the joneses

Wednesday, 29 July 2009

tanpa judul #27

yang pahat yang penukul itu anak kita
yang lena yang terlepas waktu subuh
yang gelama yang ikan duri itu
anak kita yang terlupa
yang sengaja tidak mahu ingat waktu zohor
yang hangat yang tahi ayam itu
anak kita yang leka menyepak
yang ralit menendang diwaktu asar
dan belegar-legar hingga terlepas
waktu maghrib
yang menyalak ditepi bukit itu
anak kita yang lelah yang letih
yang membiarkan berlalu waktu isya

kita kencingnya berdiri
berjejeh tidak malu
kita selamanya ketam
mengaku guru

Saturday, 25 July 2009

sepi lelaki

dua lelaki sepi duduk semeja
meneguk kesunyian
segelas demi segelas,

-ini lebih baik dari minum sendirian-
kata satu dari dua lelaki sepi yang
duduk semeja

lelaki yang lagi satu mengangguk
senyumannya sudah lama hilang
pergi tidak pulang-pulang.

bunuh apa?

perbuatan orang-kah
biangnya sendiri-kah
hari itu sepatutnya
bukan hari mati

tekak kering
liur pahit kupaksa telan
memandang langit
ada mendung mengandung hujan

bersihkah bumi bila
hujan membasahi
apakah serap dosa
setelah matahari sinar kembali?

Tuesday, 14 July 2009

tanpa judul #786

berjalan bergelut mencari
akhirnya sendiri
diam dibanir
membiarkan akar membelit
diri

Tuesday, 7 July 2009

balada mamat dan minah

mamat membuka celana
anunya mengiring ketepi
tidak menegang
tidak bisa bikin
minah bising mengerang

sejak hari dulu
hingga hari kini
mamat hanya bimbang
tentang anunya
tentang ininya

sembahyangnya kucar-kacir
kadang-kadang tiga
kadang-kadang dua
mamat tidak runsing
kerana yakin mati dihari tua

kepada minah mamat bilang
"sebentar yang,abang keluar
beli kopi,abang akan cari
yang lebih power dari semalam"

minah tersenyum tidak malu
"cepat sikit bang,ayang tak tahan"
jerit minah kuat hingga terdengar jiran
"persetankan orang,mamat laki aku"
kata minah dengan mata dibuat-buat kuyu

bergegas mamat menuju warung
matanya melilau mencari kopi
yang diketip dipapan

yang ini sudah dicuba minggu lalu
yang inu sudah dicuba minggu yang lagi satu
dua-dua itu jenama baru dalam pasaran
dua-dua itu tidak menepati sasaran

orang sibuk bincang pasal selsema babi
siapa syiah siapa wahabi
mamat tidak angkat peduli
yang penting malam ini
mamat mahu sibuk puaskan bini

mamat menimbang-nimbang
tidak tahu jenama mana jadi pilihan

mamat capai yang itu tiga
mamat gapai yang inu dua
kalau diikut otaknya yang geliga
disitu juga mahu dia telan semua

mamat pujuk anunya agar bersabar
"tidak lari dua gunung yang dikejar"
mamat merasa dirinya kelakar

tiba dirumah
mamat campur semua
ditogoknya kopi campuran
memandang anunya dengan harapan

ada berita kampung yang mahu diroboh
berita bekas menteri rumah besar juga sudah heboh
mamat tidak peduli itu semua
yang mamat tahu,malam ini katil kelaminnya pasti roboh

Thursday, 2 July 2009

satu baris ucap selamat.satu baris kata nasihat

selamat tidur dalam teknikalar.
jangan bermimpi terlalu lama.







* kata 'teknikalar' saya ambil dari sajak Salleh Ben Joned.