Konvensyen Pakatan Rakyat yang telah menyaksikan kerjasama erat daripada 3 Parti pembangkang di sabah ini telah memperlihatkan kematangan semua pihak samada pihak pemimpin peringkat negeri mahupun semua pendokong parti masing-masing. Dengan semangat dan tekad yang sama iaitu memastikan BN disingkirkan dan pakatan rakyat mampu melangkah ke Putrajaya, mereka memberikan komitmen yang jitu iaitu pilihan raya ke13 Sabah bukan lagi negeri Simpanan Tetap BN untuk terus menggenggam kuasa.
Yang terlalu ironisnya ialah, kepimpinan Pas pusat yang hadir mendapat sokongan dan tepukan yang gemuruh daripada peserta konvensyen. Apa tidaknya apabila disebut saja nama Tn. Haji Muhamad Sabu, Tak kira siapa mereka, Kadazan, Dusun, Sungei, Murut, bajau dan apa agama sekalipun mereka semua berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana yang tak pernah rasanya seingat-ingat penulis disepanjang program ceramah yang dianjurkan bersama antara pakatan.
Lebih memeranjatkan apabila rata-rata yang hadir adalah perwakilan konvensyen daripada pendalaman sabah. Mereka semua menyatakan bahawa nama Mat Sabu telah dikenali di tempat mereka. Mereka juga cukup optimis bahawa, andainya Tn. Hj. Mat Sabu datang ke tempat mereka pastinya akan hadir ribuan orang untuk mendengar ceramahnya. Mereka di sabah ini memang ingin melihat dan menganalisis sebuah sejarah yang telah lama disalah faktakan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya berkenaan negeri mereka sendiri iaitu sabah. Tepat dan benarlah Tn. Hj. Mat Sabu bila ucapan terima kasih kepada media yang digenggam oleh UMNObN atas semua ini. Tanpa kempen dari media BN ini sudah tentu tidak ramai penduduk pendalaman Sabah dapat mengenali Tn. Hj. Mat Sabu kecuali penyokong PAS. Semua ini terbukti, bilamana ceramah Tn. Hj. Mat Sabu di Kota Belut dihadiri oleh ribuan orang yang mana semua ini tak pernah berlaku sebelum ini. Kata kebanyakan pemimpin Pas tempatan.
Tahniah Bang Mat. Terima kasih RTM, TV3 dan Utusan Meloya atas kempen percuma kepada Tn. Hj. Mat Sabu. Kalau boleh tolong kempenkan untuk pimpinan PAS yang lain. Aku sendiripun mahu juga, mana tahu kalau dah glamour nanti dapat ambil calon.
sekian, terima kasih sekali lagi.
Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakat DPPNS.