SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL S.A.W. SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA ISTIQAMAH DALAM MERIALISASIKAN SUNNAHNYA DAN MENJADI MATA RANTAI PERJUANGAN BAGINDA NABI S.A.W.
Monday, January 7, 2013
Terima Kasih UMNO BN
Salam kepada semua.
(Saf Pimpinan serta petugas dan penyokong Parti Islam Semalaysia.)
Penulisan kali ini saya memilih tajuk yang sedikit kontroversi. Buka apa, kerana lama tidak mebuat sebarang posting. seingat saya lebih setahun. sibuk yang teramat sangat. sekarangpun masih begitu tetapi disebabkan desakan beberapa pengunjung setia blog yang mahukan saya menulis sesuatu makanya posting ini digarap.
Sebenarnya, ucapan terima kasih ini saya tujukan khas terutamanya kepada UMNOBN negeri kelantan yang terlalu pengecut dan penakut untuk bersaing dengan ahli dan penyokong pas di padang yang rata. Ucapan terima kasih ini memang sepatutnya diucapkan terutamanya bagi PAS negeri-negeri tertentu seperti pahang, johor, Kuala Lumpur, Sabah dan Serawak malahan pendalaman kelantan sendiri. Apa tidaknya, kerana jasa UMNOBN yang mendesak supaya ditukar guru-guru kependalaman kelantan serta ke negeri-negeri yang diperjelaskan tadi, maka hasilnya sekarang kita lihat bagaimana PAS sedang membina kekuatan di tempat-tempat tersebut.
Johor, pahang dan KL sendiri, saya melihat melalui pergaulan dan pertemua yang dirancanakan oleh Allah kebanyakan petugas dan pimpinan samada kawasan atau negeri ada di dalamnya orang kelantan. Bila ditanya, mereka adalah orang yang dipindahkan sekitar awal 90an dulu (Selepas Kelantan menanag PRU ke8). Begitu juga halnya dengan Sabah Serawak. kebanyakan pimpinan adalah dari kelantan. kalaupun bukan pimpinan, mereka adalah orang di sebalik tabir yang mengerakkan PAS di semua peringkat. Hinggakan ada orang tempatan yang kadang-kadang kehairanan bila ada orang kelantan yang tidak aktif dalam PAS.
Masalah yang lain pula iaitu, kebanyakan orang kelantan ini, terlalu sukar untuk berpindah balik ke negeri mereka. Labih lama mereka disesuatu tempat, maka lebih ramailah yang terpikat dengan dakwah mereka. Lebih ramailah penyokong PAS. Kesannya insyaAllah PAS akan menjadi parti yang paling kuat di tempat tersebut. Jadi terima kasihlah UMNOBN. Terima Kasih UMNO kelantan. Dendam anda kami telah balasnya. Jasa anda kami telah sempurnakan.
Sekian Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)