Al-TARTIL CENTRE
Thursday, 27 August 2009
Tulisan dan design yg diminta oleh Ustaz Amiri utk AL-TARTIL CENTRE ( Pusat Pengajian & Pembelajaran Al-Quran, Kelas B.Arab dan Fardhu Ain ) yg bertempat di Machang, Kelantan.
Tulisan dan design yg diminta oleh Ustaz Amiri utk AL-TARTIL CENTRE ( Pusat Pengajian & Pembelajaran Al-Quran, Kelas B.Arab dan Fardhu Ain ) yg bertempat di Machang, Kelantan.
Pagi td (22 Ogos) telah berlangsungnya MARHABAN DI ASTRO utk zon Utara yg bertempat di Sunway Carnival Mall, Seberang Perai, Pulau Pinang. Turut diadakan PERTANDINGAN KHAT dan PERTANDINGAN BERCERITA. Bagi pertandingan khat, ianya telah diadili oleh penyanyi nasyid serta penulis khat yang berbakat dari Lubnan iaitu Imad serta Ustaz Abdul Baki Abu Bakar dari Yayasan Restu.
Sebenarnya saje je saya ingin mencuba utk masuk dalam pertandingan Khat ni dan tidak terdetik sikit pun perasaan utk menang. Hanya utk mencari pengalaman dan meraikan program sebegini di samping berjumpa dgn sahabat2 khattat saya di sekitar Pulau Pinang.
Tapi antara percaya dengan tidak percaya, saya agak t'kejut apabila nama saya diumumkan sbg johan. Rasanya masih bnyk kelemahan yg ada pada tulisan saya maklumlah bila dlm pertandingan, perasaan gemuruh tetap ada semasa menulis tambahan pula masa yg diberi hanyalah 1 jam utk kami siapkan 2 soalan. Alhamdulillah, saya tetap bersyukur dan mungkin ini merupakan rezeki saya di bulan Ramadhan yg mulia...
Saya difahamkan oleh pihak ASTRO bahawa seramai 12 penulis khat terbaik di peringkat zon / negeri akan dipilih oleh juri untuk bertanding di peringkat Grand Final yg akan diadakan di Klang pada 6 September 2009 nanti.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak diucapkan kepada semua pengunjung blog saya. Terima kasih atas sokongan semua...
Salam Ukhuwwah buat Izzuddin Md. Amin
© Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP