LAPAN
Aku berjalan terhuyung-hayang, pening benar kepalaku pada waktu ini, ditambah pula dengan hilai tawa kawan-kawanku yang lain dan beberapa pengunjung di Genting Theme Park itu menambahkan lagi pening kepalaku. Menyesal pula rasanya menaiki pirate ship snow itu. Tekakku mula terasa mual, seperti hendak keluar semua isi perut. Aku mencari tempat duduk di taman tema itu dan melabuhkan punggung di situ. Mata kupejamkan seketika, tekak yang mual tadi sudah tidak terasa tetapi kepala masih lagi terasa pening.
“Eh, Safi apa kau buat kat sini? Jom, kita orang nak main flying coaster pulak. Jomlah.” Siti mula menarik tanganku dan menganjakku bangun dari kerusi.
Aku memandang Siti dan kawan-kawan yang lain, tidak sanggup untuk turut serta lagi kali ini. “Tak naklah aku, pening ni pun tak hilang lagi… Kau orang pergi ajelah main.” aku menolak dengan lembut.
“Alah Safi takkan dah pening, rileks ar… banyak lagi permainan yang kita nak main ni.” Siti masih mendesak.
“Aku tak nak, nanti tak pasal-pasal aku pengsan, korang pulak yang kena angkat aku pergi hospital, lagi naya.” aku masih menolak, aku harus memikirkan tahap kesihatanku.
“Habis tu kau nak tunggu sini aje, ke?” Soal Siti lagi.
Aku menganggukkan kepala.
“Okaylah kalau macam tu, kau tunggu sini tau.”
Mataku mengekori langkah siti dan kawan-kawan yang lain sambil mengurut tengkuk dan kepalaku.
“Ish, menyampahlah.”
Aku tersentak dan pantas menoleh apabila Mona menerjah duduk di sebelahku.
“Kau ni kenapa Mona?” Soalku malas apabila melihat muka Mona yang berkerut seribu itu.
“Dari pagi aku cuba call Zafril, tapi asyik tak jawab aje… sms jangan ceritalah berlambak-lambak aku hantar tapi tak berbalas juga,” luah Mona.
Aku tahu Mona geram dengan Zafril saat ini, maklumlah janji Zafril untuk bersarapan bersamanya pagi itu tidak ditunaikan, kini telefonnya pula tidak berjawab, sudahnya pagi tadi aku dan dia hanya bersarapa di bilik sahaja, membatalkan rancangan Mona untuk sarapan bersama-sama Zafril.
“ Dia ada hal kut…” Balasku. Aku bukan mahu membela Zafril tetapi aku hanya ingin mencari alasan untuk menenangkan hati Mona yang mula membengkak itu. Aku tidak mahu Mona terus membebel sedangkan kini aku sedang menahan sakit kepala.
“Agaknyalah…” Mona mula membuang semua tanggapan negatifnya pada Zafril.
“Kau tak joint dia orang semua, ke?”
“Malas… Tak ada mood.” Mona mula mencari rakan-rakannya disekitar taman tema itu. “Diaorang semua mana?” Soal Mona apabila tidak menjmpai seorang pun kawannya di sekitar taman tema itu.
“Tadi Siti kata nak main flying coaster.”
“Aku ingat nak balik bilik ajelah Safi.”
“Kenapa awal sangat?” Soalku tidak pecaya sedangkan Mona yang beria-ia mengajak mereka semua ke sini pagi tadi.
“Entahlah, macam tak ada mood pula. Kau nak stay sini ke nak join aku balik bilik?” Nampaknya Mona benar-benar tiada mood hari ini.
Aku berfikir sejenak, tinggal di sini bersama kawan-kawan yang lain atau berehat sahaja di bilik? Aku tertanya sendiri. Cuba membuat keputusan.
“Eh, yang kau termenung tu kenapa,” Soal Mona sambil memetik jarinya di hadapan mataku, aku tesentak.
