Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TINGGAL 2011


Hari ni adalah hari terakhir bagi tahun 2011,menyorot kembali sepanjang hari yang telah berlalu pada tahun ini sememangnya begitu banyak coretan seribu kemanisan dan juga secalit kedukaan.
2011 adalah tahun yang menyaksikan abang akhirnya sah menjadi suami kepada ina.2011 juga menyaksikan betapa manisnya pelayaran bahtera cinta berumahtangga abang dan ina.Dan 2011 juga menyaksikan buat pertama kalinya abang dan ina melalui hari2 mendatang bersama bakal "baby" tersayang.Semoga tahun 2012 yang akan abang dan ina tempuhi nanti akan memberi sejuta kemanisan...insyaAllah.

Sunday, December 4, 2011

6th month wedding anniversary!!!!


Hari ni genap 6 Bulan usia perkahwinan Abang dan Ina..Melewati detik ini telah kita lalui bersama sejuta kemanisan hidup berumahtangga.Semoga hari-hari mendatang akan lebih bersinar dengan kehadiran cahayamata yang akan kita miliki tidak lama lagi....InsyaAllah...Amin

Thursday, December 1, 2011

Wednesday, November 30, 2011

Petua Menjadi Isteri Paling Baik


Sebagai seorang isteri, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.

1. Isteri yang cerdik

Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal

Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami

Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej

Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua

Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

Thursday, November 17, 2011

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 29


HARI NI GENAP 29 TAHUN USIA ABANG...SELAMAT HARI LAHIR RAZIHAN BIN ROSLI...SYUKUR ALHAMDULILLAH,ABANG PANJATKAN KEPADA ALLAH SWT KERANA MASIH DI BERI PELUANG OLEH ALLAH SWT.UNTUK BERNAFAS DIMUKA BUMI MILIKNYA INI.TERIMA KASIH ABANG UCAPKAN BUAT ISTERI TERSAYANG KERANA MENGHADIAHKAN SOMETHING YANG CUKUP BEERTI BUAT ABANG,TIADA HADIAH YANG LEBIH BERMAKNA SELAIN DARIPADA MEMILIKI DIRIMU SAYANG~17.11.2011

Monday, November 14, 2011

BABY ABANG DAN INA


Haaa......inilah dia,benih cinta abang dan ina,daripada gambar scan ini,dapat kita lihat baby abang dan ina,masih kecil lagi..baru je berusia 1 bulan lebih dalam kandungan,narnye gambar ni dah lama abang nak share tapi hari ni baru dapat share...apapon abang happy sangat2xxxxx...hehe,

Saturday, November 12, 2011

IMMORTALS FC TEMPAT 3

...hari ni bertempat di Real Futsal Arena,abang dan team abang (IMMORTALS FC) terlibat dengan pertandingan futsal skuad 1Malaysia..pertandingan ini bermula pada jam 10.00 pagi,sebanyak 6 pasukan yang bertanding dan pasukan abang berada di kumpulan B,dengan beberapa pemain utama yang injured dan terlibat dengan urusan kerja,hanya beberapa pemain sahaja yang dapat memberi komitmen,

Saingan bermula dengan team abang bertemu dengan PEREPAT FC,team kampung ni dapat kami kalahkan dengan jaringan 2-1 thanks 4 win goal by Mr Andenan.Setelah mengharungi beberapa perlawanan,Akhirnya team abang menjadi juara kumpulan....Yeah,layak ke separuh akhir.

Namun,saingan separuh akhir begitu sengit,akhirnya kami tewas dengan jaringan 4-1,lastly kami hanya mampu layak utk penentuan tempat 3/4....Berbekalkan dengan pengalaman tewas di separuh akhir,kami menang juga dengan jaringan 3-1,dengan gol kemenangan dijaringkan oleh Mr.Adi Patok...






Tuesday, November 8, 2011

Pantai Tercantik kat Pahang a.k.a Black Stone Beach

...Salam aidiladha..buat semua,raya qurban hari tu abg dan isteri tercinta berpeluang meraikan 10 zulhijjah 1432H di kg halaman abang di Pahang.Seronok sangat2x...yela,bukan selalu abg akan bercuti panjang,tambah2 lagi bila raya qurban...dulu time2 bujang,abang akan beraya di klang sahaja,tapi bila dah berdua ni...tambah2 lagi ada cuti sikit...abang teruja lak nak pulang ke kg,oklah...petang raya ke 2 hari tu,abang dan family sempat bercanda dan berpiknik di tepian pantai....lokasinya...kat kuantan aje...the Black stone beach...tempat yang cantik...and sesuai utk beriadah bersama2 keluarga,tak caya tgk gambar2 yang sempat abg share ni...








