Monday, November 30, 2009

Cuti kat Kelantan (2nd Post)

My view point of...

Hari Kedua dan Ketiga: Trip ke Bachok

Semalam baru berpeluang keluar rumah gi KB Mall, tapi itu pon dah maghrib. Pelauang tu bukan tak ada tapi saja tak nak keluar, faham2 sajalah kat KB ni kalau musim raya macam nih, sure jem gila. Aku pernah trap dalam traffik dekat 1 jam perjalanan dari WCY ke KB yg jaraknya cuma 5-6 km saja. Biasa boleh sampai dalam 15-20 minit je. Tapi keluar semalam tu pon ada jem jugak. Keluar tu bukan apa, nak cari makan kat luar pasal dah tak termakan makan kat rumah nih asik lauk daging je...hehehe. So kitorang gi KB Mall, orgnya ramai jgn cerita. Gi makan nasik ayam kat CRS, nak order ambik masa lama, tu belum masuk order nak sampai, tapi tak kisahlah, faham org ramai walaupun ada hangin sikit, almaklum sajalah perut lapar. Lepas makan pusing2 jap dalam mall tapi x lama psl byk kedai dah nak tutup. So, kitorang balik jelah. Bab balik ni yang buat aku lemah semangat pasal nak menghadap jem kat jalan. Memang jem gila. Kat WCY dari jambatan pertama Bunut Payung, kereta dah bersusun, hadap ajela, kalau tak mana lagi jalan nak lalu.

Soal jem kat KB ni aku pon malas nak cakap (tapi nak cakap jugak..hehehe..). Aku rasa kerajaan yang memerintah Kelantan ni patut fikirkan cara la utk atasi masalah jem nih, memanglah jem kat KB nih berlaku musim raya je, tapi jem tetap jem. Kalau kat negeri lain, mcm kat N9 dan Melaka, dah banyak fly over yang dibuat utk atasi kesesakan, tapi kat KB nih, jangankan fly over, kita yang rasa nak fly.. Aku rasa kat kelantan nih, lagi 20-30 tahun pon belum tentu ada fly over. Dengar2 kat WCY ni nak dibuat fly over, tapi tu entah bila la...tunggu tahun 3000 la kot??

Hari nih pon rancang nak keluar jugak psl rasanya ramai dah balik semula, kurang la kereta sikit kat KB, tapi  mak aku ajak gi rumah abg aku kat Bachok psl dia ada buat jamuan sikit. So kira jadi je la, kira gi jalan jugak tu. Kereta dah kurang? Mintak mahap, keluar je WCY, kereta berderet, dari simpang WCY tu sampailah ke trafik light Pasir Hor. Bila masuk ke jalan pasir Tumboh, lagi teruk, rasanta dekat 2km jem hingga ke traffic light Pasir Tumboh. Kat situ paling teruk yg buat lambat sampai. Bila sampai Bachok, mood pon dah lain, tapi bila dapat makan, semua hilang, dapat pulak angin sempoi-sempoi bahasa kat tepi pantai.
Sebenarnya pantai kat rumah abg aku nih, nak dikata pantai pon tak jugak psl pantainya dah ditambak psl hakisan. Kalau nak tgk pantai kenalah panjat batu yang ditambak tu.



batu2 besar diletak di tepi pantai utk halang hakisan



kiub kat hujung pokok tu ialah kubu masa perang Jepun dulu

Gambar Konvo 1994

My view point of...

Hari ni dah mula hujan, agak renyai sikit, igt nak jln2, tapi dah cuaca mcm nih, berat lah sikit. Tgk petang sikit kot keluar la. Dok rumah boring-boring nih teringat pulak kat gambar aku konvo yang 'diturunkan' dari dinding rumah nih. Aku tak tahu bakpo gambar yang dua keping tu diturunkan (tak de gambar lain pon kat dinding rumah nih). Aku perasan gambar2 tu diturunkan masa balik raya puasa lepas, aku cari-cari rupanya ada tersimpan dalam bilik tido kitorang nih. Gambar tu aku gantung lepas balik konvo tahun 1994 dulu. kat situ lah dia duduk sampailah sekarang ni. Aku ingat gambar tu diturunkan masa kenduri mak aku nak gi umrah sebelum puasa hari tu, agaknya la.. Aku tak kisah pon gambar2 tu diturunkan dan aku tak berprasangka apa2 pon dan aku tak pon bertanya dorang kenapa. Wife aku pon ada tanya aku mana pegi gambar konvo aku tu, psl dia pon perasan tak de. Dia cadangkan aku bawak balik ke Pilah la gambar tu dan sangkutkan kat rumah kitorang. Aku pon ingat macam tu. Dulu pon aku mmg dah rancang nak ambik gambar tu, tapi memandangkan gamabr tu masih tergantung, nnt apa pulak kata dorang terutama mak aku. So bila gambar tu dah diturunkan, cerahlah peluang.

