Isnin, 28 Ogos 2017

JEMAAH HAJI ADALAH DUYUF AR RAHMAN


Menunaikan haji di Mekah merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima dan mereka yang berkemampuan dituntut melaksanakannya.

 : : Firman Allah 

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾ الحج


Maksudnya
Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang kemu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari sejenak penjuru yang jauh.
Surah Al Hajj ayat 27


Maka berbondong bondonglah umat manusia dari serata ceruk manusia datang ke Baitullah untuk mengerjakan ibadah suci ini.

Gejala menipu jemaah haji bukanlah satu perkara yang baru dan ianya berlaku di mana mana sahaja, tidak hanya di Malaysia ataupun di Indonesia.

Kononnya mereka yang tidak bertanggung jawab menawarkan pakej haji harga " runtuh " bagi mengaburi mata masyarakat.


Cuba kita bayangkan....
Harga pakej umrah menaiki bas dari Amman, Jordan ialah JD 80 seorang. Apabila tiba musim haji, harga ini akan meningkat kepada JD 150.

Di sIni kita kena faham bahawa permintaan untuk visa, penginapan dan pengangkutan di musim haji adalah tinggi maka tidak akan ada pakej haji dengan harga " runtuh ".  Harga rendah yang ditawarkan itu sebenarnya adalah harga untuk pakej umrah.

Sekufur kufur Abu Jahal pun, dia tak pernah ambil kesempatan menipu jemaah haji malah sanggup bergaduh dek kerana nak beri minum orang haji.


 : : Firman Allah 

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ لَايَسْتَوُونَ عِندَ اللَّـهِ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ ﴿١٩﴾ التوبة

Maksudnya
Adakah orang yang memberi minum orang-orang Haji ( Abu Jahal ) serta memakmurkan Masjid Al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka itu tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memimpin kaum yang zalim.
Surah Al Taubah ayat 19

Itu Abu Jahal yang tentang Nabi habis habisan...
beri minum orang haji maka apakah yang patut kita katakan kepada mereka yang beriman tapi menipu orang haji.

Setujukah anda sekiranya saya sifatkan mereka ini lebih teruk daripada Abu Jahal ?


Ingatlah...
Sesungguhnya jemaah haji ini adalah tetamu Allah. Seandainya mereka ditipu dan dizalimi maka doa mereka akan sampai terus kepada Allah tanpa sebarang hijab.


Ahad, 20 Ogos 2017

UNTUK APA MANUSIA DICIPTA ?


💖 Firman Allah

 أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُون ﴿١١٥﴾ المؤمنون

Maksudnya
Maka apakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu sia sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Surah Al Mukminun ayat 115

Dalam ayat di atas Allah lontarkan dua pertanyaan kepada manusia.
  • Adakah Manusia diciptakan sia sia?
  • Dan Manusia tidak akan dikembalikan kepada Allah ?

HAKIKAT PENCIPTAAN MANUSIA 

Allah tidak ciptakan Manusia main main ataupun sia sia

💖 Firman Allah

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ ﴿١٦﴾ الأنبياء

Maksudnya
Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya main-main
Surah Al Anbiya' ayat 16

💖 Firman Allah

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلًا ﴿٢٧﴾ ص

Maksudnya
Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu Sia sia
Surah Sod ayat 27

Jadi Untuk Apa Manusia diciptakan ?

Manusia dicipta semata mata untuk menyembah Allah

💖 Firman Allah

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴿٥١﴾ الذاريات

Maksudnya
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembahKu.
Surah AzZariat  ayat 56

Menyembah Allah .... memperhambakan seluruh jiwa raga kita, Solat kita, Ibadah kita, Hidup kita dan Mati kita hanya kepada Allah

💖 Firman Allah

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٦٢﴾ الأنعام

Maksudnya
Katakanlah "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Tuhan sekalian alam.
Surah Al An'am ayat 162

Tiada syirik BagiNya

💖 Firman Allah

  لا شَرِيكَ لَهُ ۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ ﴿١٦٣﴾ الأنعام 

Maksudnya
Tiada sekutu bagiNya dan dengan itu aku diperintahkan dan aku adalah orang orang yang mula mula berserah diri kepada Allah.
Surah Al An' am ayat 163

Seterusnya Allah bertanya....

💖 Firman Allah 


وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ ﴿١١٥﴾ المؤمنون

Maksudnya
Dan kamu menyangka bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
Surah al Mukminun ayat 115

TIDAK
Sebaliknya kepada Allah jualah Manusia akan dikembalikan.

💖 Firman Allah

اللَّـهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ ﴿١١﴾ الروم 

Maksudnya
Allah memulakan kejadian sekalian makhluk kemudian Ia mengembalikannya kemudian kepadaNyalah kamu dikembalikan.
Surah Al Rum ayat 11

Akhir sekali...
Marilah kita sama sama renungi pertanyaan Allah ini.

💖 Firman Allah

يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ ﴿٦﴾ الإنفطار

Maksudnya
Wahai Manusia! Apakah yang memperdayakanmu  (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?
Surah al Infitar ayat 6

Sehinggakan kita boleh lupa dan sombong kepada Allah





Selasa, 25 Julai 2017

LAUT MATI - MURKA ALLAH KEPADA KAUM SODOM


Laut Mati ( البحر الميت‎ ) Dead Sea merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat.

Nama Laut Mati berasal dari terjemahan bahasa ibrani ( Hebrew ) Yam Ha Maved yang bererti Laut Pembunuh.

