Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ASTAGHAFIRULLAH AL 'AZIIM !

Malaysia antara negara terbersih rasuah

  • Shahidan Kassim Datuk Seri Shahidan Kassim
1 / 1
KUALA LUMPUR - Malaysia antara negara terbersih daripada perbuatan rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan menafikan dakwaan Malaysia sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan menegaskan dakwaan tersebut tidak wajar dikeluarkan kerana akan memberi kesan kepada pihak lain.

Beliau berkata, Malaysia juga mempunyai sebuah agensi memerangi rasuah yang terbaik di dunia iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Malaysia adalah kerajaan yang paling telus, adil dan bijaksana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian  ketika mengulas mengenai kajian dibuat Ernst & Young yang menyenaraikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah.

Beberapa hari lalu, sebuah portal berita melaporkan hasil kajian tersebut dengan menyatakan rakyat Malaysia gemar mengambil jalan pintas bagi mencapai sesuatu sasaran sewaktu dalam kegawatan ekonomi.

Laporan tersebut juga menyenaraikan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) gagal dalam menjalankan peranannya untuk mentransformasikan bidang ekonomi negara.

Menurut Shahidan, mana-mana pihak yang ingin menyatakan pandangan harus mempunyai fakta yang tepat supaya tidak mengelirukan penerima maklumat.
PRK Dun Sungai Limau ditentu Khamis ini
  • SPR SPR
1 / 1
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis depan (3 Oktober) di ibu pejabatnya di sini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, Kedah.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dun N20 Sungai Limau daripada Dun Kedah, semalam.

“Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mempengerusikan mesyuarat khas  yang membincangkan tarikh seperti hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian biasa dan daftar pemilih yang akan digunakan.

“Selepas itu diikuti dengan satu sidang media oleh Pengerusi SPR,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kerusi Dun itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu.

Azizan, yang juga bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan lebih empat bulan berikutan masalah kesihatan yang serius.  - Bernama
BN siap sedia hadapi PRK Sungai Limau

  • Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
1 / 1
KOTA KINABALU - BN bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, di Kedah, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Beliau berkata jentera pilihan raya BN perlu bekerja keras untuk meyakinkan pengundi Sungai Limau jika mahu menawan kerusi Dun itu.
 
"Jentera parti harus bersedia mulai sekarang dan kita tahu mesyuarat pertama (Umno Kedah) semalam telah diadakan supaya menghadapi pilihan raya kecil ini...mudah-mudahan kita berjaya," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
 
Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata demikian selepas perjumpaan khas bersama warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Zon Sabah di Dewan Sa'adah, Wisma Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) di sini, hari ini.
 
Pada mesyuarat khas Perhubungan Umno Negeri membincangkan persiapan pilihan raya kecil Sungai Limau di Kedah semalam, Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dipetik sebagai berkata beberapa jawatankuasa khas bagi menghadapi pilihan raya kecil Sungai Limau ditubuhkan untuk menggerakkan jentera dan kempen BN.

Pilihan raya kecil itu bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Pesuruhjaya Pas Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius pada 26 September lepas.
 
Pada PRU13 Mei lepas, Azizan yang juga bekas menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi.
 
SPR dijadual mengadakan mesyuarat khas pada 3 Okt di ibu pejabatnya untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu. - Bernama
PRK: Mukhriz serba salah

  • Mukhriz Mahathir Mukhriz Mahathir
1 / 1
ALOR SETAR - BN Kedah, dilihat sebagai parti ‘underdog’ dalam menghadapi PRK Dun Sungai Limau yang akan berlangsung selepas  kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu.
Mengakui hakikat itu, Pengerusinya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Dun Sungai Limau sememangnya kubu kuat Pas yang dipegang oleh Allahyarham bekas menteri besar itu sebagai Adun sejak 1995.

Mukhriz berkata, memandangkan hubungan peribadi yang baik dan menghormati Allahyarham Ustaz Azizan, beliau berharap tidak akan wujud sentimen politik sempena PRK itu nanti.

“Kita mengakui hakikat bahawa Dun Sungai Limau  kubu kuat Pas, oleh kerana ini bagi pihak kita hubungan peribadi dengan arwah begitu baik, jadi kita pun dalam keadaan serba salah dengan PRK ini. Bagaimanapun kita akan melaluinya seperti biasa.

“Justeru, memandangkan hubungan yang begitu akrab yang  kita pupuk bersama dengan arwah Ustaz Azizan sebelum ini, kita harap tidak timbul sebarang pertembungan ideologi antara parti-parti politik,” katanya kepada media, di sini, malam semalam.

Menurut Mukhriz lagi, majoriti yang dimenangi Pas pada pilihan raya lalu bukanlah angka yang kecil dan satu perkara yang terpaksa diterima.

“Kita faham di Sungai Limau BN adalah underdog, jadi kita kena lebih berusaha kuat  untuk meyakinkan pengundi untuk memberi mandat semula kepada BN, " katanya.

01 Oktober, 2013

Dewan Rakyat Gamat

Sesi persidangan Dewan Rakyat di Parlimen hari ini gamat apabila ahli Parlimen Sepang dari PAS Mohamed Hanipa Maidin (gambar) membangkitkan isu Kertas Putih yang dijanjikan kerajaan berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Pertanyaan daripada Hanipa kemudiannya menerima reaksi negatif daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mencetuskan kekecohan sebelum sesi sidang tamat jam 9.45 malam.