“Em… aku ikut kaulah.” Kepalaku yang pening telah membuatkan aku mengambil keputusan untuk pulang ke bilik bersama Mona. “Tapi dorang semua macam mana?”
“Kita sms Siti jelah bagi tahu kita kat bilik. Suruh dia orang enjoy puas-puas, kita nak rest dalam bilik aje.” Ujar Mona sambil bangun dan mula mengorak langkah.
Melihat Mona telah mula melangkah, aku pantas bangun dan berjalan bergandingan dengannya. Sepanjang perjalanan Mona mula bercerita itu dan ini tapi kepalaku yang makin pening hanya terbayangkan tilam dan bantal.
MATAKU terpesat-pesat, aku mula mengangkat kepala dan mengapai telefon bimbit di meja sisi di sebelah. 2.30 petang? Aku terkejut lama rasanya aku tertidur. Sakit di kepala sejak menaiki pirate ship snow pagi tadi sudah mula hilang, Aku bingkas bangun dan menuju ke bilik air, tidak mahu melambatkan solat zohor. Tidak baik melengahkan sembahyang, itu yang dididik oleh ibu bapaku sejak kecil lagi.
Seusai menunaikan solat wajib itu, aku melipat semula telekung dan sejadah dan diletakkan di hujung katil. Aku menghalakan pandangan pada balkoni bilik, tadi sebelum bersolat, ada aku melihat Mona berdiri di beranda itu. Tetapi kini, Mona tiada di situ. Pelik, kemana pula agaknya Mona menghilang?
Aku merapatkan diri ke balkoni itu, mengerling ke sekeliling balkoni yang agak luas itu. Aku tersenyum melihat Mona yang duduk di bangku yang disediakan di hujung balkoni. Aku mula bergerak menuju ke arah Mona. Sempat juga aku melemparkan senyuman padanya sewaktu mula duduk di sisinya. Namun senyumanku hanya dibalas dengan senyuman nipis daripada Mona yang pada wajahnya tergambar kehambaran.
“Apasal tak ceria aje kau hari ni?”
Mona hanya tersenyum mendengar soalan dariku itu.
“Pasal Zafril ke?” Soalku lagi, cuba mengagak perasaan Mona tika ini.
Tedengar Mona menghembuskan keluhan kecil. “Dari pagi aku call dia, tapi tetap tak dapat. Risaulah…” Mona menyandarkan tubuhnya pada kerusi rotan itu. Beban jiwa yang ditanggungnya kini betul-betul menghimpit perasaannya.
Aku merenung wajah Mona yang makin resah itu. Aku dapat merasakan bahawa Mona benar-benar mencintai Zafril sepenuh hati, jika tidak, masakan Mona boleh serisau ini semata-mata tidak dapat menghubungi Zafril. Mengapa susah sekali untuk Mona menghubungi Zafril sedangkan mereka berada di dalam satu hotel yang sama. Apa yang sedang Zafril lakukan sekarang sehingga tiada sedikit waktu pun untuk menjawab panggilan daripada Mona? Entah mengapa pada tika ini aku terbayangkan wajah wanita yang berbual dengan Zafril di pintu utama hotel malam semalam. Betulkah Zafril baru mengenali wanita itu semalam? Bagaimana Zafril boleh berbual begitu mesra dengan wanita yang baru dikenalinya? Entah wanita manalah yang sedang bersama dengan Zafril pada waktu ini sehinggakan Zafril tidak langsung mahu menjawab panggilan daripada Mona. Takkan sibuk sangat melayan wanita lain sehingga tiada masa untuk teman wanita sendiri.
“Em… kalau dah susah sangat nak call dia. Apa kata kau pergi ajelah kat bilik dia. Kau tahukan nombor bilik dia?”
“Hurm… dah banyak kali aku pergi cari dia kat bilik. Puas aku ketuk sampai nak tercabut tangan aku ni, dia tak buka-buka juga pintu. Aku rasa dia tak ada kat biliklah. Entah manalah dia pergi agaknya.” Luah Mona yang sudah muncung memanjang.
