andai engkau hadir
di hari aku di istiharkan mati,
kafan dan sembahyangkan jenazahku
dan mintalah belas kasihan bagi pihakku dari tuhan.
itulah harinya aku butuh ehsan.
Thursday, 27 November 2008
Tuesday, 25 November 2008
Monday, 24 November 2008
gitaarreeks voor een frieng
denting gitar sayup kedengaran,
keras dan meresahkan,
aku pasti itu hasil hentaman jemari ajis,
lelaki yang masih mencari.
-ajis-
dari dalam jiwa ada suara mengajak
pulang kepada jenayah pulang
kepada masalah pulang kepada
segala yang payah.
akalku memberontak nafsuku mahu
jinak rela diinjak.
suara gitar semakin jauh
dentingkan lagu remuk
aku pasti masih jemari ajis yang
kabut menghentam tali besi.
-aku-
jis,bukan selamanya kita disini
bukan selamanya kita.
telah aku kotakan janji,
nah, sekarang giliranmu
buka hati dan lari jauh
tinggalkan jenayah,tinggalkan
masalah dan segala yang payah.
gitar tidak lagi bernyanyi,
putus tali barangkali.
ajis masih tercari-cari.
tidak hilang namun tidak dilihatnya
terbentang namun tidak dilihatnya.
-ajis-
mengapa payah meredah hidup?
-aku-
jis,berjalanlah dengan mata yang terbuka
keduanya.
malam menjadi sepi tanpa
resah suara gitar.
aku mengingatkan diri
untuk membeli tali gitar
buat ajis,sang sahabat.
keras dan meresahkan,
aku pasti itu hasil hentaman jemari ajis,
lelaki yang masih mencari.
-ajis-
dari dalam jiwa ada suara mengajak
pulang kepada jenayah pulang
kepada masalah pulang kepada
segala yang payah.
akalku memberontak nafsuku mahu
jinak rela diinjak.
suara gitar semakin jauh
dentingkan lagu remuk
aku pasti masih jemari ajis yang
kabut menghentam tali besi.
-aku-
jis,bukan selamanya kita disini
bukan selamanya kita.
telah aku kotakan janji,
nah, sekarang giliranmu
buka hati dan lari jauh
tinggalkan jenayah,tinggalkan
masalah dan segala yang payah.
gitar tidak lagi bernyanyi,
putus tali barangkali.
ajis masih tercari-cari.
tidak hilang namun tidak dilihatnya
terbentang namun tidak dilihatnya.
-ajis-
mengapa payah meredah hidup?
-aku-
jis,berjalanlah dengan mata yang terbuka
keduanya.
malam menjadi sepi tanpa
resah suara gitar.
aku mengingatkan diri
untuk membeli tali gitar
buat ajis,sang sahabat.
Monday, 17 November 2008
Rokende ganja in tangier
rokok daun nipah tanpa ganja
lekat dibibir.
emakku jauh
papaku jauh.
rokok daun nipah berserta ganja
lekat dibibir.
emakku dekat
papaku dekat.
di Tangier ada maulana mabuk kopi.
lekat dibibir.
emakku jauh
papaku jauh.
rokok daun nipah berserta ganja
lekat dibibir.
emakku dekat
papaku dekat.
di Tangier ada maulana mabuk kopi.
Wednesday, 12 November 2008
Monday, 3 November 2008
het spreken aan een spiegel terwijl scherende en halve naakt
hellooo! apa khabar?
wah! kepalamu makin botak
wah! perutmu makin buncit
makan rasuah kah?
ha.ha.ha.
maaf,
tidak kelakar.
apa kabar imanmu?
apakah semakin menipis seperti
rambut di kepalamu?
atau semakin membengkak
seperti perut dibawah bajumu?
ha.ha.ha.
maaf,
tidak kelakar.
amalmu bagaimana?
sebanyak rambut dikepalamu sahaja
tidak mencukupi
sombong seperti perutmu juga
tidak mencukupi
usaha lagi!
maaf,
aku tidak ketawa.
maaf,
aku serius!
ha.ha.ha.
wah! kepalamu makin botak
wah! perutmu makin buncit
makan rasuah kah?
ha.ha.ha.
maaf,
tidak kelakar.
apa kabar imanmu?
apakah semakin menipis seperti
rambut di kepalamu?
atau semakin membengkak
seperti perut dibawah bajumu?
ha.ha.ha.
maaf,
tidak kelakar.
amalmu bagaimana?
sebanyak rambut dikepalamu sahaja
tidak mencukupi
sombong seperti perutmu juga
tidak mencukupi
usaha lagi!
maaf,
aku tidak ketawa.
maaf,
aku serius!
ha.ha.ha.
Subscribe to:
Posts (Atom)