"Kita nak tahu bila kerajaan ingin umumkan Kertas Putih Lahad Datu. Antaranya kita dengar mereka-mereka yang menyerang adalah rakyat kita, ada kad pengenalan," kata Hanipa yang kemudiannya ditemplak ahli-ahli Parlimen BN.

"Itu hakikatnya, bukan orang asing," kata Hanipa, dan menambah, "kalau mereka ini bukan rakyat Malaysia, sebab itu kita minta kertas Putih."

"Kalau kerajaan rasa ini bukan rakyat Malaysia bentang Kertas Putih, supaya rakyat tahu. Kalau macam tu tentera yang bunuh rakyat Malaysia, sebab itu kita nak tahu," soalnya kepada Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri ketika sesi pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan malam tadi.

Abdul Rahim kemudiannya dilihat mengelak untuk menjawab pertanyaan berkenaan, sebaliknya berkata kes berkenaan sedang dibicarakan dan menjadi subjudis jika ianya dibincangkan di Dewan Rakyat.

"Kes itu sekarang sedang dibicarakan di bawah SOSMA, menjadi subjudis jika kita bangkitkan, bila sudah selesai kita ambil tindakan jika difikirkan perlu," katanya, merujuk kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

"Apabila mempersoalkan tindakan mereka (tentera) itu umpama memperlekehkan khidmat mereka kepada negara," kata Abdul Rahim, yang juga ahli Parlimen Kudat.

Jawapan Abdul Rahim itu kemudiannya dibalas oleh ahli Parlimen Subang dari PKR R. Sivarasa yang berkata kerajaan seharus menggunakan logik sebelum menggunakan istilah subjudis berkenaan.

"Kalau kita ambil logik, kerajaan takkan buat apa-apa, kalau kita pakai hujah subjudis, benda ini akan berlanjutan.

"Saya tanya pada menteri, kita kena pakai logik pada hujah itu, bila kita akan dapat dengar tentang Kertas Putih ini.

"Kita kena faham apa prinsip subjudis. Kita takkan ganggu apa yg berlaku di mahkamah. Jadi ia tiada kena mengena dengan subjudis," kata Sivarasa. "Ia baik untuk kerajaan dan rakyat," tambahnya.

Pertanyaan Sivarasa itu kemudiannya dijawab oleh Abdul Rahim, dan berkata, "Ia bergantung kepada nasihat oleh Peguam Negara." ~the malaysian insider

Isnin, 30 September 2013

PAU2013: Antara Wang Politik Dan Politik Wang - Prof Dato' Dr Agus

Setiap kali menjelangnya pemilihan UMNO, maka muncullah istilah politik wang. Anehnya, apabila menjelang pilihan raya, istilah ini tidak kedengaran pula. Saya timbulkan persoalan ini kerana saya lihat semasa pilihan raya, bukan hanya politik wang yang berleluasa tetapi juga rasuah politik berlaku di mana-mana. Tetapi mengapa kita diam? Mengapa politik wang dan rasuah politik tidak dijadikan isu?

Saya betul-betul tidak faham tentang hal ini. Lebih-lebih lagi tadi petang seorang kawan datang ke rumah saya dan mengeluh tentang berleluasanya politik wang. Saya tanya beliau, apakah bentuk politik wang yang berlaku itu? Apakah bakal perwakilan disogokkan wang untuk mendapatkan undi?

Kawan saya menjawab mudah. Di hotel-hotel katanya, ramai calon 'menggunakan wang' berbelanja pengikut mereka minum dan makan. Aduh! Itu bukan politik wang. Itu adalah wang politik atau kos politik yang perlu digunakan oleh calon untuk bersama dengan penyokong masing-masing.

Takkanlah dalam politik calon tidak boleh mendekati penyokong dan belanja mereka makan dan minum? Jika soal ini pun ditafsirkan sebagai politik wang, maka hambarlah persaingan untuk apapun jawatan dalam politik negara. Jika ini pun dikira sebagai politik wang, maka lesulah politik negara kerana calon yang bertanding sama sekali tidak boleh mengeluarkan kos untuk bersama penyokong mereka sambil makan dan minum untuk merancang strategi dan gerak kerja bagi mencari sokongan.

Jika ini pun dikira politik wang, maka bagaimana kempen boleh dilakukan oleh calon yang bertanding? Dan tanpa kempen, bagaimana perwakilan boleh tahu seseorang calon itu mempunyai wibawa atau sebaliknya? Aduh! Jika begini, ertinya masih jauhlah UMNO dari mencapai transformasi yang diharapkan oleh ahlinya. Jika beginilah sekatan kempen dalam pemilihan parti UMNO, ertinya masih jauhlah untuk UMNO berubah ke arah 'transformasi' yang sesuai dengan tuntutan politik semasa.

Hairannya lagi, apabila musim pilihan raya parti yang berbelanja besar memberikan kain sarung, rokok dan wang tambang pulang mengundi tidak pula dikatakan sebagai politik wang, jauh sekali untuk menyatakannya sebagai rasuah politik. Inilah yang peliknya pada saya. Ingatlah, dalam pemilihan tanpa kempen dan kos politik, maka itu adalah pertandingan yang sakit. Sakitnya bukan ringan, tetapi sakit yang tenat kerana pemilihan diadakan tanpa perwakilan mempunyai maklumat yang mencukupi tentang wibawa calon yang bertanding.