Tadi dah boring2 ni, aku gi ambik gambat tu dan bersihkan. Frame gambar yg kecik dah reput sikit, tapi yang besar ok lagi. Kelakar jugak tgk gambar konvo ni terutama jubah dia. Tu tahun 1994, jubahnya kalau nak banding dengan jubah budak2 tadika, lagi cantik jubah budak2 tadika. Kalau tak salah aku jubah tu digunakan hingga tahun 2002. Pasal masa aku graduat master tahun tu, jubah yang aku dan wife aku pakai tu jubah baru, kitorang ambik pon masih berbungkus plastik lagi. Bayangkan.

Sunday, November 29, 2009

Cerita kat Royal Bintang hari tu..

My view point of...

Hari selasa lepas wife aku bawak kami anak beranak pegi bermalam kat royal bintang seremban, saja je nak tido hotel psl lama dah tak gi cuti2 malaysia. Nak g jauh tak de masa sgt, so seremban pon kira jadilah. Ni bukan cuti2 sgt, pasal petang selasa dan pagi rabu tu dia ada lecture, so kitorang je la yg berkurung kat bilik, tapi petang tu sempat jugak budak2 ni mandi kolam, tapi tek la best sgt, psl kolam kat royal ni open sgt, dekat dengan dewan makan, aku pon segan jugak nak mandi, so tgk2 dorang je la.


bilik 838 (mcm tajuk cerita DVD jer??)


nurin, adib & nafisah


hmm..

Lepas check out, kitorang gi window shooping kat jusco dan aku tunaikan janji nak belikan nurin ipod sebagai hadiah UPSR dia, tapi bukan ipod, cuma sony walkman je, fungsinya lebih kurang samalah, murahlah sikit. tapi si Adib ni pulak merajuk psl aku tak belikan beg sekolah ben10 dia, tapi nurin dah la dpt sony walkman tu, wife aku pulak belikan dia DVD slumdunk. bukan tak nak belikan beg tu, tapi harganya masyaAllah, rm 89.90!. Ye la harga tu bukan kisah sgt pon tapi cuma beg sekolah je harganya sampai cenggitu. Sebelum tu dah g parkson, beg ben10 jugak, harganya rm 79.90. Adui, bagi tahu dia tunggu dulu jgn beli lagi, kita tgk dulu, tapi dia tak faham. Mulalah tunjuk muka seposen dia, geram pon ada, marah pon ada.

amboi, amboi, amboi...

Saturday, November 28, 2009

Cuti kat Kelantan (1st Post)

Hari Pertama: Selamat Hari Raya Aidil Adha.


Lepas solat sunat hari raya, terus g kat tempat korban (makan dulu, mana tahan woi!!). Masa nak akad, ingat RM280 je, tapi rupanya RM380. Mak aku salah dengar hari tu.Sebenarnya wife aku yang korban ni, rasanya dah 3 tahun dia buat korban kat sini. Tahun lepas buat jugak, tapi byk daging kitorang berlebih, tak edarkan satu, satu lagi simpan je rtak dimasak ke apa. Ada 3 ekor lembu sumenya. Kitorang punya last sembelih. Bila dah lembu tu tak ade nyawa, mulalah kitorang melapah, bukannya pandai pon tapi pakai belasah je la, kalau tak kite, sapa lagi yag nak melapah. tapi bila dah selesai lapah kulit lembu tu, aku dah cungap. Aku tau aku dah tak boleh teruskan lagi, dada sakit n pandangan gelap. Pas tu aku balik berehat kat rumah. Tak apa la kot pasal dirty job dah selesai, lapah daging tu rasa sesapa pon boleh buat. Balik rumah kepala dah pening langsung tertidur. Solat jumaat pon x pegi, rasa sakit kepala dan penat. Malam dorang ada buat bakar daging, tapi aku tak join sgt pasal tak selera sgt dah nak makan, bukan makan byk pon, tapi perut rasa kenyang. Kitorang x ke mana2 la hari ni, stay kat umah je..

