Saturday, May 5, 2012

Janji KLCC 2

Mukaddimah doaku berbunyi:
Maha suci Kau ya Allah, yang memberiku peluang untuk merasai sekali lagi perasaan itu, Sesungguhnya aku redha kerana Kau lebih mengetahui apa yang ada dalam hatiku dan Kau mengetahui apa yang terbaik untukku.."


Sedang Aku mundar-mandir di Taman KLCC, dengan kaki yang sakit, hati yang pedih, fikiran yang kusut, sambil itu aku memerhati keadaan sekeliling.

Melihat orang yang lalu-lalang,
terkadang mendongak dan mengagumi ketinggian menara berkembar.

Langit sudah berbalam-balam, hitam pekat dari arah Ampang.
Aku memang tak berdaya nak bergerak dek kaki yang sakit yang amat.

Masih berbaju kemeja, berseluar slack.
Aku menjengah tapak kasut.

Koyak.

Aku mulai baring.

Lantas tertidur.

Wajah itu menjelma.
Suaranya masih melekat dalam fikiran.
Gelak ketawa masih ku ingat.

Satu-persatu.
Hikayat cinta yang aku tulis demi untuk sebuah kebahagiaan.

Aku terjaga,
Suara azan berkumandang

Tiba-tiba, Airmata deras mengalir.
Dalam titik hujan itu, aku redahi. Terhincut-hincut. Keletihan.
Masjid As-Syakirin menjadi saksi,
hancur lebur sebuah hati.

Aku harus teruskan hidup ini,
sepertimana suara azan yang memanggil.
Yang mengajakku kepada Yang Satu.

Sakit.
Moga aku kuat untuk malam-malam yang berselang.
Kerana setiap malam aku mengulangi semuanya.
Bagai baru bermula,
tapi berakhir dalam masa yang sama...

Wallahua'alam.
Subhanallah.
Allahuakbar.

Friday, May 4, 2012

Janji KLCC.

Salam blog. Moga hati-hati anda bertaut atas nama Ar-Rahman rabbul A'alamin..
Sesungguhnya Dia Maha mengetahui apa yang terbaik. 

Aku dah lama tak menulis.
Kekok.

Oh KLCC,
aku membencimu.

Hm.

Aku berfikir tentang kesatuan hati dan perasaan yang memenatkan seluruh jiwa dan raga.
Sepanjang jalan hidup,
ada saja liku dan ranjau.

Kadang-kadang gembira, cukup gembira,
kadang-kadang sedih, terlalu sedih.

Campuran perasaan gembira-sedih inilah yang memenatkan.
Terutama lagi bila ditengah-tengah perjalanan itu, ada ruang kosong.

Subhanallah.
Sekali lagi aku diuji Allah.
Di ambilNYA dia sekali lagi daripada aku.

Mungkin kesalahan dan kesilapan dalam pencaturan hidup.
Destinasi yang hendak dituju tak terdaya nak ke sana.
Hidup aku baru bermula.
Dan berakhir dalam masa yang sama.

Hm.

Masa untuk aku sudah habis.

Betapa besar harapan keluarga, nenek, saudara mara hendak melihat gerbang itu.

Maaf mak,
maaf nenek,
maaf semua..
Aku tak berdaya lagi..

Hm.

Pada dia,
aku harap dapat menutup mata disisinya.
Nyata dia tak benarkan.
Terima kasih atas peluang-peluang.
Pengorbanan-pengorbanan.

Pada Allah,
ku serahkan dia dalam genggamanMU,
pelihara dia wahai tuhanku,
setiap air mataku yang menitis, aku tujukan demi dia.
Lindungilah dia,
demi Allah setiap apa yang lahir dari hatiku adalah ikhlas dan jujur.
Temukan dia,
dengan apa yang dia impikan, kehidupan yang sempurna bahagia..

Hm.

Sekali lagi,
cerita itu berulang kembali.
Ku ulang setiap gelak ketawa dan tangisan.
Pada setiap malam sebelum tidurku..

Bila Allah tutup satu pintu,
moga ada pintu-pintu lain yang terbuka.
Amin ya rabbal A'alamin..

Jika ini kifarah dosa-dosaku,
aku redha ya Allah.

Wallahua'alam.
Subhanallah.
Allahuakbar.