Politik wang bukan soal calon berbelanja untuk meraikan pengikut mereka. Politik wang ialah menggunakan wang untuk membeli kuasa politik, dan menggunakan kuasa politik untuk mendapat wang. Misalnya, terdapat seramai 269 calon menarik diri dari bertanding dalam pemilihan UMNO Oktober ini setelah mendaftarkan diri untuk bertanding jawatan tertentu.

Persoalannya, adakah mereka ini ikhlas menarik diri atau berbuat demikian kerana didesak supaya menarik diri atau ada ganjaran tertentu? Hal ini ‘mungkin sesuai’ untuk disiasat atas andaian calon yang menarik diri tersebut ‘mungkin’ didesak atau diberi ganjaran. Saya tidak menuduh, cuma memberi contohnya sahaja untuk memahami konteks politik wang yang sesuai.

Tetapi jika calon sekadar berbelanja dan memberikan wang kepada penyokong mereka untuk bekerja dan berkempen bagi mendapatkan sokongan, maka itu adalah wang politik. Di negara maju, wang politik ini dipanggil kos politik atau ‘political financing’ yang dibenarkan.

Jadi, mengapa kita perlu terlalu takut dengan politik wang ini sehingga menyekat kreativiti calon yang bertanding untuk berkempen secara bebas dan sihat? Bilakah politik kita boleh maju jika definisi politik wang kita masih belum jelas sehingga kini? Atau apakah politik wang ini hanya terpakai untuk calon yang tidak ada jawatan sahaja kerana bagi calon yang ada jawatan dalam kerajaan atau parti, mereka boleh berselindung di sebalik jawatan mereka untuk mengadakan pertemuan dengan ahli atau perwakilan atas alasan menjalankan tugas rasmi kerajaan dan parti? Saya tidak mengerti tentang hal ini.

Selepas pemilihan UMNO kali ini, sudah sampai masanya kita melihat semula definisi politik wang untuk membezakannya dengan istilah wang politik. Ingatlah, dalam sebuah sistem demokrasi, politik tidak boleh maju jika semua peraturannya dikawal oleh mereka yang berkuasa sahaja.

UMNO, berubahlah ke arah membenarkan kempen yang sihat dalam pemilihan, bukannya mengenakan sekatan kempen yang ketat! Itulah sebenarnya semangat pindaan peraturan pemilihan parti yang dibuat empat tahun lalu.

Monday, September 30, 2013

Bini Mat Yo, Shahrul Aisya hendak terberak, air takde, mengamuk lagi dia.


Kalaulah bini Mat Yo, si Shahrul Aisya tu hendak terberak, air takde, nak buat camane?
Rasanya kena maki pulaklah si Bangla tu.

Bangla tu dah tulis:
KINCIN boleh
VARA TA Boleh

Tapi masalahnya bini Mat Yo tu fahamke makna Vara ta boleh?
Cuma baca kat sini,
kot ada yang dapat berikan makna "Vara Ta Boleh".
Kerajaan Rakyat

Baca Quran Rahsia Panjang Umur

Alor Setar - Seorang warga emas yang sering menjadikan al-Quran sebagai pegangan dan amalan hidupnya di kala waktu pagi, petang, dan malam membuatkan hidupnya kekal pada usia lebih 100 tahun.

Tinjauan Sinar Harian di kediamannya di Kampung Hujung Teluk Kechai, dekat Kuala Kedah baru-baru ini dilihatkan betapa agungnya kebesaran tuhan terhadap penciptanya yang masih kuat pada usia seperti itu.

Difahamkan, Husain Teh yang kini dianggarkan mencapai usia pada umur 124 tahun sering menghabiskan masa dengan membaca al-Quran pada waktu lapang dan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.

Beliau yang kini dijaga anak bongsunya, Ahmad Teh, 61, dan isteri, Ku Zabedah Ku Ahmad, 58, merasakan amat dihargai kerana anak-anak masih menyayanginya.

Ahmad berkata, dengan usia yang seperti itu, ayahnya masih kuat seperti orang muda dan boleh melakukan pekerjaan seperti biasa, termasuk mengangkat barang yang tidak terlalu berat.

Menurutnya, pemeriksaan ujian darah di hospital juga mendapati ayahnya tidak menghidap sebarang penyakit meskipun penyakit yang dipanggil ‘tiga serangkai’ iaitu darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

“Ayah mempunyai hobi yang sangat menarik sejak usia muda. Pada waktu lapang saja, dia suka menghabiskan masa dengan membaca al-Quran. Boleh dikatakan setiap minggu dia akan khatam al-Quran.

“Berbanding dengan orang lain seperti kita mungkin tidak mampu untuk buat seperti itu kerana sibuk dengan urusan kerja. Kalau ada, mungkin sebulan sekali. Itu pun pada bulan Ramadan saja,” katanya kepada Sinar Harian.

JADI ALAMA UMNO INI LA JADINYA

Monday, September 30, 2013

UST FATHUL BARI KENA BELASAH LAGI DENGAN DR.MAZA (GAMBAR)

30 September 2013

Penubuhan 'JAISY AL-ISLAM' Syria

1 comments


Syaikh Muhammad Zahran ibn Abdullah Alusy (Abu Abdullah)


Hari ini telah tercatat dalam sejarah baru Islam dimana pemimpin dari sekitar 50 Brigade dan Batalion Jihad Syria sedang berkumpul demi penyatuan dan membentuk persatuan mujahidin dengan nama "JAISY AL-ISLAM"/ Tentara Islam.