Friday, November 27, 2009

Alhamdulillah, selamat sampai kelate..


Alhamdulliah, sampai kat rumah di WCY ni lebih kurang jam 10.45 mlm. Bertolak dr US tadi dalam pukul 10.00 pagi. Syukur x sde apa2 berlaku sepanjang perjalanan tadi walaupun dekat Jerangau jem teruk pasal ada tanah runtuh, habis sebelah jalan jatuh dalam sungai. Dekat 1 jam setengah stranded, tu pasal lambat sikit sampai sini. Biasa dalam 9 jam je boleh sampai. Tapi ok la, hujan lebat ada sekali dekat mana tah, selain dari tu matahari memancar dengan cemerlangnya. Tak ada banjir sebagai mana yang digembar-gemburkan. Isi minyak 2 kali; sekali kat pilah (rm50) dan sekali kat bandar muktafibillah (rm30). Rehat, makan n solat kat bandar muktafibillah. Tapi yang buat terkejut besar bila nampak sign McDonald kat WCY nih, wah dasat la, WCY dah ada restoran McD, fuh...cayalah..





Ni gambar yg aku snap kat stesen petronas muktafibillah, org pompuan tgh beratur depan tandas nak lepaskan hajat masing2 lepas jalan jauh..hehehe...

Tuesday, November 24, 2009

Assolah tuhairun minannaum!!!

BANG, BANGUN BANG, SUBUH!! Fuh, pagi tadi dpt jugak solat subuh kat surau, dah lama nak buat tapi faham2 jelah kan, hehehe...tu pon siap kunci jam lagi. Bila sampai rumah baru pukul 6 pagi, biasa aku malas nak tidur semula lepas bangun pagi takut badan lemah, TAPI memandangkan masa byk lagi, baring2 la, mmg x boleh lelap, keputusannya seperti yang diduga, badan lemah semacam.

SUNGGUH KUTERHARU!!! Semalam gi surau bagi tau dorang aku x dapat nak bersama malam ni psl aku dengar dorang nak buat sikit perbincangan psl upacara korban hari raya haji nih. Aku tak dpt join psl wife aku ajak bermalam kat hotel royal bintang kat seremban, tapi rupa2nya dorang nak buat sikit jamuan surau, orang sebelah rumah bagi sumbangan. Bila dorang dengar aku tak dapat attend malam nih, dorang sepakat nak anjakkan jamuan mlm ni ke malam besok supaya aku dapat join sama. Aduih, aku tak tahu nak ckp apa. Tahu jamuan tu kecik, tapi disebabkan aku dorang sanggup anjakkan. Rasa malu pd diri sendiri...

INI TAK ADIL!!!! Malam tadi aku bukak planner nak tandakan event2 yang nak diisi sepanjang cuti ni. Bila tgk jadual guru bertugas cuti ni, rasa terkejut jugak psl aku dan kak mis kena 4 kali, sedangkan GKMP lain kena 3 kali je, nasbi kena 2 kali, shimah pon kena 3 kali. Nak msg kak mis dah lewat sgt. Nak bagi tau dia jugak aku x dpt duty pd 11/12 dan x dpt attend mesy guru pd 29/12 psl ada mesy spm.Tak kisah kena banyak, tapi kena adillah..hehehe..tu kena kira!!

Monday, November 23, 2009

Hari ni dapat gaji..

Pagi2 lagi dah keluar pilah, 1st sekali pegi BSN, cucuk duit. Gaji dah keluar 2 hari lebih awal, tak tahulah psl nak raya Haji ke atau pasal dah lama tak dpt gaji..hehehe, mana taknya yang last dpt gaji hari tu pada 8/10. Pegi psr beli biskut utk surau. Then beli roti utk sarapan budak2 ni. Lupa pulak nak buang sampah yg dah sipa isi dlm keta, terpaksa keluarkan balik. Lepas dah siapkan bfast budak2 ni, aku jemur kain :-) dan lepas tu aku racunkan rumput2 yang mula nak tumbuh kat laman. Petang ingat nak mesin rumput kat belakang rumah, tak do yg menarik cuti2 nih!!!