Dahulunya disini terdapat sebuah negeri yang dihuni oleh Kaum Sodom. Sodom adalah merujuk kepada kota besar di Jordan. Kaum Sodom merupakan umat Nabi Luth yang dimusnahkan oleh Allah SWT.



 KEMUNKARAN KAUM SODOM 

🌷Firman Allah

 إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنتُمْ  قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ﴿٨١﴾ الأعراف

Maksudnya
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".
Surah al Araf ayat 81

Nabi Luth telah menasihatkan kaumnya agar berhenti melakukan perkara terkutuk itu namun tidak diendahkannya malah mereka telah menghalau Nabi Luth dan pengikutnya dari bumi Sodom



🌷Firman Allah

فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَن قَالُوا أَخْرِجُوا آلَ لُوطٍ مِّن قَرْيَتِكُمْ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ ﴿٥٦﴾ النمل

Maksudnya
Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang bersih
Surah an Namlu ayat 56

Dengan sombongnya mereka telah berkata ...

🌷Firman Allah

قَالُوا ائْتِنَا بِعَذَابِ اللَّـهِ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ ﴿٢٩﴾ العنكبوت

Maksudnya
Datangkanlah kepada kami dengan azab Allah jika engkau dari orang-orang yang benar".
Surah al 'Ankabut ayat 29

AZAB ALLAH KE ATAS KAUM SODOM

🌷Firman Allah

فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ ﴿٨٢﴾ هود

Maksudnya
Maka apabila tibanya perintah Kami Kami jadikan negeri itu terbalik dan kami hujani dengan batu-batu dari tanah yang dibakar menimpanya bertalu-talu.
Surah Hud ayat 82


Panjangnya Laut Mati adalah 67 km  manakala lebarnya adalah 18 km. Pantainya berada di kedudukan 418m di bawah aras laut merupakan kawasan paling rendah di dunia.

Di sini .....
  1. Tiada satupun hidupan yang boleh hidup di dalamnya kerana kadar kemasinan airnya amat tinggi.
  2. Tiada seekor burungpun yang melintasi kawasan ini kerana ruang udaranya dikatakan beracun.
  3. Kandungan garamnya yang amat tinggi membolehkan orang yang mandi disitu terapung apung di atas air.


TAUBAT KEPADA ALLAH



 : : Firman Allah  

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُون ﴿َ٢٥﴾ الشوری

Maksudnya
Dan Dia lah yang menerima taubat dari hamba - hambaNya serta memaafkan kejahatan - kejahatan dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.
Surah as Syura ayat 25

 : : Firman Allah  

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚإِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ ﴿٥٣﴾  الزمر 

Maksudnya
Katakanlah "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri diri mereka   Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Surah az Zumar ayat 53

Sesungguhnya taubat itu bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan kemudian mereka segera bertaubat

 : : Firman Allah  

انمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُولَئِكَ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ﴿١٧﴾ النساء

Maksudnya
Sesungguhnya taubat itu hanyalah bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan kemudian mereka segera bertaubat maka Allah menerima taubat mereka. Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Surah an Nisa' ayat 17.

Adapun Orang orang yang Allah tidak terima taubat mereka adalah seperti berikut

  1. Orang yang bertaubat ketika tiba saat kematiannya.
  2. Orang yang mati dalam keadaan kafir.
Firman Allah  

وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّىٰ إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ وَلَا الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ أُولَـٰئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا ﴿١٨﴾ النساء

Maksudnya
Dan tidaklah taubat itu kepada orang-orang yang melakukan kejahatan hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati berkatalah ia "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang," dan orang-orang yang mati sedang mereka dalam keadaan kafir. Mereka itu Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang pedih
Surah an Nisa' ayat 18


Dalam alQuran menyatakan bahawa Firaun pernah bertaubat kepada Allah...

 : : Firman Allah  

قال آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴿٩٠﴾ يونس

Maksudnya
Aku beriman bahawa tiada Tuhan melainkan yang telah beiman dengannya Bani Israil dan aku dari orang-orang yang menyerah diri ".
Surah Yunus ayat 90

PERSOALANNYA
Adakah Allah terima taubat Fir'aun ?
Jawapannya....

TIDAK
Malah Allah tempelak balik Fir'aun

 : : Firman Allah  

الْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ ﴿٩١﴾ يونس
Maksudnya
Adakah sekarang padahal engkau dari dahulu telah derhaka dan engkau telah menjadi daripada orang - orang yang melakukan kerosakan?.
Surah Yunus ayat 91

Akhir 2ekali pesanan Allah kepada kita...

 : : Firman Allah  

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّـهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّـهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ ﴿١٣٥﴾ آل عمران

Maksudnya
Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka.
Surah Ali Imran ayat 135.

 : : Firman Allah  

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّـهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا ٌ ﴿٨﴾ ْ التحریم
Maksudnya
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha"
Surah At Tahrim ayat 8


Rabu, 5 Julai 2017

BERIMAN KEPADA ALQURAN


AlQuran adalah kitab Allah yang menjadi petunjuk kepada orang orang yang bertaqwa.