Mereka juga bersepakat untuk membaiat Syaikh Muhammad Zahran Ibn Abdullah Allusy sebagai pemimpin tertinggi Mujahidin Syria.

http://www.youtube.com/watch?v=llo4cdlI9gE

Berikut nama-nama Brigade dan Tentera yang bergabung dalam 'Jaisyul Islam':

1. Liwa Al-Islam
2. Liwa Jays Islam
3. Liwa Jays Muslimin
4. Liwa Saiful Haqq
5. Liwa Nusur Syam
6. Liwa Basya-ir An Nashr
7. Liwa Fath Syam
8. Liwa Daraa Al-Ghoutah
9. Kataib As-Shiddiq
10. Liwa Tauhid Al-Islam
11. Kataib Janub Al-Ashimah
12. Liwa Badr
13. 'Umar bin Abdul Aziz
14. Liwa Junud At-Tauhid
15. Liwa Saiful Islam
16. 'Umar ibn Khattab
17. Liwa Mu'adz ibn Jabal
18. Liwa Al-Faruq
19. Liwa Zubair ibn Awwam
20. Liwa zi An-Nurain
21. Liwa Al-Anshar
22. Liwa Hamzah
23. Liwa Ad-Difa' Al-Jawwi
24. Liwa Al-Midfa'iyah was Shawarikh
25. Liwa' AL-Mudarra'at
26. Liwa Al-Isyarah
27. Liwa Baibarz
28. Liwa Saiful Haq
29. Liwa Maghawir Qalamun
30. Liwa 'Ibad ar-Rahman
31. Liwa Murabithin
32. Liwa Al-Badiyah
33. Liwa Anshar Sunnah
34. Liwa Ahlul Bayt
35. Liwa Syuhada Al-atarib
36. Liwa Jabhah As-Sahil
37. Liwa 'Ain Jalut
38. Kataib Anshar Tawhid
39. Kataib Al-Mujahidin
40. Kataib Shuqur Abi Dahanah
41. Kataib As-Sunnah
42. Kataib Al-Anshar
43. Kataib Al-Barra ibn 'Azib
44. Kataib Syabab Al-Islam
45. Katiba Ali ibn ABi Thalib
46.Katiba Thalhah ibn Abdillah
47. Katiba Al-Isytihadiyin
48. Katiba Rayat Al-Haqq
49. Katiba Dar'ul Islam
50. Katiba Al-Asyayir

Penyatuan adalah jalan utama mencapai kemenangan. Semoga dengan penyatuan ini, Allah segera menurunkan bala tentara dan pertolongan-Nya kepada Mujahidin dan seluruh rakyat Syria.

Isnin, 30 September 2013

Kerajaan BN akui tak mampu ambil alih lebuhraya bertol

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa kerajaan sebenarnya tidak mampu untuk mengambil alih lebuh raya dari syarikat konsensi tol dengan tahan kewangan yang ada sekarang.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika mengakui perkara itu berkata, ini kerana ianya akan menyebabkan implikasi kewangan yang tinggi terhadap negara.

Menurutnya, pengambilalihan lebuh raya tersebut akan menelan belanja negara sebanyak RM400 bilion.

Jumlah itu pada fikiran kerajaan katanya, lebih utama untuk digunakan untuk membantu rakyat.

Pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Pakatan Rakyat dalam manifestonya menawarkan penghapusan tol secara berperingkat jika berjaya menguasai putrajaya.

Terdahulu Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS Rantau Panjang) menanyakan adakah kajian dilakukan terhadap pembayaran pampasan yang besar setiap tahun kepada syarikat konsesi.

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pula bertanya sama ada kerajaan bercadang mengambil alih operasi lebuh raya dari syarikat konsesi atau tidak.

Ustaz Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) juga bertanyakan adakah kerajaan mengenakan penalti kepada syarikat konsesi bila perjalan di lebuh raya menjadi sesak dan kadang-kadang lebih lambat berbanding jalan biasa.

Menjawab kepada soalan Ustaz Idris itu, timbalan menteri berkata, perkara itu sedang dalam kajian.
Dadah: Saiful Apek dan 3 lain bebas

  • Saiful Apek
1 / 1
PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya sekali lagi dilepas dan dibebaskan Mahkamah Majistret daripada pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, tiga tahun lepas.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Saiful Apek, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 44, dan tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 30, Shaiful Baharom, 26, dan Noremy Mohamad, 30, berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Pada 22 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kesemua tertuduh membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 25 Jun tahun lepas.

Ahmad Solihin membebaskan Saiful Apek dan pekerjanya selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Saiful Apek ketika membela diri berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah membabitkan penggunaan dadah.

"Saya percaya saya telah dianiaya oleh pihak yang dengki dengan kerjaya saya sebagai artis," katanya.

Pelakon itu turut memaklumkan mahkamah bahawa dia tidak pernah mengambil atau menghisap apa-apa jenis dadah.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad, ketika ditemui di luar mahkamah, memaklumkan media pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu dalam masa terdekat.

Sementara itu, Saiful Apek berkata, beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah yang sekali gus memberi satu harapan baharu buat dirinya. - Bernama
Pertempuran baru tercetus di Filipina
  • Pertempuran baru tercetus di Filipina Beberapa anggota tentera berkawal berhampiran sebuah rumah yang musnah akibat pertempuran di bandar Zamboanga, kelmarin.
1 / 1
MANILLA - FILIPINA.Pertempuran di bandar selatan Zamboanga dilaporkan kembali tercetus, semalam selepas tentera meneruskan operasi memburu saki-baki anggota kumpulan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Operasi itu turut menyebabkan tiga anggota puak pemisah tersebut maut manakala enam askar cedera.

