Tuesday, July 28, 2009

di satu petang yang damai (juLy baBieS bDay picnic)

cameramen:jijul n pakwan
special appearence:cikgu nebby

july babies(fiza,nape pandang kat sane?hehe)


semua dapat sorang satu,jangan risau la



a lovely bDay cake

terima kasih,thnx a bunch,syukran 'alaikum,arigato gozaimas,sei sei!!!!!
dah 24 tahun umur pun,bukan kecik lagi tau,dah boleh jadi laki orang or bapak orang ke...eerrr..tu belum lagi kot,nway..last week my dearest batchmates was organizing a so called juLy baBies bDay picnic di Tasik Ayer Keroh meraikan 5 orang babies yang lahir di bulan juLy nor amrie aka chargon,saYe,nurul,fiza remp-It dan cik naa...it's been a long time kami tak organize 'bende-bende' camni,kat manipal jangan disebut,pantang dengar cuti sehari dua pasti ade je plan dari orang itu dan ini...menggunakan konsep potluck(pliz correct my spelling) means masing-masing bawak la makanan sorang skit so that campur semua nanti kongsi ramai-ramai,it's simple event but really meriah dengan celoteh tiap-tiap orang...ia diserikan lagi dengan penampilan khas cikgu nebby yang dibawa khas oleh fyd (susah-susah je datang...)...i'm not expecting such this event to be organized...hmm...malam 1407,actualy saYe dah diraikan oleh ayahanda dan bonda saYe di Muara Sg Duyong,malam tersebut..abah kelihatan tak keruan skit dek menunggu keputusan PRK Manek Urai diumumkan dan bila dengar saje majoriti 65 undi lagi la terkezut dibuatnya..huh....walaupun dah masuk persatuan ahli-ahli umur 24 tahun ni,dapat jugak lagi hadiah dari kawan-kawan,yang peliknya tu,orang-orang tersebut(u guys knw who u r) memberikan barang-barang yang perlu saYe tukar contohnya di sini wallet saYe yang dah 'mintak nyawa',tup tup dapat hadiah wallet(pelik tapi benar),nway trimas la banyak-banyak!!!....hari jadi or hari ulang tahun kelahiran ni hanya sekadar simbolik peralihan umur kita dari setahun ke setahun,sama ada kita perasan atau tak,ia pada hakikatnya mendekatkan kita pada tarikh kematian kita...disebabkan kita tak tahu 'tarikh ajaib' tersebut maka kita kene put an effort to strive for excellence in wateva we do so that kita dapat mengecapi redha Allah itu,Allah jadikan hidup dan mati ini supaya Allah nak lihat siapakah hambanya yang melakukan amalan yang terbaik (Al-Mulk:2)...Beruntunglah siapa yang hari ini lebih baik dari semalam,rugilah siapa yang hari ini sama seperti semalam dan celakalah siapa yang hari ini lebih teruk dari semalam...mintak jauhkanlah kan.....ameen...Selamat Hari Lahir,Selamat dari kemurkaan Allah,Selamat dari maksiat zahir dan batin,Selamat bersyukur Selamat bersabar....