 : : Firman Allah  

 ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾ البقرة
 ﴾ البقرة

Maksudnya
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang keraguan padanya dan menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa
Surah al Baqarah ayat 2

Kitab yang menerangkan setiap sesuatu

 : : Firman Allah  

 وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ ﴿٨٩﴾ النحل

Maksudnya
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai penerangan bagi tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang Islam.
Surah an Nahlu ayat 89

Kitab yang cukup lengkap...
Allah tidak tinggalkan sedikitpun

 : : Firman Allah  

 مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ ﴿٣٨﴾ الأنعام

Maksudnya
Dan tiada Kami tinggalkan dalam kitab Al-Quran akan sesuatu
Surah al An´am ayat 38

Malah Allah perjelaskan atas ilmu Allah

 : : Firman Allah  

وَلَقَدْ جِئْنَاهُم بِكِتَابٍ فَصَّلْنَاهُ عَلَىٰ عِلْمٍ هُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ﴿٥٢﴾ الأعراف

Maksudnya
Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami  perjelaskannya atas ilmu untuk menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.
Surah al A'raf ayat 52



Maka sebab itulah AlQuran tiada keraguan di dalamnya dan memimpin ke jalan yang lebih lurus

 : : Firman Allah  

إِنَّ هَـٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ  ﴿٣﴾ الإسراء


Maksudnya
Sesungguhnya Al-Quran ini memimpin kepada jalan yang lebih lurus.
Surah al Isra' ayat 3

Barang siapa yang mengikutinya maka ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka

 : : Firman Allah  

فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَی ﴿١٢٣﴾ طه

Maksudnya
Maka ia pasti akan  datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka barang siapa yang mengikut petunjukKu, nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan celaka۔
Surah Taha ayat 123

Dan mereka juga tidak akan takut dan berdukacita

 : : Firman Allah  

فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿٣٨﴾ البقرة


Maksudnya
Maka barang siapa yang mengikut petunjukKu nescaya tiada ketakutan atas mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Surah al Baqarah ayat 38

Sebalikya Orang orang kufur dan mendustakan ayat ayat Kami maha mereka itu ...

 : : Firman Allah  


وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَـٰئِكَ أَصحابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدون  ﴿٣٩﴾ البقرة

Maksudnya
Dan orang-orang yang kufur dan mendustakan ayat-ayat kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Surah al Baqarah ayat 39

Menyedari hakikat kejadian manusia yang dicipta dalam keadaan jahil maka kenapa kita mesti menolak panduan dan petunjuk yang Allah datangkan untuk manusia.

 : : Firman Allah  

أَوَلَمْ يَكْفِهِمْ أَنَّا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَرَحْمَةً وَذِكْرَىٰ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ﴿٥١﴾ العنکبوت

Maksudnya
Adakah tidak cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu AlQuran yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya ia mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.
Surah al Ankabut ayat 51



