the joneses

Tuesday, 30 June 2009

sajak dua ringgit

duduk ramai-ramai
bincang itu ini

tambah kopi
tambah kopi

mj mati
honduras tukar menteri
presiden iran tipu undi

tambah kopi
tambah kopi

palestine tak aman lagi
israel memang kaki buli
harga minyak bakal naik lagi

tambah kopi
tambah kopi

duduk ramai-ramai
huhahuha cerita luar negeri

tambah kopi
tambah kopi

kata pyan,
kuala lumpur jem hari-hari
satu orang pun tak nampak
cuma gua yang sibuk terlalak-lalak,
bayar dua ringgit,suruh gua
baca banyak sajak,hemm!

duit kopi
duit kopi

Wednesday, 24 June 2009

bukan manusia

bukan lelaki namanya
dia jika jatuh cintanya
dia hanya sekali

bukan perempuan namanya
dia jika puasnya
dia dengan satu tas tangannya
dia dengan satu pasang kasutnya
dia dengan satu warna gincunya
dia dengan satu perhiasan dadanya
dia dengan satu cincin dan gelangnya
dia dengan satu segala harta dunianya
dia mahu serba-serbi seribu kali
dia bahkan mahu lebih lagi

bukan lelaki namanya
dia jika jatuh cintanya
dia hanya sekali

bukan manusia namanya
mereka jika bukan begitu
tidak begini
bukan hamba namanya
mereka jika terus kekal
dan mati begini

Friday, 19 June 2009

ibu minus dua

engkau rinduku
engkau cintaku,
minus tuhan esa
minus nabi mulia,
engkau sorga
engkau segala.

mok,
aku nyatakan semua ini
tanpa menunggu engkau mati

Monday, 15 June 2009

jarum waktu

jam tangan tanpa jenama
yang melilit hujung lenganmu
memberitahu waktu
sama seperti jam tangan
mahal dilemari kristal isteriku
adalah bukti nyata
aku dan kamu serupa.

politikus itu aku