"Apa yang berlaku adalah di luar jangkaan kami kerana mereka cuba melarikan diri selepas ditangkap. Bagaimanapun, kami berjaya mengawal ancaman tersebut," kata jurucakap tentera, Ramon Zagala kepada AFP.

Susulan daripada insiden itu, seramai 189 anggota MNLF dilaporkan terkorban manakala 292 ditahan atau menyerah diri.

Kelmarin, tentera mengisytiharkan krisis selama tiga minggu itu sudah berakhir selepas 195 tebusan berjaya dibebaskan.

Sunday, September 29, 2013

Bangunan perumahan lima tingkat runtuh


BANGUNAN RUNTUH: Kakitangan bomba dan penyelamat giat mencari mangsa yang terselamat apabila sebuah bangunan lima tingkat runtuh di Mumbai, ibu kota kewangan India, pada waktu fajar, semalam. - Foto AFP
MUMBAI: Sebuah bangunan perumahan setinggi lima tingkat di Mumbai roboh pada waktu fajar semalam, menyebabkan tiga orang maut dan puluhan lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhannya.
Ini merupakan kejadian bangunan runtuh terbaru yang berlaku di ibu kota kewangan India itu.
Orang ramai mengelilingi runtuhan bangunan yang kelihatan sudah rata itu, yang dimiliki oleh badan pentadbiran sivik bandar tersebut, Perbadanan Perbandaran Tanah Besar Mumbai (MCGM), di bahagian timur bandar itu.
"Tiga orang maut manakala 11 orang diselamatkan sehingga 12 tengah hari (waktu tempatan)," kata jurucakap MCGM, Encik Vijay Khabale-Patil, kepada agensi berita AFP.
Satu senarai yang disediakan para pegawai di tempat kejadian itu kemudian menunjukkan 27 orang telah diselamatkan dan dibawa ke sebuah hospital berdekatan.

Ahli politik setempat, Encik Bhai Jagtap, berkata sejumlah 22 keluarga tinggal di bangunan yang roboh itu dan tujuh hingga lapan orang telah dapat diselamatkan sehingga pada waktu akhbar ini dicetak.
"Yang lain masih berada di bawah (runtuhan), sambil berteriak meminta tolong. Para penyelamat sedang melakukan yang sebaik mungkin untuk cuba menyelamatkan nyawa mangsa," kata beliau kepada AFP.
Penguasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) India mengesahkan bahawa 22 keluarga mendiami bangunan itu.
MCGM berkata bangunan itu adalah untuk kakitangan sebuah badan pentadbiran sivik setempat dan keluarga mereka, yang pernah diminta supaya keluar dari kediaman mereka pada awal tahun ini tetapi tidak mematuhinya.
Lima bangunan telah runtuh di Mumbai dan kawasan berdekatan dengan bandar itu sejak beberapa bulan lalu, termasuk satu kejadian pada April lalu yang membunuh 74 orang. - AFP.

TABOQ DUIT TENTU MENANG !


Monday, September 30, 2013

PAS Kedah bakal hilang kerusi DUN Sg.Limau ?

Tenaga muda, muka baru, malah kuasa yang mereka dapat semula pun juga baru, selepas hilang selama 5 tahun, jadi prestasi kerja mesti yang terbaik,,,


Pulon Kedah Pulon,, ha ha depa pulon sungguh ni,, waktu ostaz Azizan nak dikebumikan kan pun penuh dengan muka depa ni,,, Sekarang SPR baru terima notis dari Speaker,, depa dah pulon lagi dah..

YAN, 29 Sept -- Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (kanan) bersalaman dengan penduduk ketika turun padang pada Program Santai dan Minum Petang MB Kedah bersama Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Bukit Besar di sini hari ini.
Lebih 100 penduduk hadir bagi bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin tertinggi kerajaan negeri.
--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA


 YAN, 29 Sept -- Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (kanan) menjawab soalan yang diajukan penduduk pada Program Santai dan Minum Petang MB Kedah bersama Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Bukit Besar di sini hari ini.
Lebih 100 penduduk hadir bagi bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin tertinggi kerajaan negeri.
--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA

nampaknya budak hingusan politik ni buat yang terbaik untuk masa depannya dalam berpolitik,, peluang yang ada depan mata,, tuan badan dia ni,, credit besar yang dia dapat ni untuk buat modal nak bertanding Naib presiden umno lepas ni...

Apa kah Pas Kedah sanggup melihat kejayaan budak hingusan politik ni membina karieer politiknya dengan mengambil kesempatan diatas kehilangan pemimpin Pas Kedah?







Aktivis Berdemo Di Parlimen Bantah "ISA 2"


Aktivis hak asasi manusia hari ini mengadakan bantahan di perkarangan Parlimen terhadap pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang memperuntukkan penahan individu tanpa bicara.
Sambil membawa plakad "tarik balik PCA", "tarik balik akta zalim", kumpulan berkenaan turut menggelarkan akta berkenaan ibarat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 2.0.

"Kita berkumpul hari ini adalah untuk membantah PCA. Kita tidak perlukan akta seperti ini untuk membanteras jenayah, cukup dengan menyediakan fasiliti kepada anggota polis untuk menentang jenayah berat," kata Datuk Ambiga Sreenevasan yang turut hadir dalam demonstrasi berkenaan.