Kesian pula melihat Mona yang bersungguh-sungguh mencari Zafril. Benarlah kata pujangga penantian itu satu penyiksaan. Aku boleh melihat keseksaan yang Mona alami kini.
Telefon bimbit Mona bernyanyi lantang, Mona pantas mengambil telefon bimbit yang baru sahaja diletakkan di atas meja sebentar tadi. Mona mengeluh apabila melihat nama yang tertera di skin kecil telefon bimbitnya itu.
“Em… Nak apa?” Soal Mona sebaik sahaja telefon dilekapkan di telinganya. “Aku dah jawablah dalam hati. So, what’s up?” Sambung Mona lagi.
“Okay, bye…” Mona pantas mematikan talian telefonnya. “Safi Siti call. Dia orang ajak makan kat cafĂ© bawah. Kalau kau nak pergi, pergilah.” Mona cuba menerangkan secara ringkas rancangan Siti tadi.
“Abis tu kau?”
“Malas pulak aku nak turun… Kau pergi jelah ya.”
“Aik, takkan tak nak makan. Kau biar betul?” Soalku tidak percaya. Aku mengerling jam ditangannya, 3.00 petang. Aku pasti Mona masih lagi belum makan tengah hari kerana kami terus pulang ke bilik selepas pulang dari teman tema genting itu. Tidak mungkin Mona tidak berasa lapar sedangkan sarapan pagi tadi pun Mona hanya mengambil sekeping roti dan secawan susu, itu pun tidak dihabiskannya.
“Aku tak rasa nak makanlah Safi. Kau pergi jelah, jangan risau pasal aku. Aku okay.” Mona cuba menyakinkanku.
“Betul ni…”
Mona mengangguk kepalanya berulang kali.
“Nak aku bungkuskan untuk kau apa-apa?”
“Tak apalah, tak payah… Kalau aku lapar nanti aku turunlah, okay.”
Aku terpaksa mengalah, aku tahu pada masa begini, pasti Mona ingin bersendirian. “Okaylah, aku pergi dulu, kalau jumpa hantu jangan lupa lari tau.” aku cuba untuk menceriakan Mona.
“Ish, kau ni, mulut…” Mona mengambil bunga yang terdapat di dalam pasu di atas meja kopi itu dan dicampakkan padaku yang telah meluru masuk ke dalam bilik semula dengan tawa memanjang.
KEADAAN di dalam restoran yang agak legang itu memudahkan aku mencari meja kosong. Aku memilih untuk duduk di meja yang berada di tengah restoran sambil menunggu kawan-kawanku yang lain yang sedang dalam perjalanan ke cafe itu.
“Cik!”
Aku yang baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi itu, berpaling memandang pelayan lelaki yang berdiri tegak di sebelahku. Aku tersenyum memadang pelayan yang pastinya ingin mengambil pesanan dariku.
“Encik tu minta cik ke sana.”
Aku yang baru sahaja ingin membuat pesanan, terkejut dengan kata-kata pelayan itu. Pelayan itu menghalakan tangan kanannya ke arah belakangku, aku segera berpaling. Terkejut bukan kepalang aku apabila melihat Zafril yang sedang duduk di meja yang tidak jauh dariku. Dia tersenyum padaku.
“Sila.” Pelayan itu mula bergerak sedikit memberikan aku laluan untuk bangun.
Aku memadang pelayan itu semula. “Eh, tak payahlah, saya tak mahu ke sana.” Aku membantah, tidak mahu berhadapan dengan lelaki itu lagi.
Berubah terus muka pelayan itu apabila mendengar jawapanku. “Eh, janganlah begitu cik. Dah lama dia tunggu cik, sejak dari pagi tadi lagi.”
Berkerut dahiku mendengar kata-kata pelayan itu. Apa hal pulak tunggu aku dari pagi, buang tebiat apa?
