KERJASAMA YANG DIUJUDKAN PERLU BERHATI-HATI DARI GOLONGAN YANG BERADA DARI DALAM KUMPULAN MASING-MASING ATAU DARI KUMPULAN YANG MEMUSUHI POLITIK ISLAM.
85% UJUD GOLONGAN YANG HENDAK MEMISAHKAN KERJASAMA ANTARA PAS & UMNO.
SEMENTARA ITU VETERAN PAS BERKATA:
Subky: Islam Memimpin formula satukan PAS dan Umno
Islam memimpin - tema yang diangkat pada Muktamar PAS tahun lalu dilihat sebagai formula untuk satukan PAS dan Umno.
Veteran
PAS, Subky Latif berpendapat, PAS melalui formula itu sudah memberi
isyarat kepada semua pihak (termasuk Umno) untuk mencari menjalinkan
perpaduan.
"Perkara ini bukanlah payah bagi PAS dan Umno untuk mengikuti formula ini.
"Ia bukan syarat kepada Umno, tetapi kita sampaikan dakwah dan formula untuk bersatu melalui Islam Memimpin.
“Pandai-pandailah tafsir," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hala tuju kerjasama antara PAS dan Umno dalam landskap politik semasa.
-Pak Karamu-
'PRK Semenyih penentu hala tuju kerjasama PAS-Umno'
Penganalisis politik berpendapat hala tuju kerjasama antara PAS dan
Umno akan lebih jelas selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih.
Malah
menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Rusdi Omar, kerjasama
antara kedua-dua parti itu bergantung pada keputusan PRK yang akan
berlangsung 2 Mac ini.
"PRK Semenyih akan menjadi kayu ukur sejauh
mana kerjasama itu dapat diteruskan. Jika pembangkang menang
kemungkinan besar kerjasama itu akan berterusan, sebaliknya akan berlaku
sekiranya mereka kalah.
"Saya tak nampak kerjasama PAS dan Umno boleh bertahan lama sekiranya mereka mengalami kekalahan dalam PRK Semenyih nanti.
"Kalau
kita melihat kepada tiga PRK di Selangor yang lalu menunjukan bahawa
rakyat Selangor masih bersama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk di
kawasan majoriti Melayu walaupun sudah wujud kerjasama PAS dan Umno pada
peringkat awal," katanya kepada Malaysiakini.
Kerjasama
antara PAS dan Umno yang merupakan dua parti besar dalam blok
pembangkang dilihat sebagai antara faktor penting yang membolehkan BN
mempertahankan kerusi parlimen Cameron Highlands pada PRK 26 Jan lalu.
Bagaimanapun
Rusdi berkata, berdasarkan rekod lampau dan prinsip perjuangan
kedua-dua parti, masih terdapat ketidakpastian sama ada hubungan
kerjasama tersebut mampu bertahan.
Katanya,
jika dilihat sejarah hubungan kedua-dua parti ini menunjukkan mereka
tidak boleh kekal lama kerana masing-masing mempunyai kepentingan
tertentu selain ideologi politik yang berbeza.
"Keadaan ini agak
sukar untuk mereka bekerjasama dalam jangka masa panjang. Kalau kita
tengok sejarah kerjasama PAS dan parti-parti lain di Malaysia juga tidak
menunjukkan hasil yang baik dan berakhir seperti layang-layang putus
tali.
"Konflik antara kedua-dua parti kemungkinan besar akan
berlaku nanti apabila mereka nak buat pembahagian kerusi pada pilihan
raya umum ke-15 (PRU15) terutama di negeri-negeri yang mempunyai
majoriti pengundi-pengundi Melayu," jelasnya.
Sementara
itu bagi Pensyarah Kanan Sekolah Perdana Univeristi Teknologi Malaysia
(UTM) Dr Mazlan Ali berkata, kerjasama kedua-dua parti itu yang terjalin
kini berlaku secara spontan ekoran isu-isu yang wujud selepas
pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Menurut beliau, PAS dan Umno kini menemui titik persamaan melalui pemahaman terhadap isu-isu melibatkan Melayu-Islam.
"Antaranya
apabila mereka sama-sama melihat kerajaan PH ini dikawal oleh DAP. Jadi
dalam situasi Umno tertekan, berlaku perpecahan dan keluar parti, Umno
melihat sangat penting untuk mereka bekerjasama dengan PAS pada masa
sekarang.
"PAS
juga melihat isu-isu survival Melayu-Islam ini sesuatu yang perlu
mereka tangani, saya melihat hubungan PAS dan Umno buat masa ini satu
simulasi bersifat spontan.
"Jadi kerjasama yang terjalin sekarang
ini berasaskan isu yang berlaku sekarang. Bukan disebabkan oleh dua
parti ini mempunyai dua titik persamaan dalam konteks perjuangan antara
dua buah parti," katanya.
Tambah Dr Mazlan, kelangsungan kerjasama PAS-Umno itu perlu dilihat dan mengambil kira aspek sejarah hubungan kedua-dua parti.
"Saya
lihat isu survival di sini, maksudnya PAS keluar gabungan BN pada 1978
itu sebenarnya berpunca daripada pergelutan antara dua parti itu
sendiri.
"Ini kerana, PAS dan Umno adalah dua parti yang bersaing
sesama mereka dan pengaruh yang mereka rebut adalah segmen sama iaitu
pengundi-pengundi Melayu," jelasnya.
Justeru, kata Mazlan,
persoalan kerjasama hari ini kekal atau tidak bergantung kepada isu-isu
yang dibawa oleh kedua-dua parti berdasarkan situasi politik semasa.
Bertahan jika ada kepentingan
Sementara
itu, bagi Profesor Madya Dr Awang Azman Pawi hubungan erat PAS dan Umno
boleh bertahan selagi masing-masing masih mempunyai kepentingan antara
satu sama lain.
Pensyarah Universiti Malaya itu berkata, Umno
memerlukan PAS untuk mendapatkan sokongan dalam bentuk undi bagi
memastikan kerusi-kerusi majoriti tipis pada PRU lepas dapat dikekalkan.
"PAS
pula memerlukan Umno sebagai rakan sekutu baru bagi menggerakkan
kerjasama untuk menentang musuh bersama mereka pada masa kini iaitu PH.
"Selagi tidak ada konflik timbul, selagi itulah kerjasama akan terus dapat berlangsung.
"Konflik
boleh berlaku sekiranya berlaku isu seperti perebutan kawasan untuk
ditandingi di peringkat PRK, pemilihan calon yang paling layak untuk
bertanding, isu percanggahan ideologi dan pendirian politik," katanya.
Tambah
Awang Azwan, situasi sekarang menyaksikan PAS mampu diyakini oleh Umno
bahawa kerjasama ini bermanfaat dan penting untuk orang Melayu dan
Islam.
"Penyokong PAS dan Umno berjaya diyakini melalui kempen
politik yang memberi gambaran bahawa DAP sangat jahat dan
bermaharajalela dalam PH. Naratif bersifat politik ini berjaya
mencetuskan sentimen antiDAP setakat ini selepas PRK cameron Highland,"
ujarnya.