"Kita meraikan pemansuhan ISA, namun kurang dari tempoh setahun akta seumpamanya diperkenalkan kembali," kata Pengerusi Bersama Bersih 2.0 itu lagi di hadapan kurang 50 peserta demonstrasi berkenaan.


Selepas sejam mereka berdemonstrasi di perkarangan Parlimen, wakil ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) kemudiannya membawa wakil daripada kumpulan aktivis itu ke dalam Parlimen untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ambiga turut menjelaskan, negara-negara lain di seluruh dunia juga tiada akta khusus untuk membanteras jenayah.

"Mereka membantu polis dengan menaikkan gaji mereka. Bukan dengan akta," katanya.

Sementara itu, pegual Lawyer for Liberty, Fadiah Nadwa Fikri berkata :"Kita sekali lagi melihat kerajaan Malaysia gunakan akta untuk menghalalkan penahanan tanpa bicara bagi membanteras jenayah."

Antara wakil ahli Parlimen PR yang turut kelihatan adalah ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran, ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, dan ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusoff, dan ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali.

Selain Ambiga, antara wakil lain daripada kumpulan aktivis berkenaan yang dibenarkan memasuki Parlimen pula adalah Shukri Razab, Syed Ibrahim Syed Noh, dan Fadiah.

Setiausaha Bahagian Parlimen dan Kabinet KDN Muhamad Sade Mohamad Amin kemudiannya menerima salinan memorandum berkenaan mewakili Ahmad Zahid.

Sejurus menyerahkan salinan memorandum berkenaan, kumpulan aktivis itu bagaimanapun berkeras ingin menemui Ahmad Zahid ataupun timbalannya, dan mereka kemudiannya duduk di di lantai Parlimen.

Tindakan itu kemudiannya menimbulkan sedikit kekecohan apabila pegawai keselamatan Parlimen menasihatkan mereka agar tidak berbuat demikian.

Antara kandungan memorandum kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Rakyat Tolak ISA 2.0 itu adalah Rang Undang-undang PCA itu tidak dibuat tanpa perbincangan menyeluruh dengan pihak berkepentingan.

"Amat mengejutkan apabila sebuah rang undang-undang yang mempunyai kepentingan awam dan memberi kesan yang begitu mendalam tidak melalui proses konsultansi yang telus dan menyeluruh," kata memorandum mereka.

"Pindaan ini dibuat tanpa rundingan dengan pihak berkepentingan termasuk Majlis Peguam dan masyarakat madani, apatah lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan bahawa hari-hari kerajaan lebih mengetahui telah berakhir."

Jelas mereka lagi, Seksyen 19A dalam rang undang-undang berkenaan turut‎ memberi kuasa mutlak kepada Lembaga Pencegahan Jenayah untuk menahan tertuduh selama dua tahun tanpa perlu mendakwa.

"Perkara ini bercanggah dengan Perkara 10 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang mana menetapkan setiap orang dituduh mestilah mendapat hak untuk dibicarakan secara adil di mahkamah dan juga bercanggah dengan kedaulatan undang-undang.”

Selepas dua jam mengadakan demonstrasi di luar dan dalam Parlimen, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi‎ Tuanku Jaafar kemudiannya menemui kumpulan berkenaan.

"Saya menerima memorandum ini bagi pihak Kementerian kerana menteri tiada di Parlimen," katanya kepada kumpulan berkenaan sejurus menerima memorandum tersebut.

Ditanya tindakan lanjut yang akan dilakukan kementeriannya, Wan Junaidi berkata,"saya tak boleh komen (tuntutan aktivis), keputusan bukan saya seorang, dan ‎saya masih belum baca memorandum ini lagi," katanya kepada pemberita. -TMI


Aktivis anti ISA berhimpun di hadapan Parlimen


Sekumpulan aktivis berhimpun di hadapan bangunan Parlimen bagi membantah pindaan Akta Pencegahan Jenayah 2013 (PCA) yang akan dibacakan kali kedua di Dewan Rakyat, hari ini.

Kumpulan yang berarak dari Tasik Perdana itu, tiba di pekarangan Parlimen pada jam 10.40 pagi, dengan laungan bantahan seperti 'Tolak PCA', Tolak kezaliman', 'Hidup Rakyat', dan 'Tolak ISA 2.0'.

Menyifatkan pindaan terhadap PCA itu sebagai satu bentuk kezaliman, para aktivis mengambil peluang berucap di hadapan pihak polis yang mengawal, sementara menunggu ketibaan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menemui mereka.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, mendesak kerajaan agar menarik kembali pindaan yang akan dibacakan kali kedua hari ini, sekaligus meminta agar satu perbincangan diadakan bersama semua pihak.

"Pada tahun lalu, kita menerima pengumuman Perdana Menteri untuk ISA dimansuhkan, yang kemudiannya digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Sosma). Namun, ketika ISA masih belum selesai kerana masih ada tujuh tahanan ISA masih merengkok, PCA ini pula akan dipinda bagi membolehkan penahanan tanpa bicara yang serupa dengan ISA," tegas beliau.

Kumpulan tersebut turut disertai Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga, barisan peguam, Fadiah Nadwa Fikri, Edmund Bon dan aktivis hak asasi seperti Suaram.

