Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JADI PENGEMIS JASA PULAK !

Khamis, 31 Mei 2012

Kantoi : Kumpulan 'senaman punggung' tuntut duit kopi, tanah dari Kerajaan Selangor

Kumpulan pesara tentera yang terkenal dengan aksi "senaman punggung" depan rumah Datuk S Ambiga menuntut "duit kopi" diberikan kepada golongan itu yang memegang pingat diraja dan tanah 20 ekar untuk kebajikan mereka.

Permintaan pemberian bulanan itu dibuat Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala tuntutan tanah itu dikemukakan kepada kerajaan Selangor.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom berkata, bayaran bulanan dariapda kementerian dicadangkan sebanyak RM300 kepada penerima Pingat Jasa Negara (PJN) sebagai penghargaan sebagai tanda penghargaan.


"Hargailah jasa dengan beri pingat PJN, bila disarungkan, kalau tak ada imbuhan tak ada nilainya," katanya sambil memuji Zahid sebagai menteri bertanggungjawab dan berwibawa.

Beliau juga mencadangkan Ahmad Zahid berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk mendirikan rumah kos rendah yang boleh dimiliki oleh pesara tentera di ibu negara.

Mohd Ali yang dikenali sebagai "Ali Tinju" juga mahu pemimpin Umno memainkan peranan 'melobi' perdana menteri supaya pesara tentera diserap dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana ramai mempunyai masalah pekerjaan selepas bersara.

"Saya minta Datuk Seri tunaikan janji untuk beri saguhati pada veteran dan saya akan sokong Datuk Seri dan akan kumpulkan 40,000 bekas tentera yang pencen bersama keluarga menyatakan pendirian kami, veteran berterima kasih pada kerajaan BN sampai bila-bila," katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Ali juga menuntut Selangor memberikan permintaan 20,000 ekar tanah untuk seorang pesara seperti diminta oleh sebuah lagi NGO pesara tentera yang cenderung kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau bagi tanah di Selangor sebanyak 20 ekar, hari ini juga saya masuk KERABAT. Saya akan berhenti, masuk dengan dia.

"Tapi kenalah bagi orang-orang saya 20 ekar tanah dekat Bandar Bukit Puchong. Kalau Selangor bagi 20 ekar tanah, hari ini juga saya letak semua jawatan dan masuk KERABAT," katanya.

Oktober tahun lalu, KERABAT menyerahkan memorandum memohon anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan berdasarkan Perintah Majlis Angakatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.