Cuti nih nak kira cuti betol2 tak juga, ada jugak kerjanya, aku kena tanda SPM, bertugas di sekolah, wife aku pon kerja jugak, tapi x kisahlah asalkan terisi. Hari tu msg ketua pemeriksa, dia kata mesy pertama pada 9,10 dan 11/12, mesyuarat kedua pada 29-30/12. Bertugas kat sekolah pulak pada 11/12, 14-16/12 then sambung lagi pada 21/12. Wife aku pulak mesy STPM pd 12-13/12. nak balik KB lagi. Ingat balik KB hari khamis nih then balik sini semula rasanya isnin atau selasa, 2-3 hari je tu...tak byk masa jugak. tak apa, kat rumah ni byk kerja nak dibereskan.

Sunday, November 22, 2009

Lagu-lagu dalam Handphone Aku

Yang ni dah lama aku nak masukkan kat sini. lagu2nya tak banyak tapi boleh la buat layan kepala...:-)

1. Lagu 60-an
            i. Kisah dan Tauladan (A.Halim)
           ii. Kasih Tak Sudah (A. Rahman Hassan)
          iii. Seruling Anak Gembala (Jeffri Din)
          iv. Kenangan Mengusik Jiwa (A. Ramli)
           v. Oh Fatimah (A. Ramli)
  
2. Lagu Rock Kapak
           i. Akulah Kekasihmu (AXL'S)
          ii. Andai Dapat Kuundurkan Masa (AXL'S)
         iii. Lena Diulit Intan (Wings)
         iv. Di Sini Kasihku Abadi (Rahmat)
          v. Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara (x tau nama band)
         vi. Siapa Di Hatimu (Rahmat)
        vii. Srikandi Cintaku (Bloodshed)

3. Lagu Jiwang
          i. Jika Kau Bercinta Lagi (Alleycats)
         ii. Dirantai Digelangi Rindu (Exists)
        iii. Salju Di Danau Rindu (Exists)
        iv. Dia (Fauziah Latiff)
        v. Teratai Layu Di Tasik Madu (Fauziah Latiff)
       vi. Yang Lebih Kau Cinta (Fauziah Latiff)
      vii. Enggan (Fauziah Latiff)
     viii. Cinta Tiga Segi (versi dlm bilik) (x tau sape penyanyi)
      ix. Diganggu Kenangan (Black Dog Bone)
       x. Seribu Tahun (Imran Aje Main)

4. Lagu Nogori
       i. Lambaian Negeri (Kumpulan ???)
      ii. Apo Kono Eh Jang? (Ally Noor dan Mastura)
     iii. Apo Nak Buek Jang? (Ally Noor dan Mastura)
     iv. Ayam Den Lapeh (Anita Sarawak)
     v. Apo Nak Dikato (Blues Gang)
    vi. Batang Bomban (Ally Noor dan Mastura)
   vii. Mudiokarau (Ally Noor dan Mastura)

5. Lagu Raya
    i. Kupohon Restu Ayah Bonda (Mamat)

6. Lagu Hantu Raya
     i. Rendang Tak Berbuah (Hattan)
    ii. SMS (Kristal)
   iii. Asyik Kulagukan (Slam)
   iv. Orang India (Pei Triawan)
    v. Kalis Rindu (Elyana)

7. Lagu Omputeh
    i. Stronger (Britney Spears)
   ii. Oops! I Did It Again (Britney Spears)

Lagu-lagu ni insyaAllah nnt aku buatkan link ke ziddu, kot2 ada yang nak. Ada lagu2 tu dah nak reject from list dan ada jugak lagu2 tu aku tak pernah dengar pon, saja masukkan. Sekarang x leh lagi psl nak menguploadnya berjanggut dengan internet connection yang pelahan mcm apa...

Gotong Royong Bersihkan Kubur

Selepas seminggu merancang akhirnya, hari ni tibalah harinya, iaitu gotong royong bersihkan kubur ulu naling. Mula jam 3 petang, mulanya hujan agak renyai jugak, tak dpt sgt nak menebas ke atau mesin rumput, tapi dalan 3.15 ptg, hujan mula berenti, then kitorang pun balun habis la, ada yang guna parang menebas dan ada jgak yang guna mesin rumput, aku bwk dua2 tapi x sempat gunakan parang, aku gunakan mesin rumput je senang, tak payah pakai byk tenaga. Kalau pakai parang, nak menghayun tu pakai byk tenaga jugak..hehehe. So parang aku tu adalah somebody gunakan.