Ketika ini, wakil kumpulan tersebut sedang 'Duduk Bantah' menunggu ketibaan Menteri atau Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk diserahkan memorandum di lobi lama parlimen.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang turun menemui kumpulan itu Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof; MP Kuantan, Fuziah Salleh; MP Padang Serai, N. Surendran; dan MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
-HD

30 September, 2013

Oleh Kerana Kehabisan Modal, Perkasa Makin Sasau

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa agar DAP dibubarkan setelah parti itu dengan jelas hanya dimonopoli oleh kaum Cina dan gagal memperjuangkan hak kaum lain di Malaysia.

Setiausaha agung Perkasa Syed Hasan Syed Ali (gambar) berkata DAP langsung tidak memperjuangkan hak orang Melayu disebabkan perwakilan Melayu hanyalah kumpulan minoriti dalam parti tersebut.

“DAP bukan parti untuk kaum Melayu dan India. Setakat Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang terpilih ke dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, maka perjuangan Melayu dalam parti itu hanya kata-kata kosong.

“Zairil dipilih pun setelah parti itu dikecam mengenepikan kaum lain dalam nisbah pemimpinnya. Parti ini jelas untuk kaum Cina dan kita dapat lihat semasa pemilihannya dimonopoli oleh kaum tersebut.

“Kepada perwakilan Melayu yang masih berada dalam DAP, fikir-fikirkanlah apa perjuangan yang dapat diberikan melalui parti majoriti Cina itu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Syed Hasan berkata adalah lebih baik parti itu dibubarkan dan mengakui hanya kaum Cina sahaja yang dibenarkan menyertai DAP.Katanya, parti itu jelas menunjukkan kepimpinan nepotisme oleh kerana setiausaha agungnya Lim Guan Eng adalah anak kepada penasihat Lim Kit Siang dan ahli CEC DAP Gobind Singh Deo adalah anak kepada pengerusi parti Karpal Singh.

“Berapa kerat pemimpin Melayu dan India dalam DAP? Saya sarankan pemimpin Melayu dan India dalam DAP keluar dari parti itu untuk menyertai parti berasaskan kaum seperti Umno, PAS atau MIC yang jelas memperjuang hak kaum di Malaysia,” katanya.

Media melaporkan Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan semula parti itu yang menyaksikan status quo 20 anggota CEC DAP kekal.

Rahmad mempersoalkan daripada tujuh calon Melayu yang bertanding dalam pemilihan parti itu, hanya Zairil Khir yang berjaya menganggotai CEC.Katanya, Zairil bukan "Melayu Asli" kerana mempunyai darah Cina daripada sebelah ibunya.

"Kenyataan yang berbaur perkauman serta pembohongan yang berterusan telah membawa kesemua tujuh calon Melayu kecundang serta ditolak oleh perwakilan.

"Kalau DAP mampu membantu orang Melayu bagaimana mungkin kesemua calon Melayu boleh kalah,” jelas laporan berkenaan.Zairil berjaya mendapat 1,132 undi semasa pemilihan CEC semalam sekali gus meletakkannya di tangga ke-12.

Calon Melayu lain yang hampir memenangi kerusi CEC itu adalah Ariffin SM Omar dengan 441 undi, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (441) dan Ahmad Ton (351).  ~the malaysian insider
PRK Dun Sungai Limau ditentu Khamis ini

  • SPR SPR
1 / 1
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis depan (3 Oktober) di ibu pejabatnya di sini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, Kedah.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dun N20 Sungai Limau daripada Dun Kedah, semalam.

“Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mempengerusikan mesyuarat khas  yang membincangkan tarikh seperti hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian biasa dan daftar pemilih yang akan digunakan.

“Selepas itu diikuti dengan satu sidang media oleh Pengerusi SPR,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kerusi Dun itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu.

Azizan, yang juga bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan lebih empat bulan berikutan masalah kesihatan yang serius.  - Bernama
Sinar Harian nafi terbit perkataan lucah
  • Sinar Harian nafi terbit perkataan lucah
1 / 1
SINAR Harian menafikan penerbitan muka depan Edisi Isnin siaran 30 September 2013 yang menukarkan perkataan dalam tajuk berita 'BR1M dua kali' kepada perkataan lucah seperti disiarkan dalam laman blog, facebook, twitter dan laman sosial lain.

Pihak pengurusan Sinar Harian kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencemarkan kredibiliti akhbar ini dengan mengubahsuai laporan sebenar akhbar ini menjadi perkara yang negatif.

Sinar Harian tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab ini. Dalam pada itu kami sedang memantau pihak yang melakukannya kerana unit IT kami juga mempunyai kepakaran untuk mengesannya.

SPR Perlu Terima Teguran, Bukan Sebelahi Umno BN

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu sedia menerima teguran semua pihak termasuk Tribunal Rakyat demi memelihara kepentingan rakyat.

Keengganan SPR membantu siasatan Tribunal Rakyat hanya membayangkan agensi itu mengambil pendirian yang menguntungkan Umno BN sahaja.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, berkata SPR sepatutnya berani dan bertanggungjawab terhadap setiap teguran.

“Tribunal Rakyat mengesahkan isu yang dibangkitkan PKR dan Pakatan Rakyat sebelum ini betapa ada banyak penipuan sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

“SPR wajar meneliti secara profesional untuk mengembalikan keyakinan rakyat sebagai agensi yang melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil,” katanya kepada TV Selangor.

Beliau juga menolak dakwaan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kononnya tribunal berkenaan hanya mencari publisiti.

“Ini bukan soal menonjolkan kepentingan mana-mana pihak sebab itulah saya mendesak SPR bersikap terbuka dan mendengar teguran semua pihak khususnya rakyat.