Sunday, July 12, 2009

Ada Apa Dengan Solat



saYe menggelarkan bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadan sebagai BULAN 3 BERADIK...ada yang berpuasa 3 bulan terus dan ada yang telah mula memperbanyakkan amalan-amalan soleh sebagai 'warm up' sebelum mengharungi 'Battle of The Ramadan' nanti....bila kita sebut bulan Rejab,mustahil untuk kita tidak bicara mengenai Isra' & Mikraj walaupun pada hakikatnya masih ada event yang lain berlaku pada bulan ini seperti Perang Tabuk dan Pembebasan Al-Aqsa oleh Salehuddin Al-Ayyubi...di sini saYe sekadar nak peringat diri sendiri dan anda semua tentang peristiwa Isra' & Mikraj ini yang mana perintah kewajipan Solat,benda-benda ni kena lah selalu diperingatkan,dah la setahun sekali,kalau tak analisa dan tak diisi molek-molek,lama kelamaan ia akan hilang begitu sahaja...Allah telah menjemput Nabi SAW naik ke langit selain untuk terima sendiri 'arahan' solat malah Allah nak tunjukkan kepada baginda tanda-tanda kebesaran Allah...syurga dan keseronokannya serta neraka dan kepedihannya....Untuk itu Allah mengarahkan malaikat untuk membelah dada baginda dan membuang segala 'daki-daki maksiat' dan digantikan dengan Nur dan Hikmah...Ketika Nabi menemui Allah, lantas baginda memberikan salam kepada-Nya...Itulah yang kita baca dalam solat yang dikenali sebagai Tahiyyat...secara tidak langsung peristiwa ini mengajar kita supaya 'ringankan mulut' untuk memberi salam kapada saudara seagama kita sama ada yang kita kenal ataupun tidak (mafhum hadith)...jangan lah sampai 'berlanggar bahu' pun buat-buat tak tahu je!!lagi bagus kalau kita ucapkan dengan ucapan yang penuh...untuk makluman,Kris Dayanti pun bisa mengucapkan salam yang penuh di Anugerah Planet Muzik (APM '08)!!..Tahiyyat bermaksud segala perbuatan dan perkataan yang menunjukkan rendah diri hanya untuk Allah,Allah menjawab semula salam Nabi tersebut dengan "Selamat untukmu wahai Nabi....." Allah tidak berkata begini "Selamat untukmu wahai Muhammad..." ini menunjukkan title Nabi itu yang merupakan darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Allah...habis cerita naik ke langit,perkara yang paling paling paling penting sekarang bagaimana kita nak 'comelkan' solat kita baik dari segi teknikal mahupun aspek khusyuk dalam solat itu sendiri...saYe syorkan dua buku di atas yang boleh kita jadikan guideline dalam membaikpulih solat kita,moga ada manfaatnya...kalau boleh tonton Transformers dan Twillight mengapa tidak keluarkan duit sikit untuk 'aset' kita di akhirat
Allahumma bariklana fi Rajabi wa Sya'ban, wa ballighna Ramadan...ameen


Nasrul & Syifa'

from left:anuar,azam,saYe,nurul azrina dan suami dan wahyuni
apela yang sedang dibisikkan tu ye

rombongan dari manipal


x-kmm03 wit pengantin



rombongan manipal bersama pengantin


Selamat Melayari Bahtera Rumahtangga wahai sahabatku Nasrul Hadi dan Syifa' Izhar... Alhamdulillah, weekend lepas saYe berkesempatan untuk menghadiri majlis Walimatul 'Arus kenalan saYe ketika di Kolej Matrikulasi Melaka(KMM) sesi 2003...untuk makluman,saYe sempat 'menjamah' kehidupan selama 3 bulan di sana...kalau nak singkap memori kat sana memang la seronok...satu perkara yang saYe tak dapat lupakan ketika malam manifesto calon-calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP), saYe membawa slogan 'Eminence is our aim' lalu saYe menawarkan RM 10 kepada sesiapa yang dapat menterjemahkan terma 'eminence' tersebut...huh,masih terngiang-ngiang lagi hiruk pikuk pada malam tersebut..seorang demi seorang mencuba nasib namun saYe masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan,maka saYe terpaksa memilih jawapan yang hampir tepat...melayang lah RM 10 kepada seorang pelajar perempuan walaupun pada mulanya saYe dah berpakat dengan sorang kawan supaya menjawab soalan tu(p/s:andai kata dia membaca entri ini mesti tergelak sendirian)...tutup cerita tadi...saYe pergi ditemani dengan fyd,fiza(pada mulanya tak nak pergi),ira dan faridah (thnx to DBG car!!!)..tasnim dan aini bertolak sehari awal,nak saksikan majlis akad nikah(khabarnya 2x akad..huhu)...seronok bangat dapat jumpa kawan-kawan yang dah tak jumpa 5-6 tahun lepas...INDAHNYA UKHWAH ATAS NAMA ISLAM...sehinggakan si pengantin lelaki, Nasrul Hadi berbisik kepada saYe "jumpa-jumpa je terus kawin kan"...saYe hanya tersenyum simpul..giliran mu dulu kan...si pengantin perempuan pula,Syifa' pernah datang ke Manipal dulu,huh...tasnim dengan senang hati membawanya ke Taj Mahal di kala study break Unis 2nd yr(tabik la tasnim..hehehe),personally majlis pada hari tersebut simple tapi sangat meriah...kami rombongan manipal pulang dengan buah tangan chop sticks setiap seorang...Mabruk 'Alaikuma!!!!