Kalimah ANNABIUL UMMIYYI, Allah telah sebutkan sebanyak dua kali di dalam alQuran iaitu pada surah Al A'raf ayat 157 dan ayat 158.
Firman Allah
الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ َ﴿١٥٧﴾ الأعراف
Orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang Ummiyyi itu yang (namanya) tertulis di ssi mereka dalam Taurat dan Injil
Surah Al A'raf ayat 157
Firman Allah
فَآمِنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَكَلِمَاتِهِ ﴿١٥٨﴾ الأعراف
Maksudnya
Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummiyyi itu yang beriman kepada Allah dan kepada kalimah-kalimahNya.
Surah al A´raf ayat 158
Rata rata di kalangan kita menterjemahkan kalimah Al Ummiyyi ini sebagai BUTA HURUF atau dengan lain perkataan Tidak tahu membaca dan Menulis.
Benarkah Rasulullah seorang yang Buta Huruf atau ini hanyalah dakyah Ahli Kitab bagi menghakis kepercayaan umat terhadap Rasulullah SAW.
MAKNA AL UMMIYYI
Secara tepatnya saya katakan bahawa kalimah al Ummiyyi adalah bermaksud ....TIDAK PERNAH membaca dan menulis kitab kitab terdahulu sebelum alQuran BUKANNYA Buta Huruf.
Ini adalah berdasarkan kepada hujjah hujjah di bawah ini.
HUJJAH PERTAMA
BUTA HURUF MENGURANGI SIFAT WAJIB SEORANG NABI.
Setiap Nabi dan Rasul wajib memiliki empat sifat berikut...
Buta Huruf adalah satu sifat yang boleh mengurangi Sifat kesempurnaan seseorang dan ianya tidak sepatutnya ada pada setiap diri Nabi dan Rasul.
Tapi yang anehnya dan tidak masuk akal sama sekali bahawa gelaran buta huruf hanya ada pada Rasulullah saw sahaja iaitu ketua kepada para Nabi dan Rasul sedangkan nabi-nabi yang lain sebelum Baginda tidak begitu.
Sudah tidak ada lagi nabi lainkah sehingga Allah boleh angkat seorang yang BUTA HURUF menjadi ketua.
MAKNA AL UMMIYYI KENA RUJUK KEPADA EMPUNYA KALAM
Ini adalah kerana terdapat huruf alif dan Lam ( ال ) dipermulaan perkataan yang membawa maksud khusus.
Firman Allah
وَمَا كُنتَ تَتْلُو مِن قَبْلِهِ مِن كِتَابٍ وَلَا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ ۖ إِذًا لَّارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ﴿٤٨﴾ العنکبوت
Dan engkau tidak pernah membaca satu kitab pun sebelum turunnya AlQuran dan tidak pernah menulisnya dengan tangan kananmu Jika demikian maka ragu ragulah Orang-Orang yang Bathil itu.
Surah al Ankabut ayat 48
Allah menerangkan maksud Ummiyyi adalah Rasulullah tidak pernah membaca dan menulis dengan tangan kanannya kitab-kitab terdahulu sebelum AlQuran.
Seandainya Rasulullah pernah berbuat demikian maka orang-orang Yahudi akan mengatakan bahawa AlQuran yang dibawa oleh Rasulullah ini adalah ciplak dari kitab- kitab Taurat, Zabur dan Injil.
Lihatlah betapa bijaknya mereka memutar belitkan kalimah Al Ummiyyi sebagaimana mereka pernah memutar belitkan kitab - kitab Taurat, Injil dan Zabur.
Firman Allah
Firman Allah
مِّنَ الَّذِينَ هَادُوا يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِ ﴿٤٦﴾ النساء
Maksudnya
Daripada orang orang Yahudi itu mereka suka memutarbelitkan kalam Allah dari tempatnya.
Surah An Nisa' ayat 46
PEMBAHAGIAN UMAT MANUSIA
- Umat yang didatangkan kitab
- Al Ummiyyin
Firman Allah
وَقُل لِّلَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْأُمِّيِّينَ أَأَسْلَمْتُمْ ۚ فَإِنْ أَسْلَمُوا فَقَدِ اهْتَدَوا ۖ ﴿٢٠﴾ ال عمران
Maksudnya
Dan katakanlah kepada Orang-Orang yang telah diberikan Kitab dan Orang-Orang yang Ummiyyi itu "Apakah telah Islam kamu " Jika telah Islam mereka, sesungguhnya mereka telah berpetunjuk
Surah Ali Imran ayat 20
Orang- orang yang diberikan Kitab adalah merujuk kepada orang Yahudi dan Nasoro (Kristian) yang berasal daripada keturunan Nabi Ishak a.s dan anaknya Nabi Yaakob a.s. (Bani Israil)
Sebaliknya golaongan al Ummiyyin adalah golongan yang tidak pernah didatangkan Kitab.
Mereka ini adalah dari keturunan Nabi Ismail a.s. yang salsilahnya terus kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Seandainya Al Ummiyyin ini bermaksud golongan yang Buta huruf mengapakah Allah tidak namakan golongan Bani Israil ini sebagai golongan yang Bijak Kitab tetapi sebaliknya Allah gelarkan mereka sebagai golongan yang telah didatangkan Kitab.
Kalimah AL UMMIYYI dalan surah al A'´raf ayat 157 dan 158 ini adalah bermaksud Tidak pernah membaca dan menulis kitab kitab terdahulu sebelum al Quran Bukanlah Buta Huruf.
Istilah Buta Huruf adalah propaganda Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang inginkan kita kufur dengan Rasulullah.
Pujian serta selawat yang kita ucapkan setiap hari tidak akan bermakna seandainya kita terus menerus melabelkan Rasulullah dengan gelaran yang tidak selayaknya bagi diri Baginda.
Untuk penjelasan lanjut,
Sila hubungi / WhatsApp ke
017 6046148
Ustaz Juhari Noor b Haji Jaafar