Ahad, 4 Jun 2017

SURAH SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYYAH DALAM ALQURAN

Bilangan Surah surah Makkiyah adalah sebanyak 86 surah manakala bilangan Surah surah Madaniyyah adalah sebanyak 28 surah. Berikut adalah perinciannya. 
  1. Al-Fatihah                7 ayat Makkiyah 
  2. Al-Baqarah        286 ayat Madaniyyah 
  3. Ali Imran            200 ayat Madaniyyah 
  4. Al-Nisa'               176 ayat Madaniyyah  
  5. Al-Maidah          120 ayat Madaniyyah 
  6. Al-An'am            165 ayat Makkiyah 
  7. Al-A'raf                206 ayat Makkiyah 
  8. Al-Anfal                75 ayat Madaniyyah 
  9. Al-Taubah           129 ayat Madaniyyah 
  10. Yunus                   109 ayat Makkiyah 
  11. Hud                       123 ayat Makkiyah 
  12. Yusuf                    111 ayat Makkiyah 
  13. Al-Ra'd                    43 ayat Madaniyyah 
  14. lbrahim                  52 ayat Makkiyah 
  15. Al-Hijr                     99 ayat Makkiyah 
  16. Al-Nahl                  128 ayat Makkiyah 
  17. Al-Isra'                   111 ayat Makkiyah 
  18. Al-Kahf                  110 ayat Makkiyah 
  19. Maryam                  98 ayat Makkiyah 
  20. Thaha                    135 ayat Makkiyah 
  21. Al-Anbiya             112 ayat Makkiyah 
  22. Al-Hajj                    78 ayat Madaniyyah 
  23. Al-Mukminun     118 ayat Makkiyah 
  24. Al-Nur                    64 ayat Madaniyyah 
  25. Al-Furqan             77 ayat Makkiyah 
  26. Al-Syu'ara          227 ayat Makkiyah 
  27. Al-Naml                93 ayat Makkiyah 
  28. Al-Qashash           88 ayat Makkiyah
  29. Al-Ankabut           69 ayat Makkiyah 
  30. Al-Rum                 i60 ayat Makkiyah 
  31. Luqman                 34  ayat Makkiyah 
  32. Al-Sajdah               30  ayat Makkiyah 
  33. Al-Ahzab                73  ayat Madaniyyah 
  34. Saba’                       54  ayat Makkiyah 
  35. Fathir                      45 ayat Makkiyah 
  36. Yasin                       83 ayat Makkiyah 
  37. Al-Shaffat              182 ayat Makkiyah 
  38. Shad                         88  ayat Makkiyah
  39. Al-Zumar                75  ayat Makkiyah 
  40. Ghafir                      85  ayat Makkiyah 
  41. Fusshilat                 54  ayat Makkiyah 
  42. Al-Syura                  53  ayat Makkiyah 
  43. Al-Zukhruf             89  ayat Makkiyah 
  44. Al-Dukhan             59  ayat Makkiyah 
  45. Al-Jatsiyah             37  ayat Makkiyah 
  46. Al-Ahqaf                 35  ayat Makkiyah 
  47. Muhammad           38  ayat Madaniyyah 
  48. Al-Fath                    29  ayat Madaniyyah 
  49. Al-Hujurat              18  ayat Madaniyyah 
  50. Qaf                           45  ayat Makkiyah 
  51. Al-Dzariyat             60  ayat Makkiyah 
  52. Al-Thur                   49  ayat Makkiyah 
  53. Al-Najm                  62  ayat Makkiyah 
  54. Al-Qamar               55  ayat Makkiyah 
  55. Al-Rahman            78  ayat Madaniyyah 
  56. Al-Waqi’ah            96  ayat Makkiyah 
  57. Al-Hadid                29  ayat Madaniyyah 
  58. Al-Mujadilah        22  ayat Madaniyyah 
  59. Al-Hasyr                24  ayat Madaniyyah 
  60. Al-Mumtahanah  13  ayat Madaniyyah 
  61. Al-Shaff                 14  ayat Madaniyyah 
  62. Al-Jumu’ah           11  ayat Madaniyyah 
  63. Al-Munafiqun      11  ayat Madaniyyah 
  64. Al-Taghabun        18  ayat Madaniyyah 
  65. Al-Thalaq              12  ayat Madaniyyah 
  66. Tahrim                  12  ayat Madaniyyah 
  67. Al-Mulk                 30  ayat Makkiyah 
  68. Al-Qalam              52  ayat Makkiyah 
  69. Al-Haqqah           52  ayat Makkiyah 
  70. Al-Ma’arij            44  ayat Makkiyah 
  71. Nuh                      28  ayat Makkiyah 
  72. Al-Jin                    28 ayat Makkiyah 
  73. Al-Muzammil     20 ayat Makkiyah 
  74. Al-Muddatsir      56 ayat Makkiyah 
  75. Al-Qiyamah        40 ayat Makkiyah 
  76. Al-Insan               31 ayat Madaniyyah 
  77. Al-Mursalat        50 ayat Makkiyah 
  78. Al-Naba               40 ayat Makkiyah 
  79. Al-Nazi'at            46 ayat Makkiyah 
  80. 'Abasa                  42 ayat Makkiyah
  81. At Takwir            29 ayat Makkiyah 
  82. Al-Infithar          19 ayat Makkiyah 
  83. Al-Muthaffifin   36 ayat Makkiyah 
  84. Al-Insyiqaq        25 ayat Makkiyah  
  85. Al-Buruj             22 ayat Makkiyah  
  86. Al-Thariq           17 ayat Makkiyah 
  87. Al-A’la                 19 ayat Makkiyah 
  88. Al-Ghasyiyah    26 ayat Makkiyah 
  89. Al-Fajr                30 ayat Makkiyah 
  90. Al-Balad             20 ayat Makkiyah 
  91. Al-Syams           15 ayat Makkiyah 
  92. Al-Lail                21 ayat Makkiyah 
  93. Al-Dhuha          11 ayat Makkiyah 
  94. Al-Insyirah        8 ayat Makkiyah 
  95. Al-Tin               l 8 ayat Makkiyah  
  96. Al-'Alaq            19 ayat Makkiyah  
  97. Al-Qadr              5 ayat Makkiyah  
  98. Al-Bayyinah     8 ayat Madaniyyah 
  99. Al-Zalzalah       8 ayat Madaniyyah 
  100. Al-'Adiya         11 ayat Makkiyah  
  101. Al-Qari'ah       11 ayat Makkiyah  
  102. Al-Takatsur      8 ayat Makkiyah  
  103. Al-'Ashr             3 ayat Makkiyah  
  104. Al-Humazah    9 ayat Makkiyah  
  105. Al-Fil                 5 ayat Makkiyah  
  106. Quraisy            4 ayat Makkiyah  
  107. Al-Ma'un          7 ayat Makkiyah  
  108. Al-Kautsar       3 ayat Makkiyah  
  109. Al-Kafirun       6 ayat Makkiyah  
  110. Al-Nasr             3 ayat Madaniyyah 
  111. Al-Masad          5 ayat Makkiyah  
  112. Al-Ikhlash        4 ayat Makkiyah  
  113. Al-Falaq            5 ayat Makkiyah  
  114. Al-Nas               6 ayat Makkiyah 

Tulisan condong
Makkiyah / Madaniyyah
Ulamak berselisih pendapat dalam menentukan ststusnya

Isnin, 12 Disember 2011

SEJARAH PENULISAN ALQURAN



Setiap kali diturunkan ayat, sudah pasti Rasullullah SAW memerintahkan Sahabat-Sahabat seperti Ali bin Abi Talib, Muawiyah bin Abu Sufian, ‘Ubai bin Ka’ab dan Zaid bin Tsabit menulis wahyu tersebut di atas pelepah kurma, batu, kulit atau daun kayu serta potongan tulang belulang binatang dengan berpandukan petunjuk dari Baginda Rasul.

Setelah kewafatan Rasulullah, telah tercetusnya Peperangan Yamamah (12 H) yang menyaksikan seramai tujuh puluh orang Qari’ (penghafal AlQur’an) dari kalangan Sahabat telah gugur syahid.

