyai segalanya, kemewahan dan kasih sayang daripada orang-orang di sekelilingnya. Cuma 1 yang dia gagal memperolehi, apa dia? of course cinta! Sejak kali pertama terserempak dengan Sayang Camalia, dia sudah jatuh hati. Jadi dia sentiasa berusaha mendapatkan cintanya itu. Biarpun ramai yang menagih cintanya, namun hanya wanita itu dihatinya. Lantas dia selalu menggunakan peluang2 yang terbuka luas untuk dekat dan menyelinap masuk ke dalam hati Sayang Camalia. Agak-agaknya, dia berjaya tak?
Apa yang anda perlu tahu tentang BCH?
Kesemua barang-barang di atas adalah KESUKAAN Sayang Camalia
Semua barang-barang kat atas ni pula, adalah KESUKAAN Syukur Razlan
Lagi Tentang BCH...
Inilah dia Tasik Universiti & "Pohon Kita" yang merakamkan banyak memori indah!
Ha! yang ni pula, dewan kuliah yang telah bersusah payah utk menyimpan banyak kenangan manis!
Yang ini apa? inilah Kafe Dang Anum, dorang selalu makan kat sinilah
Nak Tahu Lagi Pasal BCH?
Mesti anda nak tahu lebih lanjut tentang perkara-perkara yang AH gambarkan tadi, yer tak? So, untuk gambaran sebenar Biarkan Cinta Hadir, apa lagi? dapatkan Novel Biarkan Cinta Hadir Di kedai buku berhampiran (nak senang, cari kat MPH/Popular). Habis aje baca, terus bagi komen anda supaya AH boleh baiki mana2 yang terkurang. Kepada semua yang dah pun memilik BCH, Terima Kasih daun keladi, semoga anda sukakannya & tidak lupa untuk terus memberikan sokongan kepada AH....Jumpa Lagi! Daaaa...