Isnin, 28 Ogos 2017

JEMAAH HAJI ADALAH DUYUF AR RAHMAN


Menunaikan haji di Mekah merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima dan mereka yang berkemampuan dituntut melaksanakannya.

 : : Firman Allah 

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾ الحج


Maksudnya
Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang kemu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari sejenak penjuru yang jauh.
Surah Al Hajj ayat 27


Maka berbondong bondonglah umat manusia dari serata ceruk manusia datang ke Baitullah untuk mengerjakan ibadah suci ini.

Gejala menipu jemaah haji bukanlah satu perkara yang baru dan ianya berlaku di mana mana sahaja, tidak hanya di Malaysia ataupun di Indonesia.

Kononnya mereka yang tidak bertanggung jawab menawarkan pakej haji harga " runtuh " bagi mengaburi mata masyarakat.


Cuba kita bayangkan....
Harga pakej umrah menaiki bas dari Amman, Jordan ialah JD 80 seorang. Apabila tiba musim haji, harga ini akan meningkat kepada JD 150.

Di sIni kita kena faham bahawa permintaan untuk visa, penginapan dan pengangkutan di musim haji adalah tinggi maka tidak akan ada pakej haji dengan harga " runtuh ".  Harga rendah yang ditawarkan itu sebenarnya adalah harga untuk pakej umrah.

Sekufur kufur Abu Jahal pun, dia tak pernah ambil kesempatan menipu jemaah haji malah sanggup bergaduh dek kerana nak beri minum orang haji.


 : : Firman Allah 

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ لَايَسْتَوُونَ عِندَ اللَّـهِ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ ﴿١٩﴾ التوبة

Maksudnya
Adakah orang yang memberi minum orang-orang Haji ( Abu Jahal ) serta memakmurkan Masjid Al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka itu tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memimpin kaum yang zalim.
Surah Al Taubah ayat 19

Itu Abu Jahal yang tentang Nabi habis habisan...
beri minum orang haji maka apakah yang patut kita katakan kepada mereka yang beriman tapi menipu orang haji.

Setujukah anda sekiranya saya sifatkan mereka ini lebih teruk daripada Abu Jahal ?


Ingatlah...
Sesungguhnya jemaah haji ini adalah tetamu Allah. Seandainya mereka ditipu dan dizalimi maka doa mereka akan sampai terus kepada Allah tanpa sebarang hijab.


Ahad, 20 Ogos 2017

UNTUK APA MANUSIA DICIPTA ?


💖 Firman Allah

 أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُون ﴿١١٥﴾ المؤمنون

Maksudnya
Maka apakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu sia sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Surah Al Mukminun ayat 115

Dalam ayat di atas Allah lontarkan dua pertanyaan kepada manusia.
  • Adakah Manusia diciptakan sia sia?
  • Dan Manusia tidak akan dikembalikan kepada Allah ?

HAKIKAT PENCIPTAAN MANUSIA 

Allah tidak ciptakan Manusia main main ataupun sia sia

💖 Firman Allah

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ ﴿١٦﴾ الأنبياء

Maksudnya
Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya main-main
Surah Al Anbiya' ayat 16

💖 Firman Allah

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلًا ﴿٢٧﴾ ص

Maksudnya
Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu Sia sia
Surah Sod ayat 27

Jadi Untuk Apa Manusia diciptakan ?

Manusia dicipta semata mata untuk menyembah Allah

💖 Firman Allah

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴿٥١﴾ الذاريات

Maksudnya
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembahKu.
Surah AzZariat  ayat 56

Menyembah Allah .... memperhambakan seluruh jiwa raga kita, Solat kita, Ibadah kita, Hidup kita dan Mati kita hanya kepada Allah

💖 Firman Allah

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٦٢﴾ الأنعام

Maksudnya
Katakanlah "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Tuhan sekalian alam.
Surah Al An'am ayat 162

Tiada syirik BagiNya

💖 Firman Allah

  لا شَرِيكَ لَهُ ۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ ﴿١٦٣﴾ الأنعام 

Maksudnya
Tiada sekutu bagiNya dan dengan itu aku diperintahkan dan aku adalah orang orang yang mula mula berserah diri kepada Allah.
Surah Al An' am ayat 163

Seterusnya Allah bertanya....

💖 Firman Allah 


وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ ﴿١١٥﴾ المؤمنون

Maksudnya
Dan kamu menyangka bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
Surah al Mukminun ayat 115

TIDAK
Sebaliknya kepada Allah jualah Manusia akan dikembalikan.

💖 Firman Allah

اللَّـهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ ﴿١١﴾ الروم 

Maksudnya
Allah memulakan kejadian sekalian makhluk kemudian Ia mengembalikannya kemudian kepadaNyalah kamu dikembalikan.
Surah Al Rum ayat 11

Akhir sekali...
Marilah kita sama sama renungi pertanyaan Allah ini.

💖 Firman Allah

يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ ﴿٦﴾ الإنفطار

Maksudnya
Wahai Manusia! Apakah yang memperdayakanmu  (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?
Surah al Infitar ayat 6

Sehinggakan kita boleh lupa dan sombong kepada Allah