Bimbangkan akan hilangnya AlQuran maka Saidina Umar bin Khattab mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar ( 632H - 634 H) agar AlQuran ini dikumpulkan semula. 


Saidina Abu Bakar yang pada awalnya agak keberatan telah memerintahkan Zaid bin Tsabit mencari serta mengumpulkan AlQuran dan dijadikan di dalam satu mushaf.

Mushaf tersebut disimpan oleh Saidina Abu Bakar sebelum diserahkan kepada Saidina Umar dan Saidatina Hafsah anak Saidina Umar.


PENULISAN SEMULA ALQURAN

Semasa Saidina Uthman bin Affan dilantik menjadi Khalifah pada tahun 25 H, pengaruh Islam telah berkembang luas hingga ke Afrika Utara di barat dan Azerbaijan di timur.

Ramai orang yang bukan Arab telah memeluk Islam dan beberapa orang Sahabat telah dihantar ke tempat-tempat tertentu untuk mengajar saudara-saudara baru ini akan AlQur’an.

Dalam pada itu wujud perbezaan bacaan antara seorang guru dengan guru yang lain. Bagi orang-orang Syam, mereka membaca mengikut bacaan Abdullah bin Mas’ud manakala orang-orang Iraq pula, mereka membaca mengikut bacaan Abu Musa al-Ash’ary



Keadaan ini hampir-hampir menyebabkan berlaku perbalahan di antara saudara -saudara baru Islam.

Seorang Sahabat bernama Huzaifah bin Yaman yang turut serta dalam peperangan di Armenia dan Azerbaijan telah menceritakan keadaan ini kepada 
Khalifah Uthman bin Affan.


Saidina Uthman memerintahkan Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair, Sa’id bin Ash dan Abdul Rahman bin Haritth menulis semula AlQuran dan memperbanyakannya. 


Dari mushaf-mushaf tersebut, satu salinan disimpan di Madinah dan yang lain dikirimkan di berbagai pusat islam seperti Kufah, Basrah, Damsyiq dan Mekkah

Syiah menolak Mushaf Uthmani.

Namun begitu Puak Syiah telah menolak Mushaf Uthmani dengan alasan bahawa Saidina Uthman telah mengabaikan beberapa ayat yang mengagungkan Saidina Ali.

Dakwaan ini sama sekali tidak berasas kerana ketika Mushaf ini diakui, tiada persengketaan atau permusuhan antara Saidina Uthman dengan Saidina Ali. Saidina Ali sendiri telah memerintahkan supaya menyebarkan naskah itu sebanyak-banyaknya.

Dari hasil usaha para sahabat Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Zaid bin Tsabit dan sebagainya maka kita berpeluang membaca dan mengambil pelajaran apa-apa yang terkandung di dalam AlQur’an. 


Amat malanglah bagi kita jika kita tidak menjadikan AlQur’an ini sebagai panduan hidup serta cahaya yang menerangi kegelapan. Semoga kita dapat menfaatkan segala usaha dan pengorbanan sahabat-sahabat nabi ini dalam mencari, mengumpul dan menyelaraskan bacaan AlQur’an


Ahad, 16 Mei 2010

ILMU QIRAAT


Kalimah Qiraat adalah jamak daripada perkataan qiraah yang berarti “bacaan” yang telah ditetapkan berdasarkan sanad-sanadnya sampai kepada Rasulullah.

Diantara para sahabat yang terkenal mengajar qiraat ialah 

  1. Ubai bin Kaab r.a, 
  2. Ali bin Abi Thalib ra, 
  3. Zaid bin Harithah r.a, 
  4. Ibn Masud r.a dan 
  5. Abu Musa al Ansary r.a .. 
Dari mereka inilah sebahagian besar Sahabat dan Tabi`in di berbagai negeri belajar ILMU Qiraat.

PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT

Pada permulaan abad pertama Hijrah ( zaman Tabi’in ), tampillah sejumlah ulama yang membulatkan tenaga dan perhatian
terhadap masalah Qiraat secara sempurna . Mereka menjadikannya sebagai suatu disiplin ilmu yang berdiri sendiri sebagaimana mereka lakukan terhadap ilmu-ilmu syariat yang lainnya, sehingga mereka berjaya melahirkan Imam dan ahli Qiraat yang diikuti dan dipercaya. 

Bahkan dari generasi ini dan generasi sesudahnya terdapat tujuh orang terkenal sebagai imam Qiraat hingga ke hari ini.

IMAM - IMAM QIRAAT


  1. Imam Nafi’ Al-Madani
Nama sebenar beliau ialah Nafi’ bin Abdul Rahman bin Abi Na’im Al-Laithi. Beliau digelar Abu Ruaim. Dilahirkan pada tahun 70 Hijrah di Sifahan dan meninggal dunia di Madinah pada tahun 169 Hijrah.

Dua perawinya ialah Qalun dan Warasy 
  • Qalun : Beliau ialah Isa bin Mina bin Wardan bin Isa bin Abdul Samad al Madani. Ia adalah seorang guru bahasa arab Diriwayatkan bahwa Nafi’ memberinya nama panggilan Qalun karena keindahan suaranya. Perkataan Qalun dalam bahasa rumawi berarti baik Dilahirkian pada tahun 120H dan meninggal dunia pada tahun 220H
  • Warsy : Beliau ialah Abu Sa’id Othman bin Sa’id bin Abdullah Al-Qibti Al-Masri. Diberi julukan Warasy karena teramat putihnya. Dilahirkan pada tahun 110H dan meninggal dunia pada tahun 197H. 
Catatan 
Qiraat Naafi’ bin Abd Rahman melalui riwayat Qaaluun terdapat di Libya dan Tunisia Adapun melalui riwayat Warsy terdapat di Jazair, Maghribi, sebahagian di Tunisia dan sebahagian di Sudan(3%).