Sunday, October 9, 2011

ABANG AKAN JADI AYAH ^_^


....Tajuk diatas tu sudah menggambarkan betapa terujanya abang...tatkala mengetahui bahawa isteri tercinta abang sedang mengandungkan cahaya mata sulung kami berdua...Semua orang pasti akan berasa teruja dengan anak yang bakal lahir nanti bukan?insyaAllah abang pasti akan jadi ayah yang baik untuk menjadi contoh buat permata tersayang abang dan ina....buat semua pembaca blog abang...doakan agar baby kami nanti sihat dan cerdik senantiasa...Amin

Sunday, September 18, 2011

Sotong Manis-Manis Pedas Abg & Ina




...Haaa....kat atas tu adalah menu utama untuk abang dan isteri for lunch today....tapi yang masak tentulah my dear wife,abang sebenarnya alergic dengan makanan laut ni,tapi sekali sekala xtahan jugak...bila dah isteri masak,aromanya pun menaikkan selera abang....hehe,oklah jemput makan tengahari ya...

Saturday, September 17, 2011

17.09.2011- My Blog look blue...yezza!!!!


...Hari ni abang mengupdate blog bersama isteri tercinta...blog abang nampak sangat biru...ni semua hasil kerja tangan kami berdua...hmm,kalau menarik...boleh la komen lagi ya...

Friday, August 5, 2011

Sesejuk belaian kasih seorang isteri...


....Salam ramadan dan selamat berpuasa kepada semua,Alhamdulillah telah berlalu 2 bulan tempoh perkahwinan Abg dan ina,mengenang kembali segalanya yang telah berlalu...terasa begitu indah,Allah swt itu Maha Agung kerana dengan rahmatNya telah menghadirkan abg seorang isteri yang amat mencintai dan menyayangi abg setulus hati...Belaian dan kasih kemanjaannya terlalu beerti untuk abg,Semoga apa yang abg miliki hari ini tidak akan melalaikan abg dalam menjadi hamba Allah swt di sepanjang kedewasaan ini...

Sunday, June 26, 2011

Bermula sebuah episod baru


....Syukur Alhamdulillah segalanya telah selamat,akhirnya dengan sekali lafaz abg sah menjadi suami ina untuk sehingga ke akhir hayat.semoga ikatan perkahwinan yang terpatri indah ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat insyaAllah....buat semua pembaca blog ini,doakanlah kebahagiaan kami sehingga kesyurga yang hakiki....Amin,

Monday, May 30, 2011

Tinggal 5 hari je lagi


Diam tak diam hanya tinggal 5 hari sahaja lagi ke hari bahagia kita berdua...abg doakan dan harapkan agar majlis kita nanti berlangsung dengan lancar walaupun dalam 2-3 hari ni kesihatan abg tidak begitu memuaskan,bermula dengan terseluih kaki,kemudian sakit tekak,demam,selsema dan yang paling akhir ni sakit otot dada...abg hanya mampu berdoa agar pada majlis itu nanti kesihatan abg berada pada tahap yang terbaik....insyaAllah...

Friday, April 29, 2011

30.4.2011~ SELAMAT ULANGTAHUN 1 PERTUNANGAN KITA


Alhamdulillah 30.4.2011 ini akan genap setahun tempoh pertunangan En.Abg dgn Cik ina...Semoga apa yang kita lalui sepanjang setahun yang lalu telah mematangkan diri masing2 dalam menempuh kehidupan suami isteri yang akan kita lalui tidak lama sahaja lagi...Tiada lain yang dpt En.Abg coretkan selain ucapan syukur kerana keikhlasan cinta antara kita berdua akan bertaut dijinjang pelamin nan indah...insyaAllah...amin ya Rabbal Alamin...

Sunday, April 24, 2011

SANAH HELWA YA HABIBI.... 24.04.1984


LAQOD JAA’AKUM ROSULUM MIN AMFUSIKUM AZIZUN ALAIHIMA ANITTUM HARISUN ALAIKUM BIL MU’MININA RO’UUFURROOHIIM...