“Silakan cik,” Sekali lagi pelayan itu menghalakan tangannya supaya aku bergerak menuju ke meja Zafril. Bersungguh-sungguh nampaknya pelayan ini mahu aku ke meja yang dihuni Zafril.
Aku mengeluh berat, antara hendak dan tidak, aku bangun juga menurut langkah pelayan itu. Langkahku terasa berat menuju ke meja itu, di tambah pula dengan pandangan Zafril yang tidak putus-putus sejak aku bangun tadi. Menyesakkan nafasku seketika.
Aku berbelah bahagi apabila melihat pelayan itu menarik kerusi di hadapan Zafril untukku duduk. Alamak, nak duduk ke ni?
“Have a seat…” ujar Zafril dan pelayan itu serentak. Ketawa kedua-duanya mula kedengaran, mungkin tidak menyangka akan mengeluarkan ayat yang sama serentak.
Dalam terpaksa, aku duduk juga di kerusi itu. Mataku mengerling Zafril yang tesenyum sedari tadi. Aku benar-benar tidak menyangka Zafril turut berada di sini sedangkan Mona mencari-carinya dari pagi tidak ketemu. Kalau aku tahu Zafril ada di kafe pada waktu ini, pasti aku tidak akan menjejakkan kaki ke kafe ini.
“Nak minum apa?” Soal Zafril apabila aku hanya mendiamkan diri.
Aku tidak menjawab soalan Zafril tetapi mengerling ke arah pelayan yang telah menyiapkan pen dan kertas ditangannya tanda bersedia untuk mengambil pesanan. “Tak apa… Terima kasih.” ujarku pada pelayan itu sambil mataku tidak sudah-sudah menyelinap ke pintu masuk kafe, mencari kelibat Siti dan kawan-kawanku yang lain.
“Are you sure?” Pelayan itu mengerutkan keningnya.
Aku berpaling memandang pelayan itu semula dan menganggukkan kepala.
“Gives us two iced lemon tea,” ujar Zafril pantas pada pelayan itu.
“Okay…” Pelayan itu terus berlalu setelah mencatitkan pesanan.
“Buat apa sampai dua air tu?”
“Satu untuk awak dan satu untuk saya.”
“Kan saya dah kata saya tak nak apa-apa,” aku mula tidak puas hati dengan Zafril yang tiba-tiba membuat keputusan untuk diriku.
“Kenapa awak tak suka iced lemon tea, ke?” Zafril mula kalut.
“Tak pernah suka pun,” bohongku sedangkan sebenarnya iced lemon tea adalah air kegemaranku, cuma aku tidak mahu Zafril membuat pesanan untukku, itu sahaja.
“Oh, iya ke? Saya pula selain kopi, iced lemon tea lah favoriate saya.”
Aku terkejut, tidak menyangka minuman kegemaran aku dannya sama.
“Tak apa, saya orderkan awak air lain,” Zafril mula mengangkat tangan untuk memanggil pelayan yang lain.
“Eh… tak payah,” Aku menghalang tindakan Zafril itu, aku malas mahu memanjangkan cerita.
“Betul ni?” Zafril meminta kepastian.
“Iyalah… Lagipun saya tak boleh lama-lama kat sini.” Aku tidak mahu berlama-lama dengan Zafril di sini, aku tidak mahu kawan-kawanku yang lain terlihat aku bersama-sama dengannya.
“Kenapa?”
Aku mengeluh, banyak pula soalnya. “Ada hal kejap lagi.” Dalihku.
“Sampainya hati, sekejap aje awak jumpa saya… Dari pagi saya tunggu awak tau. Kenapa awak tak datang pagi tadi?”
“Bila masa pula saya janji nak jumpa awak pagi ni?” Aku pelik bila pula aku membuat janji temu dengannya pagi ini.
“Eh, kan semalam saya dah cakap dengan awak, saya nak sarapan sama-sama dengan awak pagi ni. Awak dah lupa ke?”