2. Imam Ibnu Kathir Al-Makki
Nama sebenar beliau ialah Abu Sa’id Abdullah bin Kathir bin ‘Amru bin Abdullah bin Zazan bin Fairuz bin Hirmuz Al-Dari. Dilahirkan pada tahun 45 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 120 Hijrah.

Dua orang perawinya ialah 
  • Bazzi : Beliau ialah Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin al-Qasim bin Nafi’ bin Abi Bazzah al-Makki. Seorang muadzin di mekkah Dilahirkan pada tahun 170H dan meninggal dunia pada tahun 250H
  • Qunbul : Beliau ialah Abu ‘Amru Muhammad bin Abdul Rahman bin Muhammad bin Khalid bin Sa’id al-Makhzumi. Dilahirkan pada tahun 195H dan meninggal pada tahun 291H.

3. Imam Abu ‘Amru al-Bashri
Nama sebenar beliau ialah Abu ‘Amru Ziban bin al-’Ala’ bin ‘Ammar bin al-’Iryan bin Abdullah bin al-Husain al-Mazani. Dilahirkan pada tahun 68 H dan meninggal dunia pada tahun 154 H. Qiraat Abu ‘Amru al-Basri terdapat di sebahagian wilayah di Sudan
Dua perawinya:

  • Al-Duri : Beliau ialah Abu ‘Amru Hafsh bin uimar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 246 H. 
  • Al-Susi : Beliau ialah Abu Syu’aib Shalih bin Ziad bin Abdullah bin Ismail bin Al-Jarud. Meninggal dunia pada tahun 261 H.

4.  Imam Ibn ‘Amir As Syami
Nama sebenar beliau ialah Abu "Imran Abdullah bin ‘Amir bin Yazid bin Tamim bin Rabi’ah al-Yahshabi. Seorang qadi (hakim) di Dimasyq pada masa pemerintahan Walid bin Abdul Malik. Qiraat Ibn ‘Aamir terdapat di Yaman (1%). Dilahirkan pada tahun 8 H dan meninggal dunia pada tahun 118 H.
Dua orang perawinya ialah
  • Hisyam : Beliau ialah Abu al-Walid Hisyam bin ‘Ammar bin Nasir bin Maisarah al-Salma. Dilahirkan pada tahun 153 H dan meninggal pada tahun 245 H. 
  • Ibnu Dzakuan : Beliau ialah Abu ‘Amru Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Dzakuan. Dilahirkan pada tahun 173 H dan meninggal dunia pada tahun 242 H. 

5.  Imam ‘Asim Al-Kufi
Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar ‘Asim bin Abdullah (Abi al-Najud) bin Bahdalah al-Asadi. Meninggal dunia pada tahun 127 Hijrah.

Dua perawinya ialah Syu’bah dan Syu’bah : Beliau iala
  • Abu Bakar Syu’bah bin ‘Abbas bin Salim AlKufi. Dilahirkan pada tahun 95 H dan meninggal dunia pada tahun 193 H. 
  • Hafsh : Beliau ialah Abu Umar Hafsh bin Sulaiman bin Al-Mughirah bin Abi Daud al-Kufi. Menurut Ibn Muin, ia lebih pandai qiraatnya dari pada Abu Bakar Dilahirkan pada tahun 90 H dan meninggal dunia pada tahun 180 H. 

6.  Imam Hamzah al-Kufi
Nama sebenar beliau ialah Abu ‘Lmarah Hamzah bin Habib bin ‘Lmarah bin Ismail al-Zaiyat. Dilahirkan pada tahun 80 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 156 Hijrah.

Dua perawinya :
  • Khalaf : Beliau ialah Abu Muhammad Khalaf bin Hisham bin Talib al-Bazzar. Dilahirkan pada tahun 150 H dan meninggal dunia pada tahun 229 H. 
  • Khallad : Beliau ialah Abu Isa Khallad bin Khalid al-Syaibani al-Kufi. Meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah. 

7.  Imam al-Kisaie al-Kufi
Nama sebenar beliau Abu al-Hasan Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Othman al-Nahwi. Dilahirkan pada tahun 119 HIjrah dan meninggal dunia pada tahun 189 Hijrah.

Dua perawinya :
  • Abu al-Harith : Beliau ialah Al-Laith bin Khalid al-Marwazi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 240H. 
  • Al-Duri : Beliau ialah Abu ‘Amru Hafsh bin Umar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah
Bagi bacaan Imam Hamzah dan Imam Kisaie sudah pun pupus dalam ertikata tidak ada lagi masyarakat atau kumpulan yang mengamalkannya. 

Walaupun begitu kedua-dua bacaan ini masih lagi dipelajari di Institusi yang menawarkan pelajaran ilmu Qiraat agar tidak pupus ditelan zaman

Menurut pendapat yang paling kuat mengatakan bahawa Qiraat-qiraat itu bukanlah tujuh huruf . Ini adalah kerana Qiraat hanya merupakan mazhab bacaan qur’an para imam, Sedangkan maksud tujuh huruf adalah berbeza dengan qiraat

Imam atau guru qiraat itu cukup banyak jumlahnya, namun yang masyhur hanya tujuh orang. Qiraat tujuh orang imam ini adalah qiraat yang telah disepakati. 