Dalam dok menebas guna mesin tu, byk kali jugaklah blade terkena batu, bukan batu nesan, tapi batu lebihan binaan kubur, banyak kali terkena kaki, sampai tak sedar rupanya kaki aku berdarah terkena serpihan kayu, ingat sakit je, tapi bila dah selesai, masa nak sapu rumput2 yang melekat kat seluar, barulah sedar, bertambahlah sakit bila dah tahu berdarah tu...hehehe..

Lepas gotong royong kat kubur, ada pulak jamuan ringan kat surau kitorang, mee goreng, meehon goreng dan kuih muih sikit. Alhamdulillah, program berjalan dengan jayanya, kubur pon dah bersih dari semak samun untuk menyambut raya haji nnt. Oii, kubur pon nak raya tau... :-)

Friday, November 20, 2009

Costumize My Blog..

Dua tiga hari ni aku asik dok costumize blog nih, maklumlah dah hujung tahun, kerja pon dah kureng sikit, hehehehe.... mula dok asik tukar template, kemudian tambah gadget mcm jam, hit counter, edit post, tambah label, bubuh-padam-bubuh lagi-padam lagi. Ni dah habis boh label, tapi label tu nampak mcm cacamerba, nantilah ada masa lagi cuba adjust semula..

Cuti..

Eyahuuuuuuu..... Cutiiii...

Thursday, November 19, 2009

Nurin Got 5A!!

Alhamdulillah, 5A!


Kenapa mata merah yin??


Slip keputusan upsr yin.


Alhamdulillah, nurin dapat jugak 5A utk UPSR. Tahniah Yin, i'm so proud of you... Tapi yang kelakarnya emaknya yang terlebih, sampai menangis2. Sekolah dia 7 orang dpt 10A dan rasanya sume kwn2 dia dpt result yg sama, tahniah kepada semua setelah bertungkus lumus sejak sekian lama, lepas ni nak ke mana agaknya? Tak kisah la mana2 pon, sekolah kat kampung pon ok jugak, yg penting diri kita sendiri... So, sekali lagi ayah ucapkan TAHNIAH BUAT ANAK SULUNG AYAH...SAYANG YIN..(mana nak cari duit janji bagi RM1000 dan belikan ipod???)

Wednesday, November 18, 2009

Dah hujung tahun..

Tinggal 2 hari lagi sebelum cuti hujung tahun n hari ni SPM mula. Esok pulak katanya UPSR akan diumumkan. Itu yang berdebar2 tu. harap2 Nurin dapat result yang cemerlang. janji ngan dia dulu nak bagi RM1000 dan ipod satu...tapi kalau tgk dompet dan poket skrg ni mcm mustahil je.... tapi nak bagi jugak nnt kalau dah ada duit...Tunggu yin ye....

Hari ni awal sikit sampai sekolah, psl adib tak g sekolah hari ni, so dpt mandi awal sikit, kalu x dok tunggu dia mandi dulu la. Adib mintak excuse katanya dah penat;

"Ayah, boleh tak adib tak gi sekolah hari rabu?"
"Kenape?"
"Adib dah letih la gi sekolah."
"Adib nak tgk cerita apa kat tv ni?"
"Cerita ultraman."
"Pukul berapa?"
"Pukul 11."
"Nanti kita tengok dulu."

Pas tu smlm lain pulak cerita:
"Ayah, esok cikgu ada nak bagi hadiah, hari khamis la adib cuti." Aku agak hari anugerah kecemerlangan la kot.
"Adib dapat hadiah tak nanti?"
"Tak tahu." Kebiasaannya kalau ada apa2 acara yang bagi hadiah ni ni dapat la bawak balik at least 1 hadiah, tapi aku rasa kali ni dia tak dapat. Then bagi tau dia:
"adib nnt kalau tak dpt hadiah tak ape kan??"
"kalau mcm tu adib tak nak gi sekolah la esok."
"Ok, tapi kalau ada hadiah utk adib, nnt kakak tolong ambik." So hari ni dpt keluar awal sikit la. 6.30 dah start keta, jalan pon clear je...

Monday, November 16, 2009

Wah-wah naik stage buat ucapan pulaks...

Hmmm...hari ni ada prog hari anugerah kecemerlangan pelajar, ala sempoi-sempoi je...bdk2 pon tak ramai, agaknya separuh je kot. Masa penyampaian anugerah koko, aku naiklah ke stage mengiringi cg nasbi, jd pak pacak la...