“Keputusan PRU 13 penuh penipuan dan penyelewengan menyebabkan kesan buruk terhadap imej negara kepada dunia antarabangsa,” kata Pengerusi PKR Selangor itu.

30 September, 2013

Berita Kejahatan BN Yang Tak Di Siarkan Di Utusan, RTM Dan TV3

Kerajaan Kelantan pimpinan PAS mengumumkan pembinaan Lebuh Raya Rakyat yang akan bermula awal tahun depan 2014 dan projek sejauh 73 kilometer tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Projek tersebut yang dirancang sejak tahun 1986 dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) bagaimanapun tidak dilaksanakan sehingga sekarang, memaksa kerajaan PAS negeri tersebut mengambil inisiatif untuk menyiapkannya sendiri.
Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah (gambar), projek menelan belanja RM669 juta tersebut dengan kerjasama sebuah syarikat di Dubai diharap dapat menangani masalah kesesakan yang berlaku setiap kali musim perayaan.
“Menjadi harapan kerajaan negeri Kelantan dengan siapnya lebuh raya ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan melampau yang sudah bertahun-tahun,” katanya yang dipetik berkata dalam Harakahdaily hari ini.
Pembinaan Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai mula dirancang seawal Rancangan Malaysia Kelima pada penghujung 1980an.
Lebuh raya tersebut dirancang untuk dibina sebagai alternatif kepada Laluan Persekutuan yang sesak teruk di jajaran Kota Bharu-Kuala Krai, yang menjadi lebih parah setiap kali musim perayaan.
Namun demikian, projek lebuh raya itu digugurkan, berikutan kekalahan kerajaan BN negeri Kelantan kepada gabungan PAS-Semangat 46 semasa pilihan raya umum 1990.
Projek tersebut kemudian dihidupkan semula oleh Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai salah satu projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, tetapi kemudiannya digugurkan terus setelah Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri keenam.
Akibatnya, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS mengambil keputusan untuk membina sendiri lebuh raya itu.
Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012.
Pembinaan lebuh raya tersebut oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS sering dikecam hebat oleh kerajaan persekutuan pimpinan BN, dengan mendakwa bahawa projek lebuh raya berkenaan hanyalah sekadar gimik politik oleh kerajaan negeri. ~tmi

AIIIK ? TETIBA CAKAP PASAI DENDAM NI APA HAI ?

Phahrolrazi: Saya tidak berdendam

  • Phahrolrazi: Tiada komplot jatuh MB Kedah Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi
1 / 1
ALOR SETAR – “Saya tidak pernah bermusuh ataupun pernah berdendam dengan Ustaz Azizan! Dia sahabat baik saya sejak di bangku sekolah lagi,” kata bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Menurutnya, dakwaan yang mengatakan mereka pernah bergaduh sebelum ini juga adalah tidak benar sama sekali.


“Pada ketika itu, saya cuma mengambil pendekatan untuk mengundur diri daripada memegang jawatan exco sebab tidak mahu menyusahkan Ustaz Azizan.


“Nanti saya bagi pendapat, dia tidak setuju pula. Jadi saya buat keputusan untuk ambil sikap mengalah. Tetapi rakyat mahu saya terus memegang jawatan exco untuk kukuhkan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Menurutnya, mereka antara sahabat yang paling lama bersama. Bermula dari Maktab Mahmud sekitar tahun 1966, kemudian berjumpa semula pada satu majlis ketika menuntut di dua universiti berlainan.


“Persahabatan kami kekal sehingga akhir hayatnya. Meskipun berlainan peringkat usia, namun kami tetap berbincang dan bertukar pendapat semasa mentadbir negeri ini dulu,” katanya.


Phahrolrazi berkata, sepanjang pentadbiran Azizan sebagai Menteri Besar Kedah, beliau banyak membawa sifat-sifat seorang pendidik dalam negeri ini kerana mempunyai pengalaman sebagai seorang guru.


“Sebagai manusia, kita mempunyai banyak perbezaan antara satu dengan yang lain, tetapi dia banyak memberi tunjuk ajar.


“Cuma kadang-kadang itu berlaku perbezaan pendapat. Pada saya, itu perkara biasa dalam mentadbir sesebuah negeri. Bagaimanapun, penghormatan saya terhadap beliau amat tinggi,” katanya.

 
CEC: Keputusan dijangka diketahui 6 petang ini
  • cec dap
1 / 1
PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Pengarah Strategik Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming, berkata, sebanyak 1,725 kertas undi telah dikeluarkan parti itu hari ini dalam menentukan pucuk pimpinan baru parti itu.

Proses pengundian yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi itu berakhir pada jam 1.15 petang tadi.


Bagaimanapun, kotak undi hanya dibawa keluar dari dewan mengundi pada jam 2.00 petang tadi dengan diiringi Kian Ming dan pemerhati yang dilantik ke bilik pengiraan.


Keputusan pemilihan semula CEC DAP itu dijangka diketahui kira-kira jam 6 petang nanti.


Pada pengundian tengahari tadi, DAP menggunakan kaedah pengundian seperti yang dipraktikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU13 lalu iaitu pengunaan dakwat kekal dan dicalit pada jari perwakilan bagi mengelakkan penipuan.


Selain itu, kaedah pengundian juga masih mengguna kertas undi dan ahli DAP perlu memangkah calon yang dikehendaki di tempat mengundi yang tertutup.


Kian Ming sebelum itu juga mengumumkan bahawa seramai 49 calon bertanding merebut 20 kerusi dalam pemilihan semula hari ini.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.