Akan tetapi disamping itu para ulama memilih pula tiga orang imam qiraat yang qiraatnya dipandang sahih dan mutawatir. Mereka adalah 
  1. Abu Ja’far Yazin bin Qa’qa’ al Madani, 
  2. Ya’kub Bin Ishaq al Hadrami dan 
  3. Khalaf bin Hisyam. 
Ketiga imam terakhir ini dan tujuh imam diatas dikenali sebagai Imam imam Qiraat.

Rujukan
http://elfadhi.wordpress.com/2007/03/29/qiraat-al-quran-dan-para-ahlinya/

Sabtu, 12 Disember 2009

10 MUHARAM DI DALAM ISLAM


10 Muharam atau dikenali sebagai Hari Asyura merupakan satu-satunya hari yang teristimewa dan penting di dalam islam

Banyak peristiwa yang bersejarah telah berlaku pada hari tersebut.

Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata:  " Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka ( orang Yahudi ) menjawab, " Hari ini Allah memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini ". Maka sabda Nabi saw: " Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."  Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa ".

Selain daripada peristiwa diatas, banyak lagi peristiwa bersejarah yang lain yang berlaku pada 10 Muharam antaranya
• Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
• Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
• Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
• Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Namrud.
• Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
• Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
• Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.
• Nabi Isa diangkat ke langit.
• Nabi Ayub dipulihkan Allah daripada penyakit kulitnya
• Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
• Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.
• Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
• Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
• Hari pertama Allah mencipta alam.
• Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
• Hari pertama Allah menurunkan hujan.
• Allah menjadikan Arasy.
• Allah menjadikan Luh Mahfuz.
• Allah menjadikan Malaikat Jibril.
• Puasa Sunat Asyura 10 Muharam

Hadis-hadis mengenai puasa sunat 10 Muharam:

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ، قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))

Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Asyura menjadi sunat sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:

كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))

Berdasarkan kepada hadith di atas, Imam Syafi’e mengatakan bahawa hukum berpuasa pada 10 Muharam ( puasa Asyura ) ini adalah sunat yang sangat-sangat dituntut.

10 Muharram pada pandangan Syiah

Bagi masyarakat Syiah khususnya di ibu kota Teheran, Iran; Karbala di Iraq; Lucknow, India dan Nabatiye, selatan Lebanon, Hari Asyura adalah hari mereka berdukacita.

Setiap tahun bermula dari 1 Muharam sampailah kepada 10 Muharam dan berlanjutan selama 40 hari (Arbaen),penganut-penganut Syi'ah akan mengadakan upacara pengkabungan kononnya sebagai tanda memperingati kematian Imam Husain bin Ali yang terbunuh di Karbala  pada tanggal 10 Muharram tahun 61 Hijrah.

Mereka akan mengadakan pelbagai upacara seperti menampar-nampar muka dan dada, menyiksa diri dengan melukakan tubuh serta kepala dengan pisau-pisau kecil bahkan ada yang menggunakan pedang sehingga tubuh dibasahi darah.

Di samping itu seorang dari kalangan mereka yang di gelari dengan nama "Zakir Husain" akan mengumandangkan syair-syair ratapan menceritakan penderitaan Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. dan kezaliman yang dilakukan terhadap mereka diselangi dengan caci maki terhadap Bani Umayyah dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang dianggap mereka sebagai perampas hak Ahlul Bait.

Bagi Ahlus Sunnah sepakat mengatakan bahawa amalan tersebut merupakan amalan jahiliyyah dan diharamkan berdasarkan kepada hadis daripada Rasulullah s.a.w. daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda, "Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah."(Sahih Bukhari Kitabul Janaaiz dan Muslim Kitabul Iman).


Sabtu, 2 Mei 2009

SILA SEMAK ARAH QIBLAT ANDA



Matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada 2 tarikh ini pada setiap tahun iaitu


Bagi sahabat-sahabat di Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia akan berpeluang menyemak arah qiblat tempat masing-masing pada dua tarikh dan masa seperti di atas.  

Ketika itu di Mekah ( Arab Saudi ) matahari akan berada tepat di atas Ka'abah. Jadi seandainya kita pacak sebatang tiang maka bayang tiang itu menghala ke matahari akan membetuli arah qiblat.




Bagi sahabat yang berada di Jordan dan lain-lain tempat seluruh dunia boleh lakukannya mengikut kaedah diatas tetapi sebelum itu kena pastikan dahulu waktu di tempat anda berada mestilah bersamaan jam 12.16pm (28hb. Mei ) ataupun 12.28pm (16hb. Julai ) waktu di Arab Saudi ( Mekah )

Catatan

Tidak semua negara didunia boleh menentukan arah qiblat berpandukan cara ini. Sebagai panduan 
negara negara dalam kawasan kuning dan coklat sahaja  ( jika tidak hujan ) boleh menggunakan kaedah ini selebihnya kawasan berwarna hitam ketika matahari berada di atas kaabah telahpun gelap.