Lepas rehat ada pulak program minggu geografi cg fazila buat, so sbg, senior teacher konolah eden bagi speech sikit...alah, belasah je lah, ucap tahniah sikit, ulas atur cara siket, galakkan pelajar join then daaah..sekian terima kasih...hehehehe..tak sampai 2 minit.. ala audien pon x ramai, budak ada dlm 100 pon x sampai, then cg pulak x sampai 10 org...class pulak dah burn, pas tu tido kat bilik disiplin nih...sampai 1.30 ptg.. jag g balik la...

Saturday, November 14, 2009

2nd meeting

Mesyuarat pelarasan kedua mula semalam, dan walaupun esok ada sehari lagi, tapi yang hardcorenya dah settle, laporan prestasi calon, cross-checking, key-in markah dah selesai hari ni, malah boss pon dah bagi yg dah selesai key in markah tadi balik awal. Aku pon dah selesai key-in markah tadi dengan cg mahadi sebelum pukul 4. Lega lah semua dah selesai, cuma ada beberapa borang kena submit, bungkus semula skrip dan borang claim lagi kena submit, pas tu sume selesai..claim gue utk skrip ada dalam 500 lebih dan utk mileage agak2 dalam 1k kot...ok la tu...hehehe...

Tuesday, November 10, 2009

Ambik gambar..

Hari ni pagi2 lagi cg2 berbaris ambik gambar. Patutnya semalam tapi pospon pasal cg2 bertaburan, tak dapat nak kumpulkan sama2...hari ni lepas assembly, terus pegang cg2 ambik gambar dan nilah dia ghomannya...


Depan: rosman, suhaidi, nasbi, misliah, hamidon, shimah, ajura, kak yati, maznita. Tengah: hasmaliza, azizah, aida, ezura, bedah, yuslida, fazilah, kak normah, liza. Belakang: saiful, zul, nasir, ashraf, hairul, rusli, jamal, yussaini, ali.

Monday, November 9, 2009

Gomo Kelate Gomo..

Fuh..akhirnya habis aku tanda paper PMR. Semalam pulun 40 buah skrip sampai nak naik pitam, tapi alhamdulillah semua dah selesai, cuma nak setlle kan urusan pengkeranian yang melecehkan tu... Sepanjang menanda paper pmr nih, ada jugak rasa kagum kat bebudak ni yg dapat menulis dengan baik...agaknya ini lah dia yang bakal menlanjutkan pelajaran ke luar negeri dan nnt pulak dpt pegang jwtn tinggi. tapi terkenang jgk kat anak2 aku nnt, dpt ke jwb dengan sebaik tu. Dan terkenang terutama adib, bila tgk calon yg x dpat menulis dengan baik, insaf la jugk, esok org tanda paper exam anak2 kita, macam mana la agaknya...

Dan malam tadi final piala malaysia, walaupon n9 menang, tapi kelate pon menang jugak, tapi menang sorak. Buat malu je tgk gelagat penyokong tah apa2. Kesian kat anuar musa berpenat lelah naikkan pasukan kelantan, tapi penyokong kelantan bals mcm tu.. eloknya tahun depan jgn kasi masuk piala malaysia kalau perangai mcm tak de tamadun. patutnya syukur la kelanta dpt masuk final, jrg2 dapat. Tapi x semua la mcm tu, yg bangang n bodoh je perangai lagu tu...


Saturday, November 7, 2009

Result PTK..

Result PTK yang aku ambik bulan 8 baru ni dah keluar...stil band 3/3 macam dulu jugaaak, tapi kali ni dorang pakai abjad pulak B/B...sama latu. dah 3 kali ambik tu la jugak result dia....rasa macam nak give-up pon ada...ada satu chance lagi.. kalau tak kena tunggu time base je la... lama lagi tu...