Aku mengerutkan dahi, mengimbas semula saat pertemuan antaraku dengannya semalam. ‘Saya tunggu sampai awak datang…’ Terimbas kembali kata-kata Zafril padaku semasa aku mahu menuju ke bilik semlaam. Aku tidak menyangka Zafril betul-betul menunaikan janjinya. Tetapi kenapa dia tidak menunaikan janjinya untuk bersarapan dengan Mona teman wanitanya sendiri? Apa perlu Zafril menantiku sedangkan membiarkan teman wanita sendiri ternanti-nanti dan tercari-cari.
“Sampai hati awak lupa. Tujuh jam saya tunggu awak tau,” sambung Zafril seperti tahu sahaja apa yang bermain di mindaku ini.
“Tujuh jam?” Soalku tidak percaya.
“Yelah tujuh jam…” tekan Zafril lagi.
“Lamanya, mesti makwe awak marahkan kalau dia tahu pakwe dia tunggu perempuan lain lama macam tu,” balasku sinis. Aku cuba menyedarkannya, dia tidak patut berbuat sebegitu demi perempuan lain.
Zafril tersenyum simpul seketika. “Ish, awak ni saya mana ada makwe saya bujanglah… Still bachelor.” Balas Zafril.
Mendengar kata Zafril itu membuatkan aku meluat. “Yeah, BBA…” ujarku sinis.
Zafril mengerutkan dahinya mungkin tidak faham dengan maksudku itu. “BBA?”
“Ye, BBA… Bachalor But Aligator…”
Tiba-tiba sahaja tersembur ketawa Zafril mendengar kata-kataku. “Dengan kata yang lebih tepat lagi ‘buaya tembaga’ tak gitu.” Ujar Zafril pula dengan ketawa yang masih bersisa.
Bertambah sakit hati aku mendengar ketawa Zafril itu. Nampak sangat ketawa yang dibuat-buat untuk menarik perhatian orang lain. Geram pula rasanya bila ketawa itu bukan sahaja tidak kendur dari tadi malahan makin rancak ketawa itu keluar dari mulutnya.
“Awak ni memang tak ada perasaankan. Tak rasa bersalah langsung ke?”
“Nanti dulu, apa maksud awak yang sebenarnya?” Ketawa Zafril mula mati.
“Masa awak tunggu saya kat sini… Yelah tu pun kalau betul-betul awak tunggu sayalahkan… Awak tak fikir tentang perasaan Mona ke?” Ajuku yang tidak percaya sama sekali Zafril telah menungguku hampir tujuh jam di sini. Aku tidak akan mempercayai Zafril, tidak sama sekali. Jika Mona teman wanitanya sendiri sanggup dibohonginya, apatah lagi diriku yang tidak ada kena mengena langsung dengan Zafril.
“Mona?” Zafril mengerutkan dahinya dan mengecilkan matanya seolah-olah sedang berfikir.
“Aik… Awek sendiri pun tak kenal?” perliku lagi. “Mona Suzana…” Aku memberikan nama penuh Mona setelah melihat Zafril masih lagi mendiamkan diri.
“Oh… Mona tu. Macam mana awak kenal dia?”
“Dia kawan saya. Kawan baik saya,” sengaja aku menekankan sebutan ‘kawan baik’ biar jelas pada pendengaran Zafril.
“Oh… What a small world. So, awak datang sini dengan dialah ye?” wajah Zafril kelihatan terkejut.
“Yelah.”
“Awak berkawan dengan Mona sejak sekolah ke?”
“Itu awak tak perlu tahu. Apa yang penting sekarang ni kenapa awak tak tunaikan janji awak pada dia nak sarapan sama-sama pagi tadi. Awak tahu tak dari pagi dia cari awak tak jumpa. Berkali-kali telefon awak, sms awak tapi batang hidung awak pun tak nampak.” Kataku panjang lebar. Perasaan kasihanku pada Mona yang tidak putus-putus cuba menghubungi Zafril dari pagi tadi begitu menebal.