SELAMAT MENCUBA

Selasa, 27 Januari 2009

GERHANA MATAHARI DI KUALA LUMPUR



Pada 26 Januari 2009, Gerhana Matahari Anulus telah berlaku selama 3 jam 46 minit bermula dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia
Ini berlaku apabila Bulan merentas di hadapan Matahari, tetapi tidak menutup Matahari sepenuhnya kerana saiz ketara Bulan adalah lebih kecil daripada Matahari. Oleh itu, Matahari kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera Bulan
Gerhana Matahari Separa akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra Bulan yang lebih luas meliputi Afrika Selatan, Madagascar, Australia (kecuali Tasmania), India Selatan, Asia Tenggara dan Indonesia Secara amnya, Gerhana Matahari akan berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama Bulan melintasi laluannya di antara Matahari dan Bumi supaya Matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya seperti yang terdapat dalam rajah
Saya dan keluarga tidak melepaskan peluang ini. Fenomena gerhana berlaku pada jam 4.30 petang tapi kami jam 12.30tengahari dah terpacul kat planetarium Negara. (Kirakan orang pertamalah tu ).

Di Galeri Pameran saya sempat berkenalan dengan seorang pelancong dari United Arab Emarite (UAE). Namanya ialah Abdul Rahman Al Hareeri atau Abu Imran. Beliau telah berada di Malaysia sejak sepuluh hari lepas akan pulang ke UAE pada pagi esok.




Gambar sebelah ni bukannya tengok anak bulan nak tentukan raya tak raya . Benda Allah ini bukannya teropong ajaib Laksamana Doremi. Sebenarnya alat inilah yang digunakan untuk melihat gerhana matahari. Ketika ini jam menunjukkan pukul 4.45 petang -gerhana baru je bermula





Cara lain untuk melihat gerhana matahari ialah dengan menggunakan cermin mata penuras. Di sini ianya diberikan secara percuma kepada pengunjung tapi ... nak dapatkannya kenalah beratur panjang dulu.Oh ya! melihat gerhana matahari tanpa menggunakan cermin mata ini boleh menyebabkan mata kita menjadi buta .
Pukul 5.50 petang adalah waktu puncak bagi gerhana matahari - ketika itu saya dan keluarga berada di Masjid Negara

Subhanallah, Sungguh Menakjubkan
رَبَّنَا مَا خَلْقتَ هَذاَ بَاطِلاً
Ya Allah tidak Engkau jadikan semua ini Sia-sia

Sesungguhnya kejadian gerhana matahari adalah bukti bahawa Allah Maha Berkuasa atas sesuatu
Maksud Firman Allah

"Dan sesungguhnya Allah pasti akan memperlihatkan tanda-tanda kekuasaanNya pada setiap ufuk sehinggalah jelas kepada mereka kebenaran itu"

Sabtu, 13 September 2008

KEWAJIPAN MUSLIM MENDIRIKAN SHOLAT

DIRIKAN SHOLAT WALAU.....
1) DIMANAPUN ANDA BERADA
2) APA JUA KEADAAN YANG MENIMPA ANDA



Firman Allah s.w.t Sesungguhnya sholat itu adalah kewajipan yang telah ditetapkan ke atas orang orang yang beriman... Surah An Nisa' ayat 103 .

Sabtu, 16 Ogos 2008

JORDAN BAHAGIAN PERTAMA

Jordan atau dalam bahasa arabnya dikenali sebagai
"Urdu
n" merupakan sebuah negara arab yang majoriti penduduknya beragama Islam dan mengamalkan sistem raja berpelembagaan. Amman merupakan ibu negeri bagi Jordan,kini pesat membangun menjadi salah satu pusat perniagaan dan pelancongan yang terkemuka di rantau Arab .


Pemerintah Jordan sekarang ini bernama Abdullah bin Hussain iaitu seorang raja berjiwa rakyat yang berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w . Oleh yang demikian maka tidak hairanlah seandainya negara ini telah dikenali sebagai " مملكة الأردنية الهاشمية" atau dalam bahasa Malaysianya "Kerajaan Jordan Bani Hashim "






Selain daripada memiliki pemandangan indah yang menggamit hati pelancong pelancong, Jordan juga kaya dengan warisan peninggalan silam seperti sejarah lama kota kerajaan Rom, makam nabi nabi Allah serta para syuhada' dan sebagainya.

Ikuti Paparan seterusnya dalam siri
Kembara di Bumi Anbiya




Kehidupan di Bandaraya Amman

Matawang bagi negara Jordan adalah Dinar.
Satu Dinar Jordan bersamaan RM 6.00 duit Malaysia.
Sara hidup di Bandaraya Amman a
mat tinggi sekali berbanding dengan Kota Kaherah di Mesir.




University University yang terdapat di Jordan

1) University Off Jordan
2)Universty Ahlul Bait
3) University Yarmouk

4) Universty Mu'tah
5) dan .......




Dalam setahun , Jordan mengalami 4 musim iaitu
1) musim sejuk
2) Musim Bunga
3) Musim Panas
4) Musim Luruh



Sungguhpun kos sara hidup di sini tinggi, tapi yang bestnya di sini buah buahan seperti Anggur, Limau Sunkist dan sebagainya cukup murah. Musim sejuk pula bila beli ikan, ayam dan daging tak payah simpan dalam peti sejuk tapi....
yang seksanya pada masa ni bila mana nak basuh berak - aduhhhh ... bagaikan nak tercabut punggung dibuatnya dek kerana air terlalu sejuk


Tang tu Tak dapek den nak nolong


Disediakan oleh : Ustaz Haji Juhari Noor b. Hj Jaafar