Baru2 ni berlaku perubahan dalam perjawtan psl ramai dah naik pangkat pindah.. member aku cg razali sblm ni PK koko dah naik jadi pk hem pulak, cg elmy dr ketua bidang dah naik jd pk koko, mcm tu jgk cg masri dah jd pk koko jgk. Aku nak kata jeles tu jeles juga tapi rasa gembira jgk utk dorang. tapi bila kenang balik pasal diri sendiri, aku dok mcm nih jugak, rasa dah dekat 7-8 tahun aku jd ketua bidang nih, tak kemana2 lagi still di sekolah yg sama, rs terkilan pon ada. Aku rasa aku antara yg awal dpt DG44 nih n dpt pgg ketua bidang, dulu rasa jgk kembang lubang hidung psl org lain yg lg senior tak dpt lg DG44, antara org yg untung, tapi sekarang ni DG44 dah melambak2 dan ada yang lebih junior dr aku dah dapat DG44 P2 lagi tuh... Dulu dorang target aku tak lama akan dilantik jd PK, tunggu punya tunggu x de pon, dok mcm tu jgk sampai la ni.. Rasa dok kat pasoh ni mcm org x peduli pon. Rasa tak ade lagi cg2 kat pasoh ni dinaikkan pangkat n bertugas di sekolah lain. Kalau cg dari sekolah lain dtg sini naik pangkat adalah.. Aku rasa makin lama kat sini mcm tunggul kayu pulak...lama-lama reput pulak...

Sunday, November 1, 2009

Perasmian Surau Ulu Naling

Fuh...dah lama tak masuk blog nih... bz sesangat seminggu nih... daripada hari selasa lepas (27/10) tak sempat nak tulis apa2 kat sini. Rasa banyak sangat nak tulis tapi x sempat... Ni dah ada kesempatan sikit tak tahu pulak nak tulis apa2.

Sebenarnya hari isnin hari tu aku dpt offer jd pemeriksa kertas BM PMR, mula2 serba salah jugak, pasal minggu nih bz sgt, soalan exam sejarah tg 2 belum buat, nak uruskan majlis perasmian surau lagi...tapi pk-pk, pas tu tanya wife lagi, aku terima jgk, so hari tu jgk gi sban, sekolah tempat mesy. pelarasan tuh.. Sebenarnya, kwn yg offer tu aku dah contact awal2, kalau ada kekosongan, call la aku, tak sangka pulak pagi selasa tu dia call kata cg dia yg jadi ketua pemeriksa perlukan pemeriksa pasal pemeriksa asal tarik diri psl ada kecemasan. tapi nasib baik jugak, boss aku bagi, kalau tak, tak de la.. Group pemeriksa ni kira ok la, dari 11 org termasuk ketua, 8 orang perempuan, so dorang la conquer...tapi aku tak bg can punya... dapat juga merasa tanda BM PMR, sebelum nih x berminat pon.. rupanya pemeriksaan lebih strict la..

So, balik je dari mesyuarat hari pertama, terus aku buat soalan sej form 2, nx week dah nak exam. tak nak la nnt dikata curi tulang, lagi pon soalan form 4 dan form 5 cg nasir dah uruskan. pas tu aku bagi kat Hairul soh bg kat ashraf, mintak tolong dia uruskan.

Malam gi rumah hairul tu untuk kirim soalan, ada perarakan Yamtuan, psl mlm tu ada jamuan rakyat kat pilah. So, balik aje dari rumah hairul, jalan dah kena blok, Yamtuan dah lalu. So, dapatlah kitorang tgk Yamtuan berarak. Mula2 para hulubalang melayu, pas tu pasukan polis berkuda, Yamtuan atas jip then doble decker. Seronok sangat. Aku memang tak jangka dpt tgk perarakan tu memikirkan orang ramai, susah dengan budak2 ni. Tengok2 dia lalu depan mata pulak.

Hari nih kitorang ada buat satu majlis perasmian surau kampung. Jemput YB Hassan Malik rasmikan surau dan gelanggang takraw. so mmg sibuk sgt2 minggu nih. Tapi alhamdulillah semuanya dah selesai. Dari semalam lagi uruskan, belah pagi bersihkan surau, petang pulak goreng ayam utk hari ni. Hari ni pulak 6.30 pagi dah mula kerja msk2. jam 9.00 pagi siap2 pakai baju melayu nak sambut YB. YB sampai dalam pukul 10 pagi. Lepas rasmikan surau ada jamuan mkn pulak. Belah petang pulak YB Adnan Abu Hassan DUN Pilah dtg rasmikan gelanggang takraw. Ada pameran antidadah, SPR, cabutan nombor bertuah, lawan takraw dan karaoke.

Kat depan surau..

boleh tahan ramai yg datang...dalam 500 orang..

Pendek kata, aku tinggalkan dulu urusan tanda menanda kertas PMR tu... nnt malam kang sambung balik...hehehe...esok sekolah tau... eyahuuu...kelantan masuk final lawan NS... (kat ulu naling ni kelantan ngan ns hari2 lawan...hehehehe...).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...