“Bila masa pula saya janji nak sarapan dengan dia pagi ni? Yang saya berjanji tu dengan awak.” Zafril cuba membela diri, wajah tidak puas hati terlayar di mukanya.
“Awak yang tak tunaikan janji awak dengan Mona jangan nak babitkan saya pula,” aku marah apabila Zafril seumpama menyatakan aku yang menjadi punca dia tidak menunaikan janjinya dengan Mona.
“:Okay, okay… Kita tutup kes, nanti saya minta maaf dengan dia em… Kita makan dulu ye,” Zafril cuba menutup perbualan yang aku tidak mahu akhiri.
“Oh, masih ada selera lagi awak nak makan ye. Pada hal makwe sendiri dari pagi tak makan sebab awak, awak boleh buat tak tahu je, pakwe jenis apa awak ni?”
Kata-kataku itu mematikan niat Zafril untuk memanggil pelayan ke meja. Tangan kanan yang di angkat tadi diturunkan semula. Zafril merenungku tajam dan aku yang tidak mahu kalah turut membalas renungannya itu.
Kata-kataku itu mematikan niat Zafril untuk memanggil pelayan ke meja. Tangan kanan yang di angkat tadi diturunkan semula. Zafril merenungku tajam dan aku yang tidak mahu kalah turut membalas renungannya itu.
“Kalau Mona tak makan dan tunggu saya dari pagi apa pula kena menggena dengan saya. Dia dah besar dia boleh fikir sendiri. And one more thing, she is not my girlfriends and I’m not her boyfriend. Kenapa awak asyik cakap saya ni pakwe dia dari tadi.” Zafril meninggikan suara buat pertama kalinya padaku.
“Oh, dah tak mengaku awak pakwe dia pulak?” Kataku sinis, muka Zafril yang mula merah menahan marah itu tidak sedikitpun menakutkanku.
“Buat apa saya nak mengaku dia makwe saya, dah memang saya bukan pakwe dia pun. Lagipun…”
“Jadi awak nak kata pada saya Mona menipu sayalah, macam tu…” Hatiku bertambah geram. Aku sendiri tidak tahu mengapa Zafril susah sangat nak mengaku kenyataan itu.
“Look Safi, I can explain it. Mungkin Mona…”
“Awak tak payah nak explain apa-apa pada saya. Saya tak perlukan penjelasan daripada awak. Kenapa susah sangat awak nak mengaku yang Mona tu teman wanita awak? Buat apa nak sorok? Apa guna bercinta kalau nak sembunyi-sembunyi macam tu? Kalau awak terus sembunyikan kenyataan ini, maknanya awak tak ikhlas mencintai dia. Ke awak memang sengaja nak main-mainkan perasaan dia?” Terus sahaja aku memotong setiap patah kata Zafril. Lelaki itu tidak harus diberikan peluang.
“Safi saya tak pernah pun nak main-mainkan…”
“Dah cukup, tak payah nak explain apa-apa. Dengar sini, saya kenal sangat dengan playboy macam awak ni, suka sangat mainkan perasaan orang lain, mempermainkan cinta. Tak pernah nak ikhlas bila bercinta. Sekarang ni memanglah awak seronok mempermainkan cinta orang lain tapi bila awak dah betul-betul jatuh cinta satu hari nanti dan bila cinta itu lari menjauh dari awak, baru awak faham perasaan perempuan-perempuan yang awak mainkan dulu. Entah-entah meroyan awak jadinya.” Syarahku panjang lebar.
“Safiah Aisyah Muhammad Irfan…” Ujar Zafril lembut.
“Dahlah malas saya nak layan buaya tembaga macam awak ni!”
Aku lantas bangun meninggalkan Zafril sendirian di meja itu. Sampai sahaja di muka pintu café itu aku menoleh melihat Zafril yang masih lagi duduk di meja itu. Aku menjeling, bertambah sakit hatiku melihat Zafril melihatku dengan wajah yang cukup tenang. Lelaki jenis apa dirinya?