Memang semua dah tahu, sekarang di Kelantan tiba lagi musim hujan atau lebih dikenali lg dengan musim "bah". Tiap-tiap hari hujan turun. Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita; "Cuaca buruk je akhir2 ni ye". Persoalannya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk? Berapa ramai dikalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
"Ishh, tak kering la baju kalau asyik hujan je...". "Alahai, hujan laaagiiii!!!"
"Tiap-tiap hari hujan... susah la macam ni!". "Payah nak buat apa-apa kalau hujan!". "Tak boleh balik lagi ni, hujan lah!" Dan macam-macam lagi.
Bukankah bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa:-
"Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami."
Hakikatnya, hujan itu rahmat. "Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)."[Al-A'raf: 57]
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya, antaranya:- Membersihkan udara, menyubur tanaman, juga membekal air ke empangan. Ada banyak lagi. Cuma pernah terfikir, kenapa orang selalu 'bad mood' bila hujan? "Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram atau tak best. Kesian hujan. . Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah berpesan, bila hujan turun, doa mustajab.
Sekarang ni, di Kelantan tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa
untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah." [Al-Qamar: 11] Maka, BERDOALAH. Dalam ilmu tasawwuf (dan ilmu-ilmu fardhu Ain lainpun ada juga) mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Tak payah kita tentukan, tak perlu kita perintahkan, Allah tahu bila nak turunkan hujan, kenapa perlu hujan, dan banyak mana atau lama mana nak diturunkan hujan. Lihatlah firman Allah yg bermaksud; "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." [Al-Mukminun: 18]
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ni kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kat kita sekarang ni ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau menyimpannya." [Al-Hijr: 22]
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah),Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." [Surah Hud:123]
Read more...