Buat Ya Habibi fillah Siti Norhazlina bt Mhd Saad,
SANAH HELWA YA HABIBI…MOGA ALLAH PANJANGKAN umurmu dengan kebaikan dan ditunaikan segala hajat2mu ya Habibi…Moga dirimu berjaya dalam kerjaya, tarbiyyah, dakwah, urusan addin, dunia dan akhirat…

Kullu sanah enti aqrob ilallah…
ikhlas daripada tunangMu Tercinta~
Razihan bin Rosli

Wednesday, April 20, 2011

45 HARI LAGI...



...Tak lama lagi abang akan bergelar suami kepada ina...
...45 hari je lagi Majlis Pernikahan kita...............
...debaran di hati kian terasa,dup...dap....dup...dap...
...Alhamdulillah..beberapa persiapan telah selesai......
...cuma menanti tiba hari dan saatnya kita disatukan....
...Mudah2an Allah swt..permudahkan Majlis kita nanti....
...Semoga kebahagiaan akan jadi milik kita nan abadi....
...Ina jaga kesihatan ya,jaga makan dan diri selalu.....
...Abang harap pengantin wanita abg ni,sentiasa ceria...
...jangan stress tau,tak elok untuk kesihatan...........
...Abang pun begitu juga................................

Saturday, April 9, 2011

(A) X-Plorasi Perkhemahan di Kalumpang 8-9 April 2011



8 APRIL 2011

XPLORASI INI BERMULA PADA JAM 9 PAGI...DENGAN KEKUATAN ANGGOTA SERAMAI 3 ORANG SAHAJA YANG AKHIRNYA BERJAYA DIKUMPULKAN DI KEDIAMAN AS SAHIBUSSAMAH AS- SYEIKH AL IMAM RAZIHAN BIN ROSLI...DOA PERJALANAN DIBACAKAN OLEH BELIAU SEWAKTU SEMUA BERTOLAK PADA JAM 10 PAGI..PERJALANAN KAMI MEMAKAN MASA SELAMA 1 JAM SETENGAH DAN TIBA DI BANDAR TANJUNG MALIM,PERAK....DI SINI KAMI MEMBELI BEBERAPA LAGI BARANG KEPERLUAN YANG TIDAK MENCUKUPI...USAI SEGALANYA KAMI MAKAN TENGAHARI DI SALAH SEBUAH RESTORAN YANG BERHAMPIRAN..TEPAT JAM 12 TENGAHARI KAMI TIBA DI KALUMPANG RESORT,SETELAH SELESAI URUSAN CHECK IN TAPAK KHEMAH KAMI BERSOLAT JUMAAT DI MASJID LAMA KALUMPANG.

SELESAI BERSOLAT JUMAAT KAMI MENERUSKAN AKTIVITI PERKHEMAHAN,MASING2X SIBUK DENGAN TUGASAN YANG TELAH DITETAPKAN...ADA YANG MEMASANG KHEMAH DAN JUGA MENYALAKAN API DAN MENYEDIAKAN KELENGKAPAN DAPUR UNTUK MEMASAK,ALHAMDULILLAH SEGALANYA SELESAI PADA JAM 4 PETANG,KAMI SAMA2 MAKAN PETANG+MALAM USAI SOLAT ASAR...SETELAH ITU AKTIVITI WAJIB IAITU MANDI MANDA DIJALANKAN...SUNGGUH MENARIK..DENGAN KEDINGINAN AIR,MASING2 MELEPASKAN LELAH...

AKTIVITI MALAM BERMULA SELEPAS SOLAT ISYAK,DUDUK BERSANTAI DI WAKAF PINGGIR AIR SAMBIL BERBUAL2...MALAM DISINI,TIADA SEBARANG GIGITAN NYAMUK DIRASAKAN...SEORANG TEMAN MENGAJAK BERBUAL MENGENAI PENGALAMAN BERTEMU HANTU...HUISH,AGAK2LAH..ABG TAK BERSETUJU,LALU TOPIK BERKISAR KEPADA PENGALAMAN BERKHEMAH DIUTARAKAN...MCM2 CERITA DAPAT DIKONGSI....TEPAT JAM 12 MALAM LAMPU UTAMA RESORT DIPADAMKAN,MAKA BERMULALAH PERKHEMAHAN KAMI DALAM KEGELAPAN,MUJURLAH ADA YANG MEMBAWA LAMPU TIDUR,ADALAH SEDIKIT CAHAYA...

9 APRIL 2011

USAI SOLAT SUBUH,KAMI MASING2 SIBUK MENGEMAS BARANG KEPERLUAN...TUGASAN DIBAHAGIKAN UNTUK MENYEDIAKAN SARAPAN DAN MENYALAKAN API..MUJURLAH BARA SEMALAM MASIH ADA,JADI TIADA SEBARANG MASALAH UNTUK MENYALAKAN API...TEPAT JAM 9 PAGI KAMI SELESAI BERSARAPAN...DENGAN BADAN YANG MASIH LETIH KAMI MEMULAKAN AKTIVITI BERMANDI MANDA....AIR TERASA SEPERTI AIS,NAMUN SEMUA ITU TIDAK MENJADI SOAL...APA YANG PENTING KAMI MERASA SANGAT PUAS....SETELAH 2 JAM MANDI MANDA,JAM 12 TENGAHARI KAMI BERTOLAK PULANG...INSYAALLAH KAMI AKAN DATANG LAGI...

Wednesday, March 23, 2011

73 HARI LAGI...

MAK ABANG PESAN..

* rajin2 buat sembahyang hajat...Doa supaya majlis nanti smooth je,tak hujan, takde org dengki @ berniat jahat (who knows right?),semua sihat etc2.. kesimpulannya, banyak2 berdoa benda yg baik2..
* jgn nak buat semua benda sendiri. apa yg boleh suruh org lain buat, mintak tolong degan org lain..


AYAH ABANG PESAN..

* jaga kesihatan... majlis tak lama je lg nie.. kena jaga diri...
* pandai2 uruskan duit & budget utk majlis..


ABANG PESAN KAT DIRI SENDIRI..


* kurangkan berbelanja yang bukan2....jangan membazir.
* jgn stress kan diri sendiri. tak baik utk kesihatan. kena happy2 n chill sentiasa..
* kena redha dgn apa yg dah n akan terjadi.. takmo cerewet2 or menjadi bridezilla. hati org lain kena jaga.
* jgn suka buat benda last minute. jgn MALAS!!
* makan tu jaga sket...jangan makan yang tak tentu hala
* sebelum nak seronok2 kawen, mesti cari rumah yang selesa buat bakal isteri

Saturday, February 19, 2011

(A)9 telah bulan berlalu...



sekian lama kau hadir dalam hidupku

tawaku semakin riang berlagu

damai dihatiku semakin terasa

senyuman terukir dihati ini

kehadiran mu sepanjang hayat ini

memberi sinar baru buat abang

SALAM SAYANG TETAP MENGIRINGIMU SELALU~Shazlina

Saturday, January 22, 2011

(A)9.3.1933-4.1.2011:Al-Fatihah~Perginya nenda tersayang


4.1.2011 bersamaan 29 muharam 1432H yang lalu adalah hari yang cukup menyedihkan buat En.Abg seisi keluarga...kerana pada hari tersebut telah tersurat oleh ketentuan Allah swt..apabila tepat jam 10.45pg...perginya nenda En.Abg untuk selama2nya ke negeri yang kekal abadi....nenda En.Abg sememangnya telah lama sakit...sejak uzur beberapa tahun lepas nenda hanya mampu terbaring dikatil,memburukkan keadaan tatkala arwah ditimpa penyakit strok yang sememangnya menyukarkan pergerakkannya.....nenda yang En.Abg kenali sejak kenali sejak kecil adalah seorang yg sangat penyayang kepada cucunya...sewaktu nenda sakit mak En.Abg telah banyak bekorban dalam usaha untuk membuatkan arwah pulih...namun takdir Allah siapa yang tahu bukan...akhirnya nenda pulang jua menemui Allah tuhan penciptanya...

Monday, January 3, 2011

(A)...En.Abg HARGAINYA

sekadar gambar hiasan

...Hari ni En.Abg pulang dari kerja dalam keadaan yang penat sekali,menyelesaikan urusan kerja dan juga urusan pengajian di semester baru..namun segala penat itu terhapus bila nak masuk je parkir kereta ternampaklah kiriman pos ekspress di pintu pagar rumah,rupa2nya kiriman daripada Cik Ina...tunang tersayang...nak tahu apa dia isinya?biarlah menjadi rahsia antara En.Abg dan Cik Ina ya....hehe,apapun terima kasih En.Abg ucapkan buat Cik Ina...cute dan En.Abg benar2 sukakannya malah sangat menghargainya..hmm,oklah En.Abg sudah mahu lena...jumpa lain waktu ya..

p/s: Terima kasih Cik Ina sayang
~

Sunday, January 2, 2011

(A)Jodoh pertemuan.. Renungkanlah sedalam-dalamnya...................


Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan dan takdir daripada Allah swt.
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabulselain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cubamendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu semp adan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.


Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Saturday, January 1, 2011

(A)SELAMAT TAHUN BARU 2011


Selamat tahun baru 2011 daripada abang untuk ina~semoga tahun yang bakal menyaksikan kita disatukan sebagai suami dan isteri ini akan memberikan kita sejuta kemanisan hidup berumahtangga yang penuh dengan mawaddah,rahmah dan juga sakinah~abangcintaina